• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENILAIAN SUMATIF

2.2 KAEDAH PENTAKSIRAN PS

3.1.2 PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.

Ciri- ciri:

 lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran

 untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan

Langkah-langkah membentuk ujian sumatif :

 Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi

maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

 Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan

 Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan

item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.

 Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.

 Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya

murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

 Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.

 Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik

Tujuan :

 membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.

 memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian

yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.

 mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.

 dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang

berkaitan.

 memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut

kumpulan

Jadual 3.2 : Perbezaan Penilaian Formatif dan Sumatif

Konsep Mengesan penguasaan pelajar pada suatu hasil pembelajaran melalui pengujian yang dapat dibina dan ditadbir secara formal ataupun tidak formal.

Mengesan pencapaian pelajar dalam tempoh tertentu persekolahan melalui pengujian yang dijalankan secara formal. Waktu Penilaian Sepanjang proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung.

Pada pertengahan ataupun akhir penggal / semester persekolahan. Kaedah Formal: pensel, kertas.

Tidak formal: Pemerhatian, soal jawab, latihan.

Dibuat secara individu ataupun berkumpulan.

Dibuat secara formal: Ujian pensel dan kertas, lisan.

Dijalankan secara berkumpulan.

Selepas penilaian dijalankan

Menjalankan tindakan susulan ke atas pelajar:

a. Aktiviti bimbingan bagi kemahiran yang belum dikuasai.

b. Aktiviti pengukuhan bagi kemahiran yang sudah mula dikuasai.

c. Aktiviti penggayaan bagi memperkembangkan penguasaan kemahiran.

Mengubahsuai proses pengajaran dan pembelajaran.

memperbaiki kurikulum sedia ada. Mengumpulkan pelajar mengikut tahap penguasaan. Latihan 42

Senaraikan DUA contoh ‘penilaian sumatif’ serta bina soalan-soalan tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang dalam Pendidikan

3.1.3 PEMERHATIAN

Penilaian kaedah pemerhatian adalah merupakan jenis penilaian authentik. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) menjelaskan bahawa pemerhatian ialah sejenis bentuk penilaian autentik yang menolong guru- guru untuk membimbing murid-murid untuk mempertingkatkan kebolehan mereka secara individu. Pengimplementasian kaedah penilaian pemerhatian ini boleh dijalani secara global atau analitik berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan oleh seorang guru. Jenis penilaian ini mudah dan senang untuk dilaksanakan oleh guru-guru tetapi sangat sukar untuk menentukan kesahan dapatannya. Ini kerana kaedah pemerhatian di pengaruhi oleh persepsi (tanggapan), ilmu dan pengalaman sebenar guru-guru. Guru-guru boleh membuat persepsi atau tanggapan terhadap murid-murid. Mereka juga boleh membuat pemerhatian jangka panjang atau jangka pendek. Dalam penilaian ini, guru-guru akan melaporkan apa jua aksi yang mereka saksikan.

Cara paling baik untuk melaporkan pemerhatian ialah dengan menggunakan senarai semak dan rubrik. Guru-guru juga boleh menggunakan senarai semak atau rekod anekdot untuk membuat pemerhatian kognitif, afektif, psikomotor, materialistik dan persekitaran. Senarai semak selalu digunakan untuk memerhati pencapaian murid- murid selepas satu jangkamasa tertentu. Ia juga dapat digunakan untuk menentukan sama ada murid-murid telah mencapai kriteria untuk tugasan spesifik yang ditetapkan. Ia juga digunakan untuk penilaian bilik darjah kerana ia senang untuk dibentuk dan mudah untuk digunakan.

Jadual 3.3: Satu Contoh Senarai Semak Bilik Darjah LAMPIRAN PEMERHATIAN BILIK DARJAH

Nama Murid : _________________________________________ Tarikh Lahir : __________________ Darjah : ________________ Bilik Darjah Pemerhatian : ________________________________ Guru : _____________________________ Masa : _____________ Sila nilai pencapaian murid dalam bidang-bidang berikut:

Baik Lemah

Memuaskan Tidak dapat diperhatikan Murid dapat membuat yang berikut:

1. Mengikut peraturan Ya Tidak

_________________________________________________________ 2. Melibatkan diri dalam perbincangan kelas Ya Tidak

_________________________________________________________ 3. Mentadbirkan kerja bilik darjah Ya Tidak

_________________________________________________________ 4. Bekerjasama dengan murid yang lain Ya Tidak

_________________________________________________________ 5. Melengkapkan tugasan Ya Tidak

_________________________________________________________

Latihan

44

Hasilkan satu contoh instrumen senarai semak pemerhatian untuk digunakan bagi menilai pencapaian murid dalam kegiatan

Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran (2002) penilaian kaedah pemerhatian dalam konteks pendidikan seni visual sekolah rendah, melibatkan

pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.

Guru-guru juga boleh menggunakan rubrik dalam teknik pemerhatian. Sebuah rubrik menyediakan satu ukuran tentang kualiti pencapaian atas dasar kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Rubrik juga boleh digunakan dengan satu kriteria yang dapat menyediakan piawaian dalam menilai pencapaian murid. Sebagai contoh, rubrik juga dapat digunakan sebagai alat untuk menilai tugasan matematik/bahasa yang melibatkan produksi lisan atau bertulis daripada pihak murid. Satu contoh rubrik yang dapat ditunjukkan dalam jadual 3.4 di bawah. Murid-murid dinilai atas komponen dan kemahiran dalam matematik melalui teknik pemerhatian.

Jadual 3.4: Contoh Rubrik yang Digunakan Dalam Penilaian Matematik Kriteria Memerlukan Kemajuan Mencukupi Cemerlang Mengira satu bilangan sambil padankan kepada satu objek  Tidak menunjukkan kepada objek semasa mengira.  Mengira secara lisan.  Dapat menunjuk kepada setengah objek tetapi membuat banyak kesilapan semasa mengira.  Dapat mengira dengan betul kepada beberapa kumpulan.  Menunjuk kepada objek dalam kumpulan semasa mengira.  Membuat beberapa kesilapan.  Dapat mengira semua kumpulan.  Menunjuk kepada setiap objek dalam kumpulan semasa mengira.  Membuat sedikit atau tidak begitu banyak kesilapan mengira. Mengenal pasti bilangan dalam satu kumpulan

Jarang / Tidak Kadang-Kadang Kerap / Selalu Dapat mengenalpasti nombor bertulis sambil padankan dengan bilangan yang betul.

Jarang / Tidak Kadang-Kadang Kerap / Selalu

3.1.4 PORTFOLIO

Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) ialah satu koleksi yang terdiri daripada pelbagai resos dan bahan-bahan yang relevan

dengan hasil pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuatu portfolio biasa mendokumentasikan semua hasil kerja murid dan mungkin termasuk perekodan proses-proses yang lain seperti draf kerja murid, penilaian kendiri murid dan penilaian ibu bapa. Ia dapat digunakan untuk menilai kebolehan dan kemajuan murid-murid secara berterusan. Oleh kerana portfolio disediakan oleh murid-murid dalam masa bebas mereka, ia juga dapat digunakan sebagai satu rekod untuk menunjukkan pencapaian mereka dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Guru-guru mesti menentukan tahap pencapaian yang murid-murid mesti menunjukan dalam portfolio mereka. Sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada bahan-bahan berikut:

i. Nota-nota yang disediakan oleh guru ii. Senarai semak yang disediakan oleh guru iii. Refleksi kendiri murid

iv. Buku log

v. Bku jurnal; dan

vi. Gambar dan foto

Jenis-jenis portfolio yang berlainan yang murid-murid boleh cipta adalah portfolio bekerja, portfolio dokumentari, portfolio produk akhir, portfolio individu dan kerja kumpulan.

Dokumen terkait