PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH
SCE 3013
HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Edisi September 2014
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KEPUJIANKEPUJIAN
ii Edisi September 2014
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru i
Notis Hak Kerajaan ii
Kandungan iii-v
Panduan Pelajar vi-vii
Pengenalan viii
Agihan Tajuk Pembelajaran ix
Topik 1: Kehidupan Alam Semulajadi Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik
1.1 Keperluan Asas Benda Hidup
1.2 Keperluan Asas Tumbuhan Dan Haiwan Rujukan
Topik 2: Makanan Dan Kesejahteraan Hidup Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik
2.1 Pengelasan Makanan 2.1.1 Karbohidrat 2.1.2 Protein 2.1.3 Lemak 2.1.4 Mineral 2.1.5 Vitamin 2.2 Diet Seimbang 2.3 Makanan Berkhasiat
2.4 Perkembangan Dalam Teknologi Makanan Rujukan
1 - 6
7 - 21 KANDUNGAN
MUKA SURAT
iv Topik 3: Struktur Sel Dan Fungsi
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik
3.1 Struktur Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan 3.1.1 Sel Haiwan
3.1.2 Sel Tumbuhan
3.2 Organisasi Sel Di Dalam Organisma
3.2.1 Organisasi Sel Di Dalam Haiwan 3.2.2 Organisasi Sel Di Dalam Tumbuhan
3.3 Sistem Dalam Haiwan Dan Fungsinya Rujukan
Topik 4: Respirasi Haiwan Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik Pengenalan
4.1 Sistem Pernafasan Serangga
4.1.1 Mekanisme Pernafasan Serangga 4.2 Sistem Pernafasan Ikan
4.2.1. Mekanisme Pernafasan Ikan
4.2.2 Pertukaran Dalam Aliran Bertentangan 4.3 Sistem Pernafasan Manusia
4.3.1 Mekanisme Pernafasan Manusia 4.4 Pengangkutan Oksigen
Rujukan
Topik 5: Respirasi Tumbuhan Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik Pengenalan 5.1 Stoma
5.1.1 Pembukaan Dan Penutupan Stoma 5.2 Lentisel
22 – 40
41 – 61
62 – 69
v
5.3 Penyesuaian Daun Untuk Respirasi Optimum Rujukan
Topik 6: Respirasi Sel Dalam Tumbuhan Dan Haiwan
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik 6.1 Respirasi Aerob 6.1.1 Glikolisis 6.1.2 Kitar Kreb
6.1.3 Sistem Pengangkutan Elektron 6.2 Respirasi Anaerob
6.3 Mitokondria
6.4 Kepentingan Proses Anaerob Dalam Kehidupan Seharian
Rujukan
Topik 7: Pertumbuhan Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik
7.1 Definisi Pertumbuhan
7.1.1 Pertumbuhan Dalam Organsima Unisel 7.1.2 Pertumbuhan Dalam Organsima Multisel 7.2 Jenis-Jenis Lengkungan Pertumbuhan
7.2.1 Lengkungan Pertumbuhan Sigmoid
7.2.2 Lengkungan Pertumbuhan Haiwan Rangka Luar 7.3 Corak Pertumbuhan Haiwan Dan Tumbuhan
7.3.1 Pertumbuhan Allometrik 7.3.2 Pertumbuhan Isometrik 7.3.3 Pertumbuhan Tak Berterusan 7.3.4 Pertumbuhan Terhad
7.3.5 Pertumbuhan Tak Terhad Rujukan
70 - 78
79-87
vi Topik 8: Nutrisi Haiwan
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik
8.1 Karnivor, Herbivor Dan Omnivor 8.1.1 Karnivor
8.1.2 Herbivor 8.1.3 Omnivor
8.2 Sistem Penghadaman
8.2.1 Sistem Penghadaman Manusia
8.2.2 Sistem Penghadaman Haiwan Bukan Ruminan 8.3 Enzim Dan Pencernaan
Rujukan
Topik 9: Nutrisi Tumbuhan Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik
9.1 Keperluan Fotosintesis 9.1.1 Kloroplas
9.2 Persamaan Proses Fotosintesis
9.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Fotosintesis
9.3.1 Kepekatan Karbon Dioksida 9.3.2 Keamatan Cahaya
9.3.3 Suhu Persekitaran Rujukan
Topik 10: Perkumuhan Haiwan Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik
10.1 Perkumuhan Dalam Haiwan 10.2 Kulit Manusia
10.3 Ginjal Manusia Rujukan
88-98
99-108
109-115 88-98
vii Topik 11: Perkumuhan Tumbuhan
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik
11.1 Proses Transpirasi 11.2 Proses Gutasi
11.3 Kepentingan Transpirasi
11.4 Faktor Yang Mempengaruhi Proses Transpirasi Rujukan
Topik 12: Pembiakan Tumbuhan Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik Pengenalan
12.1 Pembiakan Aseks 12.1.1 Daun
12.1.2 Batang 12.1.3 Sulur 12.1.4 Spora
12.2 Pembiakan Seks Tumbuhan Berbunga 12.2.1 Struktur Bunga
12.2.2 Pembentukan Debunga 12.2.3 Pembentukan Ovul 12.2.4 Pendebungaan
12.2.5 Persenyawaan Ganda Dua 12.2.6 Perkembangan Ovul Kepada Biji 12.3 Kitaran Hidup Tumbuhan Berbunga 12.4 Kemandirian Tumbuhan
12.4.1 Tumbuhan Mesofit 12.4.2 Tumbuhan Hidrofit 12.4.3 Tumbuhan Xerofit 12.4 4 Tumbuhan Halofit Rujukan
116-123
124-141
viii Topik 13: Pembiakan Haiwan
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik Pengenalan
13.1 Banding Beza Pembiakan Aseks Dan Seks 13.2 Jenis-Jenis Pembiakan Aseks
13.3 Pembiakan Seks
13.3 1 Sistem Pembiakan Lelaki 13.3.2 Sistem Pembiakan Perempuan 13.3.3 Persenyawaan
13.4 Metamorfosis
13.4.1 Metamorfosis Lengkap 13.4.2 Metamorfosis Tidak Lengkap
13.5 Adaptasi Fizikal Haiwan Untuk Memastikan Kemandirian
13.5.1 Adaptasi Fizikal Haiwan Dalam Habitat Yang Berbeza
13.5.2 Haiwan Melindungi Diri Daripada Musuh
Rujukan
Topik 14: Pergerakan Dan Sokongan Dalam Haiwan Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik Pengenalan
14.1 Jenis-Jenis Rangka 14.2 Sistem Rangka Manusia 14.3 Peranan Otot Dan Sendi 14.3 1 Otot Rangka
14.3.2 Jenis-Jenis Sendi
14.4 Pergerakan Di Darat, Air Dan Udara 14.4 1 Pergerakan Di Darat
14.4.2 Pergerakan Di Air 14.4.3 Pergerakan Di Udara Rujukan
142- 162
163-187
ix
Topik 15: Gerakbalas Tumbuhan Kepada Rangsangan Sinopsis
Hasil Pembelajaran Ringkasan Topik Pengenalan
15.1 Gerak Balas Tropisme 15.2 Gerak Balas Nasti 15.3 Gerak Balas Taksis Rujukan
Panel Penulis Modul
188-197
Ikon Modul
vi PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:
PANDUAN PELAJAR
vii
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.
SUSUNAN TAJUK MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Agihan Jam pembelajaran Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa
Amali (3+0)
Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3)
Tanpa Amali (2+0)
Ada Amali (1+1) (0+2)
Tanpa Amali
(1+0)
Ada Amali (0+1)
Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali
70 60 70 62 70 65
Menghadiri kelas interaksi
bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
viii PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
viii Pengenalan
Kursus ini membincangkan hidupan dan proses-proses yang berlaku dalam kehidupan. Kursus ini akan menerokai sifat-sifat semulajadi hidupan, makanan dan kesihatan, struktur sel dan fungsi, respirasi haiwan dan tumbuhan, respirasi sel dalam haiwan dan tumbuhan, pertumbuhan, nutrisi haiwan dan tumbuhan, perkumuhan haiwan dan tumbuhan, pembiakan haiwan dan tumbuhan, pergerakan dan sokongan haiwan serta tindak balas tumbuhan terhadap rangsangan.
Keperluan Kursus
Kursus SCE3013 ialah kursus biologi dan memerlukan bacaan yang meluas untuk mengukuhkan kefahaman. Terdapat istilah baru yang anda akan temui yang memerlukan anda menguasainya dengan baik dan mendalam. Aktiviti- aktiviti serta latihan yang sesuai disediakan untuk setiap topik bagi menggalakkan pembelajaran kendiri disediakan.
Panduan untk pengagihan topik untuk tutorial diberi di bawah:
Tutorial Topik
1 (25 Jun) Topik 1-3 2 (30 Julai) Topik 4-6 3 (20 Ogos) Topik 7-9
4 (24 Sep) Topik 10-12
5 (1 Okt) Topik 13-15
Bahan Sokongan
Bahan sokongan seperti buku rujukan dan internet akan membantu anda dalam memahami konsep-konsep secara menyeluruh dan mendalam.
Maklumat tentang aktiviti atau latihan dalam modul ini
Jawapan aktiviti / latihan hendaklah dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG.
Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti.
Kod & Nama Kursus: SCE3013: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
Kandungan modul ini dibahagi kepada 15 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
AGIHAN TAJUK
INTERAKSI TAJUK/TOPIK
JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA
KURSUS
1
Topik 1: Kehidupan Alam Semulajadi Topik 2: Makanan dan kesejahteraan hidup
Topik 3: Struktur sel dan fungsi
9
2
Topik 4: Respirasi haiwan Topik 5: Respirasi tumbuhan
Topik 6: Respirasi sel dalam tumbuhan dan haiwan
9
3
Topik 7: Pertumbuhan Topik 8: Nutrisi Haiwan
Topik 9: Nutrisi Tumbuhan 9
4
Topik 10: Perkumuhan Haiwan Topik 11: Perkumuhan Tumbuhan Topik 12: Pembiakan Tumbuhan
9
5
Topik 13: Pembiakan Haiwan
Topik 14: Pergerakan dan Sokongan dalam Haiwan
Topik 15: Gerakbalas Tumbuhan kepada Rangsangan
9
JUMLAH 45
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
1 Sinopsis
Alam semulajadi didiami oleh benda hidup dan benda bukan hidup. Semua benda hidup dikenali sebagai organisma. Pelbagai jenis organisma wujud dalam alam semulajadi bermula dari organisma unisel yang dikenali sebagai mikroorganisma sehingga ke organisma multisel seperti tumbuhan dan haiwan. Semua organisma mempunyai keperluan asas bagi mempastikannya terus hidup. Tumbuhan dan haiwan mempunyai keperluan asas yang berbeza kerana mempunyai fisiologi yang berbeza. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang keperluan asas benda hidup, serta keperluan asas haiwan dan tumbuhan.
Hasil Pembelajaran
1. Jelaskan keperluan asas benda hidup.
2. Jelaskan keperluan asas tumbuhan dan haiwan.
Ringkasan Isi Kandungan
Rajah 1.1: Ringkasan Isi Kandungan Kehidupan Alam
Semulajadi
Keperluan Asas Benda Hidup
Keperluan Asas Tumbuhan
Keperluan Asas Haiwan
TOPIK 1 KEHIDUPAN ALAM SEMULAJADI
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
2 1.1 Keperluan Asas Benda Hidup
Apakah benda hidup?
1. Adakah bunga dalam pasu 4. Adakah telur benda hidup?
benda hidup?
2. Adakah asap benda hidup? 5. Adakah gunung berapi benda hidup?
3. Adakah matahari benda hidup? 6. Adakah buah tomato benda hidup?
(a) Bincangkan dalam kumpulan dan senaraikan ciri-ciri benda hidup berdasarkan beberapa contoh benda hidup yang dinamakan.
(b) Bincangkan soalan dalam ruangan kotak di atas dengan memberikan alasan berfakta kepada jawapan anda.
Cuba fikirkan
Latihan 1.1
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
3 Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
Kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berkenaan keperluan asas benda hidup.
Bina peta konsep.
Terangkan peta konsep yang dibina kepada kumpulan lain.
Banding bezakan bahan yang dibina di antara kumpulan masing-masing.
1.2 Keperluan Asas Tumbuhan dan Haiwan
Dalam kumpulan, kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berkenaan keperluan asas tumbuhan dan haiwan.
Bina peta minda yang menarik dan berwarna bagi menjelaskan tajuk di atas.
Terangkan peta minda yang dibina kepada kumpulan lain.
Banding bezakan bahan yang dibina di antara kumpulan masing-masing.
Mengumpul Maklumat
Mengumpul Maklumat
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
4
Eksperimen dijalankan secara individu dengan melakukan penyiasatan sendiri.
Laporan eksperimen hendaklah dihantar kepada pensyarah mengikut format di bawah.
Laporan Eksperimen:
1. Tajuk
2. Pengenalan 3. Objektif
4. Bahan dan Alat Radas 5. Prosedur
6. Analisis Data 7. Perbincangan 8. Kesimpulan 9. Rujukan
Eksperimen 1 : Matahari ialah keperluan asas tumbuhan.
Bahan:
Tumbuhan sihat dengan daun yang besar.
Kertas hitam yang tebal Klip kertas
Prosedur:
1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari dipilih.
2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas tersebut diklip dengan klip kertas untuk beberapa hari.
3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya diperhatikan.
Aktiviti 1.1
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
5
Eksperimen 2 : Air ialah keperluan asas tumbuhan.
Bahan:
Kacang hijau Air
Pasu bunga kecil Tanah humus
Prosedur:
1. Kacang hijau ditanam di dalam dua buah pasu bunga kecil yang telah dipenuhi dengan tanah humus.
2. Kedua-dua pasu bunga kecil diletakkan di bawah cahaya matahari.
3. Salah satu pasu bunga disiramkan dengan air secukupnya manakala pasu bunga satu lagi tidak disiramkan dengan air.
4. Selepas beberapa hari, hasil ke atas kacang hijau tersebut diperhatikan.
Eksperimen 3 : Udara ialah keperluan asas tumbuhan.
Bahan:
Kacang hijau Air
Cawan plastik Kapas
Prosedur:
1. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah dimasukkan kapas basah.
2. Sebuah cawan plastik yang lain dipenuhkan dengan separuh penuh air dan beberapa biji kacang hijau diletakkan ke dalamnya. Kacang hijau yang ditenggelami dengan air akan dihalang daripada mendapat udara.
3. Selepas beberapa hari, hasil ke atas kacang hijau tersebut diperhatikan.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
6 Rujukan
Lum How Kee. (2000). Biology The Living Science. Singapore:Pearson Mader, S. S. (2007) Biology. (9th ed.). New York:McGraw Hill.
http://www.fi.edu/tfi/units/life/
http://www.livingthings.com/
http:// lisacruz2.tripod.com/id30.html Layari Internet
Tamat Topik 1
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
7 Sinopsis
Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk membiak, membesar dan berkembang, serta bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar.
Tubuh memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat daripada makanan untuk memperoleh kesihatan yang baik bagi mencapai kesejahteraan hidup. Tidak ada satu makanan pun yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan mengikut jumlah yang diperlukan oleh badan. Dengan demikian, adalah penting untuk mengambil pelbagai jenis makanan yang sihat dan seimbang untuk mencapai kesejahteraan hidup. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang pengelasan makanan, diet seimbang, makanan berkhasiat, perkembangan dalam teknologi makanan dan amalan penyelidikan berkaitan makanan yang terdapat dalam kurikulum sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran
1. Senaraikan pengelasan makanan.
2. Jelaskan kepentingan diet seimbang dan makanan berkhasiat.
3. Tulis laporan berkenaan perkembangan teknologi makanan.
TOPIK 2 MAKANAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP ANDA
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
8 Ringkasan Isi Kandungan
Rajah 2.1: Ringkasan Isi Kandungan
2.1 Pengelasan Makanan
Makanan boleh dikelaskan kepada lima kelas makanan iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin. Makanan dikelaskan mengikut nutrien utama yang terkandung dalam makanan tersebut. Nutrien yang terdapat dalam makanan boleh dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien ialah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak oleh tubuh seperti karbohidrat, protein dan lemak. Mikronutrien pula ialah nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit oleh badan iaitu mineral dan vitamin.
2.1.1 Karbohidrat
Karbohidrat ialah sebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1 masing-masing. Karbohidrat terdiri daripada kanji, gula dan selulosa. Makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, ubi kentang, roti, gula dan pisang. Karbohidrat juga boleh dikategorikan kepada karbohidrat ringkas (iaitu monasakarida dan disakarida) seperti gula, kek dan buah-buahan; dan karbohidrat
Makanan dan Kesejahteraan
Hidup Anda
Pengelasan Makanan
Diet Seimbang
Latihan Penyiasatan
dalam Kurikulum
Sekolah Rendah Makanan
Berkhasiat Perkembangan dalam Teknologi
Makanan
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
9
kompleks (iaitu polisakarida) seperti kanji, pasta, roti, bijirin sarapan dan lain-lain lagi. Karbohidrat seperti gula dan kanji membekalkan sumber tenaga utama dalam menjalankan aktiviti harian manakala serat membantu merangsang tindakan di usus.
Setiap satu gram karbohidrat menyumbangkan sebanyak empat kalori.
Rajah 2.1: Pengambilan pelbagai jenis makanan mesti diambil dalam jumlah yang betul.
[Sumber: www.watatita.wordpress.com]
2.1.2 Protein
Protein ialah makromolekul organik yang boleh dijumpai dalam semua organisma hidup. Protein ialah polimer yang terbentuk daripada proses kondensasi asid amino dengan terbentuknya ikatan polipeptida. Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Beberapa protein juga mengandungi sulfur dan fosforus.
Makanan sumber protein ialah ikan, susu, daging, putih telur dan kacang. Protein berperanan penting dalam membina sel baru untuk pertumbuhan, selain daripada menyumbangkan tenaga dengan setiap gram sebanyak empat kalori.
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
10
Rajah 2.2: Protein memainkan peranan penting dalam mempastikan kesihatan badan yang baik..
[Sumber: www. me.leokid.my]
2.1.3 Lemak
Lemak ialah sebatian organik yang tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti alkohol, eter dan kloroform. Lemak terdiri daripada asid lemak dan gliserol. Lemak boleh wujud dalam keadaan cecair atau pepejal pada suhu bilik bergantung kepada struktur dan komposisi lemak. Lemak terbahagi kepada lemak haiwan (seperti ghee, minyak ikan, minyak haiwan) dan lemak tumbuhan (seperti minyak bijan, minyak kelapa, minyak kacang, minyak bunga matahari). Oleh itu, lemak juga boleh dikategorikan kepada lemak tepu dan lemak tidak tepu, iaitu lemak tepu ialah lemak haiwan dan lemak tak tepu ialah lemak tumbuhan. Lemak merupakan sumber tenaga simpanan badan dan setiap gram lemak menyumbang tenaga paling tinggi iaitu sembilan kalori. Selain daripada membekalkan tenaga, lemak turut berfungsi sebagai penebat haba untuk mengelakkan kehilangan haba yang tinggi daripada badan, melindungi organ dalaman seperti jantung dan ginjal, serta pelarut kepada vitamin A,D,E dan K.
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
11
Rajah 2.3: Pengambilan lemak dalam kuantiti yang betul penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal.
[Sumber: laely-widjajati.blogspot.com]
2.1.4 Mineral
Mineral ialah nutrien organik yang diperlukan oleh badan. Mineral boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kuantiti yang keperluan oleh tubuh. Mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak secara relatifnya dikenali sebagai makromineral, manakala yang sebaliknya dikenali sebagi mikromineral. Contoh makromineral ialah kalsium, klorin, magnesium, fosforus, potasium, sodium, dan sulfur. Contoh mikromineral ialah besi, kuprum, flourin, iodin, selenium, zink, kromium, kobalt dan molibdenum. Kekurangan mineral boleh menyebabkan penyakit, sebagai contoh kekurangan pengambilan iodin akan menyebabkan seseorang mengidap penyakit goiter.
2.1.5 Vitamin
Vitamin terdiri daripada 13 jenis vitamin: vitamin A, vitamin B kompleks (tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, asid folik, vitamin B12, asid pantotenik dan biotin), serta vitamin C,D,E dan K. Vitamin ialah molekul organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit oleh badan, namun begitu vitamin memainkan peranan penting dalam
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
12
fungsi fisiologi badan. Ini bermaksud kekurangan pengambilan sesuatu jenis vitamin boleh menyebabkan penyakit yang akan menganggu kesejahteraan hidup kita. Contohnya manusia yang kurang pengambilan vitamin A boleh mengalami penyakit kulit, rabun malam dan anemia manakala kekurangan vitamin D pula menyebabkan penyakit riket.
Latihan 2.1
Dengan merujuk pada sumber tercetak atau internet, senaraikan contoh makanan dan fungsinya mengikut kelas makanan dalam Jadual 2.1.
Kelas Makanan Contoh Makanan
Fungsi
Karbohidrat
Lemak
Protein Mineral
Vitamin
Jadual 2.1: Pengelasan Makanan dan Fungsinya.
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
13 Pengumpulan Maklumat
Pelajar diminta mencari maklumat tentang ujian makanan bagi kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak.
Maklumat ini akan digunakan untuk Amali 2.
AMALI 1 : Ujian Makanan
Menguji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak dalam sampel makanan.
Jenis makanan
Ujian Pemerhatian dan
kesimpulan
Kanji Ujian Iodin
Titiskan dua titik larutan iodin ke atas makanan yang
mengandungi kanji.
Catatkan perubahan yang diperhatikan.
Gula penurun Ujian Fehling atau Benedict
Tambahkan 2 ml larutan Fehling atau larutan Benedict ke atas makanan yang
mengandungi gula penurun.
Goncangkan dan didihkan campuran tersebut dalam kukusan air untuk beberapa minit.
Catatkan perubahan warna yang diperhatikan.
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
14 Gula bukan
penurun
1 ml asid HCl cair
dicampurkan dengan 2 ml larutan gula bukan penurun dan campuran dididihkan selama 1 minit.
Larutan dineutralkan dengan menambahkan sedikit natrium bikarbonat (NaHCO3 )
sehingga gas berhenti dibebaskan.
Apabila pembuakan berhenti, jalankan Ujian Benedict.
Catatkan pemerhatian anda.
Protein Ujian Buret
Campurkan beberapa titik larutan kuprum sulfat dan beberapa titik larutan natrium hidroksida ke atas makanan yang mengandungi protein dalam keadaan cecair dalam sebuah tabung uji.
Catatkan pemerhatian anda Ujian Millon
Campurkan beberapa titik bahan uji Millon ke atas makanan berprotein yang berbentuk cecair dalam sebuah tabung uji dan
panaskan dalam kukusan air hingga mendidih.
Catatkan pemerhatian anda.
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
15 Lemak dan
minyak
Ujian Kesan Gris
Titiskan setitik minyak ke atas sekeping kertas turas dan keringkan.
Catatkan pemerhatian anda.
2.2 Diet Seimbang
Diet seimbang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin, serat dan air dalam kuantiti dan nisbah yang sesuai untuk memelihara kesihatan badan. Diet seimbang akan membekalkan badan dengan semua nutrien yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan yang baik, mengelakkan daripada mengalami kekurangan atau berlebihan pemakanan dan membaiki tisu-tisu yang rosak.
Keperluan nutrien seseorang adalah berbeza mengikut umur, jantina, cara hidup dan aktiviti fizikal harian.
Beberapa panduan untuk mencapai pengambilan makanan yang seimbang ialah:
1. Nikmatilah pelbagai jenis makanan dengan mengabungkan pilihan makanan berdasarkan piramid makanan.
2. Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
3. Pilih diet yang mengandungi banyak bijirin dan kekacang.
4. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Pilih diet yang rendah lemak dan kolesterol.
6. Pilih diet yang rendah gula dan garam.
7. Minum air kosong dengan banyak.
8. Makan makanan bersih dan selamat.
9. Amalan pemakanan perlukan berlandaskan fakta dan bukannya mitos.
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
16
Rajah 2.4: Panduan Piramid Makanan untuk pengambilan diet seimbang.
[Sumber: www.nutriweb.org.my/]
1. “Kita adalah apa yang kita makan”. Bincangkan maksud dan signifikan kenyataan di atas.
2. Orang Eropah boleh makan sebanyak 80 g makanan berlemak, manakala Orang Eskimo boleh mengambil sebanyak 300 g sehari. Apakah alasan kepada fenomena di atas?
Bincangkan semasa tutorial dengan pensyarah anda.
Rehat
Cuba fikirkan
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
17 2.3 Makanan berkhasiat
Makanan berkhasiat ialah makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dalam kandungan yang tinggi tetapi mengandungi kalori, gula, lemak dan garam yang rendah serta turut memberikan manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup kita. Salah satu makanan berkhasiat ialah pisang yang mengandungi dua jenis karbohidrat iaitu karbohidrat ringkas (glukosa) dan kompleks (fruktosa dan sukrosa) yang berupaya memberikan kita tenaga segera juga dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, pisang mengandungi kandungan kalium yang tinggi (lebih kurang 4673 mg) tetapi sodium (1mg) yang rendah, iatu satu nisbah yang sesuai bagi mengelak penyakit tekanan tinggi. Kandungan zat besi yang tinggi secara relatif juga membantu dalam pembentukan darah merah bagi mengelakkan anemia.
Pisang juga membantu kesejahteraan hidup kerana mengandungi triptofan (sejenis asid amino) yang boleh ditukar ke bentuk serotonin yang penting dalam membaiki mood seseorang.
Selain daripada makanan segar, terdapat juga makanan terproses yang berkhasiat dengan menggunakan bahan mentah berkhasiat dan halal serta diproses dalam keadaan bersih dan selamat. Dalam pengambilan makanan terproses adalah penting untuk kita membaca maklumat pemakanan yang terdapat pada pembungkusan untuk mengetahui kandungan kalori, makronutrien dan mikronutrien serta tidak mengandungi bahan yang tidak halal atau merbahayakan kesihatan seperti lemak trans yang boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular dua kali ganda daripada lemak tepu.
Rajah 2.5 : Maklumat pemakanan pada pembungkus makanan dapat
membantu memilih makanan berkhasiat. [Sumber : www. oliveswellness.com]
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
18 2.4 Perkembangan Teknologi Makanan
Pengumpulan Maklumat
Bahagikan tugasan berikut mengikut kumpulan tertentu:
Kumpulan 1:
Kumpulkan maklumat berkenaan perkembangan teknologi makanan.
Kumpulan 2:
Kumpulkan maklumat berkenaan pemprosesan makanan dalam industri makanan.
Kumpulan 3:
Kumpulkan maklumat berkenaan teknik pengetinan dan pembotolan makanan dan ringkaskan maklumat tersebut dengan menggunakan peta minda/peta konsep/carta alir.
Semua maklumat dikumpulkan melalui pelbagai sumber seperti internet, buku atau jurnal. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan
hasil kerjanya dalam bentuk power point semasa sesi tutorial.
Adakah anda setuju!
“Kemajuan dalam teknologi maklumat telah menyumbang kepada lebih banyak penghasilan produk makanan berkhasiat.”
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
19 Latihan 2.2
Pilih satu kaedah pengawetan makanan. Rancang bagaimana anda akan menjalankan kaedah pengawetan yang dipilih. Sediakan bahan makanan dan peralatan yang perlu.
Buatkan satu rakaman demonstrasi penyediaan pengawetan makanan. Simpan maklumat dalam cakera padat.
Hantarkan laporan aktiviti dan cakera padat kepada pensyarah anda.
Rujukan
Campbell, N., Reese, J, Taylor, M, Simon, E. (2006). Biology concepts &
connections. (5th ed.). San Francisco: Pearson Education Asia Pte Ltd.
Kaskel, Albert and Hummer, Paul.J. (2003). Biology an everyday experience. New York: Glencoe McGraw Hill.
Lee S.C, Liew S.L, Choong N.M (2004). Success in Biology for STPM Vol.2. Kuala Lumpur:Fajar Bakti,
Lum How Kee. (2000). Biology The Living Science. Singapore:Pearson.
Mader, S.S. (2007) Biology. (9th ed.). New York:McGraw Hill
Kementerian Kesihatan Malaysia. (1999). Panduan Diet Malaysia. Kuala Lumpur:
UKM.
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
20
http://en.wikipedia.org/wiki/Food_g uide_pyramid
http://en.wikipedia.org/wiki/Carbohydrate http://slimwithyoga.com/nutritious/index.html
http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/food-pyramid.asp http:www.mbbe.com/raven7
http://bananasweb.com/bananas/Health+Benefits+of+Bananas http://. www.nutriweb.org.my/
Layari Internet
Tamat Topik 2
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
21
TOPIK 3 STRUKTUR SEL DAN FUNGSI
Sinopsis
Sel adalah unit asas dan terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup. Sel juga merupakan unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma hidup. Beberapa organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel "unicellular" (terdiri daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia adalah berbilang sel "multicellular". (Manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion atau 1014 sel; saiz sel biasa adalah 10 µm; sel massa biasa adalah 1 nanogram.) Sel mula-mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains
Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan
nipis gabus melalui mikroskop ringkas. Perkataan "cell" datang dari bahasa Latin
"cellula" bermaksud sebuah bilik kecil. Semua sel terbentuk daripada sel yang telah wujud.
Contoh-contoh sel
Amoeba Proteus
Plant Stem
Red Blood Cell
Nerve Cell Bacteria
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
22
Hasil Pembelajaran
1. Lukis dan label sel haiwan dan tumbuhan.
2. Banding dan bezakan fungsi struktur sel.
3. Mengenalpasti tisu haiwan dan tisu tumbuhan.
4. Mengenalpasti dua jenis organ haiwan serta fungsinya.
Ringkasan Isi Kandungan
Rajah 3.1: Ringkasan Isi Kandungan Sel
Sel Haiwan Sel tumbuhan
Tisu
Tisu haiwan
TISU EPITELIUM
TISU OTOT
TISU PENGHUBUNG
TISU SARAF
Tisu tumbuhan
TISU ASAS
TISU MERISTEM
TISU VASKULAR
TISU EPIDERMIS
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
23 3.1 Struktur Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan.
3.1.1 Sel Haiwan
3.1.2 Sel Tumbuhan
Rajah 3.2: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
24
LATIHAN 3.1
AMALI 2: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan
Mengkaji sel haiwan (sel pipi) dan sel tumbuhan (sel epidermis tumbuhan).
Objektif: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik
pewarnaan yang betul.
Bahan dan radas : Mikroskop
Slaid kaca Penitis Forcep Pisau
Pencungkil gigi Metilena biru Larutan Iodin Bawang Kaedah:
(a) Memerhati sel pipi.
1. Berkumur dengan air bersih.
2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis spesimen sel pipi.
3. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca.
4. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca.
5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.
6. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel dan sitoplasma.
Kaji Rajah 3.1 yang menunjukkan gambarajah sel haiwan dan sel tumbuhan. Dengan merujuk kepada mana-mana bahan bacaan yang sesuai, senaraikan persamaan dan perbezaan sel haiwan dan sel tumbuhan.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
25 (b) Memerhati sel epidermis daun.
1. Gunakan forsep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik bawang.
2. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodin di atas slaid kaca.
3. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca.
4. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.
6. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma dan vakuol.
Keputusan:
Lukisan dan pelabelan.
Pembesaran lukisan.
Soalan:
1. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda.
2. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas?
3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
4. Mengapakah nukleus dikenali sebagai ‘pusat kawalan’ bagi sel?.
5. Apa itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk melaksanakan suatu tugas yang tertentu?
Anda masih lagi mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat dan minum secawan kopi.
3.2 Organisasi Sel Di Dalam Organisma
Sel di dalam badan organism multisel disusun dalam struktur dan fungsi yang sama.
Kumpulan sel ini dikenali sebagai tisu. Kumpulan tisu yang sama serta menjalankan tugas yang sama dikenali sebagai organ. Seterusnya kumpulan organ yang tertentu yang bergabung bersama serta memberikan satu fungsi yang khusus dikenali sebagai sistem. Penyelarasan fungsi yang saling bersandaran antara sel organisma akan tercapai melalui satu organisasi lima aras seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.2.
Syabas dan Tahniah
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
26
Rajah 3.2: Organisasi sel organisma
3.2.1: Organisasi Sel Di Dalam Haiwan
Tisu haiwan boleh dibahagikan kepada empat jenis yang berbeza iaitu:
i) Tisu epithelium ii) Tisu otot
iii) Tisu penghubung iv) Tisu saraf
SEL TISU ORGAN SISTEM ORGANISMA
MULTISEL
Tisu Epitelium 1. Skuama 2. Kuboid 3. Kolumnar
Tisu Saraf 1. Saraf deria 2. Motor 3. Interneuron Tisu Otot
1. Otot licin 2. Otot rangka 3. Otot kardiak
Tisu penghubung 1. Darah
2. Rawan 3. Tendon 4. Tulang 5. Ligamen 6. Tisu lemak.
Tisu Haiwan
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
27
Jadual 3.1: Jenis Tisu Epitelium Dan Fungsinya
TISU CIRI-CIRI FUNGSI
TISU EPITELIUM
1. Tisu epitelium skuama
Epitelium skuama ringkas
Epitelium skuama berlapis
Sel tersusun rapat
Membentuk satu atau lebih lapisan.
Selalunya dijumpai pada permukaan luar seperti kulit, rongga mulut dan hidung serta pada rongga badan seperti trakea, salur penghadaman, salur darah, ginjal dan paru-paru.
Sel yang licin,nipis dan kuat.
Khusus untuk melapisi rongga badan seperti mulut, esofagus dan faraj.
1. Khusus untuk
melindungi dan melapisi organ.
2. Bertindak sebagai alat untuk mengelakkan tisu dari kekeringan,
kecederaan mekanikal dan jangkitan bakteria.
3. Membenarkan pergerakan atau resapan beberapa sebatian.
4. Merembeskan bahan kumuh seperti peluh, minyak, mukus dan jus penghadaman.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
28
Jadual 3.2: Jenis Tisu Otot Dan Fungsinya.
TISU CIRI-CIRI FUNGSI
TISU OTOT 1. Tisu otot licin
(Otot luar kawal)
Semua tisu yang terdapat dalam badan.
Membentuk dinding organ dan salur dalam badan seperti uterus, salur darah dan salur penghadaman.
Pengecutan dan pengenduran otot membenarkan proses pergerakan berlaku seperti peristalsis, mengepam darah dan pergerakan sendi.
2. Tisu epitelium kuboid.
3. Tisu epitelium kolumnar.
Sel berbentuk kiub
Khusus untuk melapisi tubul ginjal dan kelenjar.
Sel yang tinggi dan berbentuk turus
Khusus untuk melapisi salur alimentari dalam organ seperti perut dan usus.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
29 2. Tisu otot rangka
(Otot terkawal)
3. Tisu otot kardiak.
(khusus untuk jantung)
Menghubungkan tulang dengan tulang. Otot rangka mengecut dan mengendur untuk
membenarkan pergerakan (Lengan dan kaki).
Membentuk jantung.
Membenarkan jantung berdenyut dan mengepam darah ke seluruh bahagian badan.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
30
Jadual 3.3: Jenis Tisu Saraf Dan Fungsinya.
TISU CIRI-CIRI FUNGSI
TISU SARAF
1.Neuron Deria.
Membawa maklumat dari organ deria ke neuron yang lain dalam otak dan saraf tunjang.
Sumber : hamber.vsb.bc.ca
2.Neuron Motor.
Membawa impuls ke otot dan kelenjar.
Sumber: jirvine.co.uk
3.Interneuron.
Memindahkan impuls dari neuron deria ke neuron motor.
Sumber: Clker.com
Terdiri daripada sel yang dikenali sebagai neuron yang berfungsi untuk
menghantar impuls. Sistem saraf ini mengkoordinasi semua aktiviti dalam badan
Untuk mengangkut impuls saraf dan koordinasi aktiviti dalam badan.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
31
Jadual 3.4: Jenis Tisu Penghubung Dan Fungsinya
TISU CIRI-CIRI FUNGSI
TISU PENGHUBUNG
1. Tulang
Sumber: en.wikibooks.org
2. Darah
Sumber: biosbcc.net
3. Rawan (Cartilage)
Sumber: washington.uwc.edu
Terbina daripada sel yang berbeza yang terampai di dalam matriks. Matriks boleh jadi:
Bahan yang keras (tulang)
Lembut, bahan bergelatin (Rawan)
Cecair (plasma darah) Tulang : Membentuk sistem rangka
Melindungi organ dalaman, digunakan untuk pergerakan.
Darah:
-Sel darah merah( RBC)
mengangkut oksigen dan karbon dioksida.
-Sel darah putih (WBC) membantu dalam sistem pertahanan badan.
-Platelet bahan untuk pembekuan darah.
-Plasma darah mengangkut nutrien dan bahan buangan.
Rawan - Membentuk permukaan yang licin dan fleksibel.
Bertindak sebagai kusyen di antara tulang vertebra,
membentuk hidung dan telinga.
Tulang – untuk menyokong badan.
Darah – fungsi
untuk sel darah merah dan sel darah putih, platlet.
Rawan- untuk melapisi tulang.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
32 3.2.2:Organisasi Sel Di Dalam Tumbuhan.
Terdapat empat jenis tisu tumbuhan.
Tisu epidermis
Tisu vaskular
Tisu meristem
Tisu asas
Jadual 3.5: Jenis Tisu Epidermis Dan Fungsinya
TISU CIRI-CIRI FUNGSI
Tisu Epidermis
Sumber:colinsbeautypages.co.uk
Hanya setebal satu sel.
Melindungi permukaan daun, batang dan akar. Membentuk kutikel.
Melindungi tisu dalaman.
Terubahsuai untuk membentuk sel pengawal.
Untuk melindungi tumbuhan dari kecederaan fizikal.
Membentuk kutikel yang membantu mengurangkan kehilangan air.
Tisu meristem
Sumber: rgbstock.com
Terdapat di hujung pucuk dan hujung akar
Juga terdapat di bahagian batang tumbuhan.
Terlibat dalam pembahagian sel (mitosis).
Tisu Tumbuhan
Epidermis Tisu meristem
- terlibat dalam pembahagian sel.
Tisu asas
Parenkima
Sklerenkima
Kolenkima
Tisu vaskular
Xilem
Floem
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
33
Jadual 3.6: Jenis Tisu Vaskular Dan Fungsinya
TISU CIRI-CIRI FUNGSI
TISU VASKULAR
1. Xilem
2. Floem
Tisu pengangkut.
Mengangkut bahan mineral dan air ke seluruh bahagian tumbuhan.
I
Terbina dari sel yang memanjang dan dikenali sebagai trakeid dan vesel.
Terbina dari tiub tapis dan sel rakan.
Untuk mengangkut air dan bahan mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan.
Untuk membantu dalam transpirasi.
Untuk menyokong tumbuhan.
Untuk mengangkut glukosa dari daun ke bahagian lain
tumbuhan.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
34
Jadual 3.7: Jenis Tisu Asas Dan Fungsinya
TISU CIRI-CIRI FUNGSI
TISU ASAS
1. Parenkima
Sumber: mhhe.com
2. Sklerenkima
3. Kolenkima
Tisu asas adalah tisu yang membentuk kebanyakan badan tumbuhan.
Tisu ringkas yang mempunyai vakuol yang besar. Tersusun longgar dan mempunyai rongga udara di antara sel.
Mempunyai dinding sel yang ditebalkan oleh lignin.
Memberikan sokongan kepada tumbuhan melalui sel mati dan sel kukuh.
Tisu ringkas yang ditebalkan oleh selulosa dan pektin di bahagian dinding sel.
Mengellilingi berkas vaskular di batang dan akar.
Untuk menyokong tumbuhan.
MemberI bentuk kepada tumbuhan.
Menyimpan kanji, gula dan air.
Untuk menyokong dan melindungi sel.
Untuk menyokong tumbuhan muda, tumbuhan yang mempunyai batang yang lembut serta tumbuhan herba.
Mengawal penyerapan air di akar.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
35 3.3 Sistem Dalam Haiwan Dan Fungsinya
SISTEM FUNGSI
Sistem integumen Untuk melindungi dan menutupi organ dalaman.
Sistem rangka Untuk menyokong dan memberi bentuk kepada badan.
Sistem saraf Untuk menerima rangsangan dan mentafsir bagi membolehkan badan memberikan tindakbalas.
Sistem otot Untuk mengkoordinasi pergerakan badan.
Sistem endokrin Untuk menghasilkan hormon bagi mengawalatur tindakan dan proses dalam badan.
Sistem kardiak Sistem peredaran darah untuk mengangkut oksigen, nutrien, bahan buangan metabolik dan bahan yang lain keluar dari badan.
Sistem perkumuhan Untuk menapis darah dan merembes urea, air dan garam mineral keluar dari badan.
Sistem penghadaman Untuk menghadamkan makanan bagi penghasilan tenaga dan membuang semua bahan yang tidak terhadam keluar dari badan.
Sistem pernafasan Untuk mengambil oksigen bagi kegunaan respirasi sel untuk menghasilkan tenaga, gas karbon dioksida dan wap air.
Sistem limfa Untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu pertahanan badan terhadap serangan penyakit.
Sistem pembiakan lelaki Untuk menghasilkan hormon seks lelaki.
Untuk pertumbuhan sekunder lelaki dan menghasilkan generasi seterusnya.
Sistem pembiakan wanita Untuk menghasilkan hormon seks wanita.
Untuk pertumbuhan sekunder wanita dan menghasilkan generasi seterusnya.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
36 Latihan 3.2
Jadual di bawah menunjukkan sistem yang berkaitan dan fungsinya. Lengkapkan organ yang terlibat untuk membolehkan sistem tersebut berfungsi dengan
sempurna.
SISTEM ORGAN YANG TERLIBAT FUNGSI
Sistem pengangkutan
Untuk mengangkut air, garam mineral, glukosa dan gas keluar dari tumbuhan.
Sistem sokongan Untuk menyediakan
sokongan fizikal bagi tumbuhan.
Sistem perkumuhan Untuk mengeluarkan
bahan buangan
metabolik dari tumbuhan.
Sistem pembungaan Untuk menghasilkan
bunga dan buah.
Fotosintesis Untuk mensintesis
glukosa dari tenaga cahaya dangan kehadiran klorofil.
Respirasi Untuk menghasilkan
tenaga, karbon dioksida dan air.
Transpirasi Untuk mengeluarkan
lebihan air dan
menyejukkan tumbuhan.
Percambahan Untuk menghasilkan
anak benih muda dari biji benih.
SCE3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
37 Buku Rujukan
Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance biology: principles and application.
(2nd ed). London. Hodder Education.
Layari Internet
http://www.medscape.com/viewarticle/468421_3
http://www.mhhe.com/biosci/pae/botany/histology/html/parenchyma.htm
http://www2.estrellamountain.edu/faculty/farabee/biobk/biobookplantanat.html
http://biodidac.bio.uottawa.ca/Thumbnails/filedet.htm?File_name=BOTA003B&File_type=G IF
http://images.yourdictionary.com/xylem
Tamat Topik 3
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
41
TOPIK 4 RESPIRASI HAIWAN
Sinopsis
Respirasi merujuk pada proses penghasilan tenaga melalui oksidasi makanan.
Respirasi terbahagi kepada dua peringkat iaitu respirasi luar (pernafasan) dan respirasi dalam ataupun respirasi sel. Respirasi luar melibatkan pengambilan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida. Respirasi dalam merujuk pada proses penghasilan tenaga dalam sel melalui pengoksidaan glukosa.
Topik ini berfokuskan pada proses respirasi luar (pernafasan). Anda akan mempelajari tentang pelbagai jenis organ pernafasan, mekanisme pernafasan manusia dan pengangkutan oksigen.
Hasil Pembelajaran
1. Terangkan struktur dan mekanisma pelbagai jenis organ pernafasan.
2. Huraikan mekanisme pernafasan dalam manusia.
3. Huraikan proses pengangkutan oksigen.
4. Banding dan beza struktur organ pernafasan dan mekanisme pernafasan.
di antara serangga, ikan dan manusia.
Ringkasan Isi Kandungan
Rajah 4.1: Ringkasan Isi Kandungan Respirasi Luar Haiwan
Struktur Dan Mekanisme Organ
Pernafasan
Mekanisme Pernafasan Manusia
Mekanisme Pengangkutan
Oksigen
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
42 Pengenalan
Organisma memerlukan tenaga untuk semua proses hidup. Tenaga diperolehi melalui proses respirasi. Respirasi dibahagi kepada respirasi luar (pernafasan) dan respirasi dalam (respirasi sel). Respirasi luar merujuk pada pengangkutan oksigen daripada udara luar ke dalam sel badan dan pengangkutan karbon dioksida dari sel badan ke udara luar. Respirasi dalam ialah proses metabolik yang berlaku dalam sel badan. Glukosa ialah substrat utama untuk respirasi sel. Semasa respirasi dalam, oksigen bertindakbalas dengan glukos untuk menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air. Anda akan belajar tentang respirasi dalam (respirasi sel) dalam topik 6. Dalam topik ini anda akan belajar tentang organ-organ pernafasan, mekanisme pernafasan dan pengangkutan oksigen dalam serangga, ikan dan manusia.
Pernafasan melibatkan pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida daripada badan hidupan. Dalam organisma unisel seperti Amoeba, pertukaran gas berlaku melalui resapan ringkas. Tetapi dalam organisma multisel, organ pernafasan yang khas diperlukan untuk pertukaran gas. Organ pernafasan terlibat dalam pertukaran gas di antara organisma dan persekitaran. Organ pernafasan hidupan yang berlainan adalah berbeza disesuaikan untuk bernafas dengan cekap. Organ pernafasan yang anda akan belajar dalam topik ini ialah sistem trakea, insang dan paru-paru. Jadual 4.1 menunjukkan organ pernafasan untuk organisma berlainan.
Organisma Organ Pernafasan
Serangga Sistem trakea
Ikan Insang
Manusia Paru-paru
Mamalia Paru-paru
Katak Kulit, paru-paru
Jadual 4.1: Organ Pernafasan Organisma
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
43 4.1 Sistem Pernafasan Serangga
Pemikiran
Perhatikan seekor belalang atau lipas. Bagaimanakah pernafasan berlaku dalam haiwan-haiwan ini?
Adakah serangga mempunyai sistem peredaran darah untuk mengangkut gas-gas pernafasan?
Sistem pernafasan bagi serangga seperti lipas dan belalang dikenal sebagai sistem trakea. Rajah 4.2 menunjukkan sistem trakea dalam serangga. Sistem trakea terdiri daripada jaringan tiub kecil yang dipanggil trakea. Trakea disambung pada udara luar melalui pembukaan yang dipanggil spirakel. Udara masuk melalui spirakel ke dalam trakea. Trakea bercabang berulang kali untuk membentuk salur-salur halus yang dipanggil trakeol. Dinding trakeol adalah nipis dan lembab. Setiap sel di dalam badan serangga dibekalkan dengan sekurang-kurangnya satu trakeol.
Pertukaran gas berlaku di antara trakeol dan sel badan. Oleh itu serangga tidak memerlukan darah untuk mengangkut oksigen.
Rajah 4.2: Sistem Trakea Serangga.
Jadual 4.2 menunjukkan ciri-ciri dan penyesuaian sistem respirasi serangga.
Tiub trakea utama spirakel
Kutikel
Cabang-cabang trakea (trakeol) membekalkan sel dengan oksigen spirakel
SCE 3013-HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN
44
Bahagian Ciri-Ciri dan Penyesuaian
Spirakel
Merupakan liang pernafasan yang membuka ke sistem trakea.
Terdapat satu pasang pada satu segmen di kedua-dua belah sisi toraks dan abdomen lipas dan belalang.
Pembukaan dan penutupan spirakel dikawal oleh injap semasa udara masuk atau keluar.
Tiub Trakea
Disusun membujur dan melintang di seluruh
badan untuk memaksimumkan
pengudaraan.
Terdapat gelang-gelang kitin untuk menjadikan tiub trakea teguh.
Membuka kepada trakeol iaitu tiub yang lebih kecil.
Trakeol Tiub antara sel yang menembusi sel-sel badan.
Di hujung trakeol, oksigen melarut dalam cecair sebelum terserap ke dalam sel badan.
Jadual 4.2: Ciri-Ciri dan Penyesuaian Sistem Respirasi Serangga
4.1.1 Mekanisme Pernafasan Serangga
Serangga menarik dan melepaskan nafas dengan mengembang dan menguncupkan toraks serta abdomennya secara beritma. Pengecutan otot abdomen serangga mampatkan organ dalam dan tindakan ini memaksa