• Tidak ada hasil yang ditemukan

160 Pengukuhan Diri:

Dalam dokumen Tajuk 7 PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (Halaman 44-50)

Jadual di bawah ini menunjukkan pencapaian murid M dalam dua mata pelajaran.

Murid M Matematik Bahasa Inggeris

Skor mentah (X) X

60 45 5 50 40 8

(a) Kirakan skor-z dan skor-T murid M bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dengan melengkapkan Jadual di bawah:

Murid M Matematik Bahasa Inggeris

Skor mentah (X) X

60 45 5 50 40 8 z T Skor piawai

(b) Dalam mata pelajaran manakah murid M lebih baik?

Maklum balas prestasi murid kepada pihak tertentu

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maklum balas daripada guru adalah penting. Terdapat empat jenis maklum balas iaitu maklum balas prestasi (performance feedback), maklum balas motivasi (motivation feedback), maklum balas attribut (attributional feedback) dan maklum balas strategi (strategy feedback) (Pintrich & Schunk, 1996).

Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu tentang kesesuaian tindakan atau respons mereka. Ia sebahagian daripada proses komunikasi biasa dan berfungsi sebagai pengawalan. Maklum balas adalah

161

maklumat yang membolehkan pelajar menyemak prestasi mereka dan memantau kemajuan pembelajaran. Ia diberi selepas pelajar berusaha memberi respon terhadap suatu tugasan pembelajaran. Pelajar perlu tuju hala tambahan serta penerangan lanjut untuk meneruskan pembelajaran. Dalam bilik darjah, apa jua bentuk komunikasi yang cuba memberi maklumat kepada pelajar tentang prestasi pelajar dalam situasi pembelajaran dirujuk kepada maklum balas.

Maklum balas prestasi merupakan maklum balas guru terhadap tahap ketepatan dan kemajuan dalam ujian, peperiksaan, dan tugasan yang dilakukan oleh murid. Ia juga melibatkan pembetulan kesilapan mereka dalam melakukan tugasan tersebut. Jenis pemarkahan biasanya dalam bentuk markah mentah dan gred. Maklum balas yang menyatakan bahawa pencapaian di dalam ujian, peperiksaan dan tugasan murid adalah dipercayai dapat meningkatkan motivasi murid . Ini kerana ia menyebabkan murid merasa lebih kompeten dan mampu meneruskan pembelajaran pada masa hadapan. Maklum balas yang menyatakan kesilapan mereka dalam menjawab soalan dan tugasan juga dipercayai mampu meningkatkan motivasi murid sekiranya disusuli dengan pembetulan yang sepatutnya. Ini kerana murid percaya bahawa mereka boleh meningkatkan prestasi mereka dengan mengikuti pembetulan yang disediakan oleh guru.

Maklum balas merangkumi keputusan peperiksaan yang diberi kepada pelajar, komen-komen yang dicatat pada kertas ujian, kata-kata daripada guru tentang prestasi kerja pelajar dan komen-komen mengenai pembelajaran sesuatu kumpulan atau individu.

Dari perspektif kognitif, maklum balas dianggap sebagai satu punca maklumat yang perlu untuk verifikasi, huraian, pembentukan konsep dan adaptasi metakognitif Mengikut Guskey (2001), maklum balas haruslah diagnostik, preskriptif dan sesuai untuk aras pembelajaran pelajar. Seperti yang kita tahu, maklum balas bukan hanya merupakan pemerosesan maklumat tetapi ia harus mempunyai pengaruh terhadap proses-proses afektif dan motivasi pelajar. Maklum balas dalam bentuk isyarat, penglibatan dan peneguhan adalah unsur-unsur untuk menentukan mutu pengajaran. Ia merupakan aspek penting untuk menambahbaik pengajaran dan prestasi.

162

Antara jenis maklum balas yang paling biasa digunakan ialah maklum balas positif dan negatif, maklum balas jenis menilai dan tanpa penilaian ,maklum balas lisan dan tidak lisan. Kita akan membincang setiap jenis secara ringkas.

Maklum balas positif digunakan untuk memberi maklumat kepada pelajar mengenai aspek yang sesuai dan betul tentang pembelajaran atau prestasi. Guru-guru boleh memberi respons lisan untuk memaklumkan bahawa pelajar menjawab dengan betul atau mencatat komen-komen yang menggalakkan dalam buku kerja. Kadang kala guru-guru memberi maklum balas negatif untuk memaklumkan pelajar bahawa jawapan mereka tidak betul. Sebagai contoh, guru boleh menyatakan bahawa jawapan “tidak betul” atau membetulkan kesilapan-kesilapan ejaan dalam tugasan. Maklum balas ini adalah efektif dalam jangka masa pendek tetapi tidak seharusnya menggunakannya dengan kerap.

Maklum balas jenis menilai mengandungi nilai penghakiman implicit atau eksplisit mengenai prestasi yang diperhatikan. Sebagai contoh, pernyataan seperti “baik” atau “lemah” adalah berbentuk penilaian. Ia boleh dinyatakan secara lisan dengan senyuman untuk menunjukkan prestasi pelajar atau bermasam muka menunjukkan keadaan tidak senang hati. Disebaliknya, maklum balas tanpa penilaian menumpukan kepada kriteria sebenar. Sebagai contoh, anda mungkin kata” Anda memperoleh 9 daripada 10 untuk tugasan ini” tanpa membuat penghakiman sama ada skor adalah baik atau lemah.

Selain daripada itu, maklum balas lisan dan tanpa lisan diberi untuk memaklumkan pelajar-pelajar tentang betul atau tidak betul jawapan mereka. Ini termasuk komunikasi lisan seperti senyuman atau bermuka masam secara tindakbalas terhadap prestasi pelajar.

Secara umumnya, selepas apa jua tugasan atau penilaian yang dilaksanakan, guru- guru harus menganalisis prestasi pelajar dan memberi maklum balas tentang kesesuaian dan mutu tugasan pelajar atau prestasi penilaian. Ia bermakna kerana ia bukan sahaja memberi maklumat tentang kemajuan kepada pelajar tersebut tetapi kepada semua pelajar yang memerhati pelajar menerima maklum balas tersebut.

Maklum balas akan berkesan jika ia berdasarkan kepada analisis tepat tentang prestasi pelajar dalam situasi pembelajaran. Dengan maklum balas, pelajar-pelajar dapat menilai kemajuan pembelajaran dan merancang modifikasi dan pembetulan

163

yang boleh dibuat pada peringkat pembelajaran yang berikut. Maklum balas haruslah semerta untuk mengelakkan pelajar daripada mengamalkan kesilapan- kesilapan yang sama. Tambahan pula, maklum balas harus spesifik, dan bukan umum supaya pelajar perlu tahu secara eksplisit aspek-aspek yang perlu ditambahbaik.

Maka, semua guru perlu menggunakan satu pelan penilaian yang sistematik dalam mentadbir penilaian yang sesuai, mengesan kemajuan dengan menganalisis prestasi dan memberi maklum balas kemajuan kepada pelajar. Apabila maklum balas yang berkesan diperolehi, banyak pengubahsuaian dan modifikasi dilaksanakan oleh guru untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran.

Rekod dan Pelaporan Pentaksiran

Semua maklumat daripada pentaksiran bilik darjah harus direkod untuk membantu guru merancang pengajaran–pembelajaran membuat tindakan susulan dan pelaporan.

Merekod merupakan aktiviti mencatat maklumat secara tertib untuk memperjelaskan tahap perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar. Maklumat yang tercatat dalam rekod perlu jelas dan dikemaskinikan agar guru dapat membuat keputusan yang wajar. Maklumat dalam rekod hendaklah ditafsirkan dan dianalisis agar tindakan susulan dapat diambil oleh guru. Guru boleh memastikan agar murid yang lemah dalam pembelajaran diberi aktiviti pemulihan manakala murid yang pintar diberi aktiviti pengayaan.

Maklumat yang direkod boleh dibuat dalam bentuk

 pernyataan misalnya ditulis dalam rekod „Seorang murid yang cemerlang‟  simbol: contoh: „‟ atau „X‟ untuk menyatakan betul atau salah

 markah: contoh: 80% untuk menunjukkan markah yang diperoleh ialah 80 per seratus.

 Gred: contoh A, B, C atau I, II, dan III.

Terdapat beberapa jenis rekod, antaranya buku catatan guru, rekod prestasi, laporan kemajuan murid, senarai semak, sijil penghargaan, rekod profil, buku rekod mengajar dan sebagainya.

164

Aktiviti merekod dilakukan dari masa ke masa supaya maklumat menyeluruh tentang tahap perkembangan, pencapaian atau prestasi pelajar dapat dibuat rujukan oleh pihak yang berwajib seperti PIBG, Guru Besar, Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak Kolej Matrikulasi, Maktab, Politeknik, Universiti dan sebagainya.

Melapor adalah suatu proses penyampaian maklumat penilaian dari masa ke masa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.

Maklumat untuk tujuan pelaporan boleh diperoleh daripada rekod penilaian seperti rekod profil murid, rekod prestasi, rekod mengajar guru dan sebagainya. Pelaporan seperti ini perlu dilakukan selalu untuk disampaikan kepada pihak yang ingin mengetahui tentang kemajuan, kelemahan dan bakat seseorang murid. Ibu bapa dan pihak lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, agensi swasta dan awam memerlukan maklumat ini untuk kepentingan masing-masing.

Tujuan pelaporan dibuat adalah untuk pihak atasan membuat keputusan yang wajar dari segi penempatan pelajar dalam pelbagai aliran pembelajaran seperti aliran Sains, Sastera, Perakaunan).

Pelaporan dibuat juga dengan tujuan untuk membolehkan guru mengambil tindakan susulan iaitu menentukan sama ada seseorang pelajar perlu diberi aktiviti pemulihan ataupun pengayaan. Pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan murid-murid boleh dilaporkan supaya tindakan susulan boleh dilaksanakan.

Pelaporan mengenai prestasi pelajar dibuat antara ibu bapa, pelajar dan guru dalam konferens merupakan cara yang berkesan. Untuk guru, pelaporan dapat:

 Membolehkan tanggungjawab pembelajaran pelajar, pentaksiran dan pelaporan dikongsi bersama antara guru, ibu bapa dan pelajar

 Mengukuhkan komunikasi dengan ibu bapa melalui perbincangan hasil pembelajaran dalam kurikulum serta bagaimana pelajar berkembang

Untuk pelajar, pelaporan bersama tiga pihak dapat:

 Merangsang konsep kendiri melalui peluang berkongsi pencapaian dan kemajuan pembelajaran dalam satu persekitaran positif

165

 Melibatkan pelajar secara langsung dalam pentaksiran dan membolehkan mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka

 Member autoriti kepada pelajar untuk memandu arah diri ke arah pencapaian hasil pembelajaran kurikulum

Untuk ibu bapa pula, pelaporan sebegini dapat:

 Meningkatkan pemahaman mereka tentang pembelajaran dan pentaksiran dalam pendekatan berasaskan hasil

 Memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses pelaporan, bukan hanya member respons kepadanya

 Membekalkan bukti untuk menyokong laporan bertulis

Pelaporan harus meliputi:

 Pencapaian pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap  Kekuatan dan kelemahan pelajar

 Cadangan mengatasi kelemahan pelajar dan mempertingkatkan lagi pembelajaran

(New South Wales Department of School Education, 1997) Pelaporan dibuat secara lisan dan bertulis dalam bentuk pernyataan dan gred. Perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar tidak diperlukan. Pelaporan secara umumnya memberi gambaran menyeluruh tentang perkembangan pelajar dalam penguasaan ,pencapaian pengetahuan dan kemahiran ,sikap dan amalan.

Antara rekod pelaporan termasuklah:  rekod kemajuan murid

 rekod anekdot

 senarai semak kemahiran

Rekod kemajuan merupakan rumusan penilaian kemajuan pembelajaran murid yang akan digunakan maklumatnya oleh ibu bapa dan guru untuk memandu arah pembelajaran dan perkembangan murid.

Rekod kemajuan boleh menggunakan sistem markah di mana rumusan penilaian terdiri daripada gred dan peratusan, sistem lulus atau gagal dan senarai semak kemahiran. Gred boleh dalam bentuk A, B, C dan D untuk menggredkan prestasi

166

murid . Terdapat juga bentuk numerical yang bersamaan dengan A seperti 90- 100%; B: 80 – 89%; C: 70 – 79% ; D:60 – 69% dan E : 50 -59% dan F: kurang daripada 50%.

Tambahan pula, peratus juga digunakan dalam rekod kemajuan. Ini terutamanya dalam ujian di mana peratus jawapan yang dijawab dengan betul. Contohnya, dalam ujian Matematik berbentuk objektif, jumlah peratus item yang dijawab dengan betul. Contohnya, 93% yang diperolehi daripada ujian tersebut akan dicatatkan dalam rekod kemajuan. Skor ini mudah dikira, rekod dan boleh digabungkan untuk mendapat peratus keseluruhan pada akhir peperiksaan.

Satu alternatif kepada rekod kemajuan yang tradisional ialah senarai semak yang boleh digunakan untuk memberi maklumat tentang prestasi kemahiran dalam setiap aspek pembelajaran. Guru menyediakan satu set pernyataan yang menerangkan aspek prestasi murid dan satu ruang untuk ditanda oleh guru (/) semasa menaksir tingkahlaku yang dipamerkan oleh murid berkenaan. Selain itu, pelaporan boleh dinilai berdasarkan kepada skala pencapaian di mana guru tanda mengikut tahap pencapaian murid tersebut.

Selain itu, huraian bertulis dalam bentuk anekdot boleh digunakan. Ia mengandungi komen dan pernyataan tentang prestasi setiap murid secara individu. Rekod anecdotal ini berkesan kerana huraian akan menonjolkan kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas cara ini memberi maklumat yang amat berguna dan bermakna kepada murid untuk menambahbaik kelemahan mereka

Kini dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, pelaporan murid dalam bentuk

Dalam dokumen Tajuk 7 PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (Halaman 44-50)

Dokumen terkait