• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGERTIAN SEBENAR NILAI BUDI DAN NILAI MERENDAH DIRI Nilai Budi dan nilai ‘merendah diri’ sering disalahtafsirkan oleh kebanyakan

orang. Kedua-dua nilai asas Melayu ini mempunyai dua siratan makna dan dwifungsi - positif dan negatif tetapi kita lebih cenderung pada satu siratan

makna sahaja. Misalnya, nilai budi, atau nilai kebudimanan harus dilihat dari sudut menabur budi dan menerima budi. Nilai menabur budi tentulah lebih mulia daripada nilai menerima budi. Oleh itu perlu ada semacam dorongan yang lebih aktif dan kuat untuk masyarakat membuat sumbangan, berbakti dan berbudi dalam apa bentuk medan budi. Meskipun begitu tinggi nilai menabur budi ini, terasa lebih banyak penekanan diberikan kepada sikap atau usaha untuk menghargai dan mengenang budi. Sikap ketergantungan pada budi orang ini, membawa kesan yang agak negatif, kerana ia lebih melemahkan individu yang ‘berhutang budi’ atau ‘termakan budi’ atau masyarakat umumnya. Ini telah diingatkan oleh Tenas Effendy (1992):

“Kekuatan dan keindahan budaya Melayu terakam halus dalam pantun dan pepatah-petihnya. Melalui khazanah budaya tersebut kita dapat memahami dan menghargai ketinggian jiwa dan akalbudi orang Melayu. Budi sebagaimana tercermin dalam pantun dan pepatah tersebut, menjadi sendi atau tunjang falsafah masyarakat Melayu yang begitu dimuliakan dan ingin diterapkan dalam kehidupan. Ini kerana apabila seseorang Melayu sudah termakan budi, ia dengan mudah diperalatkan. Generasi muda hari mesti memahami pengaruh budi ini dalam masyarakatnya. Untuk maju, kita jangan mudah menerima budi, tetapi kita haruslah berusaha untuk menabur budi.”1

Satu lagi ialah nilai merendah diri yang merupakan salah satu daripada nilai kedirian, yang juga mempunyai dwifungsi positif dan negatif. Menurut Tenas Effendy, salah satu sifat penting dalam medan kedirian ialah “Tahu Diri” (self knowledge and self control), yang menjadi asas kesantunan Melayu:

“Kesantunan hakikatnya adalah perilaku yang lemah lembut, yang mengacu kepada nilai-nilai asas adat resam Melayu yang berpunca dan bersumber dari agama Islam. Kesantunan dimaksud, tercermin dari perilaku yang disebut

‘tahu diri’ (tahu diri dengan perinya, tahu alur dengan patutnya, tahu duduk dengan tegaknya, tahu susun dengan letaknya, tahu kias dengan ibaratnya dst), sehingga ia mampu menempatkan dirinya di dalam kehidupan berumah tangga, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Asas kesantunan ini pula yang menyebabkan seseorang mampu dengan ikhlas bersikap menghormati orang lain, memuliakan kelebihan dan keutamaan orang, arif dalam bergaul dan bijak bertindak. Asas kesantunan ini pula menyebabkan seseorang bersikap rendah hati dan berlapang dada dalam menghadapi berbagai-bagai permasalahan, kritikan, perbedaan pendapat dan sebagainya. Orang yang memiliki kesantunan yang tinggi, tidak akan terjebak oleh perilaku yang kasar langgar, tidak akan terpengaruh oleh emosi yang melampau batas, tidak akan mahu membuka aib dan keburukan orang lain, tidak akan mau mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan atau menunjukkan perangai yang tidak terpuji.” (2003:9)

Konsep ‘Tahu Diri’ ini menjadi asas kesantunan kerana fungsinya untuk membolehkan seseorang bijak untuk menempatkan diri, mengawal emosi dan perilakunya dalam semua situasi dan cabaran. Sifat merendah diri hanyalah cerminan dari sifat batiniah atau dalaman ‘tahu diri’ yang ada dalam diri seseorang, dan bukan semata-mata sifat luaran yang hanya meletakkan dirinya di tahap ‘lebih rendah’ daripada orang yang dilawan bercakap/

berkomunikasi, kerana telah ditentukan oleh status sosial dan adat resam masyarakat.

Oleh itu, konsep ‘tahu diri’ ini perlu dijelaskan selengkapnya supaya dapat difahami dan dipegangi oleh semua anggota masyarakat. Ini kerana sikap

‘merendah diri’ yang tidak berasaskan konsep ‘tahu diri’ adalah nilai yang tempang dan lemah, mudah digugah oleh unsur-unsur luar yang lebih gagah yang mempersoalkan kesesuaian dan keberkesanannya, khususnya dalam dunia globalisasi yang menggalakkan pameran ego diri secara berleluasa,

melalui facebook, blog dll. Sementara, pemupukan sifat ‘merendah diri yang berasaskan tahu diri’ adalah cerminan pengetahuan, kematangan dan kearifan seseorang dalam menguasai diri dan situasi dan ianya adalah manifestasi kekuatan dalaman dan keperibadian insan mulia yang luar biasa. Berdasarkan, konsep ‘tahu diri’ ini, seseorang akan dididik untuk meningkatkan dan menyesuaikan diri dalam semua konteks dan keperluan.

Misalnya, untuk menyiapkan biodata atau portfolio yang baik, menarik tetapi tetap mengandungi nilai kebenaran, prinsip hidup dan integriti diri.

Jika masyarakat Melayu berpegang pada nilai budi dan nilai kenal diri yang positif ini, yang merupakan falsafah Melayu yang lebih lengkap dan seimbang, lagi dinamik, kita juga akan dapat melahirkan tahap kesantunan Melayu yang tinggi, malah akan memudahkan kita mencapai visi menjadi insan arif budiman sejagat dalam abad ke 21.

Pandangan tentang konsep ‘manusia Melayu yang seimbang’ ini telah diutarakan oleh Kamsiah Abdullah pada tahun 2007 dalam bukunya Benih Budiman, yang mengkaji sosio-sejarah persekolahan Melayu di Singapura dan peranan sekolah Melayu ini dalam pendidikan dan kemajuan masyarakat di Singapura selama lebih kurang 120 tahun sejak penubuhannya sekolah Melayu awal pada tahun 1856, Sekolah Melayu Kampung Gelam dan Sekolah Melayu Telok Blanga, hinggalah ke sekolah menengah aliran Melayu terakhir, Sekolah Menengah Bartley. Lihat petikan berikut:

“Manusia Melayu yang seimbang adalah manusia yang tahu dirinya, kenal asal keturunannya, memahami adat yang tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas. Di samping itu, orang Melayu ingin menjadi manusia budiman yang berilmu, dibekalkan dengan ilmu duniawi dan ukhrawi supaya nanti dapat menyesuaikan diri dalam berbagai keadaan – di kandang kambing mengembik, di kandang kerbau

masyarakat, pandai membezakan intan dan permata, antara jauhari dan maknikam.

Nilai-nilai beginilah yang menjadi teras budaya Melayu dan telah diperkukuhkan dan disalurkan melalui institusi sekolah Melayu.”

(Prof Madya Dr. Kamsiah Abdullah, Benih Budiman: Suatu Analisis Sosio-Sejarah Persekolahan Melayu di S’pura.UPSI. 2007:246)

CABARAN GLOBAL TERHADAP KRISIS BUDAYA & ADAB MELAYU Satu lagi cabaran budaya Melayu yang sedang dihadapi ialah permasalahan krisis budaya dan adab akibat perubahan nilai hidup umumnya akibat pengaruh pemikiran baru, ideologi, cara komunikasi internet, wadah digital dan media sosial. Ini telah diutarakan oleh tokoh seperti Prof Awang Sariyan (2007) dan Prof Syed Naguib Alatas (2010).

Perubahan yang dikesan ini dianggap sebagai gejala global akibat pengluasan ciri

‘individualisme’ dan ‘demoralisasi’, seperti yang dibicarakan oleh David Brooks, New York Times Columnist, dalam “What Our Words Tell Us”, terbit pada 20 May 2013 (http://www.nytimes.com/2013/05/21/opinion/brooks-what-our-words-tell-us.

html?_r=1&)

Google telah mengeluarkan pengkalan data tentang 5.2 juta buku yang diterbitkan antara tahun 1500 hingga 2008, yang menunjukkan kata-kata yang sering digunakan.

Hasilnya menunjukkan peralihan budaya yang menarik.

Kajian Jean M. Twenge, W. Keith Campbell dan Brittany Gentile mendapati antara tahun 1960 dan 2008: Kata-kata dan frasa bersifat Individualistik semakin bertambah dan menenggelamkan kata dan frasa bersifat kemasyarakatan.

Misalnya, kekata seperti “personalised", “self”, “standout”, “unique”, “I come first” and “I can do it myself” sering digunakan. Kekata masyarakat seperti “community”, “collective”,

“tribe”, “share”, “united”, “band together” dan “common good” berkurangan.

Dokumen terkait