• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN

Dalam dokumen RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (1) (Halaman 90-111)

I. PENDAHULUAN

4.01Perkembangan sektor perindustrian telah memberi dorongan utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pelaksanaan secara berterusan dasar dan strategi yang bertujuan mewujudkan sektor pembuatan yang mempunyai asas yang lebih luas, cekap dan yang berorientasikan eksport telah memperkukuhkan lagi pembangunan sektor ini. Matlamat utama dasar dan strategi ini ialah untuk mengatasi kelemahan struktur sektor pembuatan dengan tujuan memastikan pencapaian pertumbuhan yang lebih pesat di samping menggalakkan pewujudan rantaian-rantaian yang lebih kukuh dengan sektor-sektor lain di dalam ekonomi. 4.02 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RM5), sektor pembuatan telah berkembang dengan pesat menjadikannya sektor pertumbuhan utama dalam ekonomi serta sektor yang memberi sumbangan terbesar kepada pewujudan peluang pekerjaan. Sumbangan eksport barangan pembuatan juga terus meningkat menjadikan sektor ini sebagai sumber terbesar pendapatan tukaran asing bagi negara. Sungguhpun prestasi eksport yang kukuh merupakan dorongan utama kepada pertumbuhan pesat sektor pembuatan, asas kepada pencapaian yang tinggi ini adalah pengubahsuaian dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan ke arah mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran yang bertujuan mewujudkan suasana yang lebih menarik bagi pembangunan perindustrian.

4.03 Bagi tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RM6), pertumbuhan pesat yang berterusan bagi sektor pembuatan dijangka memberi sumbangan penting kepada perkembangan ekonomi secara keseluruhannya. Bagi mencapai objektif ini, RM6 akan mempercepatkan usaha ke arah mempelbagaikan asas sektor perindustrian dan menggalakkan rantaian industri yang lebih melalui pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) serta mempercepatkan program penyusunan semula dan pemodenan industri-industri yang mundur. Strategi-strategi ini adalah perlu bagi memperkukuh dan memperluaskan lagi asas perindustrian serta meningkatkan kemajuan sektor ini ke arah pencapaian tahap kecekapan dan kemampuan bersaing yang lebih tinggi.

II. KEMAJUAN, 1986-90

Dasar Kerajaan Bagi Menggalakkan Pembangunan Perindustrian

4.04 Dalam tempoh RM5, pembangunan sektor ini adalah berpandukan Pelan Induk Perindustrian (PIP),1986-95. PIP telah menyediakan rancangan petunjuk jangka panjang untuk pembangunan sektor kecil yang khusus, dasar-dasar sokongan dan bidang-bidang yang perlu penekanan khas. Perakuan-perakuan dasar telah dilaksanakan bagi mempertingkatkan pelaburan swasta dan mewujudkan satu orientasi semula dasar yang lebih tertumpu. Sebanyak dua belas sektor kecil telah dikenalpasti sebagai sektor keutamaan, terdiri dari tujuh industri yang berasaskan sumber dan lima industri yang bukan berasaskan sumber yang akan dibangunkan dalam tempoh 10 tahun. Industri yang berasaskan sumber termasuk industri-industri pemprosesan makanan, getah, minyak kelapa sawit, industri berasaskan kayu, kimia dan petrokimia, barangan logam bukan feram dan barangan galian bukan logam. Industri-industri bukan berasaskan sumber pula termasuk elektronik dan elektrik, kelengkapan pengangkutan, barangan jentera dan kejuruteraan, logam feram, tekstil dan pakaian. Perakuan-perakuan utama PIP yang telah dilaksanakan termasuklah penyatuan galakan galakan fiskal bagi menggalakkan pelaburan di mana pembaikan utama dibuat bagi menarik pelaburan semula, mewujudkan rantaian, menggalakkan eksport dan latihan. Penekanan telah juga diberi bagi menyokong penyelidikan dan pembangunan(P&P). Senarai keluaran yang digalakkan telah dikaji semula secara berterusan dan program-program bagi rasionalisasi dan penyusunan semula industri bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing perindustrian telah dilancarkan.

4.05 Satu hasil penting dari pelaksanaan PIP ialah penyertaan sektor swasta dalam berbagai majlis dialog dengan sektor awam dan dalam pasukan petugas yang ditubuhkan bagi pembangunan sektor kecil industri yang telah dikenalpasti oleh PIP. Penyertaan sektor swasta ini telah memperkukuhkan kerjasama yang diperlukan bagi mencapai kata sepakat dan kerjasama menyeluruh untuk pembangunan perindustrian.

4.06 Berbagai-bagai langkah lain juga telah diambil bagi menggalakkan pembangunan perindustrian dan menyediakan suasana yang lebih baik untuk pelaburan. Perubahan-perubahan penting telahpun dibuat ke atas perundangan bagi menggalakkan pertumbuhan sektor pembuatan. Dasar-dasar yang melibatkan sektor pembuatan telah dijadikan lebih menarik dan prosedur-prosedur telah dipermudahkan bagi mengurangkan lagi halangan berkaitan pentadbiran. Antara lain, pelaksanaan Akta Galakan Pelaburan (PIA), 1986 dan pindaa-n ke atas Akta Cukai Pendapatan, 1967 telah menyediakan galakan pelaburan yang liberal kepada bakal¬bakal pelabur. Arahan pengecualian di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975 telah dilonggarkan bagi mengecualikan keperluan memiliki l esen pengilangan

kurang daripada $2.5 juta atau 75 orang pekerja. Langkah-langkah juga telah diambil bagi menyediakan garis panduan ekuiti yang lebih liberal untuk pelaburan asing de ngan tujuan mempertingkatkan lagi peranan utama pelaburan ini di dalam perkembangan aktiviti-aktiviti pelaburan negara.

4.07 Lain-lain faktor yang telah memberi sumbangan kepada perkembangan pesat sektor perindustrian termasuklah perkembangan pasaran dalam negeri dan daya saing eksport yang telah meningkat serta pembesaran infrastruktur. Kos penggunaan tenaga juga telah dikurangkan semenjak Mac 1989 dengan pemberian diskaun kadar bayaran elektrik untuk industri-industri. Di samping itu, Kerajaan telah memperkenalkan skim rebet khas untuk sektor kecil getah dan tekstil dan galakan- galakan tambahan untuk industri-industri yang berasaskan kayu.

Pertumbuhan Keluaran Sektor Pembuatan

4.08 Keluaran sektor pembuatan telah bertambah dengan pesatnya dalam tempoh RM5. Nilai ditambah dalam sektor ini telah mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi sebanyak 13.9 peratus setahun, iaitu lebih dua kali ganda berbanding dengan matlamat RM5 sebanyak 6.4 peratus setahun. Dengan perkembangan yang pesat ini, sektor pembuatan telah menyumbangkan hampir separuh daripada pertambahan dalam KDNK dalam tempoh RM5. Dalam masa yang sama, sumbangan sektor ini kepada KDNK telah meningkat daripada 19.7 pera-tus pada tahun 1985 kepada 27 peratus pada tahun 1990, melebihi sumbangan sektor pertanian sejak tahun 1987. Perkembangan ini merupakan satu lagi pencapaian yang penting di dalam peralihan pembangunan negara ke arah ekonomi perindustrian.

4.09 Sungguhpun prestasi sektor pembuatan pada keseluruhannya adalah memuaskan, namun pembangunannya masih bercirikan asas perindustrian yang sempit. Seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4-1, kedua-dua sektor kecil tradisional iaitu elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian terus memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan hasil pengeluaran sektor pembuatan. Industri-industri tersebut yang menyumbangkan kira-kira satu perempat daripada keluaran sektor pembuatan dan masing-masing telah berkembang pada kadar 26.8 peratus dan 11.5 peratus setahun dalam tempoh RM5, menyediakan daya gerak utama kepada pertambahan keluaran sektor tersebut. Sungguhpun demikian, tempoh tersebut juga memperlihatkan kemunculan lain-lain sumber pertumbuhan yang telah memberikan dorongan tambahan kepada pertumbuhan sektor ini. Di antara industri-industri yang berkembang pesat ini termasuklah industri barangan getah, kelengkapan pengangkutan, minyak dan lemak, barangan kayu dan gabus, barangan galian bukan logam, barangan kimia perusahaan dan lain-lain barangan kimia dan juga industri besi dan keluli.

Eksport Barangan Sektor Pembuatan

4.10 Dalam RM5, perkembangan eksport telah memberi galakan utama kepada pertumbuhan pesat sektor pembuatan. Prestasi eksport sektor ini adalah mengkagumkan dengan peningkatan sebanyak 31 peratus setahun, iaitu daripada $12,471 juta pada tahun 1985 kepada $48,047 juta pada tahun 1990. Hasil daripada prestasi yang kukuh ini, sumbangannya kepada jumlah eksport barangan telah bertambah hampir dua kali ganda daripada 32.8 peratus pada tahun 1985 kepada 60.4 peratus pada tahun 1990. Penyumbang utama kepada p-ertumbuhan ini ialah dua sektor kecil tradisional industri bukan berasaskan sumber yang berorientasikan eksport, iaitu sektor kecil elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4-2 dan Carta 4-1. Kedua-dua sektor kecil tersebut telah menyumbangkan hampir dua pertiga daripada jumlah eksport sektor pembuatan pada tahun 1990. Sungguhpun sumbangan daripada industri-industri yang baru muncul kepada pendapatan eksport sektor pembuatan adalah masih kecil, namun demik-ian industri-industri berkenaan telah mencapai kadar pertumbuhan tahunan yang sangat tinggi iaitu di antara 31 hingga 64 peratus dalam tempoh tersebut. Industri-industri ini termasuk kelengkapan pengangkutan, industri bukan logam, getah, kertas dan barangan kertas, peralatan optikal dan saintifik dan barangan perkilangan logam. Prestasi eksport industri yang berasaskan sumber iaitu yang berasaskan kayu dan galian bukan logam juga telah mencapai kadar pertumbuhan yang pesat iaitu masing-masing sebanyak 29.8 peratus dan 38.7 peratus setahun.

Gunatenaga

4.11 Dalam tempoh RM5, perkembangan pesat sektor pembuatan telah membolehkan ianya memberi sumbangan yang besar kepada pewujudan peluang- peluang pekerjaan. Gunatenaga sektor ini telah berkembang dengan pesat pada kadar 8.6 peratus setahun iaitu daripada 855,400 dalam tahun 1985 kepada 1,290,200 pada tahun 1990. Dengan itu, sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada pewujudan peluang pekerjaan dalam ekonomi, dengan menyumbang sebanyak 44 peratus atau 434,800 daripada pekerjaan baru dalam tempoh tersebut. Dari jumlah keseluruhan gunatenaga baru dalam sektor pembuatan, 60.6 peratus adalah kaum Bumiputera, 24.2 peratus kaum Cina, 14.6 peratus kaum India dan 0.6 peratus adalah daripada kaum lain.

4.12 Sektor-sektor kecil yang telah memberi sumbangan besar kepada pewujudan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan ialah industri-industri elektrik dan elektronik mesin dan perkakas, kelengkapan pengangkutan, mesin bukan elektrik, getah, plastik, pakaian, kertas dan kayu. Gunatenaga di sektor-sektor kecil ini telah meningkat dengan pesatnya dan mencatat pertumbuhan tahunan di antara 7 hingga 21 peratus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4-3.

4.13 Pertumbuhan pesat sektor pembuatan telah mengakibatkan kekurangan pekerja, terutamanya di pantai barat Semenanjung Malaysia. Kekurangan pekerja ini lebih ketara di kalangan industri-industri yang menggunakan buruh secara intensif, terutamanya industri tekstil, industri berasaskan kayu dan industri elektronik. Di samping kekurangan juruteknik dan pekerja pengeluaran, industri-industri tersebut juga menghadapi masalah kekurangan pekerja yang mempunyai pengalaman yang sesuai. Bagi mengatasi masalah tersebut, usaha-usaha telah pun diambil bagi menambah jumlah gunatenaga yang boleh dilatih dan mengatasi masalah kekurangan pekerja mahir dengan cara memperluaskan lagi program-program latihan di sektor awam dan sektor swasta.

4.14 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan telah mencadangkan satu pakej dasar yang bertujuan untuk merombak dan mempergiatkan semula latihan perindustrian. Teras dasar dalam laporan tersebut bertujuan memperbaiki keupayaan sistem latihan sektor awam membuat penyesuaian kepada permintaan pasaran, memperluaskan peranan sektor swasta dalam latihan serta memperkukuhkan pertalian di antara latihan dan perubahan teknologi. Rombakan dasar ini diharap menghasilkan satu sistem penyampaian kemahiran yang lebih responsif dan berkesan yang akan menyokong pembangunan perindustrian yang dinamik dan berdaya saing. Pelaburan Sektor Pembuatan

4.15 Selaras dengan dasar dan strategi Kerajaan untuk menarik pelaburan swasta, pertumbuhan pelaburan di dalam sektor pembuatan telah berkembang dengan pesatnya dalam tempoh RM5. Cadangan modal pelaburan bagi projek pengilangan yang diluluskan telah bertambah hampir lima kali ganda. Di samping peningkatan di dalam pelaburan dalam negeri, tempoh ini juga mencatatkan peningkatan cadangan pelaburan modal asing yang besar dari kira-kira $1,000 juta dalam tahun 1985 kepada lebih daripada $18,000 juta pada tahun 1990. Selain dari usaha-usaha Kerajaan untuk menambahkan lagi pelaburan asing secara langsung, negara ini juga telah mendapat faedah daripada penempatan semula industri-industri dari negara-negara perindustrian, terutamanya Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, yang menghadapi peningkatan kos pengeluaran dan nilai matawang yang semakin tinggi. Dengan ini, Malaysia telah berjaya menyesuaikan kedudukannya bagi mengambil kesempatan terhadap peluang¬peluang tersebut.

4.16 Dalam tempoh Rancangan tersebut, bilangan projek yang telah diluluskan untuk pelaburan perindustrian ialah sebanyak 3,210 dengan jumlah cadangan modal pelaburan sebanyak $58,575 juta, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4-4. Pada puratanya, adalah dianggarkan kira-kira 41 peratus daripada projek-projek yang telah diluluskan akan memulakan pengeluaran ataupun berada di dalam peringkat akhir pelaksanaan menjelang tahun pertama ianya diberi kelulusan manakala, kira-kira 75 peratus daripada projek¬projek yang telah diberi kelulusan akan dilaksanakan akhirnya. Berasaskan ini, jumlah pelaburan sektor pembuatan yang telah

dilaksanakan berbanding dengan jumlah keseluruhan yang diluluskan adalah di anggarkan sebanyak $43,931 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak 42 peratus adalah pelaburan asing secara langsung dan selebihnya ialah pelaburan dalam negeri. Dari segi saiz projek, sebanyak 97.5 peratus daripada projek-projek yang telah dilaksanakan terdiri daripada projek-projek yang kurang dari $50 juta dan 51.2 peratus pula di bawah $2.5 juta. Projek-projek besar dengan pelaburan melebihi $50 juta hanya berjumlah 2.5 peratus. Daripada jumlah projek yang telah diluluskan, sebanyak 61 peratus telah diberi Taraf Perintis dan Galakan Cukai Pendapatan, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4-5.

4.17 Jumlah pelaburan asing di dalam projek-projek yang telah diluluskan adalah sebanyak $34,908 juta, iaitu meningkat pada kadar 79 peratus setahun dalam jangkamasa tersebut. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4-6, sumber-sumber utama pelaburan asing di dalam projek-projek yang telah diluluskan ialah Taiwan, Jepun, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Indonesia dan Hong Kong yang kesemuanya menyumbang sebanyak 77.9 peratus daripada jumlah pelabur-an asing yang dicadangkan. Satu perkembangan yang penting dalam tempoh ini ialah peningkatan pesat pengaliran masuk pelaburan dari Taiwan, yang telah melebihi pelaburan dari Jepun. Daripada jumlah pelaburan asing yang dicadangkan, kira-kira satu pertiga adalah dari Taiwan dan satu perempat pula dari Jepun.

4.18 Dari segi jenis industri dan bilangan kelulusan, cadangan-cadangan pelaburan yang telah diluluskan tertumpu kepada enam sektor kecil iaitu barangan elektrik dan elektronik, barangan logam asas, tekstil dan pakaian, barangan getah, barangan kayu dan perusahaan makanan. Jumlah cadangan pelaburan bagi keenam-enam sektor kecil ini mewakili hampir dua pertiga daripada jumlah projek yang telah diluluskan dalam jangkamasa tersebut. Industri¬industri barangan elektrik dan elektronik serta tekstil dan barangan tekstil masih terus merupakan dua sektor kecil yang terbesar, dan masing-masing menyumbang 19 peratus dan 11.6 pera-tus daripada jumlah projek-projek yang diluluskan. Sungguhpun demikian, jelas diperhatikan bahawa terdapatnya penyebaran pelaburan baru yang semakin ketara dalam industri-industri berasaskan sumber, khususnya pengeluaran barangan getah. Industri-industri ini merupakan 15.3 peratus daripada jumlah projek yang telah diluluskan dalam tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, dari segi nilai pelaburan yang telah diluluskan pada penghujung RM5 terdapat pertambahan yang besar di dalam modal pelaburan yang dicadangkan untuk barangan logam asas yang men-unjukkan pelaburan besar dan sekaligus yang diperlukan di dalam sektor besi dan keluli. Arah aliran yang serupa telah juga berlaku dalam sektor-sektor kecil kimia serta barangan kimia, petroleum dan arang batu.

4.19 Dari segi taburan mengikut negeri, projek-projek pelaburan yang telah diluluskan masih tertumpu di sepanjang serambi barat Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri¬negeri Selangor, Johor dan Pulau Pinang, seperti yang ditunjukkan dalam

jumlah projek yang dicadangkan dengan cadangan pelaburan sebanyak $26,408 juta. Selangor mempunyai cadangan pelaburan yang tertinggi, diikuti oleh Terengganu, Johor dan Sarawak.

4.20 Bagi menyokong pertumbuhan pelaburan dalam sektor pembuatan, pasaran modal dan kewangan telah diperkukuhkan. Pinjaman-pinjaman yang telah diluluskan oleh sistem urusan bank telah bertambah dengan pesatnya, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4-8. Jumlah pinjaman kepada sektor perindustrian yang belum dijelaskan kepada sistem urusan bank dan institusi-institusi kewangan telah bertambah pada kadar 15.8 peratus setahun menjadi $22,554 juta menjelang akhir tahun 1990. Di samping itu, beberapa tabung telah ditubuhkan oleh Kerajaan dalam tempoh RM5 untuk memberi kemudahan-kemudahan kredit kepada IKS khususnya, Tabung Pembangunan ASEAN-Jepun, Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian, Skim Kilang Bimbingan dan Tabung Usahawan Baru. Tabung Pelaburan Baru yang telah dilancarkan pada tahun 1985 bagi menggalakkan pelaburan dalam keupayaan pengeluaran baru yang produktif dengan kos yang berpatutan telahpun digunakan sepenuhnya oleh sektor pembuatan dengan pinjaman berjumlah $985.3 juta pada akhir tahun 1990. Jumlah ini merupakan 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak $1,024 juta bagi sektor pembuatan. Sungguhpun skim ini telah diberhentikan pada tahun 1988 apabila kesemua dananya telah diperuntukan kepada peminjam-peminjam, Bank Negara masih terus mengawasi pengambilan keluar dan pembayaran balik pinjaman-pinjaman tersebut.

III.

PROSPEK, 1991-95

4.21 Malaysia sedang memasuki era baru pembangunan perindustrian. Teras pembangunan sektor ini dalam RM6 ialah untuk menggalak sumber pertumbuhan yang baru bagi memperkukuh dan mempelbagaikan asas perindustrian di samping terus mengekalkan sumber-sumber pertumbuhan tradisional yang penting iaitu elektronik, tekstil dan pakaian. Pendekatan baru tersebut akan memberi penekanan kepada pembangunan industri yang berorientasikan eksport, bernilai ditambah yang tinggi dan berteknologi tinggi dengan sokongan ya-ng kukuh daripada P&P dalam negeri serta pertumbuhan industri dalam negeri yang berteknologi tinggi. Objektif dasar perindustrian dalam RM6 adalah menuju ke arah industri yang menggunakan modal secara intensif dan teknologi canggih yang mampu menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi, berdaya saing dan berhubung rapat dengan keperluan pasaran negara¬negara maju. Bagi mencapai objektif tersebut, Kerajaan akan memberi penekanan kepada pelaksanaan langkah-langkah untuk mempercepatkan penyusunan semula industri, mempertingkatkan teknologi, pembangunan sumber manusia dan mewujudkan rantaian perindustrian bagi memastikan nilai ditambah dalam negeri memberi sumbangan yang lebih tinggi dan besar kepada pertumbuhan ekonomi. Semua langkah tersebut akan menyediakan asas ke arah pencapaian status negara perindustrian maju menjelang tahun 2020.

4.22 Usaha akan terus dilaksanakan bagi menggalakkan pelaburan sektor pembuatan dengan mewujudkan persekitaran pelaburan yang sesuai, mengadakan kemudahan- kemudahan infrastruktur dan sokongan yang lebih baik serta dasar dalam negeri yang menggalakkan penyertaan dan pelaburan sektor swasta. Seterusnya, memandangkan mutu tenaga buruh merupakan faktor kritikal yang menentukan kemampuan bersaing dan tahap produktiviti di sektor pembuatan, Kerajaan akan memastikan bekalan buruh yang boleh dilatih dan mahir adalah mencukupi, terutamanya untuk memenuhi jangkaan permintaan industri yang menggunakan modal secara intensif dan berteknologi tinggi.

4.23 Dalam jangkamasa panjang, pembangunan sektor perindustrian akan memberi penekanan yang lebih kepada automasi atau proses-proses pengeluaran lain yang menjimatkan penggunaan buruh. Dalam tempoh RM6, penempatan semula industri ke kawasan yang mempunyai sumber-sumber yang diperlukan, terutamanya dari segi bekalan buruh, akan diberi dorongan dan galakan. Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan untuk pembangunan kemudahan infrastruktur bagi penempatan semula industri. Selanjutnya, peranan Kemen-terian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan diperkukuhkan bagi memberi daya gerak tambahan dan tumpuan terhadap penggubalan dan perancangan dasar bagi membantu sektor perindustrian mencapai tahap pembangunan yang lebih tinggi.

Mengekalkan Daya Gerak Pertumbuhan

4.24 Sektor pembuatan dijangka berkembang pada kadar 11.5 peratus setahun dalam tempoh RM6 dan menyumbang 45.8 peratus daripada jumlah pertambahan dalam KDNK. Hasil daripada pertumbuhan ini, sumbangan sektor pembuatan akan berjumlah hampir satu pertiga daripada KDNK menjelang tahun 1995. Pertumbuhan sektor ini akan terus berorientasikan eksport. Eksport barangan perkilangan yang dijangka meningkat pada kadar 16.7 peratus setahun akan terus mengekalkan daya gerak pertumbuhan sektor ini, dan dijangka men-yumbang lebih 70 ¦peratus daripada jumlah pendapatan eksport barangan negara pada tahun 1995. Walaupun kedua-dua sektor kecil tradisional, iaitu sektor elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian akan terus mengekalkan sumbangannya kepada pertumbuhan sektor pembuatan, namun sumbangan daripada sumber-sumber pertumbuhan yang baru akan dipertingkatkan, khususnya industri-industri yang berasaskan sumber dengan cara memperbanyakkan lagi aktiviti hiliran dan yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi. Di samping itu-, sumbangan industri yang bukan berasaskan sumber juga dijangka meningkat dengan adanya galakan bagi aktiviti selain daripada aktiviti pemasangan, iaitu seperti pengeluaran komponen dan alat-alat ganti secara besaran. 4.25 Liberalisasi serta usaha-usaha melonggar dan mengurangkan peraturan dalam sektor perindustrian akan diteruskan bagi mengekalkan daya gerak pertumbuhan

Kerajaan untuk mengkaji semula dan mengemaskini matlamat PIP dan rangkakerja dasar dan dasar perindustrian lain, terutamanya mengenai langkah-langkah yang berkaitan dengan tarif dan bukan-tarif. Perkara-perkara ini akan dilaksanakan dengan tujuan memberi tumpuan yang lebih kepada pembangunan perindustrian di masa hadapan.

Pelaburan Sektor Pembuatan

4.26 Bagi menyokong perkembangan pesat yang dijangka daripada sektor ini dalam tempoh RM6, kadar pertumbuhan pelaburan yang tinggi yang dicapai dalam tempoh RM5 perlu dikekalkan. Adalah dianggarkan, jumlah pelaburan yang diperlukan bagi mencapai matlamat kadar pertumbuhan sektor ini dalam RM6 adalah lebih dari $80,000 juta, iaitu hampir dua kali ganda dari paras pelaburan yang telah dicapai dalam tempoh RM5. Daripada jumlah tersebut, $33,000 juta dijangka berpunca daripada pelaburan asing manakala bakinya adalah daripada pelaburan dalam negeri. Pelaburan dalam sektor pembuatan dijangka merupakan bahagian pelaburan swasta yang terbesar, iaitu kira-kira 40 peratus daripada jumlah pelaburan swasta dalam tempoh RM6. Memandangkan kepada keperluan bagi jumlah pelaburan yang tinggi ini, Kerajaan akan terus memastikan wujudnya suasana yang sesuai bagi pelaburan dan pelaburan semula. Pelaburan-pelaburan ini perlu disalurkan kepada projek-projek berkualiti yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi dan rantaian yang meluas serta industri berteknologi tinggi.

Memperbaiki Sistem Galakan dan Bantuan-bantuan Lain

4.27 Penyediaan galakan bagi sektor pembuatan merupakan satu faktor yang telah menyumbang kepada pertumbuhan pelaburan swasta. Usaha-usaha akan dibuat untuk mengawasi dan menilai faedah sebenar yang diperolehi daripada pemberian

Dalam dokumen RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (1) (Halaman 90-111)