Di sebahagian besar dunia, peranan perancang kewangan menjadi sangat penting, dan banyak orang, sebagimana mereka mempunyai akauntan dan peguam, mempunyai perancang kewangan.
Perancangan kewangan bertanggungjawab memimpin dan menasihat klien tentang bagaimana mencapai matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang, dan keselamatan. Dia membantu memahami keperluan kewangan hari ke hari dan jangka panjang dan bagaimana merancang dan memberi sesiapa yang memerlukan.
Masa hadapan industri unit trust Malaysia adalah terlibat aktif dalam pengembangan industri perancangan kewangan. Unit Trust di negara-negara lain telah memainkan peranan penting dalam pembangunan industri perancangan kewangan dan dijangka hal ini turut berlaku di Malaysia.
Perancangan kewangan dengan cepat menjadi lapangan kajian, dengan amaun besar dibelanjakan untuk penyelidikan dan pengetahuan setiap tahun.
Perbincangan di bawah tidak lengkap, tetapi boleh diharap memberi gambaran menyeluruh tentang perancangan kewangan.
Apakah Perancangan Kewangan?
Perancangan kewangan, dalam pengertian moden merupakan konsep luas, tetapi ada keperluan kewangan klien. Perancangan kewangan merupakan proses integrasi dengan orang dibantu dari segi:-
• Perancangan Aliran Tunai
• Perancangan Luar Jangka (Kontingensi)
• Perancangan Pelaburan
• Perancangan Cukai
Kebanyakan individu (selain mereka yang bergantung pada penawaran dana yang mencukupi) perlu merancang. Perancangan kewangan yang berkesan akan:
• Membantu menentang inflasi
• Memastikan mereka mempunyai pendapatan mencukupi, apabila mereka memerlukannya
• Memberikan peta matlamat masing-masing
• Memperbaiki gaya hidup masa kini dan masa hadapan
• Memberi mereka “ketengangan minda” berhubung dengan situasi kewangan
Peringkat Perancangan Kewangan?
Peringkat Pertama : (31 – 44 tahun)
Biasanya pelabur begini telah berkahwin dengan mempunyai sejumlah anak dan telah membeli sebuah rumah. Perbelanjaan pendidikan lebih daripada dua belas tahun dan persaraan masih jauh.
Seorang pelabur, yang bergantung pada penglibatan kewangan mempunyai purata keupayaan untuk menyimpan dan melabur. Dia dapat berfikir melabur dalam pertumbuhan dana unit trust yang seimbang.
Sekiranya dia mempunyai lebihan tunai, dia dapat berfikir untuk melabur dalam dana unit trust berisiko tinggi untuk memaksimumkan pulangan pada tempoh jangka panjang.
Peringkat Kedua : (45 – 60 tahun)
Pelabur ini selamat dari segi kewangan dan telah sampai ke puncak kerjaya. Mereka ada keupayaan menyimpan yang tinggi untuk melabur bagi persaraan. Perbelanjaan pendidikan bagi anak-anak sentiasa menungu pada bila-bila masa.
Perubahan asset campuran dan pelabur dianggap dana unit trust yang konservatif seperti pendapatan dan dana seimbang. Unit Trust yang seumpama akan merendahkan pertumbuhan dan jumlah portfolio risiko tetapi diharapkan dapat memberikan pelabur kebebasan kewangan semasa bersara.
Peringkat Ketiga : (61 tahun dan ke atas)
Anak-anak pelabur telah besar dan masih belajar atau tamat belajar. Barangkali pelabur kini bersara, aliran pendapatan semakin kurang. Walau bagaimanapun, dia masih perlu menambah modal pelaburan asas. Keutamaanya adalah melindungi aliran pendapatan yang dapat diperoleh menerusi modal dan percubaan untuk mengekalkan kuasa membeli modal, manakala pada masa yang sama mengurangkan risiko kerugian. Dia perlu menyimpan bagi luar jangka seperti keperluan perubatan. Dengan yang demikian, seorang pelabur boleh mencuba mengekalkan pelaburan dengan dana pendapatan dan barangkali sebahagian pelaburan dalam produk seimbang. Dia patut mengelakkan unit trust agresif yang pulangan berisiko tinggi.
Mereka Bentuk Perancangan Kewangan
Langkah asas tertentu mesti diambil perhatian supaya dapat merumus perancangan kewangan yang sesuai bagi setiap pelabur. Sebagaimana dinyatakan di bawah, setiap klien mempunyai keperluan khusus, yang dengan sebab itu perancangan kewangan merupakan usaha menjuruskan pelaburan untuk memenuhi kehendak setiap pelabur.
Ini membantu perancangan kewangan melihat pada gaya hidup semasa pelabur dan membantu menentukan keupayaan simpanan yang pelabur mampu. Ia juga membenarkan perancang kewangan untuk menghitung anggran kos hidup pelabur pada masa hadapan. Dengan menggunakan pelbagai andaian inflasi dan pengumpulan, dia boleh mencongak berapa banyak kos seseorang untuk hidup pada masa hadapan, berdasarkan gaya hidup semasa, atau malah gaya hidup yang diubah suai yang menepati atau yang dirancang oleh pelabur.
Dengan melengkapkan dua dokumen ini, perancang kewangan kini tahu titik permulaan dan titik akhir jangkaan perancangan kewangan. Ada kunci kira-kira dan penyata untuk rugi, dan perancang kewangan mampu menjangkakan kunci kira-kira masa hadapan dan penyata untung rugi. Kemahiran perancang kewangan kini terlibat dnegan perancangan kewangan yagn menghubungkan dua titik statik dengan portfolio dan strategi pelaburan dinamik.
Menjangkakan Pendapatan Masa Hadapan
Cara lain yang juga penting dalam hal menyelesaikan teka teki kewangan adalah dengan menganalisis dan meramalkan masa hadapan pelabur dan liran pendapatan. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian di sini adalah kedudukan semasa pelabur dan paras organisasi tempat kerjanya dan sama ada dia akan dinaikkan pangkat, iaitu gaji dinaikkan dan kedudukannya bertaraf kanan dan bertanggungjawab.
Faktor lain yang mustahak ialah inflasi. Upah dan gaji dalam tempoh jangka panjang, pada umumnya selangkah dengan inflasi, yang dengan itu pelbagai andaian perlu diputuskan oleh perancangan kewangan.
Sehubungan itu, aliran pendapatan masa hadapan diramalkan dan biasanya menjadi factor penting kejayaan perancangan kewangan – iaitu aliran terus pendapatan yang membenarkan pengagihan kepada modal.
Insuran nyawa, perlindungan pendapatan kadang-kadang dicadangkan oleh perancang kewangan.
Sehubungan itu, aliran pendapatan masa hadapan diramalkan dan biasanya menjadi factor penting kejayaan perancangan kewangan – iaitu aliran terus pendapatan yang membenarkan pengagihan kepada modal.
Insurans nyawa, perlindungan pendapatan kadang-kadang dicadangkan oleh perancang kewangan, oleh sebab ia perlu diakui bahawa seorang yang baru memulakan perancangan kewangan, atau seorang yang sedang melakukannya, aset paling penting adalah nyawa dan kemampuannya mencari nafkah.
Dengan yang demikian, aliran pendapatan masa hadapan adalah bahagian teka teki perancangan kewangan yang penting sebagaimana ia menentukan kuasa pencarian nafkah masa hadapan, yang kemudian menentukan pengagihan/kebolehan simpanan masa hadapan.
Perlindungan dan Pelaburan yang Sedia Ada
Komponen penting lain yang menyatukan perncangan kewangan adalah melihat pelaburan dan produk simpanan seumur hidup yang sedia ada yang mungkin telah dibeli.
Misalnya, seorang pelabur mungkin sudah mempunyai produk insurans seperti polisi pembiayaan atau nyawa, atau insurans kemalangan. Di samping itu, perancang kewangan perlu menilai perlindungan yang ditawarkan oleh produk dan kesesuaian produk berkenaan.
Mereka bentuk Portfolio Pelaburan yang sesuai
Intipati pembinaan portfolio yang baik adalah kebolehannya memuaskan keperluan dan matlamat pelabur, mengimbangkan risiko dan ganjaran, dengan campuran pertumbuhan dan pendapatan yang sesuai dan untuk mempromosi langkah fleksibiliti yang wajar. Fleksibiliti menjamin portfolio pelaburan boleh diubahsuai menurut matlamat dan perubahan yang diperlukan pelabur.
Reka bentuk elemen dalam portfolio ini dinyatakan di bawah. Perkara paling penting diingati tentang reka bentuk portfolio adalah untuk mengutamakan kehendak dan keperluan pelabur.
Factor-faktor berikut hendaklah diambil kira apabila mereka bentuk portfolio pelaburan:
Risiko dan pulangan
Dalam semua peluang pelaburan kadar pulangan menunjukkan perhubungan risiko, iaitu lebih tinggi kadar pulangan, pada umumnya lebih tinggi risiko. Bon kerajaan biasanya membayar kurang daripada simpanan bank, yang membayar kurang daripada syarikat kewangan dan sebagainya.
Pada hujung skala, kontrak masa hadapan mempunyai potensi pulangan sangat tinggi, tetapi berada pada paras risiko yang tinggi juga. Kadang-kadang pasaran menyebabkan kelainan jangka pendek pada peraturan asas kerana permintaan, tetapi pada dasarnya memegang prinsip.
Risiko juga dapat mengukut turun naik. Misalnya, pasaran saham lebih turun naik dariapda pasaran harta supaya penebusan pelaburan pasaran dalam masa kecemasan, berikutan kejatuhan dalam pasaran, boleh mengurangkan pulangan tinggi yang dijangka. Di sinilah istilah pelaburan setiap pelabur itu penting.
Walaupun pelaburan pasaran saham biasanya menawarkan pertumbuhan lebih besar pada tempoh jangka panjang daripada jenis pelaburan lain, ia biasanya tidak sesuai dengan seseorang yang melabur dalam produk pasaran saham sekiranya dia tahu bahawa dia memerlukan modal dalam jangka waktu relatif singkat.
Kecairan (atau keupayaan untuk menukar kembali kepada tunai) akan juga mempengaruhi pulangan suatu pelaburan. Lebih cair suatu pelaburan, lebih rendah pulangan.
Sementara prinsip tersebut untuk faedah diri, ia sangat penting untuk difikirkan dalam hubungan dengan kehendak pelabur – sekiranya keadaan kecemasan timbul.
Penentuan Pelaburan Campuran
Beberapa peritmbangan yang dikembangkan adalah relevan dengan penetuan pelaburan campuran. Bagi memutuskan komposisi portfolio anda perlu mengambil kira:
Keperluan dan matlamat klien terutama tolak ansur risiko dan keperluan pendapatan.
Bentuk pelaburan yang sesuai (langsung atau tidak langsung) yang sebahagiannya bergantung pada sama ada klien adalah pelabur ‘aktif’ atau ‘pasif’.
Pemisahan diingini antara pendapatan dan pertumbuhan modal pelaburan dalam
portfolio.
Perbezaan antara kadar faedah nominal dan kadar inflasi (iaitu kadar benar) yang menetukan kadar benar pracukai atas pelaburan hanya pendapatan.
Pertimbangan percukaian relevan dengan klien anda dan portfolio cadangan.
Pertimbangan keselamatan sosial dan khususnya, bagaimana aliran pendapatan
diterbitkan, dan jumlah nilai, oleh portfolio akan memberi kesan kelayakan pencen (KWSP, gratuiti, dan sebagainya)
Pertimbangan Perancangan Percukaian
Pada prinsipnya setiap pelabur prihatin dengan pulangan benar selepas cukai (iaitu inflasi diubahsuai) dapat diterbitkan dariapda modal mereka. Sebagai tambahan, mereka biasanya prihatin dengan percubaan untuk meminimumkan liability cuaki mereka secara sah. Sebagai hasilnya, perancangan cukai dapat memainkan peranan yang penting dalam reka bentuk seluruh portfolio.
Perancangan kewangan
Hasil semua analisis di atas, dan penggunaan prisian aliran tunai dan perancangan kewangan (yang akan mengandungi jangkaan kadar perolehan masa hadapan, didasarkan pada perolehan tempoh terdahulu), merupakan perancangan kewangan tumpuan – pelabur.
Dengan menggunakan jangkaan dan andaian dariapda semua langkah perancangan yang mendahului kewangan, perancang kewangan mampu membina portfolio pelaburan/unit trust yang boleh menghasilkan pulangan penting pendapatan dan modal untuk mencapai matlamat tujuan kewangan.
Perancangan kewangan akan menyatakan pelaburan campuran semasa dikehendaki dan, sekiranya dapat, produk yang membolehkan mereka melakukannya.