• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN KES PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG TERHADAP GAMBANG SEMARANG DAN BATIK PEKALONGAN

1. Karakteristik Batik Pekalongan

6.2.2 Perlindungan Undang-Undang Hak Cipta Pada Batik Pekalongan

Seni batik Indonesia mulai mendapat perlindungan sejak UUHC 1987 hingga UUHC 2002. Namun demikian, dalam seluruh ketentuan UUHC tersebut tidak ada yang menyebutkan secara eksplisit perlindungan bagi seni batik Indonesia. UUHC 1987 dan UUHC 1997 hanya memberikan perlindungan bagi seni batik yang bukan tradisional dengan pertimbangan bahawa seni batik tradisional Indonesia, seperti Parang Kusuma, Sekar Jagad dan sebagainya telah menjadi milik

149 Kusnin Asa, Arkeolog, budayawan, dan peneliti dari Yayasan Suaka Budaya Indonesia, dikutip dalam artikel Trias Purwadi dan Muhammad Burhan, Motif dan Coraknya lebih Dinamis, Harian Suara Merdeka, 1996

150 Ibid.

151 Trias Purwadi dan Muhammad Burhan, Motif dan Coraknya lebih Dinamis, Harian Suara Merdeka, 1996

183

bersama (public domain) sehingga seluruh masyarakat Indonesia mempunyai hak yang sama dalam memanfaatkannya.

Penetapan perlindungan terhadap seni batik tradisional yang baru terdapat dalam Undang-undang Hak Cipta 2002. Meskipun tidak disebutkan secara tegas, namun perlindungan diberikan terhadap seni batik yang dibuat secara tradisional. Tidak ada ketentuan bahawa seni batik itu harus tradisional dan bukan tradisional. Unsur yang lebih ditekankan dalam Undang- Undang Hak Cipta 2002 adalah pembuatan seni batik secara tradisional. Dalam pada itu juga, batik tradisional Indonesia baru turut mendapat perlindungan berasaskan Undang-Undang Hak Cipta 2002.

Pada asasnya, sekalipun seni batik di Indonesia telah mendapat perlindungan sejak mulai Undang-Undang Hak Cipta 1987, namun hal ini tidak bererti bahawa para pencipta seni batik telah memanfaatkan Undang-Undang Hak Cipta dalam usaha mendapatkan perlindungan bagi hasil karya cipta batiknya. Masih banyak pencipta seni batik yang tidak mengetahui Undang-Undang Hak Cipta khasnya pengusaha batik di peringkat menengah hingga ke bawah. Kalaupun ada pengusaha batik yang mengetahui Undang-Undang Hak Cipta namun mereka tidak terlalu menganggap penting undang-undang tersebut.

Sebahagian besar dan hampir seluruhnya daripada perusahaan batik tidak memanfaatkan Undang-Undang Hak Cipta untuk memberikan perlindungan bagi hasil karya cipta batiknya. Kalaupun ada ialah mereka yang mendaftarkan hak cipta. Motif yang didaftarkan merupakan motif

184

yang bersifat jangka panjang dan motif yang merupakan pesanan dalam jumlah besar dan berjangka panjang. Banyak masalah yang menyebabkan pencipta seni batik tidak memanfaatkan Undang-Undang Hak Cipta di antara alasannya ialah kerana kos yang mahal untuk membiayai penyenaraian, prosedurnya berbelit-belit, memerlukan masa yang lama, tidak jelas tentang hak dan kewajipan para pemegang hak cipta seni batik serta tidak ada jaminan bahawa karya seni batik yang telah didaftarkan tersebut tidak ditiru oleh pihak lain.

Faktor lain yang menjadikan Undang-Undang Hak Cipta tidak dianggap sebagai sesuatu yang penting dan berguna bagi para pencipta seni batik disebabkan berlaku di kalangan pembatik (khasnya di kalangan pembatik pada peringkat menengah ke bawah) perbuatan saling meniru atau menciplak motif di antara sesama pengusaha batik.

Faktor budaya juga turut mendukung sebab musabab tersebut.

Undang-Undang Hak Cipta belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat disebabkan sikap toleransi dan gotong royong yang terdapat pada masyarakat tersebut sehingga apabila suatu motif yang telah dibuat kemudian ditiru atau diciplak oleh pihak lain, maka pencipta motif tersebut merasa gembira dan selesa kerana dapat membantu orang lain.

Malahan bagi pengusaha batik , mereka tidak mempersoalkan isu penyenaraian hak cipta ataupun berusaha untuk melakukan tindakan sehubungan dengan penciplakan dan peniruan motif batik di antara

185

mereka. Justru yang penting bagi mereka adalah bagaimana caranya agar produk batik yang dicipta lebih laku di pasaran. Kes peniruan atau penciplakan motif yang berlaku di kalangan pembatik dianggap sebagai sesuatu yang dibolehkan dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Malah apabila seorang pencipta motif batik mendaftarkan hasil karya seni batiknya maka ia akan dianggap egois dan melakukan monopoli, sehingga mereka yang berkenaan akan diketepikan dan dipinggirkan dalam kalangan sesama pengusaha batik. 152

Undang-Undang Hak CiptaTtahun 2002 telah menetapkan penyenaraian karya cipta yang dilindungi dalam bidang ilmu pengetahuan, seni dan sastera. Selain dari itu juga, termasuk di dalam skop yang dilindungi oleh penyenaraian ini adalah karya cipta seni batik. Untuk itu, penyenaraian karya seni batik akan memiliki hak dan kewajipan yang sama dengan penyenaraian karya cipta lainnya. Namun begitu pada hakikatnya tidak banyak perusahaan batik yang melakukan penyenaraian karya seni batik ke Ditjen HKI. Dalam pada itu, ramai di antara mereka yang lebih memilih untuk mendaftarkan karya seni batik mereka. Menurut mereka, perlindungan terhadap karya seni batik lebih kuat daripada melalui hak cipta. Hanya beberapa pengusaha/pengrajin batik Pekalongan yang mendaftarkan mereka ke Ditjen HKI.

152 Afrillyanna Purba, dkk. (2005). TRIP‟s-WTO & Hukum HKI Indonesia : Kajian Perlindungan Hak Cipta Seni Batik Tradisional Indonesia. Jakarta. PT. Rineka Cipta. M.s, 85-87

186

Pada kebanyakan para pengusaha batik berpendapat bahawa penyenaraian karya seni batik bukan merupakan hal yang mendesak.

Umumnya mereka mempersoalkan mahalnya biaya penyenaraian, masa yang lama dan proses yang berbelit-belit. Selain itu penyenaraian yang dilakukan tetap tidak mampu mencegah berlakunya praktik peniruan atau penciplakan terhadap karya seni batik yang telah disenarai. Malah bagi mereka, usaha pelarangan akan mengalami kesukaran apabila peniruan atau penciplakan motif batik yang telah disenaraikan itu dilakukan oleh pengusaha batik yang tergolong kecil. Dengan demikian perusahan batik di Pekalongan membiarkan saja apabila motifnya ditiru atau diciplak oleh pihak lain selagi pelakunya adalah warga negara Indonesia.

Perlu diperhatikan, bahawa selama motif itu adalah motif-motif tradisional maka motif-motif tersebut tidak dapat didaftarkan untuk mendapatkan perlindungan hak cipta kerana motif-motif tersebut merupakan budaya tradisional bangsa Indonesia. Oleh kerana itu, motif-motif tradisional tersebut menjadi milik bersama seluruh masyarakat Indonesia.153

Sementara itu bagi pengusaha batik yang tergolong UKM, masih jarang yang mendaftarkan karya seni batiknya. Alasannya adalah kerana motivasi untuk mendaftarkan hak cipta masih rendah. Hal ini dikeranakan para UKM hanya menganggap penting apabila produknya terjual(lebih kepada kepentingan aspek ekonomi) dan belum memikirkan pentingnya

153 Afrillyanna Purba, dkk. (2005). TRIP‟s-WTO & Hukum HKI Indonesia : Kajian Perlindungan Hak Cipta Seni Batik Tradisional Indonesia. Jakarta. PT. Rineka Cipta. M.s, 65-66

187

kegunaan hak cipta bagi produk yang telah dihasilkan. Khas untuk pengusaha batik terdapat anggapan bahawa motif batik telah ada dan berkembang sejak dulu sehingga sebahagian besar sudah merupakan motif baku. Motif-motif yang ada dan berkembang sekarang merupakan hasil modifikasi sesuai dengan perkembangan zaman dan selera masyarakat.

Apabila ada pihak yang membuat motif baru atau melakukan modifikasi atau pengubahsuaian motif yang kemudian ditiru oleh pihak lain maka hal itu tidak menjadi masalah dan tidak dianggap sebagai suatu pelanggaran terhadap etika penciptaan.

Faktor penyebab yang lain ialah para UKM tidak memiliki wawasan mengenai HKI. Kalaupun ada yang memiliki pengetahuan hak cipta, namun mereka tidak begitu tertarik untuk menyenaraikannya kerana sebab antara lain manfaat nyatanya tidak begitu dapat dirasakan kerana tetap ada peniruan atau penciplakan, biaya penyenaraian mahal, masa pengurusannya lama dan prosesnya berbelit-belit kerana pemikiran UKM masih tradisional sehingga ada anggapan bahawa dengan melakukan penyenaraian hak cipta maka pihak yang mendaftarkan akan diaggap melakukan monopoli dan yang berkenaan akan ditekan dan dikucilkan oleh sesama UKM lainnya. Akhirnya kebolehan meniru motif dianatara sesama UKM telah menjadi suatu kebolehaaan bahkan sulit untuk dihilangkan.154

154 Ibid. M.s, 67-68

188

Kurangnya kesedaran mengenai undang-undang dalam kalangan pencipta untuk mendaftarkan ciptaan seni batik mereka dapat dikaitkan dengan faktor tidak adanya peraturan yang mewajibkan mereka untuk melakukan penyenaraian. Sistem penyenaraian yang berlaku pada Undang-Undang Hak Cipta 2002 Indonesia iaitu sistem deklaratif atau pengisytiharan. Ia sebagaimana yang terkandung dalam undang-undang tersebut yang menyatakan suatu ciptaan yang diwujudkan daripada suatu idea akan secara otomatis dilindungi pada masa suatu ciptaan diumumkan atau diperbanyak pertama kali oleh pencipta atau pemegang hak cipta. Pencipta tidak berkewajipan mendaftarkan ciptaan seni batiknya untuk mendapatkan hak cipta ata karya seni batiknya.

Penyenaraian bukan merupakan suatu kemestian dan timbulnya perlindungan suatu karya seni batik itu ada atau wujud dan bukan kerana penyenaraian.

Penyenaraian hanya berfungsi sebagai alat bukti yang sah jika di kemudian hari kelak berlaku pelanggaran atas karya seni batik yang dipegang oleh pencipta atau pemegang hak cipta. Diketahui pula bahawa kesedaran pengusaha batik untuk mendaftarkan karya seni batiknya melalui hak cipta masih rendah sekali sehingga timbul kesukaran untuk melakukan penyelesaian terhadap sesuatu pertikaian kes peniruan atau penciplakkan motif batik.

Pentingnya perlindungan bagi pencipta seni batik kerana terbabit dengan hak ekonomi dan hak moral daripada pencipta yang berkenaan.

189

Karya cipta yang tidak didaftarkan hanya memiiliki perlindungan bagi pencipta yang berkenaan sehingga apabila kaya ciptanya ditiru ataum diciplak oleh pihak lain sehingga sukar untuk membuktikan pemiliknya.

Oleh kerana itu, agar mempunyai faedah perundangan kepada pihak lain maka karya cipta seni batik yang telah dihasilkan perlu didaftarkan agar perlindungan undang-undangnya dapat lebih mudah dilaksanakan.155

Menurut Slamet dan Wahyu, bahawa pelaksanaan UUHC sangat memberikan perlindungan bagi UKM melalui penyenaraian motif asas yang telah melekat dalam budaya bangsa agar tidak diambil atau diakui oleh bangsa lain. Namun untuk karya individual temporer kebanyakan tidak didaftarkan hak ciptanya kerana berkembang budaya bahawa bila dikerjakan oleh orang lain maka si pencipta mendapat pahala dan juga motifnya sangat banyak sehingga daya tuntutannya lemah kerana si peniru perlu memodifikasi salah satu guratan gambar yang secara undang-undang dibenarkan sebagai perbuatan tidak meniru.

Dalam proses batik tulis yang masih tradisional sangat sulit mencari hasil yang sama persis kerana guratan tangan garis dan tetesan titik malam yang tidak disengaja sangat mempengaruhi hasil akhir sehingga tidak akan selalu sama motifnya, selalu ada perbezaan walau hanya setitik. Kondisi ini membuat para pengusaha atau pengrajin tidak mau mendaftarkan hasil ciptaannya terbabit dengan motif. Penerapan undang-undang terbabit dengan penegakannya masih lemah bila dibandingkan sebagaimana pada

155 Afrillyanna Purba, dkk. (2005). TRIP‟s-WTO & Hukum HKI Indonesia : Kajian Perlindungan Hak Cipta Seni Batik Tradisional Indonesia. Jakarta. PT. Rineka Cipta. M.s, 72