• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKNIK MENGUJI

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 171-180)

Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur

TEKNIK MENGUJI

KEMAHIRAN

MENYEBUT

Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan.

Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita.

Untuk memudahkan pemarkatan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.

Bertutur mengikut arahan

Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,

Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya esok.

Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.

Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.

Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.

Bertutur berdasarkan gambar

Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan-soalan itu.

Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambar di atas.

Misalnya:

(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?

(b) Apa yang sedang mereka lakukan?

(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis).

Membaca Kuat

(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.

(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.

Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.

Bertutur Secara Berpandu

Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru.

Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:

Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.

(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;

(b) Murid membaca senyap;

(c) Guru membaca kuat petikan;

(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;

(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan

dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul.

Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:

Main peranan

Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan. Misalnya:

Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan.

Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur seberbagai-bagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Temu bual dan Temu duga

Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu

mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah.

Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru

Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid.

Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.

Pemarkatan Ujian Bertutur

Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.

Pemarkatan Secara Objektif

Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.

Bahagian A

Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul i. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah ii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.

iii. Dengan siapa adik bermain bola tadi

iv. Wah, besarnya rumah awak!

Bahagian B

Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.

i. Apakah cita-cita kamu?

ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?

iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?

Bahagian C

Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut:

(a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.

(b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.

(c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.

(d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat;

(e) berinteraksi – melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll (f) simulasi – main peranan dalam lakonan, forum dll

Soalan:

i. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu?

ii. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka?

iii. Bagaimanakah cara mereka melakukannya?

(g) projek – perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll.

Senarai Semak untuk Pemarkatan.

Nama Murid: ...

Bahagian No: Gambar Nombor Soalan

Markat

2

1 0

J =

J = A

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

Nilai Markat (cadangan)

2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa.

1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa.

0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.

Pemarkatan Secara Holistik

Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan.

Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu:

i. sebutan ii. kefahaman iii. ketatabahasan

iv. keluasan perbendaharaan kata, dan v. kelancaran pertuturan.

Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.

Rumusan

Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan

bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting, awal diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya.

Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu, guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.

(a) Huraikan tentang lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik.

(b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu?

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 171-180)