• Tidak ada hasil yang ditemukan

Proses Rombakan Struktur Akar Umbi Amalan Arab Jahiliah-Islam Nota: Dipetik daripada Mohd Shukri Hanapi (2013)

W ah y u (T asa w u r Is la m )

Meskipun ia nampak ada sedikit persamaan pada aspek nama amalan tersebut, namun struktur akar umbinya telah dirombak dan digantikan dengan tasawur Islam. Rombakan ini sebenarnya telah membawa perubahan kepada aspek konsep dan operasional amalan-amalan ekonomi Arab Jahiliah tersebut. Dalam perkataan lain, konsep dan operasionalnya menuruti acuan tasawur Islam. Dengan itu, lahirlah amalan-amalan ekonomi yang beracuankan syariat Islam, selari dengan apa yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Amalan-amalan perekonomian ini berbentuk ibadah dan akhlak yang berpaksikan akidah dan syariat Islam tanpa ada percampuran usur-unsur tasawur jahiliah dari amalan-amalan ekonomi Arab Jahiliah yang telah diguna pakai dalam Islam. Jika diibaratkan sebatang pokok, akar tunjangnya ialah akidah, akar-akar lain ialah ibadah dan batangnya ialah akhlak. Daripada semua inilah lahirnya dahan-dahan dan ranting-ranting, iaitu konsep dan operasionalnya.

Semua perbincangan tentang tasawur amalan Arab Jahiliah-Islam ini dapat digambarkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Proses Rombakan Struktur Akar Umbi Amalan Arab Jahiliah-Islam Nota: Dipetik daripada Mohd Shukri Hanapi (2013)

Amalan Masyarakat Arab Jahiliah

Amalan Masyarakat Arab Jahiliah Yang Dibuang T asawu r Is lam (Ak id ah , Ib ad ah & Ak h la k ) T asawu r Jah iliah Ak al & Naf su Amalan Masyarakat Arab Jahiliah Yang Diterima Pakai Dalam Islam [300 M] Nilai-nilai Negatif Nilai-nilai Positif [ 610 M]

906 Proceedings ICIEF’15, Mataram, 25-27 of August 2015

Rajah 1 ini menunjukkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu telah merombak tasawur amalan Arab Jahiliah dan menggantikannya dengan tasawur Islam, iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Rombakan tasawur ini telah memberikan kesan yang positif kepada aspek konsep dan operasional amalan-amalan perekonomian Arab Jahiliah yang diterima pakai dalam Islam.

Jelaslah bahawa pendekatan Islam yang bersifat ‘pembungkihan’ ini tidak sama dengan pendekatan akomodatif-modifikasi dan eklektisme-metodologi yang hanya merombak aspek operasional ekonomi Islam sahaja. Sebenarnya, ahli ekonomi Islam arus perdana yang mendukung pendekatan akomodatif-modifikasi dan eklektisme-metodologik ini terkeliru tentang perbezaan antara peringkat falsafah dengan peringkat operasional ekonomi Islam itu sendiri. Menurut Muhammad Syukri Salleh (2011), peringkat falsafah ekonomi Islam mencakupi komponen-komponen yang menjadikan terbinanya kerangka acuan ekonomi Islam. Dalamnya terkandung tasawur, dasar falsafah dan definisi konsep-konsep ekonomi Islam. Peringkat operasional ekonomi Islam pula mencakupi nilai-nilai, teori-teori, peralatan, dan kaedah-kaedah pelaksanaan acuan ekonomi Islam. Ia merupakan komponen-komponen yang membolehkan acuan ekonomi Islam itu direalisasikan. Antara kedua-dua peringkat ini, tunjangnya adalah peringkat falsafah atau tasawur, manakala komponen-komponen dalam peringkat operasional akan terbentuk mengikut tunjang falsafahnya. Jika hanya komponen-komponen dalam peringkat operasional yang dipilih-pilih, diakamodasi dan seterusnya dimodifikasi mengikut Islam sedangkan kerangkanya di peringkat falsafah dibiarkan tetap bertunjangkan kepada kerangka pendidikan konvensional, maka komponen-komponen dalam peringkat operasional tersebut tidak akan menjadi Islam secara hakiki.

VII. KESIMPULAN

Berdasarkan keseluruhan perbincangan dalam kertas kerja ini, didapati Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu bukan sahaja merombak aspek konsep dan operasional amalan-amalan ekonomi Arab Jahiliah, malah ia juga melibatkan aspek falsafah atau tasawurnya. Dengan ini jelaslah bahawa hujah logik yang sering dikemukakan oleh para pendukung aliran pemikiran akomodatif-modifikasi dan eklektisme-metodologik sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini adalah tidak tepat. Mereka sebenarnya terkeliru tentang perbezaan antara peringkat falsafah dengan peringkat operasional.

Pendekatan ‘pembungkihan’ yang dibawa oleh Islam inilah sepatutnya diguna pakai dalam merealisasikan pembentukkan acuan ekonomi Islam pada masa kini. Tindakan

memilih-Proceedings ICIEF’15, Mataram, 25-27 of August 2015907 milih perkara yang dirasakan baik dari pelbagai sumber dan menggunakannya secara kolektif dalam mencorakkan acuan ekonomi Islam adalah tidak betul. Tidak mungkin ekonomi Islam tulen dapat dibina dan dilaksanakan selagi acuannya masih bertunjangkan falsafah atau tasawur ekonomi konvesional.

RUJUKKAN

Al-Thayar, Abdullah bin Muhammad. (1993). Al-Bunuk al-Islamiyyah Bayn an Nazariyyah wa

Tatbiq. Riyad: Muassasah al-Jurays.

Ibn Qudamah, Wawaffaq ad-Din Abdullah Ibn Ahmad al-Maqdisi. (1991). Mughni al-Muhtaj

Ila Ma‘rifah Ma’aniy Faz dan Minhaj, Jld. 7. Beirut, Lubnan: Dar Kutub

al-Ilmiyyah.

Abdel Rahman Yousri Ahmed (2002). “A Methodological Approach to Islamic Economics: Its

Philosopy, Theoretical, Construction, and Applicability”, in Habib Ahmed, ed.,

Theoretical Foundations of Islamic Economics, Book of Readings No. 3, Jeddah, Saudi Arabia: Islamic Research and Training Institute, Islamic Development Bank.

Achmad Kamal Badri (2010). Hutang Piutang, ar-Rahn, Hiwalah dan kafalah. Diekses pada 6 Julai 2015 daripada: http://uin-jkt.blogspot.com/2010/12/ googlef80e854ba6498f40html.html

Abdul Rahim Hj Abdullah (2010). “Wacana Falsafah Sains Sejarah dan Pemikiran”. Pulau Pinang: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.

Ahmad Shukri Mohd Naim & Rosman Yousoff (2003). “Konsep Teori, Dimensi dan Isu

Pembangunan”. Shah Alam, Selangor: Pusat Penerbitan UITM Anggota/Persatuan

Penerbit Buku/ Malaysia Book Publisher Association Dengan No. Keahlian 9101. Anuar Abbas (2008). “Bung Hatta & Ekonomi Islam – Pergulatan Menangkap Makna Keadilan

dan Kesejahteraan”, Jakarta, Indonesia: LP3M STIE Ahmad Dahlan Jakarta & Fakulti

Hukum Universitas Muhammadiyah Jakarta.

Ahmad Shamsul Abdul Aziz (2002). Konsep Syarikat dalam Islam: Satu Tinjauan. Diekses pada 6 Julai 2015 daripada: file:///D:/USM..PHD/ICIEF/Ahmad_Shamsul_Dato %2527_Abd_Aziz.pdf

Asyraf Wajdi Dusuki (2013). “Kedinamikan Islam Terima Perubahan”. 14 Ogos 2013: Sinar Harian.

Fadzila Azni Ahmad (2010). “Kaedah Pengurusan Institusi-Institusi Pembangunan berteraskan

Islam di Malaysia” – Pemenang Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik Tan Sri

Muhyiddin Mohd Yassin 2009. Shah Alam, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA

FI. Sugit Suyantoro (2008). Muhammad Business Strategy and Ethics. Yogyakarta: C.V ANDI OFFSET.

Habib Ahmed (2002). “Analytical Tools of Islamic Economic: A Modified Marginalist

Approach”. In Habib Ahmed (ed.) Theoritical Foundation of Islamic Economics. Books

of Reading, No.3, Jeddah Saudi Arabia: Islamic Research and Training Institute, Islamic Development Bank.

908 Proceedings ICIEF’15, Mataram, 25-27 of August 2015

Haron Din (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam, Selangor: Pustaka Hizbi. Haron Din (2015). Manusia dan Islam. Selangor: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Ibn Kathir, Abi al-Fida’ al-Hafiz al-Dimasyqiy. (1999). “Tafsir al-Qur’an al-Azim”, Jilid 2. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Jomo. K. S (1992). “Islamic Economic Alternative: Critical Perspective & New Direction”, Macmillan, London (196pp.tx)

Mahayudin Yahya & Ahmad Jelani Halimi (1993). Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Mahmud Syakir (1991). Al-Tarikh Islamiy Qabl Bi‘thah, Jld. 1. Beirut: Al-Maktab al-Islamiy.

Malik Bennabi (2009). Asal Usul Masyarakat Manusia Rangkaian Hubungan Sosial (On The

Origins of Human Society), terj. Muhammad Uthman El-Muhammady. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Mansor Md Isa (2009). “Ekonomi Islam: Perspektif dan Cabaran”. Islamic Banking Encyclopedia. Diakses pada 4 April 2014 http://www.iefpedia.com/malay/?p=35

Moh. E. Ayub, Muhsin MK & Ramlan Mardjoned (1996). Manajemen Masjid. Jakarta: Gema Insani Press.

Mohd. Radzi Othman & Ghafarullahuddin Din, (2005). Ekonomi Dalam Perspektif Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mohd Shukri Hanapi (2013). “Tasawur Islam dan Pembangunan”. Kuala Lumpur: Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Shukri Hanapi (2013). “From Jahiliyyah To Islamic Worldview: In Search Of An Islamic

Educational Philosophy”. Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Mohd Shukri Hanapi (2014). “Tasawur Ekonomi Islam”, (ed.) Bagus Sigit Sunarko & Zakaria Bahari, Kertas Kerja di Konferansi Internasional Pembangunan Islam 1 (KIPI 1), Universitas Jember, Jawa Timur, Republik Indonesia.

Mohd Zulkifli Muhammad (2014). “Mekanisme Pengawalan Nafsu dalam Andaian Ketidak

Terhadan Kehendak Manusia Dalam Ekonomi Islam Arus Perdana: Analisis Berdasarkan Tasawur al-Qur’an (ed.)”- Bagus Sigit Sunarko & Zakaria Bahari, Kertas

Kerja di Konferansi Internasional Pembangunan Islam 1 (KIPI 1), Universitas Jember, Jawa Timur, Republik Indonesia.

Mozer Khaf. (1987). “Islamic Economics: Note on Definition & Methodology. Kertas Kerja

yang dibentangkan di International Workshop on the Methodology of Islamic Economics”, Bayero University Kano, Nigeria. Julai.

Muhammad Abdul Manan (1984). “The Making of an Islamic Economic Society”. Cairo, Egypt: International Association of Islamic Bank.

Muhammad Asrie Sobri (2009). Mengenal Riba. Diakses pada 11 Oktober 2012 daripada http://mashoori.wordpress.com/tag/riba/

Muhammad Nejatullah Siddiqi (1989). “Pemikiran Ekonomi Islam: Satu Tinjauan Penulisan

Semasa” (terj. Mohd Amin Abdullah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Syukri Salleh (2003a). “Tujuh Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam”. Kuala Lumpur: Zebra Edition Sdn. Bhd. dan Pulau Pinang: Projek Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Proceedings ICIEF’15, Mataram, 25-27 of August 2015909 Muhammad Syukri Salleh (2008). “Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam Konsep dan

Perkaedahan” - Syarahan Umum Perlantikan Profesor pada 28 Julai 2001 di Dewan

Kuliah A, Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh (2011). “Islamic Economics Revisited: Re-contemplating

Unresolved Structure and Assumptions”, 8th International Conference on Islamic Economics and Finance, Center for Economics and Finance, Qatar Faculty of Islamic Studies, Qatar Foundation.

Muhammad Syukri Salleh (2011). “Pemikiran Ekonomi Islam Melayu”, kertas kerja yang dibentangkan di Konferensi Internasional Islam di Alam Melayu, anjuran Program Pasca Sarjana UIN Sunan Gunung Djati Bandung (PPS UIN SGD) dengan kerjasama Akademi Siswazah Universiti Malaya, Malaysia (APIUM), di Gedung Merdeka Bandung, Indonesia, 20-22 November.

Muhammad Umar Chapra (2001). “What is Islamic Economics”, IDB Prize Winners’ Lecture Series No, 9, Jeddah, Saudi Arabia: Islamic Research and Traning Institute, Islamic Development Bank.

Najmuddin Shuhawi (1977). Rusum Jahiliyyah. Lahore: Urdu Bazar.

Nur Chamid MM (2010). Jejak Langkah Sejarah Pemikiran Ekonomi Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Celeban Timur.

Rahimah Abdul Aziz (2001). “Pengatar Sosiologi Pembangunan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahimah Sabran & Rahim Syam (1985). “Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia”. Petaling jaya: Fajar Bakti.

Ramli Awang (1997). Tasawwur Rabbani Menurut Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Wiroso, S.E. (2005). Penghimpunan Dana dan Distribusi Hasil Usaha Bank Syariah. Jakarta: Penerbit PT Grasindo.

910 Proceedings ICIEF’15, Mataram, 25-27 of August 2015

Al-Ghayat Al-‘Aliyat Ekonomi Islam Berdasarkan Hadith Kitab