• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan Kepada Analisis Penyampulan Data (APD)

ULASAN KARYA

2.3 Kaedah Pengukuran Kecekapan

2.3.1 Pengenalan Kepada Analisis Penyampulan Data (APD)

Analisis Penyampulan Data merupakan satu rangka kerja yang kelihatan agak teoritikal untuk menganalisis prestasi suatu organisasi dan penggunaannya kini semakin meluas terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan kecekapan aktiviti dalam suatu organisasi (Golany dan Roll, 1989). Objektif APD ini terlalu meluas dan kini penggunaannya telah dipelbagaikan dan tidak hanya terhad dalam bidang pemprosesan sahaja. Charnes, Cooper dan Rhodes (1978) telah mencadangkan suatu pendekatan ‘mathematical programming’, APD, untuk menjangkakan kecekapan unit.

APD ini menyediakan satu rangka kerja yang efektif bagi menyelidik teknik, skala dan peruntukan kecekapan. Ia digunakan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik dan membentuk satu pencapaian matlamat yang berkesan berdasarkan pemerhatian hasil secara keseluruhan dan juga kriteria proses (Schaffnit, Rosen dan Paradi, 1997).

Secara teoretikal, APD dikenali sebagai satu rangka kerja bagi analisis kecekapan yang memberikan berbagai-bagai faedah berbanding pendekatan tradisional seperti nisbah kecekapan dan analisis regresi. Dari segi teknik, APD mewakili satu set tak berparameter, teknik pengaturcaraan linear yang digunakan

adalah untuk membina lengkung pengeluaran empirikal (empirical production frontiers) dan menilai keberkesanan relatif unit-unit pengeluaran. APD sangat efektif terutamanya di dalam menangani proses yang kompleks di mana unit-unit tersebut yang biasanya dikenali sebagai UPK, menggunakan input berganda (multiple inputs) untuk menghasilkan output berganda (multiple outputs) (Schaffnit, Rosen dan Paradi, 1997).

Golany dan Storbeck (1999) berpendapat, APD adalah alat yang sesuai digunakan di dalam situasi atau keadaan dinamik kerana ianya mudah diubah suai mengikut perubahan keperluan dalam sesuatu pengurusan. APD merupakan manifestasi operasi (operational manifestation) tentang set kesahan kriteria (validation criterion set) yang merupakan satu-satunya kaedah pengiraan bagi mendapatkan kesahan untuk dibandingkan dengan kesimpulan terhadap model fenomena sebenar (Pedraja-Chaparro, Salinas-Jimenez dan Smith, 1999). Antara kebaikan pendekatan APD yang telah digariskan oleh El-Mahgary dan Lahdelma (1995) adalah seperti berikut:

i) Penilaian APD melibatkan semua faktor relevan (diklasifikasikan sebagai input atau output) ke dalam model tunggal. Dalam hal ini, ia adalah tidak-bias disebabkan tiada faktor tunggal diberi keutamaan berbanding dengan faktor lain.

ii) APD mengukur kecekapan relatif berdasarkan kepada prestasi yang telah direkodkan paling terbaik berbanding dengan teknik-teknik lain yang berdasarkan kepada pendekatan tradisi.

iii) Selain daripada mengenal pasti unit-unit yang tidak cekap, hasil penilaian APD dapat digunakan untuk menentukan tatacara yang perlu diikuti untuk memperbaiki prestasi unit-unit yang tidak cekap.

Aida et. al. (1997) telah memilih model APD untuk kegunaan yang berkemungkinan sebagai alat menilai kecekapan prestasi yang diberi mandat atau arahan oleh undang-undang air Jepun. Ramai pembuat polisi dan individu mengkritik prestasi kerajaan tempatan Jepun kerana ketidakcekapan menyediakan air minuman untuk penduduk dan kegunaan perindustrian. Ketidakmampuan untuk memindahkan hak milik dalam firma awam akan mengurangkan insentif untuk pemilik bagi organisasi ini bagi mengawal secara teliti prestasi bukan pengurusan dan dari itu mengurangkan kecekapan dalam perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu, kerajaan Jepun merancang untuk meningkatkan kadar perkhidmatan mereka kerana mendapati bahawa penduduk tempatan selalu mempersoalkan prestasi bukan pengurusan bagi sistem agihan air.

Norman dan Stoker (1991) turut menggunakan APD bagi mengukur kecekapan syarikat-syarikat air yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan membekalkan air ke rumah dan ke kawasan perindustrian mengikut piawai yang ditetapkan. Persatuan syarikat air yang mana merupakan 28 syarikat sudah menghasilkan suatu siri nisbah pencapaian tahunan tetapi ini tidak mengambil kira persekitaran geografi, ekonomi dan demografi bagi setiap perusahaan syarikat. Salah satu syarikat daripada persatuan tersebut akan menyimpan dan

menganalisis data untuk semua syarikat di dalam persatuan tersebut dan menentukan data yang boleh didapati yang akan digunakan. Oleh itu, persatuan tersebut berminat untuk membuat penelitian yang lebih jauh secara menyeluruh termasuk memeriksa isu objektif, faktor persekitaran dan sebagainya (Norman dan Stocker, 1991). Kajian yang dilakukan oleh mereka adalah kerana syarikat-syarikat air ingin memberikan suatu perkhidmatan ekonomi dan cekap kepada rakyat agar rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat air tersebut. Kawalan terhadap syarikat air untuk menjamin kepentingan pengguna serta kepentingan kerajaan sangat diperlukan dan ini adalah salah satu sebab kajian ini dilakukan walaupun hanya tertumpu kepada bahagian pengoperasian loji air sahaja.

APD bukan sahaja digunakan dalam perkhidmatan bekalan air tetapi penggunaannya kini semakin meluas terutama dalam mengukur prestasi sesebuah organisasi. Syed Othmawi Abdul Rahman dan Faridah Maarof (1993) telah menggunakan kaedah APD ini untuk mengukur kecekapan cawangan-cawangan jabatan hasil dalam negeri yang mempunyai 20 cawangan-cawangan di seluruh Malaysia. Model APD yang digunakan mereka ada persamaan dengan model yang digunakan dalam kajian ini, cuma mereka menggunakan model prima dan dalam kajian ini model dual pula digunakan untuk mengukur skor kecekapan dan diselesaikan menggunakan perisian LINDO.

pencapaian kecekapan pusat pemilikan hospital kerajaan di Taiwan, sepanjang tahun 1990-1994 dalam dua peringkat. Tujuan utamanya adalah untuk mengawal perbelanjaan penjagaan kesihatan yang melampau dari kuasa hospital serta mencari sumber penggunaan yang lebih baik. Matlamat kajian yang dilakukan oleh Al-Shammari dan Minwir (1999) pula adalah untuk mengenal pasti kecekapan relatif hospital, set rujukan bagi hospital yang tidak cekap dan tindakan lain yang boleh membuatkan hospital yang tidak cekap menjadi cekap secara relatif.

Daripada kajian Chang dan Al-Shammari ini, menunjukkan bahawa kaedah APD yang digunakan untuk mengukur kecekapan organisasi dapat membantu pihak pengurusan dalam mengawal penggunaan sumber input organisasi untuk menghasilkan output yang berkualiti. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat kaedah APD ini dalam membantu pihak pengurusan BBA ketiga-tiga Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di dalam menyeimbangkan antara penggunaan input dengan penghasilan output agar kedua-duanya dapat dikawal dengan baik.

Dokumen terkait