Tajuk-tajuk Fokus :
7. Nilaikan sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam gerakan pembaharuan Mesir pada abad ke- 19 M.
8. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke- 20 M.
9. Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga abad ke- 20 M.
22 TEMA 3:
NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
Soalan 6 :
Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir Pada Abad Ke 19 Masihi.
Muhammad Ali atau lebih dikenal dengan Muhammad Ali Pasya dilahirkan pada bulan Januari 1765 M, di Kawalla, sebuah kota yang terletak di utara Yunani dan meninggal di Mesir pada tahun 1849. Ayah Muhammad Ali Pasya bernama Ibrahim Agha, seorang imigran Turki, kelahiran Yunani. Walaupun tidak bersekolah semasa kecilnya namun Muhammad Ali Pasya merupakan seorang yang cerdas dan telah muncul sebagai panglima tentera yang membebaskan Mesir daripada cengkaman kuasa Napoleon. Akhirnya dengan kebijaksanaannya Muhammad Ali Pasha (MAP) telah dilantik sebagai penguasa Mesir. Kearifannya mewujudkan keamanan di bumi Mesir telah membolehkan banyak program pembangunan dan pembaharuan dilakukan sepanjang pemerintahannya. Kejayaannya menghapuskan saingan daripada Dinasti Mamluk, ancaman golongan Wahabi serta meningkatkan kekuatan ketenteraan menwujudkan suasana aman di Mesir. Oleh itu, pembaharuan dapat dilakukan dalam aspek ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan ekonomi.
Pendahuluan
Isi 1 Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir ialah pembaharuan dalam bidang
ketenteraan Fakta
Menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan teratur.
Contohnya, tentera yang sukar dibentuk dan tidak mematuhi arahan seperti tentera berbangsa Sudan diganti dengan golongan fellahin (tentera petani berbangsa Mesir) dan Albania.
Mencontohi disiplin tentera Perancis ( pimpinan Napoleon Bonaparte) Teknologi peperangan Perancis membolehkan mereka dengan menguasai Mesir ( 1798- 1802M) Berjaya diusir pada tahun 1802. MAP mengagumi tentera Perancis ini.
Oleh itu MAP telah mendapat bantuan Eropah khususnya kuasa Perancis.
Huraian Contoh
23 Mengasaskan Kolej Military atau Ketenteraan pada tahun
1815 di Aswan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pegawai tentera.
Huraian Contoh
Ramai pakar tentera asing terutama daripada Perancis diambil berkhidmat di Mesir seperti Kolonel Seve (nama Islamnya Sulayman Pasha) Beliau memberi nasihat kepakarannya untuk menaiktaraf bidang ketenteraan Mesir.
Kesannya 1826 – terdapat 90 000 anggota tentera yang lengkap dengan pasukan meriam yang setanding dengan Negara Eropah.
Kesan daripada pembaharuan :
i. Utara Sudan serta Levant (pesisir pantai Syria) dan Lubnan berjaya dikuasai.
ii. Mematahkan pemberontakan al Muwahhidun Wahhabidi Hijaz (Arabia) 1818.
iii. Memberi keyakinan kepada Sultan Mahmud II meneruskan program reformasi ketenteraan dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Jelas kepada kita dengan pembaharuan ketenteraan yang dilakukan telah menyebabkan Mesir muncul sebagai satu kuasa tentera yang terkuat di Asia Barat.
Penegasan Isi
Isi 2 Selain itu,Pembaharuan Mesir ialah pembaharuan dalam bidang sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam Gerakan
pentadbiran Fakta
Era pemerintahan MAP 1805-1848 : permulaan kepada pemerintahan Dinasti. Sebelum itu Mesir di bawah taklukan / pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintahan diteruskan oleh anak-anaknya Khedif Abbas Hilmi 1 (1848-1854), Muhamad Sa’id Pasha (1854 – 1863)dan Ismail (1863-1879)
1806, MAP telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir yang terdiri daripada bangsa Turki dan Mesir serta pegawai elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara serta mengutip cukai di seluruh Negara
Huraian Contoh
24 Hubungan dengan negara Barat dibaiki contoh dengan negara
Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan ada hubungan baik ini, pelajar-pelajar dihantar untuk belajar di negara-negara ini. Tenaga-tenaga pakar dibawa dari Negara-negara ini.
Mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran. Menganggap ulama menghalang kepada usaha pembaharuannya yang berkiblatkan barat. Bertentangan dengan tradisi kerajaan Uthmaniyyah, ulama amat berpengaruh dalam perlaksanaan dasar kerajaan.
Huraian Contoh
MAP mempunyai hala tuju yang jelas. Dengan adanya hubungan yang baik dengan Negara-negara barat, berlaku pemindahan teknologi dan ilmu. Ini mempercepatkan proses pemodenan Negara Mesir ini.
Penegasan Isi
Isi 3 Di samping itu,dalam pembaharuan bidang pendidikan.Muhammad Ali Pasha turut menyumbang Fakta Menubuhkan institute-institut yang berkaitan dengan
pendidikan.
Kementerian Pendidikan, sekolah rendah, maktab tentera, sekolah teknik, sekolah perubatan dan banyak lagi.
Banyak sekolah didirikan. Contoh : Sekolah Military (1815), Sekolah Teknik (1816), Sekolah Perubatan /Kedoktoran (1827), Sekolah Farmasi (1829), Sekolah Perlombongan (1831) Sekolah Penterjemahan (1836) dan banyak lagi sekolah seperti kesenian, industry, pengairan (irrigation), dan bahasa-bahasa asing ditubuhkan.
Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan didatangkan khas dari Eropah. Contohnya pakar kedoktoran dari Perancis Clot Bey dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran 1827 – 1849 (22 tahun berkhidmat)
Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk menuntut pelbagai ilmu. Contoh pada tahun 1809 – 1819 – 28 orang pelajar dihantar ke Itali (Milan, Florence, Rom) untuk mempelajari ilmu teknikal, ketenteraan, industri kapal dan ilmu pencetakan.Pada 1826-1844 – 319 orang pelajar dihantar ke Paris dan tokoh intelektual dan pengarang terkenal al Thahtawi dihantar dan bertugas sebagai imam mahasiswa Mesir. Pada tahun 1844-1863, 89 orang pelajar dihantar ke Perancis termasuk ahli keluarga MAP.
Huraian Contoh
25
Huraian Contoh
Di Paris disediakan ‘rumah Mesir’- kemudahan untuk pelajar-pelajar yang belajar di sana
Individu yang lulus dalam peperiksaan akan diserap dalam pentadbiran Negara dan ketenteraan.
Aktiviti penterjemahan telah digalakkan dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk belajar bahasa asing dan apabila balik diberi tugasan untuk menterjemahkan buku-buku tulisan bahasa asing ke dalam bahasa Arab.Contoh buku-buku dari barat tentang Sejarah Raja-raja Perancis, buku tulisan Voltaire, Rosseau, Montesquies, idea demokrasi, Parlimen, Idea Republik dan sebagainya
Antara tokoh penterjemah yang terkenal ialah al-Tahtawi.
Sekolah Bahasa-bahasa Asing (Sekolah Penterjemahan) turut didirikan dan hamper 1000 buah buku Berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Sekolah-sekolah yang didirikan pada awalnya diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan Tentera (Jabatan Diwan al-Jihadiyya) Kemudian dipisahkan.Untuk mewujudkan koordinasi yang berkesan – Majlis Syura al Maktab ditubuhkan pada 1830. Matlamat – meningkatkan pendidikan dalam kalangan rakyat Mesir, menambah pembangunan sekolah-sekolah di Cairo dan Alexandaria dan dilantik Inspektor Jeneral sekolah iaitu Kolonel Seve.
Setelah itu Jabatan Diwan al-Jihadiyya berubah nama menjadi Jabatan Diwan al-Madaris atau disebut Ministere de l’instruction Publique, yang setelah itu berubah lagi menjadi Kementerian Pendidikan, kementerian ini selain bertugas mengawasi dan melakukan pembangunan sekolah-sekolah baru juga kementerian ini bertugas menghasilkan kembali penerbitan majalah al-waqa’i al-Mishriyya.Diwan al-Madaris ini tugasnya dibagi menjadi tiga bahagia iaitu bahagian bahasa Arab, bahagian bahasa Turki, bahagian Teknik.
Pembaharuan daam bidang kurikulum yang disesuaikan dengan keadaan dan tuntutan zaman supaya tidak tertinggal dengan ilmu pengetahuan dan teknologi di Eropah.
Contohnya,
i. aspek Bahasa – Bahasa yang penting dipelajari – Itali, Perancis, Turki dan Rusia.
ii. Pengetahuan Sosial – mata pelajaran Sejarah, Geografi, Ekonomi, Antropologi, Pentadbiran Negara,Pendidikan Kemasyarakatan, Falsafah, Ketenteraan dan Hukum.
26
iii. iii.Ilmu pengetahuan Alam – Farmasi, Ilmu Alam, Kedoktoran, Teknikal, Arkitek.
iv. Matematik – Aritmetic, Kimia, Matematik v. Pengetahuan Ketrampilan
Perubahan dan pembaharuan pendidikan ini telah membawa kepada kemajuan dan permodenan masyarakat Mesir. Landasan pemikiran masyarakat juga telah berubah selaras dengan idea-idea pemikiran barat yang cuba diserapkan kepada masyarakat.Kesannya lahir tokoh-tokoh seperti Jalaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh, Mohammad Rasyid Redha, al Tahtawi dan ramai lagi.
Penegasan Isi
Isi 4 Akhirnya, pembaharuan dalam bidang ekonomi Fakta
MAP – memperbaiki system pengairan. Dengan adanya sistem pengairan ini, tanah menjadi subur.
Beberapa tanaman baru diperkenalkan. Contohnya benih kapas didatangkan dari India dan Sudan
-Melaksanakan dasar memilik Negara tanah-tanah dan kerahan tenaga.
-Melaksanakan system monopoli khususnya yang berkaitan dengan hasil-hasil pertanian.
Mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah serta membeli hasil usaha petani dengan harga yang murah dan menjual semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang dengan harga yang lebih tinggi.
Pentadbiran ekonomi semakin teruk dan sikap tamak pemerintah khasnya British yang menaikkan cukai sesuka hati menambah kesengsaraan penduduk Mesir.
Para ulama bangkit menentang kezaliman tersebut.
Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez menjadi penyebab dijajah semula oleh British.
Huraian Contoh
Jelas bahawa MAP berjaya memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai matamatnya 100 peratus. Bandar-bandar atau kota-kota di Mesir telah berubah menjadi kota-kota yang moden. Namun, ketidakpuasan hati rakyat dengan dasar kerajaan memiliknegara tanah dan kadar cukai yang tinggi sedikit sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi Negara.
Penegasan Isi
27 Era pemodenan Mesir bermula apabila Muhammad Ali Pasha melabuhkan
kuasanya di sini. Ketaksubannya terhadap kuasa-kuasa Barat terutamanya kuasa Perancis telah mengubah lanskap Mesir dengan pembaharuan-pembaharuan ala Barat. Namun, ketaksuban ini telah memakan diri MAP apabila beliau terperangkap dengan muslihat kuasa barat terutama British yang memaksa beliau menandatangani Perjanjian London 1840.
Perjanjian ini menyebabkan kuasa MAP serta berlaku pengunduran tentera Mesir di Levant. Di samping itu telah wujud penentangan daripada golongan ulama dan rakyat dan ini merupakan antara faktor yang membawa kepada kegagalannya. Walau bagaimanapun pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan harus juga dikagumi kerana bukan semua pemimpin dapat melakukannya.
28 Soalan 8.
Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke 20 M.
Awal abad ke 20, Mesir adalah di bawah naungan empayar Turki Uthmaniyah tetapi pengaruh British di Mesir amat kuat. Ini kerana British telah mengukuhkan kuasa selepas mengatasi pemberontakan Urabi pada 1881.
Semangat nasionalisme bermaksud semangat cintakan dan taat setia kepada tanah air dan bercita-cita membebaskan Negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing.
Penguasaan British di Mesir berlaku semasa pentadbiran Lord Cromer yang dilantik sebagai konsul general antara athun 1883 hingga 1907.
Pengaruh British di Mesir amat kuat walaupun pentadbiran asas di bawah pimpinan pemerintahan Mesir iaitu Khedif dikekalkan.
Semangat anti-British memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor yang mendorong gerakan nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir menjelang abad
Pendahuluan
Isi 1 Antara faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke 20 M ialah
faktor sistem pendidikan Fakta
Sistem pendidikan dikatakan adalah salah satu faktor membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke 20.
Gerakan nasionalisme Mesir dimulakan dengan membangkitkan penekanan terhadap ilmu pengetahuan dan pendidikan. Golongn cerdik pandai telah menjadi pencestus kepada perjuangan gerakan nasionalisme.
Penjajah British mengamalkan diskriminasi dalam memberi peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana bimbang graduan-graduan tempatan yang diberi pendidikan Inggeris mampu mempelopori kebangkitan nasionalisme tempatan.
Seterusnya pihak British mengabaikan pendidikan sekolah kerajaan Mesir walaupun mereka mampu membangun dan membiayai sekolag tersebut.
Dasar pendidikan British adalah bertujuan melatih anak tempatan dari golongan kaya untuk berkhidmat dengan kerajaan kolonial.
Hampir semua jawatan kerajaan disandang oleh golongan berpendidikan daripada keluarga bangsawan.
29
Rasa tidak puas hati penduduk kian memuncak apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai British yang kurang berkelayakan dengan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan rakyat tempatan.
Contoh
Tegasnya, gerakan nasionalisme di Mesir telah dibangkitkan oleh golongan graduan sekolah undang-undang yang juga terdedah kepada sistem dan ideologi politik barat. Anatara tokoh nasionalis Mesir seperti Mustafa Kamil yang merupakan aktivis pro Islam yang menentang dasar pemerintahan British
Penutup Isi
Isi 2 Selain itu, faktor golongan intelektual Fakta
Golongan intelektual yang menyemai dan membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan berpendidikan barat, golongan agama dan golongan elit tentera.
Tokoh intelektual berpendidikan barat seperti Mustafa Kamil Pasha yang pakar undang-undang menyokong gerakan nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba meraih sokongan intelektual daripada keturunan Qibti.
Tokoh agama pula seperti Sheikh Hasan al-Banna telah mempelopori kebangkitan golongan intelektual Islam menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Beliau berusaha melakukan gerakan Islah. Hassan al-Banna memperjuangkan idea islah yang berinspirasi dari Sayid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan islah Hassan al-Banna bersifat sederhana meliputi aspek akidah, integrasi ilmu dan kecekapan pentadbiran.
Muhammad Rasyid Rida juga seorang reformis Islam memperjuangkan kepentingan menyesuaikan pendidikan moden dan agama menerusi penubuhan madrasah al-Dakwah al-Irshad pada tahun 1912 di Kaherah.
Kumpulan intelektual dari kalangan tentera Mesir berketurunan Fellahin turut terlibat gerakan nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan penjajah
Huraian Contoh
30
Kesannya, Rasyid Rida menyeru umat Islam agar mengambil ikhtibar dari peradaban Barat dengan aspek-aspek positif seperti ilmu sains dan teknologi. Idea-idea beliau banyak mempengaruhi tokoh pemikir Islam pada abd ke 20 M.
Penutup Isi
Isi 3 Seterusnya, faktor pengaruh kewartawanan. Fakta
Bidang keartawanan turut memainkan peranan dalam menimbulkan kesedaran rakyat Mesir. Ini disebabkan pengaruh kewartawanan melalui penerbitan akhbar telah digunakan sesetengah pihak untuk memperjuangkan hak mereka. Pada awal abad ke 20 M , penerbitan akhbar semakin rancak berikutan kemunculan parti-parti politik dan perkembangan nasionalisme.
Rasyid Rida adalah orang kanan Muhammad Abduh telah menimbulkan kesedaran melalui ahkbar Salafiya. Beliau sentiasa mengkritik dan menyalahkan pihak penjajah atas nasib malang masyarakat Arab.
Rasyid Rida bersama penyokongnya telah mempopularkan konsep modenisasi Islam dan cuba menegakkan warisan dan keperibadian Arab terutamanya dalam memperkukuhkan bahasa Arab Mesir.
Seterusnya, penulis wanita seperti Malak Hifni Nasif turut tidak ketinggalan dalam memperjuangkan hak terutama dalam isu pendidikan. Beliau telah membincangkan peranan wanita secara terbuka sehingga menarik minat golongan intelektual.
Huraian Contoh
Tegasnya, kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan
penerimaan masyarakat terhadap gerakan nasionalisme Mesir Penutup Isi
Isi 4 Selain itu, faktor Agama. Fakta
Usaha pembaratan British ke atas masyarakat Mesir menyebabkan muncul gerakan reformis yang dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin pimpinan Sheikh Hassan al-Banna.
Pertubuhan Ikhwanul Muslimin cuba mengembalikan keutuhan agama Islam di Mesir berpandukan ajran al-Quran dan al-Sunnah di samping menolak fahaman modenisme yang membentuk pemikiran secular dalam masyarakat Mesir.
Huraian Contoh
31 Ikhwanul Muslimin menekankan kepentingan pengaruh
agama dengan menyedarkan umat Islam Mesir agar bangun berjihad dengan membersihkan jiwa daripada amalan syirik, khurafat dan sebagainya dan kembali kepada ajaran Islam.
Ikhwanul Muslimin juga bimbang apabila terdapat golongan cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran Barat.
Antaranya ialah Sheikh Ali Abdul Raziq yang telah menghasilkan karya berjudul Dasar-dasar Pemerintahanya
yang telah mengiktirafkan tindakan Mustafa Kamal Atartuk yang memisahkan antara agama dan politik. Beliau menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan Negara dan dengan adanya khalifah Islam itu hanya akn membawa kemudaratan kepada umatnya
Tegasnya, faktor agama adalah pencetus kepada gerakan
nasionalisme Mesir Penutup Isi
Isi 5 Akhirnya, faktor pengaruh luar. Fakta
Pengaruh luar juga penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme iaitu tercetusnya Perang Dunia Pertama 1914-1918. Rakyat Mesir terutamanya golongan petani telah dikerah oleh British meninggalkan pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan, pertubuhan Palang Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di Palestin, Gallipoli dan Perancis. Dalam peperangan ini, banyak nyawa telah terkorban.
Pada masa yang sama, kehadiran tentera pihak Bersekutu yang ramai di Mesir telah menjadikan penduduk berasa lemah dan amat mengharapkan kuasa asing untuk melindungi dan mempertahankan mereka di negara mereka sendiri.
Tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir. Fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah negara daripada cengkaman penjajahan Barat.
Huraian Contoh
Keadaan ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut
32 Kebangkitan semangat nasinalisme Mesir berlaku akibat kesedaran
masyarakat tentang pelbagai kepincangan yang berlaku dalam Negara.
Pelbagai faktor mendorong kebangkitan nasionalisme di Mesir sama ada dalam aspek politik ,ekonomi dan sosial.
Kesan penentangan yang berterusan oleh nasionalisme Mesir menyebabkan British mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada tahun 1922.
33 Soalan 9 :
Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga abad ke- 20 M.
Sepanjang abad ke-18 masihi, Mesir merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyah.
Sejarah penguasaan Barat ke atasMesir dimulai penjajahan Perancis dari tahun 1798 hingga 1801 dan diikuti oleh British.
British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hinnga 1918 iaitu sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama.
Akibat daripada cengkaman ekonomi yang dikuasai oleh British telah menyebabkan reasksi masyarakat Mesir yang diterajui oleh pemimpin tempatan hinggalah kepada masyarakat setempat.
Pendahuluan
Isi 1 Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798-1801 Fakta
Napoleon telah berjaya menduduki Mesir pada tahun 1798 dan telah bertahan selama tiga tahun sahaja setelah dikalahkan oleh Pakatan Tentera Uthmaniyah. Perancis yakin mampu melemahkan ekonomi Mesir yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan.
Huraian
Penaklukan Perancis telah meninggalkan kesan mendalam polotik, ekonomi dan social rakyat Mesir. Konsep Modenisme
dan sekularisme mula meresap dalam pemikiran rakyat Mesir. Contoh Situasi ini sesungguhnya telah menjadikan rakyat Mesir bangkit
lebih-lebih lagi Perancis telah memperkenalkan tamadun Barat melalui Institut d’Egypt yang dianggotai 167 sarjana Barat.
Penegasan Isi
Isi 2 Pemberontakan Syeikh Muhammad Sadat Fakta
Pembaharuan ala Barat yang dibawa oleh penjajahan Perancis tidak disenangi oleh golongan agama Mesir. Majlis Syura Al-Azhar telah membuat pengisytiharan jihad menentang pencerobohan Perancis.
Huraian
Pada 21 Oktober 1798, Syeikh Muhammad Sadat telah
memimpin gerakan pemberontakan menentang Perancis. Contoh Hal ini demikian kerana perbezaan agama merupakan faktor
utama kebangkitan Syeikh Muhammad Sadat. Rakyat Mesir beranggapan bahawa kerajaan Uthmaniyah sebagai saudara seagama yang perlu dibantu bagi menghadapi pihak Perancis yang beragama Kristian
Penegasan Isi
34
Isi 3 Pemerintahan Muhammad Ali Pasha Fakta
Pengaruh Barat semakin subur apabila Muhammad Ali Pasha menubuhkan institusi baharu seperti Kementerian Pendidikan, sekolah dan maktab tentera dan sekolah perubatan. Kebanyakan tenaga pengajar dari Eropah. Dasar pentadbiran ala Barat ini telah melahirkan gerakan islah yang dipelopori oleh intelektual Islam.
Huraian
Muhammad Ali Pasha telah membentuk sekumpulan pemerintah berbangsa Turki dan pasukan golongan elit menguruskan pentadbiran negara dan mengutip cukai di seluruh Mesir
Contoh
Akibat keadaan ini telah menjadikan rakyat Mesir terutama golongan ulama memimpin gerakan untuk menentang kezaliman kerajaan. Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez menjadi sejarah hitam apabila Mesir dijajah pula oleh British
Penegasan Isi
Isi 4 Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882-1918 Fakta
Pada tahun 1840 satu perjanjian memorandum British dan Mesir melalui Konvensi Alexandria. Dalam perjanjian ini diakui Mesir masih tetap di bawah kerajaanUthmaniyah. Ini mengakibatkan Mesir sedikit demi sedikit menerima kehadiran British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857 telah meningkatkan kecurigaan British.
Huraian
Kemerosotan ekonomi telah memaksa Mesir menjual
sahamTerusan Suez kepada British. Contoh Oleh itu British telah melaksanakan misi ketenteraan di Mesir
sehingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882 dan ini menandakan bermulanya penjajahan British di Mesir.
Penegasan Isi
Isi 5 GerakanPemulihan Islam Fakta
Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah yang dipelopori tokoh intelektual Islam iaitu Jamaluddin Alafghani dan Muhammad Abduh. Ciri-ciri utama gerakan ini ialah Gerakan Pan Islamisme yang menggunakan kaedah seperti pidato, proses pengajaran dan melalui media massa
Huraian
Kempen-kenpen yang dijayakan oleh tokoh-tokoh ini telah berjaya membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah Barat
35
Hal demikian kerana tokoh-tokoh ini telah menyuntik semangat
ingin membebaskan Mesir dari belenggu penjajahan Barat. Penegasan Isi
Isi 6 GerakanIkhwabulMuslimin Fakta
Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dipelopori oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928 yang matlamat awalnya ialah untuk menamatkan pendudukan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada ideologi Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Huraian
Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya yang telah dipenjara termasuk Hassan al-Bannna. Walaubagaimanapun pada tahun 1946-1948 Gerakan Ikhwanul Muslimin telah menisytiharkan perang terhadap British.
Contoh
Sesungguhnya kebangkitan Gerakan Ikhwanul Muslimin telah mengembalikan maruah masyarakat Mesir walaupun gerakan ini akhirnya diharamkan oleh British atas tuduhan merancang pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.
Penegasan Isi
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan gerakan penentangan rakyat Mesir.
Kesan penentangan yang berterusan oleh golongan nasionalis Mesir memaksa British mengisytiharkan kemerdekaan pada 1922.
Namun kemerdekaan dalam erti kata sebenarhanya berlaku pada tahun1952 apabila Mesir menjadi sebuah negara Republik Mesir.
Kesimpulan