• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN TENTANG HAK KEKAYAAN INTELEKTUAL FOLKLORE DI INDONESIA

2. Ciri-ciri Folklore

4.2 Perlindungan Kekayaan Tradisional Melalui Hak Cipta

Pada tahun 1987 UUHC Indonesia telah disemak dan skala perlindungannya telah diperluaskan. Tindakan ini difikirkan perlu bagi pihak kerajaan yang merasakan undang-undang yang sedia ada kurang berkesan jika dibandingkan dengan

122 Lihat: Penjelasan Undang-Undang Nomor 19 Tahun 2002

97

perlindungan hak cipta di luar negeri Indonesia. Di antaranya perubahan yang dilakukan ialah terhadap asas yang telah dilaksanakan sebelum ini iaitu tempoh masa perlindungan karya cipta telah dilanjutkan kepada sepanjang hidup pencipta dan 50 tahun setelah pencipta meninggal dunia. Seterusnya pada tahun 1997 UUHC Indonesia telah disemak sekali lagi supaya undang-undang tersebut selari dengan TRIP‟s. Hak yang terbabit dengan Hak Cipta secara khusus diakui dan dilindungi dalam bahagian UU tersebut. Semakan tahun 1997 juga telah menambahkan konsep kebumiputraan dalam definisi karya-karya kreatif berdasarkan Akta 1 Ayat 2. Apa yang menarik di sini adalah langkah-langkah untuk mempertahankan sistem penyenaraian hak cipta secara sukarela.

4.2.1 Undang-Undang Nombor 19 Tahun 2002 Tentang Hak Cipta

Pada tahun 2002, UUHC 1997 dimansuhkan dan digantikan dengan UUHC No. 19 Tahun 2002. Undang-undang yang baru ini mengandungi perkara-perkara tentang perubahan-perubahan hasil penyesuaian TRIP‟s dan juga penyempurnaan beberapa hal yang perlu untuk memberi perlindungan bagi karya- karya intelektual di bidang hak cipta. Ia termasuk juga usaha untuk memajukan perkembangan karya intelektual yang berasal daripada kepelbagaian seni dan budaya tradisional Indonesia.123

Akta 10 Ayat (1) UUHC menetapkan bahawa negara memegang hak cipta folklore yang menjadi milik bersama. Akta ini antara lain menyebut, folkore terdiri dari cerita rakyat, puisi rakyat, lagu rakyat, tarian rakyat,

123 Lihat: penjelasan Undang-Undang Nombor 6 Tahun 1982 tentang Hak Cipta

98

permainan rakyat dan hasil-hasil seni rakyat. Akta 10 Ayat (4) UUHC mengamatkan agar bentuk undang-undang pemerintah untuk mengatur lebih lanjut hak cipta yang dipegang oleh negara. Namun begitu,hingga kini undang-undang pemerintah yang sebagaimana yang dinyatakan di atas sebenarnya belum diwujudkan lagi. Walau bagaimanapun kerajaan ini telah sempat merancang undang-undang tersebut pada tahun 2002124.

Undang-undang negara bertujuan untuk menentukan mekanisme yang diguna untuk pengguanaan kebudayaan tradisional secara komersial bagi orang asing, menentukan begaimana pembahagian keuntungan yang seadil-adilnya serta untuk menentukan pihak atau institusi yang menangani perkara di atas. Akan tetapi hingga kini masih belum ada undang-undang negara yang khusus tentang folklore. Inilah yang menjadi kekurangan dalam peraturan mengenai folklore di Indonesia. Walaupun bersama-sama dengan negara-negara lain yang sama-sama berjuang dalam WIPO bagi mendapatkan hak cipta yang lebih saksama dalam aspek ciptaan yang berbentuk folklore, namun undang-undang mengenai folklore di Indonesia masih wujud dalam bentuk sui generis.

Oleh yang demikian, UUHC tidak berkesan kerana undang-undang ini menetapkan bahawa hak cipta dapat diperolehi secara otomatis ketika suatu karya selesai dibuat atau diwujudkan dalam bentuk material form oleh seorang pencipta sebagai suatu karya cipta yang bersifat bumiputra atau tulen.

124 Edi Sedyawan. (2011). Perlindungan atas Folklore Indonesia. makalah disajikan pada seminar tentang Desain Industri. Jakarta

99

Hal ini menjadi sukar diterapkan pada folklore kerana apa yang seringkali berlaku ialah pencipta folklore tidak dapat dikenali atau tidak boleh dikesan.

4.2.2 Sifat Asas Hak Cipta Di Indonesia

Undang-undang Hak Cipta bertujuan melindungi ciptaan-ciptaan para pencipta. Pada asasnya, Hak Cipta adalah sejenis pemilikan persendirian atas suatu ciptaan yang berupa perwujudan daripada suatu idea pencipta.

Seorang pemegang hak cipta iaitu pengarang itu sendiri, memiliki suatu kekayaan intelektual yang bersifat persendirian dan memberikan kepadanya sebagai pencipta untuk mengembangkan hak-hak ekonomi daripada suatu ciptaan yang tergolong dalam bidang seni, sastera dan ilmu pengetahuan.

Dalam Akta 1 Ayat 1 UUHC No. 19 Tahun 2002 memuat definisi Hak Cipta. Akta 1 Ayat 2 UUHC mendefinisikan pencipta atau pengarang. Akta 1 ayat 3 mendefinisikan ciptaan sebagai karya cipta si pencipta.

4.2.3 Perjanjian-Perjanjian Antarabangsa Yang Terbabit Dengan Perlindungan Hak Cipta

Di antara perjanjian antarabangsa atau traktat yang terbabit dengan perlindungan hak cipta adalah:

1. Konvensyen Bern yang bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap karya sastera dan seni. Konvensyen ini disertai oleh 133 negara.

100

2. Perjanjian umum yang membincangkan tentang tarif dan perniagaan yang mencakupi perjanjian antarabangsa mengenai aspek-aspek yang dibabitkan dengan perniagaan daripada HKI. Ia dihadiri oleh 132 negara.

3. Konvensyen Hak Cipta sejagat yang disertai oleh 95 buah negara yang menjadi peserta konvensyen ini.

4. Konvensyen antarabangsa yang bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap para pelaku, produser rakaman suara dan perbadanan penyiaran. Peserta konvensyen ini disertai oleh 57 buah negara.

5. Traktat HAK Cipta WIPO telah diratifikasi Indonesia dengan keputusan Presiden No.19 Tahun 1997.

6. Traktat Pertunjukan dan Rakaman suara WIPO telah diratifikasi Indonesia dengan keppres No. 74 Tahun 2004.

4.2.4 Hak Terbabit Dengan Hak Cipta

Hak untuk terbabit dengan hak cipta merupakan hak eksklusif bagi pelaku yang terdiri daripada seniman filem atau televisyen, pemuzik, penari, pelawak dan sebagainya untuk menyiarkan pertunjukannya. Pelanggaran hak cipta terbabit hanya akan berlaku sekiranya benda berwujud daripada hak terbabit yang ada hak ciptanya diperbanyakkan atau digandakan secara langsung dalam bentuk yang sama dengan benda berwujud yang merupakan ciptaan bumiputra tanpa permit daripada pemegang hak cipta.

101

Di Indonesia tidak ada peraturan yang mewajibkan penyenaraian ciptaan untuk mendapatkan hak cipta. Bagi pencipta mahupun pemegang hak cipta yang mendaftarkan ciptanya, dapat menjadikan surat penyenaraian ciptaannya sebagai alat bukti awal mahkamah bila di kemudian hari timbul konflik mengenai ciptaan tersebut berdasarkan Akta 5 Ayat 1. Simbol Hak Cipta - c - boleh digunakan untuk mengindentifikasikan pemegang hak cipta dan mengingatkan masyarakat bahawa karya tersebut mendapat perlindungan hak cipta. Pada asasnya, keuntungan yang diperolehi daripada penyenaraian dimaksudkan untuk membantu membuktikan kepemilikannya.

4.2.5 Pelanggaran Hak Cipta

Hak cipta dilanggar jika materi hak cipta tersebut digunakan tanpa permit daripada penciptanya yang mempunyai hak eksklusif atas ciptaannya. Namun, pencipta atau pemegang hak cipta harus membuktikan bahawa karyanya telah disalin atau karya lain tersebut berasal daripada karyanya. Hak cipta juga dilanggar jika seluruh atau sebahagian substansial daripada suatu ciptaan yang dilindungi hak cipta telah diperbanyakkan.

Pelanggaran sebegini dapat dikenakan denda atau hukuman jenayah atau pidana secara khas yang ditentukan oleh UUHC.

102