C. Kedah Selatan
1.4 Pengurusan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang
Negeri Pulau Pinang merangkumi keluasan seluas 1,031 km persegi dan mempunyai bilangan penduduk seramai 1.3 juta orang. Sehingga tahun 2004, negeri ini mempunyai 6 buah empangan iaitu Empangan Air Itam, Empangan Teluk Bahang, Empangan Tasik Mengkuang, Empangan Bukit Panchur, Empangan Cherok To’kun dan Empangan Berapit meliputi kawasan tadahan air seluas 61.4 km persegi (Rajah 1.1). Empangan ini berfungsi sebagai tempat simpanan sumber air minuman selain dapat membekalkan air untuk kegunaan pertanian oleh penduduk-penduduk. Menurut Statistik Bekalan Air Pulau Pinang (2003), penggunaan air setiap hari adalah sebanyak 612 juta liter di mana sumber air utama datangnya dari Sungai Muda, Kedah. Pulau Pinang telah mencatatkan bilangan loji untuk pembersihan air sebanyak 10 buah meliputi Loji Air Guillemard, Loji Air Batu Feringhi, Loji Air Teluk Bahang, Loji Air Itam, Loji
Air Sungai Pinang, Loji Air Waterfall, Loji Air Sungai Dua, Loji Air Bukit Toh Allang, Loji Air Bukit Mertajam dan Loji Air Bukit Panchur (Jadual 1.4).
Rajah 1.1: Sistem Pengagihan dan Kawasan Liputan Sistem Pembekalan Air Pulau Pinang
Jadual 1.6: Maklumat Mengenai 10 Loji Air dan Jumlah Pengeluaran Air Pada Tahun 2003 di Pulau Pinang
Loji Tahun
Pembinaan Loji
Sumber Air Pengeluaran Air Pada Tahun 2003 (juta
liter/hari)
1) a) Air Itam (Baru)
b) Air Itam (Lama)
1963 1964 Sg. Air Itam Main Stream Tat Stream Sg. Air Putih Sg. Air Hitam Side Stream 20.59 11.04
2) Waterfall 1950 Sg. Air Terjun
Highlands
12.89
3) Teluk Bahang 1954 Sg. Teluk Bahang Sg. Teluk Awak Sg. Tubi (anak Sg. Teluk Bahang) 0.82 4) Sungai Pinang, Balik Pulau 1955 Sg. Pinang West 15.51
5) Batu Feringhi 2000 Sg. Batu
Feringhi 3VS Side Stream 29.99 6)Sungai Dua, Seberang Perai Utara 1973 Sg. Muda, Kedah 566.41
7) Bukit Toh Allang, Seberang Perai Utara 1953 Sg. Kulim, Kedah 40.82 8) Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah 1938 Bkt. Berapit Cherok Tok Kun
Bkt. Panchu 9) Bukit Panchur, Seberang Perai Selatan 1931 Bkt. Prangin Bkt. Hantu Bkt. Panchur 9.71 10) Guillemard, Tanjung Bungah 1921 Sg. Klean Sg. Kecil Sg. Siru Sg. Tengah Sg. Batu Feringhi Sg. Teluk Bahang Sg. Teluk Awak 32.16
Peristiwa utama dalam sejarah bekalan air Pulau Pinang adalah bermula sejak dari tahun 1804. Dalam usia hampir 200 tahun ini, pelbagai rentetan peristiwa telah berlaku menunjukkan kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh kerajaan Pulau Pinang dalam usaha untuk membekalkan air ke seluruh negeri. Jadual 1.7 menunjukkan ringkasan rentetan peristiwa yang berlaku dalam sejarah bekalan air di Pulau Pinang dari tahun 1804 sehingga tahun 2003.
Jadual 1.6: Maklumat Mengenai 10 Loji Air dan Jumlah Pengeluaran Air Pada Tahun 2003 di Pulau Pinang (samb.)
Jadual 1.7: Peristiwa Utama dalam Sejarah Bekalan Air Pulau Pinang dari Tahun 1804 hingga Tahun 2003
Tahun Peristiwa
1804 Sistem bekalan air yang pertama di Malaysia untuk 10,000 penduduk
1900 Pemasangan sistem meter air 1929 Loji pembersihan utama beroperasi 1962 Pembukaan Empangan Air Itam 1973 Skim Air Sungai Muda (Fasa 1) 1985 Pembukaan Empangan Mengkuang 2000/2005 Skim Air Sungai Muda (Fasa 2) 1995/2000 Skim Bekalan Teluak Air Bahang
1999 Pengkorporatan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)
1999 Pembukaan Empangan Teluk Bahang 2000 Pemerbadanan PBA Holdings Bhd
2001 Pelancaran Pusat Perkhidmatan Pelanggan PBAPP 2001 Penyenaraian PBA Holdings Bhd di Papan Utama
Bursa Saham Kuala Lumpur (sekarang Bursa Malaysia)
2003 PBAPP menerima sijil ISO9001:2000 (Sumber: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, 2003)
Dengan pengkorporatan Pihak Berkuasa Air (PBA) kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sdn. Bhd. pada 1 Mac 1999, ini bermakna PBAPP Sdn. Bhd. adalah 100% dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Pulau Pinang. Antara objektif penubuhan PBAPP Sdn. Bhd. dikorporatkan ialah:
a) Menyusun semula struktur pengurusan supaya menjadi lebih efektif, prihatin terhadap kepuasan pelanggan dan cekap dalam pelbagai bidang demi memenuhi keperluan bekalan air yang semakin meningkat dan semakin kompleks di Pulau Pinang menjelang alaf baru.
b) Menerokai peluang perniagaan baru untuk meningkatkan pendapatan. Sebahagian daripada hasil ini boleh digunakan untuk meningkatkan lagi taraf bekalan air kepada semua penduduk Pulau Pinang termasuk golongan yang berpendapatan rendah.
c) Bertindak dan berinovasi untuk mengekalkan dan memperoleh lebih banyak sumber air untuk keperluan negeri.
d) Mengekal dan memberi ganjaran yang berpatutan kepada aset utama perbadanan, yakni tenaga kerja yang setia, berpengalaman dan komited terhadap tugas mereka.
e) Beroperasi sebagai entiti korporat yang berdikari, bertanggungjawab, bermesra alam dan menyokong pembangunan mampan.
f) Memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelbagai peringkat pengguna termasuk pengguna domestik, komersial dan perindustrian di sesebuah negeri yang kekurangan sumber air.
Selaras dengan kemajuan Pulau Pinang pada abad ke-21 dalam pelbagai sektor, kadar permintaan air di negeri ini akan terus meningkat dan isu-isu bekalan air akan menjadi lebih kompleks. Menurut kajian, bekalan air di Pulau Pinang adalah di antara yang terbaik di Asia Tenggara dan kadar air di negeri ini merupakan antara yang terendah di Malaysia. Kos keseluruhan pembekalan air di dalam Negeri Pulau Pinang bertambah setiap tahun. Dengan peningkatan taraf hidup dan penambahan populasi, PBAPP akan terus membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengembangkan dan menaiktaraf infrastruktur bekalan air supaya rakyat dapat terus menikmati bekalan air yang baik Bagi mencapai hasrat murni kerajaan, PBAPP telah memperkenalkan tarif baru air di Pulau Pinang pada 1 Januari 2001. Pengenalan tarif baru ini bertujuan untuk menampung kos bekalan air sejak 1993 serta pelaburan ke atas projek bekalan air pada masa hadapan. Tarif baru yang telah diperkenalkan juga bertujuan untuk menyokong konsep pembangunan lestari dengan mendorong penggunaan air yang bijak. Jadual 1.8 menunjukkan perbezaan tarif air baru (bermula 1 Januari 2001) dan tarif air lama (1993-2000) yang telah diguna pakai di Pulau Pinang sejak dari tahun 2003 hingga kini.
Jadual 1.8 : Perbezaan Tarif Air Lama (1993-2000) dan Baru (1 Januari 2001)
Kategori Harga Untuk
1,000 Liter (1993-2000) Harga Untuk 1,000 Liter (1 Januari, 2001) Domestik (Individu) Caj minima:
RM2.50 sebulan (tidak berubah) 20,000 liter pertama (tidak berubah) 20,000-40,000 liter (tidak berubah) 40,000-60,000 liter
60,000-200,000 liter
Lebih daripada 200,000 liter
22 sen 42 sen 42 sen 70 sen 70 sen 22 sen 42 sen 52 sen 90 sen RM1.00 Perniagaan (Biasa) Caj minima:
RM10.00 sebulan (tidak berubah) 20,000 liter pertama (tidak berubah) 20,000-40,000 liter (tidak berubah) 40,000-200,000 liter
Lebih daripada 200,000 liter
52 sen 70 sen 70 sen 70 sen 52 sen 70 sen 90 sen RM1.00
Perniagaan (Khas)-Bekalan Sementara
Caj minima:
RM10.00 sebulan (tidak berubah)
Kadar tetap 90 sen RM1.20
Perniagaan (Perkapalan)
Caj minima:
RM10.00 sebulan (tidak berubah)