• Tidak ada hasil yang ditemukan

JKR_MSPB_04(1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JKR_MSPB_04(1)"

Copied!
252
0
0

Teks penuh

(1)

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Manual

Sistem Pengurusan Bersepadu

MS ISO 9001:2008

MS ISO 14001:2004

OHSAS 18001:2007

MS ISO 50001:2011

(2)

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA DASAR

KUALITI, ALAM SEKITAR, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SERTA PENGURUSAN TENAGA

(SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU

)

JKR komited untuk menghasilkan produk dan memberi perkhidmatan berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan, mematuhi keperluan alam sekitar, memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada tahap yang terbaik dan melaksanakan pengurusan tenaga yang cekap.

JKR komited ke arah:-

 Memuaskan hati pelanggan dalam aspek rekabentuk, kos projek, pembinaan, dan

penyerahan bagi pengurusan projek,

 Menepati kehendak pelanggan dalam aspek penerimaan aset, operasi dan

penyenggaraan, penilaian keadaan / prestasi, naik taraf dan pelupusan ase t bagi pengurusan penyenggaraan,

 Menyediakan pembangunan lestari mesra alam dan selamat

 Mematuhi semua peraturan dan perundangan yang diperuntukkan di dalam pelaksanaan

projek dan penyenggaraan,

 Memastikan sistem pengurusan tenaga elektrik dapat meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga secara berterusan dalam rekabentuk, operasi dan penyenggaraan aset,

 Menyokong perolehan bekalan dan perkhidmatan serta rekabentuk cekap tenaga bagi meningkatkan prestasi penggunaan tenaga berdasarkan spesifikasi piawai JKR semasa,

 Menyedia kerangka kerja bagi penetapan dan penilaian objektif sasaran penggunaan tenaga,

 Memastikan informasi dan sumber sentiasa disediakan bagi mencapai objektif dan sasaran penggunaan tenaga,

 Memastikan penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan ke atas prestasi Sistem

Pengurusan Bersepadu.

Datuk Ir. Hj. Adanan B. Mohamed Hussain Ketua Pengarah Kerja Raya

(3)

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA DOKUMEN TERKAWAL

OBJEKTIF SPB

Objektif Kualiti

- Pelaksanaan Projek

 Ke arah penyerahan 100% projek mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui,

 Ke arah perbelanjaan pelaksanaan projek mengikut kos yang dipersetujui,  Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada

pelanggan,

- Perkhidmatan Penyenggaraan

 Ke arah pencapaian 100% Tahap Perkhidmatan Dipersetujui [Agreed Ser-vice Level (ASL)] dalam Pelan Strategi Pengurusan Aset (PSPA) (Operasi),  Ke arah pencapaian 100% perbelanjaan penyenggaraan mengikut kelulusan

peruntukan tahunan,

 Ke arah perkhidmatan penyenggaraan yang berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada aspek kepuasan pelanggan.

(4)

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA DOKUMEN TERKAWAL

Objektif Alam Sekitar

 Memastikan segala aktiviti, perkhidmatan dan produk berkenaan dengan projek pembinaan tidak melanggar keperluan-keperluan piawaian alam sekitar yang berkaitan,

 Menunjukkan kenyataan bahawa terdapat penambahbaikan alam sekitar yang berterusan di sepanjang tempoh masa pembinaan dalam proses pencapaian matlamat alam sekitar seperti yang ditetapkan.

Objektif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

 Ke arah Tapak bina dan sistem kerja yang selamat dan sihat sepanjang

tempoh pelaksanaan projek.

 Meminimakan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tapak bina ke arah kemalangan dan penyakit pekerjaan sifar.

 Memastikan pematuhan kepada perundangan dan lain-lain keperluan berkaitan.

Objektif Pengurusan Tenaga

 Meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik secara berterusan dalam rekabentuk, operasi dan penyenggaraan bagi bangunan yang dipilih.

(5)

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA DOKUMEN TERKAWAL

ISI KANDUNGAN Muka

Surat Dasar Kualiti, Alam Sekitar, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Serta Pengurusan Tenaga

i

Objektif SPB ii

1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL SISTEM PENGURUSAN

BERSEPADU 1.1 PENDAHULUAN 1 1.2 DEFINISI 1 1.3 SINGKATAN 2 1.4 TUJUAN 2 1.5 KANDUNGAN MANUAL 3

1.6 PENYEDIAAN DAN PENGEDARAN 3

1.7 PENYELARASAN PINDAAN 3 2.0 MAKLUMAT ORGANISASI 2.1 PENGENALAN 4 2.2 FUNGSI 4 2.3 VISI 4 2.4 MISI 5 2.5 OBJEKTIF 5 2.6 STRUKTUR ORGANISASI 5 2.7 BISNES UTAMA 9

(6)

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA DOKUMEN TERKAWAL

ISI KANDUNGAN Muka

Surat

Surat 3.0 SKOP PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU

3.1 SKOP PELAKSANAAN 10

3.2 PENGECUALIAN APLIKASI (EXCLUSION) PELAKSANAAN MS 9001

11

4.0 SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU

4.1 KEPERLUAN AM 12 4.2 KEPERLUAN DOKUMENTASI 15 5.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN 5.1 KOMITMEN PENGURUSAN 20 5.2 KEUTAMAAN PELANGGAN 20 5.3 DASAR SPB 21 5.4 PERANCANGAN 22

5.5 TANGGUNGJAWAB, KUASA, AKAUNTABILITI DAN KOMUNIKASI

26

5.6 KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (KSP) 29

6.0 PENGURUSAN SUMBER

6.1 PERUNTUKAN DAN PENYEDIAAN SUMBER 30

6.2 SUMBER MANUSIA 30

6.3 INFRASTRUKTUR 31

(7)

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA DOKUMEN TERKAWAL

ISI KANDUNGAN Muka

Surat 7.0 PENZAHIRAN PRODUK/PERKHIDMATAN

7.1 PERANCANGAN BAGI PENZAHIRAN PRODUK 33

7.2 PROSES BERKAITAN PELANGGAN 34

7.3 REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN (R&P) 37

7.4 PEROLEHAN 39

7.5 PENGELUARAN DAN KAWALAN OPERASI 41

7.6 KAWALAN BAGI PERALATAN PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN

45

8.0 PENGUKURAN ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

8.1 AM 47

8.2 PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN PRESTASI SERTA PEMATUHAN PERUNDANGAN

47

8.3 KAWALAN KE ATAS PRODUK/PERKHIDMATAN YANG TIDAK MEMENUHI SPESIFIKASI

8.4 RESPONS KEMALANGAN, KECEMASAN, PERSEDIAAN DAN PENYIASATAN INSIDEN

51

53

8.5 ANALISIS DATA 54

8.6 PENAMBAHBAIKAN 54

LAMPIRAN A - Struktur Organisasi JKR Malaysia LAMPIRAN B - Senarai Pejabat Pelaksana Sistem Pengurusan Bersepadu JKR Malaysia LAMPIRAN B1 - Struktur Umum Tanggungjawab Dan Operasi Dalam Pengurusan Projek JKR

57 58

(8)

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA DOKUMEN TERKAWAL

ISI KANDUNGAN

LAMPIRAN B2 - Struktur Umum Tanggungjawab Dan

Operasi Dalam Pengurusan Penyenggaraan JKR

LAMPIRAN B2(i) - Struktur Umum Tanggungjawab Dan

Operasi Dalam Pengurusan Penyenggaraan JKR

LAMPIRAN C1 - Carta Pemetaan Proses Kerja Perkhidmatan Perundingan Teknikal Dan Pengurusan Projek JKR Muka Surat 66 67 68

LAMPIRAN C2 - Carta Pemetaan Proses Kerja Pengurusan Penyenggaraan

69

LAMPIRAN D - Senarai Induk Dokumen SPB 70

LAMPIRAN E - Senarai Induk Rekod SPB 73

LAMPIRAN F - Pelan Pelaksanaan Strategik SPB 88

LAMPIRAN G - Jadual Pelaksanaan SPB 89

LAMPIRAN H - Senarai Klausa ISO 9001, ISO 14001, OHSAS 18001, ISO 50001 Dan Rujukan Dokumen SPB

90

LAMPIRAN I - Peranan, Tanggungjawab Dan Akuantabiliti 98 LAMPIRAN J - Pengukuran Sasaran Objektif 113 LAMPIRAN K - Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) 118

(9)

1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU

1.1 PENDAHULUAN

Manual Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) ini adalah manual bagi Sistem Pengurusan Bersepadu JKR yang merangkumi keperluan ISO 9001, ISO 14001, OHSAS 18001 dan ISO 50001. Manual ini mengandungi maklumat organisasi, Dasar SPB, Objektif SPB, skop pelaksanaan dan prinsip-prinsip asas SPB bagi menghasilkan produk JKR yang memenuhi kepuasan pelanggan, keperluan perundangan dan peraturan tertentu. Manual SPB ini disokong dengan Dokumen Prosedur SPB dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan termasuk yang dikeluarkan oleh agensi-agensi pusat.

1.2 DEFINISI

SPB (IMS) Sistem Pengurusan Bersepadu (Integrated

Management System); merupakan satu dokumen yang

menggabungkan empat (4) sistem yang berpandukan keperluan ISO 9001, ISO 14001, OHSAS 18001 dan ISO 50001

SPK (QMS) Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management

System) yang merujuk kepada keperluan ISO 9001

SPAS (EMS) Sistem Pengurusan Alam Sekitar (Environment

Management System) yang merujuk kepada keperluan

ISO 14001

SPKKP (OSH-MS) Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health Management

(10)

SPT (EnMS) Sistem Pengurusan Tenaga (Energy Management

System) yang merujuk kepada keperluan ISO 50001

Amalan Terbaik Adalah merujuk kepada Gerbang Nilai, Kejuruteraan Nilai Pengurusan (Value Engineering) dan Pengurusan Risiko

Projek 1.3 SINGKATAN

KPKR Ketua Pengarah Kerja Raya

TKPKR Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya

WP Wakil Pengurusan

KSP Kajian Semula Pengurusan JKR Jabatan Kerja Raya

1.4 TUJUAN

Tujuan Manual SPB ini adalah untuk:

a) Menerangkan maklumat am mengenai organisasi JKR Malaysia.

b) Menjelaskan - pelaksanaan ISO 9001, ISO 14001, OHSAS 18001 dan ISO 50001 di JKR Malaysia.

c) Menggariskan dasar dan prinsip-prinsip asas bagi aktiviti perancangan, rekabentuk, perolehan, pengurusan pembinaan, pentauliahan dan penyerahan projek serta perkhidmatan penyenggaraan meliputi aktiviti penerimaan, pendaftaran, operasi dan penyenggaraan, penilaian keadaan dan prestasi, pemulihan/ ubah suai/ naik taraf dan pelupusan aset di bawah tanggungjawab JKR Malaysia.

d) Menjelaskan mengenai skop dan pengecualian aplikasi (exclusion) dalam memenuhi keperluan ISO 9001, ISO 14001, OHSAS 18001 dan ISO 50001.

(11)

e) Senaraian prosedur-prosedur dan dokumen berkaitan bagi keperluan SPB seperti Lampiran H.

1.5 KANDUNGAN MANUAL

Manual ini mengandungi lapan (8) seksyen yang meliputi perkara-perkara berikut:- Seksyen 1 - Pengenalan Kepada Manual SPB

Seksyen 2 - Maklumat Organisasi

Seksyen 3 - Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu Seksyen 4 - Sistem Pengurusan Bersepadu

Seksyen 5 - Tanggungjawab Pengurusan Seksyen 6 - Pengurusan Sumber

Seksyen 7 - Proses Penzahiran Produk Dan Kawalan Operasi Seksyen 8 - Pengukuran, Analisis dan Penambahbaikan

1.6 PENYEDIAAN DAN PENGEDARAN

Manual SPB ini hanya terpakai dan berkuatkuasa setelah diluluskan oleh KPKR. Manual SPB ini adalah sebahagian dari Dokumen SPB yang mana merupakan dokumen terkawal. Dokumen ini disediakan secara elektronik. Pengedaran Dokumen SPB hanya boleh diakses melalui www.jkr.gov.my/spb .

Semua staf JKR yang terlibat hendaklah mendapat maklumat terkini Dokumen SPB ini dari laman sesawang SPB untuk tujuan pemakaian dan pelaksanaan SPB. 1.7 PENYELARASAN PINDAAN

Wakil Pengurusan hendaklah menyelaraskan pindaan ke atas Dokumen SPB seperti mana keperluan Seksyen 4.2.3. Mana-mana seksyen daripada dokumen ini tidak boleh dipinda tanpa kebenaran pihak yang meluluskan dokumen ini.

(12)

2.0 MAKLUMAT ORGANISASI

2.1 PENGENALAN

Jabatan Kerja Raya telah ditubuhkan sejak 1872 dan berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. JKR berperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri seperti jalan, cerun, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti bagi memenuhi keperluan negara.

2.2 FUNGSI

JKR bertangungjawab terhadap:

i. Perancangan, reka bentuk dan pembinaan projek infrastruktur seperti jalan, cerun, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan aset kejuruteraan yang berkaitan;

ii. Pengurusan penyenggaraan infrastruktur seperti jalan, cerun, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan aset kejuruteraan yang berkaitan; dan

iii. Khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

2.3 VISI

’’Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini’’.

(13)

2.4 MISI

Misi kita ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan :

Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan

menyam-paikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.

Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.

Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan

ino-vatif.

Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.

Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.

Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.

Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.

Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

2.5 OBJEKTIF

Objektif utama JKR adalah:

“Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum”.

2.6 STRUKTUR ORGANISASI

JKR Malaysia diterajui oleh seorang KPKR dan dibantu oleh tiga (3) orang Tim-balan KPKR serta Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan, Pengarah JKR Negeri, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan dan Pengarah JKR KESEDAR.

(14)

Pentadbiran JKR Malaysia meliputi seluruh Malaysia kecuali JKR Sabah dan Sara-wak. Carta Organisasi JKR Malaysia adalah seperti di Lampiran A.

Peringkat organisasi JKR Malaysia adalah seperti berikut: Sektor Infra

i. Cawangan Jalan

ii. Cawangan Pangkalan Udara Dan Maritim iii. Cawangan Kejuruteraan Cerun

iv. Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Sektor Bangunan

i. Cawangan Kerja Bangunan Am 1 ii. Cawangan Kerja Bangunan Am 2 iii. Cawangan Kerja Kesihatan iv. Cawangan Kerja Pendidikan v. Cawangan Kerja Keselamatan

vi. Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan Sektor Pakar

i. Cawangan Arkitek

ii. Cawangan Kejuruteraan Elektrik iii. Cawangan Kejuruteraan Mekanikal iv. Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan

v. Cawangan Kejuruteraan Awam Dan Struktur vi. Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga

(15)

vii. Cawangan Kejuruteraan Geoteknik Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat Cawangan Latihan dan Inovasi

JKR Negeri

JKR Wilayah Persekutuan JKR KESEDAR

2.6.1 IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

Ibu Pejabat JKR Malaysia bertanggungjawab untuk merangka dasar, garis panduan, melaksanakan amalan terbaik dan memberi nasihat teknikal serta merancang dan merekabentuk projek-projek pembangunan, memantau pelaksanaan projek serta perkhidmatan penyenggaraan di peringkat Cawangan, Negeri, JKR Wilayah Persekutuan dan JKR KESEDAR.

2.6.2 JKR NEGERI

JKR Negeri diterajui oleh seorang Pengarah dan bertanggungjawab untuk merancang, melaksana dan menyenggara projek-projek pembangunan negeri seperti jalan dan bangunan kerajaan.

JKR Negeri bertanggungjawab terus kepada Kerajaan Negeri untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat teknikal oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pada masa yang sama, JKR Negeri juga bertanggungjawab terus kepada KPKR untuk projek-projek persekutuan di negeri masing-masing (kecuali JKR Sabah dan Sarawak).

(16)

2.6.2.1 JKR Daerah/Jajahan

Setiap pejabat ini diketuai oleh seorang Jurutera Daerah atau Jurutera Jajahan (bagi Negeri Kelantan) yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah JKR Negeri masing-masing untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan penyenggaraan aset Persekutuan dan Negeri.

2.6.3 JKR WILAYAH PERSEKUTUAN

JKR Wilayah Persekutuan terdiri daripada JKR WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya masing-masing diterajui oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab terus kepada KPKR.

JKR Wilayah Persekutuan bertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dan menyenggara bangunan-bangunan kerajaan yang tertentu di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Selain itu, JKR Wilayah Persekutuan Labuan juga menyenggara jalan di Labuan.

2.6.4 JKR KESEDAR

JKR Malaysia mempunyai JKR KESEDAR untuk melaksana, menyelaras, dan memantau projek-projek pembangunan persekutuan, Pihak Berkuasa Wilayah atau projek khas.

(17)

2.7 BISNES UTAMA

Bisnes utama JKR Malaysia adalah seperti berikut:

2.7.1 Perkhidmatan Perundingan Teknikal

Perkhidmatan yang diberi oleh JKR adalah mengendalikan aktiviti-aktiviti yang merangkumi perancangan, rekabentuk dan input profesional, perolehan, pengurusan pembinaan, pentadbiran kontrak, penyerahan dan pasca penyerahan dalam tempoh tanggungan kecacatan bagi merealisasikan projek untuk pelanggan. Dalam pemberian perkhidmatan ini JKR memegang tanggungjawab profesional ke atas aktiviti/aspek yang memerlukan input profesional terutamanya rekabentuk dan keselamatan projek yang diserahguna.

2.7.2 Perkhidmatan Pengurusan Projek

Perkhidmatan yang diberi oleh JKR adalah mengendalikan aktiviti-aktiviti merancang, mengelola, dan mengurus sumber-sumber (tenaga kerja, peruntukan, pemantauan kawalan alam sekitar serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bahan/ peralatan, kaedah) untuk merealisasikan projek mengikut objektif jabatan dan keperluan pelanggan. JKR menjalankan pengurusan projek yang dilaksanakan sama ada secara konvensional atau reka dan bina (design and build).

2.7.3 Perkhidmatan Pengurusan Penyenggaraan

Perkhidmatan yang diberi oleh JKR adalah mengendalikan aktiviti-aktiviti penerimaan, pendaftaran, operasi dan penyenggaraan, penilaian keadaan/ prestasi, pemulihan, ubahsuai dan naik taraf dan pelupusan aset dengan mengurus sumber-sumber (tenaga kerja, peruntukan, bahan/peralatan, kaedah) serta pemantauan kawalan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan tenaga secara optimum. JKR melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan sama ada secara dalaman atau luaran.

(18)

3.0 SKOP PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU

3.1 SKOP PELAKSANAAN

Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) adalah seperti bawah: 3.1.1 Skop Pematuhan ISO 9001

Pengurusan Atasan JKR menetapkan skop pemakaian MS ISO 9001 hanyalah melibatkan :

Projek yang jumlah kos kontrak melebihi RM500,000.00 yang meliputi aktiviti bisnes Perkhidmatan Perundingan Teknikal dan Pengurusan Projek.

Manakala bagi pelaksanaan amalan terbaik pengurusan projek ianya hendaklah dilaksanakan bagi projek yang bernilai RM50 juta ke atas.

Skop pelaksanaan SPK bagi Pengurusan Penyenggaraan hendaklah dilaksanakan secara keseluruhannya.

3.1.2 Skop Pematuhan ISO 14001

Pengurusan Atasan JKR menetapkan skop pemakaian MS ISO 14001 melibatkan projek persekutuan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) termasuk Sabah dan Sarawak yang meliputi aktiviti bisnes Perkhidmatan Perundingan Teknikal dan Pengurusan Projek serta projek-projek yang melaksanakan Environmental Impact Assessment (EIA).

(Nota: Rujuk Lampiran K Bagi takrifan Kawasan Sensitif Alam Sekitar) 3.1.3 Skop Pematuhan OHSAS 18001

Pengurusan Atasan JKR menetapkan skop pemakaian OHSAS 18001 melibatkan projek yang jumlah kos kontrak melebihi RM20 juta bagi Penyeliaan Projek di peringkat pembinaan.

(19)

3.1.4 Skop Pematuhan ISO 50001

Pengurusan Atasan JKR menetapkan skop pemakaian MS ISO 50001 melibatkan bangunan-bangunan sediada terpilih yang dikawalselia JKR.

Skop pelaksanaan SPB ini melibatkan semua pejabat JKR di peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri (kecuali Sabah dan Sarawak), JKR Wilayah Persekutuan, JKR KESEDAR seperti di Lampiran B.

Struktur umum tanggungjawab dan operasi dalam prosedur SPB bagi Pengurusan Projek JKR adalah sebagaimana Lampiran B1 manakala bagi Pengurusan Penyenggaraan JKR adalah sebagaimana Lampiran B2 dan bagi Pengurusan Tenaga adalah seperti Lampiran B2(i).

3.2 PENGECUALIAN APLIKASI (EXCLUSION) PELAKSANAAN ISO 9001

JKR akan melaksanakan keseluruhan keperluan ISO 9001. Pengecualian mana-mana bahagian tertentu bagi Pengurusan Penyenggaraan hendaklah melalui arahan bertulis dari pihak pengurusan atasan.

(20)

4.0 SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU

4.1 KEPERLUAN AM

JKR hendaklah mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara SPB dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan ISO 9001, ISO 14001, OHSAS 18001 dan ISO 50001.

JKR hendaklah:

a. Menentukan proses kerja yang perlu ada dalam SPB dan dalam organisasi, b. Menentukan turutan dan hubungkait di antara proses-proses atau aktiviti

kerja,

c. Menentukan kriteria dan kaedah bagi menilai keberkesanan operasi dan kawalan ke atas proses-proses kerja,

d. Memastikan sumber dan maklumat yang diperlukan disediakan untuk pelaksanaan dan pemantauan proses-proses kerja,

e. Memantau dan menilai proses-proses kerja dalam SPB,

f. Melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu bagi memastikan pencapaian matlamat yang dirancang dan membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas proses-proses kerja yang terlibat dalam SPB.

Proses kerja yang dikenalpasti oleh JKR untuk pelaksanaan SPB adalah meliputi keseluruhan bisnes teras JKR iaitu Perkhidmatan Perundingan Teknikal, Pengu-rusan Projek dan PenguPengu-rusan Penyenggaraan.

Bisnes Perkhidmatan Perundingan Teknikal dan Pengurusan Projek merangkumi aktiviti-aktiviti di peringkat perancangan, rekabentuk, perolehan, pengurusan pembinaan dan penyerahan produk kepada pelanggan.

(21)

Carta Aliran Proses bagi bisnes Perkhidmatan Perundingan Teknikal dan Pengurusan Projek serta perkaitan antara aktivitinya adalah sebagaimana Lampiran C1.

Bagi bisnes Pengurusan Penyenggaraan ianya merangkumi aktiviti-aktiviti penerimaan, pendaftaran, operasi dan penyenggaraan, penilaian keadaan/prestasi, pemulihan/ubah suai/naik taraf dan pelupusan aset untuk memastikan aset diurus dengan sempurna, selamat dan selesa serta cekap tenaga bagi menjamin penggunaan aset yang optimum.

Carta Aliran Proses bagi bisnes Pengurusan Penyenggaraan serta perkaitan antara aktivitinya adalah sebagaimana Lampiran C2.

Dalam pelaksanaan proses-proses kerja di atas, JKR boleh mendapatkan khidmat luar (out-sourcing) mengikut keperluan dari pihak pembekal sama ada perunding teknikal, pakar, dan/atau kontraktor untuk mengendalikan sebahagian atau semua aktiviti. Antara lain perkhidmatan ini ialah menguruskan pelaksanaan projek-projek reka dan bina (design and build), bina-kendali-pindah (build-operate-transfer) dan juga projek di mana keseluruhan rekabentuk dikendalikan oleh perunding luar. Begitu juga dengan perkhidmatan penyenggaraan boleh dilaksanakan secara sumber luaran samada sebahagian atau keseluruhannya seperti kontrak konsesi penyenggaraan, kontrak penyenggaraan komprehensif dan kontrak pengurusan fasiliti.

JKR hendaklah mengawal mana-mana proses yang dilaksana secara khidmat luar

(out-sourcing) yang memberi kesan kepada kualiti produk atau perkhidmatan, alam

sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penggunaan tenagaoleh pihak yang terlibat semasa pembinaan atau penyenggaraan. JKR hendaklah mengawal tanggungjawab profesional oleh pihak perunding luar atau kontraktor dari segi rekabentuk, piawaian kejuruteraan, laporan teknikal, pengujian dan pentauliahan serta keselamatan yang memerlukan input profesional dilaksanakan sewajarnya.

(22)

Kawalan ke atas proses ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada SPB. Proses-proses dalam SPB hendaklah meliputi proses-proses pengurusan, penye-diaan sumber, penzahiran produk, proses penilaian, analisis dan penambahbaikan. Proses dari sumber luar ialah proses yang diperlukan JKR bagi SPB di mana JKR memilih ianya dibuat oleh pihak luar.

Memastikan kawalan terhadap proses dari sumber luar tidak membebaskan JKR daripada bertanggungjawab terhadap kepatuhan semua keperluan pelanggan, pe-rundangan dan peraturan. Jenis dan sejauh mana kawalan yang perlu dikenakan ke atas proses dari sumber luar bergantung kepada faktor berikut:

a. Proses dari sumber luar yang memberi kesan/impak/risiko terhadap keupayaan organisasi memberikan produk yang mematuhi keperluan.

b. Tahap di mana kawalan terhadap proses dikongsi.

c. Keupayaan untuk mencapai kawalan yang diperlukan melalui penggunaan Seksyen 7.4

(23)

4.2.1 Am

Struktur Dokumentasi SPB diringkaskan seperti berikut:

Gambarajah (1): Struktur Dokumentasi SPB (i) Dasar dan Objektif SPB

Dasar adalah komitmen daripada pengurusan atasan JKR bagi menghasilkan produk berkualiti seperti di Seksyen 5.3 dan Objektif SPB seperti di Seksyen 5.4.1. (ii) Manual SPB

Manual SPB adalah dokumen yang menjelaskan dasar dan perancangan SPB. Manual ini adalah sumber rujukan utama SPB mengikut keperluan Klausa 4.2.2MS 9001, Klausa 4.4.4 MS 14001, OHSAS 18001dan Klausa 4.5.4 ISO 50001.

(iii) Prosedur SPB Dasar dan Objektif SPB Prosedur SPB [Pengurusan, Operasi] Manual SPB Arahan Kerja [Pengurusan, Operasi] Dokumen Sokongan dan Rekod

Kenyataan Bertulis Dasar dan Objektif SPB

Dokumen Dasar dan Perancangan

Dokumen berkaitan aktiviti

pengurusan dan operasi (Kawalan Dokumen/Rekod, Audit Dalaman, Kawalan Ketidakpatuhan, Tindakan Pembetulan/Pencegahan)

Dokumen terperinci mengenai tugasan/aktiviti dan rekod. Dokumen lain yang menjadi sokongan kepada SPB termasuk dokumen dalaman dan luaran

(24)

Prosedur SPB adalah dokumen yang menjelaskan segala aktiviti pengurusan dan operasi SPB. Pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan hendaklah menyedia dan melaksanakan prosedur-prosedur kualiti, alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan tenaga yang telah ditetapkan iaitu prosedur wajib, prosedur sokongan dan prosedur operasi. Prosedur yang bukan wajib boleh disediakan dalam bentuk carta pemetaan proses kerja (process mapping) bagi menjelaskan pematuhan kepada pelaksanaan SPB.

(iv) Arahan Kerja, Dokumen Sokongan dan Rekod

Arahan Kerja adalah dokumen yang menjelaskan aktiviti-aktiviti SPB yang terperinci. Arahan Kerja adalah Dokumen SPB yang menyokong dokumen Prosedur SPB tertentu. Arahan Kerja akan diwujudkan apabila perlu. Dokumen luaran ditentukan oleh organisasi akan kepentingannya dalam perancangan dan operasi SPB hendaklah dikenalpasti dan edarannya dikawal. Di antara dokumen sokongan meliputi akta, pekeliling, peraturan kerja dan borang-borang yang berkuatkuasa seperti berikut :

a. Perundangan dan Peraturan berkaitan b. Piawaian Teknikal

c. Arahan Teknik

d. Spesifikasi JKR dan Arahan Kerajaan e. Surat Pekeliling

f. Arahan KPKR

g. Arahan dan Garis Panduan Jabatan

Rekod-rekod bagi Dokumen SPB di atas hendaklah disedia dan disenggara (Seksyen 4.2.4)

(25)

JKR mewujud dan menyenggarakan Manual SPB bagi memenuhi keperluan-keper-luan berikut:

i. Skop pelaksanaan SPB, ii. Dasar SPB dan Objektif SPB,

iii. Pengecualian aplikasi (exclusion) dalam pematuhan MS 9001 di mana perlu,

iv. Rujukan kepada prosedur-prosedur SPB dan dokumen sokongan dalam SPB,

v. Huraian tentang prinsip-prinsip dalam merancang, melaksana dan memantau SPB,

vi. Proses-proses yang dikenalpasti di dalam pelaksanaan SPB sebagaimana Carta Pemetaan Proses di Lampiran C1 dan C2.

4.2.3 Kawalan Dokumen

Dokumen SPB yang perlu dikawal ialah Manual SPB, Prosedur SPB, arahan kerja dan dokumen sokongan dalaman dan luaran yang mana:

i. WP adalah bertanggungjawab untuk memastikan Dokumen SPB yang dirujuk dalam SPB adalah dokumen yang diluluskan dan terkini yang boleh diakses dalam Laman Sesawang SPB yang dinyatakan dalam Seksyen 1.4 dan 1.5, ii. WP bertanggungjawab melupuskan dokumen yang tidak digunakan dan

mengenalpasti jika disimpan bagi menghalang atau mengelakkan sebarang penggunaan dokumen lama,

iii. Setiap keluaran Dokumen SPB yang baru hendaklah diberikan nombor rujukan identifikasi dan dicatat nombor keluaran, tarikh kuatkuasa serta nombor pindaan,

(26)

iv. Seorang Pengawal Dokumen akan dilantik oleh WP bagi menyenggara dokumen induk, menyelaras pindaan dokumen dan edaran serta mengemaskini senarai dokumen,

v. Pengawal Dokumen hendaklah menyenggara dan mengemaskini semua Dokumen SPB yang diluluskan ke dalam laman sesawang SPB dan memastikan ianya boleh diakses oleh semua staf JKR yang terlibat,

vi. Satu Senarai Induk Dokumen SPB yang mengandungi semua Dokumen SPB yang digunakan dalam SPB akan diwujudkan dan disenggarakan dari semasa ke semasa sebagaimana Lampiran D,

vii. Semua dokumen sokongan luaran daripada mana-mana pihak lain (kecuali dari arahan agensi pusat, pihak berkuasa berkaitan dan jabatan ini) yang digunapakai sebagai rujukan atau sebahagian dari Dokumen SPB hendaklah dinyatakan dalam dokumen luaran/laman sesawang SPB, Arahan/Pekeliling KPKR, Spesifikasi JKR, Arahan Teknik JKR, dan/atau Garis Panduan Jabatan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa,

viii. Untuk tujuan back-up, dua (2) salinan dokumen ini hendaklah disimpan dalam cakera padat (CD-ROM) dan dua (2) salinan dalam bentuk hard copy. Salinan hard copy bagi Manual SPB, Prosedur SPB dan Arahan Kerja hendaklah ditandatangani oleh KPKR dan WP. Satu (1) salinan cakera padat dan satu (1) salinan hard copy yang diluluskan ini akan disimpan oleh WP dan Pengawal Dokumen.

(27)

Perincian kepada kaedah kawalan Dokumen SPB ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

Prosedur Kawalan Dokumen JKR. PK(P).01

4.2.4 Kawalan Rekod SPB

JKR hendaklah mewujud dan menyenggarakan satu prosedur berhubung Kawalan Rekod SPB. Senarai induk bagi Rekod SPB diwujudkan untuk kemudahan pengendalian dan pengesanan rekod sebagaimana Lampiran E.

Had masa penyimpanan dikenalpasti dan Rekod SPB disimpan dengan selamat di dalam fail/ folder/ buku tertentu yang mudah dibaca dan dirujuk semula.

Jika rekod disimpan secara elektronik, satu sistem sokongan bagi rekod-rekod berkenaan hendaklah diwujudkan. Rekod SPB berkenaan hendaklah disimpan secara sistematik untuk rujukan sebagai bukti objektif kepada aktiviti-aktiviti SPB dan pematuhan kepada perundangan serta lain-lain keperluan.

Rekod SPB juga hendaklah dikenalpasti di dalam setiap prosedur yang diwujudkan. Perincian kepada kaedah Kawalan Rekod SPB ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

(28)

5.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN

5.1 KOMITMEN PENGURUSAN

Pengurusan Atasan JKR hendaklah sentiasa komited kepada pembangunan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan SPB serta sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanannya dengan:

a) Memastikan semua staf JKR memahami dan menghayati akan pentingnya kehendak pelanggan dan peraturan-peraturan sebagaimana Dasar dan Objektif SPB bagi mematuhi SPB,

b) Mewujud dan meluluskan Dasar dan Objektif SPB (Seksyen 5.3 dan 5.4), c) Mengadakan Kajian Semula Pengurusan bagi penambahbaikan berterusan, d) Memastikan penyediaan sumber-sumber yang diperlukan mencukupi.

5.2 KEUTAMAAN PELANGGAN

Pengurusan Atasan JKR hendaklah memastikan keperluan pelanggan dikenalpasti, difahami dan dipenuhi dengan tujuan memberi dan meningkatkan lagi kepuasan pelanggan dengan:

a) Mewujudkan kaedah bagi pengendalian maklumbalas serta cadangan daripada pelanggan berhubung dengan produk yang diberikan;

b) Sentiasa mengkaji kehendak pelanggan bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi, berlandaskan peraturan dan kemampuan yang sedia ada; dan

c) Sebarang maklumbalas daripada pelanggan hendaklah diambil tindakan sewajarnya.

(29)

5.3 DASAR SPB

5.3.1 Pernyataan Dasar SPB

“JKR komited untuk menghasilkan produk dan memberi perkhidmatan berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan, mematuhi keperluan alam sekitar, memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada tahap yang terbaik serta melaksanakan pengurusan tenaga yang cekap.”

JKR komited ke arah:-

 Memuaskan hati pelanggan dalam aspek rekabentuk, kos projek, pembinaan dan penyerahan bagi pengurusan projek.

 Menepati kehendak pelanggan dalam aspek penerimaan aset, operasi dan penyenggaraan, penilaian keadaan/prestasi, naik taraf dan pelupusan ase t bagi pengurusan penyenggaraan.

 Menyediakan pembangunan lestari yang merangkumi nilai-nilai mesra alam, selamat dan ekonomik.

 Mematuhi semua peraturan dan perundangan yang diperuntukkan di dalam pelaksanaan projek dan penyenggaraan.

 Memastikan sistem pengurusan tenaga elektrik dapat meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga secara berterusan dalam rekabentuk, operasi dan penyenggaraan aset,

 Menyokong perolehan bekalan dan perkhidmatan serta rekabentuk cekap tenaga bagi meningkatkan prestasi penggunaan tenaga berdasarkan spesifikasi piawai JKR semasa,

 Menyedia kerangka kerja bagi penetapan dan penilaian objektif sasaran penggunaan tenaga,

 Memastikan informasi dan sumber sentiasa disediakan bagi mencapai objektif dan sasaran penggunaan tenaga,

(30)

 Memastikan penambahbaikan yang berterusan dilaksanakan ke atas prestasi Sistem Pengurusan Bersepadu.

Dasar Kualiti, Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Pengurusan Tenaga adalah seperti di muka surat (i).

5.3.2 Pelaksanaan Dasar SPB

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan Dasar SPB sentiasa: a) Bersesuaian dengan fungsi dan halatuju JKR,

b) Dijadikan agenda KSP untuk meningkatkan keberkesanannya dan menjaminkan kesesuaiannya secara berterusan,

c) Difahami dan diwartakan kepada semua staf JKR dan pihak lain yang berkaitan melalui komunikasi dalaman dan luaran,

d) Dijadikan asas dalam mewujudkan dan mengkaji semula Objektif SPB, e) Mengandungi komitmen pengurusan bagi pematuhan kepada keperluan

perundangan, pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan, kawalan alam sekitar dan lain-lain keperluan yang ditetapkan jabatan.

5.4 PERANCANGAN

5.4.1 Objektif SPB 5.4.1.1 Objektif Kualiti

5.4.1.1.1 Pengurusan Projek

 Ke arah penyerahan 100% projek mengikut jadual pelaksanaan yang dipersetujui,

 Ke arah perbelanjaan pelaksanaan projek mengikut kos yang dipersetujui,  Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada

(31)

5.4.1.1.2 Perkhidmatan Penyenggaraan

 Ke arah pencapaian 100% Tahap Perkhidmatan Dipersetujui [Agreed Service Level (ASL)] dalam Pelan Strategi Pengurusan Aset (PSPA) (Operasi),

 Ke arah pencapaian 100% perbelanjaan penyenggaraan mengikut kelulusan peruntukan tahunan,

 Ke arah perkhidmatan penyenggaraan yang berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada aspek kepuasan pelanggan

5.4.1.2 Objektif Alam Sekitar

 Memastikan segala aktiviti, perkhidmatan dan produk berkenaan dengan projek pembinaan tidak melanggar keperluan-keperluan piawaian alam sekitar yang berkaitan,

 Menunjukkan kenyataan bahawa terdapat penambahbaikan alam sekitar yang berterusan di sepanjang tempoh masa pembinaan dalam proses pencapaian matlamat alam sekitar seperti yang ditetapkan.

5.4.1.3 Objektif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

 Ke arah tapak bina dan sistem kerja yang selamat dan sihat sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

 Meminimakan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tapak bina/ ke arah kemalangan dan penyakit pekerjaan sifar,

 Memastikan pematuhan kepada perundangan dan lain-lain keperluan berkaitan.

5.4.1.4 Objektif Pengurusan Tenaga

 Meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik secara berterusan dalam rekabentuk, operasi dan penyenggaraan bagi bangunan yang dipilih.

(32)

Pengukuran kepada objektif-objektif di atas adalah seperti di Lampiran J.

Pencapaian Objektif SPB akan dikaji sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun bagi menentukan kesesuaian berbanding Objektif SPB.

Setiap Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri, JKR Wilayah Persekutuan, JKR KESEDAR, Unit-Unit di bawah Cawangan/JKR Wilayah Persekutuan, bahagian-bahagian di bawah JKR Negeri dan JKR Daerah/Jajahan dan juga pejabat tapak hendaklah mendokumen dan mempamerkan Objektif SPB.

5.4.2 Perancangan SPB

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan :

a) Perancangan kepada SPB dilaksanakan untuk mencapai keperluan-keperluan operasi JKR dan Objektif SPB. Pelan Pelaksanaan Strategik SPB adalah sebagaimana di Lampiran F dan Pelan Kualiti pelaksanaan projek/ penyenggaraan disediakan mengikut Seksyen 7.1,

b) Perancangan dan Jadual Pelaksanaan SPB adalah sebagaimana Lampiran G,

c) Integriti SPB adalah dipelihara walaupun berlaku perubahan ke atas perancangan dan pelaksanaan di dalam SPB,

d) Perancangan kepada SPB juga perlu merangkumi analisis risiko ke atas produk, risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan, impak kepada alam sekitar dan pembaziran penggunaan tenaga elektrik (Seksyen 5.4.3 dan 5.4.4 ).

(33)

5.4.3 Keperluan Program EMS, OSH-MS dan EnMS

Program EMS dan OSH-MS mengambilkira hasil daripada analisis HIRADC dan aspek/impak. Program EnMS mengambilkira hasil dari penilaian dan penentuan penggunaan tenaga elektrik ketara. Bagi menyokong pencapaian dan pemantauan pencapaian dasar, program telah dibangunkan berdasarkan Prosedur JKR.PK(P).14.

Dokumen Berkaitan

Prosedur Program Pengurusan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Serta Pengurusan Tenaga

JKR. PK(P).14

5.4.3.1 Aspek dan Impak Alam Sekitar

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan aspek alam sekitar di tapak bina/ premis/ laluan dikenalpasti dan dikawal seperti yang digariskan di dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

Prosedur Aspek dan Impak Alam Sekitar JKR. PK(P).12

5.4.3.2 Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Penentuan Kawalan

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan hazad di tapak bina/premis/laluan dikenalpasti, dinilai dan dilaksanakan langkah kawalan seperti yang digariskan di dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

Prosedur Hazard Identification, Risk Assessment Determining Con-trols (HIRADC)

(34)

5.4.3.3 Pemilihan Bangunan dan Penetapan Sasaran Penjimatan Tenaga

Pengurusan Atasan JKR akan memilih bangunan untuk pelaksanaan pengurusan tenaga. Perancangan keseluruhan pengurusan tenaga digariskan di dalam prosedur berikut:

Dokumen Berkaitan

Prosedur Perancangan Pengurusan Tenaga JKR. PK(O).08A

5.5. TANGGUNGJAWAB, KUASA, AKAUNTABILITI DAN KOMUNIKASI 5.5.1 Tanggungjawab, Akauntabiliti dan Kuasa

Pengurusan Atasan JKR akan mengenalpasti tanggungjawab dan kuasa staf JKR antara lain melalui carta organisasi, senarai tugas, sasaran kerja tahunan (SKT), fail meja dan piagam pelanggan.

5.5.2 Wakil Pengurusan

Pengurusan Atasan JKR hendaklah melantik WP yang bertanggungjawab terhadap perkara berikut:

a) Memastikan proses-proses yang perlu untuk menyedia, melaksana dan menyenggara SPB,

b) Melapor kepada Pengurusan Atasan JKR mengenai kemajuan SPB dan sebarang keperluan untuk penambahbaikan,

c) Memastikan penerangan kesedaran terhadap kehendak pelanggan dan usaha-usaha penambahbaikan dimaklumkan kepada staf JKR,

d) Berurusan dengan semua pihak luar mengenai perkara yang berkaitan dengan SPB termasuk komunikasi berkaitan tanggungjawab dan penglibatan dalam pelaksanaan SPB.

(35)

Pengurusan Atasan JKR hendaklah melantik Timbalan WP bagi menjalankan tanggungjawab WP semasa ketiadaannya.

Bagi tanggungjawab keseluruhan pelaksanaan SPB sila rujuk Lampiran I. Struktur Organisasi SPB sebagaimana Gambarajah 2.

5.5.3 Komunikasi Dalaman dan Pihak Luar

Pengurusan Atasan JKR akan memastikan sistem komunikasi dalaman diwujudkan melalui Laman Sesawang JKR, Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia, Mesyuarat Jurutera Daerah, taklimat, dialog, papan kenyataan, pekeliling dan Arahan KPKR, peti cadangan dan aduan.

Perkongsian maklumat pengurusan tenaga termasuk pencapaian akan ditentukan oleh pihak pengurusan atasan melalui MKSP.

Bagi komunikasi dengan pihak luar dan penglibatan pihak dalaman yang berkaitan keperluan SPB adalah merujuk kepada prosedur di bawah.

Dokumen Berkaitan

Prosedur Maklumbalas Pelanggan JKR. PK(P).11

Prosedur Komunikasi, Perundingan dan Penglibatan JKR. PK(P).11A Prosedur Hazard Identification, Risk Assessment Determining

Controls (HIRADC)

(36)

Wakil Pengurusan Pengerusi

Jawatankuasa Pemandu SPB JKR

PELAKSANA

Jurutera/Arkitek/Juru Ukur/ Staf yang berkenaan KPKR (Pengurusan Atasan JKR) PENGARAH Cawangan/JKR Negeri/JKR Wilayah Persekutuan/JKR KESEDAR Ketua Unit/Bahagian/Jurutera Daerah/Jurutera Tapak Projek

Khas

Pelaksana

Semua staf JKR yang terlibat skop pelaksanaan SPB Pengerusi Jawatankuasa SPB JKR Cawangan/Negeri/Wilayah Persekutuan/KESEDAR Pengerusi Jawatankuasa SPB JKR Unit/ Bahagian/Daerah/Projek Khas

(di mana perlu) Urus Setia SPB JKR Malaysia

(Caw. Dasar dan Pengurusan Korporat) Urus Setia SPB JKR Cawangan/Negeri/Wilayah Persekutuan/KESEDAR Urus Setia SPB Unit/Bahagian/Daerah/ Projek

Khas (di mana perlu)

STRUKTUR ORGANISASI SPB JKR Jawatankuasa Kerja SPB JKR TKPKR (Sektor Infra) TKPKR (Sektor Bangunan) TKPKR (Sektor Pakar) Gambarajah 2

(37)

5.6 KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (KSP) 5.6.1 Am

Pengurusan Atasan JKR hendaklah mengkaji semula sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun untuk memastikan keberkesanan, kecekapan dan kesesuaian berterusan pelaksanaan SPB.

5.6.2 Input Kajian Semula Pengurusan

Input KSP bagi SPB adalah disenaraikan seperti Prosedur Kajian Semula Pengurusan JKR.PK(P).07.

5.6.3 Output Kajian Semula Pengurusan

Hasil KSP bagi SPB adalah disenaraikan dan semua rekod KSP hendaklah disimpan serta disenggarakan oleh urus setia yang terlibat. Perincian kepada KSP adalah seperti ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

(38)

6.0 PENGURUSAN SUMBER

6.1 PERUNTUKAN DAN PENYEDIAAN SUMBER

JKR hendaklah mengenalpasti keperluan dan menyediakan sumber-sumber yang mencukupi bagi mencapai maksud-maksud berikut:-

a) Melaksana dan menyenggara SPB disamping memperbaiki keberkesanannya secara berterusan,

b) Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dari semasa ke semasa dengan memenuhi keperluan pelanggan.

Perincian kepada keperluan dan menyediakan sumber kewangan ditetapkan dalam prosedur berikut :

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Bajet dan Kawalan Kewangan JKR.PK(P).08

6.2 SUMBER MANUSIA 6.2.1 Am

JKR hendaklah menentukan staf JKR yang kompeten bagi menjamin kualiti kerja yang konsisten. Keperluan sumber manusia hendaklah dirancang, dilaksana dan dinilaikan selaras dengan Dasar dan Objektif SPB serta Sistem Saraan Malaysia. 6.2.2 Kompetensi, Kesedaran dan Latihan

JKR hendaklah:-

a) Menentukan keperluan kompetensi bagi staf yang menjalankan tugas untuk memastikan kualiti produk/perkhidmatan, alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan tenaga.

(39)

b) Menyediakan latihan atau tindakan lain untuk mencapai kompetensi yang telah dikenalpasti mengikut keperluan kerja dan tanggungjawab yang diberikan,

c) Menilai keberkesanan latihan ke atas staf selepas menghadiri latihan,

d) Memastikan staf sedar akan kepentingan tugasan mereka dan dapat memberi sumbangan dalam mencapai Objektif SPB,

e) Menyimpan dan menyenggara rekod-rekod kelayakan, latihan, kemahiran dan pengalaman staf. (Seksyen 4.2.4).

Perincian kepada keperluan sumber manusia ditetapkan dalam prosedur berikut: Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Pengurusan Kompetensi, Latihan dan Kesedaran JKR.PK(P).09

6.3 INFRASTRUKTUR

JKR komited dalam menentu, menyedia dan menyenggara keperluan infrastruktur yang sesuai kepada staf bagi menghasilkan produk/perkhidmatan yang memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Kemudahan infrastruktur termasuklah;-

a) Bangunan, ruang kerja dan utiliti berkaitan,

b) Peralatan proses seperti perkakasan, peralatan keselamatan dan perisian komputer,

c) Perkhidmatan sokongan yang diperlukan seperti pengangkutan, sistem komunikasi atau sistem maklumat.

Kemudahan infrastruktur di atas adalah disedia dan disenggarakan mengikut arahan kerajaan yang berkaitan dan keperluan pejabat masing-masing.

(40)

JKR hendaklah memastikan dan menyediakan persekitaran kerja yang sesuai, selesa, selamat, mesra alam dan cekap tenaga. JKR hendaklah memastikan penyenggaraan dan pengurusan ruang kerja dilaksanakan mengikut arahan-arahan jabatan dan perundangan berkaitan yang ditetapkan bagi staf menghasilkan produk/ perkhidmatan selaras dengan Dasar dan Objektif SPB.

(41)

7.0 PENZAHIRAN PRODUK/PERKHIDMATAN

7.1 PERANCANGAN BAGI PENZAHIRAN PRODUK/PERKHIDMATAN

JKR hendaklah merancang, membangun dan melaksanakan proses-proses kerja bagi memastikan keperluan pelanggan, pekeliling serta arahan berkaitan yang berkuatkuasa dipatuhi sejajar dengan keperluan dan proses dalam SPB yang dinya-takan pada Seksyen 4.1.

Dalam perancangan penzahiran produk, JKR hendaklah menyediakan Pelan Kualiti Projek (Q-Plan) dan bagi perancangan perkhidmatan penyenggaraan, Pelan Strategi Pengurusan Aset (PSPA) (Operasi) dan Pelan Pengurusan Aset

(PPA) (Operasi) Tahunan hendaklah disediakan. Manakala bagi perancangan pengurusan tenaga bagi bangunan dipilih, Pelan Induk Pengurusan Tenaga (PIPT) perlu disedia berdasarkan prestasi bangunan tersebut. Ini adalah selaras dengan keperluan SPB bagi memenuhi perkara berikut:-

a) Objektif SPB dan keperluan bagi produk/perkhidmatan.

b) Metodologi proses, dokumen dan menyediakan sumber-sumber yang khusus kepada penzahiran produk/perkhidmatan.

c) Verifikasi, validasi, pemantauan, pemeriksaan serta pengujian ke atas

proses/aktiviti tertentu dalam penzahiran produk/perkhidmatan serta ciri-ciri produk yang diterima (criteria for product acceptance).

d) Rekod yang berkaitan hendaklah disenggara sebagai bukti pelaksanaan proses-proses dan penghasilan produk/perkhidmatan menepati keperluan yang ditetapkan (Seksyen 4.2.4).

Q-Plan, PSPA (Operasi), PPA (Operasi) Tahunan dan PIPT hendaklah dikemaskini di mana perlu.

(42)

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Perancangan Pelaksanaan Projek JKR.PK(O).01

Perincian kepada aktiviti perancangan pelaksanaan penyenggaraan dan penyediaan Pelan Pengurusan Aset (Operasi) Tahunan bagi perkhidmatan penyenggaaran ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Perancangan Strategi Pengurusan Aset JKR.PK(O).06A

Prosedur Perancangan Pengurusan Tenaga JKR.PK(O).08A

7.2 PROSES BERKAITAN PELANGGAN

7.2.1 Penentuan Keperluan Yang Berkaitan Dengan Produk/Perkhidmatan

JKR hendaklah menentukan penzahiran produk/perkhidmatan dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal mengikut prosedur dan lain-lain kaedah yang ditetapkan. Keadaan terkawal meliputi perkara-perkara berikut:

a) Keperluan produk yang dinyatakan oleh pelanggan melalui ringkasan projek (project brief), arahan atau permohonan daripada pihak pelanggan/pemilik aset, atau dokumen berkaitan dari segi perincian skop kerja, kos kerja dan perubahan (variation) yang dibenarkan, serta jadual masa pelaksanaan dan juga termasuk aktiviti yang memperuntukkan tindakan semasa dalam Tem-poh Jaminan Tanggungan Kecacatan (DLP),

b) Keperluan perkhidmatan penyenggaraan oleh pelanggan adalah melalui PSPA (Operasi), skop kerja dan inventori, atau dokumen kontrak penyenggaraan,

c) Keperluan yang tidak dinyatakan oleh pelanggan tetapi diperlukan untuk menjamin kesempurnaan produk/perkhidmatan,

(43)

d) Keperluan yang dinyatakan oleh pelanggan sama ada melalui permintaan khidmat nasihat/khidmat sokongan ataupun melalui aduan bagi memastikan aset sentiasa berfungsi mengikut tahap yang dipersetujui,

e) Keperluan peraturan dan perundangan dan lain-lain kehendak yang berkaitan dengan produk/perkhidmatan, keselamatan dan kesihatan, alam sekitar serta pengurusan tenaga. JKR juga perlu memastikan risiko Keselamatan dan Kesihatan serta impak Alam Sekitar di tapak bina/premis/laluan dikaji. (Seksyen 5.5 dan 5.6),

f) Mengambil kira perubahan dan peraturan tambahan yang ditentukan oleh pihak JKR dan lain-lain pihak yang berkepentingan dari semasa ke semasa. 7.2.2 Kajian Semula Keperluan Berkaitan Produk/Perkhidmatan

JKR hendaklah mengkaji semula keperluan produk/perkhidmatan. Kajian ini hendaklah dilakukan sebelum JKR membuat komitmen untuk membekalkan produk/perkhidmatan kepada pelanggan dengan mengambilkira:

a) Keperluan pelanggan ditentukan selaras dengan Dasar Kerajaan, akta yang berkaitan dan pekeliling rasmi yang dikeluarkan oleh pihak yang berkepentingan,

b) Amalan baru yang boleh dicontohi dan dapat memberi nilai tambah kepada penzahiran produk/perkhidmatan, alam sekitar, keselamatan dan kesihatan

serta pengurusan tenaga,

c) Keperluan baru yang ditetapkan oleh pihak pelanggan dan ianya dalam keupayaan JKR.

Semua rekod berkaitan kajian semula dan pemantauan kepada pematuhan perundangan serta tindakan yang diambil hendaklah dikemaskini dan disenggara (Seksyen 4.2.4).

(44)

JKR hendaklah menyediakan kemudahan komunikasi yang teratur dan berkesan dengan pelanggan antara lain melalui: -

a) Piagam Pelanggan JKR. b) Hari Bersama Pelanggan.

c) Laman Sesawang JKR.

d) Perjumpaan berkala (mesyuarat, perbincangan, taklimat dan lain-lain). e) Laporan berkala mengenai status kemajuan projek/perkhidmatan

penyenggaraan.

f) Surat menyurat. g) Maklumbalas pelanggan.

h) Kemudahan telekomunikasi termasuk perkhidmatan emel dan internet. Perincian kepada penentuan dan kajian semula keperluan pelanggan bagi penzahiran produk di antara lain ditetapkan dalam prosedur berikut:

7.3 REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN (R&P) 7.3.1 Perancangan Rekabentuk dan Pembangunan

JKR hendaklah menyediakan Pelan Kualiti Rekabentuk (D-Plan) bagi merancang dan mengawal aktiviti bagi Rekabentuk dan Pembangunan (R&P) sesuatu produk

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Perancangan Pelaksanaan Projek JKR.PK(O).01

Prosedur Pematuhan Perundangan Dan Pengukuran JKR.PK(O).04C

Prosedur Maklumbalas Pelanggan JKR.PK(P).11

(45)

a) Peringkat-peringkat proses/aktiviti R&P,

b) Peringkat kajian semula, verifikasi dan validasi yang terlibat bagi R&P, c) Tanggungjawab dan kuasa ke atas mereka yang terlibat dalam proses R&P. JKR hendaklah menguruskan hubungkait (interface) antara agensi dan kumpulan yang terlibat dalam R&P untuk memastikan komunikasi yang berkesan dan penugasan tanggungjawab yang jelas.

D-Plan hendaklah sebahagian daripada Q-Plan dan output perancangan R&P hendaklah dikemaskini di mana perlu.

7.3.2 Input Rekabentuk dan Pembangunan

Input berkaitan dengan produk hendaklah dikemaskini dan rekodnya hendaklah disenggara (Seksyen 4.2.4) yang mengandungi:

a) Ringkasan Projek (Project Brief),

b) Keperluan perundangan dan peraturan-peraturan yang dikenalpasti, c) Maklumat yang diperolehi dari R&P terdahulu (jika perlu),

d) Keperluan lain yang penting bagi R&P.

Input ini hendaklah disemak semula untuk memastikan ianya cukup, lengkap dan tidak bercanggah antara satu sama lain.

7.3.3 Output Rekabentuk Dan Pembangunan

Output R&P hendaklah disediakan dalam bentuk yang mudah diverifikasi mengikut keperluan input R&P dan hendaklah diluluskan sebelum digunapakai.

JKR hendaklah memastikan output R&P:-

a) Memenuhi keperluan yang dinyatakan oleh Input R&P,

b) Menyediakan maklumat yang cukup bagi perolehan, pembinaan, perkhid-matan dan pemuliharaan produk,

(46)

c) Mengandungi atau merujuk pada kriteria penerimaan produk, d) Menyediakan ciri-ciri produk yang selamat dan sesuai digunakan. 7.3.4 Kajian Semula Rekabentuk Dan Pembangunan

JKR hendaklah mengadakan kajian semula ke atas R&P mengikut peringkat kerja yang ditetapkan untuk:

a) Menilai keupayaan hasil R&P bagi menepati keperluan,

b) Mengenalpasti masalah dan mencadangkan tindakan yang diperlukan. Kajian semula R&P hendaklah melibatkan wakil-wakil dari semua bidang yang berkaitan dengan R&P. Sekiranya perlu, pegawai atau pakar dari organisasi lain boleh dijemput untuk menyertai kajian semula R&P tersebut.

Rekod keputusan kajian semula R&P dan tindakan yang diambil hendaklah disenggara (Seksyen 4.2.4).

7.3.5 Verifikasi Rekabentuk Dan Pembangunan

Verifikasi R&P hendaklah dibuat mengikut peringkat kerja yang ditentukan untuk memastikan output R&P menepati keperluan-keperluan input R&P.

Rekod keputusan verifikasi dan tindakan yang diambil hendaklah disenggara (Seksyen 4.2.4).

7.3.6 Validasi Rekabentuk Dan Pembangunan

Validasi hendaklah dijalankan mengikut peringkat yang ditentukan dalam perancangan untuk memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi tujuan dan kegunaan yang ditentukan.

Validasi hendaklah dibuat sebelum produk dilaksanakan atau disampaikan kepada pelanggan (jika perlu).

Rekod hasil validasi dan tindakan yang diambil hendaklah disenggara (Seksyen 4.2.4).

(47)

7.3.7 Kawalan Bagi Pindaan Rekabentuk Dan Pembangunan

JKR hendaklah mengadakan kawalan ke atas semua perubahan dan pengubahsuaian R&P.

Pindaan hendaklah dikaji semula, diverifikasi dan divalidasi jika berkenaan dan diluluskan sebelum ianya dilaksanakan.

Rekod pindaan dan tindakan pembetulan yang berkaitan hendaklah disenggara (Seksyen 4.2.4).

Perincian kepada R&P ditetapkan dalam prosedur berikut: Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Rekabentuk JKR.PK(O).02

7.4 PEROLEHAN 7.4.1 Proses Perolehan

JKR hendaklah memastikan aktiviti perolehan mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia melalui kaedah-kaedah berikut:

i) Pembelian terus, ii) Undi,

iii) Sebutharga, iv) Tender.

JKR hendaklah membuat penilaian dan pemilihan terhadap pembekal berdasarkan keupayaan pembekal dari segi kemampuan teknikal, kewangan dan pematuhan kepada kehendak JKR. Kriteria penilaian dan pemilihan adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan arahan Jabatan yang berkuatkuasa.

Prestasi pembekal akan sentiasa dipantau, dinilai dan tindakan terhadap pembekal akan dilaporkan kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab ke atas pendaftaran

(48)

dan penyenggaraan rekod pembekal. (Rujuk Prosedur JKR PK(P).10, JKR PK(O).03, JKR PK(O).04A dan JKR PK(O).07).

Pemilihan, penilaian dan sebarang tindakan terhadap pembekal hendaklah direkod (Seksyen 4.2.4).

7.4.2 Maklumat Perolehan

Maklumat Perolehan hendaklah antara lain merangkumi kehendak Kerajaan, pelanggan, statutori, keperluan teknikal, piawaian dan dinyatakan dengan jelas dalam dokumen berikut:

i) Pesanan Tempatan, ii) Borang Inden, iii) Spesifikasi Kerja, iv) Dokumen Sebut Harga, v) Dokumen Tender, vi) Surat Niat,

vii) Surat Lantikan.

JKR hendaklah memastikan dokumen perolehan yang lengkap sebelum prosedur perolehan dilaksanakan.

7.4.3 Verifikasi Produk/Perkhidmatan Yang Diperolehi

Produk/perkhidmatan yang diterima daripada pembekal hendaklah diperiksa/ dipantau bagi memastikan ia memenuhi spesifikasi dan keperluan yang dinyatakan dalam dokumen perolehan.

Jika diperlukan, JKR hendaklah memasukkan maklumat perolehan untuk proses verifikasi di tempat pembekal terhadap produk yang dipesan seperti Performance Witness Testing.

(49)

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Perolehan Kerja JKR.PK(O).03

Prosedur Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan JKR.PK(P).10

7.5 PENGELUARAN DAN KAWALAN OPERASI

7.5.1 Kawalan Proses dan Operasi

JKR hendaklah menentukan supaya semua proses pengeluaran produk (proses semasa pembinaan dan penyerahan/pentauliahan projek) dan proses perkhidmatan penyenggaraan (dari fasa penerimaan hingga pelupusan aset) dijalankan di bawah keadaan terkawal. Keadaan terkawal hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya:

i) Maklumat yang menjelaskan ciri-ciri produk/perkhidmatan atau aset tersebut (iaitu Dokumen Kontrak, Daftar Premis Aset dan Daftar Aset Khusus),

ii) Arahan kerja/method statement yang telah didokumenkan piawaian/kod dan proses kerja: Bagi perkhidmatan penyenggaraan, antara lain sebagaimana Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan dan Garis Panduan Audit Tenaga,

iii) Penggunaan peralatan yang sesuai,

iv) Penggunaan peralatan untuk pemantauan, pengukuran, penilaian tahap ketersediaan dan kefungsian produk/aset tersebut,

v) Kawalan risiko keselamatan dan kesihatan termasuk kawalan perubahan, vi) Penggunaan dan pembelian barangan dan peralatan yang sesuai bagi

operasi SPB dan juga bagi pemantauan dan pengukuran,

vii) Mematuhi keperluan berkanun (statutory dan regulatory) yang berkaitan dengan penghasilan, ketersediaan dan tahap kefungsian produk/aset, alam sekitar dan keselamatan,

(50)

viii) Pelaksanaan pemantauan dan pengukuran semasa pembinaan dan penyerahan projek, penilaian tahap ketersediaan serta kefungsian produk/ aset tersebut,

ix) Kawalan terhadap pihak pembekal, perunding dan pihak berkaitan di tapak bina/premis/laluan,

x) Penyerahan produk/perkhidmatan mengikut ekspektasi pelanggan dan tindakan susulan dalam tempoh tanggungan kecacatan,

xi) Penerimaan produk/perkhidmatan/aset hendaklah menepati standard, tahap kefungsian yang ditetapkan, boleh disenggara dengan berkesan dan memenuhi ciri-ciri keselamatan kepada pengguna serta objektif asal pewujudan aset.

JKR hendaklah menyediakan Pelan Kualiti Pembinaan (C-Plan) untuk memastikan pelaksanaan SPB dalam peringkat pembinaan setiap projek. C-Plan hendaklah sebahagian dari Q-Plan dan dikemaskinikan di mana perlu.

Manakala bagi aktiviti penerimaan, pendaftaran, operasi dan penyenggaraan, penilaian keadaan/prestasi, pemulihan/ubah suai/naik taraf dan pelupusan aset, dokumen/pelan berikut perlu diguna bagi memastikan aset sentiasa berfungsi pada tahap yang optimum/dipersetujui :

i) Pelan Strategi Pengurusan Aset (PSPA) (Operasi). ii) Pelan Pengurusan Aset (Operasi) Tahunan.

iii) Pelan Induk Pengurusan Tenaga (bangunan yang dipilih)

Bagi kawalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKR hendaklah memantau Pelan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (S-Plan) yang diserahkan oleh pihak Kontraktor

dilaksanakan seperti prosedur JKR.PK(O).04B. Manakala bagi keperluan Pelan

Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan, EMP) untuk kawalan dan pemantauan kepada pematuhan alam sekitar merujuk kepada prosedur JKR.PK(O).04E.

(51)

JKR hendaklah melaksanakan validasi mana-mana proses penyediaan perkhidmatan yang mana output tidak dapat diverifikasi melalui pemantauan atau pengukuran. Ia meliputi proses-proses di mana kekurangan akan terserlah setelah perkhidmatan dilaksanakan atau produk telah digunakan.

Validasi proses hendaklah dilaksana bagi membuktikan keupayaan/kebolehan sesuatu proses mencapai hasil produk yang ditetapkan, antara lain dinyatakan sebagai mock-up/proses penanda aras semasa proses pembinaan.

Manakala bagi proses penyenggaraan, validasi proses hendaklah dilaksana bagi memastikan aset sentiasa berada pada tahap perkhidmatan yang dipersetujui Validasi semasa pembinaan dan penyenggaraan, JKR hendaklah menentukan, di mana sesuai:

i) Kriteria untuk semakan dan kelulusan proses yang terlibat.

ii) Kelulusan peralatan dan kelayakan kecekapan pengendali peralatan. iii) Kaedah dan prosedur khusus yang ditetapkan.

iv) Sistem rekod yang lengkap (Seksyen 4.2.4). v) Validasi semula.

7.5.3 Identifikasi Dan Kemudahkesanan

JKR hendaklah mengenalpasti dan menyenggara di mana perlu, produk/aset dengan kaedah yang sesuai dalam proses penzahiran produk/perkhidmatan.

JKR hendaklah memastikan status produk/perkhidmatan di peringkat pemprosesan yang kritikal adalah selaras dengan keperluan pemantauan dan pengukuran sepanjang proses penzahiran produk. Di mana kemudahkesanan diperlukan, JKR hendaklah mengawal dan menyenggara rekod identifikasi yang tunggal bagi produk tersebut (Seksyen 4.2.4).

(52)

Kaedah kemudahkesanan yang digunakan oleh JKR antara lain adalah seperti: nombor fail projek, nombor lukisan rekabentuk, nombor kontrak, ‘batch number’

konkrit, Daftar Premis Aset dan Daftar Aset Khusus . 7.5.4 Harta Pelanggan

JKR hendaklah memastikan harta pelanggan di bawah kawalannya dikenalpasti, diverifikasi, dilindungi dan dipelihara dengan selamat dan digunakan dengan baik. Sebarang harta yang hilang, rosak, tidak memenuhi keperluan atau tidak sesuai digunakan hendaklah dilaporkan kepada pelanggan mengikut tatacara dan pekeliling kerajaan yang berkuatkuasa. Rekod hendaklah diwujudkan dan disenggara (Seksyen 4.2.4).

Harta yang diterima dari pelanggan termasuklah aset yang diserah untuk disenggara, aset yang dinaiktaraf, tapak bina/premis/laluan dan perabot.

7.5.5 Pemuliharaan Produk

JKR hendaklah memastikan produk mematuhi spesifikasi dan keperluan yang ditetapkan semasa proses penyediaan dan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan melalui kaedah identifikasi pengendalian, pembungkusan, penyimpanan dan/atau perlindungan.

Perincian kepada pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Pembinaan Dan Penyeliaan Tapak Bina JKR.PK(O).04

Prosedur Pentadbiran Kontrak Bagi Pembinaan JKR.PK(O).04A

Prosedur Kawalan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan JKR.PK(O).04B Prosedur Kawalan Dan Pemantauan Kepada Pematuhan

Pembangunan Lestari

(53)

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Penyerahan Dan Pos Penyerahan JKR.PK(O).05

Prosedur Pemulihan/Ubah Suai/Naik Taraf Aset JKR.PK(O).09

7.6 KAWALAN BAGI PERALATAN PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN.

JKR hendaklah menentukan pemantauan dan pengukuran yang perlu dibuat serta tahap ketepatannya bagi peralatan kualiti, kawalan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan memilih peralatan, pemeriksaan dan pengukuran yang diperlu untuk menyediakan bukti pematuhan produk/perkhidmatan penyenggaraan mengikut keperluan yang ditetapkan.

Sekiranya perlu, peralatan hendaklah di :-

a) Kalibrasikan ataupun disahkan ataupun kedua-duanya sekali mengikut tempoh yang ditetapkan atau sebelum digunakan dengan merujuk kepada piawaian kebangsaan atau antarabangsa. Sekiranya tidak terdapat piawaian tersebut, asas untuk kalibrasi hendaklah direkodkan,

b) Laras atau dilaraskan semula (adjust),

c) Kenalpasti untuk membolehkan status kalibrasi ditentukan,

d) Lindungi daripada sebarang pelarasan yang boleh menjejaskan kesahihan keputusan pengukuran,

e) Lindungi daripada kerosakan semasa pengendalian, penyenggaraan dan penyimpanan.

Apabila peralatan pemantauan dan pengukuran tidak mematuhi keperluan, JKR hendaklah menyemak dan merekod kesahihan pengukuran yang lalu.

JKR hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas peralatan atau produk yang terlibat. Rekod keputusan kalibrasi dan verifikasi hendaklah disenggara (Seksyen 4.2.4).

(54)

Perincian kepada kawalan bagi peralatan pemantauan dan pengukuran ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Pembinaan dan Penyeliaan Tapak Bina JKR.PK(O).04

Prosedur Pentadbiran Kontrak Bagi Pembinaan JKR.PK(O).04A

Prosedur Penilaian Keadaan/Prestasi Aset JKR.PK(O).08

(55)

8.0 PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

8.1 AM

JKR hendaklah merancang, mewujud dan melaksanakan proses pemantauan, pengukuran, analisis dan penambahbaikan untuk:

a) Memastikan produk/perkhidmatan mematuhi objektif SPB yang telah ditetapkan,

b) Memastikan pematuhan ke atas SPB dan perundangan berkaitan, c) Peningkatan keberkesanan SPB secara berterusan.

Penentuan ini termasuk kaedah-kaedah yang sesuai seperti penggunaan teknik-teknik statistik.

8.2 PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN PRESTASI SERTA PEMATUHAN

PERUNDANGAN 8.2.1 Kepuasan Pelanggan

JKR hendaklah mewujudkan prosedur untuk memantau dan mengukur tahap kepuasan pelanggan di antara lain melalui kaedah maklumbalas pelanggan, audit dalaman, data berkaitan pelanggan ke atas penyampaian kualiti produk/ perkhidmatan, kajian cadangan pengguna, penghargaan dan KSP.

Perincian kepada pemantauan dan pengukuran kepuasan pelanggan ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

(56)

8.2.2 Audit Dalaman

JKR hendaklah menjalankan Audit Dalaman sekurang-kurangnya satu (1) kali se-tahun untuk memastikan keberkesanan SPB serta pematuhannya kepada keper-luan Standard Antarabangsa dan SPB Jabatan.

JKR hendaklah mendokumenkan prosedur untuk menyatakan tanggungjawab dan keperluan bagi perancangan dan pelaksanaan audit, mewujudkan rekod dan laporan keputusan audit serta menyenggara rekod yang berkaitan (Seksyen 4.2.4). Hasil Audit Dalaman hendaklah dilaporkan kepada WP JKR. Pihak yang ber-tanggungjawab ke atas bidang yang ditegur dalam laporan audit hendaklah memas-tikan tindakan pembetulan dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan ketid-akpatuhan dan puncanya. Tindakan susulan hendaklah dijalankan untuk mengesan keberkesanan tindakan pembetulan dan laporan disediakan bagi makluman kepada pengurusan.

Perincian kepada audit dalaman ditetapkan dalam prosedur berikut: Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Audit Dalaman JKR.PK(P).03

8.2.3 Pemantauan, Pengukuran Prestasi Dan Proses

JKR hendaklah menjalankan pemantauan dan pengukuran ke atas SPB bagi semua proses yang terlibat. Pemantauan dan pengukuran terhadap proses seperti keberkesanan prosedur/arahan kerja dalam Dokumen SPB dan output setiap aktiviti serta proses kerja pelaksanaan projek/perkhidmatan penyenggaraan.

Referensi

Dokumen terkait

Perusahaan harus menetapakan prosedur terdokumentasi untuk inspeksi atau kegiatan lain dalam rangka verifikasi produk yang dibeli agar memastikan produk tersebut sesuai

Semua tindakan yang dilakukan, termasuk penetapan spesifikasi, sampling, pengujian dan penjelasan hasil analisis, untuk memastikan bahwa bahan baku, bahan antara,

 Limbah B3 dari bahan kimia kadaluwarsa, tumpahan, bekas kemasan, dan buangan produk yang tidak memenuhi spesifikasi.. TATA CARA IDENTIFIKASI LIMBAH B3 Apakah limbah termasuk

Top manajemen harus memastikan bahwa sasaran mutu, termasuk yang diperlukan untuk memenuhi persyaratan produk (lihat 7.1 a), ditetapkan pada fungsi dan tingkat relevan

spesifikasi produk, kualitas produk adalah suatu kondisi yang berhubungan dengan produk, jasa manusia dan lingkungan untuk memenuhi harapan konsumen. Agar mencapai kualitas

Memberikan pelayanan yang maksimal kepada konsumen di dalam memenuhi kebutuhan yang berhubungan dengan komputer dengan menyediakan produk- produk unggulan dengan kualitas terbaik,

Dalam perancangan cetakan, unsur yang berpengaruh terhadap konstruksi cetakan adalah spesifikasi produk yang mencakup desain dan bahan produk, proses pencetakan atau spesifikasi

Klausul ini Pimpinan puncak harus memastikan bahwa sasaran mutu, termasuk yang diperlukan untuk memenuhi persyaratan produk ditetapkan pada fungsi dan tingkat yang relevan