• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 194-200)

Kaedah Fonik

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Pendekatan Binaan

Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur-unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar.

Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan

Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu.

Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.

Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan

cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja.

Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.

Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.

Prinsip pendekatan komunikatif:

(a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;

(b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;

(c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;

(d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan.

Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya.

Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan

tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan.

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;

(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain;

(b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka;

(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep;

(d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan

(e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca.

Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.

Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:

Kaedah Pandang Sebut

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan.

Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh

Menggunakan bahan bantu belajar KAEDAH

PANDANG SEBUT

Menyebut Perkataan

Mencerakinkan perkataan dan

kata

Membina dan membaca ayat

Membaca ayat

l a t i h a n

perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.

Kaedah Abjad

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf „a‟ hingga „z‟ mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.

Menggunakan bahan bantu belajar

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

Kaedah Fonik

Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.

Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan

dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.

Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya.

Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!

Tajuk 8

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

(a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read,

Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain (b) Teknik Bercerita

(c) Teater Pembaca

Sinopsis

Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif.

Hasil Pembelajaran

1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 194-200)