• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kini dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, pelaporan murid dalam bentuk l aporan deskriptif dan formatif dapat diperoleh melalui Sistem Pengurusan

Dalam dokumen Tajuk 7 PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (Halaman 50-53)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) pada bila- bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

167

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada pelajar untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pentaksiran

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) dalam proses pentaksiran kian diberi perhatian. Kini istilah pentaksiran berasaskan web digunakan dan ia merangkumi pelbagai kegiatan di mana teknologi digital digunakan dalam aktiviti- aktiviti yang terdiri daripada perancangan dan penggubalan instrumen pentaksiran, pemeriksaan oleh komputer dan alat-alat atas talian. Ia juga melibatkan semua proses perekodan dan pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses pentaksiran secara elektronik yang mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Oleh itu, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(SPPBS) juga menggunakan TMK untuk pelaporan markah kepada murid dan pihak berkenaan seperti ibu bapa. Penggunaan teknologi dicadangkan untuk diperluaskan dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah.

Murid boleh melaksanakan pentaksiran ini pada bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian masa murid itu sendiri. Bull (1999) telah mendapati bahawa murid lebih menyukai pentaksiran menggunakan komputer kerana dapat memberi maklum balas serta membuat analisis statistik dengan cepat dan tepat berikutan dari penandaan secara automatik. Penggunaan teknologi maklumat dan pembelajaran berasaskan web dapat membantu ke arah pentaksiran pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000). Menurut Vendlinski dan Stevens (2002) pula, teknologi menawarkan kaedah pengukuran baharu bagi mentaksir pembelajaran yang berupaya memberikan maklum balas serta merta prestasi pencapaian murid.

Pentaksiran berasaskan web membolehkan guru untuk membina instrument pentaksiran, membentuk bank soalan dan menyediakan ujian formatif dan sumatif atas talian (Liang & Creasy, 2004). Sistem sebegini member peluang kepada guru untuk mengurus, menyusun dan memuat naik bahan pengajaran dan pentaksiran

168

berasaskan kurikulum dan keperluan murid. Guru dan murid boleh menggunakan keputusan yang dijana secara automatic untuk membuat refleksi agar menambahbaik pencapaian murid. Penggunaan teknologi juga akan member peluang kepada murid untuk berkomunikasi secara online dengan guru mengenai mata pelajaran yang diajar serta memberi maklum balas serta merta (Vendlinski & Stevens, 2002).

Portfolio Elektronik

E-portfolio atau portfolio elektronik merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM). E-portfolio merupakan satu koleksi artifak dari koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan yang tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu ataupun organisasi. E-portfolio juga dapat digunakan bagi menunjukkan perkembangan diri dan pengetahuan individu. Berdasarkan tugasan yang dilakukan ,e-portfolio sangat berguna kepada pelajar untuk menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajari. Justeru itu, e-portfolio bolehlah dikatakan sebagai buku elektronik peribadi kepada mereka yang membangunkanya. Misalnya untuk guru, e-portfolio boleh digunakan sebagai medium pengajaran. Ia membolehkan guru dan pelajar untuk berkolaborasi dan memberi peluang kepada guru untuk membekalkan contoh-contoh hasil kerja pelajar yang konkrit serta mempunyai hubungan jelas dengan hasil pembelajaran kurikulum. Manakala bagi pelajar , e-portfolio boleh digunakan sebagai tempat untuk

menyimpan segala bahan pembelajaran dan hasil pentaksiran. Ia juga member

peluang pelajar untuk membuat refleksi, menilai kendiri dan memantau perkembangan diri dalam pembelajaran.

Jika e-portfolio digunakan untuk pentaksiran untuk pembelajaran, ia seharusnya membolehkan pelajar untuk menceritakan pembelajaran mereka. Ia satu kaedah untuk menyimpan hasil kerja mereka dan boleh dijadikan evidens pentaksiran dalam merekod perkembangan murid. Ini seterusnya akan menggalakkan fasa refleksi dan pembelajaran secara mendalam(deep learning) (Barrett & Carney, 2005)

Penutup

Secara keseluruhan, bab 7 telah membincangkan konsep-konsep asas pentaksiran dalam pendidikan, prinsip dan ciri-ciri utama pentaksiran, pentaksiran sekolah rendah dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Konsep asas tentang perangkaan asas dalam pentaksiran seperti kekerapan, ukuran kecenderungan memusat,

169

sisihan piawai dan skor piawai turut diterangkan. Bab berakhir dengan interpretasi data dan pelaporan data serta perbincangan tentang penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pentaksiran.

Rujukan

Barret, H.,& Carney, J. (2005) Conflicting paradigms and competing purposes in electronic portfolio development Retrieved 20 June 2005, from http://electronicportfolios.org/portfolios/LEAJournal-BarrettCarney.pdf,

Bennett, M. 2000. Assessment to promote learning. The Law Teacher 34 (2) : 167 - 174.KA1 JALT (LW Cur Periodical)

Bahagian Pendidikan Guru.(2005). Unit 3 Penilaian. Dalam Modul LPBS. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Bahagian Pendidikan Guru. (2000). Modul 3: Ilmu Pendidikan, Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Bull, J. (1999) Update on the National TLTP3 Project The Implementation and Evaluation of Computer-assisted Assessment, in: M. Danson (Ed.), 3rd International CAA Conference,Loughborough University, 16–17 June 1999.

Guskey, T. R. (2001). Mastery learning. In J. S. Neil & B. B. Paul (Eds.), International Journal of the NUS Teaching Academy Encyclopedia of the Social & Behavioral Sciences (pp. 9372-9377). Oxford: Pergamon.

Liang, X. & Creasy, K. (2004). Classroom assessment in web-based instructional

environment: instructors’ experience. Practical assessment, research & evaluation, 9(7). Retrieved April 8, 2009 from

http://PAREonline.net/getvn.asp?v=9&n=7.

New South Wales Department of School Education.(1997). Strategies for assessment and reporting primary schools. NSW: Department of School.

Pintrich, P. R., & Schunk, D. H. (1996). Motivation in education: Theory, research and applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc.

Vendlinski, T. & Stevens, R. (2002). Assessing student problem-solving skills with complex computer based tasks. Journal of Technology, Learning and Assessment, 1(3). Retrieved November 20, 2008, from http://escholarship.bc.edu/jtla/vol1/3

Dalam dokumen Tajuk 7 PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (Halaman 50-53)

Dokumen terkait