• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4: DAPATAN KAJIAN ........................................................................... (82-119)

4.2 Tahap PSA Pelajar Tentang Kata Pinjaman Arab Berdasarkan Faktor

4.2.2 Perbezaan Tahap PSA Pelajar Tentang Kata Pinjaman

a) Perbezaan Skor PSA Pelajar Tentang Kata Pinjaman Arab Dari Segi Jantina

Jadual 4.13: Perbezaan Skor PSA Pelajar Tentang Kata Pinjaman Arab Dari Segi Jantina Jantina N Skor/100 Min Sisihan Piawai Terendah Tertinggi Lelaki 47 77 92 86.75 3.675 Perempuan 103 77 97 87.87 3.733 JUMLAH 150 77 97 87.52 3.739

Jadual 4.13 di atas menunjukkan responden lelaki dan responden perempuan memperolehi skor terendah yang sama dalam ujian diagnostik iaitu 77%. Namun bagi skor tertinggi, diperolehi oleh responden perempuan iaitu 97%. Skor min terendah pula diperolehi oleh responden lelaki iaitu 86.75 dengan sisihan piawai 3.675, sementara skor min tertinggi dicapai oleh responden perempuan iaitu 87.87 dengan sisihan piawai 3.733. Dengan perbezaan min sebanyak 1.12 bermakna responden perempuan mempunyai tahap pengetahuan sedia tentang kata pinjaman Arab yang tinggi sedikit berbanding responden lelaki.

b) Perbezaan Pengecaman Kata Pinjaman Arab Melalui Kata Pinjaman Serupa Dan Hampir Serupa Dari Segi Jantina

Jadual 4.14: Perbezaan Pengecaman Kata Pinjaman Arab Melalui Kata Pinjaman Serupa Dan Hampir Serupa Dari Segi Jantina

Serupa Hampir Serupa Min Sisihan Piawai Min Sisihan Piawai Lelaki 47 87.89 8.563 66.50 7.597 Perempuan 103 91.21 6.891 68.30 9.286 JUMLAH 150 90.17 7.584 67.74 8.806

Jadual 4.14 di atas menunjukkan min terendah yang dicapai dalam mengecam kata pinjaman Arab melalui kata pinjaman serupa ialah 87.89 iaitu oleh responden lelaki dengan sisihan piawai 8.563 dan min tertinggi yang dicapai pula ialah 91.21 iaitu oleh responden perempuan dengan sisihan piawai 6.891. Sementara min terendah yang dicapai dalam mengecam kata pinjaman Arab melalui kata pinjaman hampir serupa pula ialah 66.50 iaitu oleh responden lelaki dengan sisihan piawai 7.597 dan min tertinggi yang dicapai pula ialah 68.30 iaitu oleh responden perempuan dengan sisihan piawai 9.286. Jadual juga menunjukkan bahawa responden perempuan paling tinggi dapat mengecam kata pinjaman Arab dari segi serupa dan hampir serupa berbanding responden lelaki.

c) Perbezaan Pengecaman Kata Pinjaman Arab Melalui Bahasa Melayu Dan Bahasa Arab Dari Segi Jantina

Jadual 4.15: Perbezaan Pengecaman Kata Pinjaman Arab Melalui Bahasa Melayu Dan Bahasa Arab Dari Segi Jantina

Jantina N

Bahasa Melayu Bahasa Arab

Min Sisihan Piawai Min Sisihan Piawai Lelaki 47 89.03 5.042 84.64 4.479 Perempuan 103 89.81 5.191 86.07 4.065

JUMLAH 150 89.56 5.140 85.62 4.236

Jadual 4.15 di atas menunjukkan min terendah yang dicapai dalam mengecam kata pinjaman Arab melalui bahasa Melayu ialah 89.03 iaitu oleh responden lelaki dengan sisihan piawai 5.042 dan min tertinggi yang dicapai pula ialah 89.81 iaitu oleh responden perempuan dengan sisihan piawai 5.191. Sementara min terendah yang dicapai dalam mengecam kata pinjaman Arab melalui bahasa Arab pula ialah 84.64 iaitu oleh responden lelaki dengan sisihan piawai 4.479 dan min tertinggi yang dicapai pula ialah 86.07 iaitu oleh responden perempuan dengan sisihan piawai 4.065. Jadual juga menunjukkan bahawa responden perempuan lebih tinggi dapat mengecam kata pinjaman Arab melalui bahasa Melayu dan bahasa Arab berbanding responden lelaki, namun perbezaan pengecaman antara kedua-dua jantina tidaklah begitu banyak.

4.2.3 Perbezaan Tahap PSA Pelajar Tentang Kata Pinjaman Arab Dari Segi Pengalaman Belajar Bahasa Arab

a) Perbezaan Skor PSA Pelajar Tentang Kata Pinjaman Arab Dari Segi Pengalaman Belajar Bahasa Arab

Jadual 4.16: Perbezaan Skor PSA Pelajar Tentang Kata Pinjaman Arab Dari Segi Pengalaman Belajar Bahasa Arab

Pengalaman Belajar Bahasa Arab N Skor/100 Min Sisihan Piawai Terendah Tertinggi Pra-sekolah/ Tadika 44 80 97 88.33 3.584 Sekolah Rendah 81 77 94 87.09 3.926 Sekolah Menengah 25 81 93 87.49 3.248 JUMLAH 150 77 97 87.52 3.739

Jadual 4.16 di atas menunjukkan skor terendah yang dicapai dalam instrumen ujian dari segi pengalaman belajar bahasa Arab ialah 77% iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab di sekolah rendah dan skor tertinggi yang dicapai ialah 97% iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab seawal pra-sekolah/tadika. Skor min terendah pula adalah 87.09 iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar di sekolah rendah dengan sisihan piawai 3.926, sementara skor min tertinggi dicapai oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar di pra-sekolah/tadika iaitu 88.33 dengan sisihan piawai 3.584. Ini bermakna responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab seawal pra-sekolah/tadika mencapai tahap pengetahuan sedia tentang kata pinjaman Arab yang lebih tinggi berbanding responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab bermula di sekolah rendah atau bermula di sekolah menengah.

b) Perbezaan Pengecaman Kata Pinjaman Arab Melalui Kata Pinjaman Serupa Dan Hampir Serupa Dari Segi Pengalaman Belajar Bahasa Arab

Jadual 4.17: Perbezaan Pengecaman Kata Pinjaman Arab Melalui Kata Pinjaman Serupa Dan Hampir Serupa Dari Segi Pengalaman Belajar Bahasa Arab

Pengalaman Belajar Bahasa Arab N Kata Pinjaman Serupa Kata Pinjaman Hampir Serupa Min Sisihan Piawai Min Sisihan Piawai Pra-sekolah/ Tadika 44 91.75 7.391 71.24 7.785 Sekolah Rendah 81 90.25 7.260 66.22 8.838 Sekolah Menengah 25 87.11 8.321 66.48 8.982 JUMLAH 150 90.17 7.584 67.74 8.806

mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab di sekolah menengah dengan sisihan piawai 8.321 dan min tertinggi yang dicapai pula ialah 91.75 iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab seawal pra-sekolah/tadika dengan sisihan piawai 7.391. Sementara min terendah yang dicapai dalam mengecam kata pinjaman Arab melalui kata pinjaman hampir serupa pula ialah 66.22 iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab di sekolah rendah dengan sisihan piawai 8.838 dan min tertinggi yang dicapai pula ialah 71.24 iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab seawal pra-sekolah/tadika dengan sisihan piawai 7.785. Jadual juga menunjukkan bahawa responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab seawal pra-sekolah/tadika paling tinggi dapat mengecam kata pinjaman Arab dari segi serupa dan hampir serupa berbanding responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab bermula di sekolah rendah atau bermula di sekolah menengah.

c) Perbezaan Pengecaman Kata Pinjaman Arab Melalui Bahasa Melayu Dan Bahasa Arab Dari Segi Pengalaman Belajar Bahasa Arab

Jadual 4.18: Perbezaan Pengecaman Kata Pinjaman Arab Melalui Bahasa Melayu Dan Bahasa Arab Dari Segi Pengalaman Belajar Bahasa Arab

Pengalaman Belajar

Bahasa Arab N

Bahasa Melayu Bahasa Arab

Min Sisihan Piawai Min Sisihan Piawai Pra-sekolah/ Tadika 44 91.05 4.105 85.80 4.726 Sekolah Rendah 81 89.18 5.611 85.15 4.070 Sekolah Menengah 25 88.19 4.732 86.84 3.717 JUMLAH 150 89.56 5.140 85.62 4.236

Jadual 4.18 di atas menunjukkan min terendah yang dicapai dalam mengecam kata pinjaman Arab melalui bahasa Melayu ialah 88.19 iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab di sekolah menengah dengan sisihan piawai 4.732 dan min tertinggi yang dicapai pula ialah 91.05 iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab seawal pra-sekolah/tadika dengan sisihan piawai 4.105. Sementara min terendah yang dicapai dalam mengecam kata pinjaman Arab melalui bahasa Arab pula ialah 85.15 iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab di sekolah rendah dengan sisihan piawai 4.070 dan min tertinggi yang dicapai pula ialah 86.84 iaitu oleh responden yang mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab di sekolah menengah dengan sisihan piawai 3.717. Jadual juga menunjukkan bahawa walaupun responden mempunyai pengalaman belajar bahasa Arab yang berbeza-beza, namun tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam mengecam kata pinjaman Arab melalui kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab.

4.3 Pengaruh Faktor Luaran (Kategori Sekolah, Jantina Dan Pengalaman