• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbezaan Dalam Pengaruh Keganasan Media Terhadap Pelajar Lelaki dan Perempuan

Dalam dokumen PENGARUH KEGANASAN DALAM MEDIA TERHADAP (Halaman 142-146)

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.2 Analisis berdasarkan Objektif Kajian

5.3.2.7 Perbezaan Dalam Pengaruh Keganasan Media Terhadap Pelajar Lelaki dan Perempuan

Dapatan kajian ini menunjukkan analisis ujian t perbezaan pengaruh keganasan media dengan jantina mempunyai nilai p<0.05 iaitu 0.92 lebih besar daripada aras signfikan yang di tetapkan, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara perbezaan pengaruh keganasan media dengan jantina. Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengaruh keganasan

media terhadap pelajar-pelajar lelaki mahupun pelajar-pelajar perempuan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa jantina pelajar tidak langsung memainkan peranan yang menyebabkan keganasan akibat pengaruh media atau disebabkan pemilihan program-program tertentu di dalam media.

Sebaliknya, dapatan kajian perbandingan tingkah laku agresif dalam kalangan para pelajar lelaki dan perempuan kesan menonton keganasan dalam media yang dilakukan oleh Dietz (1998) juga bertentangan dengan dapatan kajian penyelidik. Dietz mendapati kesan menonton keganasan dalam media telah meningkatkan tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar lelaki terutamanya keganasan berbentuk seksual terhadap pelajar perempuan.

Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Bickham et al. (2000) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar- pelajar lelaki dan perempuan di New York dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Beliau juga melaporkan bahawa walaupun pelajar-pelajar ini berbeza dari segi jantina tetapi mereka mempunyai banyak persamaan dalam bentuk tingkah laku, kegemaran, berpakaian dan menonton program media. Kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Terry (2004) di Universiti of Idaho, Amerika Syarikat. Beliau mendapati pelajar-pelajar universiti tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam soal selidik pemilihan jenis-jenis program media. Kajiannya juga mendapati pelajar-pelajar agresif dan pelajar-pelajar yang normal mempunyai banyak persamaan dalam aspek menonton program- program media. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan dapatan kajian Oos M. Anwas (2003) yang mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Beliau mendapati pelajar pelajar lelaki lebih meminati program-program media yang dapat menggambarkan siaran secara langsung tentang sesuatu peristiwa. Program ini menjadi daya tarikan utama kepada pelajar-pelajar lelaki kerana bersesuaian dengan ciri-ciri fizikal pelajar lelaki yang lasak dan suka melakukan sesuatu perkara jika dapat melihatnya secara langsung. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka lebih meminati program-program

media yang memiliki gerakan secara lambat, cepat dan berulang-ulang. Program ini didapati sesuai dengan ciri-ciri fizikal perempuan yang lebih sensitif dan tidak gemar kepada kekerasan fizikal.

Seperti mana kajian Hansen (1989), kajian ini turut sama mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Beliau juga mendapati tidak terdapat reaksi yang terlalu berbeza bila kandungan filem ganas ditayangkan melalui video terhadap pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Begitu juga dengan kajian Lang dan Basil (1998) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan Teori Hieraki Keperluan Manusia Maslow yang menyatakan semua manusia mempunyai keperluan yang sama dan masing-masing akan cuba untuk memenuhi keperluan tersebut tanpa memikirkan soal jantina, umur dan kebolehan masing- masing. Ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak kira lelaki atau pun perempuan mempunyai kecenderungan yang sama untuk menonton keganasan dalam media bagi memenuhi keperluan fisiologi masing-masing.

Berdasarkan analisis data, kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam 2 jenis program iaitu media menggambarkan kewujudan secara asli dan program berbentuk informasi. Dapatan kajian ini juga bertepatan dengan kajian Flemming dan Levie (1993) yang mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam daya tarikan untuk menonton program-program media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli dan berbentuk informasi. Kajiannya juga melaporkan pelajar- pelajar lelaki lebih tertarik menonton program-program media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli berbanding program berbentuk informasi. Dapatan kajian ini juga menyokong kajian Anderson dan Dill (2000) yang mendapati

pelajar-pelajar lelaki dan pelajar-pelajar perempuan pula lebih tertarik untuk menonton program media berbentuk informasi. Walau bagaimanapun, kajian ini bertentangan dengan kajian Austin dan Johnson (1997) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam daya tarikan untuk menonton media antara pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dalam 2 jenis program iaitu media menggambarkan kewujudan secara asli dan program berbentuk informasi. Menurut beliau tidak wujud perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan kerana pelajar-pelajar agresif ini secara keseluruhan mempunyai minat, kecenderungan dan tingkah laku yang hampir sama.

Dapatan kajian ini adalah bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Sosial Bandura yang menyatakan usia dan jantina model memainkan peranan dalam peniruan tingkah laku. Pelajar-pelajar perempuan didapati lebih meminati program berbentuk informasi kerana ia bersesuaian dengan watak jantinanya yang mempunyai tingkah laku kurang agresif dan takut untuk menonton kisah-kisah langsang secara langsung. Pelajar-pelajar lelaki pula lebih meminati programprogram media yang dapat menggambarkan kewujudan secara asli kerana bersesuaian dengan watak jantinanya yang lebih agresif dan berani untuk melihat adegan-adegan ganas yang ditayangkan secara langsung melalui media. Berdasarkan teori ini juga setiap jantina mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu. Berdasarkan kecenderungan ini seseorang individu akan melakukan sesuatu tingkah laku yang seseai dengan keperluan jantina dan peneguhan yang akan diterima daripada persekitaran.

Dapatan kajian perbandingan tingkah laku keganasan dalam kalangan pelajar- pelajar lelaki dan perempuan kesan menonton keganasan dalam media yang dilakukan oleh Dietz (1998) juga bertentangan dengan dapatan kajian penyelidik. Dietz mendapati kesan menonton keganasan dalam media telah meningkatkan tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar lelaki terutamanya keganasan berbentuk seksual terhadap pelajar perempuan. Dietz (1998) juga mendapati semua tingkah laku agresif yang dikaji iaitu fizikal, verbal, nonverbal, seksual dan antisosial berada pada tahap yang tinggi kesan menonton media yang ganas.

5.3.2.10 Mengenal pasti perbezaan antara keganasan media dengan kaum

Dalam dokumen PENGARUH KEGANASAN DALAM MEDIA TERHADAP (Halaman 142-146)

Dokumen terkait