• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)"

Copied!
82
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

MODUL BAHASA MELAYU

BMM3072

PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa Jun 2012 Edisi September 2014

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN

KEPUJIAN

(2)

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(3)

ii Edisi September 2014

Institut Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

(4)

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru

Kandungan

Panduan Pembelajaran Pengenalan

Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 : Bidang Linguistik

1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan

1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan 1.3 Linguistik Kontekstual

Tajuk 2 : Sifat Bahasa

2.1 Definisi bahasa dan linguistik

2.2 Struktur Bahasa dan Hubungan Paradigmatik dan Sintagmatik 2.3 Bahagian bahasa

Tajuk 3 : Sifat Bahasa

3.1 Teori Noam Chompsky : Struktur Sintaktik Tajuk 4 : Refleksi: Pemikiran dalam Linguistik

4.1 Edward Sapir 4.2 Leonard Bloomfield 4.3 Ferdinand de Saussure

Tajuk 5 : Sejarah Perkembangan lmu Linguistik 5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom 5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India 5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Tajuk 6 : Struktur Linguistik

6.1 Fonetik dan Fonologi 6.2 Morfologi

6.3 Sintaksis KANDUNGAN

(5)

iv

Tajuk 7 : Struktur Linguistik

7.1 Semantik 7.2 Pragmatik 7.3 Analisis Wacana Tajuk 8 : Faktor Luaran

8.1 Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi 8.2 Psikolinguistik

8.3 Linguistik Klinikal Tajuk 9 : Variasi Bahasa

9.1 Perbezaan sistem antara bahasa 9.2 Bahasa isyarat

Tajuk 10: Linguistik Kontekstual 10.1 Sosiolinguistik

10.2 Linguistik Antropologikal 10.3 Antropologi Linguistik Tajuk 11: Linguistik Gunaan

11.1 Sintesis Ujaran 11.2 Linguistik Tiruan Tajuk 12: Linguistik Diakronik

12.1 Perubahan Bahasa 12.2 Saussure

12.3 Noam Chompsky

Tajuk 13: Peraturan Paradigmatik 13.1 Pola

13.2 Perbezaan Minimal Tajuk 14: Stilistik

14.1 Ciri stilistik

14.2 Bahasa Perbandingan

14.3 Keberkesanan Stilistik dalam Bahasa Tajuk 15: Bahasa Melayu Saintifik

15.1 Konsep 15.2 Ciri

15.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

(6)

v

Bibliografi

Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul

(7)

vi

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.

Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang untuk pembelajaran dan bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang telah anda pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Antara latihan ini disediakan cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada cadangan jawapan sebenarnya lebih membantu anda untuk berbincang dengan orang lain seperti rakan-rakan atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar anda akan tahu apa yang harus dibuat dengan sekali imbas sahaja. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga perlu menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh merehatkan diri dan meletakkan buku untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan masa sebanyak mungkin untuk melaksanakan tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulang pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

PANDUAN PELAJAR

(8)

vii

5. Rujuk sumber-sumber lain selain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

(9)

viii

Kursus Pengantar Linguistik Bahasa Melayu (BMM3072) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah.

Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang meliputi:-

 Bidang-bidang Linguistik, iaitu Linguistik Am, Linguistik Gunaan,

Sejarah, Perbandingan dan Kontekstual.

 Definisi linguistik, struktur bahasa dan hubungan paradigmatik dan

sintagmatik serta bahagian bahasa.

 Sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani, Iskandariah dan

Rom, zaman pertengahan, zaman Arab, India dan zaman linguistic moden.

 Pemikiran dalam linguistik, iaitu Edward Sapir, Leonard Bloomfield

dan Ferdinand de Saussure.

 Bahasa Melayu saintifik

Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan

aktiviti bagi setiap tajuk. Akhir sekali pelajar akan melaksanakan 2 latihan

utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses pelengkap

modul akses kendiri ini.

(10)

ix

AGIHAN TAJUK

Kod Kursus : BMM3072

Nama Kursus: PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Kandungan modul ini dibahagi kepada 15 tajuk/topik

Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS

1

Tajuk 1 : Bidang Linguistik

1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan 1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik

Perbandingan

1.3 Linguistik Kontekstual

2

Tajuk 2 : Sifat Bahasa

2.1 Definisi bahasa dan linguistik 2.2 Struktur Bahasa dan Hubungan

Paradigmatik dan Sintagmatik 2.3 Bahagian bahasa

2

Tajuk 3 : Sifat Bahasa

3.1 Teori Noam Chompsky : Struktur Sintaktik 2

2

Tajuk 4 : Refleksi: Pemikiran dalam Linguistik 4.1 Edward Sapir

4.2 Leonard Bloomfield 4.3 Ferdinand de Saussure

2

Tajuk 5 : Sejarah Perkembangan lmu Linguistik 5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman

Rom

5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

2

Tajuk 6 : Struktur Linguistik 6.1 Fonologi dan Fonetik 6.2 Morfologi

6.3 Sintaksis

2

(11)

x

INTERAKSI TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS

3

Tajuk 7 : Struktur Linguistik 7.1 Semantik

7.2 Pragmatik 7.3 Analisis Wacana

2

Tajuk 8 : Faktor Luaran

8.1 Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi 8.2 Psikolinguistik

8.3 Linguistik Klinikal

2

Tajuk 9 : Variasi Bahasa

9.1 Perbezaan sistem antara bahasa 9.2 Bahasa isyarat

2

4

Tajuk 10: Linguistik Kontekstual 10.1 Sosiolinguistik

10.2 Linguistik Antropologikal 10.3 Antropologi Linguistik

2

Tajuk 11: Linguistik Gunaan 11.1 Sintesis Ujaran 11.2 Linguistik Tiruan

2

Tajuk 12: Linguistik Diakronik 12.1 Perubahan Bahasa 12.2 Saussure

12.3 Noam Chompsky

2

5

Tajuk 13: Peraturan Paradigmatik 13.1 Pola

13.2 Perbezaan Minimal

2

Tajuk 14: Stilistik 14.1 Ciri stilistik

14.2 Bahasa Perbandingan

14.3 Keberkesanan Stilistik dalam Bahasa

2

Tajuk 15: Bahasa Melayu Saintifik 15.1 Konsep

2

(12)

xi

INTERAKSI TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS 15.2 Ciri

15.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

Jumlah 30

(13)

1

Tajuk 1 Bidang Linguistik

1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan

1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan 1.3 Linguistik Kontekstual

Sinopsis

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.

Hasil Pembelajaran

(i) Menghuraikan bidang ilmu linguistik

(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual

(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan

Kerangka Tajuk

Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa

Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik

1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan

 Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

 Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.

 Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.

(14)

2

 Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

 Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

 Ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.

 Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

 Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam buku ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.

 Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

 Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa secara deskriptif.

 Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

 Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

 Linguistik gunaan dikenali juga sebagai apllied linguistic atau linguistik aplikasi mempunyai kaitan secara langsung dengan pengajaran bahasa.

 Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

 Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

(15)

3

 “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.

 Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.

 Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.

 Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

 Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.

 Kaedah leksikal massa yang menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh perkembangan-perkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa bahasa-bahasa yang lebih kurang serupa.

 Kaedah glotokronologi yang mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

 Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:

 Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.

 Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.

 Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.

 Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa.

(16)

4

 Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.

 Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.

 Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.

 Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.

 Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.

 Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.

 Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu.

1.3 Linguistik Kontekstual

• Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

• Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.

• Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.

(17)

5

• Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

Aktiviti:

Bandingkan peranan bidang-bidang linguistik yang telah anda bincangkan di atas dan kaitkan peranannya dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Tajuk 2 Sifat Bahasa

2.1 Definisi bahasa dan linguistik

2.2 Struktur Bahasa dan Hubungan Paradigmatik dan Sintagmatik 2.3 Bahagian bahasa

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky. Menurut Teori Noam Chomsky, bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri.

Hasil Pembelajaran

(i) Dapat menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.

(ii) Dapat menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.

2.1 Definisi bahasa dan linguistik

Bahasa kepada ahli-ahli linguistik adalah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong dan bekerjasama (Raja Mukhtaruddin, 1982, hlm. 33).

(18)

6 2.1.1 Bahasa sebagai suatu sistem

 Bahasa sebagai suatu sistem merujuk bahasa itu mempunyai susunan yang tertentu sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu atau bentuk sintaksis.

 Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat dan kata).

 Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan melainkan dengan mengikut cara-cara tertentu.

 Sistem yang dimaksudkan ialah aturan yang telah ditetapkan oleh susunan bahasa.

 Setiap bahasa mempunyai susunan bahasa masing-masing.

Contohnya:

BAHASA MELAYU 1. buku itu

2. sebuah buku merah 3. pensel ini

BAHASA INGGERIS 1. that car (kereta itu)

2. three red books (tiga buah buku yang merah) 3. the beautiful book (buku yang cantik itu)

2.1.2 Bahasa bersifat dinamis

 Bahasa berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi antara satu dengan lain atau masyarakat lain.

 Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.

 Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

(19)

7 2.1.3 Bahasa itu bersifat arbitrari

 Arbitrari adalah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.

 Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda - benda yang dimaksudkan.

 Oleh sebab sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda yang sama.

Sebagai contoh:

“Pintu” dalam bahasa Melayu tetapi dalam bahasa Inggeris disebut “door”

2.1.4 Bahasa sebagai alat berkomunikasi

 Proses komunikasi berlaku dengan adanya maklumat yang hendak disampaikan oleh penutur kepada pendengar.

 Faktor yang mengubah bahasanya ialah:

-pendengar: orang yang dilawan bercakap.

-tempat: situasi sekeliling di mana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.

-butiran pertuturan: tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

2.1.5 Bahasa mempunyai makna

 Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.

 Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

2.1.6 Bahasa itu linear

 Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu.

 Sebagai contoh untuk menyebut kalam, bunyi-bunyi yang dihasikkan ialah „k‟, „a‟,

„l‟, „a‟, dan „m‟.

 Hal ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan diseb ut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi.

(20)

8 Aktiviti:

Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas.

(21)

1

Tajuk 4 Refleksi: Pemikiran dalam Linguistik 4.1 Edward Sapir

4.2 Leonard Bloomfield 4.3 Ferdinand de Saussure

Sinopsis

Tajuk satu ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure.

Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

Hasil Pembelajaran

(i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh linguistik mengikut zaman

(ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden

(iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

Kerangka Tajuk:

4.1 Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk

Language (1881)

4.2 Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori Behaviourisme

4.3 Hasil pemikiran Ferdinand de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”

1.1 Pemikiran Edward Sapir dalam Bidang Linguistik

 Edward Sapir (1884

– 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan

antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan

bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.

(22)

2

 Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains.

Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.

 Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat

arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana manmggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.

 Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan

sentiasa berubah.

1.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik

 Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme

yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa.

Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segalaa unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya ransangan.

 Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada

adanya ransangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap ransangan itu.

 Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia.

Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik

 Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu

linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai „Bapa Ilmu Linguistik Moden‟ telah

terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalaam

bidang bahasa secara moden.

(23)

3

 Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang

mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan- perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

 De Saussure merupakan orang pertama

yang mengemukakan konsep „langue‟

dan „parole‟. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri- ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.

 Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku

bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Aktiviti:

1. Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield.

2. Huraikan secara ringkas dengan menggunakan ayat sendiri tentang

sumbangan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran

bahasa.

(24)

4

Tajuk 5 Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik 5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom 5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India 5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Sinopsis

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Hasil Pembelajaran

i. Mengetahui sejarah perkembangan linguistik

Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

ii.

Meneliti sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan

iii.

Membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman moden

5.0 Kerangka Tajuk

5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang

pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu

tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini

merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan

dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan

(25)

5

seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu

Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Arsistotle. Plato merupakan orang pertama yang menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Perbincangan tentang bahasa terdapat dalam bukunya Cratylus. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani.

Ringkasnya dalam bidang falsafah Yunani, sarjana-sarjana Stoik dikatakan paling banyak memberikan perhatian kepada bahasa. Satu perbezaan ketara yang pernah mereka lakukan ialah pebezaan antara bentuk dan makna. Usaha mereka ini telah menjadikan bahasa Yunani sebagai satu bahasa yang kuat dan unggul.

Tanggapan tinggi mereka terhadap bahasa menjadikaqn mereka mematuhi, menghormati dan mentaati semua system bahasa mereka. Tahukan anda bahawa kesan daripada fenomena ini, mereka menganggap bahasa itu mereka sudah sempurna dan tidak perlu diperbaik dan diubah-ubah.

Secara umumnya, anda mendapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik bukannya bersifat saintifik. Perkembangan ilmu linguistik pada masa itu telah membawa kepada beberapa persoalan dan menjadi isu perdebatan ahli falsafah pada masa itu. Kelompok cendekiawan ini berselisih pendapat berkenaan asa usul perkataan sama ada bersifat semula jadi atau konvensyen. Kelompok ini dinelai sebagai golongan analogis dan anomalis.

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik

zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini

(26)

6

bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesuasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, patisipal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin.

Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa.

Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesuasateraan.

Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan

logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan

zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga

dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa

Inggeris.

(27)

7

Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia.

Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur‟an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India.

Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.

Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun

bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan

bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan

(28)

8

dan bahasa berfleksi. Hokum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hokum R-G-L dan R-D-L.

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

Aktiviti:

Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.

Tajuk 6 Struktur Linguistik 6.1 Fonologi dan Fonetik

6.2 Morfologi 6.3 Sintaksis

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan sistem bunyi dalam bahasa Melayu. Antara bidang yang menjadi keperluan dalam perbincangan ini ialah fonologi dan fonetik, morfologi, dan sintaksis.

Hasil Pembelajaran

i. Menyatakan konsep aspek-aspek penting dalam bidang fonologi dan fonetik seperti bunyi, fonem serta bentuk vokal dan konsonan.

ii. Membincangkan bidang morfologi yang merangkumi bentuk dan proses pembentukan kata.

(29)

9

iii. Menjelaskan aspek-aspek penting dalam bidang sintaksis terutama pola ayat dasar dan jenis ayat bahasa Melayu.

Kerangka Tajuk

6.1 Fonologi dan Fonetik

Bidang fonologi ialah ilmu yang meneliti bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun mengikut sistem yang terbahagi kepada dua cabang, iaitu fonetik dan fonemik.

Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Hanya bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk tujuan pertuturan sahaja yang dikaji. Bidang ini meneliti tiga cabang, iaitu fonetik pendengaran, fonetik akustik dan fonetik artikulasi. Fonetik pendengaran (auditori) mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa. Fonetik akustik pula meneliti sifat fizikal bunyi bahasa (fonetik fizikal) manakala fonetik artikulasi mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat dalam proses penghasilan sesuatu bunyi bahasa.

6.1.1 Bunyi bahasa

Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk pertuturan. Dalam pertuturan, manusia cuba menghasilkan bunyi yang bermakna. Bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk ujaran itu berterusan atau berentetan. Bagaimanapun, untuk tujuan kajian bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi unti-unit kecil yang dipanggil bunyi penggalan (fon) seperti bunyi-bunyi [p], [w] dan [a].

Bunyi-bunyi lain yang tidak bersifat penggalan digolongkan sebagai bunyi-bunyi suprapenggalan termasuk unsur kepanjangan (harakat) yang membezakan maksud perkataan bagi beberapa bahasa di dunia contohnya bahasa Inggeris, bahasa Arab, Mandarin dan sebagainya. Perkataan [sit] vokal i pendek berbeza dengan [si:t] yang memanjangkan bunyi vokal i dan ditandai dengan lambang dua titik [:].

6.1.2 Fonem

Istilah fonem merujuk suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa secara khusus (fonemik). Bagi tujuan analisis, bunyi-bunyi bahasa yang terhasil dipenggal-penggal, diberi lambang dan dibahagikan kepada golongan fonem atas dasar ciri-ciri fonetiknya. Dua bunyi tergolong ke dalam dua

(30)

10

fonem jika berlawanan makna dalam persekitaran yang sama misalnya [parang] dan [barang] merupakan pasangan yang sama kecuali antara bunyi [p] dan [b]. Oleh sebab kehadiran dua bunyi tersebut membawa perbezaan makna, bunyi [p] dan [b] dianggap dua fonem yang berasingan.

Penggunaan kurungan perlu difahami, iaitu kurungan jenis [ ] digunakan bagi menggambarkan sesuatu bunyi, misalnya [p] dalam [parang] dan [b] dalam [barang]. Jika telah dapat dipastikan [p] dan [b] mewakili dua fonem yang berasingan, maka jenis kurungan yang digunakan ialah /p/ dan /b/. Kurungan / / digunakan untuk menunjukkan status fonem.

Selanjutnya, perlu diingat bahawa ada fonem yang mempunyai anggota-anggota lain yang ciri fonetiknya sama tetapi berbeza dari segi kehadirannya dalam perkataan.

Misalnya, fonem /p/ seringkali terhasil sebagai bunyi letupan yang sempurna letupannya seperti dalam perkataan [pagi] dan [apa], iaitu p pada awal dan tengah perkataan.

Sebaliknya, apabila [p] hadir pada akhir perkataan contohnya [atap], bunyi letupan telah tidak disempurnakan.

6.1.3 Bunyi-bunyi Vokal

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang semasa menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. Hal ini bermaksud, bunyi - bunyi vokal mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. bersuara

ii. udara keluar dari paru-paru berterusan, dan iii. udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu, iaitu:

i. keadaan bibir, iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan,

ii. bahagian lidah yang terlibat, iaitu sama ada bahagian hadapan atau belakang,

iii. turun naik lidah, iaitu sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, sedikit atau diturunkan,

iv. kedudukan lelangit lembut, iaitu sama ada dinaikkan dan udara dari paru - paru keluar melalui rongga mulut sahaja (mengeluarkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru -paru

(31)

11

keluar dari rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi vokal sengau), dan

v. keadaan glotis, iaitu glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru - paru, pita suara bergetar.

Bunyi-bunyi vokal juga merangkumi bunyi separuh vokal, diftong (gabungan bunyi dua vokal [ai], [au], dan [oi]) serta vokal rangkap (vokal yang mewakili suku kata seperti [a/ir]

[bu/ih], [ku/ah] dan sebagainya.

6.1.4 Bunyi-bunyi Konsonan

Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal sama ada bersuara atau tidak bersuara yang ketika dihasilkan udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran yang terjadi di dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. Ciri-ciri bunyi konsonan seperti yang berikut:

i. wujudnya konsonan yang bersuara dan tidak bersuara, bergantung pada pita suara sama ada digetarkan atau tidak,

ii. arus udara yang keluar dari paru-paru sama ada menerima sekatan atau geseran,

iii. ketika menghasilkannya, berlaku sekatan atau geseran di dalam rongga tekak atau rongga mulut akibat sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi, dan

iv. kewujudan konsonan sengau dan konsonan tidak sengau bergantung pada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.

Sebagaimana vokal, penghasilan bunyi-bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa faktor seperti yang berikut:

i. keadaan glotis, iaitu sama ada glotis dirapatkan dan pita suara bergetar ketika arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi bersuara atau glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, mengeluarkan bunyi tidak bersuara. Harus diteliti jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru-paru melaluinya, bunyi yang terhasil ialah bisikan;

ii. keadaan lelangit lembut yang boleh dinaikturunkan. Sekiranya lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi- bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau (nasal);

(32)

12

iii. cara arus udara keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan, iaitu konsonan letupan, letusan, geseran, sengauan, sisian,getaran, dan separuh vokal; dan

iv. sentuhan antara alat artikulasi dan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir-gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi- lelangit keras, konsonan lelangit lembut, dan konsonan anak tekak.

6.2 Morfologi

Bidang morfologi ialah ilmu bahasa yang meneliti struktur kata, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata merujuk susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit menjadi unit bahasa yang bermakna. Dua contoh struktur kata ialah kita dan kekitaan. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal, contohnya rumah, atau yang dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti proses pengimbuhan (yang menghasilkan kata terbitan, perumahan), pemajmukan (yang menghasilkan kata majmuk rumah tangga) dan penggandaan (rumah-rumah). Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan perkataan lain dalam golongan yang sama. Umpamanya, menggolongkan perkataan ke dalam golongan kata nama, kata kerja dan sebagainya.

6.2.1 Bentuk Kata

Tatabahasa Dewan telah menentukan empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

6.2.1.1 Kata Tunggal

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak melalui proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan, atau penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal satu suku kata (ekasuku) dan kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih.

Umpamanya, perkataan roh, wang, dan yu merupakan perkataan yang terdiri daripada satu suku kata manakala perkataan ambil, dagu, cahaya, singgahsana, universiti, dan maharajalela terdiri daripada dua hingga enam suku kata.

Kata akronim juga termasuk ke dalam bentuk kata tunggal. Akronim bermaksud singkatan yang terbentuk daripada penggabungan huruf awal suku kata misalnya ABIM

(33)

13

(Angkatan Belia Islam Malaysia) atau gabungan huruf awal dan suku kata pertama daripada satu rangkai kata dan ditulis serta disebut sebagai kata yang wajar seperti tadika (taman didikan kanak-kanak) dan kugiran (kumpulan gitar rancak).

6.2.1.2 Kata Terbitan

Perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan (gabungan kata dasar dengan imbuhan) dipanggil kata terbitan. Imbuhan pula terdiri daripada morfem terikat manakala kata dasar ialah morfem bebas. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu:

i. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berlari dan di- dalam dibawa;

ii. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, contohnya –kan dalam jadikan dan –i dalam ragui;

iii. apitan, yang hadir secara pada awal dan akhir sesuatu kata dasar serentak seperti ke- ...-an dalam kekalutan dan di-...-kan dalam disatukan; dan iv. sisipan, yang kedudukannya ditengah-tengah sesuatu kata dasar misalnya

–el- dalam geletar dan –in- dalam sinambung.

Suatu keunikan bagi bahasa Melayu ialah kewujudan sejumlah besar perkataan dalam bentuk kata terbitan dengan jenis imbuhan yang banyak dan pelbagai yang terdapat dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

6.2.1.3 Kata Majmuk

Kata majmuk merupakan perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu serta bertindak sebagai satu unit yang lazimnya dieja terpisah. Contoh kata majmuk: hijau lumut, campur aduk, dan segi tiga. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas contohnya: bandar raya, bom tangan, dan kuning langsat. Kata gelar juga termasuk dalam jenis ini misalnya: Profesor Madya, Ketua Pengarah, dan Imam Besar;

ii. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus contohnya: deria rasa, pita suara, dan segi empat panjang;

iii. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa umpamanya: anak emas, kaki bangku, dan rabun ayam.

Selain jenis di atas, Dewan Bahasa juga telah menetapkan 15 kata majmuk yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu: antarabangsa, sukarela, jawatankuasa, tanggungjawab, olahraga, setiausaha, bumiputera, tandatangan, kerjasama, pesuruhjaya, beritahu, suruhanjaya, kakitangan, warganegara, dan matahari.

(34)

14 6.2.1.4 Kata Ganda

Perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar dinamakan ka ta ganda. Terdapat tiga bentuk kata ganda, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, dan kata ganda berentak. Keterangan bagi kata-kata ganda tersebut adalah seperti yang berikut:

i. kata ganda penuh, iaitu kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda ini boleh terdiri daripada kata dasar yang diulang sepenuhnya seperti rumah-rumah, baju-baju, dan sekolah-sekolah atau terbina daripada kata berimbuhan yang berulang misalnya, pelari-pelari, jabatan-jabatan, dan kementerian-kementerian;

ii. kata ganda separa, iaitu kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda ini terbina daripada kata dasar tunggal yang diulang suku kata pertamanya sahaja disertai pelemahan vokal [a] menjadi vokal e pepet [ə] seperti sesiku, lelangit, dan jejari. Selain itu, kata ganda separa juga terbentuk daripada kata berimbuhan yang digandakan kata dasarnya sahaja dan hanya melibatkan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar (berjaga-jaga, tercari-cari, dan sebaik-baik) atau di hadapannya (beri- memberi, puji-memuji, dan tolong-menolong);

iii. kata ganda berentak, iaitu kata ganda yang mengalami pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Pertama, kata ganda be rentak pengulangan vokal (sayur-mayur, saki-baki, dan calar-balar). Kedua, kata ganda berentak pengulangan konsonan (kayu-kayan, mundar-mandir, dan tanah-tanih). Ketiga, kata ganda berentak bebas (lintang-pukang, kusut-masai, dan rempah-ratus).

6.3 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Bidang ini juga mengkaji hukum (rumus) tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Antara subbidang sintaksis yang dimuatkan di sini ialah pola ayat dasar, jenis frasa, susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, dan bentuk ayat.

(35)

15 6.3.1 Pola Ayat Dasar

Pola ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Bagi bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:

Pola Subjek Predikat

Pola 1 Frasa Nama

Lelaki itu

Frasa Nama pelajar universiti..

Pola 2 Frasa Nama

Kereta di hadapan rumah itu

Frasa Kerja telah dicuci

Pola 3 Frasa Nama

Plaza Tol Sungai Besi

Frasa Adjektif amat sibuk

Pola 4 Frasa Nama

Buah jambu itu

Frasa Sendi di dalam bakul

6.3.2 Susunan Ayat

Susunan ayat pula merujuk dua bentuk susunan subjek dan predikat sama ada susunan biasa atau susunan songsang.

6.3.2.1 Susunan biasa bermaksud susunan yang subjek ayat mendahului predikatnya. Contohnya:

i. Kejadian itu sungguh menyentuh perasaan saya.

ii. Pengajaran guru baharu menarik.

iii. Sistem saliran di bandar itu tidak diselenggara.

6.3.2.2 Susunan songsang pula merujuk susunan ayat yang predikatnya dikehadapankan mendahalui subjek. Contohnya:

i. Sungguh menyentuh perasaan saya kejadian itu.

ii. Menarik pengajaran guru baharu.

iii. Tidak diselenggara sistem saliran di bandar itu.

6.3.3 Ragam ayat

Ragam ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal

(36)

16

sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Contohnya:

i. Para pelajar sedang mengikuti kuliah. (aktif transitif)

ii. Mereka sedang berbincang tentang masalah itu. (aktif tak transitif)

Ayat pasif pula terbina daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Contohnya:

i. Kuliah sedang diikuti oleh para pelajar. (ayat pasif dengan kata kerja pasif) ii. Jurnal itu akan saya beli sekarang juga. (ayat pasif dengan ganti nama diri

orang pertama)

6.3.4 Jenis Ayat

Jenis ayat dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

6.3.4.1 Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan mengatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.

Contohnya:

i. Bapa mentuanya pegawai tentera.

ii. Ahmad belum pernah ke Kuala Lumpur.

iii. Bentuk kereta itu sungguh menarik.

iv. Kini dia menjadi usahawan besar.

6.3.4.2 Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya tergolong kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya contohnya:

Dia telah pergi mengajar?

Jenis yang kedua ialah ayat tanya dengan kata tanya seperti:

Kakaknya seorang pensyarahkah?

(37)

17 6.3.4.3 Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang boleh digugurkan dalam ayat. Terdapat empat jenis ayat perintah, iait u:

i. Ayat Suruhan

Contoh: Pergi ke sekolah sekarang juga.

ii. Ayat Larangan

Contoh: Jangan bertindak melulu.

iii. Ayat Silaan

Contoh: Jemput makan nasi dagang ini.

iv. Ayat Permintaan

Contoh: Minta perhatian tuan-tuan sebentar.

6.3.4.4 Ayat Seruan

Ayat seruan pula ialah ayat yang diujarkan dengan membawa nada dan intonasi untuk melahirkan suatu keadaan perasaan umpamanya takut, marah, sakit, dan sebagainya dengan diikuti tanda seru (!) yang lazimnya terletak pada akhir ayat. Kata seru yang sering digunakan pula ialah oh, amboi, wah, eh, aduh, dan syabas.

Contohnya: i. Oh, ibuku!

ii. Wah, cantiknya bunga itu!

iii. Syabas, anda telah lulus ujian ini!

Selain perkara yang telah dibincangkan di atas, sintaksis juga menyentuh bentuk ayat yang terdiri daripada bentuk tunggal (satu subjek satu predikat) dan ayat majmuk.

Sila rujuk dan baca buku Tatabahasa Dewan untuk penjelasan lanjut.

Aktiviti:

1. Berdasarkan tiga rangkap pantun tradisional yang anda tahu, bincangkan tentang peranan bunyi vokal dan konsonan yang terkandung di dalamnya.

2. Huraikan gejala penggandaan dalam bahasa Melayu dengan menyertakan contoh-contoh yang berkaitan.

3. Bincangkan ragam ayat dalam bahasa Melayu dengan bukti-bukti ayat yang berkaitan.

(38)

18

Rujukan:

Abdullah Hassan (2006). Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan

Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

(39)

1

Tajuk 7 Struktur Linguistik 7.1 Semantik 7.2 Pragmatik 7.3 Analisis Wacana

7.1 Sinopsis

Tajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan peluasan konsep dalam ilmu linguistik yang tidak rigid sebagaimana tatabahasa (nahuan).

Hasil Pembelajaran:

(i) Selepas perbincangan, pelajar dapat melakarkan secara peta minda akan unsur-unsur yang terdapat di dalam bidang semantik bahasa Melayu.

(ii) Pelajar dapat membandingkan bidang semantik dengan bidang pragmatik.

(iii) Pelajar dapat membuat analisis wacana terhadap satu bahan prosa.

7.1 Semantik

Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani „sema‟ yang bermakna tanda atau lambang.

Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Ilmu semantik menyentuh tentang pengertian makna, hubungan antara konsep dengan makna, jenis-jenis makna, perubahan makna, perkaitan makna, dan peribahasa.

7.1.1 Pengertian Makna

Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur, iaitu yang diertikan dan yang mengertikan. Unsur yang diertikan ialah konsep atau makna sesuatu tanda atau lambang manakala unsur yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan. Dengan perkataan lain, setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Kedua-dua unsur ini merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa) yang lazimnya merujuk sesuatu referen yang bersifat ekstrabahasa.

(40)

2

Dalam suatu keadaan, tanda linguistik yang dieja ialah <meja>. Tanda ini terdiri daripada unsur makna atau yang diertikan „meja‟ dan unsur bunyi atau yang mengertikan melalui kewujudan fonem [m,e,j,a]. Tanda <meja> ini pula merujuk suatu referen yang berada di luar bahasa (ekstrabahasa), iaitu sebuah meja, salah satu perabot di rumah. Perkataan

<meja> ialah hal yang menandai manakala sebuah meja yang merupakan perabot itu ialah hal yang ditandai.

7.1.2 Hubungan antara Konsep dengan Makna

Bahasa terdiri daripada sistem lambang. Sesebuah perkataan atau leksem merupakan lambang. Dalam ilmu semantik, sering dibincangkan hubungan antara perkataan dengan konsep atau makna perkataan tersebut serta benda atau hal yang dirujuk oleh makna itu.

Hubungan antara ketiga-tiga unsur inilah yang dipanggil hubungan referensial dan lazimnya digambarkan melalui bentuk segi tiga semantik yang berikut:

(b) konsep/makna [referen]

---

(a) perkataan/leksem (c) sesuatu yang dirujuk [referen]

Berdasarkan rajah di atas, perkataan atau leksem melambangkan konsep atau makna, sedangkan konsep atau makna merujuk sesuatu, iaitu referen.

Sesebuah perkataan atau leksem mempunyai makna atau konsep. Makna atau konsep bersifat umum sedangkan sesuatu yang dirujuk yang berada di luar dunia bahasa bersifat khusus. Contohnya, perkataan meja mempunyai konsep „meja‟ pada umumnya manakala dalam dunia nyata, „meja‟ yang dirujuk bersifat khusus, iaitu alat perabot yang lazimnya berkaki empat. Hubungan antara perkataan meja sebagai lambang dengan makna atau konsepnya bersifat langsung. Hubungan antara makna itu dengan „meja‟ tertentu di dunia nyata juga bersifat langsung. Sebaliknya, hubungan antara perkataan meja (lambang) dengan sebuah „meja‟ di dunia nyata tidak bersifat langsung. Maka, dalam rajah di atas, hubungan antara perkataan dengan referennya ditandai dengan garis terputus-putus.

(41)

3 7.1.3 Jenis-jenis Makna

Jenis makna dapat dibezakan oleh beberapa kriteria dan sudut pandangan. Berdasarkan jenis semantiknya dapat dibezakan antara makna leksikal dengan makna gramatikal. Wujud atau tidaknya referens pada sesuatu perkataan/leksem dapat dibezakan dari segi adanya makna referensial dan makna nonreferensial. Selain itu, wujud atau tidaknya nilai rasa pada sesebuah perkataan/leksem dapat dibezakan dengan adanya makna denotatif dan makna konotatif.

Makna leksikal ialah makna yang bersifat leksikon yang sesuai dengan referensnya.

Makna yang sesuai dengan pemerhatian alat deria kita atau makna yang nyata. Contohnya, makna leksikal buaya ialah sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air tetapi boleh juga naik ke darat seperti dalam ayat (i) di bawah. Manakala ayat (ii) menunjukkan makna gramatikal bagi kata buaya.

i. Buaya di sungai itu telah ditangkap. (makna leksikal)

ii. Jangan tertipu dengan kata-kata manisnya kerana dia itu buaya. (makna gramatikal)

Seterusnya, jenis makna juga meliputi makna denotatif dan konotatif. Makna denotatif ialah makna sebenar (referensial) sesuatu perkataan misalnya wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan lelaki. Namun, makna konotatif pula ada kaitan dengan nilai rasa sama ada positif atau negatif. Walaupun perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama tetapi nilai rasanya berbeza.

Perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi berbanding perempuan.

7.1.4 Perubahan Makna

Pada suatu ketika ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi dalam perkembangan lanjut perkataan tersebut berubah maknanya. Contohnya, kata khalwat yang dipinjam daripada bahasa Arab mulanya membawa makna bersunyi-sunyi seorang diri bagi mendapatkan ketenangan jiwa, bertafakur dan sebagainya. Namun, kini kata khalwat berubah makna kepada bersunyi-sunyi secara berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan tiada ikatan pernikahan.

Terdapat pelbagai jenis perubahan makna, antaranya perubahan makna meluas, perubahan makna menyempit, perubahan makna secara keseluruhan, dan penghalusan serta pengasaran.

(42)

4

Perubahan makna secara meluas bermaksud sesuatu perkataan/leksem yang asalnya mempunyai satu makna berubah kepada beberapa makna disebabkan faktor tertentu.

Perkataan saudara umpamanya, bermaksud individu yang satu ayah satu ibu. Namun, maksudnya kemudian meluas menjadi individu-individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan, dan selanjutnya menjadi bentuk panggilan ganti nama diri orang kedua, khususnya lelaki. Berlawanan dengan hal ini, perubahan makna menyempit pula merujuk perkataan yang awalnya mempunyai banyak makna kemudiannya menjadi terbatas.

Contohnya, kata sarjana awalnya bermaksud orang bijak pandai. Kemudian sarjana telah disempitkan maknanya menjadi orang yang telah lulus ijazah universiti sama ada Sarjana Muda (ijazah pertama) dan Sarjana (masters).

7.2 Pragmatik

Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabila digunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi). Kita tidak dapat memahami hakikat sifat bahasa itu sendiri jika kita tidak memahami pragmatik, iaitu bagaimana bahasa digunakan dalam komunikasi. Bidang ini dicetuskan oleh Ross dan Lakoff (sekitar akhir 1960-an) yang menghujahkan bahawa sintaksis tidak boleh secara sahih dipisahkan daripada kajian yang meneliti cara bahasa digunakan sejajar dengan perkembangan linguistik daripada penelitian data pertuturan fizikal hinggalah kepada menelitian bentuk, makna dan konteks (Leech, 1993, hlm. 2). Bidang pragmatik moden adalah pengaruh daripada ahli falsafah terutama Austin (1962), Searle (1969), dan Grice (1975).

Secara amalan, masalah perbezaan „bahasa‟ (language) daripada „penggunaan bahasa‟ (parole) berkisar pada perbahasan dalam menentukan batasan antara semantik dan pragmatik. Kedua-dua bidang ini mengkaji makna tetapi semantik menganggap makna sebagai pertalian dua segi misalnya dalam ayat, “Apakah maksud X?” manakala pragmatik menganggap makna sebagai pertalian tiga segi yang melibatkan keadaan penutur atau pendengar misalnya dalam ayat, “Apakah yang anda maksudkan dengan X?”. Semantik (bentuk logik) sesuatu ayat berbeza daripada tafsiran pragmatiknya. Semantik bersifat peka- rumus (tatabahasa) yang bersifat lazim tetapi pragmatik umum bersifat peka-prinsip (retorik) yang bersifat tidak lazim, iaitu terdorong oleh matlamat perbualan.

Pragmatik harus dikaji dengan berlandaskan Prinsip-prinsip Perbualan seperti yang dinyatakan oleh H.P Grice dalam Prinsip Kerjasamanya (Leech, 1993, hlm. 9). Prinsip Kerjasama (PK) dapat diringkaskan seperti yang berikut.

(43)

5 i. Kuantiti: Berikan maklumat yang secukupnya, iaitu

a. pastikan sumbangan maklumat anda secukup yang diperlukan; dan

b. jangan jadikan sumbangan anda terlebih maklumat daripada yang diperlukan.

ii. Kualiti: Cuba pastikan sumbangan anda sumbangan yang benar, iaitu a. jangan katakan sesuatu yang anda percaya tidak benar; dan

b. jangan katakan sesuatu yang baginya anda tidak ada dalil yang cukup.

iii. Pertalian: Harus relevan.

iv. Cara: Harus jelas, iaitu

a. hindarkan ungkapan yang samar;

b. hindarkan ketaksaan;

c. ungkapan singkat (jangan berbelit-belit); dan d. harus tertib.

7.3 Analisis Wacana

Semua ahli bahasa berpendapat wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada yat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku dan lain-lain lagi.

terdapat juga ahli bahasa yang berpendapat wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hierarki tatabahasa yang tertinggi.

Menurut Beaugrande dan Dressler(1981) terdapat tujuh ciri ketekstualan iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumta, keadaan, dan interteks.

7.3.1 Tautan

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur yang lain dalam sesbuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.

Contoh ayat:

1.Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakaan 2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

(44)

6 7.3.2 Runtutan

Runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

Contoh teks:

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS,gejala dan penyakit.

7.3.3 Tujuan

Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya.

7.3.4 Penerimaan

Sesuatu wacana, sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.

Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

7.3.5 Maklumat

Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. Maklumat yang terdapat dalm sesebuah wacana boleh dibahagikan keada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu

Contoh ayat:

Muhammad memandu van.

Van itu kepunyaan Hassan.

Van itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya, manakala kepunyaan Hassan merupakan maklumat baharu.

7.3.6 Keadaan

Keadaan ialah berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan situasi ujaran. Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan.

Referensi

Dokumen terkait

Suatu objek yang berada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan laju seragam akan terus kekal dalam keadaan yang sama sekiranya daya paduan bertindak pada objek itu adalah

Lebih penting daripada perbuatan hari-hari (seperti cara makan, cara beribadah, cara menegur seseorang dan ciri-ciri lain), iaitu tanggapan alam sekitar atau world-view,

Sesungguhnya saya memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berjaya melahirkan para guru yang akan memiliki Ijazah Sarjana Muda Perguruan

 pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran

Cadangkan bahan-bahan lain yang mungkin boleh digunakan dan nyatakan sama ada item-item tersebut adalah bahan-bahan semula jadi atau bahan

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara yang berkaitan dengan struktur binaan ayat, pembahagian subjek dan predikat, ayat dasar dan ayat terbitan serta susunan

Sel di dalam badan organism multisel disusun dalam struktur dan fungsi yang sama. Kumpulan sel ini dikenali sebagai tisu. Kumpulan tisu yang sama serta menjalankan