• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENILAIAN FORMATIF

2.2 KAEDAH PENTAKSIRAN PS

3.1.1 PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Ciri-ciri : Formatif

sepanjang masa selepas P&P di jalankan bercorak ujian diagnostik

digunakan serta merta dalam memperrbaiki P&P

Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentu-kan gred Formatif

sepanjang masa selepas P&P di jalankan bercorak ujian diagnostik

digunakan serta merta dalam memperrbaiki P&P

Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentu-kan gred

Sumatif

dibuat pada akhir P&P, penggal, tahun menilai tahap penguasaan pelajar menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan Contoh: UPSR, PMR atau SPM Sumatif

dibuat pada akhir P&P, penggal, tahun menilai tahap penguasaan pelajar menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan Contoh: UPSR, PMR atau SPM Pemerhatian rekod anekdot temubual senarai semak borang kemajuan diri soal selidik

rekod profil murid Pemerhatian rekod anekdot temubual senarai semak borang kemajuan diri soal selidik

rekod profil murid

Portfolio

penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pem- belajaran pelajar dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang Portfolio penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pem- belajaran pelajar dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang Hasil Kerja pencapaian kebolehan dan kemahiran murid Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Hasil Kerja

pencapaian kebolehan dan kemahiran murid Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

 dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.

 dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.

 bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input

akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.

 dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung

 maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya

 Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

Prosedur Penilaian Formatif Menentukan topik pembelajaran.

 Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang

seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.

 Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.

 Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.

 Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.

 Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.

 Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.

 Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu

tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.

 Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90%

pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.

 Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.

 Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, guru

seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

Jadual 3.1 : Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP ISTILAH

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,

namakan, labelkan.

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan, tulis semula.

Penggunaan

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan,

ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Membentuk soalan ujian.

 Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan

 setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

Mencadangkan langkah susulan.

 Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik

pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid- murid.

 Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan

ujian yang diperolehi.

 Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif:

 memperbaiki pengajaran pembelajaran.

 meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.

 memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada

pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.

 menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.

 memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.

 guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat

antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid- murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.

 mengubah suai pengajaran seseorang guru.

 guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam

penyampaian.

 memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran

Latihan

Senaraikan DUA contoh ‘penilaian formatif’ serta bina soalan- soalan tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang dalam Pendidikan Seni Visual.

Dokumen terkait