Dengan kajian takhrῑj, kita dapat mengetahui sama ada seseorang perawi meriwayatkan ḥadῑth itu secara berseorangan atau ada perawi lain yang turut
HAMKA DAN TAFSIR AL-AZHAR
3.2 Tafsir Al-Azhar
3.2.2 Rujukan Hamka dalam tafsirnya
Dalam bibliografi Tafsir Al-Azhar, Hamka ada menyatakan kitab-kitab yang menjadi sumber rujukan beliau dalam Tafsir Al-Azhar seperti berikut :
1. Ibn Jarir al-Tabari : Tafsir al-Tabari
2. Fakhr al-Dῑn al-Razi : Tafsir al-Razi
3. Ibn Kathir : Tafsir Ruh al-Ma’ani38
4. Tafsir Jalālain39
5. Lubab al-Ta’wil fi Ma‘ani al-Tanzil40
6. Al-Khazin : Tafsir al-Nasafi – Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Ta’wil
7. al-Syaukani : Fath al-Qadir, Nail al-Autar, Irsyad al-Fuhul
8. Al-Baghawi : Tafsir al-Baghawi
9. Al-Alusi : Tafsir Ruh al-Bayan
10. Sayid Rasyid Rida : Tafsir al-Manār
11. Syeikh Tantawi al-Jauhari : Tafsir al-Jawahir
37 Hamka, Tafsir Al-Azhar, jilid 1, hlm. 39-45
38 Sebenarnya Kitab Tafsir yang dimaksudkan ialah Tafsir al-Quran al-‘Azim, dan bukan Tafsir Ruh al-Ma’ani.
39 Hamka tidak menyatakan nama pengarangnya. Pengarang bagi Tafsir al-Jalalain ialah Jalal al-Din al-Mahalli dan Jalal al-Din al-Suyuti.
40 Hamka tidak menyatakan nama pengarangnya. Pengarang bagi tafsir ini ialah al-Khazin.
65 12. Sayyid Qutb : Fi Zilal a-Quran
13. Jamal al-Din al-Qasimi : Mahasin al-Takwil
14. Syeikh Mustafa al-Maraghi : Tafsir al-Maraghi
15. Muhammad Farid Wajdi : Al-Mushaf al-Mufassar
16. A. Hassan :Tafsir al-Furqan
17. H. Zainuddin Hamidi, Fakhruddin HS : Tafsir al-Quran
18. Mahmud Yunus : Tafsir al-Quran al-Karim
19. M. Hasbi al-Shiddiqiey : Tafsir al-Nur
20. H.M Kasim Bakri, Muhammad Nur Idris, A.M Majoindo : Tafsir al-Quran al-Karim
21. Departemen Agama R.I : Al-Quran Dan Terjemahannya.
22. Syeikh Abdul Halim Hassan, Haji Zainal Ariffin Abbas, Abdurrahim al-Haitami : Tafsir al-Quran al-Karim
23. Hilmi Zadah Faidhullah al-Hasani : Fath al-Rahman Litalibi Ayat al-Quran
24. Ibn Hajar al-Asqalani : Fath al-Bari fi Syarh Ṣaḥῑḥ al-Bukhārῑ
25. Sunan Abū Dawud41
26. Sunan al-Tirmidhi42
27. Al-Hafiz al-Mundhiri : Al-Targhib wa al-Tarhib
28. Imam al-Nawawi : Riyad al-Solehin, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab
29. Imam Malik : Al-Muwatto’.
41 Hamka tidak menyatakan nama pengarang. Pengarang Sunan Abi Dawud ialah Abu Dawud al-Sijistani.
42 Hamka tidak menyatakan nama pengarang. Pengarang Sunan Tirmidhi ialah Abu „Isa al-Tirmidhi.
66 30. Imam al-Syafie : Al-Umm, al-Risalah.
31. Al-Fairuz Abadi : Al-Muhazzab.
32. Panitia al-Azhar : Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arbaah.
33. Syeikh Mahmud Syaltut : Al-Fatawa, Al-Islam Aqidah wa Syariah.
34. Al-Amir Asnani : Subul al-Salam fi Syarh Bulugh al-Maram.
35. Ibn al-Qayyim : I’lam al-Muwaqqi’in, Madarij al-Salikin, Zad al-Ma’ad.
36. Ibn Taimiyah : Al-Tawassul wa wasilah.
37. Hasan Sadiq Bahadur Khan : Al-Raudat al-Nadiah.
38. Waliyullah al-Dehlawi : Al-Hujjat al-Balighah.
39. Ibn al-Haji : al-Madkhal.
40. Imam al-Ghazali : Ihya’ Ulum al-Dῑn , Al-Arbain fi Usul al-Dῑn.
41. Abū Talib al-Makki : Qut al-Qulu.
42. „Abd al-Karim al-Jili : Al-Insan al-Kamil.
43. Ibn al-ArAbῑ : Futuhat al-Makiyyah.
44. Ibn Hisyam : Al-Sirah.
45. Al-Qadi „Iyad : Al-Syifaa’.
Dan berpuluh-puluh lagi kitab-kitab karangan sarjana-sarjana moden dan karangan-karangan orientalis Barat.43
43 Lihat catatan Hamka di bahagian bibiliografi Tafsir al-Azhar terbitan Pustaka Panjimas. Walaupun Hamka menyatakan bahawa beliau banyak merujuk kitab-kitab karangan sarjana moden dan orientalis, namun beliau tidak menyenaraikan nama-nama kitab yang dijadikan rujukan olehnya. Ini menunjukkan bahawa masih banyak rujukan Hamka yang tidak dinyatakan secara khusus, sebaliknya disebut secara umum saja. Lihat : Hamka, Tafsir Al-Azhar, Bibliografi Juzuk 4-5-6.
67
Daripada senarai rujukan yang dinyatakan, rujukan utama Hamka ketika menulis Tafsir Al-Azhar ialah empat buah kitab tafsir iaitu :
a. Tafsir al-Manār oleh Rasyid Ridha.
b. Tafsir Mahasin al-Takwil oleh Jamal al-Dῑn al-Qasimi.
c. Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Syed Qutb.
4. Tafsir Ibn Kathir oleh Ibn Kathir.44
Ini berdasarkan kata-kata Hamka sendiri :
“ Tafsir yang menarik hati penafsir ini buat dijadikan contoh ialah Tafsir al-Manar karangan Syaid Rasyid Rida, berdasar kepada ajaran gurunya Syeikh Muhammad Abduh.” 45
Hamka juga menyebut :
“ Sesudah Tafsir al-Manar yang terkenal itu, telah terdapat pula beberapa tafsir lain, misalnya Tafsir al-Maraghi, Tafsir al-Qasimi, dan tafsir yang ditulis oleh seorang wartawan yang penuh semangat Islam, iaitu Syed Qutb.
Tafsirnya bernama Di Bwah Lindungan al-Quran. Tafsir ini, yang tamat ditafsirkan ketiga puluh juznya, saya pandang adalah salah satu tafsir yang sangat munasabah buat zaman ini. Meskipun dalam hal riwayat, dia belum dapat mengatasi al-Manar, namun dalam dirayah dia teleh mencocoki fikiran setelah Perang Dunia ke-II, yang kita namai zaman atom. Maka tafsir karangan Sayyid Qutb inipun sangat banyak mempengaruhi saya dalam tafsir ini. ”46
44 Hamka, Tafsir Al-Azhar, Juzuk 1, hlm. 86
45 hlm. 37.
46 hlm. 37-38.
68
Daripada senarai rujukan yang dinyatakan, hanya terdapat 3 buah sumber asal hadith yang disenaraikan iaitu Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhi, dan al-Muwatto’
Malik. Pada masa yang sama, Tafsir al-Azhar dipenuhi dengan banyak nukilan- nukilan riwayat hadith dari pelbagai kitab. Ini menunjukkan bahawa beliau mengambil riwayat tersebut dari kitab-kitab lain dan bukan dari kitab-kitab hadith yang asal.
Berkenaan dengan rujukan dalam Tafsir al-Azhar ini, anak muridnya sendiri iaitu Memed Sururi47, pernah memberi kritikan membina terhadap beliau. Kritikan Memed Sururi ialah Tafsir al-Azhar tidak memuatkan literatur yang sepatutnya bagi sebuah karya ilmiah.
Kritikan ini kemudian diterima oleh Hamka dan kemudian beliau melengkapi Tafsir al-Azhar dengan literatur.48Ini menunjukkan bahawa versi-versi awal Tafsir Al-Azhar tidak memuatkan rujukan yang dinyatakan oleh Hamka ketika menulis Tafsir Al-Azhar.