PANDUAN PELABURAN
PANDUAN PELABURAN
PANDUAN PELABURAN
PANDUAN PELABURAN UNIT
UNIT
UNIT
UNIT
TRUST DI
TRUST DI
TRUST DI
TRUST DI MALAYSIA
MALAYSIA
MALAYSIA
MALAYSIA
“Pelabur yang bijak ialah pelabur yang melabur dengan
modal yang sedikit, tetapi mendapat pulangan yang
berlipatkaliganda serta dapat memenuhi kehendak
pelaburan mereka ”
Disediakan Oleh :
PRAKATA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Tahniah! Anda telah memulakan langkah pertama untuk memahami dan mendalami konsep pelaburan Unit Trust; pelaburan yang lumayan, yang semakin hangat diperkatakan di Malaysia. Saya memang telah lama berhajat besar untuk menerbitkan sebuah ebook panduan pelaburan Unit Trust lengkap di dalam Bahasa Melayu yang dapat memberikan arah tujuan sebenar untuk anda memahami konsep pelaburan Unit Trust. Ia bertujuan untuk membimbing rakyat Malaysia agar dapat membuat pelaburan dengan selamat dan dapat mengelakkan diri daripada kerugian.
Saya amat berharap ada dapat membaca segala isi kandungan setiap bahagian, setiap tajuk dan setiap patah perkataan yang saya tuliskan di dalam ebook ini. Jika anda tidak memahami sesuatu tajuk, sila ulangi kembali sehingga anda dapat memahami sepenuhnya tajuk itu sebelum anda meneruskan pembacaan anda.
Di dalam bahagian-bahagian seterusnya, saya akan menerangkan secara terperinci dan menyeluruh segala kaedah-kaedah, konsep-konsep dan tip-tips yang digunakan di dalam pelaburan Unit Trust. Apabila anda mula membaca dari satu bahagian ke bahagian yang lain, apa yang saya perlukan dari anda adalah kekuatan untuk memahami segala konsep yang dinyatakan secara mendalam dan dapat mempraktikannya di dalam pelaburan anda kelak.
Secara ringkasnya, sebelum anda menerokai ilmu pelaburan Unit Trust ini, ingin saya nyatakan dahulu perkara-perkara yang perlu dititikberatkan iaitu :
1. Mengkaji dan menganalisa tahap kemampuan kewangan anda. 2. Menetapkan matlamat anda di dalam pelaburan Unit Trust. 3. Mencapai matlamat itu.
Tumpukan sepenuh perhatian anda dan marilah kita berkerjasama dalam membongkar rahsia penjanaan wang yang berterusan melalui pelaburan Unit Trust; pelaburan yang diakui keberkesanannya oleh ramai pakar ekonomi di seluruh dunia. Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya dari saya.
Yang Benar,
Abd Rahman b
Abd Rahman b
Abd Rahman b
Abd Rahman bin Jamaan
in Jamaan
in Jamaan
in Jamaan
“Pakar Unit Trust Anda…”
“Pakar Unit Trust Anda…”
“Pakar Unit Trust Anda…”
“Pakar Unit Trust Anda…”
ISI KANDUNGAN
Muka
Prakata 2
Bab 1 – Memahami Unit Trust 5
Bahagian 1.1 Mempelajari Matlamat 5
1.1.1 Ciri Asas 6
1.1.2 Struktur Unit Trust 12
1.1.3 Jenis Unit Trust 14
1.1.4 Kategori Dana Unit Trust 15
Lampiran A : Panduan Penyeliaan Pinjaman Lampiran B : Unit Trust di Malaysia Bacaan Tambahan 17
19
22
Bab 2 – Pengawalan Industri 41
Bab 3 – Perkhidmatan Pemasaran Unit Trust 48
Bahagian 3.1 Pemasaran Unit Trust Profesional 48
3.2 Prinsip Asas Pemasaran Unit Trust 49
3.3 Pilihan Pelaksanaan yang ada 50
Bab 4 – Glosari Istilah Amanah Saham 66
Bacaan Tambahan dari Artikel dan Berita 70
Ringkasan dan Rumusan (dalam B.Inggeris) 89
Contoh Prestasi Dana Unit Trust 95
Cadangan dan Tip Pelaburan Unit Trust 103
Rujukan 104
SINGKATAN
ASB - Amanah Saham Bumiputra
ASN - Amanah Saham Nasional
BNM - Bank Negara Malaysia
JKKM - Jawatankuasa Keluaran Modal
KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
EPU - Unit Perancangan Ekonomi
FMUTM - Persekutuan Pengurus-Pengurus Amanah Saham Malaysia
Panduan - Panduan Terhadap Tabung Amanah Saham 1997
KLSE/BSKL - Bursa Saham Kuala Lumpur
MOF/KKM - Kementerian Kewangan Malaysia
NAB - Nilai Aset Bersih
PDUT/OBOS - Orang Berurusan Dalam Amanah Saham
PNB - Permodalan Nasional Bhd
Peraturan - Peraturan 1997 Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham)
ROC/PS - Pendaftar Syarikat
SS - Suruhanjaya Sekuriti
PSDBD - Pertubuhan Selia-Diri Barisan Depan
PPAS/UTPRE - Peperiksaan Prapendaftaran Amanah Saham
SPAS - Syarikat Pengurusan Amanah Saham
SAS - Skim Amanah Saham
PERUNDANGAN
• Akta Pemegang Amanah 1949 • Akta Syarikat 1965
• Akta Industri Sekuriti 1983 • Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
• Peraturan 1996 Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham)
PANDUAN
• Panduan Dana Amanah Harta 1996 • Panduan Dana Amanah Saham 1997
BAB 1
MEMAHAMI UNIT TRUST
BAHAGIAN 1.1: MEMPELAJARI MATLAMAT
Bab ini menumpu pada memberikan pengetahuan asas tentang unit trust kepada pembaca.
Pada akhir bab ini, anda dapat:
memahami apakah unit trust. memahami struktur asas SAS, dan berupaya menerangkan ciri-ciri asas. Membiasakan diri dengan pelbagai jenis produk unit trust. Lain pelabur lainkeinginan. Dengan yang demikian, memang penting mempastikan produk unit trust memenuhi matlamat setiap pelabur.
Memaham dan biasa dengan instrumen pelaburan Unit Trust Malaysia, termasukgambaran menyeluruh akan kelas-kelas aset.
Memaham dan berupaya menerangkan kesan inflasi dan cukai pada pelaburanunit trust.
Memaham kesan kos dan caj yang berkaitan langsung dengan pelaburan dalamunit trust.
Berupaya mengukur dan menginterpret data prestasi pelaburan asas.BAHAGIAN 1.1.2
CIRI ASAS
Apakah Unit Trust?
Unit Trust adalah suatu bentuk pelaburan berkumpul yang membenarkan pelaburan yang mempunyai matlamat serupa mengumpul dana masing-masing untuk dilaburkan dalam satu portfolio sekuriti yang diuruskan oleh para pengurus dana secara professional .
Pemegang saham unit trust tidak membeli sekuriti secara langsung dalam portfolio. Pemilikan dana dibahagi ke dalam unit kelayakan. Semasa nilai dana meningkat atau menurun, nilai setiap unit bertambah atau kurang.
Setiap pelabur menerima sijil kelayakan, dikenal sebagai sijil unit trust. Jumlah unit saham yang dipegang bergantung pada harga belian semasa pelaburan dibuat dan jumlah wang dilaburkan oleh pelabur. Hari ini banyak SPAS yang tidak menerima dividen (skrip). Walau bagaimanapun, para pelabur, boleh memohon satu sijil yang dikenakan sedikit bayaran.
Pulangan pelaburan bagi pemegang saham unit trust biasanya dalam bentuk dividen dan naik nilai modal, yang datang dariapda kumpulan aset yang menyokong SAS. Setiap unit saham layak menerima jumlah pendapatan yang sama, ditentutkan oleh paras dividen dan naik nilai modal atau turun nilai dalam satu-satu jangka masa.
Di beberapa negara dimana unit trust begitu terkenal sebagai wahana pelaburan, jumlah dan jenis pemilihan pelaburan unit trust hampir tidak berkesudahan. Seseorang pelabur kerap menghadapi kesukaran untuk memilih apakah jenis SAS yang diminati untuk pelaburan. Di Malaysia, jumlah dan jenis SAS juga berkembang dengan cepat. Contoh-contoh termasuk simpanan, pertumbuhan, dinamika, harta dan dana bon.
Para pelabur unit trust secara umumnya pelabur kecil yang sama ada tidak ada masa atau tidak condong memegang portfolio pelaburan secara langsung atau saham. Di samping itu, mereka gemar melabur dalam wahana pelaburan yang selamat dan ternama. Unit Trust membenarkan pelabur kecil telus kepada pendedahan pelaburan yang lebih luas yang mereka jarang dapati.
Di Amerika Syarikat, skim pelaburan berkumpulan (SAS dan dana bersama) telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa dalam tempoh lima ke tujuh tahun lalu. Pertumbuhan ini menggambarkan kesesuaian yang memberangsangkan dalam pelaburan unit trust bagi pelabur kecil untuk mengumpul modal dalam jangka panjang.
Oleh sebab pelabur ingin melihat pulangan sumber kewangan mereka yang sukar diperoleh, unit trust menyediakan satu cara ideal bagi mereka mendapatkan pendedahan untuk pelaburan, yang dalam jangka panjang, sepatutnya menghasilkan pulangan kepada simpanan tunai dan simpanan tetap.
Kos pulangan yang berpotensi tinggi ini adalah suatu risiko bagi syarikat-syarikat pelaburan. Dalam jangka pendek, ketentuan pulangan pelaburan kebanyakkan SAS adalah kurang daripada yang ditawarkan oleh simpanan tetap. Walau bagaimanapun, pelabur jangka pertengahan ke jangka panjang (5-20 tahun) pada umumnya memberikan pulangan lebih baik pada paras risiko yang boleh terima.
Pembiayaan Pelaburan dalam Pembelian Unit Trust
Pelabur boleh mendapat pinjaman berjangka daripada institusi kewangan bagi tujuan melabur dalam dana unit trust.
Apakah Pembiayaan Pelaburan Dana Unit Trust?
Melabur dalam dana unit trust adalah sangat menarik kepada pelabur kecil kerana mereka dapat terlibat dalam pelaburan dana dengan modal serendah RM100.00 dan menikmati pulangan baik dalam tempoh jangka sederhana ke jangka panjang. Walau bagaimanapun, sesetengah pelabur suka mendapat pendedahan maksimum daripada
pertumbuhan aset sebagaimana unit trust dan mereka meminjam dana untuk melabur, dengan harapan kadar pulangan pada pelaburan akan melebihi kos pinjaman, sehingga menambah peningkatan keuntungan tambahan.
Ini dikenal sebagai penuasan (atau peminjam) ke dalam pelaburan. Teknik ini mempunyai kesan membenarkan jumlah lebih kecil modal anda ditambah modal dipinjam untuk menuas ke dalam portfolio pelaburan. Anda sebenarnya menggunakan modal orang lain di samping anda sendiri mendapat pendedahan kepada pelaburan yang diperlukan. Dengan menggunakan modal orang lain; ahli kewangan mengenakan faedah dan barangkali, bayaran dan caj lain.
Kesan penuasan ini boleh mendatangkan kemungkinan pelabur mendapat pulangan lebih besar daripada apa yang boleh dicapai sekiranya mereka menggunakan modal sendiri.
Walau bagaimanapun, ada sedikit kekurangan di sini. Nilai pelaburan boleh jatuh, sekiranya berlaku kejatuhan saham pasaran. Sementara nilai pelaburan mungkin menurun, nilai liabiliti, iaitu pinjaman yang diperoleh untuk membiayai pembelian saham, kekal demikian dan malah bertambah dengan pengumpulan faedah yang boleh di bayar. Jika nilai aset jatuh, walhal nilai liabiliti naik, pelabur berkenaan akan dikehendaki menambah dengan modal sendiri untuk meningkatkan cagaran kepada bank atau syarikat kewangan. Dalam kes tertentu, ini bermakna menjual saham pada harga rendah, kemudian membayar balik perbezaan antara nilai pinjaman modal pelabur.
Ahli Kewangan
Kebanyakan bank dan syarikat kewangan di Malaysia menawarkan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang berhasrat untuk menaus portfolio pelaburan mereka. Syarikat pinjaman tersebut pada umumnya sehingga sepuluh tahun pada sut faedah yang secara umum lebih tinggi daripada kewangan persendirian dan pinjaman perumahan, bergantung pada peminjam berkenaan.
Kegagalan Membayar
Perlu ditegaskan bahawa peminjam tidak semestinya mempunyai hak untuk melabur sehingga pinjaman dijelaskan sepenuhnya. Ia merupakan syarat perjanjian pinjaman bahawa saham mesti didaftarkan dengan nama institusi kewangan sebagai satu penama pelaburan. Dalam hal berlaku kegagalan pembayaran pinjaman, institusi kewangan berhak untuk mencaikan pelaburan untuk menyelesaikan pinjaman. Tindakan boleh diambil dengan atau tanpa pengetahuan peminjam. Apabila ini berlaku semasa pasaran jatuh, harga saham mungkin rendah dan dengan yang demikian peminjam akan mengalami kehilangan yang banyak. Sebarang kekurangan mesti dibayar oleh pelabur.
Penebusan Pramatang
Pembiayaan pinjaman untuk pelaburan dalam unit trust merupakan penglibatan jangka panjang. Tempoh pinjaman sehingga sepuluh tahun. Dengan yang demikian, atas sebab-sebab yang tidak dapat dijangka, (misalnya, keperluan pelabur meminjam untuk membeli harta) peminjam boleh meneus pinjaman sebelum tempoh yang ditetapkan.
Penebusan pramatang boleh memberi kesan pulangan pelaburan individu. Seroang peminjam mesti terlebih dahulu menyelesaikan jumlah pinjaman semasa sebelum baki pelaburan termasuk pulangan diberi semula kepada pelabur. Sebagai kesannya, perbezaan selepas ditolak bahagian pembayaran pinjaman mungkin lebih kecil atau lebih teruk, sehingga itada keuntungan langsung.
Penyelidikan mendapati bahawa kebanyakan pinjaman ditebus dalam tempoh lima tahun tempoh pinjaman. Ini bermakna bahawa pelabur boleh mencapai titik pulang modal dan kekadang malah menangguh kerugian. Kajian juga menunjukkan bahawa keberkemungkinan kehilangan wang dalam pelaburan dalam pasaran saham dapat meningkat sehingga 35% dalam setahun, 28% dalam dua tahun dan 21% dalam lima tahun. Ini menunjukkan bahawa pelabur mungkin terpaksa menghadapi risiko tinggi kehilangan wang sekiranya mereka menebus pinjaman terlalu cepat.
Panggilan Margin
Nilai pelabur unit trust boleh berbeza dari semasa ke semasa, terutama sekiranya pasaran saham sedang turun naik. Akibatnya, institusi kewangan mungkin menghadapi situasi yang nilai sekuriti jatuh di bawah pendedahan kredit. Sekuriti yang dipegang oleh institusi kewangan adalah sijil dana unit trust. Dengan yang demikian; apabila harga belian bagi unit trust jatuh di bawah paras pendedahan kredit, ahli kewangan akan meminta sekuriti supaya “ditokok” atau satu panggilan margin dibuat.
Terdapat sejumlah faedah penting yang lain dalam pelaburan unit trust yang perlu diberi perhatian:
Peregangan Risiko
Kumpulan dana yang lebih besar membenarkan pengurus menguruskan unit trust untuk membeli pelaburan yang lebih. Dalam usaha membataskan portfolio pelaburan kepada satu atau dua pelaburan atau saham, portfolio pasaran sekuriti dapat dilakukan. Ini membentuk apa yang dikenal sebagai “kesan portfolio” dan bermaksud berlakunya peregangan risiko pelaburan, kurang turun naik (iaitu kebolehubahan) dan pulangan pelaburan. Dengan perkataan lain, pelaburan dalam unit trust akan mengalami kurang risiko.
Capaian Sedia Kepada Dana
Kebanyakkan pelabur mengharapkan kecairan pelaburan. Iaitu , pelaburan (unit trust) dapat dibeli dan dijual dalam tempoh yang singkat. Unit Trust memberikan faedah ini, oleh sebab ia dapat dibeli dan dijual dengan mudah. Satu pulangan yang banyak tidak dapat “ditunaikan” (dijual) tidak semestinya membentuk satu pelaburan yang baik lantaran kecairan yang buruk merupakan satu faktor risiko tambahan bagi pelabur.
Pengurusan Profesional
Kumpulan orang yang membuat keputusan pelaburan bagi pemegang unit trust adalah professional. Latar belakang dan latihan mereka mempastikan bahawa keputusan pelaburan disusun dan mematuhi prinsip pelaburan yang asas. Sebagai pelabur institusi, dana unit trust menikmati kedalaman pengetahuan dan pengalaman yang menyebabkan proses pelaburan dan kakitangan mereka menjadi pembuat dasar dalam pelaburan. Pada jangka panjang, kepakaran ini sepatutnya mendatangkan pulangan pelaburan di atas purata bagi pelaburan unit trust.
Pendedahan Pelaburan
Bagi pelabur kecil, kadang-kadang sukar untuk memperoleh pendedahan keapda kelas aset tertentu. Misalnya, sekiranya seorang pelabur dengan wang RM5,000 berhasrat mendapat pendedahan kepada pasaran harta Malaysia, pasaran ekuiti global dan pasaran bon Malaysia, adalah menjadi mustahil dari segi ekonominya mengadakan prortfolio pelaburan langsung dalam semua pasaran tersebut pada satu masa. Dengan seluruh kelas aset ini pada masa yang sama, supaya dia dapat memperoleh pendedahan pelaburan yang diperlukan.
BAHAGIAN 1.1.3
STRUKTUR UNIT TRUST
Dana Unit Trust bukan skim pelaburan berkumpulan yang diperbadankan, dibentuk bagi tujuan mengumpulkan dana pelabur dengan maksud semua dana dilabur dan diurus bagi faedah bersama.
Struktur SAS ditunjukkan para gambar rajah di muka surat yang berikut. Oleh sebab terdapat banyak kelainan pada tema utama, prinsip asas yang dibincangkan akan digunakan untuk kebanyakan struktur.
Operasi Unit Trust ditadbir oleh dokumen undang-undang yang disebut Surat Ikatan Amanah. Ia merupakan “perlembagaan” struktur amanah, dan perincian cara struktur tersebut beroperasi. Pemegang amanah dilantik untuk mengurus operasi Surat Ikatan Amanah. Pemegang amanah sama dengan pengarah syarikat biasa, kecuali keluasan hak dan kuasa ditetapkan menurut syarat dan cara Surat Ikatan Amanah.
Pemegang saham adalah diikat oleh Surat Ikatan Amanah. Mereka juga perlu sampai ke pelbagai remedi perundangan, hak dan obligasi, sebagaimana diperincikan dalam Surat Ikatan Amanah.
Struktur asas diringkaskan seperti bawah:
PELABUR
Melabur modal dalam unit trust untuk
mendapat pendapatan dan pertumbuhan
modal
PEMEGANG AMANAH
Mempunyai semua aset amanah dan juga
mempastikan supaya pengurus bertindak
menurut Surat Ikatan Amanah
PENGURUS
Ada tanggungjawab untuk pengurusan
asetet hari demi hari di samping
tanggungjawab bagi pengagihan pendapatan
dan pengiraan harga saham
Aset SAS dipegang atas nama Pemegang Amanah. Ini suatu kawalan perundangan, oleh sebab ia memisahkan aset SPAS dariapda kawalan pengawal dana pelabur.
Satu SAS biasanya terbuka, iaitu saiz SAS dari segi pengedaran dalaman saham adalah fleksibel dan akan bertambah atau berkurang dalam saiz dengan setiap penciptaan atau pembatalan saham yang dibuat. Harga saham dalam SAS didasarkan pada nilai aset bersih yang dihitung oleh SPAS pada setiap berakhir bisnes harian.
Tanggungjawab besar dan peranan pelbagai peserta dan dokumen perundangan yang terlibat dalam operasi struktur unit trust diperlihatkan di bawah;
SURAT IKATAN AMANAH
Satu Surat Ikatan Amanah memperlihatkan hak dan obligasi Pengurus, hak dan tugas Pemegang Amanah dan Hak pemegang saham. Juga biasanya diperlihatkan ialah bayaran maksimum yang kena bayar, keluasan kekuasaan pelaburan dan nilai saham, dan sebagainya. Surat ikatan saham mungkin tidak tahan lama dan biasanya menggariskan secara kasar cara perubahan dapat dibuat terhadap surat ikatan amanah. Ini biasanya melibatkan perolehan kebenaran pemegang saham menerusi mekanisma pengundian. Juruaudit dana juga dikehendaki mematuhi pelbagai bahagian surat ikatan amanah.
BAHAGIAN 1.1.4
JENIS UNIT TRUST
Ada sejumlah cara yang dapat mengklasifikasi unit trust dan produk lain yang berkaitan. Setiap negara, tertakluk pada keperluan pelaburan yang berbeza dan rejim pengawalan yang unik, nampaknya perlu ada dana sendiri, dan system klasifikasi dan peristilahan sendiri.
Misalnya, di United Kingdom, terdapat 24 kategori berasingan amanah saham, sebagaimana dinyatakan oleh Pertubuhan Unit Trust dan Dana Pelaburan [the Association of the Unit Trusts and Investment Funds (AUTIF)]. Sistem klasifikasi mereka berkisar pada asasnya dalam destinasi pelaburan, misalnya UK Equity, Japan money Market dan sebagainya.
Di Amerika Syarikat, istilah dana bersama digunakan untuk menunjukkan struktur pelaburan berjenis unit trust. Mereka mempunyai sistem klasifikasi yang luas yang menggabung matlamat pelaburan dan destinasi pelaburan.
Sistem klasifikasi yang berikut diamalkan di Malaysia: Jenis Unit Trust :
• Akhir – Tertutup - Tersenarai
- Tidak tersenarai
• Buka – Tertutup
Kategori SAS
• Ekuiti Unit Trust
• Unit Trust pendapatan tetap
• Unit Trust harta (biasanya akhir – tertutup) • Unit Trust Islam
BAHAGIAN 1.1.5
KATEGORI DANA UNIT TRUST
Ekuiti Unit Trust
Ekuiti unit trust adalah jenis unit trust yang paling biasa. Bahagian utama aset dana tersebut pada umumnya dalam bentuk ekuiti atau sekuriti syarikat tersenarai.
Ekuiti unit trust terkenal di Malaysia kerana mereka menyediakan pelabur dengan pendedahan mengenai pasaran ekuiti tempatan. Oleh itu, prestasi unit ini dihubungkan dengan prestasi pasaran ekuiti. Peningkatan pasaran biasanya akan meningkatkan nilai unit, begitulah juga sebaliknya.
Ekuiti dana unit trust terdapat dalam pasaran, daripada dana yang berciri pulangan berisiko tinggi kepada dana dengan pulangan berisiko rendah. Dana yang berlabel “dana pertumbuhan agresif” umumnya dilabur dalam bursa yang pertumbuhan berpotensi tinggi, tetapi berisiko tinggi. Pada jangka panjang, dana ini dijangka menghasilkan pulangan lebih tinggi, tetapi dengan ciri turun naik yang tinggi pula.
Jenis unit trust lain ialah “dana berindeks”. Dana ini dilabur dalam sekuriti yang prestasi hampir sama dengan Indeks Komposit BSKL. Para pelabur yang terlibat dalam jenis dana ini akan menjangka pulangan yang menyerupai prestasi bursa indeks pasaran dari segi risiko dan pulangan.
Ekuiti unit trust juga dapat menjadi dana pendapatan, iaitu unit trust yang mengutamakan pendapatan atau kombinasi pendapatan dan pertumbuhan. Ini bermakna kebanyakan dana akan dilabur dalam bursa yang memperoleh pendapatan dividen, berlawanan dengan bursa yang membayar sedikit atau tiada dividen langsung, tetapi berkemungkinan menumpu pada pertumbuhan modal.
Unit Trust Pendapatan Tetap
Amanah ini melabur kebanyakan dalam bon korporat, sekuriti kerajaan dan sekuriti cair seperti bil dan tunai. Matlamat pendapatan tetap (atau bon) unit trust secara umum memberi pendaptan dengan kurang penekanan pada pertumbuhan modal. Walau bagaimanapun, dana ini berkeupayaan mewujudkan keuntungan modal atau kehilangannya dalam tempoh kadar faedah yang turun naik.
Pada umumnya, suasana turun naik atau unsure risiko dana pendapatan tetap lebih rendah daripada dana ekuiti. Modal lebih selamat, terutama jika bon dipegang sampai matang. Oleh sebab ciri risiko seperti itu, adalah biasa untuk menjangka bahawa pulangan ditawarkan oleh dana lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh ekuiti unit trust. Walau bagaimanapun, hal ini bukan selalu menjadi soal dan banyak contoh dalam sejarah pasaran kewangan Malaysia yang produk unit trust faedah tetap memberikan pulangan lebih tinggi, dengan paras risiko yang rendah.
Ekuiti Unit Trust Seimbang atau Pelbagai
Sesetengah pelabur berusaha mengekalkan pendedahan ke peringkat seluruh masa aset untuk mengurang risiko pelaburan. Mereka sama ada melabur secara langsung dalam kelas aset unit trust yang berlainan, atau mereka dapat melabur dalam produk yang sudah mempunyai kelas aset yang besar dalam portfolio pelaburannya, misalnya dana seimbang boleh memegang saham, bon, tunai dan hartanah.
Dana ini ada tersedia mekanisma risiko sendiri bagi memastikan setiap pulangan yang disebabkan oleh kelas aset yang berlainan dilancarkan oleh kesan portfolio. Bergantung pada risiko pelabur dan pulangan, komposisi kelas asset boleh berbeza-beza. Misalnya, pelabur risiko tinggi pulangan mungkin ingin melabur dalam produk seimbang yang ada komponen pertumbuhan aset lebih tinggi (iaitu harta dan ekuiti), padahal pelabur risiko rendah mungkin lebih gemar aset bercampur-campur atau lebih bertahan (iaitu bon dan tunai).
LAMPIRAN A
PANDUAN PENYELIAAN PINJAMAN
Pada 30 November 1995, SS telah mengeluarkan satu set panduan berkaitan dnegan pembiayaan unit trust.
Panduan ini menetapkan semua SAS mesti memastikan bahawa margin maksimum kewangan bagi pembelian unit trust mesti ditetapkan tidak lebih dariapda 67% bagi semua pinjaman yang bermula pada atau selepas 1 Januari 1996. Ini bermakna seorang pelabur hanya memperoleh pinjaman sehingga dua kali nilai deposit awal atau pelaburan dalam unit trust. Misalnya, pelaburan permulaan RM10,000.00 melayakkan pelabur meminjam sehingga RM20,000.00.
Sebagai tambahan, panduan ini juga menekankan bahawa semua bahan rancangan jualan mestilah diasingkan daripada jualan unit trust. Dengan yang demikian kesemua pelaburan ini dilihat sebagai transaksi berasingan. Sehubungan itu, bahan promodi yang mengandungi jangkaan pulangan berdasarkan skim pinjaman dibenarkan. Ini untuk memastikan pemegang unit trust tidak terpengaruh dengan jangkaan pulangan yang menarik, yang boleh, pada ketika tertentu, digembar gemburkan secara berlebihan oleh ejen-ejen unit trust.
Samalah juga, seorang ejen unit trust dikehendaki menjelaskan kepada pelabur risiko yang terlibat dalam penuasan pelaburannya. Untuk membuktikan penjelasan itu, pelabur dikehendaki menandatangani “Penyata Pendedahan Risiko” , yang menyatakan risiko yang terlibat telah dijelaskan kepada pelabur dan mereka memahami kandungan penyata itu.
Pinjaman unit trust pembiayaan Penyata Pendedahan Risiko dengan terang menggariskan risiko yang terlibat dalam rancangan pembiayaan pinjaman dengan maklumat yang berikut:-
• Margin pembiayaan
• Perkhidmatan pembayaran semula pinjaman
• Isu-isu panggilan margin atau “tokok tambah” pinjaman; dan • Pulangan pada manah saham tidak dijamin
Semua maklumat penting juga mesit mudah diperoleh oleh pelabur untuk memolehkan mereka membuat keputusan yang bermaklumat sebelum menandatangani suatu pinjaman.
Penyata Pendedahan Risiko juga melindungi kepentingan SPAS sekiranya berlaku sebarang persengketaan terhadap pulangan yang jatuh di bawah jangkaan yang berpunca dairpada keadaan di luar kawalan, atau pelanggan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan pinjaman.
Akhirnya, sebagai peraturan umum, SPAS dan ejen unit trust hendaklah secara langsung atau tidak secara alangsung menggalakkan para pelabur mengambil bahagian dalam perancangan pinjaman oleh sebab unit trust pada umumnya bermaksud untuk menggerakkan simpanan yang sedia ada.
LAMPIRAN B
UNIT TRUST DI MALAYSIA
RINGKASAN STATISTIK SEHINGGA 31 DISEMBER 1997
Tidak termasuk PNB Termasuk PNB Sehinnga 31 Disember 1997
Bil. Syarikat Pengurusan * 30 31
Bil. Dana Diluluskan* 81 84
Jumlah Saiz Dana Diluluskan 22.280 billion unit **55.151 billion unit Saham dalam Peredaran 13.275 billion unit 45.250 billion unit
Bil. Akaun 1,426,381 8,263,241
Jumlah Nilai Aset Bersih Dana (NAB) RM6.510 billion RM 33.573 billion Pasaran Pemodalan BSKL RM 375.800 billion RM 375.800 billion
% NAB ke atas Pasaran Pemodalan BSKL 1.73% 8.93%
Dana ‘Anjuran Kerajaan’* Bil. Dana Diluluskan Saham dalam Edaran NAB 24 3.941 billion unit RM 1.549 billion 27 35.916 billion unit RM28.612 billion Dana ‘Anjuran Kerajaan’*
Bil. Dana Diluluskan Saham dalam Edaran NAB
57
9.334 billion unit RM4.961 billion
12 Bulan Berakhir 31 Disember, 1997
Jumlah Jualan kasar 3,020.642 juta unit RM 2,747.727 juta
14,968.765 juta unit RM 14,105.340 juta Jumlah Pembelian Semula 1,034.790 juta unit
RM 969.565juta
11,420.421 juta unit RM 10,748.717 juta Jualan Bersih/Pembelian Semula 1,985.852 juta unit
RM 1,778.163 juta
3,548.344 juta unit RM 3,356.624 juta Jualan oleh Rangkaian Pengagihan
Jualan Langsung Institusi Kewangan Usaha Jualan Lain-lain RM 646.898 juta RM 497.782 juta RM 1,417.593 juta RM 185.453 juta RM 1,657.424 juta RM 8,741.752 juta RM 1,417.593 juta RM 2,288.574 juta
* Termasuk dana diluluskan tetapi tidak dilancarkan **Disemak
Tempoh dari 1980 hingga 1990
Dalam tempoh ini, Jawatankuasa Informal bagi Dana Unit Trust telah dibentuk untuk melaraskan industri Unit Trust. Jawatankuasa ini diwakili pakar-pakar kewangan daripada BNM, JKKM, Pemegang Amanah Awam Malaysia dan Pendaftar Malaysia.
1981 : Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan dana Unit Trust Bumiputra yang pertama – Amanah Saham Nasional (ASN) yang telah dijual dengan harga permulaan RM1.00. Harga ini kekal tidak berubah salama sepuluh tahun sehingga tahun 1990.
1990: Dana Unit Trust Bumiputra yang kedua – Amanah Saham Bumiputra (ASB) telah dilancarkan. Tidak seperti ASN, ia didasarkan pada nilai pasaran.
Dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan industri unit trust, setem duti pemidahan saham telah dilupuskan.
Tempoh dari 1991 hingga 1997
Tempoh ini menyaksikan pertumbuhan industri unit trust yang pantas dalam hal jumlah syarikat pengurusan baru ditubuhkan, dan pertumbuhan dana dalam pengurusan. Pengenalan Panduan tentang unit trust dan pindaan Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 telah menimbulkan kesedaran dalam industri unit trust dan menyumbang kepada pertumbuhan industri ini dengan pesatnya. NAB jumlah dana dalam pengurusan telah meningkat lebih daripada tiga kali ganda daripada RM15.72 juta pada akhir 1992 kepada RM59.95 bilion pada akhir 1996. Tempoh ini juga memperlihatkan inovasi produk dan pelarasan semula industri yang hebat.
1991: Panduan untuk Dana Unit Trust telah diperkenalkan untuk memberikan prosedur operasi yang jelas dan pelarasan semua perkara berkaitan dengan industri unit trust.
1993: Akta Suruhanjaya Sekuriti telah diluluskan. Akta ini membentuk SS dan mempunyai kepentingan dengan tanggungjawab untuk melaras semua perkara berkaitan dengan industri unit trust.
PPASM telah ditubuhkan sebagai badan untuk mewakili industri unit trust. 1994: SS telah menyemak Panduan Dana Unit Trust untuk melaraskan prosedur dan untuk mempastikan penerapan dasar yang adil dan tetap semasa menimbangkan cadangan oleh syarikat pengurusan dana unit trust.
1995: Pelaburan Johor Berhad telah melancarkan Dana Johor iaitu dana unit trust negeri yang pertama dibuka untuk pelabur Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Dana yang pertama ditawarkan dengan perlindungan insurans seumur hidup bagi pemegang saham atas dasar menyeluruh telah diperkenalkan. Sebelumnya, perlindungan insurans nyawa telah sama ada ditawarkan dengan pelaburan unit trust atas dasar subsidi sebahagiannya, atau perlindungan insurans untuk memberikan pemegang saham yang melabur di bawah rancangan pinjaman dengan insurans untuk melindungi faedah ahli kewangan.
BACAAN TAMBAHAN
Potensi pertumbuhan pasaran Unit Trust Malaysia dianggap menggalakkan. Sementara unit trust wujud sebagai satu wadah pelaburan di Malaysia selama 30 tahun atau lebih, industri ini terhindar daripada permasalahan kritikal. Pada hakikanya, kebanyakan pertumbuhan dalam industri telah berlaku dalam tempoh lima tahun lepas dengan angka perutmbuhan berganda dirakamkan pada tempoh ini. Industri ini masih muda dengan jumlah ruang bagi pertumbuhan dana dalam pengurusan dijangka akan berlaku antara lima dan sepuluh tahun.
PERTUMBUHAN 5 TAHUN LALU
0 100 200 300 400 500 600 700 800 900
Dis-92 Dis-93 Dis-94 Dis-95 Dis-96 Dis-97
Permodalan Pasaran BSKL Jumlah Dana Amanah Saham NAB
Sumber : Suruhanjaya Sekuriti
Dengan jelas, pada 7.4% NAB permodalan pasaran, jumlah nilai unit trust tidak semestinya sejalan dengan pertumbuhan dalam pemodalan pasaran BSKL. Ini memperlihatkan satu peluang untuk unit trust untuk menambah dan mengekalkan pola pertumbuhan pada tahun-tahun mendatang.
Walaubagaimanapun, pertumbuhan membanggakan dijangka berlaku semasa pemodalan pasaran bergerak dari dasarnya sekirat 7-8% permosalan pasaran. Sekiranya 20% paras telah dicapai, ini dapat diterjemah ke dalam pertambahan ringgit sekirat RM104 billion kepada kira-kira RM160 billion di bawah pengurusan. Dengan jangkaan pertumbuhan luas inilah memberikan industri ini suatu darjah optimisma bagi perluasan seterunya.
Sejumlah peneraju utama yang dijangka merangsang pertumbuhan industri unit trust di Malaysia, termasuk yang berikut:
• Dengan peredaran masa, ekuiti pasaran berkemungkinan diinstitusikan apabila
pelabur semakin memilih untuk memindahkan dana ke dalam tangan pengurus dana professional.
• Bank-bank di Malasyia pada masa ini menarik 75% jumlah simpanan. Semakin
persaingan bertambah, dan semakin paras kesedaran pelanggan perkhidmatan kewangan meningkat, permintaan bagi pulangan yang lebih akan mengubah pelabur daripada deposit bank tradisional ke dalam pertumbuhan dan produk pelbagai tumpuan seperti unit trust.
• Peraturan semasa yang dikeluarkan oleh KKM membenarkan 20% jumlah baki
KWSP dalam lebihan RM55,000 untuk dilabur dalam unit trust. Sementara jumlah dana yang melebihi RM55,000 kini agak kecil, ia dijangka bertambah apabila baki terkumpul KWSP meningkat menerusi pertambahan dalam gaji dan upah.
• Industri unit trust dijangka mengalami perubahan signifikan dengan cara dana
diagihkan. Ini akan mendatangkan perningkatan profesionalisme dan pemasaran produk yang lebih baik, yang kemudian menghasilkan isis padu dana dalam pengurusan yang lebih besar.
• FMUTM – Persekutuan sedang menjalankan peranan proaktif dalam
merangsang perutmbuhan industri ini dengan memerikan pengiktirafan professional bagi ahli-ahli industri dan penambahan kesedaran di kalangan pelabur.
BAHAGIAN 1.2
UNIT TRUST – PERTIMBANGAN LAIN
BAHAGIAN 1.2.1
PROSPEKTUS
Ini adalah dokumen yang sangat penting. Tiada jualan saham dapat dibuat tanpa prospektus.
Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 – Peraturan Suruhanjaya Sekuriti 1996 (Skim Amanah Saham) (Bahagian III) dan Panduan Dana Amanah Saham 1997 (Jadual VIII) mengandungi perincian tentang maklumat minimum yang terkandung dalam prospectus.
Peraturan dan Panduan menghendaki setiap SAS mempunyai prospektus. Dokumen ini mesti dikemas kini atau disemak setiap dua belas bulan. Adalah menjadi kesalahan untuk menerbitkan maklumat yang salah atau menyimpang.
BAHAGIAN 1.2.2
MENGETAHUI PROSPEKTUS
• Maklumat Transaksi
Perincian seperti pelaburan minimum, jumlah, tempoh penebusan, tempoh pembekuan (tidak kurang enam hari), komisen jualan maksimum, saiz dana yang diluluskan dan penilaian yang dibuat.
• Bayaran dan Caj
OBAS mesti memberitahu pelabur tentang bayaran dan caj yang dikenakan. Pelabur mesti diarah kepada maklumat ini dan penerangan tentang pelbagai bayaran dan caj hendaklah diberikan. Pelabur hendaklah digalakkan membandingkan bayaran dan caj pelbagai SAS untuk mencari mana yang terbaik buat mereka.
Maklumat yang diberikan adalah sebagai berikut:
☺ Bayaran Pengurus
Terdapat dua bayaran di bawah tajuk ini: caj perkhidmatan permulaan dan bayaran pengurusan tahunan. Kedua-duanya biasa juga dianggap sebagai satu kadar. Caj perkhidmatan permulaan juga dikenal sebagai bayaran untuk jualan saham atau bayaran kemasukan.
Misalnya
Pengurus layak dan perlu menerima:
(a)
Caj perkhidmatan permulaan lima peratus hingga tujuh peratus atas Nilai Aset Bersih
Kasar saham yang ditentukan oleh Pengurus dari semasa ke semasa ; dan
(b)
Bayaran pengurusan tahunan tidak lebih satu dan setengah peratus setahun Nilai Bersih
Kasar atas Dana yang dibahagi 365 hari atau jumlah hari dalam setahun dan diakru saban
hari.
☺ Bayaran Pemegang Amanah
Pemegang Amanah hendaklah menerima bayaran satu peratus setahun dari Nilai Aset Bersih Kasar harian dibahagi dengan 365 hari atau jumlah hari dalam setahun dan diakru setiap hari.
☺ Perbelanjaan Amanah
Perbelanjaan dana yang dibenarkan adalah bayaran bagi Pengurus, Pemegang Amanah, Juruaudit, Bayaran Perundangan; kos menghantar laporan kepada pemegang amanah, mengeluarkan waran dividen dan kos langsung lain yang berkaitan dengan pengurusan dan pengurusan Dana. Daripada angka-angka ini, Kadar Perbelanjaan Pengurusan (KPP/MER) dihitung.
Bahagian perolehan pengagihan biasanya memberi peringatan dan amaran ini kepada semua pemegang saham dan bakal pelabur, iaitu : “Sila beri perhatian bahawa perolehan atau pengagihan yang lalu bukan satu jaminan atau gambaran sebagai perolehan/pengagihan masa hadapan.”
Bagi SAS yang terbaru dividen secara automatik dilabur semual dan tidak diagihkan. Sekiranya pemegang saham ingin menggunakan perolehan dia kenalah menebus jumlah saham yang sama banyak.
Pengagihan boleh juga dibuat sebagai unit berasingan. Dalam hal ini, saham tambahan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan pemegang saham.
☺ Dana Prestasi
Bahagian ini biasanya memperlihatkan aspek penting sejarah prestasi dana masa lalu. Biasanya satu ringkasan perangkaan diberikan sama ada daripada tarikh dana dilancarkan atau bagi lima tahun lalu. Maklumat yang diberikan berbagai-bagai bagi berlainan SPAS. Sesetengah maklumat biasa termauk dividen bersih seunit, KPM dan juga lima atau sepuluh pelaburan yang terbaik.
☺ Bahagian Lain Prospektus yang Penting
Maklumat tentang SPAS dan Lembaga Pengarahnya, Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaburan, Pasukan Pengurusan SPAS Utama dan pengalaman mereka, Pegawai Penyetujuan kanan dan Ahli-Ahli Pengurusan atau penasihat pelaburan Syariah.
Perincian Pemegang Amanah juga dinyatakan. Juruaudit dikenalpasti. Pelbagai laporan termasuk Laporan Akauntan, Akaun Keuntungan dan Kerugian SAS, Kunci Kira-kira SAS dan Akaun Pengurusan syarikat juga dibentangkan.
Maklumat lain termasuk direktori ibu pejabat dan pejabat cawangan.
Borang permohonan juga dimasukkan sebagai muka surat akhir prospektus. Prospectus juga menyenaraikan pelbagai hak pemegang saham. Ini termasuk:
Hak untuk Maklumat
• Pemegang saham mempunyai hak untuk memohon sebarang maklumat sama
ada dengan surat atau faksimili, telefon atau e-mail.
• Pemegang saham akan menerima prospectus setiap tahun dan laporan
sementara dan akhir tahun yang disediakan oleh SPAS, Pemegang Amanah dan Juruaudit.
• Waran dividen dan pengeluaran surat unit berpisah jia ada akan dikirim kepada
pemegang saham pada masa yang sesuai.
• Pemegang saham ada hak untuk memanggil mesyuarat pemegang saham,
BAHAGIAN 1.2.3
CUKAI DAN INFLASI :
IMPLIKASI BAGI UNIT TRUST
Kebanyakan orang beranggapan bahawa sekiranya mereka telah melabur wang, mereka sepatutnya menerima faedah yang menguntungkan sebagai pulangan. Faedah tersebut boleh berbentuk laba, dividen atau pertumbuhan dalam nilai modal, sebagai pulangan membuat pelaburan. Walau bagaimanapun, ini merupakan jangkaan yang ketara dan munasabah yang tidak selalunya dipenuhi.
Pada hakikatnya, banyak pelabur kecil dan sederhana menjadi “mangsa” fenomena pelaburan di luar kawalan. Kesan inflasi dan keperluan cukai perlu diberi pertimbangan apabila membuat keputusan pelaburan. Sesetengah orang melabur tetapi mendapati pelaburan mereka dikikis oleh inflasi dan implikasi percukaian.
Setiap orang beranggapan faham akan inflasi, namum banyak yang membiarkan diri mereka menjadi mangsa kesan tersembunyi pada pulangan pelaburan. Inflasi, bagi kebanyakan orang bermaksud penambahan harga. Tetapi kepada pelbur ia mempunyai kesan yang lebih merumitkan.
Pelabur perlu menyimpan kuasa membeli pelaburan asal mereka dan memperoleh kadar pulangan yang berupaya mematahkan kadar inflasi. Dalam tempoh inflasi tinggi, kuasa membeli dana menurun. RM100.00 pada hari ini sudah tidak mampu membeli apa yang mampu sepuluh tahun lalu. Alasan: inflasi. Dengan perkiraan yang sama, pelabur yang berfikir mereka perlu menyimpan sejumlah amaun (misalnya RM20,000.00) untuk pendidikan anak dalam tempoh 15 tahun, perlu berfikir dengan jelas sama ada mereka menyimpan dalam ringgit hari ini, atau ringgi esok. Kos pendidikan anak dalam ringgit hari ini mungkin RM20,000.00 tetapi dalam tempoh 15 tahun amaun itu pasti lebih besar.
Faktor kedua yang menyebabkan kehilangan faedah bagi pelabur ialah percukaian. Sekali lagi, bukanlah rahsia yang semua pendapatan dinilai bagi cukai, sedangkan
banyak pelabur kecil lupa akan implikasi dalam pelaburan yang mereka pilih. Di Malaysia, terdapat penyelenggaraan cukai yang berlainan bagi pelbagai jenis pelaburan. Semua amanah saham sebenarnya dicukai dengan cara yang sama. Walau bagaimanapun, apabila merancang pengumpulan amaun modal tertentu pada masa hadapan, implikasi cukai sekarang dan pada masa hadapan mesti diberi pertimbangan wajar. Tindakan cukai sebagai pengikisan pulangan dicapai menerusi pelaburan dan keperluan yang sepatutnya diberi perhatian sebagai pembocoran kitaran pelaburan.
Apakah Kesan Inflasi Ke atas Matlamat Pelaburan?
Dalam istilah umum, semua strategi pelaburan jangka panjang hendaklah dibina supaya dapat:
• Bergerak selangkah dengan inflasi.
• Memberi pertumbuhan modal meningkat nilai sebenar aset masing-masing.
Penekanan di sini adalah untuk mematahkan rempuhan inflasi terhadap semua pelaburan. Adalah mustahak memahami apakah erti inflasi kepada pelabur. Inflasi kepada seorang pelabur bermaksud lebih daripada sekadar “harga menaik”.
Contoh yang berikut mengutarakan cara inflasi sepatutnya dipertimbangkan apabila membuat keputusan pelaburan.
Sekiranya matlamat kewangan tertentu mampu mencapai RM1000,000.00 hari ini (contoh: pembelian sebuah rumah atau pangsapuri) berapakah kemungkinan kos pada masa hadapan, dalam tempoh 5 atau 20 tahun? Jawapan kepada soalan ini telah terjawab pada jadual di bawah dengan senario kadar inflasi yang berbeza:
Akhir Tahun Kadar Inflasi 2% 3.5% 5% 5 110,408 118,768 127,628 10 121,899 141,059 162,889 15 134,586 167,534 207,892 20 148,594 198,978 265,329 25 164,060 236,324 338,635
Jadual tersebut dengan jelas memperlihatkan bahawa dalam tempoh kegiatan, kos nominal RM100,000.00 hari ini bertambah menurut perjalanan masa, bergantung pada kadar inflasi. Kuantum atau amaun pertambahan bergantung pada kadar inflasi.
Sebagai contoh, andaikan kadar inflasi 5% setahun untuk 20 tahun, kos pangsapuri RM100,000.00 akan meningkat kepada RM265,000.00. Bagi pelabur supaya berupaya mengekalkan kuasa pembelian awal RM100,000.00, dia terpaksa memperoleh kadar pelaburan sekurang-kurangnya 5% setahun. Walaupun dia berupaya memperoleh kadar tersebut, dia sebenarnya kurang berutung berbanding dengan pemilikan RM100,000.00 sekarang. Dia hanya beruntung sekiranya memperoleh lebihan kadar inflasi, katalah pada 8 atau 10%.
Berapa Lama untuk Membahagi Dua Nilai Wang?
Kadar inflasi andaian Nilai sebenar bahagi Dua Setiap
2.0% 36.00 tahun 2.5% 28.80 tahun 3.0% 24.00 tahun 3.5% 20.57 tahun 4.0% 18.00 tahun 4.5% 16.00 tahun 5.0% 14.40 tahun
Berapa Lama untuk Menggandakan Nilai Pelaburan?
Kadar inflasi Gandaan yang Diberi Setiap
5% 14.40 tahun 6% 12.00 tahun 7% 10.28 tahun 8% 9.00 tahun 9% 8.00 tahun 10% 7.20 tahun
Di setengah negara, caj perkhidmatan lebih tinggi, kekadang hingga 9% amaun modal permulaan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak produk di negara-negara seperti Australia dan Amerika Syarikat yang tidak mengenakan caj perkhidmatan permulaan. Sehingga kini, produk ini menjadi sangat menarik bagi pelabur sotiftikated yang mengetahui produk pelaburan yang mereka mahu dan tahu di mana mendapatkannya. Penggunaan Internet dan mekanisma transaksi elektronik adalah begitu kondusif kepada jenis operasi amanah saham.
Dalam beberapa hal, caj perkhidmatan permulaan boleh dikurangkan atau dihapuskan semasa pelancaran tempoh awal SAS. Ini satu cara pengurus dana menarik minat kepada produknya. Daripada membayar amaun dana yang besar pada pemasaran, pengurus dapat membiayai kemasukan dana dengan membayar caj perkhidmatan permulaan.
Bayaran Berterusan Pengurusan
Pengurus dana yang terikat kepada ikatan Amanah, layak menerima bayaran pengurusan tahunan, dihitung berasaskan nilai unit yang dipegang oleh pelabur.
Purata bayaran ini sekitar 1.5% setahun di Malaysia dan untuk membayar perbelanjaan pengurusan yang dikenakan pengurus dalam menguruskan dana. Kos
tersebut termasuk gaji, sewa pejabat, perbelanjaan system komputer, kejatuhan asset tetap dan sebagainya.
Dalam beberapa hal, tergantung pada produk, bayaran ini boleh berlainan antara kategori unit trust. Misalnya, pada teori kos menguruskan pendapatan tetap SAS hendaklah tidak setinggi mengendalikan ekuiti unit trust global. Sebabnya, masa pengurusan dan sumber lain yang diperlukan tidak sama. Untuk menguruskan pasukan pelaburan ekuiti global bermakna memerlukan petugas ditempatkan di pusat pelaburan dunia – amalan paling tinggi kosnya.
Bayaran pengurusan ditolak langsung daripada akaun unit trust pelabur dan kesan langsung pada pulangan pelaburan yang dicapai dalam semua tempoh. Misalnya, sekiranya satu pelaburan mendapat pulangan 1% dalam setahun, tetapi bayaran pengurusan adalah 1.5%, maka nilai saham telah menurun 0.5%.
Bayaran Nasihat
Dalam sesetengah pasaran, dan malah bermula di Malaysia, pelabur dikenakan caj bayaran nasihat oleh perancang kewangan/penasihat pelaburan. Dalam pasaran seperti United Kingdom dan Australia, banyak jualan dan pengagihan dilakukan melalui rangkaian ‘penasihat kewangan bebas’. Ini semua merupakan individu professional atau individu francais yang khusus menasihat pelabur tentang di mana patut melabur dana mereka supaya mencapai hasil pelaburan yang diingini.
Kesan pulangan pelaburan dalam tempoh yang berlainan caj agak membimbangkan, sebagaimana diperlihatkan dalam jadual yang berikut:
Caj Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3
Pelaburan 100,000.00 100,000.00 100,000.00
Kekurangan 8,000.00 5,000.00 Tiada
Nilai Akhir Tahun RM RM RM 1 99,360.00 103,075.00 109,000.00 5 135,178.00 142,847.00 153,863.00 10 198,621.00 214,793.00 236,736.00 15 291,839.00 322,975.00 364,248.00 10 428,808.00 485,644.00 560,441.00
Kesan perbezaan caj menarik untuk dicatatkan. Antara Pilihan 1 dan Pilihan 3 terdapat perbezaan RM131,633.00 dalam amaun modal terkumpul selama tempoh 20 tahun. Dalam hal Pilihan 1, jumlah RM131,663.00 menjadi perolehan pengurus dana dalam tempoh pelaburan. Walau bagaimanapun, bagi Pilihant 3, amaunya menjadi milik pelabur.
Dalam contoh di atas, mudah bagi melihat produk pelaburan yang di pilih pelabur. Dlaam kehiduapan sebenar, keputusan tidak selalunya mudah. Misalnya, kita menggandaikan yang semua pengurus dana akan menghasilkan pulangan yang serupa. Ini tidak selalunya berlaku. Pengurus dana, dalam pasaran yang sama, menghasilkan pulangan berbeza-beza. Sebabnya, secara umum pengurus dana mempunyai gaya pengurusan dana yang berlainan.
Dalam pendekatan analisis kos/fedah di sini, setiap satu peratus lebih levi pengurus dana dalam bayran dan caj, terdapat satu peratus pulangan pelabuhan tambahan yang perlu dikeluarkan untuk mengatasi pesaing dalam pasaran.
Kajian di negara-negara lain menunjukkan tidak selalunya terjadi apabila bayaran lebih tinggi, prestasi lebih baik. Kajian lain pada hakikatnya mendapati berlaku sebaliknya!
Walau bagaimanapun, apa yang jelas, ialah hakikat bahawa bayaran dan caj, sejajar dengan inflasi dan cukai, adalah pengurangan kepada pulangan seluruh pelaburan yang dicari pelabur.
Sekali lagi, adalah penting bagi pelabur memastikan kos persamaan diambil kira apabila menilai unit trust yang dilaburkan. Apablia analisis cermat dilakukan, ia kerap memperlihatkan sesetengah dana tidak manarik sebagaimana ia sepatutnya akibat kos yang dikenakan.
Masalah dalam bentuk pengukuran prestasi ini ialah perbandingan prestasi sukar dilakukan kerana tiada dimesti masa untuk pengukuran. 500% yang diperoleh dalam tempoh sepuluh tahun merupakan pulangan lebih berkesan dariapda 500% pulangan diipengap dalam tempoh 20 tahun.
Pulangan Tahunan
Bentuk penyataan ini lebih sesuai keapda pengukuran pulangan kasar dalam hal ia menambah dimensi waktu kepada pengukuran prestasi pelaburan. Juga, kebanyakan orang lebih biasa dan berasa selesa dengan syarat dan konsep; sesen setahun. Kebanyakan kadar faedah bagi deposit dan produk pinjaman dinyatakan sebagai kadar setahun.
Pulangan tahunan menunjukkan purata pulangan tahunan dicapai oleh pelaburan sepanjang pemegangan; Pada contoh sebelum ini, purata pulangan tahunan adalah 7.13% setahun selama 20 tahun, atau 11.8% (agak tinggi) setahun selama 10 tahun.
Ini memperlihatkan bahawa dengan menggunakan alat pengukuran biasa atau penyataan, kita membandingkan ‘epal dengan epal’ dan dengan yang demikian mengurangkan kekeliruan yang mengeliling pelbagai penyataan. Juga, tanda seperti JKP BSKL, kadar faedah tetap setahun dan sebagainya pada umumnya dinyatkaan sebagai pulangan tahunan, menjadikan perbandingan penting di sini.
Dengan yang demikian, pulangan pada setiap tahun (tahunan) merupakan alat berguna untuk menyatakan prestasi pelaburan.
Kegunaan Jadual Prestasi Pelaburan
Prestasi keseluruhan unit trust industri dan pengurus unit trust individu dapat diringkaskan dalam bentuk jadual prestasi pelaburan. Jadual prestasi sangat berguna sebagai cara meringkaskan prestasi seluruh industri, di samping sebagai prestasi pelbagai tanda dan pastinya, pengurus unit trust individu.
Di banyak negara, jadual prestasi sahaja yang memberi asas bagi pemilihan pelaburan unit trust, seperti kepentingan maklumat yang terkandung dalam jadual tersebut.
Jadual prestasi pelaburan biasanya melihat jumlah bidang termasuk:
• Prestasi dalam pelbagai tempoh. Misalnya, sebulan, setahun, tiga tahun dan
lima tahun. Satu kekurangan jadual tersebut terlalu kerap, orang boleh menumpu pada prestasi pelaburan jangka pendek masing-masing.
• Tempat & Kuartail
• Dana dibawah pengurusan • Kegunaan tanda-tanda lain
Dengan yang demikian, pelabur perlukan konsistensi prestasi selama tempoh pengendalian pelaburan. Sebagai contoh, sekiranya pengurus dana telah memperlihatkan prestasi di atas tahap purata selama tiga, enam dan 12 bulan, di samping tiga, lima dan tujuh tahun lepas, maka rekod pencapaian mereka boleh menunjukkan yang mereka mungkin beruapaya menghasilkan hasil yang baik secara
berterusan. Pengurus dana yang berada di atas, di bawah dan di purata pada masa yang berlainan mungkin tidak dipercayai sebagaimana pelaku yang konsisten.
Pada akhir hari, apabila memilih satu SAS, pelabur hendaklah mendapatkan pengurus dana yang secara konsisten memperlihatkan tanda yang relevan dan pesaing atau rakan pengurus dana mereka.
Risiko
Elemen risiko secara amnya sukar dinilai dariapda sudut pandangan pelabur kecil, terutama sekiranya SAS baru beroperasi. Turun naik pulangan atau konsistensi pulangan secara umum adalah petunuk baik risiko. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa risiko lain yang perlu dinilai dan difikirkan:-
Kredibiliti Pengurus Dana : Iaitu siapakah di belakang pengurus dana? Adakah ia organisasi yang boleh dipercaya? Adakah pekerjanya jujur, adakah pengurus dananya berkelayakan untuk menjalankan tanggungjawab dan obligasi?
Gaya Pengurusan Dana : Apakah gaya pengurusan dana? Adakah mereka mencari untung cepat secara berterusan, berdasarkan strategi pulangan tinggi? Adakah mereka bertindak berdasarkan khabar angin atau proses pelaburan mereka tertakluk pada penelitian rapi dan pembangunan yang berterusan?
Risiko perkhidmatan : Adakah pengurus dana responsive kepada permintaan dan pertanyaan? Adakah proses bisnes mereka dihala keapda menyediakan perkhidmatan atas tahap purata, dan sebagainya?
Yuran dan Bayaran
Dalam salah satu seksyen sebelum ini, analisis secara terperinci mengenai kesan yuran dan bayaran perkhidmatan telah digariskan. Sekali lagi, adalah penting untuk mengetahui bahawa yuran dan bayaran perkhidmatan memberi kesan kepada pulangan pelaburan, jadi sebelum melabur, prestasi yang perlu dipertimbangkan ialah pulangan pelaburan selepas yuran dan bayaran perkhidmatan.
BAHAGIAN 1.3: UNIT TRUST – MEKANIK
BAHAGIAN 1.3.1 UNIT PENENTUAN HARGA
Penentuan Harga
Semua SAS buka-tertutup dan sebutan biasanya beroperasi pada asas penentuan harga berganda iaitu pelabur membeli saham pada harga jualan dan menebus saham pada harga belian semula.
Harga Jualan
SPAS tidak boleh menjual saham untuk melabur pada harga melebihi NAB ditambah bayaran pengurusan permulaan atau bayaran perkhidmatan.
Harga Jualan saham dihitung dengan mengambil NAB ke atas SAS pada hari sebelumnya iaitu sebutan harga dibuat oleh kepada pelabur dan membahagi NAB supaya diperolah sejumlah saham dalam keluaran pada tarikh itu. Bayran pengurusan permulaan kemudian ditambah keapda angka dapatan supaya sampai ke harga jualan per saham yang dijumlah ke satu sen terhampir untuk kemudahan transaksi dan sebutan. Bayaran pengurusan permulaan sebenar dicaj atau bayaran julat (range) mesti didedahkan dalam prospectus SAS berkenaan.
NAB ke atas SAS mengandungi yang berikut:
a) Nilai ekuiti portfolio yang didasarkan pada harga transaksi akhir saham;
b) Kos pembrokeran, cukai setem dan caj lain portfolio pelaburan;
c) Pelaburan pasaran wang;
e) Semua dividen dan faedah pendapat kasar yang diakru selepas potongan;-
i) Bayaran Pengurusan Tahunan;
ii) Bayaran Pemegang Amanah; dan
iii) Perbelanjaan Pentadbiran termasuk bayaran Juruaudit, bayaran Penasihat Cukai, kos alat tulis dan caj pendaftaran.
Harga jualan didasarkan pada penentuan harga ke hadapan oleh sebab harga ditentukan pada penilaian akhir perniagaan sehari sebelumnya.
Jika pelabur berhasrat menebus sahamnya pada 1 Oktober 1996, sebutan harga pembelian semula oleh SPAS akan dihitung sebagai berikut:
Andaian :
i. Tarikh penebusan : 1 Oktober 1996
ii. NAB amanah saham pada 1 Oktober 1996 : RM166,000,000.00 iii. Jumlah unit dikeluarkan pada 1 Oktober 1996 : 100,000,000.00
NAB seunit = NAB ke atas SAS
Unit dikeluarkan
NAB seunit RM166,000,000.00
100,000,000.00
NAB seunit = RM1.6600
Kurang: Maksimum lima sen
Harga Minimum Pembelian Semula Sebutan pada 2 Oktober 1996
0.0500
RM1.61 adalah harga pembelian semula SPAS yang mesti dibayara kepada pemegang saham kerana penebusan semula saham pada 1 Oktober 1996. Dari segi praktis, SPAS akan menentukan harga jualan di bawah harga jualan maksimum yang dikira seperti atas dan harga pembelian semula di atas harga minimum pembelian semula.
Daripada maklumat di atas, ia dapat dilihat secara teori, selepas pemegang saham menerima dividen ida mendapati pelaburannya jatuh dengan nilai sebagai berikut:-
Kedudukan Kwangan Pelabur sebelum Pembayaran Dividen Nilai 1,000 unit @ RM1.89 : RM1,890.00
Kedudukan selepas Pembayaran Dividen
Nilai 1,000 unit @ RM1.79 : RM1,790.00 Nilai 10% Dividen : RM 100.00
RM1,890.00
Walau bagaimanapun, pada praktis, pelabur berkenaan mungkin pada kedudukan berlainan kerana SAS perlu memotong perbelanjaan pentadbiran, bayaran pengurusan tahunan dan bayaran pemegang saham saban hari atau bulan dan kejatuhan harga daripada perisytiharan dividen akan kurang daripada 10% yang boleh dibayar.
BAB 2
PENGAWALAN INDUSTRI
MEMPELAJARI MATLAMAT
Bab ini menumpu pada memberikan gambaran menyeluruh prinsip asas yang terlibat dalam pengawalan industri unit trust.
Di akhir bab ini, anda sepatutnya:
• Sedia memahami struktur asas peraturan industri unit trust.
• Menyedari adanya prinsip asas dan matlamat pengawalan tersebut
• Memahami pengawalan asas yang menyentuh:
Pemegang Amanah Unit Trust Pengurus Unit Trust Ejen Berdaftar• Sedia memahami isu pengawalan yang berterusan.
• Memahami prinsip di belakang panduan yang memperliahtkan kawalan
Satu “skim unit trust” didefinisikan di bawah Seksyen 2 Akta tersebut: “sebarang urusan yang dibuat untuk tujuan tersebut, atau mempunyai kesan, memberikan kemudahan bagi orang yang melibatkan diri sebagai pewaris di bawah satu amanah yang untung atau pendapatan yang datang daripada pemilikan, pemegangan, pengurusan atau penolakan sekuriti atau sebarang harta lain”.
Industri Sekuriti
Ini memberikan pengurus dana untuk perniagaan dalam sekuriti, operasinya diawas dengan rapi oleh SS untuk memastikan dia beroperasi pada asas amanah dan menurut Panduan tentang Dana Unit Trust. Pemegang amanah ada obligasi untuk memastikan pengurus dana beroperasi dalam lingkungan ini dan panduan sekuriti lain.
Hal Ehwal Pengguna
Sebagai pembekal produk pengguna, industri unit trust boleh juga tertakluk pada pelbagai peruntukan dan akta yang menguasai cara produk dijual dan dilayani. Pengurus unit trust dan OBOS berdaftar adalah bertanggungjawab bagi cara setiap produk dipasarkan dan dilayani dan juga tertakluk pada sebarang peruntukan umum berkaitan dengan perlindungan pengguna yang terkandung dalam pelbagai perundangan.
Insurans dan Perbankan
Banyak produk unit trust mengandungi peruntukan dan syarat (misalnya perlindungan insurans nyawa percuma) yang dikawal oleh BNM. Dari semasa ke semasa terdapat peruntukan khusus daripada pengawalan ini yang mungkin ada kesan pada jualan dan perkhidmatan unit trust.
Pengawalan Industri Unit Trust
Panduan tentang Dana Unit Trust telah disemak pada Mei 1997. Pembaca digalakkan mendapatkan senaskhah pengawalan ini dan memastikan ia naskhah yang telah dikemas kini dengan pindaan atau semakan (naskhah boleh didapati
daripada jabatan Hal Ehwal Korporat SS). Satu ringkasan ciri utama dan prinsip pengawalan tersebut diberikan di bawah:
Kelulusan
Syarikat unit trust mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada SS sebelum boleh beroperasi dengan orang ramai. SS juga boleh mengenakan syarat lain atau cara sebagaimana ia dilayakkan bagi sesebuah untuk bertindak sebagai SPAS, atau sebagai pemegang amanah kepada SAS. SS ada kuasa untuk membatalkan kelulusan tersebut pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat dan cara yang dikenakan olehnya.
Daftar Pemegang Saham
SPAS dikehendaki mengekalkan daftar pemegang saham yang betul dan pelbagai kelayakan mereka. Daftar ini diperlukan mengandungi maklumat asas seperti pengenalan, alamat, tarikh jualan dan pembelian dan kewarganegaraan pemegang saham. Rekod utama ini tentunya perlu dikekalkan di Malaysia.
Buku Akaun
SPAS dikehendaki mengekalkan rekod perakaunan yang betul dan sebagainya dengan hubungan kepada operasi dan pelaburan.
Notis dan Laporan
SPAS juga bertanggungjawab bagi semua laporan dan notis yang dikirim kepada pemegang amanah. Pengiraan dan laporan tetap kepada pemegang amanah merupakan contoh laporan itu.
Penentuan Harga Saham Harian
Panduan mengkehendaki SPAS menghitung jualan saham saban hari dan harga pembelian semula berasaskan pada pelaburan NAB. Ini termasuk penilaian saban hari semua pelaburan yang dipegang pada harga pasaran semasa. Harga ini dan NAB mesti dilaporkan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Pembelian Semula Saham
Pengawalan mensyaratkan bahawa SPAS hendaklah, atas permintaan pemegang saham, membeli semula saham-saham tertentu. Ini penting bagi pemegang saham sebagai jaminan bagi mereka oleh undang-undan, bahawa pelaburan mereka cair dan dapat dijual atas arahan pengurus.
Penyata Saham
SPAS mengeluarkan satu penyata saham menyatakan pelaburan pelabur. SPAS boleh mengeluarkan sijil sekiranya diminta oleh pelabur. Bayaran boleh dikenakan.
Insurans Aset
Menjadi tanggungjawab SPAS untuk memastikan semua asset dana diinsuranskan. Misalnya, sekiranya dana memegang harta, ia mesti diinsuranskan sebagai aset dana.
Kakitangan Berkelayakan
SPAS memerlukan kakitangan berkelayakan untuk memenuhi tanggungjawab dan tugas. Semua kakitangan yang relevan perlu bertindak secara professional, mengelakkan semua kemungkinan berlaku percanggahan kepentingan.
Keperluan Modal
Sehubung dengan peranan Pemegang Amanah, SPAS juga dikehendaki memegang modal untuk menyokong tanggungjawab. Amaun modal yang berbayar diperlukan kepada pelabur kerana ia mewakili dua perkara:
• Komitmen kepada bisnes unit trust.
• Kesampaian kepada modal dalam hal berlaku kecuaian tuntutan terhadap
syarikat pengurusan.
Kawalan Portfolio Pelaburan Unit Trust
Dalam hubungan dengan langkah-langkah khusus yang digariskan di atas berkaitan kepada operasi bisnes SPAS, terdapat juga sejumlah pengawalan berhubung kait dengan pembinaan dan pengurusan portfolio pelaburan mewakili aset SAS. Ia beroperasi sebaik-baik sahaja dana terkumpul dan apabila keputusan pengurusan pelaburan perlu dibuat dalam hubungan kepada:
• Pembentukan matlamat portfolio yang sesuai • Pembincaan portfolio
• Operasi portfolio (iaitu penjuala dan pembelian semula saham)
Panduan ini sebagai tambahan kepada langkah-langkah ketelitian dan profesionalisme yang dinyatakan di atas dan dibentuk untuk mengurangkan risiko kerugian bagi pelabur.
Sekali lagi, Panduan adalah parafrasa, dengan hanya prinsip dibincangkan. Pengawalan itu sendiri, dengan peratusan sebenar dan langkah-langkah kuantum khusus, hendaklah dirujuk selengkap mungkin.
Paras Kecairan
Adalah penting bahawa SAS kekal cair atau telus. Pengawalan kekalkan bahawa SPAS, selepas berunding dengan Pemegang Amanah mesti menentukan paras yang sesuai yang mesti wujud dalam setiap SAS.
Kawalan Pelaburan pada Portfolio Komposisi bagi Dana Unit Trust Harta
Diberikan keadaan semula jadi yang “istimewa” sebagai kelas aset bagi produk unit trust, terdapat satu set panduan khusus dalam operasi dana unit trust harta. Panduan ini digariskan dalam lampiran relevan kepada bab ini.
Pengawalan berkenaan harta turut melibatkan mutu asset harta yang dibeli. Pengawalan kualitatif berkenaan harga harta akan ditempatkan ke dalam unit trust juga releven, bersama dengan keperluan kecairan khusus. Pengawalan juga meliputi pelupusan harta dan mengenakan batasan kualitatif pada penjualan harta dalam hubungan kepada penilaian harganya.
Pematuhan
Pemegang Amanah mesti memastikan bahawa semua syarat Surat Ikatan Amanah dipatuhi.
Aspek Pengiraan Kewangan
Pemegang Amanah mesti memastikan bahawa akaun sebenar dan laporan dan rekod kewangan dibuat. Ini termasuk:
• Buku Akaun • Rekod Transaksi • Penyata Akaun
Pemegang Amanah bertanggungjawab bagi melaporkan keadaan kewangan amanah dan untuk memastikan bahawa ini semua berkait rapat kepada:
o Pengiriman dalam masa dua bulan dari tahun kewangan, akaun tahunan bersama laporan juruaudit.
o Kemasukan penyata dikenal sebagai Penyata Pemegang Amanah, yang menyatakan, sama ada, dalam pandangan Pemegang Amanah, SPAS telah mengurus skema dengan baik dalam tempoh tersebut.
o Bersesuaian dengan batasan yang dikenakan pada kuasa pelaburan SPAS dan pemegang amanah di bawah surat ikatan amanah dan;
o Bersesuaian dengan peruntukan surat ikatan amanah dan sebarang undang-undang yang relevan
Pelantikan dan Pelucutan Juruaudit
o Pemegang Amanah hendaklah melantik juruaudit yang diluluskan bagi dana
menurut Akta Syarikat 1965
o Juruaudit mesti bebas daripada SPAS dan Pemegang Amanah
o Walau bagaimanapun, juruaudit Syarikat Pengurusan dan SPAS,
sebaik-baiknya yang serupa
o Pemegang Amanah boleh, dari semasa ke semasa, jika sesuai,
memansuhkan pelantikan juruaudit dan melantik yang lain menggantikannya
o Pemegang saham memegang tidak kurang dua pertiga saham yang
dikeluarkan dibolehkan membuat permintaan penukaran juruaudit berkenaan.
o Juruaudit dikehendaki melapor sebarang bentuk bukan-pematuhan oleh
sebarang pihak kepada SS.
Pelaporan kepada Suruhanjaya Sekuriti
Pemegang Amanah hendaklah melapor kepada SS sekiranya didapati pengurusan syarikat tidak bertindak untuk kepentingan pemegang saham, atau menurut Surat Ikatan Amanah, atau telah gagal mematuhi syarat Surat Ikatan Amanah, atau telah gagal mematuhi Panduan, atau keperluan pihak berkuasa yang berkaitan.
BAB 3
PERKHIDMATAN PEMASARAN UNIT TRUST
MEMPELAJARI MATLAMAT
BAHAGIAN 3.1: PEMASARAN UNIT TRUST PROFESIONAL
Salah satu tujuan utama penyediaan ebook ini, dan dalam adalah untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme industri unit trust.
Jurujual mudah terangsang untuk ‘mengambil cara mudah’ dengan membuat janji-janji pulangan pelaburan yang tinggi-tinggi sebagai usaha menggalakkan pelabur untuk membeli saham. Dalam jangka panjang, aktiviti demikian mendatangkan bencana kepada industri, misalnya janji tidak dikotakan.
Bab ini mengenalkan konsep pemasaran asas dan menawarkan petunjuk untuk membantu pasaran unit trust. Asas pemasaran zaman moden ini bukan sahaja penjualan, tetapi tentang mengenal pasti kehendak pelanggan dan keperluan perkhidmatan mereka. Ia biasanya tidak melibatkan keperluan.
BAHAGIAN 3.2: PRINSIP ASAS PEMASARAN UNIT TRUST
Pertumbuhan memberangsangkan dalam pelaburan unit trust di Malaysia menggambarkan keperluan pengurusan pemasaran yang professional. Ia bermaksud unit trust bukan sahaja mesti “dijual”, pemegang jangka panjang akan membentuk satu imej, identiti dan kesetiaan bagi SAS tertentu atau menstabilkan SAS.
Unit Trust memerlukan pendekatan pemasaran yang kreatif dan berdisiplin. Daripada waktu produk pelaburan unit trust direka cipta, diluluskan, dipromosikan, diagihkan dan diberi perkhidmatan dan akhirnya dibeli semula daripada pelabur, ia merupakan keperluan jangka panjang pelabur kecil yang perlu diberi perhatian berterusan.
SAS dimajukan, dipakej dan dipasarkan oleh banyak institusi perkhidmatan kewangna termasuk syarikat pembrokeran dan SPAS, bank dan syarikat kewangan. Ia membayangkan semakin banyak yang terlibat dalam industri ini, sejajar dengan pengawalan semula industri dan penambahan prospek bisnes pengurus unit trust.
Keperluan disiplin yang serupa dalam pemasaran pakej barangan dan perkhidmatan juga boleh digunakan dalam pemasaran unit trust. Keperluan rangkaian pelanggan dan pengagihan mesti diberi pertimbangan wajar. Walau bagaimanapun, terdapat menekankan yang berlainan apabila memasarkan amanah saham sebagaimana diusulkan kepada kategori produk kewangan lain.