PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH
SCE3123
PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Edisi September 2014
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KEPUJIANKEPUJIAN
ii Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011 Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru
Panduan Pelajar Pengenalan
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Pengurusan Makmal Sains
1.1 Struktur Organisasi Jawatan Kuasa Pengurusan Makmal Sains
1.2 Peranan Dan Tanggung Jawab Kakitangan Makmal Sains
1.3 Belanjawan, Pesanan dan Pembayaran 1.4 Prosedur Pelupusan
1.5 Reka Bentuk Makmal Sains
Tajuk 2 Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
Topik 3 Peraturan dan Keselamatan Makmal Topik 4 Teknik Asas Makmal I
Topik 5 Teknik Asas Makmal II
Topik 6 Pengawetan Spesimen Biologi I Topik 7 Pengawetan Spesimen Biologi II
Topik 8 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains I Topik 9 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains II Topik 10 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains II
KANDUNGAN
MUKA SURAT
ii
Topik11 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains III Topik12 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains III Topik 13 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains IV Topik 14 Penyediaan dan pengubahsuaian sumber terpilih dan pembentangan
Topik 15 Penyediaan dan pengubahsuaian sumber terpilih dan pembentangan
Bibliografi
Panel Penulis Modul Ikon Modul
vi
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
PANDUAN PELAJAR
vii
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
Pengenalan
Kursus ini meliputi 15 topik yang berkaitan dengan pengurusan makmal sains dan sumber.Topik-topik tersebut akan merangkumi tajuk-tajuk berikut:
Pengurusan makmal sains.
Pengendalian selamat bahan saintifik dan bahan kimia.
Peraturan dan keselamatan makmal.
Teknik asas makmal.
Pengawetan spesimen Biologi
Penyediaan dan pengubahsuaian sumber pengajaran dan pembelajaran sains
KeperluanKursus
Kursus ini adalah kursus praktikal yang akan memberi anda kemahiran dalam pengurusan makmal sains dan pengendalian sumber pengajaran dan pembelajaran sains. Kaedah yang akan digunakan adalah pembelajaran kendiri dengan latihan yang disediakan untuk mengukuhkan kefahaman. Selain itu, pelajar digalakkan untuk mencuba teknik-teknik yang diperkenalkan secara
“hands-on” supaya kemahiran tersebut dikuasai melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman.
Panduan pengagihan topik untuk tutorial adalah seperti berikut:
Tutorial Topik
1 1-3
2 4-6
3 7-9
4 10-12
5 13-15
Bahan Sokongan
Bahan sokongan seperti buku rujukan, buku panduan pengurusan makmal sains Kementeria Pelajaran Malaysia, laman web yang berkaitan akan membantu anda untuk memahami, mendalami dan menguasai ilmu dan kemahiran secara menyeluruh dan mendalam.
Maklumat Tentang Aktiviti atau Latihan dalam Modul ini
Latihan atau aktiviti disediakan selepas setiap topik dalam modul ini. Pelajar dikehendaki membuat latihan atau aktiviti tersebut dan dihantar kepada pensyarah melalui emel, OLL atau serahan langsung ketika menghadiri tutorial di IPG kampus masing-masing untuk disemak dan mendapat maklum balas.
Semua jawapan latihan tutorial dan aktiviti hendaklah disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bukti pembelajaran.
Kandungan modul SCE 3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber akan meliputi bahan pembelajaran untuk 45 jam. Interaksi Jadual berikut menerangkan tentang pengagihan tajuk untuk interaksi bersemuka dan modul untuk kursus ini.
(Pengagihan tajuk untuk interaksi bersemuka dan pembelajaran melalui modul adalah mengikut Jadual 3)
Bil. Tajuk Interaksi
bersemuka (jam)
Modul (jam)
Jumlah jam
1 Pengurusan Makmal Sains 1 1 2 3
2 Pengendalian Selamat Bahan 2 Saintifik dan Bahan Kimia
1 2 3
3 Peraturan dan Keselamatan Makmal 3 1 2 3
4 Teknik Asas Makmal I 4 2 1 3
5 Teknik Asas Makmal II 5 2 1 3
6 Pengawetan Spesimen Biologi I 6 2 1 3
7 Pengawetan Spesimen Biologi II 7 2 1 3 8 Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran Sains I
2 1 3
9 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains II
1 2 3
10 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains II
1 2 3
11 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains III
1 2 3
12 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains III
1 2 3
13 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sains IV
1 2 3
AGIHAN TAJUK
Bil. Tajuk Interaksi bersemuka
(jam)
Modul (jam)
Jumlah jam 14 Penyediaan dan pengubahsuaian
sumber terpilih dan pembentangan
1 2 3
15 Penyediaan dan pengubahsuaian sumber terpilih dan pembentangan
1 2 3
JUMLAH 20 25 45
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
1
TAJUK 1 PENGURUSAN MAKMAL SAINS
SINOPSIS
Pengurusan Makmal Sains yang baik akan mengambilkira pengurusan jawatankuasa pengurusan makmal yang efisien dari segi peranan setiap personel yang terlibat, pengurusan belanjawan, pembelian, penyimpanan dan perekodan stok serta proses pelupusan bahan kimia.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir tajuk ini, adalah diharapkan pelajar mendapat:
1. Ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan makmal sains yang melibatkan tugas setiap ahli dalam jawatankuasa pengurusan makmal sains
2. Memahami prosedur belanjawan dan pembelian bahan dan alatan sains, penyimpanan dan pelupusan bahan kimia
3. Mereka bentuk makmal sains yang betul.
KERANGKA TAJUK
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
2
ISI KANDUNGAN
1.1 Struktur Organisasi Jawatan Kuasa Pengurusan Makmal Sains
Makmal Sains perlu diuruskan dengan cekap agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Pengurusan yang cekap memerlukan komitmen daripada semua pihak bermula dari Pengetua/Guru Besar sehingga ke Pembantu Am Pejabat. Rajah 1.1 menunjukkan carta organisasi pengurusan makmal sains yang biasa diamalkan di sekolah ketika ini.
Rajah 1.1 : Carta Organisasi Pengurusan Makmal Sains Sekolah Menengah
Pengetua
Panitia Sains Panitia Matematik
Guru Kanan Sains
Guru Sains
Ketua Bidang Sains dan Matematik
SaidaMaMatematikMMatematik Penolong Kanan
Pembantu Makmal
Pembantu Am Pejabat (Makmal Sains)
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
3
Bagi sekolah rendah pula, bilik sains diuruskan oleh Ketua Panitia Sains dan biasanya terdapat empat unit dibawah pengurusan bilik sains iaitu;
a. Unit Keceriaan Bilik Sains b. Unit Penyimpanan Stok c. Unit Keselamatan Bilik
d. Unit Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar
Rajah 1.2 menunjukkan carta organisasi pengurusan bilik sains sekolah rendah.
Rajah 1.2 : Carta Organisasi Pengurusan Bilik Sains Sekolah Rendah.
Perbincangan
Bincangkan carta organisasi pengurusan makmal/bilik sains di sekolah anda yang sedia ada dan bandingkan dengan maklumat di atas. Nyatakan fungsi setiap personal dalam carta organisasi tersebut.
Guru Besar
Guru Sains Panitia Sains Guru Penolong Kanan
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
4
1.2 Peranan Dan Tanggung Jawab Kakitangan Makmal Sains
Semua anggota di bawah struktur organisasi dalam bidang Sains terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah.
Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan.
Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru- guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan.
Ketua Bidang Sains dan Matematik dan Ketua Panitia Sains bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains.
1.2.1 Fungsi Ketua Bidang Sains dan Matematik
1. Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.
2. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik adalah;
a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalanelektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
b. Merancang dan menyediakan :
i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan ii. Peraturan keselamatan
iii. Latihan kecemasan dan kebakaran
iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh
penggunaannya
c. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.
d. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
5
e. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang- kurangnya enam bulan sekali.
f. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
g. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.
h. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.
i. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.
j. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan.
k. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
1.2.2 Fungsi Ketua Panitia Sains
1. Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah.
2. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
3. Ketua Panitia Sains bertanggungjawab;
a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
6
e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut :
i. Pesanan peralatan dan bahan sains ii. Stok makmal sains
iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains iv. Kerosakan dan kehilangan
v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan vi. Kemalangan
vii. Rekod penggunaan makmal sains
f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.
g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
m. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.
1.2.3 Fungsi Guru Sains
1. Seorang Guru sains merupakan ahli dalam Panitia Sains sekolah.
2. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :
a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
b. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
7
bilik sains.
c. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
d. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.
e. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
f. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.
g. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
h. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.
1.2.4 Fungsi Pembantu Makmal
1. Fungsi Pembantu Makmal adalah;
a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.
f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.
g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.
h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
8
i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
m. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.
n. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.
o. Mencuci peralatan sains yang kotor.
p. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.
q. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
2. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pembantu makmal semasa cuti sekolah.
Latihan
1. Nyatakan tiga tugas utama Ketua Panitia Sains, Guru Sains dan Pembantu Makmal Sains dalam pengurusan makmal sains.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
9
1.3 Belanjawan, Pesanan dan Pembayaran
1.3.1 Belanjawan
1. Belanjawan melibatkan perancangan sistematik pembelian bahan kimia dan peralatan sains serta pejabat berdasarkan peruntukan. Ianya memerlukan kebijaksanaan bagi memastikan pengggunaan yang optimum oleh sekolah.
2. Dua komponen yang perlu diambilkira sebelum anggaran perbelanjaan dilakukan iaitu keperluan dan peruntukan. Keperluan dirancang berdasarkan stok semasa dalam simpanan makmal dan sistem rekod yang kemaskini sepanjang masa.
Peruntukan pula dirancang berdasarkan kedudukan peruntukan semasa yang kemaskini supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan.
3. Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal.
Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-gurukanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua/Guru Besar.
4. Semasa membuat belanjawan, perkara-perkara berikut perlu diambil kira;
a. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item- item dan;
Tentukan kegunaan tahunan item-item pakai habis.
Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
b. Periksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik, gas, perabot dan lain-lain.
c. Sediakan senarai keperluan tahunan.
d. Membuat senarai pendek keperluan tahunan peralatan dan bahan sains.
e. Mendapat senarai harga dari pembekal.
f. Mendapatkan jumlah peruntukan PCG.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
10
g. Membuat anggaran belanjawan dan senarai keutamaan.
h. Menyemak samada senarai keperluan ada dalam kontrak pusat.
5. Mesyuarat penyelarasan perlu dilaksanakan untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.
1.3.2 Pesanan dan Pembayaran
1. Pembelian keperluan makmal diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar.
2. Jika anggaran harga bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis melebihi RM500,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis antara RM50,000 hingga RM500,000 pembelian adalah melalui sebut harga. Bagi pembelian bagi satu item/jenis atau satu kelas item/jenis kurang daripada RM50,000, pembelian terus (Direct Award) secara sebut harga (RM 500.00-RM50,000.00) atau petty cash (RM 500.00 ke bawah).
3. Bekalan Pusat dibuat oleh Kementerian pelajaran Malaysia semasa sekolah baru dibina, kurikulum baharu diperkenalkan, atau program peruntukan khas diperuntukan oleh kerajaan. KPM akan menyelaras kontrak bekalan pusat dari segi mengenalpasti, membeli, menghantar, memasang dan menguji radas dalam satu jangka masa. Sekiranya peralatan atau bahan sains ada dalam senarai kontrak pusat tetapi sekolah ingin membuat pembelian dalam kuantiti yang minimum, makan pembelian secara terus bolehlah dilakukan kepada syarikat yang lain.
4. Prosedur pembelian secara sebut harga adalah seperti berikut;
a. Mendapatkan sebut harga.
Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan.
Nyatakan tarikh tutup sebut harga. Simpan salinan surat.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
11
b. Pemilihan pembekal
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. Kriteria utama ialah harga item yang berpatutan, kualiti barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. Satu senarai peralatan dan bahan mengikut syarikat yang telah dipilih perlu disediakan.
c. Mengisi Borang Pesanan dan menghantar kepada pembekal yang berjaya.
Perlu kelulusan ketua jabatan.
d. Pesanan Tempatan (LO) kepada pembekal.
e. Surat/nota tanda terima.
Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
f. Nota hantaran.
Pembekal menghantar nota hantaran, menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan.
g. Penerimaan barangan.
Pembekal menghantar barangan.
Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.
h. Invois.
Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran telah ditandatangani. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan harga yang dibuat. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran.
5. Prosedur Pembelian Secara Terus
I) Secara sebut harga (Direct Award)
a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua bidang/panitia.
b. Pihak pentadbiran sekolah akan meminta coutation dari beberapa syarikat.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
12
c. Pemilihan dibuat dan syarikat yang berjaya dihubungi.
d. Pihak sekolah akan menghantar borang pesanan dan syarikat akan menghantar peralatan/bahan bersama invois dan DO (Delivery Order).
e. Pihak sekolah memeriksa alatan/bahan sebelum menandatangani pada invois dan DO.
II) Secara Petty Cash
a. Pembantu makmal mengisi borang permohonan dan ditandatangan oleh ketua bidang/panitia.
b. Pihak makmal boleh membeli dahulu dan mengemukakan resit pada pihak pentadbir sekolah bagi mengeluarkan wang dari petty cash.
Mengumpul Maklumat
1. Anda dikehendaki mengumpul maklumat berkenaan prosedur pembelian dan pembayaran peralatan/bahan sains beserta contoh-contoh borang pesanan, invois dan Delivery Order.
1. Berikan takrif PCG (Per Capita Grant). Bagaimanakah kaedah pengiraan PCG bagi pelajar sekolah rendah kerajaan ditentukan.
Latihan
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
13
1.3.3 Penyimpanan Stok
1. Di makmal sekolah, peralatan sains biasanya disimpan di bahagian makmal sains atau di bilik persediaan manakala bahan kimia pula disimpan dalam stor kimia.
2. Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.
3. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia adalah seperti berikut;
a. Bahan-bahan kimia (sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, mudah terbakar, mengkakis dan sebagainya.
b. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.
c. Gunakan stok yang lama dahulu.
d. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.
e. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.
4. Bagi bahan kimia tak organik pula, ianya haruslah dilabel pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup.
5. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.
6. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam.
Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium.
7. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.
8. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara adalah seperi asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kaliumkarbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)klorida,
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
14
kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natriumhidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,zink nitrat.
9. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara seperti
ammoniumkarbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II),magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat dan natrium sulfat.
10. Bahan kimia cecair yang mengkakis tidak boleh diletakkan di atas rak yang tinggi.
11. Logam alkali yang sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara hendaklah disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak
dikeluarkan,gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.
12. Bagi Fosforus kuning (putih), ianya sangat berbahaya dan sangat aktif . Maka bahan ini perlu disimpan di dalam air sejuk.
13. Bagi bahan kimia yang terurai oleh cahaya seperti argentum nitrat dan asid nitrik pekat, ianya perlu disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.
14. Bagi bahan kimia yang mudah rosak oleh panas seperti vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.
15. Bagi bahan kimia yang sangat berbahaya seperti sebatian arsenik dan garam sianida. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
15
1.4 Prosedur Pelupusan
1. Pelupusan di makmal sains boleh dibahagikan kepada pelupusan bahan sisa pelupusan stok bahan kimia dan pelupusan aset alih kerajaan.
1.4.1 Pelupusan Bahan Sisa
1. Setelah menjalankan amali, anda perlu memastikan semua bahan buangan dilupuskan dengan cara yang betul. Amalan membuang sisa ini ke dalam sistem saliran atau longkang perlu dielakkan kerana berkemungkinan bahan ini akan mengalir ke kawasan perumahan, tasik atau sungai.
2. Cara-cara pelupusan yang sesuai adalah;
a. Bahan-bahan yang larut dalam air dan tidak reaktif boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran air yang banyak.
b. Bahan organik hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan.
c. Bahan kimia berasid pula hendaklah dicairkan sehingga 10-4 molar dan kemudian dineutralkan. Selepas itu barulah boleh dibuang ke saliran air yang banyak.
d. Garam-garam logam seperti merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu sebelum dibuang.
e. Bahan-bahan pepejal yang merbahaya boleh dibuang terus ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun kaca dan bahan-bahan logam hendaklah dibungkus dan dibuang.
f. Najis, bangkai haiwan dan sisa tumbuhan bolehlah ditanam.
1.4.2 Pelupusan Stok Bahan Kimia
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
16
1. Pelupusan bahan kimia atau stok bernilai rendah biasanya dilakukan apabila bahan kimia tersebut telah sampai tarikh luput, berlebihan, tercemar, bocor atau tidak digunakan lagi.
2. Sekolah perlu mengisi Borang Laporan Stok Bernilai Rendah KEW PS-19 dan mendapat tandatangan Pegawai Pemeriksa Stok yang terdiri dari Guru/Pensyarah Kimia/Biologi/Sains atau pembantu makmal. Pelupusan ini hendaklah mendapat kelulusan pengetua/Guru Besar.
3. Maklumat kemudiannya perlu dihantar kepada Pihak Berkuasa Melulus beserta dokumen berikut untuk mendapatkan kelulusan pelupusan;
a) Borang KEW PS-19
b) Surat dari Jabatan Alam Sekitar
c) Surat dari Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar.
4. Pelupusan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan mengikut kaedah- kaedah yang telah ditentukan seperti buang, tanam atau bakar.
1.4.2 Pelupusan Aset Alih Kerajaan
1. Bahan peralatan sains yang terdiri dari harta modal dan inventori perlu dilupuskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 05 Tahun 2009.
2. Pelupusan aset alih merupakan satu tindakan mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan.
3. Aset ini dilupuskan sekiranya mengalami kerosakan dan tidak ekonomik dibaiki, tidak boleh digunakan, melebihi keperluan, tidak bergerak dan disyorkan selepas verifikasi atau pemeriksaan aset dijalankan.
4. Jabatan perlu mengenalpasti aset yang perlu dilupuskan dan menyediakan Perakuan Pemeriksa PEP melalui borang KEW PA-16 (jika perlu). Kemudian lembaga pemeriksa melengkapkan Borang Laporan Lembaga Pemeriksa KEW PA-17 dan menghantar maklumat ke urusetia pelupusan untuk di hantar ke Jawatankuasa Melulus samada JPN atau KPM mengikut nilai aset tersebut.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
17
5. Setelah keputusan diterima dari pelulus, maka pelupusan perlu dilaksanakan segera dan sekolah perlu melengkapkan borang KEW PA-19 dan hantar semula ke kuasa melulus dan rekod aset di sekolah pula perlu dikemaskini di borang KEW PA-2 atau KEW PA-3.
1. Anda telah selesai menjalankan amali melibatkan beberapa bahan seperti;
Larutan asid hidroklorik cair
Larutan Natrium hidrksida cair
Hablur sulfur
Terangkan kaedah pelupusan bagi bahan sisa tersebut.
2. Nyatakan proses pelupusan bagi asid nitrik pekat yang telah tamat tempoh penggunaannya.
Latihan
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
18
1.5 Reka Bentuk Makmal Sains
Rak/almari radas
Rak Bahan
Kimia
Bilik Persediaan Stor Kimia
Meja
Staf
Pintu Bilik
Persediaan
Pintu Masuk
Meja Guru
− − − −
Meja
Pelajar
Sinki
− − − −
− − − −
− − − −
− − − −
− − − −
− − − −
Pintu Keluar Kebuk
Wasap
Almari
Rajah 1.3 : Reka bentuk makmal sains
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
19
1. Makmal Sains yang lengkap haruslah mempunyai sebuah bilik untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, sebuah bilik persediaan dan stor bahan kimia.
2. Meja makmal sains biasanya tetap pada kedudukannya dan dilengkapi dengan sinki dan paip gas. Bagi bilik sains pula, susunan meja boleh diubahsuai bagi tujuan aktiviti seperti main peranan, simulasi dan penyiasatan sains.
3. Bilik Persediaan biasanya menyimpan peralatan sains dan menempatkan seorang atau lebih pembantu makmal sains. Fail pengurusan makmal sains dan fail meja pegawai biasanya diletakkan disini.
4. Stor bahan kimia pula dilengkapi dengan rak untuk menyimpan bahan kimia samada dalam bentuk pepejal atau cecair dengan mengikut kaedah penyimpanan yang betul.
5. Bahan kimia yang mudah meruap, menghakis, berbau dan berbahaya biasanya dikendalikan dalam kebuk wasap.
Tutorial
1. Bincangkan perbezaan antara makmal sains dan bilik sains sekolah dari segi fungsi, susun atur dan kemudahan.
1.
Sila layari internet dan mencari contoh reka bentuk makmal sains di beberapa
sekolah dan bandingkan dari segi reka bentuknya.
Rujukan:
Beng, D.C. & Yahya, M.K. (1982). Panduan makmal sains. Kuala Lumpur:
Dewan Bahan dan Pustaka.
Nasir, J. & Zakaria, N. (2001). Panduan makmal sains sekolah. Online 28.10.
2012 http://makmal.8m.com/index.htm
Poh, S. H. (2001). Pedagogi sains 4: Pengurusan makmal dan sumber sains.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Layari Internet
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
5
TAJUK 2 PENGENDALIAN SELAMAT BAHAN SAINTIFIK DAN BAHAN KIMIA
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan pengendalian secara selamat bahan saintifik dan bahan kimia.
Aspek yang diberi perhatian termasuk cara pengendalian bahan kimia, bahan radioaktif dan bahan biologi, penyimpanan bahan kimia, pengendalian peralatan elektrik, dan penyimpanan peralatan sains dengan betul dan selamat.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir tajuk ini anda seharusnya dapat :
1. Mengendalikan bahan kimia, bahan radioaktif, bahan biologi, dan peralatan elektrik di makmal sains dengan betul dan selamat.
2. Menyimpan bahan kimia dan peralatan sains di makmal sains dengan betul dan selamat.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
6
KERANGKA TAJUK
ISI KANDUNGAN
2.1 PENGENALAN
Bahan saintifik dan bahan kimia dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan betul dan selamat supaya tidak mengakibatkan risiko yang berikut:
Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif.
Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis.
Alahan kepada bahan sains.
Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia.
Pencemaran kepada alam sekitar.
Keracunan disebabkan terhidu gas beracun.
Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)
Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
Bahan Kimia
Bahan Radioaktif
Bahan Biologi
Penyimpanan Peralatan
Elektrik
Peralatan Sains
Bahan Kimia
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
7
2.2 PENGENDALIAN BAHAN KIMIA
Bahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Beberapa bahan kimia mempunyai ciri-ciri tertentu seperti mudah terbakar dan meletup, mengkakis, beracun dan merengsa. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengendalikan bahan kimia adalah seperti berikut:
Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahan kimia yang digunakan adalah betul.
Gunakan bahan kimia mengikut kuantiti dan keperluan menjalankan amali.
Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.
Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia.
Guna kukus air untuk memanaskan bahan kimia dan elakkannya daripada terdedah secara terus dengan api.
Mengendalikan pelarut mudah terbakar dalam hud ekzos atau kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Pelarut yang tidak kehendaki haruslah dikembalikan kepada stor pelarut atau segera dilupuskan dengan betul.
Bekas yang mengandungi cecair mudah terbakar tidak perlu diisi lebih daripada satu setengah kapasitinya.
Apabila membuat ekstrak pelarut atau mengoncang cecair meruap, tekanan dalam bekas harus kerap dilepaskan/dikurangkan.
Jangan tuangkan cecair mudah terbakar ke dalam singki.
Elakkan tumpahan dan serta-merta membasuh tangan dengan sabun dan air jika tersentuh tumpahan tersebut.
Sentiasa menuangkan asid ke dalam air.
Jangan sekali-kali menggunakan spatula yang sama untuk mengeluarkan bahan kimia daripada dua bekas yang berbeza.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
8
Berikut merupakan simbol bahan kimia berbahaya:
Mudah terbakar Bahan beracun
Agen pengoksida Bahan mudah meletup
Bahan mengkakis Bahan merengsa atau bahaya
Rajah 2.1: Simbol-simbol bahan kimia berbahaya
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
9
2.3 Teknik menuang bahan kimia
2.3.1 Menuang bahan kimia dari botol reagen.
Rajah 2.2 : Teknik menuang bahan kimia
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
10
Perbincangan
1. Berikan jenis-jenis simbol bahan kimia berbahaya beserta contoh-contohnya.
2. Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan di atas, nyatakan kesan apabila mengendalikan bahan kimia tersebut dengan cara yang salah.
2.3.2 Memindahkan cecair kimia menggunakan penitis
Rajah 2.3 : Memindahkan cecair kimia menggunakan penitis
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
11
2.3.3 Menggunakan kaca rod untuk menuang cecair kimia
Rajah 2.4 : Menggunakan kaca rod untuk menuang cecair kimia
Memikir
1. Nyatakan cara pengendalian tumpahan bahan kimia seperti berikut;
i. Serbuk zink.
ii. Asid sulfurik cair iii. Gris
iv. Merkuri
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
12
2.4 PENGENDALIAN BAHAN RADIOAKTIF
Guru perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam pengendalian bahan radioaktif.
Elakkan bahan-bahan radioaktif daripada menyentuh kulit.
Barangan kaca yang khas digunakan bersama bahan radioaktif perlu disimpan secara berasingan.
Tangan dan bahagian lain badan yang telah tercemar dengan bahan-bahan radioaktif mestilah dibasuh sabun dan air dengan teliti.
Semua bahan radioaktif hendaklah dilupuskan pada akhir kelas amali.
Bahan Kimia Radioaktif
Langkah Pencegahan Radium, Strontium,
Amerikium, Kobalt, Thorium
Kot makmal, sarung tangan, kaca mata keselamatan dan penyepit hendaklah
digunakan semasa mengendalikan bahan ini.
Jangan hampirkannya pada tubuh.
Bahan Radioaktif dalam bentuk pallet
hendaklah disimpan semula dalam kotaknya yang telah dilindungi oleh plumbum.
Simpan di almari/tempat yang berasingan.
Beritahu jabatan bomba tentang adanya benda tersebut.
Jika ianya tidak diperlukan lagi, maklumkan pada Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) untuk tindakan pelupusan.
Jika terdapat kecurian bahan radioaktif, beritahu serta merta Jabatan polis, jabatan kimia dan JPN.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
13
2.5 PENGENDALIAN BAHAN BIOLOGI
1. Sebelum memulakan kerja, pastikan bahawa terdapat bekalan bahan antiseptik yang mencukupi.
2. Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.
3. Elakkan menyentuh mulut dengan tangan ketika mengendalikan bahan-bahan biologi.
4. Kultur bakteria dan kulat hendaklah direndam dalam disinfektan sebelum pelupusan.
5. Visor keselamatan harus dipakai apabila menggunakan picagari untuk menyuntik metanol kerana kemungkinan terpisahnya jarum daripada picagari tersebut.
6. Segala luka mestilah dibalut sebelum melakukan kerja yang melibatkan haiwan.
7. Haiwan liar perlu diperkenalkan ke sekolah dengan berhati-hati dan mengikut budi bicara kerana ia boleh membawa parasit serta risiko kepada jangkitan.
8. Elak mengendalikan kulit haiwan yang telah diawet kerana ia mungkin telah diproses dengan sebatian arsenical dan merkurik klorida.
2.6 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA
2.6.1 Bahan kimia tak organik
Biasanya disimpan berasingan daripada bahan kimia organik.
Botol-botol bahan kimia disusun mengikut abjad dan disimpan dalam almari yang bertutup.
Bahan kimia yang boleh menyerap wap air dari udara mesti disimpan berasingan dengan bahan kimia yang bersifat peroi (menghilangkan air habluran kepada udara).
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
14
2.6.2 Bahan kimia organik
Kebanyakannya adalah cecair yang meruap dan beracun.
Disusun mengikut abjad dan disimpan di tempat yang berasingan dari bahan- bahan lain.
Bilik stor/tempat penyimpanan dilarangkan penggunaan api dan mempunyai pengaliran udara yang baik.
Beberapa contoh bahan kimia organik yang amat mudah terbakar ialah aseton, benzene, karbon disulfide, etanol, toluene, propanol dan kloroform.
Latihan
1. Beri contoh beberapa bahan kimia yang boleh menyerap wap air dari udara, dan bahan kimia yang boleh menghilangkan habluran ke udara.
2. Bagaimanakah bahan kimia berikut disimpan?
Bahan kimia cecair yang meruap
Logam alkali
Asid Askorbik
2.7 PENGENDALIAN PERALATAN ELEKTRIK
Kemalangan mungkin berlaku jika alat elektrik tidak diguna dengan betul atau tidak disenggarakan dengan baik. Langkah-langkah berikut perlu diambil untuk mencegah kemalangan yang disebabkan oleh pengendalian alat elektrik yang tidak betul:
pastikan suis tidak dipasang dengan tangan yang basah.
Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas lantai yang lembap apabila menggunakan peralatan elektrik.
Tutup suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau peralatan.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
15
Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul dan baik serta menggunakan wayar yang bertebat.
Jangan melebihi beban kuasa dengan menggunakan lebih daripada satu peralatan pada setiap satu punca kuasa.
Soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah d iganti dengan segera.
Pastikan wayar disambung dengan mengikut kod warna yang betul.
Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan yang baik.
Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga pin.
Sebarang kerosakan pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh juru elektrik yang bertauliah.
Sebarang peraturan keselamatan penggunaan elektrik hendaklah dipatuhi.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)
2.7.1 Mengendalikan Voltmeter
Keupayaan di antara dua titik di dalam satu litar diukur dengan voltmeter.
Terminal +5V digunakan jika julat voltmeter ialah antara 0-5V, manakala terminal +10V diguna untuk julat antara 0-15V.
Terminal mesti disambung dengan polariti yang betul
Simbol-simbol bersesuaian juga digunakan untuk menunjukkan jenis voltmeter (A atau mA) dan jenis arus (arus terus [ - ] atau aru
Rajah 2.5 : Voltmeter
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
16
2.7.2 Mengendalikan Ammeter
Terminal +1A digunakan jika julat ammeter ialah antara 0-1A, manakala terminal +5A diguna untuk julat antara 0-5A.
Terminal mesti disambung dengan polariti yang betul
Ammeter mempunyai dua terminal; terminal berwarna merah adalah positif dan terminal berwarna hitam negative.
Ammeter disambung secara siri dalam litar elektrik. Terminal positif ammeter disambung kepada terminal positif bateri, manakala terminal negative ammeter disambung kepada terminal negative bekalan kuasa.
Rajah 2.6 : Ammeter
Tutorial
1. Kumpul maklumat tentang bagaimana bahan-bahan kimia dan peralatan sains disimpan dalam bilik/makmal sains sekolah anda. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk menyempurnakan lagi penyimpanan bahan dan peralatan tersebut.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
17
2.8 PENYIMPANAN PERALATAN SAINS
Peralatan sains perlu disimpan dengan cara yang teratur dan selamat supaya ia mudah dikesan serta mengelakkan kemalangan. Bahan dan peralatan sains yang perlu disimpan dengan cermat termasuk radas kaca, radas optik, radas elektrik, dan bahan kimia.
2.8.1 Radas kaca
Semua radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan dalam almari tertutup.
Untuk menjamin keselamatan semasa menyimpan atau mengeluar radas dari almari, elak simpan radas kaca tersebut pada tempat yang terlalu tinggi.
Radas yang sama saiz hendaklah disusun di tempat yang sama.
Radas yang tinggi hendaklah ditempatkan di bahagian belakang manakala yang rendah di bahagian hadapan.
Radas-radas yang kecil seperti tabung, tiub specimen, piring petri, dan slaid mikroskop boleh disimpan dalam dulang, kotak atau laci yang tertutup dan dilabel.
Tiub dan rod kaca panjang hendaklah diletakkan secara mengufuk bagi mengelakkannya daripada melentur. Tiub kaca berlubang hendaklah ditutup di kedua-dua hujung bagi mengelakkan habuk masuk.
Biuret dan pipet hendaklah disimpan dalam keadaan menegak di rak khas.
2.8.2 Radas optik
Radas optik pada amnya perlu disimpan dengan baik supaya tidak senang tergores.
Radas-radas optik yang kecil seperti prisma, kanta optik dan kanta pembesar elok disimpan dalam kepingan stirofoam yang mempunyai ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang dipindah.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
18
Mikroskop dan binocular perlu disimpan dalam kotak atau almari yang kering supaya mencegah pertumbuhan kulat pada permukaan optik.
Teleskop perlu disimpan dalam kotak yang kering untuk mengelakkan kantanya daripada berkulat.
2.8.3 Radas elektrik
Alat elektrik mesti disimpan di tempat yang kering.
Sambungan wayar penyambung pada alat dan palam hendaklah sentiasa kemas untuk memastikan tiada wayar yang terdedah untuk mengelakkan daripada litar pintas berlaku.
2.8.4 Bahan kimia
Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
Bahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai edaran udara yang baik.
Rak penyimpanan bahan ini mestilah bertubir untuk menahan botol daripada jatuh.
Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam kebuk wasap.
Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan dilabelkan
“B h Ber c ”.
Penggunaan bahan beracun mesti direkodkan.
Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi mestilah dilupuskan dengan cara yang betul.
Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau mengkakis mestilah dicetak dengan warna merah.
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
19
Rajah 2.5: Bahan kimia yang disusun mengikut abjad pada rak kayu
1.
Nyatakan kesan terhadap peralatan optik sekiranya anda tidak menyimpannya di tempat penyimpanan yang betul.
2. Nyatakan tiga cara bagi mengelakkan kejadian litar pintas.
3. Nyatakan tempat penyimpanan yang betul bagi bahan kimia tersebut;
Hablur natrium klorida
Logam natrium
Fosforus kuning
t-butilmetileter
4. Berikan justifikasi mengapa bahan berasid dan beralkali perlu dipisahkan.
Latihan
SCE3123 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
20
Rujukan
Beng, D.C & Yahya, M.K. (1982). Panduan makmal sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahan dan Pustaka.
Hamdan, H. & Majid, Zaiton. (1994). Keselamatan makmal. Kuala Lumpur:
Dewan Bahan dan Pustaka.
Poh, S. H. (2001). Pedagogi sains 4: Pengurusan makmal dan sumber sains.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
1
TAJUK 3 PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan peraturan dan keselamatan makmal sains. Ini termasuklah aspek-aspek seperti peraturan dan undang-undang makmal, jenis-jenis kecederaan dan prosedur pertolongan cemas, pencegahan kecederaan dan kemalangan, jenis-jenis kebakaran, dan pengunaan pelbagai jenis alat pemadam kebakaran.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyenaraikan peraturan-peraturan makmal sains
2. Mengenalpasti jenis-jenis kecederaan dan melaksanakan prosedur pertolongan cemas bagi kecederaan tersebut.
3. Mengenalpasti cara mencegah kecederaan dan kemalangan dalam makmal sains.
4. Mengenalpasti jenis-jenis kebakaran dan pemadam api yang sesuai digunakan.
KERANGKA TAJUK
Rajah 3.1: Kerangka topik PERATURAN DAN
KESELAMATAN MAKMAL
Peraturan dan Undang-
undang Makmal
Jenis-jenis Kecederaan dan Prosedur
Pertolongan Cemas
Pencegahan Kecederaan
dan Kemalangan
Penggunaan Pelbagai Jenis Alat Pemadam Kebakaran Jenis-jenis
Kebakaran
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
2
ISI KANDUNGAN
3.1 Peraturan dan Undang-undang Makmal
a. Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang pesanan untuk kerja amali) kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan.
b. Tidak sesiapapun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan.
c. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan rasmi.
d. Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.
e. Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian tanpa sebarang pengawasan.
f. Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik persediaan untuk kegunaan persendirian.
g. Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam makmal dan bilik persediaan.
h. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran.
i. Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal atau bilik persediaan.
j. Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.
Memikir
Apakah peraturan makmal sains yang anda boleh sediakan untuk setiap pelajar supaya memastikan keselamatan mereka semasa di dalam makmal?
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
3
3.2 Jenis-jenis Kecederaan dan Prosedur Pertolongan Cemas 3.2.1 Melepuh
i. Melepuh terkena asid atau alkali
Basuh secukupnya dengan air, misalnya dengan membasuh di bawah air paip yang terbuka selama 10 minit seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.1.
Rajah 3.1: Kaedah merawat lepuhan
Semasa merawat melepuh terkena asid atau alkali adalah penting menggunakan air yang banyak bagi menbasuhnya dan bahan penuetral tidak digunakan sehingga selepas bahagian terjejas dibasuh dengan air.
Jika pengawasan ini diabaikan, haba dari larutan bahan penuetral mungkin akan merosakan lagi bahan yang terjejas.
ii. Melepuh terkena bahan panas
Jika tidak teruk letakkan bahgian anggota yang terjejas itu di bawah air yang mengalir selama beberapa minit, kemudian biarkan terdedah kepada udara. Jika teruk sebahagian besar anggota yang melepuh atau kulit melupas lekatkan selurat badan yang terjejes itu dengan pedap kain kasa yang kering dan bersih. Jangan sapu apa-apa minyak, ubat serbuk. Balut di keliling pedap ini dengan kain pembalut dan tentukan bahawa pembalut tidak terlalu ketat.
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
4
3.2.2 Kebakaran
i. Kebakaran bahan uji
Adalah mustahak untuk memadam api secepat yang mungkin demi mencegah berlakunya kecederaan yang lebih teruk. Tutup semua penunun gas, tutup litar elektik disekitardan pindah atau keluarkan apa- apa benda yang boleh terbakar. Kawalan api adalah bergantung kepada saiz dan jenis kebakaran.
Kebakaran kecil (misalnya kebakaran alkohol dalam bikar) biasanya boleh dipadam dengan menutupnya dengan kain lembab yang bersih. Api akan padam apabila kekurangan udara. Api yang lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir kering. Pasir yang telah disimbahi hendaklah dibuang kerana ia mungkin menggandungi bahan meruapyang mudah terbakar.Selaian daripada itu api boleh dipadam dengan menggunakan pemadam api karbon dioksida atau busa.
ii. Kebakaran pakaian
Jangan biarkan sesorang yang pakaiannya terbakar berlari dengan mengibas-ngibaskan api. Suruh ia merebahkan badannya dan balut badannya sekejab-kejab dengan gebar kalis api hingga padam. Rawat mana bahagian kulit yang melepuh.
3.2.3 Kecederaan Mata
i. Benda pepejal dalam mata
jika benda itu tajam atau merupakan kaca. JANGAN cuba mengeluarkannya. Minta pesakit supaya jangan mengosokkan mata.
Tutup mata itu dengan pedap kain kasa yang tebal dan lembut. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta-merta.
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
5
ii. Kekotoran melekat di mata
Lentokkan kepala pesakit dan kemudian mengalirkan air ke dalam mata dari botol basuh. Juga boleh meminta pesakit buka dan tutup matanya berulangkali di dalam basin yang mengandungi air yang bersih. Jika ini berjaya untuk mengeluarkan kekotoran. Gunakan bucu saputangan yang dibasahkan. Jika perlu kelopak mata bawah boleh ditarik ke bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan. Sekiranya masih gagal, ikuti cara (i) di atas.
iii. Mata dimasuki asid atau alkali
Dengan serta-merta, basuh mata dengan air mengalir secukupnya atau membuka dan menutup mata berulang-ulang dalam basin yang mengandungi air bersih. Tutup mata dengan pedap lembut dan bawa berjumpa doktor.
3.2.4 Renjatan Elektrik
Matikan suis arus elektrik dengan serta-merta jika ini tidak boleh berlaku, jangan sekali- kali menyentuh badan orang yang terenjat elektrik. Dengan berdiri di atas kayu kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa bahan bukan pengalir, cuba pisahkannya daripada litar arus dengan menggunakan sebatang kayu yang kering seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Jika pernafasannya terhenti, jalankan pernafasan luar biasa. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta- merta.
Rajah 3.2: Asingkan mangsa dengan menggunakan kayu kering.
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
6
3.2.5 Tersedut Gas Beracun
Sesiapa yang tersedut gas beracun hendaklah dibawa keluar dari makmal ke udara yang bersih. Jika tersedut gas bromin atau klorin, ubat penghidu ammonia boleh digunakan. Jika masih tidak pulih, hendaklah dibawa berjumpa doktor.
“Amaran”
Jika seseorang yang ditimpa kemalangan itu disyaki patah tulang atau cedera dalam badan, panggil ambulan atau doktor dengan serta merta. JANGAN alihkan pesakit dari tempatnya.segala kemalangan yang berlaku dalam makmal yang disyaki serius hendaklah mendapat rawatan perubatan daripada doktor.
Perbincangan
Rujuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) mengenai cara memberi bantuan pertolongan cemas kepada pelajar yang telah pengsan di makmal sains anda.
3.3 Pencegahan Kecederaan dan Kemalangan a. Gunakan peralatan perlindungan diri yang sesuai.
b. Pastikan lantai tidak licin.
c. Tiada pemasangan yang menonjol dari dinding ke dalam ruang berjalan.
d. Sediakan tempat yang sesuai untuk penyimpanan barang-barang pelajar.
e. Tingkap boleh diakses dengan mudah.
f. Semua sesalur utama bagi kawalan gas, air dan elektrik mudah diakses oleh guru-guru.
g. Bekas sisa yang dilabel dengan jelas perlu disediakan untuk kaca pecah, bahan kimia dan biologi.
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
7
Langkah-langkah berikut dapat djalankan bagi mencegah kebakaran:
a. Mengawal pembekalan bahan api.
b. Hadkan pembekalan oksigen.
c. Hadkan haba di dalam makmal.
3.4 Jenis-jenis Kebakaran
Api merupakan bahaya paling serius yang boleh berlaku di dalam makmal sains. Pihak sekolah perlu menjalankan prosedur dan latihan yang rapi bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya kebakaran. Kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 4 kelas berdasarkan puncanya seperti Jadual 3.1. Pengelasan jenis api kebakaran dalam Jadual 3.1 hanya sah di Malaysia sahaja. Di negara-negara lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.
Jadual 3.1: Kelas Kebakaran dan Puncanya
Kelas Punca Pemadam Api yang Sesuai
A Kayu, kertas, kain getah dan plastik
Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering. Selimut api, pasir dan air
B Cecair yang mudah terbakar seperti minyak masak, minyak paralin dan petrol
Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering
C Kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering
D Kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium.
Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
8
Layari Internet
Layari laman web rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada http://www.bomba.gov.my/index.php?lang=bm untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keselamatan kebakaran.
SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
9
3.5 Penggunaan Pelbagai Jenis Alat Pemadam Kebakaran
Sebuah makmal mestilah dilengkapi dengan peralatan memadam kebakaran. Setiap makmal sains sekurang-kurangnya mempunyai perkara berikut:
a. Selimut api b. Baldi berisi pasir
c. Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering
Bagi pemadam api jenis karbon dioksida untuk kegunaan bukan domestik (seperti di kilang dan pejabat) wajib didaftarkan kepada pihak bomba melalui kontraktor yang telah berdaftar dengan pihak bomba. Pihak bomba akan mengeluarkan sijil untuk setiap alat pemadam api dan juga pelekat untuk ditampal pada badan pemadam api tersebut. Sijil ini perlu diperbaharui setiap tahun, manakala alat pemadam api yang berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan kerana bahan kimianya tidak lagi efektif untuk memadamkan api.