Al-Ghayat Al-‘Aliyat Ekonomi Islam Berdasarkan Hadith Kitab Jami‘ Al-Tirmidhiy
PEMIKIR EKONOMI ISLAM
Dalam usaha melaksanakan pembangunan ekonomi Islam, aspek matlamat yang ingin dicapai perlu dititik-beratkan. Hal ini kerana hakikat kejayaan dalam ekonomi Islam sama ada bersifatkan material atau pun spritual, adalah sangat berbeza dengan ekonomi lazim. Contohnya, ekonomi lazim menghubungkan ekonomi dengan ukuran kuantitatif dan peningkatan taraf ekonomi merupakan faktor penentu, manakala ekonomi Islam tidaklah seperti yang demikian kerana ekonomi Islam tidak mengukur pembangunan berdasarkan ukuran kuantitatif dan peningkatan ekonomi bukanlah penentu segala-galanya. Matlamat ekonomi Islam adalah sangat berbeza yang meliputi duniawi dan ukhrawi (Muhammad Syukri Salleh, 2009: 1 & 2008a:13-14). Hakikat ini telah pun diterangkan dalam sebuah hadith:
“Dari Zaid bin Thabit r.a berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jika matlamat seseorang itu adalah dunia maka Allah SWT akan memporak perandakan urusannya. Yakni Allah SWT akan menyusahkannya di dalam segala urusan dengan rasa kekhuatiran dan kemiskinan terbayang-bayang di hadapan matanya, dan dia akan mendapat dunia hanya sekadar apa yang telah ditakdirkan untuknya, dan sesiapa yang niatnya adalah akhirat, maka Allah SWT akan memudahkan urusannya dan Allah SWT akan menjadikan hatinya kaya dan dunia akan datang dalam keadaan hina kepadanya.” (Riwayat Imam al-Thirmidhiy, No. Hadith 2583).
Daripada hadith di atas, dapat difahami bahawa matlamat akhir daripada suatu usaha ekonomi itu mestilah yang akan dapat memberikan kejayaan dan kebahagian yang hakiki sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Perkara ini hanya akan dapat dicapai sekiranya al-ghayat (matlamat) ekonomi Islam itu dapat dihayati dan dilaksanakan dengan betul.
Dalam pada itu, berbagai pihak telah membincangkan matlamat akhir ekonomi Islam. Perbincangan tentang matlamat akhir ekonomi Islam yang paling dominan dapat dibahagikan kepada dua kelompok pemikiran. Kelompok yang pertama mengatakan matlamat akhir ekonomi Islam adalah al-falah manakala kelompok kedua berpendapat mardat Allah sebagai matlamat akhir ekonomi Islam. Perbicangan mengenai perbezaan dua aliran pemikiran ini diterangkan dalam sub topik (a) dan (b).
914 Proceedings ICIEF’15, Mataram, 25-27 of August 2015 (a) Kelompok yang Mengatakan al-Falah
Antara pemikir ekonomi Islam yang mengatakan al-falah sebagai matlamat akhir ekonomi Islam ialah Khurshid Ahmad (1994:20), Hussin Salamon (2009:2), Nik Mustapha Nik Hassan (2014), Muhd. Murray Hunter (2012)7 dan M. Umer Chapra (1995).
Menurut Khurshid Ahmad (1994:20), matlamat akhir bagi ekonomi Islam adalah
al-falah. Hal ini diperjelas dengan kata beliau:
“The Islamic concept of development follows from its concept of tazkiyah, as it addresses itself to the problem of human development in all its dimensions: development is concerned with growth towards perfection through purification of attitudes and relationships. The result of tazkiyah is falah – prosperity in this world and the hereafter.”
Maksudnya: "Konsep Islam dalam pembangunan adalah mengikut konsep Tazkiyah, kerana ia menangani sendiri kepada masalah pembangunan manusia dalam semua dimensi: pembangunan adalah berkenaan dengan pertumbuhan ke arah kesempurnaan melalui penyucian sikap dan hubungan. Hasil Tazkiyah adalah
falah - kesejahteraan di dunia dan akhirat."
Perkara ini kemudiannya diperkuatkan lagi oleh pandangan Hussin Salamon (2009:2). Beliau mengatakan:
“Manusia diharapkan agar dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan baik kerana tanggungjawab ini akan ditanya di akhirat kelak. Atas tuntutan inilah maka kejayaan yang ingin dicapai oleh setiap individu muslim dalam melaksanakan tuntutan hidup berekonomi ialah untuk mencapai al-falah, iaitu kejayaan sebenar di dunia dan akhirat.”
Menurut Nik Mustapha Nik Hassan (2014), prinsip-prinsip umum untuk melaksanakan ekonomi Islam antara lain adalah keadilan sosial, prinsip bekerja dan ganjaran, prinsip menjauhkan daripada melakukan kerosakan dan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama yang mana semua perkara ini dilihat bertujuan untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat (al-falah). Hal ini dikuatkan lagi dengan pendapat Muhd. Murray Hunter (2012). Beliau mengatakan:
“In Islam, the individual’s vision, mission and objektif is to achieve both succes in the world and hereafter. This is al-falah.”
Maksudnya: “Dalam Islam, matlamat individu, misi dan objektif adalah untuk mencapai kedua-dua kejayaan di dunia dan akhirat. Ini adalah al-falah.”
Sependapat dengan Muhd. Murray Hunter (2012), M. Umer Capra (1995) berpandangan:
7 Muhd. Murray Hunter, School of Business Innovation and Technopreneurship, Universiti Malaya Perlis (UniMAP), Perlis.
Proceedings ICIEF’15, Mataram, 25-27 of August 2015915 ‘The fulfillment of all these needs would make all members of both the present and the future generations tranquil, comfortable, healthy and efficient, and able to contribute richly towards the realization and perpetuation of falah and hayat tayyibah.”
Maksudnya: “Memenuhi semua keperluan ini akan membuat semua ahli-ahli kedua-dua masa kini dan generasi akan datang tenang, selesa, sihat dan cekap, dan mampu menyumbang dalam kekayaan-Nya ke arah merealisasikan dan pengekalan
falah dan hayat tayyibah.”
Berdasarkan perbincangan ini, beberapa orang pemikir ekonomi Islam mengatakan bahawa al-falah adalah sebagai matlamat akhir ekonomi Islam.
(b) Kelompok yang Mengatakan Mardat Allah
Kelompok yang mengatakan mardat Allah sebagai matlamat akhir ekonomi Islam ialah Muhammad Syukri Salleh (2003:81), Haji Abd Malik (1999:3035)8, Yusuf Qaradawi (1996), Asyraf Wajdi Dusuki (2013) dan Mahathir Mohamad (2011:37).
Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003:81), matlamat akhir ekonomi Islam adalah untuk mencapai mardat Allah SWT. Dalam tulisan beliau, Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, beliau mengatakan:
“Pembangunan adalah alat untuk mencapai mardat Allah. Apabila tercapai keredaan Allah SWT, maka akan dikurniakan al-falah, yakni kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ertinya, kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya boleh dicapai kalau Allah SWT reda. Atas sebab itu, matlamat akhir pembangunan ialah keredaan Allah SWT, bukan kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.”
Pendapat beliau ini dikuatkan lagi oleh Haji Abdul Malik (1999:3035).9Beliau mengatakan nikmat ma‘nawiyyah berupa reda Allah SWT itu cukup besar. Buktinya ialah semua nikmat yang berbentuk mahsusah (syurga dan keindahannya) itu tidak mempunyai sebarang erti jika reda Allah itu tidak ada. Untuk membuktikan perkara ini, beliau memetik kata-kata Rabi‘ah al-‘Adawiyyah yang berbunyi:
“Bagiku reda Allah itulah yang aku harapkan. Adapun di mana aku hendak ditempatkan, asal reda Allah ada, aku tidah memilih.”
Yusuf Qaradawiy (1996) pula menekankan bahawa setiap individu Islam, dasar bagi seluruh kegiatan adalah Allah. Oleh itu, menurut beliau, matlamat seluruh kegiatannya itu
8 HAMKA: Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Mohd Shukri Hanapi, 2013:181).
916 Proceedings ICIEF’15, Mataram, 25-27 of August 2015
seharusnya menuju kepada Allah dan mendapat mardat Allah di samping memastikan kaedah pelaksanaannya tidak bertentangan dengan apa yang disyariatkan oleh Allah SWT.10
Dalam pada itu Asyraf Wajdi Dusuki (2013) juga mengatakan Mardat Allah sebagai matlamat akhir dalam ekonomi Islam. Hal ini juga dilihat selari dengan pendapat Aidit Ghazali (1990). Beliau mengatakan:
“Keperluan, kemudahan dan kesejahteraan hidup pula hanya merupakan alat bagi mencapai matlamat akhir yang sebenarnya dalam Islam iaitu mardat Allah.”
Bertepatan dengan itu, Mahathir Mohamad (2011:37) berpendapat dengan perkara yang sama. Beliau mengatakan:
“Pembangunan Islam adalah pembangunan yang berasaskan kepada keesaan Allah dan matlamatnya ialah keredaan Allah.”
Rajah 1 menunjukkan perbezaan pendapat pemikir-pemikir ekonomi Islam tentang matlamat akhir sebenar ekonomi Islam: