• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)"

Copied!
66
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEKOLAH RENDAH (PPG)

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

BMM3103

PENTAKSIRAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa Jan 2012

(2)

Cetakan Jan 2012

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR

YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM

PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

(3)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Nov 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(4)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Kandungan ii

Kata Alu-aluan iii

Panduan Pelajar iv

Pengenalan v

Agihan Tajuk vi

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1. Pengertian dan Konsep

1.1 Sinopsis

1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka Konsep 1.4 Kandungan

Tajuk 2. Taksonomi dan Domain Krathwohl

2.1 Sinopsis

2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka Konsep 2.4 Kandungan

Tajuk 3. Jadual Spesifikasi Ujian

3.1 Sinopsis 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka Konsep 3.4 Kandungan 1 8 14

(5)

4.2 Hasil Pembelajaran 4.3 Kerangka Konsep 4.4 Kandungan

Tajuk 5. Jenis Penilaian Bahasa

5.1 Sinopsis

5.2 Hasil Pembelajaran 5.3 Kerangka Konsep 5.4 Kandungan

Tajuk 6. Kaedah Penilaian Bahasa

5.1 Sinopsis

5.2 Hasil Pembelajaran 5.3 Kerangka Konsep 5.4 Kandungan

Tajuk 7. Kaedah Penilaian Bahasa

7.1 Sinopsis

7.2 Hasil Pembelajaran 7.3 Kerangka Konsep 7.4 Kandungan

Tajuk 8. Kaedah Penilaian Bahasa

8.1 Sinopsis 8.2 Hasil Pembelajaran 8.3 Kerangka Konsep 8.4 Kandungan 28 33 40 46 Rujukan 50

(6)
(7)

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

(8)

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat

semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

Tanpa Amali (3+0) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3) Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2) Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali

70 60 70 62 70 65

Menghadiri kelas interaksi

bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5

Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½

Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½

(9)

Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

(10)

Pengenalan

 Kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Dalam modul ini para pelajar akan diperkenalkan dengan 8 tajuk daripada 12 tajuk seperti yang terdapat dalam Pro Forma kursus. Tajuk 1 hingga 8 telah dimodulkan. Bagi Tajuk 8 ( Penilaian Melalui Projek ) telah dimodulkan manakala tajuk Penilaian Melalui Kertas Kerja akan dibincangkan semasa interaksi bersemuka.

Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang meliputi:-

 Pengertian dn Konsep  Taksonomi dan Domain

 Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )  Pembinaan Ujian

 Jenis Penilaian Bahasa  Kaedah Penilaian Bahasa

Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan melaksanakan 2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.

(11)

Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Bil. Tajuk/Topik Modul (jam)

Jum. Jam

1 Pengertian dan Konsep

 Pentaksiran

 Pengujian

 Penilaian

 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

2 2

2 Taksonomi dan Domain

 Taksonomi Bloom

 Domain Krathwohl

2 2

3 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

 Definisi  Kepentingan  Langkah Pembinaan 2 2 4 Pembinaan Ujian  Soalan Objektif  Soalan Subjektif 2 2

5 Jenis Penilaian Bahasa

 Ujian Formatif, Sumatif

 Ujian Kefasihan, Kemajuan

 Ujian Bakat, Pencapaian

2 2

6

Kaedah Penilaian Bahasa

 Penilaian Melalui Portfolio

 Penilaian Melalui Pemerhatian

(12)

7 Kaedah Penilaian Bahasa

 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

 Penilaian Melalui Soal Jawab

2 2

8 Kaedah Penilaian Bahasa

 Penilaian Melalui Projek

 Penilaian Melalui Kertas Kerja

(13)

1.1 Sinopsis

Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik, para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet, perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda boleh juga dilakukan.

Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar

(14)

1.2 Hasil pembelajaran

1.2.1. Konsep pentaksiran 1.2.2. Konsep pengujian 1.2.3. Konsep penilaian

1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

1.3 Kerangka Konsep

1.4 Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal-hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula

melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula

Pengertian dan Konsep

Pentaksiran Pengujian Penilaian

Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan

(15)

melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-

i. Instrumen

ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon

iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor

1.5 Pengujian

 Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.

 Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.

 Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran

 Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre- test.

 Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian

(16)

jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.

1.6 Penilaian

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and

providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat

pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

(17)

Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:

 mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.  menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar

mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.

 membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

 menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.

 membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan

 membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

(18)

1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Rajah 1.

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

PENILAIAN

PENGUJIAN

PENTAKSIRAN

(19)

Arahan:

Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhir tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah; a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaian

dilakukan.

b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep- konsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik.

c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan?

(20)

2.1 Sinopsis

Sebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalam panduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan pemahaman anda. Selamat berjaya !

2.2 Hasil Pembelajaran

2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian. 2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain Krathwohl.

2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; 2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan

sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.

(21)

2.3 Kerangka Konsep

2.4 Taksonomi Bloom

Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.

2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.

3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.

Taksonomi

dan

Domain

Taksonomi

Bloom

Domain

Krathwohl

(22)

Domain Kognitif

Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu:

i. Pengetahuan

ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Pengetahuan (Knowledge)

Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.

Pemahaman (Comprehension)

Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

Aplikasi (Application)

Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.

Analisis (Analysis)

Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit.

(23)

Sintesis (Synthesis)

Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan..

Penilaian (Evaluation)

Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

 Domain Psikomotor 1. Persepsi

2. Persediaan (Set) 3. Respons Terpimpin 4. Mekanisme (Mechanism)

5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response) 6. Penyesuaian (Adaptation)

(24)

2.5 Domain David Krathwohl  Domain Afektif  Penerimaan (Receiving/Attending)  Tanggapan (Responding)  Penghargaan (Valuing)  Pengorganisasian (Organization)

 Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value

(25)

Arahan:

Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi:

a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom.

b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk setiap kelas di sekolah anda.

Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:-

1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html

2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath

stax.htm

3. http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf

(26)

3.1 Sinopsis

Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

3.2 Hasil pembelajaran

3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU

3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian

(27)

3.3 Kerangka konsep

3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)

 Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.

 Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

 Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

 Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

 Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.  Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

3.5 Kepentingan JSU

 Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.  Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

 Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

 Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

KEPENTINGAN JSU DEFINISI LANGKAH

(28)

 Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.

Bil Bentuk Soalan Objektif

Kemahiran

Aras Kognitif

Bidang/Topik/Topik Kecil Jam

1 2 3 4 5

6

Jumlah Item 1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa

Melayu 5 4

Asal usul BM, BM sebelum

dan selepas merdeka 2 2

1.2

Linguistik BM 15 12

Pengenalan linguistik

Definisi, Sejarah, Linguistik

Diskriptif 1 5 4 1 1

1.3

Fonologi 20 16

Definisi, alat artikulasi, cara

penghasilan 3 2 1 1

Fonem segmental 2 2 1 1 1

Fonem suprasegmental 1 1

Jumlah 40 32

Jadual 1: Contoh JSU

 Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di

(29)

3.6 Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu

a. soalan objektif (30 soalan) b. 1 markah bagi 1 item

c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item

Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor

Domain Kognitif 6. Penilaian Sukar 5. Sintesis 4. Analisis 3. Penggunaan 2. Kefahaman 1. Pengetahuan Mudah

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?

 Ujian objektif  Ujian struktur

(30)

Langkah V:

 Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)

 Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)  Pemarkahan

Langkah VI

Nyatakan mata pelajaran Nyatakan tingkatan

Susunan nombor soalan mengikut tajuk

Rumusan

Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.

(31)

Arahan:

Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.

 Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.

 Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.

Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf

2. http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm

(32)

4.1 Sinopsis

Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilai ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalam topik ini anda, kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahan-bahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlah menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan pensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran anda.

4.2 Hasil Pembelajaran

4.2.1. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian.

4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif. 4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif. 4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan .

(33)

4.3 Kerangka Konsep

4.4 Pendahuluan

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

4.5. Jenis-jenis Ujian

Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

4.5.1. Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Pembinaan

Ujian

(34)

Item Respons Bebas i. Jenis soalan:

contoh:

a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)

b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

contoh:

a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.

b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau

salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)

(35)

Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan Contoh

1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini. 2. Kata Adjektif

Pancaindera

B. Budak baik selalu dipuji.

3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup. 4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan b. Jenis jawapan terbaik

(36)

Item Jenis Cantuman Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

4.5.2. Soalan Subjektif

Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-  Item Jenis Struktur

 Item Jenis Esei  Pembinaan Ujian

(37)

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

a. Kesahan Isi

b. Kesahan Ramalan c. Kesahan Serentak d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan

dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.

(38)

Arahan :

Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut:

a. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei.

b. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk setiap aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru

panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya.

(39)

Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;

1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf

2. http://www.usm.my/education/publication/JPP23-

(40)

Jenis Penilaian bahasa Ujian Formatif Ujian Sumatif Ujian Kefasihan Ujian Kemajuan Ujian Bakat Ujian Pencapaian 5.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses p&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian

Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.

5.2 Hasil Pembelajaran

5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa. 5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian.

5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat, pencapaian.

5.3 Kerangka Konsep

(41)

5.4 Ujian Formatif dan Sumatif

5.5 Ujian Formatif

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

5.6 Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

(42)

5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif

1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan

kelemahan. Fungsi

1. Pensijilan atau penggredan

2. Sepanjang pengajaran Masa

2. Pada akhir unit/kursus

3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3.Kognitif

4. Terhad kepada tugasan Sifat

4. Beraneka jenis

5. Berubah-ubah Kesukaran

5. Senang – sukar

6. Dibentuk khas Alat

6. Peperiksaan akhir tahun

7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma

5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan

Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.

Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.

Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.

Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.

(43)

Ujian Bakat

Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan

sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

Ujian Pencapaian

Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Ujian Kefasihan

Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

(44)

Arahan

1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik.

Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.

(45)

6.1 Sinopsis

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

6.2 Hasil Pembelajaran

6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.

6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian.

6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio.

(46)

Kaedah Penilaian

Bahasa

Penilaian Melalui

Portfolio

Penilaian Melalui

Pemerhatian

6.3 Kerangka Konsep

6.4 Penilaian Melalui Porfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

(47)

6.4.1 Tujuan Portfolio

Tujuan portfolio ialah untuk :

 Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.  Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka

secara sistematik.

 Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

6.4.2 Kegunaan Portfolio

 menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).  menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.

 digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.

 menilai secara sumatif pembelajaran.

 menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

6.4.3 Ciri-ciri Portfolio

(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika

(48)

(c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.

(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

 Portfolio Kerja Harian  Portfolio Hasil Terbaik  Portfolio Dokumen

6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?

 Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

 Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan

J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A 3 Membentuk suku kata

(49)

 Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

 Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

Sesebuah portfolio mengandungi:

 Senarai semak yang disediakan oleh guru  Nota-nota yang disediakan oleh guru  Catatan jurnal

 Buku log

 Refleksi kendiri murid  Gambar dan foto

6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio

 Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran  Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid  Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid  Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman

kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.

Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

(50)

6.5.1 Jenis Pemerhatian

Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:

 Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.  Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.  Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.

6.5.2 Strategi Pemerhatian

 Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.

 Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.

 Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.

 Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:

 Kualiti Pemerhatian  Bentuk Perancangan  Jenis-jenis Pemerhatian

6.5.4 Fungsi Pemerhatian

 Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.

 Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.

(51)

6.6 Rumusan.

Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.

1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda

berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.

(52)

7.1 Sinopsis

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

7.2 Hasil Pembelajaran

7.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran.

7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab.

(53)

Kaedah Penilaian

Bahasa

Penilaian Melalui

Kontrak Pembelajaran

Penilaian Melalui Soal

Jawab

7.3 Kerangka Konsep

7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

7.4.1 Cara Pelaksanaan

 Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

 Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

(54)

 Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.

 Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :

a. pelajar mengenal pasti dan merekod,

b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,

c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?  Penilaian objektif tugasan

 Hasil Pembelajaran  Penilaian

Format / Bentuk

7.4.4 Format Kontrak Pembelajaran

Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.

(55)

Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : ... Nama : ... Tahun/Tingkatan :... Tugasan : ... Objektif : 1... 2... 3... Perkembangan Peringkat

Apa yang ingin dicapai pada peringkat ini Bagaimana akan dilaksanakan pada peringkat ini Tempoh masa pelaksanaan peringkat ini Bagaimana penilaian peringkat ini dibuat Catatan

Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru ... ... ...

(56)

7.5 Penilaian Melalui Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

7.5.1 Cara Pelaksanaan

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

(57)

1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu kelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan keberkesanan kaedah tersebut.

2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya.

(58)

Kaedah Penilaian

Bahasa

Penilaian Melalui

Projek

Penilaian Melalui

Kertas Kerja

8.1 Sinopsis

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajuk penilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan disampaikan ketika interaksi bersemuka.

8.2 Hasil Pembelajaran

8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek 8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek

8.3 Kerangka Konsep

(59)

8.4 Penilaian Melalui Projek

 Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:  Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.  Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan

inovasi.

 Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).

(60)

8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek

 Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).  Jangka masa yang panjang

 Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.

 Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.

 Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.

 Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.  Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran

merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.

 Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.  Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.

 Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

8.6 Jenis-jenis penilaian Projek

 Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.

 Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.

 Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.

 Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek.

Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

(61)

Arahan:

1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian sila lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.

2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secara berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, anda dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid.

Tahniah !

Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk membolehkan anda menguasai modul ini.

Arahan:-

 Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.

 Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada

pensyarah/tutor anda.

---MODUL TAMAT---

(62)
(63)

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

RUJUKAN

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan

Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (1987), Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian

Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa.

Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan.

Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2008), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk

KPLI. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.

Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia:

Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pendidikan 3, Shah Alam: Fajar Bakti.

(64)

(PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

PN.HASNAH BT AWANG

Pensyarah

IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Kelulusan:

M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI

B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa Pertama) UPM

Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP

Pengalaman:

Pensyarah Bahasa Melayu

Guru Bahasa Melayu

EN. NORDIN BIN SHAARI

Pensyarah

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Kelulusan:

M.Ed. (Psikologi Pendidikan) USM

Sarjana Muda Pengajian Melayu ( Bahasa Melayu / Sosio-Budaya Melayu) UM

Pengalaman:

Pensyarah Bahasa Melayu

(65)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

PN.HASNAH BT AWANG

Pensyarah

IPG Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Kelulusan:

M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI

B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa Pertama) UPM

Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP

Pengalaman:

Pensyarah Bahasa Melayu

Guru Bahasa Melayu

HJ. NIK HARUN AMINARRASHED BIN NIK MAHMOOD

Pensyarah

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Kelulusan:

M.Ed. (Pentadbiran Pendidikan) UPM

B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa Pertama) UPM

Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPKB

Pengalaman:

Pensyarah Bahasa Melayu

(66)

IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat

Referensi

Dokumen terkait

Adapun untuk meningkatkan mutu pelayanan, maka Instalasi Pemeliharaan Sarana Rumah Sakit (IPSRS) sebagai salah satu bagian penunjang pelayanan yang mempunyai bidang

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran

Formasi Jabatan Fungsional Pengelola Pengadaan Barang/Jasa yang selanjutnya disebut Formasi JFPP adalah jumlah dan susunan jabatan fungsional Pengelola Pengadaan

Cadangkan bahan-bahan lain yang mungkin boleh digunakan dan nyatakan sama ada item-item tersebut adalah bahan-bahan semula jadi atau bahan

Menurut IPRA (International Public Relation Association) Humas adalah fungsi manajemen dari ciri yang terencana dan berkelanjutan melalui organisasi dan lembaga swasta atau

Penurunan total coli terbaik pada reaktor Wetland terjadi pada reaktor Wetland 32 mesh dan mangrove 6 bulan yang terlihat pada Gambar 16.. Gambar 16 Grafik Analisis Total Coli

2.4 Pengaruh Penyuluhan terhadap Tingkat Pengetahuan, Sikap dan Praktik Ibu dalam Pencegahan DBD pada Anak. Berdasarkan teori diatas, penyuluhan sangat berperan dalam

Tujuan dari pemberian kuliah ini adalah untuk memberi pengetahuan yang meliputi: peraturan perundang-undangan yang berkaitan dengan pelestarian lingkungan, dampak