• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)"

Copied!
222
0
0

Teks penuh

(1)

MODUL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

BMM 3043

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASAMELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011 (Edisi September 2014)

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

(2)

ii Edisi September 2014

Institut Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

(3)

i

(4)

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(5)

iii

(6)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru

Kandungan Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tajuk 2: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tajuk 3: Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Tajuk 4: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Berdasarkan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 5: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tajuk 6: Kemahiran Membaca

Tajuk 7: Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Bacaan Tajuk 8: Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Tajuk 9: Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca Berdasarkan Kurikulum Bahasa Melayu

Tajuk 10: Penilaian Kemahiran Membaca

Tajuk 11: Kemahiran Menulis dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

Tajuk 12: Seni Bahasa dan Tatabahasa KSSR Tajuk 13: Kemahiran Mengarang

Tajuk 14: Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Tajuk 15: Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis

Bibliografi

Panel Penulis Modul Ikon Modul

KANDUNGAN

(7)

ii

(8)

v

Modul ini disediakan untuk membantu anda mengurus pembelajaran kendiri agar anda dapat belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk mengurus cara pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa belajar anda.

Pembelajaran kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memastikan hasil pembelajaran dalam setiap tajuk dapat dicapai.

Dengan cara begini anda akan dapat mengikuti kandungan kursus ini dengan lebih mudah. Bantuan daripada pensyarah boleh diminta sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut tentang tajuk-tajuk dalam modul ini.

Modul ini ditulis berdasarkan susunan tajuk seperti yang ditetapkan dalam proforma.

Jangka masa untuk mengikuti sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula maklumat yang telah anda pelajari.

Anda boleh berbincang dengan rakan–rakan anda untuk meningkatkan kefahaman tentang tajuk-tajuk tersebut. Anda dapat memanfaatkan kefahaman ini semasa berinteraksi dengan pensyarah.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda akan menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan dimaklumkan unit penilaian dan peperiksaan IPGK masing- masing. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat anda mengikuti program ini.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulang kaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

(9)

vi bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

(10)

Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul ini memperkenalkan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan, teknik pengajaran kemahiran membaca, penilaian kemahiran membaca dan kemahiran menulis . Terdapat juga maklumat berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu secara umum. Modul ini juga memberikan pendedahan kepada anda tentang pengaplikasian pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Modul ini turut dilengkapkan dengan pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa yang merangkumi pemusatan murid dan bahan. Pembelajaran berasaskan projek, masalah, aktiviti, situasi/senario dan permainan juga dimasukkan.

Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut:

Tajuk Pembelajaran 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tajuk Pembelajaran 2: Kemahiran Membaca

Tajuk Pembelajaran 3: Kemahiran Menulis Tajuk Pembelajaran 4: Kemahiran Mengarang

Tajuk Pembelajaran 5: Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar dan Penilaian Kemahiran Menulis

Latihan berbentuk latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman anda.

Modul ini diharapkan dapat membantu para pelajar menerangkan teori huraian dan pemerolehan bahasa dan konsep asas pedagogi bahasa. Para pelajar juga diharapkan lebih jelas dengan konsep pengaplikasian pendekatan pengajaran mahupun pembelajaran bahasa.

(11)

Kod & Nama Kursus: BMM 3043: Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 interaksi. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

AGIHAN TAJUK

INTERAKSI TAJUK/TOPIK

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA

KURSUS

1

1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur

 Konsep

 Objektif

 Proses dan Bentuk

 Peringkat Penguasaan

 Unsur dan Faktor Keberkesanan

 Prinsip Pengajaran

 Kaedah Pengajaran

 Teknik Pengajaran

2

(12)

2

 Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan bertutur

 Objektif, Langkah-langkah sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti

 Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

 Prinsip dan prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

2. Kemahiran Membaca.

 Matlamat dan Jenis Bacaan

 Peringkat Pengajaran Bacaan

 Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming, Scanning.

2

3

7. Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Bacaan.

 Pendekatan Binaan,

Cerakinan, Komunikatif, dan Pengalaman Bahasa.

 Kaedah Pandang Sebut

 Kaedah Abjad dan Fonik 8. Teknik Pengajaran Kemahiran

Membaca.

 Survey, Question, Read, Review, Recite, (SQ3R), Read, Review, Recite, (3R), Know, What, Learn, How, (KWLH), dan lain-lain.

 Lingkaran Soalan, Tatacerita

 Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca.

9. Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca.

 Objektif

 Langkah-langkah Sebelum, Semasa, dan Selepas Aktiviti

 Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar.

2

(13)
(14)

4

 Mengenal pasti Idea Keseluruhan

 Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan

 Membuat Ramalan/Kesimpulan

 Pembinaan Instrumen Penilaian 11. Kemahiran Menulis.

 Matlamat dan Peringkat

 Tujuan Penulisan

 Jenis Penulisan Karangan.

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis.

 Proses Pengajaran

 LEA (Pengalaman Bahasa)

12. Seni Bahasa dan Tatabahasa KSSR

 Matlamat

 Membina dan Menggunakan Bahan Bantu

 Langkah Pelaksanaan Pengajaran dan

PembelajaranSeni Bahasa dan Tatabahasa Kuriulum Standard Sekolah Rendah

 Bengkel membina Langkah Pengajaran dan

PembelajaranSeni Bahasa dan Tatabahasa

2

5

13. Kemahiran Mengarang.

 Mencari Isi – Menggunakan Bahan Rangsangan

 Mengaitkan Isi dengan Tajuk, Kohesi, Koheren, dan

Pemerengganan

 Kemahiran Kosa kata, Gaya Persembahan, Mengedit dan Mengembangkan Idea – Peta Minda.

14. Prosedur Pengajaran dan

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar.

 Ejaan

 Imlak

 Karangan

15. Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis.

 Mengenal Pasti Idea Keseluruhan

 Mengesan Idea utama dan Idea Sokongan

 Membuat Ramalan / Kesimpulan.

2

JUMLAH 10

(15)
(16)

Tajuk 1

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui kemahiran mendengar dan bertutur yang merangkumi konsep, objektif, proses dan bentuk.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;

2. mengenal pasti tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;

3. menghuraikan kaedah, teknik dan aktiviti dalam kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;

4. menyatakan prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan

5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Kerangka Konsep

Rajah 1: Modul Strategi Pengajaran Efektif

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks Menganalisis

Ciri-Ciri Pelajar

Menyemak Pengajaran

(17)

Rajah 2: Perilaku - Ucapan Teori Chomsky

(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

1.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1.1.1 Konsep

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi atau berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberikan gerak balas atau respon tertentu. Hal ini bermakna dalam proses lisan itu, komponen kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat;

(18)

manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.

Aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, seperti gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; berlaku melalui latihan- latihan khas secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi.

Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan

Konsep Pertuturan

(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/

digabungkan menghasilkan bunyi [batu];

(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa- apa yang didengarinya;

(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya;

(19)

(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

1.1.2 Objektif Kamahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran mendengar membolehkan murid:

memperoleh idea;

mencari isi-isi penting;

melakukan arahan/ tindak balas;

mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;

mengenal pasti isi-isi yang tersirat;

mentafsir makna-makna yang tersirat,

mengenal pasti „mood‟ penutur, suasana, dan keadaan atau konteks, dan

mengesan „pengaruh‟ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut perkara yang diperkatakan.

Kemahiran bertutur membolehkan murid:

menyebut dengan jelas;

menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;

melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;

memberi penerangan dan alasan;

menunjuk arah;

membina soalan untuk mencari maklumat;

bertemu ramah;

bertukar-tukar pendapat dan maklumat;

(20)

bertutur secara bertatasusila; dan

bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Aspek-Aspek Pertuturan

i. Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya.

Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya;

ii. Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;

iii. Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut „harakat‟), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;

iv. Jeda (persendian): Unsur ini merujuk aspek persendian memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, „jangan tembak,‟

jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan,

„jangan/tembak,‟ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!

(21)

v. Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.

vi. Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut.

Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata.

Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.

vii. Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik.

Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun, untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

viii. Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Keadaan ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.

ix. Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid dapat bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;

(22)

x. Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

1.1.3 Proses dan Bentuk:

Komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran.

Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar, itu:

mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;

memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;

menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan

bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Seseorang akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.

Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang

(23)

pasif tidak boleh diterima. Hal ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

Proses mendengar seperti yang berikut:

secara pasif;

secara bertelau-telau;

tanpa tindak balas;

secara menebuk-nebuk;

dengan beremosi;

secara berhati-hati dengan pengamatan; dan

secara kritikal.

Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:

Mengaitkan aksi dengan pertuturan;

Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;

Membina soalan berdasarkan bahan;

Memberikan arahan kepada rakan;

Menerangkan gambar dan bahan grafik;

Perbualan melalui telefon;

Perbahasan;

Perbincangan forum;

Memberikan taklimat dan ceramah;

Main peranan;

Simulasi;

Teater bercerita; dan

Drama.

(24)

Prinsip Proses Kemahiran Mendengar

i. Mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati;

ii. Proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;

iii. Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannyaberbanding daripada kecerdasan otaknya;

iv. Aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang;

v. Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;

vi. Mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;

vii. Mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;

viii. Mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan

xi. Mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi.

Kesimpulannya:

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa; dan memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut yang membolehkan murid bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.

Latihan

1. Bincangkan proses dan bentuk mendengar dan bertutur berserta aktiviti yang sesuai.

2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formalberserta dengan contohnya.

(25)

Tajuk 2

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui peringkat penguasaan, unsur dan faktor keberkesanan serta prinsip pengajaran dalam kemahiran mendengar dan bertutur.

Hasil Pembelajaran

i. Menghuraikan faktor-faktor keberkesanan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

ii. Menjelaskan prinsip-prinsip pengajaran kemhairanmmendengar dan bertutur.

Kerangka Konsep

Rajah 1: Modul Membangunkan Strategi Pengajaran Efektif

2.1 Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur i. Peringkat Penerimaan (mendengar dan memahami)

Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk Ujian

Membentuk aktiviti pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks Menganalisis

Ciri-Ciri Pelajar

Menyemak Pengajaran

(26)

bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.

ii. Penghasilan Semula (bertindak balas)

Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.

2.1.1 Peringkat–Peringkat Kemahiran Bertutur

Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat:

peringkat awal, pertengahan dan maju.

1. Peringkat awal

Melafazkan pengucapan bertatasusila;

Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;

Menyoal untuk mendapatkan maklumat;

Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;

Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi- situasi tertentu;

Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;

Memberi arahan;

Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan

(27)

Membuat ayat-ayat daripada gambar.

2. Peringkat pertengahan

Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;

Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar- gambar bersiri;

Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;

Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;

Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;

Membaca iklan, peraturan-peraturan;

Memberi ucapan pendek dan mudah;

Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;

Memberi komen secara mudah; dan

Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

3. Peringkat maju

Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya;

Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;

Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;

Bertanya untuk mendapatkan maklumat;

Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;

Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;

Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);

Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain;

(28)

Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;

Mendeklamsi puisi;

Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan

Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan

Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan.

Faktor seperti yang berikut:

i. Kecerdasan:

Hal ini merujuk tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;

ii. Kesihatan:

Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;

iii. Fizikal:

Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi- bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan

(29)

dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;

iv. Persekitaran:

Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak.

Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;

v. Jantina:

Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak- kanak lelaki; dan

vi. Dwibahasa:

Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak- kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.

(30)

2.1.3 Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar

i. Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis;

ii. Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;

iii. Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik- baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;

iv. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.

v. Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan;

vi. Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak- kanak;

vii. Paling penting, kanak-kanak perlu diberikan peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar

(31)

sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.

Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.

(32)

Tajuk 3

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Sinopsis

Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur dihuraikan.

Hasil Pembelajaran

i. Menghuraikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran mendengar dan bertutur.

ii. Menjelaskan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berserta contoh yang sesuai.

3.1 Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur

Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti

(33)

mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur.

Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

3.1.1 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur

Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Hal ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah

1. Pendekatan Situasi

Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna- makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian,

(34)

pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran yang berikut:

i. Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;

ii. Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat;

iii. Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;

iv. Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu.

Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah;

v. Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru- guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur;

vi. Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza.

Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik.

Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-

(35)

alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan- sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;

vii. Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman- kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan- sebutan yang betul.

Walau bagaimanapun, Walkins (1975), berpendapat bahawa murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu.

Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid- murid dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian.

Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.

2. Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil

(36)

untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut:

i. Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya.

Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;

ii. Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;

iii. Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan itu, guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur

(37)

tersebut. Pendedahan yang begini dapat melatih murid berfikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan;

iv. Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara murid dengan guru untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dapat mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan;

v. Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan.

Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu.

vi. Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan.

Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan seperti yang berikut.

Wanita: Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?

Kakitangan pos: “Pak cik”?

Wanita: (terdiam)

Kakitangan pos: Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik?

Wanita: Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.

(38)

Kakitangan pos: Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun belum.

Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa:

bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.

3.1.2 Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Telah dimaklumkan bahawa kemahiran mendengar dan bertutur dapat diajarkan melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa) manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.

1. Kaedah Terus

Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bertutur

(39)

melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain:

i. murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut;

ii. sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;

iii. aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;

iv. murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk- bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan v. guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan

linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.

Dengan berdasarkan ciri-ciri di atas, langkah-langkah pengajaran guru dapat ditetapkan seperti berikut:

i. Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna.

ii. Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.

iii. Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.

(40)

Kelebihan Kaedah Terus

Murid dapat menguasai kemahiran bertutur dengan baik.

Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.

Kelemahan Kaedah Terus

Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

2. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik

Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan.

Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua- dua bahasa yang dibandingkan itu:

coffee - kopi school - sekolah radio - radio

(41)

bicycle - basikal biscuit - biskut

Pemilihan ayat dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.

Subjek Kata kerja Objek

Saya I

pergi go

ke sekolah.

to school.

Dia He

minum drinks

susu.

milk.

Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:

i. Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;

ii. Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;

iii. Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan

iv. Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh- contoh yang diberikan oleh guru.

3. Kaedah Audio-Lingual

Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut:

i. Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;

ii. Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;

(42)

iii. Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa;

iv. Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif;

v. Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti yang berikut:

i. Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;

ii. Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;

iii. Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog

iv. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai

Referensi

Dokumen terkait

Penurunan total coli terbaik pada reaktor Wetland terjadi pada reaktor Wetland 32 mesh dan mangrove 6 bulan yang terlihat pada Gambar 16.. Gambar 16 Grafik Analisis Total Coli

2.4 Pengaruh Penyuluhan terhadap Tingkat Pengetahuan, Sikap dan Praktik Ibu dalam Pencegahan DBD pada Anak. Berdasarkan teori diatas, penyuluhan sangat berperan dalam

Tujuan dari pemberian kuliah ini adalah untuk memberi pengetahuan yang meliputi: peraturan perundang-undangan yang berkaitan dengan pelestarian lingkungan, dampak

Menurut IPRA (International Public Relation Association) Humas adalah fungsi manajemen dari ciri yang terencana dan berkelanjutan melalui organisasi dan lembaga swasta atau

Hasil studi pendahuluan peneliti pada observasi pembelajaran Fikih di Pondok Pesantren Darul Ilmi, ditemukan bahwa di Pondok tersebut mempunyai dua program

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran

Formasi Jabatan Fungsional Pengelola Pengadaan Barang/Jasa yang selanjutnya disebut Formasi JFPP adalah jumlah dan susunan jabatan fungsional Pengelola Pengadaan

Pasien harus berdiskusi mengenai rencana bepergiannya dengan dokter atau ahli imunologi mereka, yang dapat memberi saran mengenai hal-hal yang aman dan apakah memerlukan vaksin