• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penilaian Penggunaan Hasil Pengubahsuaian Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Terpilih

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 171-179)

Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia

Rajah 14. 1: Kerangka Topik 14

14.5 Penilaian Penggunaan Hasil Pengubahsuaian Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Terpilih

Aspek-aspek lain yang perlu difikirkan ialah cara sumber itu disampaikan kepada para murid. Adakah sumber itu guru sahaja yang menggunakannya? Bagaimanakah tindak balas murid terhadap sumber tersebut? Adakah bahan itu bermanfaat kepada semua murid? dan adakah amanat atau pengetahuan yang hendak disampaikan melalui bahan itu jelas, dan secara keseluruhannya dapat memenuhi objektif pengajaran? Untuk mencapai satu tahap penggunaan bahan yang berkesan, beberapa soalan harus dapat dijawab oleh para guru.

a) Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu dapat memenuhi keperluan pancaindera para murid?

Semua sumber pengajaran sama ada yang digunakan oleh guru atau yang digunakan oleh murid mestilah mempunyai sifat-sifat yang dapat memenuhi keperluan pancaindera para murid. Sumber yang berasaskan mengikut keperluan pencaindera para murid akan lebih berkesan dan berfaedah.

b) Banyak manakah bahan-bahan itu dimuatkan dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran.

Semua jenis bahan pengajaran sains dalam pelbagai bidang ilmu tidak boleh diajar secara sekaligus. Oleh sebab sistem pendidikan kita berdasarkan peringkat-peringkat perkembangannya, maka bahan-bahan yang digunakan itu hendaklah dipilih, disesuaikan dan digunakan mengikut masa yang telah ditentukan pada setiap peringkat. Dalam kontek ini, bahan itu tentulah dipengaruhi oleh sukatan pelajaran

SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

9

sains pada peringkat yang telah diterapkan itu. Dalam hal mengajarkan sesuatu bahan itu dalam sesuatu waktu tertentu, bahan-bahan yang disediakan hendaklah mencukupi, tidak kurang dan tidak pula melebihi daripada masa yang telah ditetapkan. Guru harus memastikan bahawa dalam masa yang sesingkat itu, bahan-bahan yang disediakan harus memiliki sifat-sifat mendidik, memberi pengetahuan dan kemahiran serta harus dapat disampaikan dalam masa tersebut.

c) Apakah bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajar?

Hal ini juga ditentukan oleh objektif pengajaran dan pembelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Dalam pengajaran sains sekolah rendah, perkara penting yang perlu diajar ialah kemahiran saintifik yang merangkumi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang digunakan mestilah disusun dengan mengambil kira perkara-perkara tersebut. Penggunaan bahan harus dapat menekankan aspek-asek ini dalam bentuk yang teratur dan sistematik.

d) Adakah sumber itu dapat disampaikan dengan cara yang terbaik?

Keupayaan murid-murid menyerap pengetahuan yang disampaikan biasanya bergantung kepada sejauh mana guru mereka dapat menyampaikan pengajaran itu kepada mereka. Dalam hal ini, guru-guru harus sentiasa memikirkan cara-cara yang terbaik yang dapat digunakan untuk memudahkan pemahaman mereka. Guru harus memastikan pendekatan, kaedah dan teknik, aktiviti-aktiviti serta alat-alat bantu mengajar yang digunakan sesuai untuk menyalurkan ilmu pengetahuan daripada sumber tersebut.

e) Adakah terdapat perbezaan dariada segi jumlah dan kualiti dalam teks.

Jika seseorang guru itu menggunakan teks sebagai bahan-bahan pengajaran, guru itu harus sedar bahawa sesebuah teks itu selalunya dibina daripada pelbagai bahan yang berkaitan dalam pelbagai disiplin ilmu. Semakin banyak gabungan disiplin ilmu, maka

SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

10

makin luas isi, pengetahuan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, bahan-bahan yang termuat dalam sesebuah teks jamin kesinambungan isi dan pengungkapan idea yang berterusan. Perhatian harus diberikan kepada kandungan persembahan, kemahiran saintifik, ilustrasi, penerapan nilai dan sensitiviti, latihan dan aktiviti dan sebagainya supaya tidak menjejaskan pengajaran guru.

Pertimbangan guru terhadap kriteria memilih sumber pengajaran telah menyebabkan guru memandang sumber tersebut daripada pelbagai segi dengan beberapa disiplin. Walau bagaimanapun, proses menilai seharusnya tidak terlalu mekanikal sehingga melibatkan penilaian secara profesional pada setiap peringkat.

Dengan melihat sumber pengajaran daripada pelbagai perspektif yang berlainan, dan menentukan kriteria menilai secara eksplisit, kita berharap dapat memberikan maklumat-maklumat asas, (profesional judgement) dan membuat keputusan dalam bidang yang penting ini.

Penilaian boleh dipraktikkan secara berkesan, terutamanya melalui senarai semak, dan guru-guru boleh membuat penilaian berdasarkan senarai semak tersebut.

Perkara-perkara yang disenaraikan di bawah ini adalah cadangan yang mungkin dapat membantu guru-guru mendapat gambaran secara keseluruhan terhadap sesuatu bahan pengajaran, penilaian boleh dibuat secara umum tanpa merujuk kelas-kelas tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu murid.

i. Secara ringkas nyatakan objektif bahan-bahan pengajaran.

ii. Sejauh manakah sumber itu berjaya mencapai objektif-objektif yang telah dinyatakan?

iii. Beri perhatian kepada kekuatan-kekuatan tertentu.

iv. Beri perhatian kepada kelemahan-kelemahan tertentu.

v. Adakah perkara-perkara yang tertinggal?

vi. Untuk situasi pembelajaran yang bagaimanakah bahan-bahan ini tidak digunakan?

vii. Untuk situasi pembelajaran yang bagaimanakah bahan-bahan ini tidak sesuai digunakan?

SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

11

viii. Bandingkan sumber itu dengan sumber lain yang telai dinilai.

ix. Buat satu kesimpulan umum.

Jika seorang guru ingin menilai sumber pengajaran untuk sesebuah kelas dalam satu-satu situasi tertentu, guru seharusnya mempunyai satu senarai objektif yang ingin dicapai. Ini akan membolehkan guru tersebut menyesuaikan dan memadankan objektif-objektif pengajaran dengan potensi sumber-sumber tersebut. Namun demikian jangan mengharap kesesuaian yang begitu tepat. Sumber-sumber yang diubahsuai, diwujudkan untuk memenuhi keperluan objekti. Tiada satu pun sumber yang betul-betul sesuai untuk satu-satu kelas tertentu, terutama pada tahap perkembangan tertentu.

Jadi, tugas guru selanjutnya ialah mencari sumber-sumber yang hampir-hampir dapat memenuhi dan menepati keperluan mereka dan kemudian bersedia mengolah dan menyesuaikan sumber-sumber tersebut untuk memenuhi keperluan sendiri.

Mengumpul Maklumat

Cari maklumat tentang keperluan pengubahsuaian sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah mengikut tajuk untuk memenuhi objektif pembelajaran atau memenuhi keperluan murid.

SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

12 Latihan

Pilih topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah. Buat pengubahsuaian terhadap sumber sedia ada yang terdapat dalam buku teks atau buku latihan untuk memenuhi objektif pembelajaran atau mengikut keperluan murid. Hasil pengubahsuaian hendaklah dibentangkan dan kandungan pembentangan adalah seperti berikut:

Nama sumber:

Tahap/kelas:

Tajuk/subtajuk pelajaran:

Objektif yang hendak dicapai:

Keperluan murid yang hendak dipenuhi:

Sumber asal:

Rasional pengubahsuaian sumber asal:

Pengubahsuaian yang perlu dilakukan:

Situasi pembelajaran yang bagaimanakah sumber ini sesuai digunakan:

Situasi pembelajaran yang bagaimanakah sumber ini tidak sesuai digunakan:

Senarai bahan dan kuantiti yang diperlukan (bergambar):

Langkah-langkah pengubahsuaian (bergambar):

Layari internet untuk mengumpul maklumat tentang kriteria yang dapat digunakan untuk penilaian sumber pengajaran dan pembelajaran sains.

SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

13 Rujukan:

Poh, S. H. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal & Sumber Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

PANEL PENULIS MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

M. Sc (Taxonomy and Biodiversity), UMS B. Sc (Botany), UKM

Diploma Pendidikan, MPPPP

6 tahun sebagai guru

11 tahun sebagai pensyarah

DR NG KEE CHUAN Pensyarah Cemerlang IPG Kampus Gaya

[email protected]

PHD (Practical Ministry), Masters Institut, Indiana MA in Science Education, Institut of Education (University of London)

PhD (Biologi Pemuliharaan) – UMS (2009) Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) – UMS (2001)

B. Sc. Ed. (Hons), UKM (1991)

Diploma Pendidikan (Matematik & Sains) - MPTI

4 tahun sebagai guru 15 tahun sebagai pensyarah

NAMA KELAYAKAN

B.Sc (Hons) Biologi UKM (1994) Diploma Pendidikan Guru (1997)

9 tahun sebagai guru 9 tahun sebagai pensyarah

AB. MALEK BIN ABDUL RAHIM Pensyarah Sains

IPG Kampus Tawau

[email protected]

M. Sc (Taxonomy and Biodiversity), UMS(2007) B. Sc (Hons.) Biologi UPM(2000)

Sijil Perguruan Asas (1994)

9 tahun sebagai guru

10 tahun sebagai pensyarah

MAHMUD AHMAD Pensyarah Sains

[email protected]

M. Ed (Fizik), UPSI (2011)

B. App. Sc (Hons.) Geofizik, USM (2002) Diploma Pendidikan, MPPPP (2004)

M. Sc (Marine Science), UKM (2007) B. Sc (Hons.) (Genetiks), UM (1983) Diploma Pendidikan, UM (1987)

8 tahun sebagai guru 19 tahun sebagai pensyarah

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 171-179)

Dokumen terkait