• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN TEKNOKRAT DALAM ISU-ISU PEMBANGUNAN KOMUNITI

Fauziah binti Ani1, Rosman Md.Yusoff1, Adi Shahid1, Abdul Hadi Sulaiman2

1Jabatan Sains Sosial,

Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, 86400 Johor, Malaysia.

2Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang,

43400 Selangor, Malaysia.

4.1 PENGENALAN

Peranan teknokrat semakin menonjol dan memberi impak yang besar kepada penduduk dunia. Teknokrat adalah merupakan kelas sosial baru yang semakin penting dalam kelompok masyarakat. Golongan ini dikaitkan dengan bukan sahaja sumbangan mereka yang besar dalam memberikan kesejahteraan kepada penduduk dunia, malah turut bertanggung jawab terhadap malapetaka dan kesengsaraan yang menimpa sebahagian penduduk dunia dari masa ke masa. Ekoran daripada itu timbullah beberapa isu penting tentang peranan teknokrat khususnya berkaitan proses pembangunan terutamanya isu-isu yang berkaitan dengan sesebuah komuniti.

Di dalam sesebuah komuniti, media massa dan elektronik menjadi medium yang paling penting dan berkesan dalam mewar-warkan aduan rakyat tentang isu atau masalah yang menghantui kehidupan dan persekitaran dalam komuniti mereka terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran toksid, rumah terbengkalai, kenaikan tarif elektrik yang tinggi, kenaikan harga barang, ketiadaan bekalan air dan sebagainya yang berpunca daripada ketidakbertanggungjawaban

pihak-51

pihak tertentu yang lebih berorientasikan keuntungan atau kepentingan politik daripada tanggung jawab sosial. Pihak tertentu ini kemungkinan terdiri daripada golongan pemaju, industri ataupun daripada agensi atau jabatan kerajaan sendiri. Kemuncak kepada permasalahan ini, telah menimbulkan konflik antara penduduk dengan pihak tersebut yang kadangkala mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Pertikaian antara penduduk dan pihak tertentu ini telah mengheret pihak ketiga untuk menjadi orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah ini bagi menjaga kesejahteraan rakyat.

Sehubungan dengan itu, sebagai seorang teknokrat, walaupun golongan ini adalah merupakan golongan profesional yang masih lagi dibatasi dengan etika dan juga keluasa kuasa dalam membuat keputusan, namun ini tidak bermakna golongan ini tidak boleh membantu menyelesaikan masalah komuniti dengan menggunakan kepakaran yang sedia ada. Golongan teknokrat juga merupakan agen perubahan yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan komuniti. Pelbagai strategi mungkin boleh digunakan oleh teknokrat dalam menangani permasalahan ini. Antara lainnya teknokrat boleh memainkan peranan sebagai pengantara yang menghubungkan komuniti dengan pihak-pihak lain yang terlibat seperti pihak kerajaan ataupun pemaju. Di samping itu, mereka juga boleh mewujudkan kesedaran di kalangan penduduk terutamanya tentang perkara yang berkaitan dengan teknikal, alam sekitar atau hak asasi manusia.

Oleh yang demikian di dalam kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah teknokrat mampu menyelesaikan masalah atau isu-isu yang timbul dalam komuniti. Pendekatan konflik akan digunakan di dalam kajian ini bagi mengkaji kemampuan mereka untuk membantu komuniti dalam menyelesaikan masalah atau isu yang berlaku di dalam sesebuah komuniti.

4.2 DEFINISI TEKNOKRAT

Jika dilihat dari perspektif sejarah, perkataan teknokrasi pertama kali digunakan oleh Smyth (1919) bagi merujuk kepada pergerakan demokrasi industri yang mengintegrasikan pekerja dalam proses membuat keputusan melalui firma yang sedia ada atau revolusi. Selain itu teknokrasi membawa maksud kerajaan yang diperintah secara

52

efektif oleh seseorang yang membuat keputusan secara teknikal seperti jurutera ataupun ahli saintis yang dikenali sebagai teknokrat (Mohd.Syukri Mohd. Naim: 2008).

Namun begitu, terdapat juga sarjana memberi definisi teknokrat dengan pelbagai makna untuk pelbagai tujuan. Njalsson (2006) mendifinisikan teknokrat sebahagian golongan yang mempunyai pemikiran kritis yang mampu menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam masyarakat yang komplek. Manakala Wilton Ivie (1953), golongan teknokrat merujuk kepada sesiapa sahaja yang percaya dan menerima pakai teknokrasi sebagai bentuk kawalan sosial dalam bidang kepakarannya. Teknorat juga boleh merujuk kepada seseorang yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang saintifik dan teknologi yang melakukan kerja secara professional (Mohd. Syukri Mohd. Naim: 2008).

Dari perspektif pendidikan, teknokrat ialah kumpulan cerdik pandai dalam masyarakat yang telah diberikan pengetahuan dan kemahiran yang khusus dalam bidang masing-masing seperti kejuruteraan, perubatan, geologi, botani dan lain-lain. Sebaliknya perspektif ekonomi pula, teknokrat ialah seorang profesional dalam bidang kepakarannya yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya, ataupun menjadi pekerja disesebuah organisasi dengan ganjaran yang lumayan. Teknokrat dianggap sebagai ahli professional kerana mereka bukan sahaja telah mengikuti sesuatu proses pendidikan dan latihan khusus, tetapi turut diberikan kuasa kepada kerja dan perkhidmatan mereka. Kuasa dalam bentuk formal dan tidak formal diberikan kepada para professional oleh majikan, masyarakat dan pemerintah kerana mereka dianggap pakar dalam bidang tersebut.

4.3 PENDEKATAN KONFLIK DALAM PEMBANGUNAN KOMUNITI

Konflik adalah merupakan satu fenomena yang bersifat universal di kalangan manusia kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada berhadapan dengan konflik dalam kehidupan. Lazimnya konflik dikaji dan ditinjau daripada pelbagai disiplin ilmu seperti psikologi, sains politik, sosiologi dan pengurusan.

53

sarjana. Luthans (1981) konflik adalah kondisi yang ditimbulkan oleh adanya kekuatan yang saling bertentangan. Kekuatan-kekuatan ini bersumberkan pada keinginan manusia. Istilah konflik sendiri diterjemahkan dalam beberapa istilah iaitu perbedaan pendapat, persaingan dan permusuhan (Ahmad Shukri Mohd. Naim: 2008). Manakala Robbins (1998) dalam Organization Behaviour menjelaskan bahawa konflik adalah suatu proses interaksi yang terjadi akibat adanya ketidaksesuaian antara dua pendapat sudut pandang yang berpengaruh atas pihak-pihak yang terlibat baik pengaruh positif mahupun pengaruh negatif. Beliau juga menjelaskan proses konflik bermula apabila pihak pertama menganggap pihak kedua bersikap negatif dan berpura-pura dalam perkara yang berkaitan dengannya. Menurut Robins, konflik boleh mendorong kepada kreativiti, inovasi dan perubahan. Dalam pengertian lain konflik boleh menghasilkan percambahan dan pemikiran seseorang untuk melahirkan idea yang bernas bagi kepentingan dirinya atau atau kumpulan yang lain (Ahmad Shukri Mohd. Naim: 2008).

Pandangan yang lain pula mendefinisikan konflik suatu suasana yang melibatkan pertentangan antara dua atau lebih pihak akibat daripada ketidaksamaan matlamat yang hendak dicapai, ketidakselarasan aktiviti ke arah pencapaian matlamat yang hendak dicapai, ketidakselarasan aktiviti ke arah pencapaian matlamat, ketidakserupaan personaliti dan kehendak, bertindak dengan cara menghalang dan memudaratkan sesama sendiri, dan menunjukkan tanda-tanda permusuhan antara kedua-dua pihak (Ishak Mat Shah, 2006). Ia juga merupakan satu proses interaktif yang dimanifestasikan dalam ketidaksesuaian, ketidaksetujuan atau percanggahan di dalam atau di antara entiti sosial seperti individu, kumpulan dan organisasi. Dari perspektif sosial pula, konflik adalah merupakan satu bentuk interaksi yang melibatkan persaingan kumpulan-kumpulan sosial atau aktor kolektif yang kekurangan sumber seperti status, kuasa, keistimewaan, ekonomi dan sebagainya. (Malike Ibrahim : 2008).

Knezevich (Malike, 2008) mengklasifikasikan beberapa jenis konflik iaitu konflik matlamat, konflik peranan, konflik diri, konflik antara individu, konflik dalam kumpulan,konflik antara organisasi dan konflik sosial.

54

Namun begitu, dari perspektif pembangunan komuniti, pendekatan konflik adalah merupakan salah satu pendekatan yang telah lama diguna pakai dalam memahami konflik ataupun pertentangan yang berlaku di dalam sesebuah komuniti. Menurut Alinsky (1969) pengamal pendekatan ini mengandaikan bahawa sumber asas dalam permasalahan yang berlaku di dalam sesebuah komuniti adalah kekurangan kuasa. Pendekatan ini selalunya digunakan ditempat yang mana penduduk di dalam sesuatu kawasan kurang kemampuan untuk membuat keputusan-keputusan yang memberi kesan ke atas kualiti kehidupan mereka. Kejiranan secara umumnya diandaikan kekurangan kuasa kerana mereka tidak diurus dengan baik.

Menurut Alinsky lagi, penganjur komuniti kemudiannya perlu mengenalpasti masalah yang berlaku dalam komuniti dan memastikan komuniti menyedari dan bersama-sama menyelesaikan masalah tersebut. Pendekatan ini juga mengandaikan bahawa konflik yang berlaku adalah konflik yang kecil dan boleh memperolehi kemenangan. Organisasi dalam komuniti juga tidak berdepan dengan struktur kuasa secara langsung. Malahan mereka juga seharusnya menggunakan pelbagai tektik untuk mengaibkan pemimpin politik tempatan dan untuk menunjukkan nilai kuasa kepada penduduk di dalam sesebuah komuniti. Pendekatan ini terbukti telah berjaya digunakan bagi menyelesaikan konflik yang wujud di dalam komuniti yang mempunyai pendapatan yang rendah. Namun, pendekatan ini mungkin sukar digunakan terutamanya apabila konflik berlaku antara etnik, ras atau kelas yang berbeza. Untuk mengenalpasti kelemahan, adalah penting untuk bekerja melalui organisasi yang terdapat di dalam sesebuah kejiranan atau komuniti. Organisasi ini akan menyediakan sumber, rangkaian perhubungan dengan individu atau organisasi lain dan legitimasi dalam kejiranan.

Terdapat beberapa kaedah untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di dalam komuniti. Antaranya ialah kaedah perundingan, perantaraan dan timbangtara. Kaedah perundingan bukanlah satu proses paksaan tetapi ia dilakukan antara dua pihak atau lebih dengan cara sukarela. Dalam proses berunding adakalanya pihak-pihak yang berselisih begitu beremosi dan berkeras terhadap perbezaan-perbezaan mereka. Menurut Lewicki proses dan hasil rundingan akan mencetuskan perasaan yang

55 positif dan negative (Malike Ibrahim;2008).

Manakala kaedah perantara, memerlukan orang ketiga sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah antara pihak-pihak yang terlibat. Peranan sebagai perantara adalah untuk memudahkan proses penyelesaian dan bukan untuk menyelesaikan masalah atau konflik tersebut. Selain itu kaedah timbangtara juga memerlukan pihak ketiga yang terdiri daripada golongan teknokrat dan professional untuk membantu menyelesaikan masalah konflik. Kaedah ini menghendaki orang ketiga membuat ulasan atau mengkaji pertikaian di antara pihak yang terlibat dalam mencari satu keputusan yang akan membawa kepada penyelesaian konflik (Malike Ibrahim, 2008).

Manakala Reddin B (1992) situasi konflik perlulah dilihat sebagai situasi ketidaksetujuan sahaja dan bukan situasi kemusnahan. Dalam menyelesaikan perbezaan-perbezaan ini, Haynes, M.E (1989) mencadangkan strategi penyelesaian yang berbeza dan mengikut kesesuaian konflik iaitu melalui strategi membuat desakan (demanding), menyelesaikan masalah, tawar menawar (bargaining) dan mengalah atau menurut (give in).

Secara keseluruhannya, konsep konflik boleh diinterpretasikan sebagai pertentangan pendapat antara individu atau kumpulan dalam mencapai matlamat dan kehendak masing-masing. Dalam usaha untuk mencapai kehendak dan matlamat masing-masing mereka cuba bersaing antara satu sama lain. Akibatnya berlakulah konflik antara kedua-dua belah pihak yang boleh mencetuskan krisis berpanjangan sekiranya tidak di atasi.

4.4 PERANAN TEKNOKRAT DALAM ISU-ISU