• Tidak ada hasil yang ditemukan

MELAYU ARIF BUDIMAN Jejak perjalanan sejarah mencari jatidiri dan menerokai visi kebudayaan Melayu di tengah alam jagatraya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MELAYU ARIF BUDIMAN Jejak perjalanan sejarah mencari jatidiri dan menerokai visi kebudayaan Melayu di tengah alam jagatraya"

Copied!
54
0
0

Teks penuh

(1)

MELAYU ARIF BUDIMAN – Jejak perjalanan sejarah mencari jatidiri dan menerokai visi kebudayaan Melayu di tengah alam jagatraya

4

Prof Madya Hadijah Rahmat

(2)

Dr. Hadijah Rahmat is an Associate Professor and the Head of the Asian Languages and Cultures Academic Group, National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapore. She is a prominent scholar in the Malay-Indonesian Studies, literary and culture educator, and a highly recognized literary author.

She received her PhD from the School of Oriental and African Studies, University of London (1996) and was Fulbright Visiting Scholar at University of California Berkeley, Library of Congress, Washington DC and University of Harvard, USA from Nov 2002 to May 2003; Affiliated Fellow at IIAS (International Institute of Asian Studies), University Leiden, Netherland (Sept-Dec 2010) and Visiting Scholar at School of Oriental and African Studies, University of London (Jan-April 2011).

She has published academic and creative works: In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in ‘Traditional’ Malay Literature (2001), The Last Kampong Mosque in Singapore – The Extraordinary Story and Legacy of Sembawang (2007); Kilat Senja – Sejarah Sosial dan Budaya Kampung di Singapura (2005); Burung Kenek-Kenek/The Little Birds – Poetry, Art and Song for Children (2010) and Bunga Kasih Ibu/Moms Bouquet of Love – Poetry and Art for Children (2010) and most recent is Abdullah bin Abdul Kadir Munshi – His Voyages, Legacies, and Modernity/Colonial History (2021). She co- authors the book, Singapore Chronicles: Literature (2018).

She also co-edited several books: Rhythms: A Singaporean Millennial Anthology of Poetry (2000), Selves - Jati Diri-Citra Seni Di Singapura (2002), Anak Bumi, Citra Minda, Projek X, Prisma Pentas, Potret Diri Seorang Penyair dan Gelombang Kasih, Siri Karya Anugerah Persuratan Singapura 1993-2001, MBMS (2003, 2004;

MELAYU ARIF BUDIMAN – Jejak perjalanan sejarah mencari jatidiri dan menerokai visi kebudayaan Melayu di tengah alam jagatraya

(3)

Abstrak

Masuri S.N. - Sasterawan Melayu di Persada Antarabangsa (2011) and Citra Murni Insan Dalam Pendidikan - Sebuah Feskrip untuk Abbas Mohammad Shariff (2011) and Yang Terukir (2015).

She has received several awards and recognitions for her relentless commitments, contributions, and achievements to literary communities, Singapore, and international academic professionals. Among them are the Public Administration Medal (bronze), Singapore National Day 2007, Tun Seri Lanang Award by the Malay Language Councils, Singapore (2011), the “Friend of MCCY Award”, Ministry of Culture, Community and Youth (2014). On 24 April 2018. She was appointed as Justice of Peace (JP) by President of Singapore for a 5-year term.

Siri 4 Cendekiawan Lestari (CLS) ini, membincangkan persoalan jatidiri, citra bangsa dan visi kebudayaan Melayu dalam pembangunan masyarakat Melayu di Singapura. Persepsi dan imej yang negatif terhadap orang Melayu lama dibentuk oleh penjajah Barat dan telah tersebar luas hingga mempengaruhi minda dan jiwa Melayu sendiri dan meninggalkan kesan pada dunia Melayu dan kehidupan masyarakat dan negara Singapura yang berbilang bangsa.

Permasalahan citra dan identiti Melayu ini dibincangkan berdasarkan pengalaman pengkaji menggali sejarah kampung-kampung di Singapura dan menjejaki warisan Munshi Abdullah dan khazanah persuratan Melayu di Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengetahui warisan ilmu, pemikiran dan tamadun Melayu. Falsafah, visi dan strategi rekayasa budaya melalui wadah pendidikan untuk membina rumah budaya Melayu baru demi mengukuhkan identiti masyarakat Melayu Singapura dan mengisi keperluan kehidupan abad ke-21 yang dikuasai oleh teknologi digital, juga akan dibincangkan.

(4)

Pengenalan

Persoalan imej dan identiti Melayu sudah lama dan banyak diperkatakan dalam berbagai wacana – akademik, persuratan, seni, media massa dan sosial, mahupun dalam sembang santai masyarakat umum. Kedua, isu ini adalah penting dan dekat di hati dan minda golongan cendekiawan dan juga masyarakat umum. Malah tiga orang penceramah dalam Siri Cendekiawan Lestari yang lalu, semuanya menyentuh tentang hal ini.

Persepsi dan imej yang negatif terhadap orang Melayu lama dibentuk oleh penjajah Barat dan telah tersebar luas hingga mempengaruhi minda dan jiwa Melayu sendiri dan meninggalkan kesan pada dunia Melayu dan kehidupan masyarakat dan negara Singapura yang berbilang bangsa. Apakah imej Melayu selama ini? Bagaimanakah imej dan identiti Melayu terbentuk dan apakah kesannya hari ini?

Sebenarnya, ini adalah suatu proses sejarah yang panjang dan berterusan.

Untuk mengetahui dan memahaminya, kita perlu menggali tulisan ilmiah yang para cendekiawan dan sarjana pengajian Melayu. Contoh ikonik, Profesor Syed Hussein Alatas yang telah mengupas dan menolak imej Melayu malas, yang menurut beliau adalah sebuah mitos yang dicipta oleh penjajah barat.

Persoalan jatidiri, citra bangsa dan visi kebudayaan Melayu dalam pembangunan masyarakat Melayu di Singapura masih perlu dibincangkan secara mendalam dan tuntas, terutama kerana masih terdapat salah faham, kekeliruan malah krisis budaya di kalangan masyarakat Melayu sendiri dan kini diburukkan lagi oleh kemunculan kes-kes perkauman di Singapura dan merata dunia sejak kebelakangan ini. Keadaan ini amat membimbangkan dan perlu pencerahan dan usaha penyelesaian sebelum terlambat.

(5)

Kita perlu renungi semula isu jatidiri ini dari perspektif sejarah atau lensa orang Melayu sendiri, bukan hanya melihat dari puncak menara penjajah dan jelingan bangsa lain yang terbatas, sering kali agak juling dan tersirat penuh ideologi dan kepentingan diri yang subjektif.

Pencerahan jatidiri ini penting untuk kita lebih yakin diri bersuara, melaksanakan tanggungjawab menegakkan kebenaran dan memperjuangkan hak, berdasarkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman sebenar. Kita juga mesti menangani dan mengatasi masalah kaum dan budaya ini dengan rasional, adil, bijaksana, dan bukan dengan pendekatan yang tidak tepat, emosi, prejudis atau secara yang melampau. Di samping itu, pencerahan ini membolehkan kita mengatur visi dan strategi rekayasa budaya (cultural engineering) yang betul lagi berkesan untuk membina budaya Melayu baru yang utuh, dapat mengisi keperluan kehidupan abad ke-21 yang kuat dipengaruhi oleh teknologi digital dan dapat mencerminkan identiti masyarakat Melayu-Islam Singapura yang positif.

Permasalahan citra dan identiti Melayu ini dibincangkan berdasarkan pengalaman langsung saya menggali sejarah kampung-kampung di Singapura dan menjejaki warisan Munshi Abdullah dan khazanah persuratan Melayu di Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengetahui warisan ilmu, pemikiran dan tamadun Melayu; pengalaman semasa diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Singapura (MOE) untuk menilai kurikulum dan program pendidikan bahasa Melayu di Singapura pada tahun 2005 dan pengalaman menyiapkan program adab kesantunan Melayu anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada tahun 2011.

PENCERAHAN JATIDIRI

(6)

RENUNGAN DIRI-JATIDIRI MELAYU DARI 2 PINTU 4 JENDELA

Perjalanan mencari jatidiri bangsa ini berlaku secara bertahap-tahap sejak tahun 1980 hingga kini melalui dua pintu sejarah dan dari 4 buah jendela kehidupan berikut:

i. Pelayaran Kilat Senja untuk menggali akar sejarah keluarga dan kampung- kampung di Singapura (1980-2005)

ii. Pelayaran Bahtera Ilmu untuk menjejaki warisan Munshi Abdullah dan khazanah persuratan Melayu (1992-2021)

iii. Penilaian dan Penyusunan kurikulum dan pedagogi pendidikan bahasa dan budaya Melayu Singapura (2005)

iv. Penyusunan Program pendidikan adab kesantunan Melayu di Singapura (2011-2015)

I. PELAYARAN KILAT SENJA

Pelayaran ini dicetuskan oleh rasa ingin tahu dalam diri pengkaji untuk menyusur siapakah tokoh perintis di Kampungnya dan apakah hubungan tokoh tersebut dengan keluarga pengkaji. Namun susuran peribadi ini telah berkembang menjadi suatu dokumen sosial dan budaya seluruh penduduk Kampung Bedok dan kehidupan kampung Melayu semasa menghadapi perubahan dan pembangunan nasional dari berbagai perspektif, dengan menggunakan pendekatan yang luas dan objektif untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai kehidupan dan tahap pemikiran masyarakat Melayu di kampung-kampung sebelum pindah ke dalam suasana perbandaran sepenuhnya di estet perumahan baru Singapura.

Penemuan Sejarah melalui Kilat Senja

Penggalian sejarah ini menghasilkan beberapa penemuan penting mengenai sejarah diaspora Melayu, peranan Singapura sebagai kota kosmopolitan, sejarah pertumbuhan, perkembangan dan pelenyapan kampung-kampung di Singapura dari sejak zaman awalnya sehinggalah kampungnya yang terakhir; peranan

(7)

kampung sebagai wadah yang membentuk suatu budaya Melayu Singapura dan nasional yang menarik di Singapura; pengaruh budaya Barat dan peranan agama Islam sebagai faktor perpaduan nasional, peranan pucuk pimpinan atau politik dalam pembangunan kampung dan negara Singapura, dan juga mengenai sikap, pemikiran, nasib dan kedudukan masyarakat Melayu semasa mengharungi arus perbandaran dan pembangunan yang amat pesat di Singapura.

1. Diaspora Melayu

Tinjauan terhadap sejarah pembukaan kampung oleh tokoh-tokoh perintis Kampung Bedok dan pada corak komposisi penduduk kampung pada keseluruhannya, telah memberikan beberapa maklumat atau penjelasan mengenai corak diaspora Melayu di rantau Asia Tenggara dan sekaligus menekankan peranan Singapura sebagai sebuah negara kota yang berjaya menarik pendatang luar dari rantau nusantara alam Melayu, Asia Tenggara, Asia Timur seperti Cina dan Asia Selatan seperti India, Timur Tengah, Eropah dll.

Sikap keterbukaan politik Dunia Melayu dan semangat merantau yang wujud di kalangan orang Melayu sendiri, telah menjadikan rantau ini begitu kosmopolitan dan memperkaya jalinan pelbagai budaya daripada merata pelosok dunia, lama sebelum kerajaan-kerajaan Melayu jatuh di bawah kuasa-kuasa Barat.

2. Penyerapan dan Integrasi Budaya Singapura

Penduduk Singapura yang asli hidup bersama dengan para pendatang yang baru di kawasan bandar dan kampung. Maka berlaku interaksi sosial dan integrasi budaya dan membentuk suatu cara hidup yang dengan kepelbagaian latar bangsa, budaya dan kepercayaan agama mereka. Ini jelas kelihatan pada komposisi penduduk di kampung-kampung Melayu sendiri. Kita dapati berlaku proses asimilasi budaya Melayu di kalangan penduduk sehingga ciri-ciri budaya asal mereka terkikis perlahan-lahan. Ramai golongan pendatang baru, khususnya yang merupakan suku kaum nusantara, seperti Batak, Minangkabau, Banjar

(8)

bahkan telah menganggap diri mereka sebagai Orang Melayu. Hal yang sama juga berlaku di kalangan sekumpulan orang-orang India Islam, Pakistan dan juga orang Arab. Ini boleh berlaku kerana persamaan agama dan juga kerana perkahwinan campur antara golongan ini dengan Orang Melayu Sejati. Hasil perkahwinan ini, telah melahirkan generasi peranakan (Orang Melayu berdarah keturunan India dan Arab) yang mempunyai identiti budaya yang unik dan menarik akibat sintesis budaya keturunan mereka itu.

Pengasimilasian dalam budaya Melayu hasil pertembungannya dengan budaya lain ini agak menonjol sebelum Singapura Merdeka sepenuhnya pada tahun 1965, kerana dasar politik Pemerintah Kolonial Singapura yang pada masa itu telah memberi keutamaan kepada Orang Melayu sebagai kaum peribumi Singapura. Hal ini ternyata jelas dengan tertubuhnya empat buah kampung rasmi di Singapura yang dikhususkan untuk Orang Melayu, iaitu Kampung Melayu Jalan Eunos, Kampung Melayu West Coast, Kampung Melayu Sembawang dan Kampung Melayu Ayer Gemuruh. Kedudukan istimewa Orang Melayu ini sekaligus memanfaatkan juga bangsa-bangsa peranakan yang telah dianggap sebagai berstatus bangsa Melayu juga kesan proses asimilasi budaya tadi dan menikmati keistimewaan yang diperuntukkan oleh perlembagaan negara untuk Orang Melayu.

Dengan ini, kampung juga menjadi wadah pertembungan sosial dan budaya dalam proses asimilasi dan integrasi budaya Melayu berlaku di kalangan penduduknya yang berasal daripada pelbagai latar suku kaum dan budaya dari dalam dan luar alam nusantara.

3. Salah Faham / Kekeliruan tentang Kampung-Kampung Melayu di Singapura Satu hasil kajian yang penting ialah penjelasan mengenai jenis-jenis kampung di Singapura dan penolakan salah faham atau kekeliruan mengenai kampung di Singapura. Misalnya pandangan bahawa kampung di Singapura adalah kawasan

(9)

setinggan yang banyak dibina pada tahun 1950-an, seperti yang ditulis oleh Tania Li, seperti berikut:

“The big Singapore kampungs were inhibited by people largely unrelated by kinship, many whom were renters who frequently moved from one settlement to another….Urban, unstable and mostly built in the 1950s” (Tania Li, 1989:96).

Kajian Kampung saya, Kampung Bedok sendiri menunjukkan para peneroka dan penduduk awalnya ada kaitan kekeluargaan. Contohnya, keluarga besar sebelah bapa saya, Abdul Wahab, telah membuka Kampung Bedok Darat dan Haji Abdul Salam, yang berkaitan keluarga sebelah ibu dan bapa, membuka Kampung Bedok Laut:

Kampung di Singapura juga bukan sejenis yang hanya bersifat “urban, setinggan, unstable”. Sebenarnya, kampung-kampung di Singapura terdiri daripada berbagai jenis: kampung desa, kampung separuh desa, separuh bandar dan kampung bandar. Kampung-kampung ini terletak bertaburan di merata pulau utama Singapura dan pulau-pulau kecil di sekitarannya. Kawasan pesisiran pantai, khususnya pantai timur dan barat Singapura, dan bahagian tepian sungai telah menjadi tumpuan petempatan ini kerana kemudahan-kemudahan dan rezeki daripada sekitaran alam semulajadi tersedia. Sungai Singapura dan Seletar

(10)

Gelam, Kampung Telok Blangah, Kampung Kallang dan Rochor, Kampung Jawa dll.

Perancangan bandar dan proses pembangunan Singapura yang pesat berlaku semenjak Singapura Berkerajaan Sendiri pada tahun 1957, dan terus bertambah giat apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965. Di bawah Akta Pemerolehan Tanah 1966, dasar dan langkah-langkah pemerintah untuk membangunkan kawasan desa atau kampung semakin rancak, dan ini menyebabkan kampung-kampung Melayu berterusan mengalami perubahan pesat. Semenjak zaman penjajahan British lagi, kawasan pendudukan kampung- kampung Melayu telah pun beralih, bergerak semakin jauh daripada pusat kota atau kawasan bandar. Misalnya, Kampung Temenggung beralih ke Telok Blangah pada tahun 1823, sementara perkampungan di Kallang beralih dan digantikan dengan Kampung Melayu, Jalan Eunos. Pertimbangan dari segi perdagangan atau ekonomi dan dasar politik (divide and rule) telah menentukan nasib kampung-kampung Melayu ini. Namun, perjuangan segolongan pemimpin masyarakat Melayu-Islam sendiri telah berjaya memberi sebuah perkampungan pilihan, sekurang-kurangnya buat sementara. Dasar politik dan ekonomi pragmatik Penjajah Inggeris diteruskan oleh Pemerintah Singapura yang sudah mendapat status Berkerajaan Sendiri (Self-Government) dan juga setelah merdeka pada tahun 1965. Malah dasar ini menjadi kriteria penentu dalam program pembangunan negara; sementara itu, faktor-faktor lain, seperti penerimaan masyarakat, sensitiviti politik dan hak seseorang rakyat atau masyarakat tidak lagi berpengaruh atau penting dalam menentukan keputusan mengenai kedudukan dan masa depan kampung. Ini dipermudahkan lagi apabila sebuah Akta Pemerolehan Tanah 1966 (Land Acquistion Act) digubal untuk meluluskan segala rancangan dan tindakan pemerintah untuk mengambil dan membangunkan semula tanah atau kampung atas sebab untuk projek awam atau kepentingan pembangunan negara. Pembangunan pesat yang dilakukan ini telah menukar terus perwajahan kampung-kampung Melayu: daripada bersifat kampung desa

(11)

pada tahap awal menjadi kampung separuh bandar, dan akhirnya estet-estet perumahan atau bandar-bandar baru rumah-rumah pangsa (flats). Contohnya ialah kawasan kampung desa di Bedok dan Tampines menjadi Estet Perumahan Bedok dan Tampines. Perubahan pantas ini berlaku dan dialami dalam satu generasi sahaja!.

4. Kebudayaan di Kampung Melayu

Seiringan dengan perubahan ini, kita juga dapat melihat perubahan menyeluruh pada kehidupan penduduknya, khususnya dari segi sosial dan budaya masyarakat kampung. Kajian kes di Kampung Bedok memberikan gambaran yang menarik mengenai sejarah perubahan kehidupan sosial dan budaya masyarakat kampung-kampung di Singapura. Berdasarkan kajian kes Kampung Bedok, kita dapati bahawa komposisi penduduk kampung di Singapura amatlah unik, kerana latar penduduknya yang terdiri daripada berbagai suku kaum, bangsa, budaya dan agama. Walaupun penduduk Kampung Bedok kebanyakannya terdiri daripada berbagai suku kaum, kebanyakan ciri budaya asal suku kaum tersebut, seperti bahasa dan amalan adat dan budaya asli suku kaum mereka yang berkaitan dengan upacara peralihan hidup, umumnya telah mengalami kelunturan, penghakisan dan penyesuaian; kecuali tentang makanan tradisional mereka dan beberapa adat yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan mereka. Penduduk Kampung meneruskan dan mengukuhkan lagi adat dan amalan agama Islam mereka dengan berkongsi sama dengan suku-suku kaum dan bangsa-bangsa lain yang beragama Islam.

Semangat bekerjasama dalam menjalankan majlis-majlis dan upacara keagamaan ini telah menjalin hubungan sosial dan ada yang terus dipereratkan lagi melalui perkahwinan, termasuk juga kahwin campur di kalangan penduduknya. Dalam hal ini agama Islam berfungsi sebagai agen sosial yang penting; bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu Nusantara yang berbagai suku kaumnya, tetapi juga

(12)

Dari segi cara hidup atau budaya penduduk Kampung, didapati banyak perubahan berlaku khususnya pada dekad 1960-an dan 1970-an. Banyak amalan budaya dan agama, terutama upacara peralihan hidup (rites of passages) dan sambutan agama diteruskan oleh generasi baru sehinggalah Kampung itu dirobohkan;

tetapi pemahaman dan tafsiran mereka mengenai amalan tersebut telah berubah secara perlahan-lahan. Beberapa adat lama yang mempunyai konsep dan fungsi asalnya yang simbolik, seperti adat-adat berinai, bersanding, menyembah dan juga bunga telur dalam majlis perkahwinan, semakin menghilang makna asal amalan adat tersebut. Pelbagai bahan dan corak baru. Begitu juga dengan adat- adat dan amalan yang berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran, seperti yang dijelaskan dalam bab ‘Tiang dan Dinding’, yang telah disesuaikan kerana para penduduk telah menerima rawatan perubatan moden daripada Barat.

Unsur-unsur budaya Barat juga telah semakin banyak memperlihatkan kehadirannya yang menyeluruh dalam kehidupan dan budaya Melayu seperti dalam bidang makanan, pakaian, riadah, sukan sosial, pendidikan, ekonomi dan kesenian. Sistem pendidikan sekular yang mula diperkenalkan oleh British, alat media massa seperti radio, panggung wayang, teater, filem dan televisyen memberikan pendedahan kepada unsur-unsur budaya Barat ini. Juga melalui dan interaksi dan hubungan sosial penduduk Kampung dengan masyarakat di luar.

Pendedahan dan pengaruh Barat ini mempengaruhi pemikiran, sikap dan nilai masyarakat, menjadikannya lebih terbuka dan menerima cara hidup yang berbeza dan lebih berbagai ragamnya, jika dibandingkan dengan tradisi hidup atau budaya di tanah air asal mereka.

Unsur persamaan agama dan tarikan terhadap budaya Barat ini merupakan dua ciri umum yang diterapkan dan dikongsi sama dalam kehidupan penduduk Kampung yang semuanya sama-sama menjalani proses perbandaran. Selain teras adat dan tradisi yang agak ketara dan cuba disesuaikan dan dikekalkan

(13)

tadi, kedua-dua ciri umum ini menjadi sebahagian intipati yang membentuk jati diri penduduk kampung sebagai sebuah masyarakat di Singapura. Faktor-faktor tarikan tradisi, agama, proses pembaratan, yang datang dari pelbagai arah dan sumber, telah dijalin-padukan sesuai dengan suasana perbandaran setempat yang amat pesat. Tentu sekali proses penggabung-jalinan unsur-unsur yang berlainan dan mungkin bertentangan tersebut, bukanlah suatu perkembangan yang lancar tanpa sebarang dilema atau jurang dari segi pemikiran dan reaksi di kalangan penduduk yang terdiri daripada berbagai lapisan usia dan latar belakang mereka. Dilema atau jurang budaya ini amat jelas, apabila penduduk kampung mengalami banyak masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang memerlukan kelayakan dan kemahiran tertentu; dan sebilangan penduduk pula telah mengalami peristiwa sedih dan kerugian kerana tidak berjaya menyahut cabaran untuk membangunkan semula tanah dan rumah kampung mereka.

Namun begitu, secara kolektif penduduk Kampung telah mencorak-warnakan budaya hidup mereka dalam suasana dan kehidupan kota yang baru. Proses penjalinan budaya daripada sumber-sumber yang berbagai ragam ini, perlahan- lahan telah melahirkan sebuah budaya masyarakat Melayu baru yang cair, rencam dan dinamis dan agak berbeza dengan budaya Melayu atau suku kaum di tanah asal mereka sendiri yang lebih seragam atau homogenous.

5. Sikap, Pemikiran dan Kesediaan Masyarakat Melayu

Perubahan hidup yang dialami oleh masyarakat kampung sudah jelas dilihat dari pelbagai aspek kehidupan mereka, khususnya dari segi lanskap dan organisasi sosial, budaya dan agama mereka. Semua aspek kehidupan telah mengalami perubahan secara evolusi dan masyarakat kampung telah menunjukkan bahawa mereka bersifat reaksionari, adaptif dan menerima apa sahaja perubahan dari segi dasar pemerintah dan perkembangan hidup perbandaran. Jika perubahan itu positif dan membina, tentu sekali sikap menerima dan menyesuaikan diri masyarakat kampung ini harus digalakkan.

(14)

Namun begitu tidak semua perubahan yang berlaku telah membawa kesan-kesan yang positif dan menguntungkan masyarakat. Misalnya, keputusan pemerintah untuk membangunkan semula kampung, ternyata telah membawa kesan yang merugikan pada penduduk kampung. Ini kerana penduduk kampung kurang atau tidak bersedia untuk menerima langkah untuk membangunkan hartanah dan ini menyebabkan mereka menanggung kerugian. Corak kepimpinan di kalangan penduduk Kampung sendiri, hanya tertumpu pada kegiatan budaya dan agama, dan tidak mampu memberi bimbingan dan menentukan arah dari segi pembangunan ekonomi dan hartanah penduduk secara berkesan.

Sedangkan penduduk Kampung, yang rata-rata miskin dan tidak cukup atau tinggi pendidikan, perlulah disedarkan dan diberi bimbingan atau panduan dari segi cara-cara yang mereka boleh terokai dan lakukan untuk memanfaatkan hartanah mereka dengan sepenuhnya dan sebaik-baiknya. Ketiadaan persediaan inilah yang telah menyebabkan berlaku beberapa buah tragedi menimpa para penduduk Kampung yang telah mewarisi sebahagian besar tanah pusaka Kampung. Dasar pembangunan negara menuntut mereka untuk bertindak segera terhadap hartanah mereka, tetapi kebanyakan penduduk, berdasarkan kes-kes yang diteliti, ternyata masih belum atau tidak bersedia menghadapi perubahan dan pelaksanaan dasar negara tersebut. Penduduk Kampung masih dihambat oleh masalah kekurangan kesedaran dan pengetahuan mengenai hak mereka dan undang-undang hartanah, dan ini diberatkan lagi oleh tekanan kemiskinan dan tiada kesepakatan dalam membuat tindakan. Semua faktor ini menyebabkan mereka terpaksa menerima apa sahaja keadaan yang menimpa mereka dan tidak dapat bertindak secara berkesan untuk mencari jalan pilihan dan membuat keputusan yang bijak demi mempertahankan dan mempertingkatkan nilai hartanah dan kampung mereka sama ada secara individidu, unit keluarga yang padu mahupun secara kolektif sebagai sebuah masyarakat. Inilah yang menyebabkan saat-saat akhir proses pembangunan dan penempatan semula penduduk Kampung ini, telah meninggalkan kesan yang tidak menyenangkan di kalangan penduduk sendiri, kerana mereka rasa tidak berdaya dan terus

(15)

kerugian akibat perpindahan hak milik sebelum berpindah ke estet perumahan yang baru.

6. Sebuah Mikrokosme Kehidupan di Singapura

Kajian kes di Kampung Bedok ini bolehlah dianggap sebagai sebuah mikrokosme atau mewakili kehidupan masyarakat Melayu di Singapura pada umumnya.

Sejarah sosio-budaya Kampung Bedok ini boleh dianggap sebagai cerminan sejarah sosial dan budaya kampung-kampung Melayu di Singapura pada keseluruhannya. Penerokaan terhadap proses perubahan sosial dan nasib hidup penduduk Kampung Bedok ini, memberi kita suatu pengajaran bahawa sikap positif dan tahap kesediaan masyarakat untuk mengalami perubahan dan pembangunan amat penting dan perlu diberi perhatian utama dan segera. Sikap menerima dan menyesuaikan diri yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Bedok dan masyarakat Melayu umumnya, tidak begitu sesuai untuk kehidupan di kota dan negara yang sentiasa berubah dan membangun dengan pantas, apatah lagi dalam perkampungan sejagat dan global dengan seribu macam kemungkinan dan cabaran. Sikap dan pemikiran reaksionari ini terbukti tidak menguntungkan langsung, malah telah merugikan penduduk Kampung dan tentu sekali sikap seperti ini tidak harus dipertahankan.

7. Membina Rumah Masa Depan Di Perkampungan Zaman

Untuk lebih maju dan supaya tidak terus ketinggalan, masyarakat Melayu perlu mempunyai kesedaran dan visi hidup yang jauh ke hadapan. Kita perlu pengetahuan untuk merenung dan meramal kehidupan akan datang dan menyiapkan diri menghadapi semua kemungkinan, supaya kita tidak dihakis dan ditelan arus perubahan dan terlepas peluang-peluang yang ada dalam sistem dan suasana hidup kini dan akan datang. Jika tidak, bukan sahaja kita akan terlepas peluang baru, dan kalah dalam saingan dan pergelutan hidup kini, bahkan kita pasti akan kehilangan pula hak milik yang bernilai.

(16)

Sungguhpun sudah dua dekad, iaitu sejak akhir tahun 1980-an, penduduk kampung meninggalkan kampung dan sudah agak lama mereka tinggal di flat, mereka dan orang-orang Melayu yang lain masih mempunyai rasa nostalgia yang dalam terhadap kehidupan dan pengalaman lalu mereka di kampung.

Bahkan dapat dikesan yang ramai bekas penduduk, termasuk generasi terdidik yang terbaru, masih berasa rindu dan melahirkan rasa kehilangan tentang suasana dan keindahan kampung – biarpun mengakui yang prasarana kampung lebih terbatas jika dibandingkan dengan sekitaran fizikal di estet rumah pangsa.

Kampung dengan keluasan halaman, keindahan alam, kelembutan alunan hidup dan kemesraan sosialnya dapat memberikan suatu pengalaman hidup yang tidak dapat diberikan oleh estet perumahan flat yang diakui lebih bersih dan selesa berbanding dengan kampung. Namun, perasaan nostalgia pada kampung tidak akan membawa kita ke mana-mana – selain keluhan dan rasa kehilangan.

Yang lebih penting, kita tidak boleh kembali ke belakang untuk menghidupkan perkampungan silam.

Setiap warga manusia hanya boleh merenung sejarah dan belajar daripada kelemahan hidup lalu untuk mencari kekuatan serta mencipta semula rumah hidup baru atas keruntuhan perkampungan yang lalu. Sikap reaksionari, hanya menerima, mengikut dan menyesuaikan diri yang ditunjukkan oleh masyarakat Melayu ini, haruslah diubah dan digantikan dengan pemikiran yang bersifat memandang ke depan atau visionari, proaktif, inovatif dan mempunyai keberanian intelektual dan budaya yang progresif untuk mencabar, menerokai atau membuat pembaharuan, mendahului serta memimpin yang lain ke depan dan tidak lagi hanya selesa mengikut di belakang. Kesedaran dan perubahan minda dan sikap ini mesti datang dan terbentuk di kalangan para pemimpin masyarakat sendiri, sebelum mereka dapat menjadi ejen penggerak dan pengubah masyarakat yang berkesan.

(17)

II. Bahtera Pelayaran Menjejaki Warisan Munshi Abdullah dan Khazanah Persuratan Melayu

Munshi Abdullah adalah salah seorang tokoh perintis Singapura dan tokoh persuratan Melayu yang penting tapi penuh kontroversi, hingga mencetuskan pelbagai respons, kontroversi dan banyak pula yang bercanggahan. Isu kepemimpinan dan imej bangsa Melayu juga dikemukakan oleh Abdullah dan beliau membuat perbandingan mengenai sikap orang Melayu terhadap bahasa, kepemimpinan Melayu dan dibandingkan dengan bangsa lain seperti orang Inggeris, Belanda, Amerika dan Cina. Namun masih belum ada penjelasan dan kata putus yang konkrit mengenai isu kaum ini dan permasalahan yang timbul dari tulisan beliau.

Saya terdorong untuk membuat kajian yang dapat merenung semula penulisan dan kedudukan Abdullah supaya kita lebih memahami dengan objektif dan saksama agar dapat menyelesaikan beberapa Isu dan permasalahan pokok tentang Abdullah. Pelayaran ilmu ini bermula sebagai kajian PhD pada tahun 1992-1995, dan berterusan sehingga 2021. Hasil kajian saya telah diterbitkan dalam beberapa buku, kertas kerja, drama, puisi, lagu dll.

(18)

Saya hanya menyorot dua dapatan hasil penelitian utama yang relevan dengan isu jatidiri bangsa: -

1. Respons masyarakat Melayu terhadap karya dan penulisan Abdullah yang mencerminkan sikap, pemikiran kita terhadap ilmu pengetahuan.

2. Warisan Persuratan dan Mutiara Tamadun Melayu, Sumbangan dan Penilaian Orientalis terhadap imej Melayu dan sumbangan sarjana tempatan yang berbeza dengan penilaian Barat.

PENDEDAHAN AWAL MASYARAKAT MELAYU TERHADAP TULISAN ABDULLAH

Pendedahan masyarakat tempatan pada karya Abdullah agak lambat – melalui sekolah Kristian (mission schools) atau vernikular kolonial pada akhir abad ke 19.

Sekolah yang awal ialah Singapore Institution Free School (1838-1843)/Raffles Institution (1867) yang mengunakan buku beliau – buku Abdullah (Kisah Pelayaran) dan Sejarah Melayu untuk kelas bahasa Melayu. Di sekolah inilah Abdullah dan majikannya, Alfred North, bertugas sebagai ‘Supretendents’ sekolah.

Mengenai Pemikiran Masyarakat

Pendedahan masyarakat Melayu pada karya Abdullah agak lambat, bermula melalui sekolah mubaligh Kristian/kolonial awal (1838), vernacular pada tahun 1856 dan meluas pada 1922/ awal 1920an, di maktab perguruan. Ini berlaku 68 tahun selepas kematian Abdullah. Ternyata, hanya segelintir anggota masyarakat Melayu yang berpeluang menikmati system pendidikan tersebut yang membolehkan mereka terdedah pada karyanya, sedangkan kebanyakan masih belum mendapat pendidikan formal dan hanya mesra dengan sastera dan budaya lisan, seperti yang dinyatakan oleh Sweeney.

Respons bertulis dari cendekia Melayu juga agak lambat (1935- 81 tahun selepas kematian beliau atau hampir 100 tahun selepas karyanya diterbitkan (1838).

Begitu juga respons seterusnya.

(19)

Kita dapati corak response masyarakat sejak 82 tahun lalu adalah pelbagai, tidak seragam. Ada yang menerima, mempersoalkannya dan menolaknya.

Suara masyarakat Melayu ini juga rencam, berlapis dan berbagai nada - ada yang tersinggung, agak marah, ada yang rational, menghormati dan menghargai dan memujinya. Ada yang mendapat ilham untuk menulis reaksi dan kesan renungan mereka secara kreatif dan seni.

Yang menarik dilihat ialah perhatian dan penilaian terhadap Abdullah biarpun perlahan, tetap berterusan dan berkembang mengikut latar belakang pendidikan akademik dan juga arus perubahan konteks sosial dan zaman yang berubah. Ini membuktikan bahawa karya dan pemikiran Abdullah masih cukup kuat dan relevan untuk menarik minat dan menuntut daya renungan para cendikiawan dan seniman Melayu sejauh ini.

3. Menyelam lautan ilmu, kearifan lokal dan mutiara tamadun Melayu, yang masih belum diterokai dan diselami sepenuhnya.

Selain warisan Munshi Abdullah, pelayaran ilmu ini menemukan saya dengan lautan ilmu, kearifan lokal dan mutiara tamadun Melayu yang luas, kaya tetapi masih belum diterokai dan diselami sendiri oleh orang Melayu sendiri. Lautan manuskrip dan persuratan Melayu ini memperlihatkan sejarah perkembangan atau tradisi penulisan Melayu panjang lebih 400 tahun dari sebelum, semasa penjajahan Barat (History of Malay writing/Malay writing tradition). Peranan Bahasa Melayu sebagai lingua franca, peranan tulisan Jawi dan perkembangan dari media tulisan tangan ke percetakan. Ini adalah nilai permukaan warisan ini.

Manuskrip awal ialah 2 surat tertua dari Sultan Acheh, Sultan Alauddin Syah (1589-1604) pada Kapten Inggeris dan Sultan Iskandar Muda (1607-36) pada King James 1, 1615).

(20)

pada 1590 M, berasal dari Acheh. Dimiliki oleh Orientalis Jerman, Andreas Mullerus Greiffenhagius. MS LAUD Or.291.

Jumlah Manuskrip (anggaran)

Terdapat jumlah anggaran berbeza: 5000 manuskrip dengan 800 judul (Ismail Hussein 1974:12); 4000 manuskrip yang terdapat di merata dunia di lebih 26 negara (Chamber-Loir 1980); dan 10,000 manuskrip (Simposium 1982). Terdapat juga penemuan-penemuan baru di Pusat Islam (anggaran 1200 manuskrip);

di Sri Lanka lebih kurang 100 manuscripts (Hussainmiya 1978, 1983); di Brunei (Harun Mat Piah and Ismail Hamid 1983) dan di Aceh (Gallop 1994).

KATALOG MANUSKRIP MELAYU

NILAI DALAMAN MANUSKRIP

Berikut senarai katalog manuskrip yang telah dihasilkan:

Chambert-Loir (1980);

Ismail Hussain (1971,1978 a and b);

Perpustakaan Negara Malaysia (1985,1987,1989,1990a, b,1991 and 1992);

Ricklefs and Voorhoeve (1963, 1977,1982, 2014);

Teeuw (1967,1952a, b,1955 a, b,1963,1969b, 1973, 1975);

Winstedt (1920 c, d); Gallop (1991, 1994, 2003, 2014);

Wieringa, Edwin (2007); Badriyah Haji Salleh (1999); Ahmat Adam (2009)

Iskandar, Teuku (1999). Catalogue of Malay, Minangkabau, and South Sumatran manuscripts in the Netherlands. Leiden: Documentatiebureau Islam- Christendom, 2 vols. Jaarboek (1933). Jaarboek 1933. Koninklijk Bataviaasch Genootschap ...

Dari segi nilai dalaman, lautan manuskrip ini adalah warisan intelektual/ilmu/

kearifan Melayu yang bernilai. Bukti ketamadunan yang tinggi. Bukan hanya tradisi lisan/persembahan.

(21)

Malangnya, lautan ilmu ini tidak disedari/dihargai/tidak dikaji oleh kita. Sedangkan orang Eropah dan Amerika sudah lama diberi perhatian. Pengumpulan, kajian mereka membantu mereka memahami dan menjajah kita. Tumpuan, minat dan dedikasi mereka terhadap koleksi Melayu ini, telah menyelamatkan warisan ini, yang tidak dapat diselamatkan atau dijaga dengan baik kerana masalah cuaca, pengetahuan, kepakaran dll. Semangat meneroka, semangat menuntut ilmu, semangat bersaing, cara mereka menyebarkan agama mereka secara sistematik dan pendekatan antarabangsa, semangat bersaingan semasa mereka dll.

Perhatian Barat pada Manuskrip Melayu

Orang Eropah dan Amerika telah memberi perhatian yang besar terhadap manuskrip Melayu. Mereka bukan sahaja mencari, membeli, mengumpul manuskrip Melayu, malah menyenarai, membuat katalog dan mengkajinya.

Catitan awal mengenai manuskrip Melayu dilakukan pada 1726 oleh Francois Valentijn, mubaligh Kristian, Minister of Dutch Reformed Church (1666-1727), dalam bukunya Old and New East Indies (Oud En Nieuw Oost-Indien). Valentijn menyenaraikan 25 manuskrip Melayu dikumpulkannya semasa berada di Ambon dan Jawa, antaranya: Tajus-Salatin or Mahkota Segala Raja-raja (Crown of the Kings), Misa Kumitar dan Hikayat Hang Tuah.

Pada tahun 1736, G.H. Werndly, dalam bukunya Malay Grammar (Maleische Spraakkunst) menyenaraikan 69 buah manuskrip. Ini adalah survei awal tentang manuskrip Melayu.

Orang Belanda, telah menubuhkan Kursi Pengajian Jawa (Chair of Javanese) pada 1842 di Deft, Holland, 110 tahun lebih awal dari penubuhan Jabatan Pengajian Melayu di Singapura. Universiti Leiden, Universiti tertua Belanda, menubuhkan Kursi Pengajian Melayu (Chair of Malay Studies) pada tahun 1877. Kajian PhD pertama di Leiden dilakukan oleh Ph S van Ronkel yang mengkaji –”De Roman van

(22)

Pijnappel, Profesor pengajian Melayu Belanda yang pertama dan van Ophusyen mengkaji pantun Melayu; Stutterheim mengkaji Hikayat Seri Rama, Piper, meneliti Kitab Seribu Mas’il; Drewes dan Brakel mengkaji Syair-syair Hamzah Fansuri.

Di kalangan orang British, kita dapati ramai yang mengumpul dan sarjana yang mengkaji manuskrip Melayu: R.O.Winstedt mengkaji banyak manuskrip sehingga dapat menghasilkan buku A History of Classical Malay Literature (1939), Russell Jones, pakar Hikayat Raja Pasai; Amin Sweeney meneliti teks Munsyi Abdullah sehingga dapat menghasilkan siri karya Abdullah yang lengkap; Dr Nigel Phillips mengkaji Pelayaran Ibrahim Munsyi, dan Dr Annabel Gallop mengkaji cap mohor, aspek kesenian atau iluminasi dalam manuskrip Melayu.

Selain sarjana Belanda dan British, terdapat juga sarjana Jerman, Russia dan Perancis. Misalnya Prof Ulrich Kratz yang meneliti Hikayat Johor dan surat-surat Francis Light; dan Profesor V. Braginsky yang mendalami sastera Melayu bercorak Islam dan menulis buku The Heritage of Traditional Malay Literature (2004) dan Erti keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik (1994).

Di samping meneliti, mereka juga menterjemahkan. Misalnya, John Leyden (1775-1811) menterjemah Sejarah Melayu pada tahun 1821. Orientalis Perancis, Edouard Dulaurier (1807-1881), adalah Profesor bahasa Armenia di the Ecole spéciale des Langues orientales. Beliau mengasaskan kursi pengajian Melayu di Perancis dan menterjemahkan Kisah Pelayaran Abdullah ke dalam bahasa Perancis pada 1850.

Di kalangan para mubaligh Kristian pula, mereka menyumbang dari segi menerbitkan manuskrip Melayu dalam bentuk buku. Misalnya, Mubaligh Alfred North dari Syarikat mubaligh Kristian Amerika, ABCFM, dengan bantuan Munsyi Abdullah, menerbitkan Sejarah Melayu pada tahun 1840. Ini adalah penerbitan bentuk buku yang pertama Sejarah Melayu.

(23)

PERUBAHAN IMEJ MELAYU DARI KACAMATA PENJAJAH

Pandangan penjajah Barat terhadap orang Melayu dalam penelitian saya, adalah berbagai, berubah mengikut zaman dan siapa penjajahnya. Saya hanya sempat meneliti rekod atau dokumen sejarah tulisan British, Belanda dan Amerika Syarikat. Terdapat kepelbagaian pandangan di antara penjajah Inggeris, Belanda dan Amerika ini. Pada umumnya, mereka melihat bangsa Melayu dan bangsa Asia yang lain, Afrika, Latin Amerika dari sudut “Eurocentrisme’ dan “White supremacy”. Penilaian mereka dipengaruhi oleh 3 motif utama - perdagangan, politik, agama, yang lebih dikenali sebagai 3 G – Gold, God & Glory.

Yang menarik, terdapat beberapa pandangan sarjana orientalis yang positif terhadap orang Melayu. Misalnya pandangan William Marsden (1821), John Crawfurd (1852).

“Malays who are enterprising and commercial character”

(William Marsden, A Grammar of the Malayan Language, 1812: ii)

“Malay & Javanese languages - most civilized, powerful & enterprising people of the people concerned”

(John Crawfurd, 1852. A Grammar & Dictionary of Malay Language, 1852: cclxxx111)

Pandangan kaum mubaligh Kristian pada awal tahun 1821 agak positif, tetapi kemudian 2 dekad kemudian berubah.

Report of Directors of LMS 1845:

Abt Kessberry boarding school, art of printing, bookbinding & lithography:

“found to have a most important effect in counteracting the natural indolence of the Malay character” (p.44)

(24)

Report of the Directors of LMS 1847:

“the Malays are notorious for the indolence & consequent poverty, and it us found necessary to employ the most energetic means under regular & systematic arrangement to overcome this injurious propensity” (p.50)

Selain persepsi British, Belanda, Amerika, terdapat juga pandangan orang Perancis terhadap orang Melayu. Tetapi hubungan Perancis-dunia Melayu ini masih belum banyak dikaji. Namun dapatan terkini ialah catatan oleh ahli geografi dan sejarah Perancis, yang menyentuh tentang sifat (carnal pleasure) dan kepandaian orang Melayu dan kekuatan bahasa Melayu [Bruzen de La Martiniere, in Le Grand Dictionnaire Geographique et Critique, circa 1730, written on the eve of the Age of Enlightenment, lebih awal dari catatan orientalis British tadi:

“The inhabitants have an ash-coloured complexion. They wear long hair, are very fond of carnal pleasures, and regard themselves as the most sensible people in the world.

So, we can say that they are very intelligent. They like very much poetry, and compose many love songs and comedies. They practice this exercise by a natural inclination and with the hope of acquiring an immortal reputation.

We agree that their language is composed of the best words, and the most energetic expressions of all the languages of the peoples of the Indies which surround them, and we regard it as the most beautiful and the most agreeable of all the languages of the East; so that those who do not know it are good only to remain in their country, and are disregarded.”

(Rujuk Serge Jardin, Facebook, 29/6/21 yang dikongsi oleh Prof Muhd Haji Salleh)

PERUBAHAN IMEJ MELAYU DARI KACAMATA PENJAJAH

Sejarah kajian akademik orang Melayu-Islam sendiri agak lambat. Antara sarjana perintis ialah: Syed Hussin Alatas dan Syed Naguib al-Attas, dua bersaudara, sarjana tempatan yang amat besar ilmu dan budi mereka sehingga memberi

(25)

SYED MUHAMMAD NAGUIB AL-ATTAS

impak dan mendapat pengiktirafan kesarjanaan antarabangsa. S.H Alatas adalah sarjana awal yang telah mempersoalkan dasar Orientalisme dan menolak (debunk) mitos Barat yang menganggap orang Melayu sebagai bangsa yang Malas. Saya sempat berguru dengan beliau semasa pengajian di NUS pada tahun 1970-an dan alhamdullillah banyak yang saya pelajari dari almarhum. Pemikiran beliau juga telah saya bincangkan dalam buku terbaru mengenai Munshi Abdullah.

Oleh itu tidak akan diulang dalam sesi ini.

Perhatian pada Syed Naguib al-Attas, ahli Falsafah Islam ulung. Beliau belajar peringkat sarjana, MA di Institute of Islamic Studies, McGill University di Montreal, Kanada, dan lulus cemerlang pada tahun 1962 dengan tesis Ar Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh. Kemudian beliau meneruskan pengajian PhD di School of Oriental and African Studies, University of London dengan kajian tentang Mysticism of Hamzah Fansuri dan lulus pada 1965.

Hasil penelitian beliau menunjukkan yang Hamzah Fansuri adalah "the first man to write intellectually systematic Malay on subject of a highly rationalistic order, and thus ought to be regarded as the “true father of modern Malay literature” (Al-Attas, 1969:28-29). Oleh itu, Syed Naguib Al-Attas menolak penilaian yang diberikan oleh para orientalis barat, yang telah memberi gelaran tesebut kepada Abdullah.

Kisah Manuskrip Melayu Tertua

Prof Naguib al-Attas jugalah yang mengenal pasti manuskrip Melayu yang tertua - ‘Aqa’id Al-Nasafi, oleh Abu Hafs ‘Umar Najm al-Din al-Nasafi, 998 H/1590 M. Manuskrip ini ditemui secara kebetulan oleh Prof Ungku Aziz bin Abdul Hamid, Prof Diraja and Naib Chanselor Univ Malaya, yang membelinya dari penjual barangan seni, Mr Bashir Muhd, di London, pada tahun 1984. Beliau menyerahkan manuskrip ini pada sepupunya, Prof Syed Muhd Naguib al-Attas

(26)

pada 1985 dan 1987. Menurut beliau penulis manuskrip ini adalah “Umar Abu Hafs: salah seorang tokoh agama dan pakar hukum (jurisconsult) Sunni dan Hanafi.

Tulisan ulamak Islam ini telah diterjemahkan oleh anak Melayu (SM Naguib Al- Attas, 1988:7). Profesor Naguib menyiapkan buku mengenai manuskrip tertua Melayu pada tahun 1987.

Menurut Prof Asmah Haji Omar, penemuan ini sungguh penting bagi penulisan sejarah bahasa Melayu. Ia adalah satu “missing link” antara Batu Bersurat Terengganu (abad 14) & Sejarah Melayu (abad 17). Manuskrip ini adalah bukti keterbukaan orang Melayu terhadap bahasanya, juga menjadi pengantar pemikiran falsafah yang tinggi (Asmah Haji Omar, 1991:143-145).

MUHAMMAD HAJI SALLEH

Seorang lagi tokoh akademik manuskrip yang penting ialah Profesor Muhammad Haji Salleh, yang mendapat pendidikan sarjana dalam sastera Inggeris di UM Singapura, kemudian melanjutkan pengajian PhD di Amerika dalam pengajian sastera moden di Universiti Michigan, Amerika Syarikat pada tahun 1973.

Kemudian, tumpuan beliau beralih kepada sastera Melayu klasik, khususnya Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan yang menarik ialah manuskrip syair- syair Melayu yang tersimpan di Perpustakaan negara Paris, karya Tuan Simi.

Hasil penelitian beliau ialah buku Syair Tantangan Singapura Abad ke-19, (1994), mengandungi 3 buah syair yang telah ‘digelapkan’ kerana telah mengkritik kuasa politik ketika itu. “Syair Dagang Jual Beli” dan “Syair Potong Gaji”, karya Tuan Simi ditulis pada tahun 1830-an, mengisahkan nasib para pedagang dan masyarakat Melayu yang menjadi mangsa system politik dan ekonomi penjajah ketika itu. Syair ini memberikan kita suatu suara alternatif yang kritis lagi berani, berbanding dengan suara pujian Munshi Abdullah terhadap penjajah Inggeris.

Para hadirin, sumbangan ilmiah dua orang sarjana tempatan ini, dari pengajian Islam dan pengajian sastera Inggeris ini, amat penting bukan saja kerana mereka

(27)

PENEMUAN PILU SEJARAH

telah menggali khazanah kita yang lama terpendam dan tidak diketahui umum;

yang lebih penting ialah hasil kajian mereka telah menolak atau mencabar penilaian sarjana Barat dan membetulkan pandangan umum yang dibentuk oleh golongan penjajah dan pro-penjajah.

Perjalanan mencari sejarah kampung menemukan saya suatu yang memilukan.

Biarpun hasil dapatan menunjukkan sejarah kehidupan masyarakat yang terbuka, kaya dan dinamik, terkesannya juga bagaimana pohon kehidupan yang runtuh ditebas dan akar tradisi tercabut. Masyarakat kampung, khususnya generasi lama, merasa kepedihan dan kehilangan. Pergelutan dalaman yang dihadapi amat panjang (inner struggles and pains) biarpun sudah pindah dan tinggal di perumahan baru,

Perjalanan untuk mengesan jejak warisan Sejarah Munshi Abdullah &

Khazanah Persuratan Melayu untuk menggali Akar Ilmu Melayu juga memilukan. Bukan saja orang luar memiliki dan menguasai warisan persuratan dan ilmu Melayu, malah imej dan identiti dipengaruhi dan ditentukan oleh orang luar, penjajah Barat. Merekalah yang telah membina mitos Melayu Malas dan berterusan sehingga kini. Kesannya amat mendalam sehingga menimbulkan rasa kecil dan rendah diri di kalangan kita. Suara alternatif cendekia tempatan lambat lahir, dan masih jauh untuk mengubah persepsi umum tentang orang Melayu. Apatah lagi jika kita mahu membina ilmu mandiri. Kesan psikologi ini perlu segera ditangani oleh kita sendiri. Ini adalah suatu cabaran psikologi dan untuk menyelamatkan maruah bangsa. Yang penting kita perlu menguasai ilmu untuk menentukan arah kehidupan kita dan memberi definisi tentang diri dan identiti kita sendiri.

(28)

RENUNGAN DALAM KEPOMPONG DIRI

Kesan persepsi penjajahan terhadap jiwa dan harga diri orang Melayu ini amat besar dan masih berterusan. Saya telah merakamkan kesan psikologi ini pada diri saya sendiri dalam sebuah cerpen Kepompong, yang ditulis pada 16 Oktober 1997. Cerpen ini terbitkan dalam majalah SEKATA, Jilid 1, Bil.1, Julai 1999. Berikut petikannya:

“Aku memasuki pintu besar universiti, gedung ilmu yang terkenal tempat para orientalis berkumpul meneliti sejarah, budaya dan pemikiran negeri dan rakyat jajahan, termasuk negara dan masyarakatku. Gedung inilah yang menentukan definisi dan makna hidup mereka. Setakat ini hanya segelintir sarjana bangsaku dan negaraku yang diiktiraf berwibawa mentafsir sejarah dan budaya masyarakat secara ilmiah.

“You have to come here to do PhD in Malay and Indonesian Studies?

Very strange isn’t it?”, tanya Claudio, teman seasrama, yang berasal dari Argentina, dan kini mengikuti Sarjana Perniagaan di London School of Economics.

Ya, mengapa aku harus ke sini untuk menilai sejarah sastera bangsa sendiri? Mengapa aku terpaksa menerima penilaian 'orang luar' untuk memahami masyarakatku dan memecahkan rantaian musibah yang mengikat kami selama ini?

(29)

Sesungguhnya penjajahan politik atau ekonomi tidak sehebat penjajahan pemikiran.

Sudah lebih 30 tahun merdeka, mentadbir dengan cekap hingga mencapai tahap pembangunan ekonomi yang tinggi. Malangnya pemikiran dan jiwa masih terbelenggu, terkepung dalam kepompong. Pengalaman pahit penjajahan terus menghantui.

Aku masih melihat diriku, masyarakatku dan negaraku, amat kerdil berbanding masyarakat, negara dan tamadun mereka. Aku dibesarkan untuk mengkagumi Barat.

Segala yang terbijak dan terbaik datang dari sana.

Menurut Winstedt, sarjana besar pengajian Melayu, tamadun atau budaya Melayu hanya mengambil atau meminjam dari dunia lndia, Timur Tengah dan Barat.

Proses peminjaman ini berlangsung sepanjang zaman. Seolah-olah tiada apa yang dicipta, disumbangkan oleh kami pada dunia, kerana menjadi masyarakat yang taat menerima dan bijak meniru saja. Benarkah rumusan tokoh ini? Itu satu cabaran untuk Penyelidikanku. Yang jelas, kami rasa kecil, rasa amat kerdil. Betapa besarnya pengaruh tulisan Sarjana ini terhadap pemikiran dan jiwa anak-anak jajahan dan keturunan mereka, seperti aku.

Di sekolah Melayu pula kami diasingkan daripada kanak-kanak lain yang bersekolah lnggeris, biarpun telah ditempatkan sebumbung melalui system pendidikan gabungan yang diperkenalkan selepas merdeka. Berkat usaha, aku dapat melangkah ke depan hingga berjaya di menara gading terbaik negaraku. Entah mengapa aku masih berasa rendah dan kekurangan, tidak sebaik mereka yang berpendidikan lnggeris sepenuhnya. Bayangan hitam itu terus menghantui diri, dan turut dikongsi juga oleh ·ramai lagi yang sealiran denganku. Sehinggakan untuk keluar dari kepompong perasaan itu, aku perlu ke sini, ke menara minda lnggeris itu sendiri, untuk membuktikan diri. Tapi, bolehkah aku meraih puncak kejayaan di institusi ulung ini?

(30)

Bilakah kita akan bersuara

menjunjung budaya, kemurnian bahasa dalam kebulatan sahsiah, jitu dan indah melepaskan duka dan kekecilan rasa?

(Cerpen ‘Kepompong”, 16 Okt 1997, dalam SEKATA, 1999)

(https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18418/1/Sekata-1999-1-1-21.pdf)

Harapan buat Generasi Baru

Warisan persuratan Melayu ini adalah alat sumber untuk kajian dalam pelbagai disiplin (literature, language, culture, history, religion, civilization, colonialism, arts, etc). Namun, sehingga kini pun kita masih bergantung pada hasil kajian Barat dan belum dapat membina ilmu yang mandiri.

Kita perlu pelajari, kuasai dan tafsir sendiri warisan kita. Jangan biar orang luar terus mendefinisikan diri kita. Kita perlu melahirkan generasi baru untuk teruskan usaha sarjana Prof Syed Hussin Alatas, Prof Naguib Al-Attas dan Prof Muhammad Haji Salleh dan pengumpul manuskrip seperti Prof Ungku Aziz.

Tugas para sarjana muda ini penting untuk membuat tafsiran, memberi definisi dan makna baru, terhadap warisan khazanah Melayu serta dapat mengatur langkah bijaksana untuk membina tamadun Melayu baru yang terhormat di mata dunia antarabangsa.

III. PENILAIAN SEMULA FALSAFAH BUDI - Hidup Menabur Budi Bukan Berhutang Budi

Setelah melihat dari PINTU SEJARAH, marilah kita merenung jatidiri Melayu dari PINTU BUDAYA Melayu pula, khususnya pada konsep BUDI yang menjadi teras induk falsafah budaya Melayu.

(31)

Kata ‘Budi’ tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu, kerana fungsinya sebagai cita unggul budaya Melayu. Huraian tentang ‘budi’ ini telah diberikan oleh beberapa tokoh budaya kita, khususnya 3 permata budaya Melayu –Pak Tenas Effendy, Pendeta Dr. Muhd Ariff Ahmad (MAS) dan Buya HAMKA dalam penulisan mereka.

MEMBINA INSAN ARIF BUDIMAN MELAYU ABAD 21

– Pengalaman Pendidikan Bahasa dan Budaya Melayu di Singapura

Kementerian Pendidikan Singapura (MOE) telah membentuk Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu pada bulan Disember 2004 untuk membuat penilaian dan perancangan yang menyeluruh mengenai kurikulum subjek bahasa Melayu di sekolah-sekolah di Singapura. Saya ditugaskan untuk mempengerusikan Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini telah mengemukakan saranan kami kepada Menteri Pendidikan Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam. Salah satu saranan utama ialah sebuah visi khusus untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu – iaitu Visi Arif Budiman. Saranan-saranan dasar Jawatankuasa Semakan ini telah pun diterima oleh pemerintah pada 8 November 2005 dan saranan tersebut dilaksanakan bertahap-tahap selama 5 tahun dan diteruskan hingga kini.

Visi Arif Budiman ini telah saya huraikan dalam beberapa tulisan dan kertas kerja.

Marilah kita teliti, konsep Insan Arif Budiman ini dan hubungannya dengan konsep BUDI Melayu.

Konsep BUDI merujuk kepada cara bagaimana unsur atau ciri dalam Diri seseorang itu dilahirkan atau dimanifestasikan dalam kehidupannya. Manusia yang hidup secara fitrah atau semulajadi perlu melahirkan dan mengungkapkan dirinya untuk memenuhi keperluan dirinya sebagai makhluk berakal dan makhluk sosial.

Manusia memanifestasikan diri (self-manifestation) dari tahap niat di hati (intention), pancaindera (senses), fikiran, kemudian pada tahap lafaz kata dan ungkapan bahasa,

(32)

dan kebudayaan (culture) yang terbina oleh gembelingan daya sumber kolektif bangsa atau masyarakat. Bentuk dan kesan manifestasi diri ini boleh bersifat dwifungsi – positif dan negatif. Manifestasi diri yang negatif merujuk pada segala niat, kata, gerak geri, fikir, kelakuan dan tindakan yang membawa mudarat, kerosakan dan kemusnahan pada diri, masyarakat, kehidupan alam dan kemanusiaan. Manifestasi diri yang positif terjadi apabila ianya membawa kepada kesihatan, kesejahteraan diri, alam dan kemanusiaan. Bagi orang Melayu, penglahiran atau manifestasi diri yang sihat, baik, positif dan membina kehidupan, kesejahteraan, kebudayaan dan kemanusiaan inilah yang dinamakan BUDI.

INSAN ARIF BUDIMAN – yang dimaksudkan haruslah mempunyai ilmu pengetahuan (dari segi bahasa dan budaya) dan kebijaksanaan/kearifan dari segi luaran dan dalaman, yang merangkumi sikap, kemahiran, ilmu, kecerdasan, kelakonan dan keterampilan diri.

Konsep ARIF BUDIMAN merupakan suatu konsep pembangunan diri yang menyeluruh (holistic), merangkumi struktur dalaman dan struktur luaran diri seseorang:

STRUKTUR LUARAN [kearifan (wisdom) bahasa dan kelakuan] – dari segi bahasa boleh dimanifestasikan dari segi ‘budi bahasa’, sementara dari segi kelakuannya, ialah ‘budi pekerti’.

STRUKTUR DALAMAN [Kearifan indera dalaman] – ini dimanifestasikan dari segi minda (akal budi), dari segi emosi (hati budi), rohani (hati nurani budi) dan system penilaian (budi bicara) seseorang.

INSAN ARIF BUDIMAN – yang dimaksudkan haruslah mempunyai ilmu pengetahuan (dari segi bahasa dan budaya) dan kebijaksanaan/kearifan dari segi luaran dan

(33)

dalaman, yang merangkumi sikap, kemahiran, ilmu, kecerdasan dan kelakonan/

keterampilan diri dll yang akan dilahirkan dan dimanfaatkan demi kesejahteraan bersama yang diidamkan dalam konsep BUDI Melayu.

Falsafah atau nilai yang ditekankan oleh orang Melayu terhadap konsep insan Arif Budiman ini, terakam dalam sebuah ungkapan Melayu berikut:

“Arif Bertemu dengan Budiman, Terindah daripada Lautan Mutiara”

Ungkapan ini amat dalam maknanya. Setiap satu ciri ini - arif dan budi, mempunyai nilainya yang tinggi dalam masyarakat. Tetapi jika jika kedua-dua ciri itu dimiliki (arif + budiman) – kearifan dan kebudimanan, tentu sekali nilainya adalah lebih besar dan tinggi daripada segala kekayaan di dunia.

Sungguh pun konsep budi merupakan teras nilai unggul dan jatidiri Melayu, tidak bererti konsep ini terlepas dari penilaian semula. Secara unggul, konsep ini jelas murni dan perlu dipertahankan, namun yang perlu dinilai semula ialah fahaman atau interpretasi masyarakat Melayu sendiri terhadap konsep budi ini. Untuk itu renungilah kata-kata mutiara dari budayawan Melayu berikut:

“Kekuatan dan keindahan budaya Melayu terakam halus dalam pantun dan petatah-petitihnya. Melalui khazanah budaya tersebut kita dapat memahami dan menghargai ketinggian dan akal budi orang Melayu. Budi, sebagaimana tercermin dalam pantun dan pepatah tersebut, menjadi sendi atau tunjang falsafah masyarakat Melayu yang begitu dimuliakan dan ingin diterapkan dalam kehidupan. Tetapi budi ini jugalah menjadi sumber kelemahan dan kejatuhannya.

Ini kerana apabila seseorang Melayu sudah termakan budi, ia mudah diperalatkan.

Generasi muda hari ini mesti memahami pengaruh budi ini dalam masyarakatnya.

Untuk maju, kita jangan mudah menerima budi, tetapi kita haruslah berusaha

(34)

Demikianlah inti ucapan Almarhum Bapak Tenas Effendy, budayawan Riau dalam Dialog Selatan 1 di Johor Baharu pada 26 Januari 1992. Begitu bernas sehingga meninggalkan gurisan di jiwa. Betapa kita seringkali dimegahkan dengan pengetahuan mengenai keistimewaan budaya kita sehingga kita sering terlupa akan kemungkinannya sebagai sumber pemusnah utama. Dwifungsi budi dalam masyarakat Melayu ini perlu diberi penelitian yang wajar agar kita tidak terjebak dalam singgahsana budaya sendiri.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab generasi kini untuk menilai semula dan memberi makna baru terhadap konsep budi yang diunggulkan oleh budaya kita.

Makna dan bentuk budi perlu diberi nafas baru sesuai dengan perubahan dan tuntutan zaman baru, supaya kita dapat terus menjunjung fungsi kekuatannya dan bukan memikul bebanan akibat fungsi kelemahannya. Kita berada dalam arus peradapan baru, arus globalisasi yang rencam dan penuh mencabar. Kita berada dalam dunia yang bersandarkan sepenuhnya pada ilmu dan teknologi maklumat baru. Konsep Budi dan bentuk manusia budiman Melayu baru kita perlu diberi suntikan ilmu baru dalam sistem masyarakat dan ekonomi bersandarkan ilmu (knowledge-based society atau knowledge-based economy). Aspek keilmuan budaya perlu ditekankan untuk mengisi tugas baru memperkasakan budaya kita, bukan hanya memperkenalkan dan mengekalkan warisan budaya, dan amat penting sekali untuk menghasilkan golongan elita atau golongan yang arif budaya. Melalui pendidikan bahasa, fungsi dan bentuk menabur budi yang bermakna dan berkesan perlu diterapkan dan juga generasi muda dapat dididik untuk keluar dan bebas dari lingkaran berhutang budi yang merantai masyarakat selama ini.

PENGERTIAN SEBENAR NILAI BUDI DAN NILAI MERENDAH DIRI Nilai Budi dan nilai ‘merendah diri’ sering disalahtafsirkan oleh kebanyakan orang. Kedua-dua nilai asas Melayu ini mempunyai dua siratan makna dan dwifungsi - positif dan negatif tetapi kita lebih cenderung pada satu siratan

Referensi

Dokumen terkait

Beberapa peptida bioaktif antioksidan yang bersifat hidrofilik polar yaitu his-ala-his (Kusumaningtyas et al ., 2015), peptida antikolestrol yaitu ser-ala-cys, ser-pro-cys

service desk dan insiden, dan pemahaman akan pengelolaan operasi. Manajemen secara konsisten mengkomunikasikan perlunya perencanaan untuk memastikan layanan yang

Teknometrik merupakan salah satu metode pengukuran teknologi yang digunakan untuk mengevaluasi kontribusi komponen teknologi, yang mana keempat komponen tersebut yaitu

Perbedaan tunas terpanjang antara subkultur I dengan subkultur II diduga oleh kemampuan tunas dalam mensintesis NAA endogen sehingga konsentrasi NAA endogen dan NAA eksogen

Saksi dan orang lain yang bersangkutan dengan perkara yang sedang dalam pemeriksaan di depan Pengadilan yang tidak memenuhi ketentuan tersebut dalam Pasal 28

Menurut Langemeijer, apabila orang mendengar perkataan pelaku, maka menurut pengertiannya yang umum didalam tata bahasa, teringatlah orang mula-mula pada orang yang

Pada konteks penelitian ini, sama artinya anggota komunitas Pkuvidgram bergantung kepada media sosial instagram, semakin lama mereka bergabung dengan instagram