• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGECUALIAN APLIKASI (EXCLUSION) PELAKSANAAN ISO 9001

Dalam dokumen JKR_MSPB_04(1) (Halaman 144-200)

LAMPIRAN B Bil. Pejabat Persijilan dan Alamat Alamat Pejabat Cawangan/Daerah Yang Melaksana SPB

2.6. 4 JKR KESEDAR

3.2 PENGECUALIAN APLIKASI (EXCLUSION) PELAKSANAAN ISO 9001

JKR akan melaksanakan keseluruhan keperluan ISO 9001. Pengecualian mana-mana bahagian tertentu bagi Pengurusan Penyenggaraan hendaklah melalui arahan bertulis dari pihak pengurusan atasan.

4.0 SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU

4.1 KEPERLUAN AM

JKR hendaklah mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara SPB dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan ISO 9001, ISO 14001, OHSAS 18001 dan ISO 50001.

JKR hendaklah:

a. Menentukan proses kerja yang perlu ada dalam SPB dan dalam organisasi, b. Menentukan turutan dan hubungkait di antara proses-proses atau aktiviti

kerja,

c. Menentukan kriteria dan kaedah bagi menilai keberkesanan operasi dan kawalan ke atas proses-proses kerja,

d. Memastikan sumber dan maklumat yang diperlukan disediakan untuk pelaksanaan dan pemantauan proses-proses kerja,

e. Memantau dan menilai proses-proses kerja dalam SPB,

f. Melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu bagi memastikan pencapaian matlamat yang dirancang dan membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas proses-proses kerja yang terlibat dalam SPB.

Proses kerja yang dikenalpasti oleh JKR untuk pelaksanaan SPB adalah meliputi keseluruhan bisnes teras JKR iaitu Perkhidmatan Perundingan Teknikal, Pengu-rusan Projek dan PenguPengu-rusan Penyenggaraan.

Bisnes Perkhidmatan Perundingan Teknikal dan Pengurusan Projek merangkumi aktiviti-aktiviti di peringkat perancangan, rekabentuk, perolehan, pengurusan pembinaan dan penyerahan produk kepada pelanggan.

Carta Aliran Proses bagi bisnes Perkhidmatan Perundingan Teknikal dan Pengurusan Projek serta perkaitan antara aktivitinya adalah sebagaimana Lampiran C1.

Bagi bisnes Pengurusan Penyenggaraan ianya merangkumi aktiviti-aktiviti penerimaan, pendaftaran, operasi dan penyenggaraan, penilaian keadaan/prestasi, pemulihan/ubah suai/naik taraf dan pelupusan aset untuk memastikan aset diurus dengan sempurna, selamat dan selesa serta cekap tenaga bagi menjamin penggunaan aset yang optimum.

Carta Aliran Proses bagi bisnes Pengurusan Penyenggaraan serta perkaitan antara aktivitinya adalah sebagaimana Lampiran C2.

Dalam pelaksanaan proses-proses kerja di atas, JKR boleh mendapatkan khidmat luar (out-sourcing) mengikut keperluan dari pihak pembekal sama ada perunding teknikal, pakar, dan/atau kontraktor untuk mengendalikan sebahagian atau semua aktiviti. Antara lain perkhidmatan ini ialah menguruskan pelaksanaan projek-projek reka dan bina (design and build), bina-kendali-pindah (build-operate-transfer) dan juga projek di mana keseluruhan rekabentuk dikendalikan oleh perunding luar. Begitu juga dengan perkhidmatan penyenggaraan boleh dilaksanakan secara sumber luaran samada sebahagian atau keseluruhannya seperti kontrak konsesi penyenggaraan, kontrak penyenggaraan komprehensif dan kontrak pengurusan fasiliti.

JKR hendaklah mengawal mana-mana proses yang dilaksana secara khidmat luar (out-sourcing) yang memberi kesan kepada kualiti produk atau perkhidmatan, alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penggunaan tenaga oleh pihak yang terlibat semasa pembinaan atau penyenggaraan. JKR hendaklah mengawal tanggungjawab profesional oleh pihak perunding luar atau kontraktor dari segi rekabentuk, piawaian kejuruteraan, laporan teknikal, pengujian dan pentauliahan serta keselamatan yang memerlukan input profesional dilaksanakan sewajarnya.

Kawalan ke atas proses ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada SPB. Proses-proses dalam SPB hendaklah meliputi proses-proses pengurusan, penye-diaan sumber, penzahiran produk, proses penilaian, analisis dan penambahbaikan. Proses dari sumber luar ialah proses yang diperlukan JKR bagi SPB di mana JKR memilih ianya dibuat oleh pihak luar.

Memastikan kawalan terhadap proses dari sumber luar tidak membebaskan JKR daripada bertanggungjawab terhadap kepatuhan semua keperluan pelanggan, pe-rundangan dan peraturan. Jenis dan sejauh mana kawalan yang perlu dikenakan ke atas proses dari sumber luar bergantung kepada faktor berikut:

a. Proses dari sumber luar yang memberi kesan/impak/risiko terhadap keupayaan organisasi memberikan produk yang mematuhi keperluan.

b. Tahap di mana kawalan terhadap proses dikongsi.

c. Keupayaan untuk mencapai kawalan yang diperlukan melalui penggunaan Seksyen 7.4

4.2.1 Am

Struktur Dokumentasi SPB diringkaskan seperti berikut:

Gambarajah (1): Struktur Dokumentasi SPB (i) Dasar dan Objektif SPB

Dasar adalah komitmen daripada pengurusan atasan JKR bagi menghasilkan produk berkualiti seperti di Seksyen 5.3 dan Objektif SPB seperti di Seksyen 5.4.1. (ii) Manual SPB

Manual SPB adalah dokumen yang menjelaskan dasar dan perancangan SPB. Manual ini adalah sumber rujukan utama SPB mengikut keperluan Klausa 4.2.2 MS 9001, Klausa 4.4.4 MS 14001, OHSAS 18001 dan Klausa 4.5.4 ISO 50001.

(iii) Prosedur SPB Dasar dan Objektif SPB Prosedur SPB [Pengurusan, Operasi] Manual SPB Arahan Kerja [Pengurusan, Operasi] Dokumen Sokongan dan Rekod

Kenyataan Bertulis Dasar dan Objektif SPB

Dokumen Dasar dan Perancangan

Dokumen berkaitan aktiviti

pengurusan dan operasi (Kawalan Dokumen/Rekod, Audit Dalaman, Kawalan Ketidakpatuhan, Tindakan Pembetulan/Pencegahan)

Dokumen terperinci mengenai tugasan/aktiviti dan rekod. Dokumen lain yang menjadi sokongan kepada SPB termasuk dokumen dalaman dan luaran

Prosedur SPB adalah dokumen yang menjelaskan segala aktiviti pengurusan dan operasi SPB. Pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan hendaklah menyedia dan melaksanakan prosedur-prosedur kualiti, alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan tenaga yang telah ditetapkan iaitu prosedur wajib, prosedur sokongan dan prosedur operasi. Prosedur yang bukan wajib boleh disediakan dalam bentuk carta pemetaan proses kerja (process mapping) bagi menjelaskan pematuhan kepada pelaksanaan SPB.

(iv) Arahan Kerja, Dokumen Sokongan dan Rekod

Arahan Kerja adalah dokumen yang menjelaskan aktiviti-aktiviti SPB yang terperinci. Arahan Kerja adalah Dokumen SPB yang menyokong dokumen Prosedur SPB tertentu. Arahan Kerja akan diwujudkan apabila perlu. Dokumen luaran ditentukan oleh organisasi akan kepentingannya dalam perancangan dan operasi SPB hendaklah dikenalpasti dan edarannya dikawal. Di antara dokumen sokongan meliputi akta, pekeliling, peraturan kerja dan borang-borang yang berkuatkuasa seperti berikut :

a. Perundangan dan Peraturan berkaitan b. Piawaian Teknikal

c. Arahan Teknik

d. Spesifikasi JKR dan Arahan Kerajaan e. Surat Pekeliling

f. Arahan KPKR

g. Arahan dan Garis Panduan Jabatan

Rekod-rekod bagi Dokumen SPB di atas hendaklah disedia dan disenggara (Seksyen 4.2.4)

JKR mewujud dan menyenggarakan Manual SPB bagi memenuhi keperluan-keper-luan berikut:

i. Skop pelaksanaan SPB, ii. Dasar SPB dan Objektif SPB,

iii. Pengecualian aplikasi (exclusion) dalam pematuhan MS 9001 di mana perlu,

iv. Rujukan kepada prosedur-prosedur SPB dan dokumen sokongan dalam SPB,

v. Huraian tentang prinsip-prinsip dalam merancang, melaksana dan memantau SPB,

vi. Proses-proses yang dikenalpasti di dalam pelaksanaan SPB sebagaimana Carta Pemetaan Proses di Lampiran C1 dan C2.

4.2.3 Kawalan Dokumen

Dokumen SPB yang perlu dikawal ialah Manual SPB, Prosedur SPB, arahan kerja dan dokumen sokongan dalaman dan luaran yang mana:

i. WP adalah bertanggungjawab untuk memastikan Dokumen SPB yang dirujuk dalam SPB adalah dokumen yang diluluskan dan terkini yang boleh diakses dalam Laman Sesawang SPB yang dinyatakan dalam Seksyen 1.4 dan 1.5, ii. WP bertanggungjawab melupuskan dokumen yang tidak digunakan dan

mengenalpasti jika disimpan bagi menghalang atau mengelakkan sebarang penggunaan dokumen lama,

iii. Setiap keluaran Dokumen SPB yang baru hendaklah diberikan nombor rujukan identifikasi dan dicatat nombor keluaran, tarikh kuatkuasa serta nombor pindaan,

iv. Seorang Pengawal Dokumen akan dilantik oleh WP bagi menyenggara dokumen induk, menyelaras pindaan dokumen dan edaran serta mengemaskini senarai dokumen,

v. Pengawal Dokumen hendaklah menyenggara dan mengemaskini semua Dokumen SPB yang diluluskan ke dalam laman sesawang SPB dan memastikan ianya boleh diakses oleh semua staf JKR yang terlibat,

vi. Satu Senarai Induk Dokumen SPB yang mengandungi semua Dokumen SPB yang digunakan dalam SPB akan diwujudkan dan disenggarakan dari semasa ke semasa sebagaimana Lampiran D,

vii. Semua dokumen sokongan luaran daripada mana-mana pihak lain (kecuali dari arahan agensi pusat, pihak berkuasa berkaitan dan jabatan ini) yang digunapakai sebagai rujukan atau sebahagian dari Dokumen SPB hendaklah dinyatakan dalam dokumen luaran/laman sesawang SPB, Arahan/Pekeliling KPKR, Spesifikasi JKR, Arahan Teknik JKR, dan/atau Garis Panduan Jabatan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa,

viii. Untuk tujuan back-up, dua (2) salinan dokumen ini hendaklah disimpan dalam cakera padat (CD-ROM) dan dua (2) salinan dalam bentuk hard copy. Salinan hard copy bagi Manual SPB, Prosedur SPB dan Arahan Kerja hendaklah ditandatangani oleh KPKR dan WP. Satu (1) salinan cakera padat dan satu (1) salinan hard copy yang diluluskan ini akan disimpan oleh WP dan Pengawal Dokumen.

Perincian kepada kaedah kawalan Dokumen SPB ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

Prosedur Kawalan Dokumen JKR. PK(P).01

4.2.4 Kawalan Rekod SPB

JKR hendaklah mewujud dan menyenggarakan satu prosedur berhubung Kawalan Rekod SPB. Senarai induk bagi Rekod SPB diwujudkan untuk kemudahan pengendalian dan pengesanan rekod sebagaimana Lampiran E.

Had masa penyimpanan dikenalpasti dan Rekod SPB disimpan dengan selamat di dalam fail/ folder/ buku tertentu yang mudah dibaca dan dirujuk semula.

Jika rekod disimpan secara elektronik, satu sistem sokongan bagi rekod-rekod berkenaan hendaklah diwujudkan. Rekod SPB berkenaan hendaklah disimpan secara sistematik untuk rujukan sebagai bukti objektif kepada aktiviti-aktiviti SPB dan pematuhan kepada perundangan serta lain-lain keperluan.

Rekod SPB juga hendaklah dikenalpasti di dalam setiap prosedur yang diwujudkan. Perincian kepada kaedah Kawalan Rekod SPB ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

5.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN

5.1 KOMITMEN PENGURUSAN

Pengurusan Atasan JKR hendaklah sentiasa komited kepada pembangunan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan SPB serta sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanannya dengan:

a) Memastikan semua staf JKR memahami dan menghayati akan pentingnya kehendak pelanggan dan peraturan-peraturan sebagaimana Dasar dan Objektif SPB bagi mematuhi SPB,

b) Mewujud dan meluluskan Dasar dan Objektif SPB (Seksyen 5.3 dan 5.4), c) Mengadakan Kajian Semula Pengurusan bagi penambahbaikan berterusan, d) Memastikan penyediaan sumber-sumber yang diperlukan mencukupi. 5.2 KEUTAMAAN PELANGGAN

Pengurusan Atasan JKR hendaklah memastikan keperluan pelanggan dikenalpasti, difahami dan dipenuhi dengan tujuan memberi dan meningkatkan lagi kepuasan pelanggan dengan:

a) Mewujudkan kaedah bagi pengendalian maklumbalas serta cadangan daripada pelanggan berhubung dengan produk yang diberikan;

b) Sentiasa mengkaji kehendak pelanggan bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi, berlandaskan peraturan dan kemampuan yang sedia ada; dan

c) Sebarang maklumbalas daripada pelanggan hendaklah diambil tindakan sewajarnya.

5.3 DASAR SPB

5.3.1 Pernyataan Dasar SPB

“JKR komited untuk menghasilkan produk dan memberi perkhidmatan berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan, mematuhi keperluan alam sekitar, memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada tahap yang terbaik serta melaksanakan pengurusan tenaga yang cekap.”

JKR komited ke arah:-

 Memuaskan hati pelanggan dalam aspek rekabentuk, kos projek, pembinaan dan penyerahan bagi pengurusan projek.

 Menepati kehendak pelanggan dalam aspek penerimaan aset, operasi dan penyenggaraan, penilaian keadaan/prestasi, naik taraf dan pelupusan ase t bagi pengurusan penyenggaraan.

 Menyediakan pembangunan lestari yang merangkumi nilai-nilai mesra alam, selamat dan ekonomik.

 Mematuhi semua peraturan dan perundangan yang diperuntukkan di dalam pelaksanaan projek dan penyenggaraan.

 Memastikan sistem pengurusan tenaga elektrik dapat meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga secara berterusan dalam rekabentuk, operasi dan penyenggaraan aset,

 Menyokong perolehan bekalan dan perkhidmatan serta rekabentuk cekap tenaga bagi meningkatkan prestasi penggunaan tenaga berdasarkan spesifikasi piawai JKR semasa,

 Menyedia kerangka kerja bagi penetapan dan penilaian objektif sasaran penggunaan tenaga,

 Memastikan informasi dan sumber sentiasa disediakan bagi mencapai objektif dan sasaran penggunaan tenaga,

Memastikan penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan ke atas prestasi Sistem Pengurusan Bersepadu.

Dasar Kualiti, Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Pengurusan Tenaga adalah seperti di muka surat (i).

5.3.2 Pelaksanaan Dasar SPB

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan Dasar SPB sentiasa: a) Bersesuaian dengan fungsi dan halatuju JKR,

b) Dijadikan agenda KSP untuk meningkatkan keberkesanannya dan menjaminkan kesesuaiannya secara berterusan,

c) Difahami dan diwartakan kepada semua staf JKR dan pihak lain yang berkaitan melalui komunikasi dalaman dan luaran,

d) Dijadikan asas dalam mewujudkan dan mengkaji semula Objektif SPB, e) Mengandungi komitmen pengurusan bagi pematuhan kepada keperluan

perundangan, pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan, kawalan alam sekitar dan lain-lain keperluan yang ditetapkan jabatan.

5.4 PERANCANGAN 5.4.1 Objektif SPB 5.4.1.1 Objektif Kualiti

5.4.1.1.1 Pengurusan Projek

 Ke arah penyerahan 100% projek mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui,

 Ke arah perbelanjaan pelaksanaan projek mengikut kos yang dipersetujui,

 Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan

5.4.1.1.2 Perkhidmatan Penyenggaraan

 Ke arah pencapaian 100% Tahap Perkhidmatan Dipersetujui [Agreed Service

Level (ASL)] dalam Pelan Strategi Pengurusan Aset (PSPA) (Operasi),

 Ke arah pencapaian 100% perbelanjaan penyenggaraan mengikut kelulusan peruntukan tahunan,

 Ke arah perkhidmatan penyenggaraan yang berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada aspek kepuasan pelanggan

5.4.1.2 Objektif Alam Sekitar

 Memastikan segala aktiviti, perkhidmatan dan produk berkenaan dengan projek pembinaan tidak melanggar keperluan-keperluan piawaian alam sekitar yang berkaitan,

 Menunjukkan kenyataan bahawa terdapat penambahbaikan alam sekitar yang berterusan di sepanjang tempoh masa pembinaan dalam proses pencapaian matlamat alam sekitar seperti yang ditetapkan.

5.4.1.3 Objektif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

 Ke arah tapak bina dan sistem kerja yang selamat dan sihat sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

 Meminimakan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tapak bina/ ke arah kemalangan dan penyakit pekerjaan sifar,

 Memastikan pematuhan kepada perundangan dan lain-lain keperluan berkaitan.

5.4.1.4 Objektif Pengurusan Tenaga

 Meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik secara berterusan dalam rekabentuk, operasi dan penyenggaraan bagi bangunan yang dipilih.

Pengukuran kepada objektif-objektif di atas adalah seperti di Lampiran J.

Pencapaian Objektif SPB akan dikaji sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun bagi menentukan kesesuaian berbanding Objektif SPB.

Setiap Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri, JKR Wilayah Persekutuan, JKR KESEDAR, Unit-Unit di bawah Cawangan/JKR Wilayah Persekutuan, bahagian-bahagian di bawah JKR Negeri dan JKR Daerah/Jajahan dan juga pejabat tapak hendaklah mendokumen dan mempamerkan Objektif SPB.

5.4.2 Perancangan SPB

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan :

a) Perancangan kepada SPB dilaksanakan untuk mencapai keperluan-keperluan operasi JKR dan Objektif SPB. Pelan Pelaksanaan Strategik SPB adalah sebagaimana di Lampiran F dan Pelan Kualiti pelaksanaan projek/ penyenggaraan disediakan mengikut Seksyen 7.1,

b) Perancangan dan Jadual Pelaksanaan SPB adalah sebagaimana Lampiran G,

c) Integriti SPB adalah dipelihara walaupun berlaku perubahan ke atas perancangan dan pelaksanaan di dalam SPB,

d) Perancangan kepada SPB juga perlu merangkumi analisis risiko ke atas produk, risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan, impak kepada alam sekitar dan pembaziran penggunaan tenaga elektrik (Seksyen 5.4.3 dan 5.4.4 ).

5.4.3 Keperluan Program EMS, OSH-MS dan EnMS

Program EMS dan OSH-MS mengambilkira hasil daripada analisis HIRADC dan aspek/impak. Program EnMS mengambilkira hasil dari penilaian dan penentuan penggunaan tenaga elektrik ketara. Bagi menyokong pencapaian dan pemantauan pencapaian dasar, program telah dibangunkan berdasarkan Prosedur JKR.PK(P).14.

Dokumen Berkaitan

Prosedur Program Pengurusan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Serta Pengurusan Tenaga

JKR. PK(P).14

5.4.3.1 Aspek dan Impak Alam Sekitar

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan aspek alam sekitar di tapak bina/ premis/ laluan dikenalpasti dan dikawal seperti yang digariskan di dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

Prosedur Aspek dan Impak Alam Sekitar JKR. PK(P).12

5.4.3.2 Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Penentuan Kawalan

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan hazad di tapak bina/premis/laluan dikenalpasti, dinilai dan dilaksanakan langkah kawalan seperti yang digariskan di dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

Prosedur Hazard Identification, Risk Assessment Determining

Con-trols (HIRADC)

5.4.3.3 Pemilihan Bangunan dan Penetapan Sasaran Penjimatan Tenaga

Pengurusan Atasan JKR akan memilih bangunan untuk pelaksanaan pengurusan tenaga. Perancangan keseluruhan pengurusan tenaga digariskan di dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

Prosedur Perancangan Pengurusan Tenaga JKR. PK(O).08A

5.5. TANGGUNGJAWAB, KUASA, AKAUNTABILITI DAN KOMUNIKASI 5.5.1 Tanggungjawab, Akauntabiliti dan Kuasa

Pengurusan Atasan JKR akan mengenalpasti tanggungjawab dan kuasa staf JKR antara lain melalui carta organisasi, senarai tugas, sasaran kerja tahunan (SKT), fail meja dan piagam pelanggan.

5.5.2 Wakil Pengurusan

Pengurusan Atasan JKR hendaklah melantik WP yang bertanggungjawab terhadap perkara berikut:

a) Memastikan proses-proses yang perlu untuk menyedia, melaksana dan menyenggara SPB,

b) Melapor kepada Pengurusan Atasan JKR mengenai kemajuan SPB dan sebarang keperluan untuk penambahbaikan,

c) Memastikan penerangan kesedaran terhadap kehendak pelanggan dan usaha-usaha penambahbaikan dimaklumkan kepada staf JKR,

d) Berurusan dengan semua pihak luar mengenai perkara yang berkaitan dengan SPB termasuk komunikasi berkaitan tanggungjawab dan penglibatan dalam pelaksanaan SPB.

Pengurusan Atasan JKR hendaklah melantik Timbalan WP bagi menjalankan tanggungjawab WP semasa ketiadaannya.

Bagi tanggungjawab keseluruhan pelaksanaan SPB sila rujuk Lampiran I. Struktur Organisasi SPB sebagaimana Gambarajah 2.

5.5.3 Komunikasi Dalaman dan Pihak Luar

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan sistem komunikasi dalaman diwujudkan melalui Laman Sesawang JKR, Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia, Mesyuarat Jurutera Daerah, taklimat, dialog, papan kenyataan, pekeliling dan Arahan KPKR, peti cadangan dan aduan.

Perkongsian maklumat pengurusan tenaga termasuk pencapaian akan ditentukan oleh pihak pengurusan atasan melalui MKSP.

Bagi komunikasi dengan pihak luar dan penglibatan pihak dalaman yang berkaitan keperluan SPB adalah merujuk kepada prosedur di bawah.

Dokumen Berkaitan

Prosedur Maklumbalas Pelanggan JKR. PK(P).11

Prosedur Komunikasi, Perundingan dan Penglibatan JKR. PK(P).11A Prosedur Hazard Identification, Risk Assessment Determining

Controls (HIRADC)

Wakil Pengurusan Pengerusi

Jawatankuasa Pemandu SPB JKR

PELAKSANA

Jurutera/Arkitek/Juru Ukur/ Staf yang berkenaan KPKR (Pengurusan Atasan JKR) PENGARAH Cawangan/JKR Negeri/JKR Wilayah Persekutuan/JKR KESEDAR Ketua Unit/Bahagian/Jurutera Daerah/Jurutera Tapak Projek

Khas

Pelaksana

Semua staf JKR yang terlibat skop pelaksanaan SPB Pengerusi Jawatankuasa SPB JKR Cawangan/Negeri/Wilayah Persekutuan/KESEDAR Pengerusi Jawatankuasa SPB JKR Unit/ Bahagian/Daerah/Projek Khas

(di mana perlu) Urus Setia SPB JKR Malaysia

(Caw. Dasar dan Pengurusan Korporat) Urus Setia SPB JKR Cawangan/Negeri/Wilayah Persekutuan/KESEDAR Urus Setia SPB Unit/Bahagian/Daerah/ Projek

Khas (di mana perlu)

STRUKTUR ORGANISASI SPB JKR Jawatankuasa Kerja SPB JKR TKPKR (Sektor Infra) TKPKR (Sektor Bangunan) TKPKR (Sektor Pakar) Gambarajah 2

5.6 KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (KSP) 5.6.1 Am

Pengurusan Atasan JKR hendaklah mengkaji semula sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun untuk memastikan keberkesanan, kecekapan dan kesesuaian berterusan pelaksanaan SPB.

5.6.2 Input Kajian Semula Pengurusan

Input KSP bagi SPB adalah disenaraikan seperti Prosedur Kajian Semula Pengurusan JKR.PK(P).07.

5.6.3 Output Kajian Semula Pengurusan

Hasil KSP bagi SPB adalah disenaraikan dan semua rekod KSP hendaklah disimpan serta disenggarakan oleh urus setia yang terlibat. Perincian kepada KSP adalah seperti ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

6.0 PENGURUSAN SUMBER

6.1 PERUNTUKAN DAN PENYEDIAAN SUMBER

JKR hendaklah mengenalpasti keperluan dan menyediakan sumber-sumber yang mencukupi bagi mencapai maksud-maksud berikut:-

a) Melaksana dan menyenggara SPB disamping memperbaiki keberkesanannya secara berterusan,

b) Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dari semasa ke semasa dengan memenuhi keperluan pelanggan.

Perincian kepada keperluan dan menyediakan sumber kewangan ditetapkan dalam prosedur berikut :

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Bajet dan Kawalan Kewangan JKR.PK(P).08

6.2 SUMBER MANUSIA 6.2.1 Am

JKR hendaklah menentukan staf JKR yang kompeten bagi menjamin kualiti kerja yang konsisten. Keperluan sumber manusia hendaklah dirancang, dilaksana dan dinilaikan selaras dengan Dasar dan Objektif SPB serta Sistem Saraan Malaysia. 6.2.2 Kompetensi, Kesedaran dan Latihan

JKR hendaklah:-

a) Menentukan keperluan kompetensi bagi staf yang menjalankan tugas untuk memastikan kualiti produk/perkhidmatan, alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan tenaga.

b) Menyediakan latihan atau tindakan lain untuk mencapai kompetensi yang telah dikenalpasti mengikut keperluan kerja dan tanggungjawab yang diberikan,

c) Menilai keberkesanan latihan ke atas staf selepas menghadiri latihan,

d) Memastikan staf sedar akan kepentingan tugasan mereka dan dapat memberi sumbangan dalam mencapai Objektif SPB,

e) Menyimpan dan menyenggara rekod-rekod kelayakan, latihan, kemahiran dan pengalaman staf. (Seksyen 4.2.4).

Perincian kepada keperluan sumber manusia ditetapkan dalam prosedur berikut: Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Pengurusan Kompetensi, Latihan dan Kesedaran JKR.PK(P).09

6.3 INFRASTRUKTUR

JKR komited dalam menentu, menyedia dan menyenggara keperluan infrastruktur yang sesuai kepada staf bagi menghasilkan produk/perkhidmatan yang memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Kemudahan infrastruktur termasuklah;-

a) Bangunan, ruang kerja dan utiliti berkaitan,

b) Peralatan proses seperti perkakasan, peralatan keselamatan dan perisian komputer,

c) Perkhidmatan sokongan yang diperlukan seperti pengangkutan, sistem komunikasi atau sistem maklumat.

Kemudahan infrastruktur di atas adalah disedia dan disenggarakan mengikut arahan kerajaan yang berkaitan dan keperluan pejabat masing-masing.

6.4 PERSEKITARAN KERJA

JKR hendaklah memastikan dan menyediakan persekitaran kerja yang sesuai, selesa, selamat, mesra alam dan cekap tenaga. JKR hendaklah memastikan penyenggaraan dan pengurusan ruang kerja dilaksanakan mengikut arahan-arahan jabatan dan perundangan berkaitan yang ditetapkan bagi staf menghasilkan produk/ perkhidmatan selaras dengan Dasar dan Objektif SPB.

7.0 PENZAHIRAN PRODUK/PERKHIDMATAN

7.1 PERANCANGAN BAGI PENZAHIRAN PRODUK/PERKHIDMATAN

JKR hendaklah merancang, membangun dan melaksanakan proses-proses kerja bagi memastikan keperluan pelanggan, pekeliling serta arahan berkaitan yang berkuatkuasa dipatuhi sejajar dengan keperluan dan proses dalam SPB yang dinya-takan pada Seksyen 4.1.

Dalam perancangan penzahiran produk, JKR hendaklah menyediakan Pelan Kualiti Projek (Q-Plan) dan bagi perancangan perkhidmatan penyenggaraan, Pelan Strategi Pengurusan Aset (PSPA) (Operasi) dan Pelan Pengurusan Aset (PPA) (Operasi) Tahunan hendaklah disediakan. Manakala bagi perancangan pengurusan tenaga bagi bangunan dipilih, Pelan Induk Pengurusan Tenaga (PIPT) perlu disedia berdasarkan prestasi bangunan tersebut. Ini adalah selaras dengan keperluan SPB bagi memenuhi perkara berikut:-

Dalam dokumen JKR_MSPB_04(1) (Halaman 144-200)

Dokumen terkait