• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODOLOGI KAJIAN

3.3 Pengumpulan Data

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif yang merupakan penyelidikan kualitatif. Sumber-sumber yang berkaitan sangat diperlukan bagi menyempurnakan tujuan asal kajian ini. Proses pengumpulan data dalam kajian ini secara dasarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu data primer (utama) dan data sekunder. Data primer merupakan data asal yang diperolehi melalui tiga instrumen iaitu Jadual Analisis Strategi Penterjemahan Peribahasa Melayu-Arab (JASPPMA), soalan temu bual semi berstruktur dan Jadual Peribahasa Arab (JPA).

Manakala data sekunder merupakan data yang dikumpul melalui hasil pembacaan berkaitan kajian ini sama ada dalam atau luar negara seperti buku, artikel, majalah, kertas seminar, kertas persidangan, tesis, disertasi dan sebagainya yang diterbitkan dalam pelbagai terbitan juga hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik lain. Hasil pembacaan melalui data sekunder membantu dalam menyumbang bermacam idea seperti jenis-jenis strategi penterjemahan peribahasa, metodologi yang diterapkan, dapatan kajian serta penemuan baru selepas kajian dijalankan.

3.3.1 Instrumen Kajian

Penyediaan instrumen dalam kajian ini adalah bergantung kepada persoalan kajian. Terdapat tiga instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data iaitu Jadual Analisis Strategi Penterjemahan Peribahasa Melayu-Arab (JASPPMA), soalan temu semi

Analisis Strategi Penterjemahan Peribahasa Melayu Ke Bahasa Arab

Instrumen Kajian

Jadual Analisis Strategi Penterjemahan Peribahasa Melayu-Arab (JASPPMA)

Soalan Temu Bual Semi Berstruktur (Penutur Jati BA)

Apakah strategi yang diaplikasikan oleh penterjemah bagi menterjemah PM ke BA?

Adakah padanan maksud PM dengan terjemahannya ke BA tepat?

Adakah penutur jati Arab memahami PM yang diterjemahkan ke BA?

Jadual Peribahasa Arab (JPA) Yang

Ditemu Bual berstruktur dan Jadual Peribahasa Arab (JPA) yang ditemu bual. Rajah 3.1 di bawah menunjukkan reka bentuk kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji secara ringkas :

Rajah 3.1 : Reka Bentuk Penyelidikan

3.3.1.1 Jadual Analisis

Sebuah jadual yang dinamakan Jadual Analisis Strategi Penterjemahan Peribahasa Melayu-Arab (JASPPMA) (rujuk Lampiran B) direka bertujuan menyenaraikan peribahasa berunsur haiwan yang dipilih daripada Kamus Peribahasa Melayu-Arab-Inggeris. Fungsi JASPPMA dalam kajian ini sangat penting untuk menghasilkan data yang lebih sistematik dan memudahkan pengkaji menilai ketepatan padanan maksud PM dengan terjemahannya ke

BA. Penilaian dilakukan dengan menggunakan metode perbandingan dengan cara menilai maksud PM dengan maksud PA sama ada pengertian kedua-duanya memiliki maksud yang tepat atau sebaliknya. Seterusnya, JASPPMA turut membantu pengkaji untuk menganalisis strategi yang diaplikasikan oleh penterjemah bagi menterjemah PM ke BA kerana terdapat peribahasa yang menggunakan dua jenis strategi ketika menterjemahkan PM ke BA. JASPPMA telah disemak oleh seorang pensyarah BA untuk memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan instrumen setelah dianalisis oleh pengkaji sendiri.

3.3.1.2 Soalan Temu Bual

Janesick (2011:100) menyatakan ‘interviewing is an ancient technique’. Beliau mentakrifkan temu bual ialah pertemuan dua orang untuk bertukar-tukar maklumat dan idea melalui soalan-soalan dan jawapan yang menghasilkan komunikasi dan pembinaan bersama makna mengenai topik tertentu.

Menurut Chua (2011:128), temu bual didefinisikan sebagai perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian. Temu bual merupakan interaksi bersemuka antara penemubual dan responden. Temu bual dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat dari responden secara lisan (perbualan), jawapan secara bertulis, melalui rakaman kaset, video, dan media elektronik yang lain.

Kaedah temu bual yang digunakan oleh pengkaji adalah temu bual semi berstruktur. Mengikut takrif yang diberikan oleh Othman (2009:122), temu bual semi berstruktur menggabungkan ciri fleksibiliti temu bual terbuka atau tidak berstruktur dengan ciri-ciri mengarah dan seragam temu bual berstruktur. Soalan-soalan dalam temu bual semi

berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budi bicara penemu bual dan partisipan.

Chua (2011:130) juga menyatakan definisi yang hampir sama bagi temu bual semi berstruktur di mana pengkaji menyoal sebilangan soalan formal yang telah dibina sebelum sesi temu bual, tetapi penemubual juga diberi kebebasan untuk menyoal dan menjelajah lebih mendalam tentang jawapan responden kepada satu soalan formal yang telah ditanya.

Justifikasi kaedah temu bual dipilih dalam kajian ini kerana pengkaji berkehendakkan jawapan daripada responden secara spontan tanpa menggunakan bantuan daripada manusia atau sebarang alat teknologi. Tambahan pula, kaedah ini dilakukan bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman penutur jati Arab ke atas terjemahan PM ke BA di samping menyokong analisis strategi penterjemahan dan ketepatan padanan maksud yang akan diperolehi. Item soalan temu bual dijadikan sebagai tema untuk menganalisis temu bual. Berikut adalah tema utama yang disenaraikan :

1. Analisis pengetahuan responden ke atas PM yang diterjemahkan ke BA 2. Analisis tahap kefahaman responden ke atas PM yang diterjemahkan ke BA

Tema pertama dipilih untuk mengetahui secara umum pengetahuan responden ke atas PM yang diterjemahkan ke BA kerana asalnya adalah PM dan berkemungkinan responden akan menghubungkaitkan dengan budaya mereka.

Tema kedua pula bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman responden ke atas PM yang diterjemahkan ke BA walaupun jawapan mereka berkemungkinan tahu ataupun tidak tahu.

Soalan temu bual (rujuk Lampiran F) disemak oleh pensyarah bahasa Arab untuk memperolehi kesahan sebelum temu bual dilakukan. Apa yang ingin dikenal pasti adalah tahap kefahaman responden yang menepati jawapan dan secara tidak langsung strategi yang berkesan untuk digunakan oleh penterjemah diperolehi.

3.3.1.3 Jadual Peribahasa Arab Yang Ditemu Bual

Jadual Peribahasa Arab (JPA) yang ditemu bual (rujuk Lampiran G) akan dihasilkan selepas proses analisis strategi penterjemahan dan menilai ketepatan padanan selesai dilakukan. Peribahasa yang dipilih adalah secara rawak iaitu dua peribahasa Arab mewakili setiap strategi dan disemak oleh pensyarah bahasa Arab untuk memperolehi kesahan. Kemudian peribahasa dikategorikan kepada dua tahap iaitu peribahasa mudah dan peribahasa agak susah. Akan tetapi, peribahasa yang ada menggunakan strategi kelima iaitu menterjemah makna peribahasa tanpa mengekalkan unsur-unsur PM tidak akan diambil untuk ditemu bual. Hal ini kerana, peribahasa yang telah diterjemahkan maknanya yang tersirat sudah tentu difahami dengan mudah oleh responden.

3.3.2 Prosedur Pengumpulan Data

Tatacara temu bual dilaksanakan dengan memberi surat kepada responden (rujuk Lampiran C) untuk memohon kerjasama menjawab soalan temu bual dan disertakan surat kebenaran daripada pihak Fakulti Bahasa dan Linguistik untuk mengumpul data (rujuk Lampiran D). Setelah dipersetujui, responden akan mengisi borang maklumat profil responden (rujuk Lampiran E). Kemudian, pengkaji akan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada responden sebelum proses rakaman dilakukan sepanjang sesi temu bual tersebut berjalan. Setelah itu, pengkaji mengemukakan soalan temu bual semi berstruktur kepada responden

(rujuk Lampiran F) manakala responden mendengar soalan sambil memerhatikan Jadual Peribahasa Arab (JPA) yang menyenaraikan enam peribahasa (rujuk Lampiran G).

Semasa soalan diajukan kepada responden, jawapan mereka dirakamkan dan dicatat sepanjang sesi temu bual dengan tujuan mengelak daripada ketinggalan maklumat. Galakan minimum turut digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada responden kajian mengenai perkara-perkara berkaitan budaya dalam peribahasa di samping memberi ruang kepada mereka menyatakan pendapat tersendiri.

Di akhir sesi, pengkaji akan membuat semakan dengan memberi responden melihat catatan jawapan yang ditulis oleh pengkaji supaya jawapan dan maklumat yang diberikan adalah benar. Kemudian, jadual transkripsi temu bual responden disediakan untuk proses penganalisisan data temu bual (rujuk Lampiran H). Lokasi kajian untuk menjalankan temu bual dilakukan di Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.