• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENILAIAN HASIL KERJA

LEMAH 0 – 10 markah

4.2 PENILAIAN HASIL KERJA

Sebarang bentuk pengujian di dalam bidang pendidikan seni visual perlu dirancang dan diteliti dengan rapi sebelum ianya dijalankan. Kreativiti itu sendiri mempunyai takrifan yang sangat subjektif dan guru perlu jelas akan elemen atau kriteria yang ingin dilihat semasa pengujian. Huewitz & Day (2001) telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh menjadi panduan kepada guru seni visual di dalam penyediaan untuk sebarang bentuk pengujian di kelas.

i. Pengujian perlu melengkapkan pengajaran, seperti juga di dalam subjek lain. Soalan atau tugasan yang disediakan dalam pengujian mestilah telah diterangkan terlebih dahulu oleh guru di dalam pengajaran hari ke hari. Ini menepati konsep validity yang ada di dalam pengujian. Oleh itu, pengujian lebih merupakan pengukuran kepada kemampuan guru menfasilitasikan pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.

ii. Kreativiti pelajar jarang diukur dalam pengujian. Pengujian sering memfokus kepada apa yang telah pelajar pelajari. Walaupun melihat kemajuan pelajar adalah penting, luahan kreativiti juga sama penting untuk dinilai di dalam pendidikan seni visual. Lantaran itu, luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai.

iii. Walaupun seseorang pelajar itu mungkin tidak menunjukkan kemampuan semula jadi yang boleh dkagumi di dalam bidang seni, pengujian seharusnya memberi ruang kepada pelajar sebegini untuk berkarya dengan kemampuan yang mereka ada. Dalam erti kata yang lain, walaupun pengujian di dalam bidang seni haruslah mengambil kira aspek kreativiti, namun tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi. Pengujian biarlah bersesuaian dengan tahap kreativiti pelajar- pelajar di dalam kelas. Pelajar yang menunjukkan kemampuan kreativiti yang mengagumkan pula seharusnya diberikan ganjaran di atas usaha mereka tetapi mereka juga perlu memperlihatkan kemajuan di dalam bidang pembelajaran seni yang lain.

iv. Sebahagian daripada pengajaran di dalam penghasilan karya melibatkan kemahiran khusus seperti pengetahuan di dalam teori warna yang mempengaruhi kemampuan pelajar di dalam mencampurkan warna, menghasilkan warna berlainan daripada warna-warna lain, intensiti warna dan lain-lain lagi. Kemahiran sebegini juga sepatutnya diuji dan pelajar juga seharusnya ditunjukkan cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip- prinsip seni pada sebarang medium seni.

TAJUK 5

PENILAIAN PORTFOLIO

Sinopsis

Kesemua hasil kerja pelajar merangkumi karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail. Penyediaan portfolio memerlukan

komitmen yang tinggi daripada guru daripada segi masa, konsistensi dan juga perancangan yang teliti kerana portfolio kesemua pelajar perlu diperiksa dari semasa ke semasa. Disusuli dengan maklum balas untuk penambahbaikkan. pelajar juga perlu jelas dengan objektif penyediaan portfolio dan dimaklumkan terlebih dahulu akan bahan yang perlu dimasukkan di dalam portfolio dan bagaimana cara himpunan kerja mereka akan dinilai.

HASIL PEMBELAJARAN

Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :-

i. Kaedah menilai portfolio yang sesuai untuk Pendidikan Seni Visual

Pengenalan

Menilai portfolio dalam Pendidikan Seni Visual merupakan satu kaedah penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar dan proses yang digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat : • Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar

• Contoh hasil kerja pelajar

• Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan

Seni Visual

• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain

• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :

i. Kajian

• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan

• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

ii. Lakaran

• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat

idea yang konstruktif ‘Pewujudan Idea’

• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

iii. Rangka Sebenar

• Merangka reka cadang atau model

• Menentukan alatan dan bahan

• Prototaip (jika berkaitan)

iv. Persembahan Portfolio

• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat • Mengikut urutan

• Bersih, kemas dan mudah.

Menurut Adams & Hamm (1994), kriteria penilaian portfolio tergolong kepada empat kategori utama yang perlu diambil perhatian oleh guru, murid malah ibu bapa iaitu:

o Bukti pemikiran kritis dan kreatif

o Kualiti aktiviti dan kajian

o Kepelbagaian dalam pendekatan dan kajian

o Bukti kefahaman dan kemahiran aplikasi pengalaman luar bilik darjah.

Contoh penilaian portfolio murid

Kriteria dan petunjuk yang dicadangkan kepada tujuan penilaian portfolio. Guru memilih cara penilaian portfolio kerana hendak menilai penguasaan kemahiran, kreativiti dan kemajuan murid:

Kriteria Petunjuk

Kandungan

Adakah murid memilih tajuk yang sesuai bagi menggambarkan kandungan portfolionya?

Adakah murid memberi tumpuan kepada aspek penting dalam tajuk?

Tajuk tepat

Tajuk memberikan gambaran yang jelas tentang kandungan portfolio. Maklumat, idea dan contoh yang menarik dan relevan dimasukkan dalam portfolio.

Kriteria

Adakah murid mempersembahkan idea secara kreatif?

Idea murid adalah pelbagai, asli dan terdapat persepsi dan interpretasi baru.

Kemajuan

Adakah murid menunjukkan bukti kemajuan dalam pembelajaran?

Menunjukkan kemajuan dari segi perbezaan antara hasil kerja pertama dengan yang terkini.

Kemajuan dalam turutan hasil kerja yang dipilih.

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Buku Sumber Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rubrik Penilaian Portfolio PSV

Daripada petunjuk yang dikenalpasti oleh guru, suatu rubrik penilaian boleh dihasilkan. Murid patut juga mengetahui tentang rubrik yang ditentukan guru.

Markah Skema

• Tajuk portfolio tepat

• Gambaran jelas dengan kandungan

• Maklumat jelas, tepat dan betul.

4 dan interpretasi baru.

• Menunjukkan kemajuan daripada segi perbezaan antara hasil kerja awal dengan hasil terkini. Bukti urutan juga diperlihatkan dengan jelas.

3

• Tajuk portfolio tepat

• Gambaran jelas dengan kandungan

• Kebanyakkan maklumat jelas, tepat dan betul.

• Kebanyakkan idea yang pelbagai, asli dan

memperlihatkan perspektif dan interpretasi baru.

• Menunjukkan ada kemajuan daripada segi perbezaan

antara hasil kerja awal dengan hasil terkini.

2

• Tajuk portfolio tepat

• Gambaran agak jelas dan relevan tetapi kurang menarik.

• Kebanyakkan maklumat jelas dan betul.

• Kebanyakkan idea murid adalah pelbagai, tetapi kurang asli dan menampakkan perspektif dan interpretasi baru.

• Menunjukkan sedikit kemajuan daripada segi

perbezaan antara hasil kerja terdahulu dengan hasil terkini.

1

• Tajuk portfolio kurang tepat dan tidak memberi gambaran yang jelas.

• Kebanyakkan maklumat, idea dan gambaran kurang relevan dan tidak menarik.

• Kebanyakkan idea murid adalah sama dan tidak asli.

Tidak menampakkan perspektif dan interpretasi lain. • Tidak menunjukkan kemajuan antara hasil dahulu

dengan yang terbaru.

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Buku Sumber Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berdasarkan maklumat, penerangan serta penjelasan yang diutarakan, portfolio pendidikan seni amat penting untuk dilaksanakan di sekolah. Ia bukan sahaja menekankan kepada proses meningkatkan pengalaman pembelajaran murid, malah boleh dijadikan bahan sumber serta rujukan dari masa ke semasa oleh pihak lain yang ingin menilai perkembangan pembelajaran murid.

Dokumen terkait