• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 155-166)

Sinopsis

Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.

Hasil Pembelajaran

1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan

2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;

Kerangka Konsep

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:

Komponen Persediaan Mengajar

Persediaan Penyampaian Penutup

Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan

Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian Objektif Pengajaran i. Kemahiran

Peneguhan

Tugasan Isi Pelajaran ii. Kemahiran

menerangkan

Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Menetapkan

Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:

(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)

Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.

(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu.

(c) Peringkat susulan dan penilaian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya.

Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).

Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

(a) Bahan yang sesuai

Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan:

mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:

Kesesuaian dengan perkara

Penjelasan

Objektif dan matlamat pengajran

(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran;

(b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;

(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

(a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.

Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan

(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;

Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana

pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid;

(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan

(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya

Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.

Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang.

Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!

(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P &

P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu.

Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.

(d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;

(e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah);

(f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;

(g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.

Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:

Aktiviti latih tubi untuk pertuturan

Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.

Aktiviti peniruan dan hafazan

Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.

Aktiviti kemahiran komunikatif

Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu,

murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud. Misalnya:

(a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas;

(b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;

(c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama;

(d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;

(e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman;

dan

(f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan.

Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid.

Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.

Aktiviti pengumuman lisan

Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.

Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk

Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid.

Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.

Boneka

(a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.

(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.

(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.

(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.

(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.

(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.

Bahan Kartun

(a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.

(b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

(c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.

(d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.

Video dan Bahan Sastera

(a) Murid menonton rakaman drama.

(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.

(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.

(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri.

Gambar Foto (potret)

Kesimpulannya

Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria

(a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya.

(b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian.

(c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang

kanak-kanak tersebut.

seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.

Tajuk 5

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 155-166)