I. PENDAHULUAN
8.01 Pelancongan telah menjadi suatu aktiviti ekonomi yang penting di dalam pembangunan ekonomi negara keseluruhannya. Dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), teras pembangunan sektor ini adalah untuk terus memperkembang dan mempelbagaikan lagi asas pelancongan supaya pergantungan yang berlebihan kepada aktiviti-aktiviti dan pasaran pelancongan yang terhad dapat dikurangkan. Strategi pembangunan sektor ini pada keseluruhannya adalah untuk menggembleng dan menyalurkan pelaburan ke wilayah serta aktiviti-a-ktiviti terpilih yang berpotensi untuk menghasilkan pertumbuhan pelancongan, khususnya dari segi peningkatan peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, nilai ditambah dan rantaiannya dengan lain- lain sektor ekonomi. Strategi ini akan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk menggalakkan pelancongan di peringkat antarabangsa dan juga tempatan.
8.02 Satu pelan pelancongan kebangsaan akan di lancarkan dalam tempoh RM6 untuk menyediakan dasar-dasar dan strategi-strategi jangka panjang yang khusus bagi memastikan bahawa pembangunan sektor ini dapat dijalankan secara terselaras dan bersepadu. Dasar dan strategi tersebut akan memberi tumpuan terhadap usaha bagi membangunkan sektor ini secara cekap dan pada masa yang sama mempertingkatkan kualiti hidup penduduk tempatan serta mengurangkan kesan- kesan buruk ke atas sosio-budaya dan alam sekitar. Selanjutnya, pelan tersebut akan mengenalpasti program-program khusus yang boleh meningkatkan penglibatan penduduk tempatan dan memaksimumkan peluang ekonomi hasil daripada kegiatan pelancongan.
II. KEMAJUAN, 1986-90
8.03 Pembangunan industri pelancongan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RM5) adalah memuaskan walaupun terdapat kemelesetan ekonomi pada awal tempoh tersebut. Keutamaan yang telah diberikan kepada sektor ini jelas ditunjukkan melalui peningkatan perbelanjaan awam untuk aktiviti penggalakan dan pemasaran yang meluas, pembangunan produk dan infrastruktur serta peluasan skop insentif bagi meliputi pelaburan-pelaburan yang berkaitan dengan pelancongan. Usaha-usaha ini telah diperlengkapkan lagi dengan Malaysia menjadi tuan rumah kepada persidangan dan acara penting di peringkat antarabangsa serta pelancaran kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti Tahun Melawat Malaysia 1990 di dalam dan luar negeri. Pada masa ini, keyakinan yang lebih kukuh wujud dalam sektor pelancongan di mana negara ini
berjaya menduduki tempat yang lebih tinggi secara relatifnya di dalam pasaran antarabangsa.
8.04 Anggaran ketibaan pelancong telah bertambah kira-kira dua kali ganda seramai 6 juta orang pada tahun 1990, seperti yang ditunjukkan di Jadual 8-1. Sungguhpun demikian, profil asas mengenai ketibaan pelancong masih kekal seperti dalam tahun- tahun sebelumnya. Pelancong dari Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) terus menyumbang lebih 70 peratus daripada jumlah ketibaan keseluruhan pelancong. Di kalangan negara ASEAN, Singapura dan Thailand merupakan sumber pelancong yang paling besar ke Malaysia,masing-masing menyumbangkan sebanyak 80 peratus dan 10 peratus daripada jumlah ketibaan keseluruhan pelancong dari rantau tersebut. Profil mengenai ketibaan pelancong bukan ASEAN juga masih tidak berubah. Pelancong dari Jepun terus merup akan jumlah yang terbesar dengan menyumbangkan 24.1 peratus daripada jumlah keseluruhan dari negara-negara bukan ASEAN. Sumber-sumber lain pasaran ketibaan pelancong yang penting ialah Australia, United Kingdom (U.K.), Benua Eropah dan Amerika Syarikat.
8.05 Pertambahan yang pesat dalam ketibaan pelancong dan pendapatan daripada kegiatan ini dalam tempoh RM5 adalah sebahagian besarnya hasil daripada aktiviti- aktiviti penggalakan dan pemasaran yang berterusan semenjak tahun 1985, khususnya melalui kempen Tahun Melawat Malaysia 1990 yang telah dilancarkan secara agresif pada awal tahun 1988. Di samping itu, perjalanan melintasi sempadan yang semakin meningkat, khususnya melalui Tambak Johor juga turut menyumbang kepada pertambahan ketibaan pelancong. Justeru itu, perjalanan pelawat-pelawat melintasi Tambak Johor yang merupakan tidak kurang daripada 60 peratus jumlah ketibaan pelancong adalah penting dalam menentukan profil dan pola ketibaan. Sungguhpun sebahagian besar daripada pelawat yang tiba melalui Tambak Johor tidak boleh ditakrifkan sebagai pelancong sebenar kerana mereka tidak tinggal sekurang-kurangnya satu malam di negara ini, namun perbelanjaan mereka yang besar semasa berada di negara ini, khususnya melalui aktiviti membeli-belah, beristirehat dan hiburan telah memberi sumbangan kepada pertumbuhan pendapatan tukaran wang asing.
8.06 Pendapatan tukaran wang asing yang diperolehi daripada pelancongan telah bertambah dengan banyaknya dan oleh itu memberi sumbangan dalam memperbaiki akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran. Pendapatan kasar dari pelancongan telah berkembang pada kadar 24.5 peratus setahun dalam tempoh tersebut, iaitu pertambahan daripada $1,500 juta pada tahun 1985 kepada anggaran sebanyak $4,500 juta pada tahun 1990. Sumbangan pendapatan pelancongan kepada jumlah pendapatan perkhidmatan telah meningkat dengan kadar yang mantap, iaitu daripada 23.5 peratus pada tahun 1985 kepada 28 peratus pada tahun 1990, terutamanya disebabkan oleh pertambahan jumlah ketibaan pelancong asing. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada kesan-kesan positif pelancongan ke atas imbangan pembayaran telah terjejas akibat daripada perjalanan keluar rakyat
Malaysia yang melibatkan peningkatan perbelanjaan daripada $2,800 juta pada tahun 1985 kepada $4,000 juta pada tahun 1990. Dengan itu pendapatan bersih yang di perolehi daripada sektor pelancongan dalam akaun perkhidmatan adalah kecil. Oleh yang demikian, adalah perlu Kerajaan melaksanakan strategi serampang dua mata yang berkesan, iaitu meningkatkan jumlah ketibaan pelancong asing, dan pada masa yang sama menggalakkan rakyat Malaysia melancong di dalam negeri bagi mengurangkan pengaliran keluar tukaran wang asing akibat daripada perjalanan rakyat Malaysia untuk beristirehat di luar negeri.
8.07 Tempoh tinggal purata dan pola perbelanjaan pelancong-pelancong asing masih menunjukkan arah aliran yang sama jika dibandingkan dengan tempoh rancangan yang lepas. Tempoh tinggal purata pelancong-pelancong asing di Malaysia kekal pada 4.5 malam manakala tujuan untuk beristirehat merupakan faktor utama yang telah mendorong mereka untuk melancong. Dari segi pola perbelanjaan pelancong asing pula, sebahagian besar, iaitu 45 peratus telah dibelanjakan untuk penginapan, diikuti dengan 40 peratus untuk makanan dan minuman serta membeli belah. Pola yang sedemikian juga terdapat di kebanyakan negara lain. Dari segi perbelanjaan per kapita, pelancong Jepun mempunyai kecenderungan berbelanja yang tertinggi, dengan mencatat purata perbelanjaan per kapita sebanyak $1,197 pada tahun 1987, diikuti oleh pelancong daripada Australia dan U.K., masing-masing berbelanja sebanyak $1,115 dan $1,024. Anggaran pola perbelanjaan bagi pelancong tempatan pula telah menunjukkan bahawa sebanyak 23 peratus daripada perbelanjaan ke seluruhannya adalah untuk makanan dan minuman, diikuti oleh pengangkutan sebanyak 20 peratus, penginapan sebanyak 19 peratus dan bakinya untuk membeli¬belah, hiburan dan perbelanjaan lain. Perbelanjaan yang dilakukan oleh setiap pelancong tempatan bagi satu lawatan secara relatifnya adalah rendah, iaitu dianggarkan kurang daripada $100 pada tahun 1988. Keadaan ini berlaku sebahagian besarnya disebabkan rakyat Malaysia jarang menyewa tempat-tempat penginapan oleh kerana mereka lazimnya tinggal bersama kawan dan saudara-mara apabila melancong di dalam negeri.
8.08 Potensi pembangunan yang lebih besar bagi pelancongan dalam negeri masih belum diterokai dengan sepenuhnya. Sungguhpun penduduk tempatan menikmati peningkatan pendapatan dan juga terdapatnya usaha-usaha penggalakan dan pemasaran yang lebih meluas, namun pola perjalanan dalam negeri masih berkait rapat dengan musim-musim tertentu, terutamanya ketika musim cuti persekolahan dan hari-hari perayaan tertentu. Pelawat-pelawat tempatan selalunya akan pulang ke kampung sendiri untuk mengunjungi kawan-kawan dan saudara-mara ketika bercuti. Berjalan dan melawat untuk beristirehat masih belum menjadi satu ciri kehidupan umum masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun, memandangkan terdapatnya peningkatan kualiti hidup dan perubahan corak kehidupan rakyat Malaysia serta terdapatnya kemudahan¬ kemudahan yang mampu dinikmati, adalah dijangka bahawa potensi pelancongan tempatan akan diperkembang dan dimajukan lagi.
8.09 Dengan jangkaan prospek pelancongan yang lebih baik, jumlah pelaburan dalam projek-projek hotel dan kemudahan¬kemudahan yang berkaitan dengan pelancongan yang telah diluluskan adalah sebanyak $2,602 juta dalam tempoh RM5. Industri hotel, khususnya di kawasan bandar telah berkembang dengan pertambahan sebanyak 9,312 buah bilik menjadikan jumlah bilik meningkat daripada 35,720 pada tahun 1985 kepada 45,032 pada tahun 1990. Sebahagian besar daripada hotel-hotel tersebut mempunyai lebih daripada 100 buah bilik. Dengan adanya pertumbuhan yang pesat dalam kadar ketibaan pelancong, adalah didapati bahawa kadar purata penginapan telah meningkat daripada 50 peratus pada tahun 1985 kepada 73 peratus pada tahun 1990.
8.10 Dalam tempoh RM5, pertumbuhan pelancongan telah menyumbang kepada peningkatan peluang-peluang pekerjaan. Ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh bermulanya operasi hotel-hotel dan lain-lain perkhidmatan baru yang berhubung dengan pelancongan dalam tempoh tersebut. Gunatenaga yang terlibat secara langsung di dalam industri hotel telah bertambah dari 25,170 pada tahun 1985 kepada 39,960 pada tahun 1990,mewujudkan 14,790 pekerjaan tambahan. Bilangan agensi- agensi pelancongan pula telah bertambah dari 611 pada tahun 1985 kepada 1,545 pada tahun 1990. Dalam tempoh tersebut sejumlah 8,330 lesen telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat bas pesiaran, teksi mewah dan kereta-kereta sewa.
8.11 Sejajar dengan pelaburan sektor swasta dalam menyediakan kemudahan penginapan, tarikan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pelancongan, sektor awam pula telah melabur lebih daripada $500 juta dalam tempoh RM5 bagi aktiviti yang berkaitan seperti galakan, pemasaran dan penyediaan kemudahan infrastruktur. Perbelanjaan yang besar telah dikeluarkan sempena Tahun Melawat Malaysia 1990, khususnya untuk menggalakkan berbagai aktiviti dan aturcara berkaitan dengan kebudayaan, kesenian, kraftangan, hari kebesaran, sukan dan pertandingan yang unik kepada Malaysia. Program galakan ini telah mewujudkan satu kesedaran yang lebih tinggi mengenai Malaysia sebagai suatu destinasi percutian di kalangan pelancong tempatan dan asing.
8.12 Perhatian yang khusus telah diberikan kepada usaha menggalakkan pelancongan di pasaran tempatan terutamanya dalam program-program Tahun Melawat Malaysia 1990. Ini dilakukan dengan cara menambahkan masa siaran radio dan televisyen serta program kesedaran melalui aktiviti yang boleh dikaitkan dengan penduduk tempatan seperti hari perayaan dan pertandingan sukan. Pengusaha-pengusaha pelancong tempatan telah melibatkan diri secara aktif dengan memperkenalkan pakej percutian tempatan dengan menawarkan harga yang menarik, sementara beberapa institusi kewangan telah memulakan skim pinjaman untuk melancong.
8.13 Aktiviti penggalakan dan pemasaran diluar negeri telah dipergiatkan lagi sebahagian besarnya di pasaran utama yang menjadi tumpuan iaitu ASEAN, Jepun, Australia, Hong Kong, Taiwan, Eropah Barat dan pantai barat Amerika Syarikat.
Pasaran-pasaran ini merupakan negara-negara di mana pengetahuan rakyatnya terhadap Malaysia melebihi paras purata. Mereka lebih berpengetahuan mengenai Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan yang mempunyai pakej pelancongan dengan harga yang menarik dan mudah membuat perjalanan dengan adanya rangkaian penerbangan antarabangsa yang baik. Di samping itu, aktiviti galakan telah dimulakan di pasaran baru seperti di Asia Barat, Kanada dan negara¬negara Scandinavia.
8.14 Dari segi pembangunan kemudahan infrastruktur asas, beberapa projek telah dapat disiapkan. Memandangkan terdapatnya keperluan bagi penyediaan kemudahan penyebaran maklumat setempat untuk pelancong tempatan dan asing, maka Kompleks Maklumat Pelancong Malaysia (MATIC) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1989. Pembangunan lain yang berhubung dengan pelancongan termasuklah memperbaiki kemudahan untuk ke taman-taman negara di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, menyediakan kemudahan tambahan di destinasi-destinasi pelancongan yang digemari ramai seperti tempat peranginan Pulau Besar di Melaka, Kompleks Pelancongan Bersepadu Desaru di Johor dan Kompleks Pelancongan Tasik Kenyir di Terengganu serta pemuliharaan budaya tradisional melalui pembesaran pusat-pusat kraftangan seperti Perkampungan Budaya Sarawak. Kemudahan infrastruktur lain yang telah disediakan termasuklah berbagai kerja pembaikan yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, menaikkan taraf Lapangan Terban-g Pulau Langkawi, pembinaan semula jeti- jeti di kawasan pelancongan utama seperti di Kuala Tahan, Pulau Langkawi dan Pulau Tioman, serta kerja-kerja membaiki jalan-jalan dan laluan utama keretapi di negara ini. 8.15 Kemasukan pelancong ke Malaysia dengan mudah yang merupakan satu faktor penting dalam pembangunan pelancongan telah dipertingkat dan diperbaiki lagi. Penerbangan Malaysia (MAS) telah memulakan penerbangannya ke beberapa destinasi baru di luar negeri seperti Brussels, Istanbul, Fukuoka, Auckland, New Delhi, Zurich, Guangzhou, Bandaraya Ho Chih Min, Adelaide, Brisbane, Vienna, dan Kaohsiung.
¦ Kerajaan juga telah mengamalkan dasar ruang angkasa terbuka untuk penerbangan sewa khas ke Malaysia bagi memenuhi permintaan penumpang yang semakin bertambah dan memudahkan lagi pelancong untuk masuk ke Malaysia. Dalam tempoh tersebut, beberapa negara, khususnya Hong Kong, Kanada, Jepun, Jerman dan Yugoslavia telah dibenarkan menjalankan operasi penerbangan sewa khas ke Malaysia. Sebagai tambahan, Penerbangan Antarabangsa Singapura (SIA) dan anak syarikatnya 'Tradewinds' telah turut diberi kelulusan untuk meningkatkan lagi kekerapan penerbangannya ke Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Kota Kinabalu dan Kuching.
Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Bagi melengkapkan usaha-usaha MAS, 'Pelangi Air' telah menambah perkhidmatannya bagi meliputi beberapa destinasi pelancongan seperti Pulau Tioman, Melaka, Kuala Tahan, Kuala Terengganu, Kertih, Pulau Pinang dan Kuantan sejak tahun 1988. Di samping itu, Keretapi Tanah Melayu telah memulakan program bagi menggalakkan pelancongan dengan memperkenalkan pas perjalanan keretapi untuk pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia serta pakej pengembaraan 'Legendary Langkawi Tour' dan 'Kenong Rimba Park Ad venture Tour' di Kuala Lipis. Dalam usaha untuk menggalakkan kemasukan pelancong melalui jalan darat dari Singapura dan Thailand, peraturan-peraturan di pintu masuk telah dilonggarkan lagi.
III.
PROSPEK, 1991-95
8.17 Perkembangan ekonomi dunia yang semakin baik dijangka akan terus mewujudkan iklim yang sesuai bagi pertumbuhan pelancongan antarabangsa. Di samping itu,terdapat peralihan yang positif ke arah pelancongan jarak jauh. Jumlah perjalanan jarak jauh bagi seluruh dunia dijangka meningkat dengan banyaknya daripada 36.7 juta perjalanan dalam tahun 1986 kepada 64.2 juta perjalanan pada tahun 1999. Pelancongan peringkat antarabangsa kini memasuki era yang lebih gemilang dan ianya menawarkan peluang-peluang yang besar bagi negara-negara seperti Malaysia untuk menerokainya.
8.18 Secara relatif, Malaysia masih baru dalam industri pelancongan di peringkat antarabangsa, berbanding dengan destinasi lain yang lebih dikenali di ASEAN. Di dalam dekad yang akan datang, banyak lagi negara-negara yang sedang membangun dijangka akan melibatkan diri dalam pelancongan sebagai usaha mempelbagai dan memperluaskan peluang-peluang untuk pembangunan ekonomi mereka. Dalam suasana yang penuh dengan persaingan ini, Malaysia akan menjalankan usaha yang lebih gigih bagi memperbaiki mutu, tarikan dan keunggulan produk dan perkhidmatan pelancongan supaya ianya dapat bersaing serta terus mengekalkan minat pelancong.
8.19 Prospek pertumbuhan sektor pelancongan di Malaysia dalam RM6 mestilah dilihat dari arah aliran keseluruhan perjalanan antarabangsa serta dasar dan strategi dalam negeri untuk terus mengekalkan pencapaian yang tinggi dari segi ketibaan dan hasil pendapatan perjalanan yang telah diperolehi dalam tempoh RM5. Di samping itu, prospek pelancongan akan bergantung kepada pembaharuan tindakan susulan bagi aktiviti-aktiviti galakan dan pemasaran serta pembangunan produk yang kompetitif, perkhidmatan dan
kemudahan infrastruktur yang berkaitan.
8.20 Dalam tempoh RM6,ketibaan pelancong dijangka bertambah pada kadar yang lebih stabil, iaitu 6 peratus setahun. Sungguhpun pasaran ASEAN akan terus menjadi
pasaran yang terbesar,namun pasaran bukan ASEAN, terutamanya yang terdiri daripada negara-negara Jepun,Jerman dan Taiwan dijangka akan menjadi lebih penting. Pengunjung-pengunjung harian yang tiba melalui jalan darat daripada dan melalui Singapura akan terus menjadi komponen yang penting di dalam pasaran pelancongan negara. Sektor pelancongan dalam negeri adalah dijangka menjadi satu sumber pertumbuhan pelancongan yang penting hasil daripada peningkatan pendapatan dan perubahan kos perjalanan secara relatif.
8.21 Dalam tempoh RM6, pendapatan dari pertukaran wang asing hasil daripada pelancongan dijangka berkembang pada kadar purata 2.3 peratus setahun. Dari segi pekerjaan pula, sektor ini dijangka akan mewujudkan 11,300 peluang pekerjaan secara langsung serta peluang pekerjaan secara tidak langsung yang agak besar. Pembinaan lebih kurang 30 buah hotel baru dan program pembesaran hotel yang sedia ada dijangka akan mewujudkan pertambahan lebih daripada 10,000 buah bilik. Adalah dijangka bahawa sejumlah besar daripada hotel-hotel baru yang akan di bina merupakan hotel dalam kategori berharga sederhana.
8.22 Terdapat beberapa isu pembangunan pelancongan yang perlu diberi perhatian. Isu-isu tersebut termasuklah pembangunan identiti dan imej unggul Malaysia di dalam arena antarabangsa,penggalakan pelancongan dalam negeri berbanding dengan pelancongan antarabangsa, pembangunan program dan projek pelancongan secara terpilih serta pembangunan sumber manusia yang khusus untuk industri pelancongan. Objektif dasar dan strategi pelancongan serta program-program dalam RM6 adalah dibentuk untuk mengatasi masalah-masalah ini.
Objektif Dasar dan Strategi Pelancongan
8.23 Pelancongan akan digalakkan sebagai satu industri penting yang boleh menyumbang ke arah pembentukan sumber¬sumber pertumbuhan baru yang diperlukan untuk pembangunan sosio-ekonomi. Penekanan yang bersungguh- sungguh akan diberikan bagi memperkukuhkan prospek pertumbuhannya melalui langkah-langkah mewujudkan pertumbuhan yang pesat bagi perjalanan dan pelancongan dalam negeri, mempelbagai pasaran pelancong yang sedia ada dan menerokai pasaran baru yang berpotensi khususnya di rantau ini, memperbanyakkan kemudahan infrastruktur, menyemaikan inovasi di dalam penyediaan produk-produk pelancongan dan menggalakkan keusahawanan bagi barangan dan perkhidmatan yang berkaitan. Dalam hubungan ini, industri pelancongan dijangka akan menyediakan peluang-peluang yang lebih banyak untuk meningkatkan hakmilik, penyertaan dan keusahawanan Bumiputera.
8.24 Penekanan yang seimbang akan terus diberikan kepada pasaran dalam dan luar negeri. Bagi pasaran luar negeri, aktiviti-aktiviti pemasaran dan penggalakan akan ditumpukan ke atas usaha untuk mengekalkan pasaran yang sedia ada dan
akan dipergiatkan untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mempunyai berbagai tarikan dan juga sebagai sebahagian daripada potensi pelancongan rantau ASEAN.
8.25 Penggalakan pelancongan dalam negeri akan dijalankan dengan lebih agresif lagi untuk mengambil kesempatanke atas usaha yang telah dilakukan bagi menggalakkan rakyat Malaysia melancong secara yang lebih meluas di dalam negeri daripada keluar negeri. Bagi mencapai objektif ini, lebih banyak program sokongan yang imaginatif akan dilancarkan bagi mewujudkan permintaan untuk perjalanan dalam negeri. Industri-industri penginapan, pelancongan dan perjalanan serta sektor-sektor kewangan dan korporat akan digalak untuk menjalankan program galakan bagi mewujudkan peluang-peluang perjalanan serta pelancongan dalam negeri. Penekanan akan juga diberi kepada penyediaan kemudahan-kemudahan yang lebih selesa, menarik dan mampu dibayar oleh pelancong¬pelancong tempatan.
8.26 Industri pelancongan akan memberi penekanan yang lebih terhadap pembentukan satu imej dan identiti Malaysia yang tersendiri. Negara ini akan menggalakkan jenis pelancongan yang unik yang mencerminkan nilai dan cara hidup rakyat Malaysia. Pendekatan ini akan dimajukan dalam usaha memelihara dan mempertingkatkan warisan negara dan juga berbangga dengan budaya dan cara hidup pelbagai kaum di Malaysia. Sehubungan dengan ini, imej yang sedemikian akan dimaju dan disepadukan dalam program-program dan projek¬projek yang berkaitan untuk kepentingan pelancongan dan generasi akan datang.
8.27 Kepelbagaian budaya Malaysia diakui sebagai aset tambahan kepada sektor pelancongan. Budaya tempatan yang berbeza-beza dan berbagai corak akan digalakkan sebagai sesuatu yang mempunyai tarikan istimewa dan unik di rantau ini. Asas sosio-budaya yang luas dan kaya dengan cerita rakyat, seni pementasan, tradisi, kraftangan dan seni bina serta makanan istimewa dijangka akan dapat menyediakan peluang-peluang yang lebih luas untuk menghasilkan produk yang berbeza dan berbagai-bagai.
8.28 Di dalam pembangunan pelancongan, satu bidang yang perlu diberi perhatian serius ialah perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar. Di Malaysia, pelancongan pada umumnya adalah berasaskan sumber-sumber semula jadi seperti pantai, tasik, sungai, air terjun, hutan, hidupan liar dan aset semula jadi lain yang mempunyai nilai keindahan, arkiologi, budaya dan sejarah yang sensitif kepada kerosakan alam sekitar dan ketidakseimbangan ekologi. Oleh yang demikian, program dan projek pelancongan akan dijalankan secara terpilih dan akan meliputi kawalan ke atas pencemaran, pembuangan najis, hakisan pantai dan tanah serta pemeliharaan pantai, hutan dan ekosistem lain dan mengenalpasti zon dan kawasan umum yang sesuai untuk pembangunan pelancongan. Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan masyarakat setempat dijangka akan terlibat di dalam kerja¬kerja penyediaan, pelaksanaan dan
penyelenggaraan projek untuk memastikan supaya kesan pencemaran ke atas alam sekitar dan budaya dapat dikurangkan.
8.29 Pembangunan pelancongan akan menekankan kepada penglibatan secara langsung oleh penduduk tempatan. Bagi mencapai matlamat ini, program-program pendidikan dan kesedaran untuk orang ramai akan dibentuk supaya mereka lebih menghargai faedah yang diperolehi daripada industri yang sedang membangun ini. Selanjutnya, rakyat Malaysia akan diberi maklumat umum tentang sistem nilai dan cara hidup pelancong asing. Lebih banyak maklumat mengenai nilai tradisional dan budaya rakyat Malaysia akan disebarkan kepada pelawat-pelawat asing.
8.30 Latihan adalah penting bagi pertumbuhan industri pelancongan yang cekap dan berdaya saing serta untuk memenuhi permintaan gunatenaga dalam industri ini. Apabila industri pelancongan mencapai tahap pembangunan dan kecanggihan yang semakin tinggi, adalah dijangkakan bahawa permintaan dan pengharapan pelawat- pelawat akan menjadi semakin berbeza-beza dan pelbagai di mana ianya akan