• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) BMM3063

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) BMM3063"

Copied!
105
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

MODUL PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM3063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2012 (Edisi September 2014)

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN

KEPUJIAN

(2)

ii Edisi September 2014

Institut Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM

TERSEBUT.

(3)

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(4)

ii

(5)

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru

Kandungan Panduan Pelajar Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1:

Pendidikan Pemulihan

Tajuk 2: Perbezaan Pengelolaan dan Strategi

Tajuk 3: Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Tajuk 4: Langkah-langkah Khusus dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan Tajuk 5: Penyediaan Rancangan Pengajaran Pendidikan Pemulihan

Kemahiran Lisan, Membaca, dan Menulis

Tajuk 6: Penyediaan Bahan Bantu Mengajar aktiviti Pemulihan Tajuk 7: Sesi Latihan Pengajaran Pemulihan Pelbagai Senario Tajuk 8: Penilaian Pengajaran Pendidikan Pemulihan

Tajuk 9: Pendidikan Pengayaan

Tajuk 10: Prosedur Program Pendidikan Pengayaan

Tajuk 11: Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan (Pengukuhan dan Pengembangan)

Tajuk 12: Penyediaan Bahan Bantu Aktiviti Pengayaan

Tajuk 13: Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Pengayaan Tajuk 14: Sesi Latihan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

Tajuk 15: Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan Rujukan

Panel Penulis Modul KANDUNGAN

(6)

v

Modul ini disediakan untuk membantu anda mengurus pembelajaran kendiri agar anda dapat belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk mengurus cara pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa belajar anda.

Pembelajaran kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memastikan hasil pembelajaran dalam setiap tajuk dapat dicapai.

Dengan cara begini anda akan dapat mengikuti kandungan kursus ini dengan lebih mudah. Bantuan daripada pensyarah boleh diminta sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut tentang tajuk-tajuk dalam modul ini.

Modul ini ditulis berdasarkan susunan tajuk seperti yang ditetapkan dalam proforma.

Jangka masa untuk mengikuti sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula maklumat yang telah anda pelajari.

Anda boleh berbincang dengan rakan–rakan anda untuk meningkatkan kefahaman tentang tajuk-tajuk tersebut. Anda dapat memanfaatkan kefahaman ini semasa berinteraksi dengan pensyarah.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda akan menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan dimaklumkan unit penilaian dan peperiksaan IPGK masing- masing. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat anda mengikuti program ini.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulang kaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

PANDUAN PELAJAR

(7)

vi

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

(8)

vii Pengenalan

Kursus Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah(3063) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah.

Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang meliputi:-

 Pendidikan Pemulihan

 Perbezaan Pengelolaan dan Strategi

 Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

 Langkah-langkah Khusus dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan

 Penyediaan Rancangan Pengajaran Pendidikan Pemulihan Kemahiran Lisan, Membaca, dan Menulis

 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar aktiviti Pemulihan

 Sesi Latihan Pengajaran Pemulihan Pelbagai Senario

 Penilaian Pengajaran Pendidikan Pemulihan

 Pendidikan Pengayaan

 Prosedur Program Pendidikan Pengayaan

 Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan (Pengukuhan dan Pengembangan)

 Penyediaan Bahan Bantu Aktiviti Pengayaan

 Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

 Sesi Latihan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

 Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan

Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan

aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan melaksanakan

2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses

pelengkap modul akses kendiri ini.

(9)

Nama Kursus : Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Kod : BMM3063

Kandungan modul ini dibahagi kepada 15 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA

KURSUS

1

Tajuk 1:

Pendidikan Pemulihan

 Konsep, Objektif, dan Rasional Pendidikan Pemulihan

 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan

 Jenis Pendidikan Pemulihan

 Ciri Murid Pemulihan

2 jam Tajuk 2:

Perbezaan Pengelolaan dan Strategi

 Pemulihan dalam Kelas Biasa

 Pemulihan dalam kelas Khas

Tajuk 3:

Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

 Kemahiran Lisan

 Kemahiran Membaca

 Kemahiran Menulis

2

Tajuk 4:

Langkah-langkah Khusus dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan

 Mengenal pasti Murid

 Menganalisis Masalah dan membuat Perancangan

 Melaksana Pengajaran, Menilai, dan membuat Tindak Susul

2 jam Tajuk 5:

Penyediaan Rancangan Pengajaran Pendidikan

Pemulihan Kemahiran Lisan, Membaca dan Menulis

 Mengenal pasti Masalah

 Objektif dan Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran

 Menentukan Strategi dan Aktiviti AGIHAN TAJUK

(10)

Tajuk 6:

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan

 Kemahiran Lisan

 Kemahiran Membaca

 Kemahiran Menulis

3

Tajuk 7:

Sesi Latihan Pengajaran

Pemulihan Pelbagai Senario

 Kemahiran Lisan

 Kemahiran Membaca

 Kemahiran Menulis

2 jam Tajuk 8:

Penilaian Pengajaran Pendidikan

Pemulihan

 Kaedah Penilaian

 Penyimpanan Rekod

 Tindakan Susulan

Tajuk 9:

Pendidikan Pengayaan

 Konsep Pendidikan Pengayaan

 Objektif dan Prinsip Pendidikan Pengayaan

 Perbezaan Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti

4

Tajuk 10:

Prosedur Program Pendidikan

Pengayaan

 Strategi Pelaksanaan

 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

2 jam

Tajuk 11:

Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

(Pengukuhan dan Pengembangan)

 Kemahiran Lisan

 Kemahiran Membaca

 Kemahiran Menulis

Tajuk 12:

Penyediaan Bahan Bantu Aktiviti Pengayaan

 Permainan Bahasa

 Bacaan Tambahan

 Kerja Projek

5

Tajuk 13:

Penyediaan Rancangan

Pengajaran Aktiviti Pengayaan

 Mengenal Pasti Ruang Pengayaan

 Objektif dan Langkah-langkah Aktiviti

 Menentukan Strategi dan Aktiviti

2 jam

(11)

Tajuk 14:

Sesi Latihan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

 Kemahiran Lisan

 Kemahiran Membaca

 Kemahiran Menulis

Tajuk 15:

Penilaian Pengajaran Pendidikan

Pengayaan

 Kaedah Penilaian

 Penyimpanan rekod

 Tindakan Susulan

JUMLAH 10 jam

(12)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan konsep, objektif dan rasional pemulihan perlu dilaksanakan.

Bahagian ini juga menjelaskan perbezaan antara pendidikan pemulihan dengan pendidikan imbuhan yang pernah dijalankan dalam sistem pendidikan di negara ini. Jenis-jenis Pendidikan Pemulihan dan ciri-ciri murid pemulihan turut dibincangkan yang bertujuan untuk memberi penjelasan yang menyeluruh tentang pendidikan pemulihan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menghuraikan dan menjelaskan konsep, objektif dan rasional Pendidikan Pemulihan.

ii. Menganalisis dan menghuraikan perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan.

iii. Menganalisis dan menghuraikan jenis Pendidikan Pemulihan dan ciri-ciri murid pemulihan.

1.1 Konsep Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu

Pendidikan Pemulihan ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberikan keutamaan kepada masalah pembelajaran murid dan seterusnya mengenal pasti punca dan langkah-langkah pemulihan.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan pemulihan sebagai perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan lazimnya dikaitkan dengan usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Blair (1956) mentakrifkan pemulihan sebagai program khas berbentuk tambahan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu pada penguasaan kemahiran.

O.C. Simpson (1975) pula menjelaskan bahawa aktiviti pemulihan merupakan tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

TAJUK 1 PENDIDIKAN PEMULIHAN

(13)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2

kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dan di dalam bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran biasa.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) menjelaskan pemulihan sebagai satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran di dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan di dalam darjah untuk pengajaran dan pembelajaran biasa.

Ishak Haron dan Koh Bon Boon (1983) mendefinisikan pemulihan sebagai perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah biasa.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) menjelaskan pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Berdasarkan pentakrifan yang telah dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa pemulihan merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran agar murid tersebut dapat menguasai sesuatu kemahiran yang tidak dapat dikuasai dengan menggunakan strategi, bahan-bahan pelajaran serta aktiviti alternatif yang sesuai dengan aspek kelemahan murid. Murid-murid yang terlibat dalam pendidikan pemulihan lazimnya digelar sebagai murid lambat kerana gagal menguasai kemahiran dalam masa yang ditentukan.

Inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani permasalahan kegagalan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan, tulisan dan kiraan adalah dengan menjelaskan perbezaan murid dalam Buku Panduan Am KBSR, 1982 yang wajar diberi perhatian oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

(14)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3

”... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ...”

Ab. Rahman, et. al. (1997) membincangkan program pemulihan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam usaha menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Program pemulihan dilaksanakan sebaik sahaja masalah pembelajaran murid dapat dikesan dan dikenal pasti.

1.2 Objektif Pendidikan Pemulihan Pendidikan pemulihan bertujuan untuk:

1.2.1 membantu murid menguasai masalah pembelajaran dalam kemahiran- kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan aktiviti;

1.2.2 memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif dalam kalangan murid terhadap pembelajaran;

1.2.3 membantu murid mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran;

1.2.4 membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan mereka;

1.2.5 membolehkan murid mendapat layanan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu;

1.2.6 membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah; dan

1.2.7 membolehkan murid untuk meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

(15)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4

1.3 Rasional Pemulihan

i. Murid-murid pemulihan secara umumnya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan untuk menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang untuk membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran yang seterusnya seperti murid yang lain.

ii. Pendidikan pemulihan berupaya untuk mengembangkan potensi individu seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perbezaan murid dari segi minat, gaya belajar dan kebolehan dapat ditangani melalui pendidikan pemulihan yang diberikan guru secara berterusan. Masalah rendah diri dan keciciran murid dapat diatasi dan penguasaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan.

iii. Terdapat pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa murid dan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah pembelajaran murid.

(16)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5

Rajah 1: Rasional Pendidikan Pemulihan

RASIONAL PEMULIHAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

 Mengembangkan potensi individu

Mengatasi masalah rendah diri murid

Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran

Perbezaan Murid

 Pengalaman

 Minat

 Kebolehan

Meningkatkan penguasaan kemahiran

Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.

(17)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6

1.4 Jenis-jenis Pendidikan Pemulihan

Terdapat dua jenis pendidikan pemulihan, iaitu Pemulihan Bahasa Melayu di dalam Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) dan Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks).

Pemulihan Bahasa Melayu di dalam bilik darjah dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru Bahasa Melayu biasa. Murid-murid yang menghadapi pembelajaran di kenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan hendaklah dijalankan secara serta-merta berdasarkan masalah tertentu.

Pemulihan Khas dijalankan di dalam bilik darjah khas oleh guru pemulihan khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada murid yang gagal menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang telah dikenal pasti melalui ujian saringan. Murid akan kembali ke kelas biasa setelah kelemahan pembelajaran diatasi. Bilangan murid di dalam kelas ini kecil sahaja.

1.5 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan

Pendidikan Imbuhan meliputi unsur-unsur pedagogi di dalam bilik darjah dan melibatkan unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah. Projek Pendidikan Imbuhan bagi murid sekolah rendah dilaksanakan antara tahun 1975-1980 di Malaysia. Bahan bantu khas dihasilkan khas untuk murid luar bandar. Guru terlatih dipilih untuk menyertai kursus supaya mereka mendapat kemahiran untuk melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan. Pendidikan Imbuhan memberi tumpuan pada aspek masalah ekonomi, pelajaran, kewangan, peralatan dan makanan. Pendidikan Imbuhan dianggap sebagai satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan.

Pendidikan ini merupakan langkah yang rapi dan teliti yang telah diprogramkan untuk mencegah daripada berlakunya sebarang kelemahan dalam kalangan murid yang mempunyai latar ekonomi yang rendah. Sekiranya masalah murid ini dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran dalam kalangan murid berkenaan.

.

(18)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7

Pendidikan Imbuhan menitikberatkan perkara yang berikut:

a. Pendidikan Imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal, iaitu pada peringkat awal pembelajaran. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan punca kelemahan.

b. Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.

Pengajaran disusun dengan rapi dan teliti.

c. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan khusus.

d. Guru hendaklah boleh mengubah suai bahan-bahan kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.

e. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan badan-badan lain yang dapat membantu untuk meningkatkan prestasi murid.

f. Objektif projek ditentukan secara jelas.

g. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti.

h. Koordinasi dengan agensi yang dapat memberikan sumbangan untuk projek kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan seumpamanya.

(19)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8

Terdapat perbezaan antara Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Imbuhan. Antara perbezaannya seperti yang berikut:

Bil. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Imbuhan

1

Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonom.

2

Rancangan pembelajaran ditumpukan khas pada penguasaan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira.

Rancangan pembelajaran untuk semua mata pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid-murid.

3

Skop kajiannya terbatas pada pedagogi di dalam bilik darjah.

Skop kajiannya meliputi pedagogi di dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.

4

Program ini hanya meliputi akativiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Program ini meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, program makanan dan bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.

5

Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan pada peringkat prasekolah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.

6

Objektif untuk membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran asas.

Objektif utama untuk merapatkan jurang dalam peluang pendidikan antara golongan kaya dengan golongan miskin.

(Sumber: Mok Soon Sang, 1994)

Aktiviti 1

Bina peta minda yang menunjukkan perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan. Tulis satu rencana tentang masalah Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu di sekolah anda. Tugasan dilaksanakan secara kumpulan dan dibentangkan di dalam kelas semasa interaksi.

(20)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

9

1.6 Ciri-ciri Murid Pemulihan

i. Lemah dalam penguasaan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

ii. Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak.

iii. Lemah dari segi koordinasi mata dengan tangan.

iv. Singkat tahap tumpuan pembelajaran.

v. Kurang keyakinan diri.

vi. Lambat memberikan tindak balas.

vii. Selalu gagal dalam ujian.

viii. Sukar menguasai kemahiran pelajaran dalam tempoh masa yang ditentukan.

ix. Lemah dari segi ingatan pendengaran, ingatan dan penglihatan.

x. Rendah darjah kecerdasan berbanding dengan rakan sebaya.

xi. Selalu sakit – masalah kesihatan.

xii. Kerap ponteng sekolah.

xiii. Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah xiv. Bermasalah dalam tingkah laku.

xv. Sukar mengawal emosi.

Aktiviti 2

Kenal pasti murid bermasalah dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis di dalam kelas anda. Analisis masalah tersebut dan kenal pasti punca masalah berlaku.

(21)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

10

Sinopsis

Dalam tajuk ini dihuraikan perbezaan pengelolaan dan strategi pendidikan pemulihan, khususnya di dalam kelas biasa dan di dalam kelas khas pemulihan. Pengelolaan pengajaran pemulihan melibatkan penentuan objektif, perancangan, pengajaran dan penilaian.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Membezakan pengelolaan pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam kelas khas.

ii. Membezakan strategi pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam kelas khas.

2.1 Pengelolaan Pengajaran Pemulihan dalam Kelas Biasa

Pengajaran pemulihan di dalam sesebuah kelas biasa dijalankan secara sistematik agar murid-murid lambat memperoleh faedah yang maksimum. Terdapat empat langkah pengelolaan pengajaran pemulihan, iaitu:

i. Penentuan objektif ii. Perancangan iii. Pengajaran iv. Penilaian

Penentuan Objektif

Objektif pengajaran hendaklah ditentukan sebelum pengajaran pemulihan. Aras objektif seharusnya sejajar dengan kebolehan murid lambat agar objektif ini dapat dicapai seperti yang ditentukan oleh guru. Objektif pelajaran ditentukan merujuk kepada masalah pembelajaran yang dihadapi murid.

TAJUK 2 PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI

(22)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

11

Contoh 1:

Masalah murid adalah tidak dapat mengenal huruf-huruf vokal yang dilihat pada kad perkataan.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat mengenal pasti huruf-huruf vokal yang terdapat dalam perkataan pada kad perkataan yang ditunjukkan guru.

Contoh 2:

Masalah murid adalah tidak dapat menulis objek (frasa nama) selepas kata kerja transitif.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat menulis objek (frasa nama) selepas kata kerja transitif dalam ayat tunggal.

Perancangan

Guru merancang pengajarannya berdasarkan objektif yang telah ditentukan.

Perancangan meliputi strategi PdP secara individu, berpasangan atau kumpulan.

Perancangan juga meliputi bahan bantu belajar yang akan digunakan semasa PdP.

Bahan yang dipilih sesuai mengikut aras kesukaran isi pelajaran. Guru juga merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif. Jenis penilaian yang sesuai untuk menilai pencapaian murid bagi kemahiran yang diajarkan hendaklah ditentukan oleh guru semasa merancang pengajaran mereka.

Pengajaran

Pengajaran dalam kelas biasa boleh berbentuk pengajaran secara individu, kumpulan atau rakan sebaya. Guru mungkin mengajar seseorang murid yang lambat atau beberapa orang murid lambat yang menghadapi masalah yang sama. Murid-murid yang cerdas boleh diminta membimbing murid-murid lambat untuk menjalani aktiviti pemulihan.

Pengajaran pemulihan biasanya dijalankan selepas satu-satu pengajaran selesai. Pada masa yang sama murid-murid yang cerdas dan sederhana akan membuat aktiviti pengayaan.

(23)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

12

Penilaian

Penilaian hendaklah dijalankan bagi memastikan sama ada objektif pelajaran yang ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian dapat dijalankan dengan cara-cara yang berikut:

i. Pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti pembelajaran dijalankan.

ii. sesi soal jawab atau kuiz selepas tamat satu-satu pengajaran.

iii. Pemeriksaan latihan harian.

Selepas penilaian, murid yang telah menguasai kemahiran tertentu akan kembali ke kumpulan yang sejajar dengan kebolehannya. Murid yang masih belum dapat menguasai kemahiran-kemahiran tetentu hendaklah dirujuk kepada guru khas pemulihan.

2.2 Strategi Pengajaran Pemulihan

a. Strategi Pengajaran Kumpulan Kecil

Murid-murid yang mengalami masalah yang sama dikumpulkan dalam kumpulan kecil.

Ahli dalam kumpulan kecil boleh bertukar-tukar kerana murid yang lemah dalam bahasa Melayu tidak semestinya lemah dalam mata pelajaran lain.

Guru dapat membimbing kumpulan ini dengan menggunakan bahan bantu belajar yang memberikan peluang belajar kepada murid melalui penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang beraneka jenis untuk menarik minat serta mengukuhkan kemahiran bahasa. Bahan pengajaran tersebut hendaklah digunakan dalam pelbagai situasi yang berlainan.

b. Strategi Pengajaran Individu

Melalui pengajaran ini, guru memberikan perhatian kepada seorang murid dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan penggunaan bahan-bahan bantu belajar.

c. Strategi Pengajaran Rakan Sebaya

Murid yang cerdas boleh diminta untuk membantu rakan-rakannya yang lambat untuk menjalankan aktiviti pemulihan yang ditetapkan oleh guru.

(24)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

13

2.3 Pemulihan dalam Kelas Khas

Pendidikan pemulihan khas disediakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid ini mengikuti aktiviti pemulihan di dalam kelas khas yang disediakan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran mereka. Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dipindahkan dalam kelas khas untuk mengikuti program pemulihan khas dengan guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khusus dalam pemulihan khas. Rasionalnya murid pemulihan khas ditempatkan di dalam kelas kerana masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Selain itu, segala kemudahan yang terdapat di dalam kelas tersebut dapat digunakan dengan lebih berkesan serta guru dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih menggalakkan minat murid untuk belajar. Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan

Selain itu. kelas khas diwujudkan kepada kanak-kanak yang memerlukannya bertujuan untuk membolehkan mereka menerima pembelajaran atau rawatan khas (jika perlu) supaya keperluan-keperluan individu dapat dipenuhi atau dalam setengah-setengah keadaan cuma dapat dibantu agar masalah yang sedia ada tidak menjadi bertambah buruk atau menimbulkan kesan-kesan sampingan. Menurut laporan National Bureau for Co-Operation in Child Care (1970) dalam ‘Living With Handicaps’, terdapat beberapa cara untuk memberikan pengajaran kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini, iaitu:

i. Sekolah Khas berasrama penuh.

ii. Sekolah Hospital.

iii. Sekolah Berasrama Penuh yang dikendalikan 5 hari seminggu.

iv. Sekolah Berasrama Penuh digunakan sebagai pusat (Base), iaitu kanak-kanak ditempatkan seperti sekolah biasa.

v. Menubuhkan kelas-kelas Pemulihan Khas di sekolah biasa.

(25)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

14

2.4 Strategi Pemulihan Khas

a. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas

b. Kenal pasti masalah murid

 Kenal pasti punca masalah murid

 Menjalin hubungan mesra dengan murid

 Menunjukkan penghargaan kepada murid

 Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar

c. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai

 Pendekatan bermain sambil belajar

 Teknik bercerita

 Teknik latih tubi

 Teknik bersoal jawab

 Teknik nyanyian

d. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.

e. Menjalankan aktiviti pengukuhan.

f. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

(26)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

15

2.5 Perbezaan Pemulihan dalam Kelas Biasa dan Pemulihan dalam Kelas Khas

Pemulihan Biasa Pemulihan Khas

Guru mempunyai asas latihan perguruan.

Guru mempunyai asas perguruan dan kursus khas.

Dilaksanakan semasa proses PdP kelas biasa.

Dijalankan pada waktu tertentu.

Perlu pada setiap mata pelajaran yang diajarkan.

Hanya melibatkan BM dan Matematik

Murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan.

Murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan.

Ujian bulanan atau penggal. Ujian pencapaian bagi setiap kemahiran.

Tidak perlu ujian saringan atau diagnostik.

Perlu ujian saringan dan diagnostik.

Tidak memerlukan rekod yang terperinci.

Penyimpanan segala rekod berkenaan murid adalah amat penting.

Kekal di dalam kelas. Murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran.

Pemulihan dilakukan secara umum. -

Murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran.

Keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas.

Pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan.

Guru perlu menjadi AJK perancangan kurikulum sekolah.

Bilangan murid tidak dihadkan. Bilangan murid maksimum 15 orang.

Jadual waktu berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajarkan.

Jadual waktu ditentukan sendiri oleh guru pemulihan.

Guru terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajarkan.

Guru perlu menjadi AJK Perancangan Kurikulum Sekolah.

(27)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

16

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Cara mengesan kesukaran pembelajaran bagi keempat-empat kemahiran bahasa itu turut dibincangkan dalam tajuk ini.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menjelaskan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa.

ii. Menghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran- kemahiran bahasa.

3.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Masalah yang dialami murid dalam kemahiran mendengar seperti yang berikut:

 Sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi – vokal, konsonan, diftong

 Tidak berupaya mengajuk bunyi

 Tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar

 Sukar mengingat fakta

 Sukar memahami dan mentafsir maksud

 Sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situas komunikasi

 Gagal mengikut aliran idea dalam perbualan

 Lemah ingatan pendengaran

 Gagal mematuhi arahan

Masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur seperti yang berikut:

 Kosa kata yang terhad

 Menggunakan dialek

 Menggunakan bahasa ibunda

 Lemah dalam kesantunan berbahasa

TAJUK 3 MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN DAN CARA

MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

(28)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

17

3.2 Kemahiran Membaca

 Keliru pada huruf yang hampir sama. Contohnya huruf b-d, m-w

 Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah.Contohnya huruf a-A, b-B

 Masalah disleksia. Contohnya [kail] – [kali], [dada]-[baba]

 Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

 Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata

 Membaca secara berlagu

 Bacaan tidak lancar, tersekat-sekat

 Tidak mematuhi tanda baca

 Membaca perkataan secara terbalik. Contohnya kelapa – kepala, suka - saku

 Lemah ingatan penglihatan

 Tidak faham kandungan bahan yang dibaca

 Sukar membuat hubung kait dan analisis

 Tidak dapat membuat urutan isi

3.3 Kemahiran Menulis

 Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal

 Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

 Salah ejaan

 Kosa kata yang terhad

 Aliran pemikiran tidak lancar

 Lupa format penulisan

 Lemah dalam penyampaian idea

 Ayat yang tidak gramatis

 Lemah dalam penggunaan tanda baca

Aktiviti 3

Berdasarkan masalah dalam satu kemahiran bahasa, rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid untuk mengatasi masalah tersebut.

(29)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

18

3.4 Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Guru dapat mengenal pasti murid-murid yang memerlukan aktiviti pemulihan berdasarkan cara seperti yang berikut:

 Mengesan murid bermasalah melalui pemerhatian

 Mengesan murid bermasalah melalui rekod prestasi berdasarkan keputusan ujian

 Mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui ujian saringan dan ujian diagnostik

 Mengesan masalah murid melalui temu bual dengan guru kelas dan ibu bapa

 Mengesan punca masalah dari aspek fizikal, intelek dan emosi yang mengganggu pembelajaran.

Guru juga dapat mengesan kesukaran pembelajaran dengan cara mengadakan ujian seperti yang berikut:

 Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf besar dalam abjad.

 Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf kecil dalam abjad.

 Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal pasangan nama huruf besar dan huruf kecil.

 Ujian pengamatan penglihatan untuk mengesan masalah songsang huruf atau pembalikan huruf.

 Ujian membezakan bunyi huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya.

 Ujian untuk kemahiran membatang dan mencantumkan suku kata yang mempunyai gugusan konsonan dalam perkataan.

 Ujian untuk kemahiran membezakan bunyi e taling [e] dan bunyi e pepet [ə].

 Ujian mengesan masalah kekeliruan sebutan yang disebabkan oleh sistem ejaan dan bunyi fonik yang berbeza antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 Ujian mengesan kesukaran mengecam bentuk perkataan yang disebabkan oleh masalah pengamatan penglihatan yang songsang.

Aktiviti 4

Sebagai guru Bahasa Melayu, bincangkan cara-cara anda dapat mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran bahasa murid yang anda ajarkan.

(30)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1 Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan.

Terdapat enam langkah utama dalam pengelolaan sesi pemulihan di dalam kelas biasa.

Langkah pertama adalah mengenal pasti murid; langkah yang kedua adalah menganalisis masalah, langkah yang ketiga adalah membuat perancangan, langkah yang keempat adalah melaksanakan pengajaran, langkah yang kelima adalah membuat penilaian dan akhir sekali langkah membuat tindakan susulan. Melalui langkah-langkah yang khusus ini, objektif, bahan bantu mengajar, dan aktiviti khusus yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh murid hendaklah disediakan oleh guru untuk melaksanakan pemulihan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran pada sesuatu kemahiran bahasa yang diajarkan di dalam kelas biasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah murid

ii. Menganalisis masalah pembelajaran dan membuat perancangan pengajaran

iii. Melaksanakan pengajaran pemulihan di dalam bilik darjah, menilai dan membuat tindakan susulan.

4.1 Mengenal Pasti Masalah Murid

Murid-murid pemulihan ialah murid-murid di kelas biasa yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis, atau mengira.

Mereka menunjukkan ciri-ciri tertentu daripada aspek mental, fizikal, sosial dan emosi (Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997). Pada umumnya murid-murid pemulihan tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Walau bagaimanapun, murid-murid dalam sesebuah bilik darjah berbeza-beza daripada segi pengetahuan sedia ada, kebolehan, minat, bakat dan latar belakang.

TAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN

SESI PEMULIHAN

(31)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2 Kewujudan pelbagai perbezaan ini, menyebabkan terdapat situasi kelas yang mengandungi murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Terdapat murid yang maju, sederhana dan ada yang lemah dan sukar menguasai pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Murid yang lemah adalah murid yang kurang berjaya atau gagal mencapai tahap pembelajaran yang ditentukan dalam mata pelajaran selepas proses pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain di dalam kelasnya.

Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mengetahui teknik dan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan bagi membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran kemahiran bahasa atau tahap pencapaian di bawah tahap pencapaian murid normal. Melalui teknik, aktiviti, langkah-langkah yang khusus ini, serta penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh murid, guru dapat melaksanakan aktiviti pemulihan terhadap murid-murid tersebut.

Faktor-faktor yang berikut dipercayai sebagai punca risiko tinggi untuk melahirkan anak yang bermasalah dalam pembelajaran (Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997).

 Hubungan kekeluargaan suami isteri yang tidak rapat

 Mewarisi baka yang tidak dominan atau gen resesif

 Jangka masa kandungan yang pendek atau melebihi tempoh

 Kesan setengah-setengah penyakit

 Kesan sinar-X yang berlebihan

 Kesan dadah atau ubatan

 Kekerapan ibu yang mengandung

 Kecederaan yang berlaku semasa mengandung

 Kelahiran yang kompleks

(32)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3 4.2 Ciri-ciri Murid Lemah

Murid pemulihan menunjukkan ciri-ciri yang berikut:

Ciri-Ciri Murid Lemah

Setiap murid yang lemah menunjukkan tanda-tanda nyata yang dapat dikesan oleh seseorang guru. Sebagai contoh, murid yang mempunyai kecacatan fizikal, iaitu cacat pendengaran biasanya mundur dalam aspek sebutan dan pertuturan, lemah dalam perkembangan bahasa amnya, serta amat lemah dalam aspek tatabahasa, ejaan, perbendaharaan kata dan dalam pengetahuan am (Kirk, 1972 dipetik daripada Aziz Abd Talib, 2000).

4.3 Jenis-jenis Kecacatan Fizikal

Jenis-jenis kecacatan fizikal yang lazim adalah seperti yang berikut:

i. Kecacatan pertuturan seperti sengau, pelat, dan bisu.

ii. Kecacatan penglihatan seperti tidak boleh melihat jauh, rabun atau buta.

iii. Kecacatan pengamatan seperti melihat huruf terbalik, iaitu masalah pembalikan huruf.

iv. Kecacatan pendengaran seperti kurang dengar atau pekak.

v. Kecacatan tangan yang boleh menimbulkan masalah untuk menulis.

 Koordinasi fizikal kurang baik iaiatu cara menulis, cara berjalan dan cara berlari

 Lampau aktif

 Suka mengggangu rakan lain

 Tidak menyiapkan kerja sekolah

 Sakit/ atau pening kepala

Aspek mental Aspek fizikal Aspek sosial Aspek emosi

 Selalu lupa isi pelajaran yang diajar

 Menghala telinga ke arah guru

 Kerap meminta guru mengulang soalan

 Cepat letih

 Rendah diri

 Sensitive dan mudah tersinggung

 Malu dan menarik diri

 Suka berkelahi

 Suka mengganggu

 Suka berlagak sebagai ketua

 Berasa kurang selamat

 Tidak memberi penumpuan terhadap pengajaran

 Suka menonjol diri

 Enggan memberikan kerjasama

 Pendiam dan pemalu

 Tidak yakin

 Estem kendiri rendah

 Cepat marah

(33)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4

Latihan:

Anda dikehendaki membuat pembacaan tambahan tentang tanda-tanda masalah pembelajaran mengikut aspek di atas. Analisis tanda-tanda aspek mental, sosial dan emosi. Berdasarkan pengalaman di dalam bilik darjah anda, kenal pasti tanda-tanda masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid-murid anda. Apakah kesan terhadap pembelajaran mata pelajaran bahasa Malaysia?.

Antara tanda-tanda khusus yang berpunca daripada aspek fizikal adalah seperti di bawah:

Tanda-tanda lemah penglihatan Tanda-tanda lemah pendengaran

 Selalu mengerutkan muka

 Memegang buku secara terlalu

dekat dengan mata

 Menyengetkan kepala

 Menonjolkan kepala ke hadapan

 Menggerakkan kepala secara

berlebihan ketika membaca

 Menegangkan kelopak mata atau

membuka mata sebesar-besarnya semasa melakukan tugasan

 Mengecilkan mata untuk melihat

atau membaca yang berada agak jauh.

 Tidak selesa di tempat duduk

 Kerap bertanya guru

 Bahagian tepi mata merah

 Mata berair

 Mata bengkak

 Sentiasa menggosok mata

 Tahi mata yang berlebihan

 Bacaan mendatar

 Sebutan yang salah

 Ejaan yang lemah

 Menghalakan telinga ke arah

guru

 Kerap meminta guru

mengulang sesuatu.

 Selalu menekap telinga

 Mengadu sakit kepala

 Tidak

dapat menumpukan perhatian

 Sukar memahami arahan

 Lambat bertindak terhadap

bunyi

 Bersuara dengan nada yang

tidak semula jadi.

 Tidak

dapat menganalisis percakapan orang lain

 Lambat bertindak terhadap

bunyi

(34)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5 4.4 Strategi Mengesan Masalah

Guru mata pelajaran Bahasa hendaklah mengesan masalah pembelajaran murid seawal yang mungkin, iaitu pada semester pertama persekolahan. Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan oleh guru bagi mengesan murid-murid yang bermasalah di dalam kelas.

Strategi mengesan murid yang bermasalah

Setiap murid yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat dikesan oleh seseorang guru. Setelah guru mengecam murid yang menunjukkan tanda murid yang lemah, guru hendaklah mengenal pasti strategi mengesan masalah. Guru hendaklah membina atau memilih alat yang sesuai untuk mengesan masalah pembelajaran murid. Contoh cara mengesan murid yang bermasalah melalui pemerhatian adalah seperti yang di bawah;

Pemerhatian Pentafsiran

rekod prestasi Pentafsiran rekod profil

Ujian kertas dan pensil

Temu bual dengan ibu bapa/guru darjah

 Secara tidak langsung gambaran wajah dan aspek fizikal

 Pemerhatian tingkah laku

 Pemerhatian secara berterusan

 Teknik senarai semak

 Pemerhatian di dalam dan di luar kelas

 Rekod pencapaian akademik

 Rekod prestasi kemahiran

 Rekod lengkap tentang pencapaian di dalam kelas

 Rekod diberikan kepada ibu bapa

 Rekod maklumat pencapaian semua mata pelajaran

 Pencapaian mengikut markah dan gred

 Rekod

berdasarkan ujian sumatif

 Rekod diberikan kepada ibu bapa

 Ujian objektif dan ujuan subjektif

 Murid membaca, meneliti,

mengkaji dan menulis jawapan

Ibu bapa

 Latar belakang keluarga

 Aspek kesihatan

 Aspek pemakanan

 Aspek kemudahan pembelajaran

 Kemudahan asas Guru darjah

 Rekod kedatangan

 Ketepatan masa

 Pencapaian akademik

 Tingkah laku

 Perbezaan individu

(35)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6 4.4.1 Mengesan masalah melalui pemerhatian

Pengesanan masalah melalui pemerhatian membantu guru memperoleh pelbagai maklumat tentang seseorang murid. Panduan membina alat mengesan masalah melalui pemerhatian adalah dengan,

i. Tentukan objektif pemerhatian

ii. Tentukan item-item utama pemerhatian iii. Sediakan senarai semak

iv. Tentukan masa (belajar, bermain, kokurikulum)

Senarai semak pemerhatian membaca dan memahami cerita Nama murid :

Darjah : Tahun : Sekolah :

Umur : Jantina : Tandakan [ / ] Ya atau [ X ] Tidak

Bil Aspek Ya Tidak

1 Menghubung kait maklumat dengan pengetahuan sedia ada

2 Meramal isi cerita

3 Menyedari ketepatan ramalan 4 Menggunakan klu konteks

5 Membauat gambaran awal sebelum membaca 6 Membuat inferens

7 Mengatasi masalah kegagalam memaham 8 Menjawab soalan bertumpu

9 Menjawab soalan bercapah

Skor

(36)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7 7 - 9 Baik

4 – 6 Sederhana 1 - 3 Lemah

Aspek kelemahan

1. --- 2. ---

4.4.2 Menganalisis masalah dan membuat perancangan

Langkah menganalisis masalah adalah langkah bagi mengesan masalah dengan tepat. Langkah ini dilaksanakan selepas guru mentadbir alat bagi mengesan masalah pembelajaran. Setelah menganalisis masalah, guru juga perlu menganalisis punca masalah.

4.4.2.1 Masalah membaca mekanis

i. Membatang suku kata sebelum menyebut seluruh perkataan.

ii. Bacaan tersekat-sekat – tidak lancar

iii. Teragak-agak – berhenti sejenak kerana tidak pasti.

iv. Membaca terlalu cepat dan gopoh tanpa menghirau tanda bacaan

v. Membaca terlalu lambat/merangkak-rangkak.

vi. Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat vii. Membaca dalam cahaya kurang terang

viii. Menunjuk perkataan dengan jari

ix. Mengelip-ngelip mata, mengerut dahi, menggeleng kepala x. Suara yang terlalu perlahan/blurring

xi. Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan xii. Mengelak daripada membaca

xiii. Tidak mengikut tanda bacaan

xiv. Tidak mengikut unit makna

(37)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8 xv. Tidak mengguna sebutan baku

xvi. Bacaan tersekat-sekat xvii. Mengeja sebelum menyebut xviii. Tekanan tidak tepat - sung-ai

xix. Meninggalkan, mengganti, menokok tambah, mengulang, pembalikan, tidak kenal huruf, membuang, mengganti, sebutan mengikut pengaruh dialek

xx. Tidak boleh membaca secara mekanis

4.4.2.2 Masalah membaca dan memahami

Masalah membaca dan memahami boleh berlaku pada empat peringkat iaitu:

i. Peringkat perkataan ii. Peringkat ayat

iii. Peringkat perenggan iv. Peringkat teks

Pada peringkat perkataan, masalah kefahaman adalah kegagalan murid

memahami perkataan baharu atau tidak memahami makna mengikut

makna teks, iaitu memahami makna secara terpencil atau terasing

daripada makna yang dihajati oleh penulis. Kegagalan memahami pada

peringkat ayat berlaku apabila murid tidak dapat mentafsir makna ayat

dengan tepat, tafsiran makna ayat adalah kabur atau tidak spesifik atau

murid memberikan beberapa tafsiran yang berbeza makna. Murid yang

gagal memahami hubungan antara ayat atau memahami kohesi ayat,

menunjukkan masalah mengenal pasti hubungan makna antara ayat-ayat

dan membuat beberapa kemungkinan tafsiran tentang hubungan antara

ayat. Murid yang lemah juga akan menghadapi masalah memahami pada

peringkat teks. Pada peringkat ini kelemahan murid berlaku apabila gagal

memahami hubungan antara bahagian-bahagian dalam teks, tidak

(38)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

9 memahami motif atau tujuan penulis, serta tidak memahami bahagian- bahagian teks dan makna keseluruhan teks.

4.4.2.3 Masalah Menulis mekanis

i. Tulisan ‘cakar ayam’ – tidak dapat dibaca

ii. Tidak tekal – campur dengan tulisan berangkai, huruf kecil huruf besar, saiz, sendeng/tegak

iii. Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan dan antara ayat.

iv. Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf) v. Kesilapan tatabahasa/sintaksis

vi. Tulisan terlalu rapat

vii. Bercakap kepada diri sendiri sambil menulis viii. Menulis terlalu lambat

ix. Alat tulis dipegang terlalu rapat dengan kertas x. Ibu jari ditindih dengan jari telunjuk dan jari hantu xi. Cara duduk yang tidak betul

xii. Lambat dan bersusah payah menyalin

xiii. Perbezaan yang besar antara kebolehan menulis dengan bertutur

4.4.2.4 Punca masalah (mekanis dan pelahiran) i. Kecacatan fungsi otak

ii. Masalah fizikal – penglihatan dan pendengaran iii. Masalah pengamatan penglihatan dan pendengaran iv. Masalah keselarasan motor : mata, telinga dan tangan

v. Pengajaran yang tidak berkesan

vi. Masalah kesihatan dan emosi

vii. Daya intelek

(39)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

10 Contoh analisis masalah membaca mekanis, punca masalah dan

cadangan tindakan pemulihan

Pemerhatian Punca Cadangan

Tindakan

 Membaca terlalu lambat/

merangkak-rangkak.

 Hilang tempat, melangkau

perkataan atau baris ayat

 Kedudukan mata yang terlalu dekat

dengan bahan bacaan

 Mengelak daripada membaca

 Tidak mengikut tanda bacaan

 Tidak mengikut unit makna

 Tidak mengguna sebutan baku

 Bacaan tersekat-sekat

 Mengeja sebelum menyebut

 Menunjuk perkataan dengan jari

 Penglihatan

 Pendengaran

 Perkembangan

kognitif yang lambat

 Rujuk kepada

ibu bapa

 Sesuaikan

aktiviti membaca mekanis dengan masalah

Contoh analisis masalah menulis, punca masalah, dan cadangan tindakan pemulihan

Masalah Cadangan Tindakan Pemulihan

Tulisan ‘cakar ayam’ - tidak dapat dibaca

 Tidak tekal – campur dengan

tulisan berangkai, huruf kecil huruf besar, saiz, sendeng/tegak

 Tidak tekal - atas garisan antara

garisan, ruang antara perkataan dan antara ayat.

 Kesilapan ejaan (terbalik,

tertinggal huruf, silap huruf)

 Membuat aktiviti pratulisan

 Latihan memegang pensel / pen

yang betul dan berada dalam posisi tubuh yang betul semasa menulis

 Latihan menulis dalam buku latihan

yang mempunyai dua garisan

 Menulis di udara, latihan menulis di

atas pasir dengan jari, permainan teka huruf

4.5 Melaksanakan Pengajaran, Menilai, dan Membuat Tindakan Susulan

Langkah-langkah selepas mengesan masalah dan punca masalah ialah

merancang pengajaran berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang,

melaksanakan aktiviti, menilai keberkesanan pelaksaaan aktiviti, dan mengambil

tindakan susulan yang sesuai.

(40)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

11 Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran bagi mengatasi masalah pembelajaran yang khusus. Contonya, pada akhir pelajaran murid dapat menyebut bunyi ‘r’ dan bunyi ‘d’ dengan betul. Objektif pembelajaran haruslah realistik dan sejajar dengan dengan kebolehan serta minat murid.

4.6 Merancang pengajaran

Pengajaran yang dirancang haruslah berdasarkan masalah yang hendak diatasi oleh guru selepas selesai proses penilaian. Aktiviti yang dirancang juga haruslah memenuhi keperluan kanak-kanak yang ingin diberikan pemulihan. Tahap kesukaran aktiviti juga perlulah pada aras yang mudah.

4.7 Merancang objektif

Objektif pelajaran hendaklah dibina mengikut prinsip-prinsip seperti yang berikut, i. Daripada yang mudah kepada yang kompleks

ii. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh

v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

4.7.1 Bahagian-bahagian objektif

Objektif pembelajaran perlu mengandungi tiga bahagian utama iaitu, i. Hasil / outcomes

ii. Syarat / conditions iii. Kriteria / criteria

Penyataan objektif tidak jelas jika tidak tidak ada ketiga-tiga bahagian di atas.

PERLAKUAN : menghuraikan perkara yang dijangkakan murid boleh

BUAT iaitu sesuatu tingkah laku atau penghasilan sesuatu produk yang

dapat diperhati.

(41)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

12 HASIL PERLAKUAN KATA KERJA

Spesifik boleh diukur

Contoh perlakuan

i. Membatangkan suku kata kvkk dan kvkvk ii. Menyebut pasangan minimal

iii. Membaca ayat mudah

SYARAT : penyataan yang menghuraikan syarat/keadaan yang diperlukan untuk membolehkan perlakuan murid.

SYARAT

Contoh syarat

i. Tanpa merujuk kepada teks ………

ii. Berdasarkan teks yang dibaca………...

iii. Dalam tempoh masa 10 minit...

 Peralatan

 Bahan

 Masa

 Latar

 Perkara yang disediakan

 Membolehkan perlakuan

(42)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

13 KRITERIA : memberitahu sebaik mana murid perlu laksanakan sesuatu tugasan supaya dapat dianggap mencapai objektif. Kriteria boleh dikaitkan dengan had sebenar dan menghuraikan had tertentu kepada perlakuan tersebut.

KRITERIA

Contoh kriteria

Menyalin 10 ayat dengan kemas dalam tempoh masa 10 minit

 Menilai pencapaian murid

Peratus pencapaian

Bilangan yang dicapai

Bilangan kesilapan yang dibenarkan

Tempoh masa yang ditentukan

Tahap

(43)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

14 Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan cara menyediakan rancangan pengajaran pendidikan pemulihan berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran di bilik darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan untuk tindakan guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan. Perancangan strategi, aktiviti dan langkah pengajaran perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid pemulihan

ii. Merancang objektif dan langkah pengajaran dan pembelajaran pemulihan iii. Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan

5.1 Mengenal Pasti Masalah Pembelajaran Murid Pemulihan

Murid-murid yang memerlukan pemulihan adalah murid-murid yang mengalami kesulitan dalam pembelajaran kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pencapaian pembelajaran murid-murid tersebut biasanya berada di bawah tahap pencapaian murid biasa. Mereka menghadapi kesulitan untuk membaca, menulis, mengira, mendengar, mengingati kembali dan bertutur dengan lancar, yakin dan betul. Mereka menghadapi masalah apabila membuat kerja sekolah dan biasanya memperoleh keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Di samping itu, mereka juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin diri, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.

TAJUK 5 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN

PEMULIHAN KEMAHIRAN LISAN,MEMBACA DAN MENULIS

(44)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

15 Secara khusus, murid-murid pemulihan boleh dikenali berdasarkan pelbagai kelemahan yang boleh dilihat melalui perlakuan pada aspek tertentu dalam kemahiran bahasa. Antara simptom kelemahan dan kesulitan murid pemulihan yang boleh dilihat adalah seperti yang berikut:

a. Kemahiran mendengar dan bertutur o Kosa kata yang terhad

o Menggunakan dialek dalam pertuturan o Menggunakan bahasa pasar dalam lisan o Tidak dapat membina ayat mudah

o Tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan lancar o Menyebut nama huruf mengikut loghat bahasa ibunda o Gagal mematuhi arahan

o Tidak boleh menghuraikan gambar yang ditunjukkan o sukar bertutur dan menyebut perkataan

o tidak lancar dan kurang fasih dalam sebutan

o sukar menerima dan memahami arahan secara lisan dan tidak dapat bertindak balas

o lemah dalam memberi maklumat secara lisan daripada bahan yang ditunjukkan

b. Kemahiran membaca

Antara contoh masalah dalam kemahiran membaca:

o Keliru dengan nama, bentuk dan bunyi huruf o Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d; m – w

o Keliru pada bentuk huruf-huruf besar dan kecil yang berubah; a - A;

b – B

o Keliru dengan orientasi, kedudukan dan saiz huruf o Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

o Keliru menyebut perkataan yang akan seakan-akan sama

o Meninggalkan suku kata dalam perkataan

Referensi

Dokumen terkait

manajemen dan pemakai dalam proses pengembangan – Tinjauan atas spesifikasi pengujian, data uji, dan hasil.

Pengaruh Pendidikan Agama Islam Terhadap Tingkah Laku siswa Di SMAN 1 Ngunut Tulungagung. Dari hasil uji t dapat diketahui bahwa pengujian hipotesis alternatif

• Langkah ketiga dalam menggambar diagram REA adalah menganalisis kegiatan pertukaran ekonomi untuk menetapkan apakah kegiatan tersebut dapat dipecah menjadi sebuah kombinasi

Zionism didn’t just want to negate the diaspora; it wanted to create a new idea of Jewish life: hence, a determinate negation.. But with every such negation, something of the old

Program Youth Discovery untuk Peningkatan Psychological Well-Being Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

[r]

Fronted high negations under interrogative scope may undergo conversion into affirmative answer bias particles when the interrogative operator is affected by the Asking

untuk struktur modal berhubungan dengan igyarat yang diberikan kepada investor melalui keputusan suatu perusahaan untuk menggunakan utang atau saham dalam memperoleh modal