TAMADUN ISLAM
SIFAT-SIFAT TERSENDIRI DAN UNIK TAMADUN ISLAM:
2.4 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA
Keagungan sains dan teknologi hasil daripada semangat penyelidikan yang dicetuskan oleh Islam. Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus (Sepanyol). Didorong oleh semangat cintakan ilmu orang-orang Islam menjadi pemimpin dan guru dalam kegiatan keilmuan di institusi pendidikan di Andalus pada masa itu.
2.4.1 Faktor-Faktor Kecemerlangan
Tradisi mengkaji dengan bebas di samping menghargai fikiran manusia merupakan kejayaan di dalam kehidupan intelektual Muslim. Ini selaras dengan ayat al-Quran pertama yang diturunkan lepada nabi Muhammad s.a.w dengan seruan bacalah dan perkataan al-Qalam (pena) membuktikan bahawa Islam menganjurkan umatnya agar menuntut ilmu. Ia juga menunjukkan bahawa tingginya nilai ilmu serta kedudukannya dari perspektif Islam.
Selain itu terdapat beberapa faktor lain yang mendorong lepada kecemerlangan Tamadun Islam sehingga dapat memberi sumbangan yang besar kepada kebangkitan Tamadun Islam sehingga dapat menerajui tamadun dunia di abad-abad pertengahan.
i. Gesaan al-Quran dan al-Sunnah
Ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang tertanam kukuh di jiwa umat Islam ketika itu menjadikan mereka orang-orang yang cintakan ilmu dan berusaha mengembangkannya kepada penduduk Andalus. Dengan kerjasama dari pemerintah telah membina sekolah dan bandar. Kanak-kanak dari keluarga miskin diberikan pendidikan secara percuma. Ini membangkitkan kesedaran yang tinggi mengenai pentingnya ilmu pengetahuan kepada masyarakat Andalus yang selama ini diabaikan dari aspek pendidikan.
Umat Islam telah mengembangkan ilmu tradisi seperti tafsir, hadis, fekah, ilmu-ilmu moden yang mencakupi matematik, astronomi, geografi dan lain-lain. Sejarah telah mencatatkan bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam, hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf.
ii. Galakan Pemerintah
Sepanjang pemerintahan Islam di Andalus (711 – 1492M) fenomena naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan intelektual menjadi sebahagian daripada pencapaian Umat Islam di Eropah. Ilmu dan intelektual tidak berkembang tanpa dorongan pemerintah Islam ketika itu.
Bermula daripada 711M sehingga zaman kemuncak, iaitu 756 – 1031M setiap lapisan masyarakat diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang itensif dan komprehensif dalam semua bidang. Buku-buku dan guru-guru serta sarjana islam telah dibawa masuk ke Andalus dan di masa yang sama pemerintah telah menaja pelajar-pelajar untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh membina masyarakat. Di antara khalifah yang sangat berdedikasi dalam bidang keilmuan ialah Abdul Rahman al-Ausat. Baginda telah melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan-kegiatan keilmuan. Baginda telah membina universiti dan menaungi ulamak dengan ganjaran yang sewajarnya dengan elaun-elaun yang tertentu.
Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif dengan mendirikan perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan serta mengumpulnya dengan tujuan mempercepatkan lagi usaha pendemokrasian ilmu di kalangan masyarakat. Beliau turut mengundang para cendikiawan dari setiap pelusuk negara seperti Baghdad, Damsyik dan Iskandariah. Masjid dan istana turut dijadikan tempat menyebarkan ilmu. Hampir
seluruh Andalus mempunyai pusat pengajian dan universiti, antaranya di Seville, Granada, Toledo, Valencia dan Cordova yang muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah.
iii. Kesetabilan Andalus
Kestabilan politik, ekonomi dan social di Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Keistimewaan masyarakat Andalus yang bersifat majmuk seperti Islam, Yahudi dan Kristian telah mewujudkan daya saing dan budaza ilmu yang memberangsangkan. Ia juga melahirkan ulama dan ahli fekah dari pelbagai bangsa. Fenomena kepelbagaian bangsa, budaza, tamadun dan keharmonian kaum di antara penduduk Andalus telah memberi dorongan kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di camping memantapkan lagi identiti, komuniti dan intelektual.
Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang kepada wanita untuk menimba ilmu dan terlibat dengan urusan intelektual. Sejarah telah mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita Andalus telah terlibat dalam penulisan mashaf ketika itu.
Selain dari orang Islam, khalifah telah memberi pengiktiran kepada cendikiawan bukan Islam, antaranya ialah Moses bin Maimon dan Salomón ben Gabirol dari bangsa Yahudi. Kedua-dua mereka terdiri dari ahli falsafah dan banyak mencurahkan tenaga dalam aktiviti penterjemahan.
Kestabilan yang ada di Andalus telah menjadi faktor kecemerlangan kepada Tamadun Islam di Andalus yang akhirnya menjadi sumber kekuatan kepada tamadun dunia secara keseluruhannya.
iv Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan
Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah kerjasama dan usaha tanpa mengenal jemu oleh para ulama dan cendikiawan. Semasa pembukaan Andalus, para cendikiawan dan ulama telah bersama-sama ke Andalus sebagai tentera. Mereka datang ke Andalus bersama ilmu dan pengetahuan yang disebarkan kepada penduduk Andalus dengan meyebarkan akidah Islam dan menyelesaikan permasalahan mengenai syariah dan fekah. Ibn Hazm (994 – 1064M) umpamanya merupakan ilmuan Muslim yang agung di Andalus. Beliau seorang ahli fikir sasterawan dan hakim, mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Begitu juga dengan Ibn Firnas Yahya dan Yahya al-Ghazal.
Kepesatan kegiatan intelektual ini disebabkan para ulama dan ilmuan Islam yang menghadapi cabaran ilmiah daripada pemeluk Islam yang baru. Hujjah-hujjah falsafah dan ilmu lojik mereka yang kukuh terpaksa ditanggani dengan hujjah-hujjah yang lebih mantap. Justeru itu para cendikiawan dan ilmuan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kaedah falsafah serta perbahasan yang lebih dinamik dan mampan. Jelasnya gandingan mantap antara ulama Islam telah menjadi faktor kepada kecemerlangan ketamadunan di Eropah.
2.4.2 Pengaliran Ilmu Islam ke Eropah
Dalam menganalisa pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah, para sejarawan sepakat mengatakan terdapat beberapa faktor pendorong seperti peranan orang-orang Mozarrab, perdagangan, hubungan diplomatik, aktiviti penterjemahan, pembukaan Pulau Sicily dan pembukaan Andalus.
i. Peranan Orang-Orang Mozarrab
Mozarrab adalah panggilan kepada masyarakat Kristian, ia diambil dari bahasa Arab, ‘Musta’ribun’ (Orang-orang yang diarabkan), iaitu orang-orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan Islam. Mereka turut belajar bahasa Arab di samping bahasa Latin dan Romawi. Orang-orang Muzarrab memainkan peranan yang penting dalam penyebaran ilmu Islam ke Eropah. Dengan mempelajari bahasa Arab, mereka berpeluang membaca karya-karya dan hasil penulisan orang-orang Islam. Mereka juga membelanjakan wang yang banyak untuk mendirikan perpustakaan bagi menempatkan koleksi-koleksi bahasa Arab.
ii. Hubungan Diplomatik
Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dan Andalus lantaran sikap mereka yang berhasrat memajukan Eropah setanding dengan Andalus, antaranya England, Perancis, Jerman dan Belanda. Mereka telah menghantar delegasi yang terdiri dari relajar-pelajar ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian, pertukangan dan lain-lain. Mereka juga telah menghantar pembesar dan putera raja mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus bagi mendalami dan mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam.
Ketika itu Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman sebagai universiti yang terkemuka ketika itu. Ia menampung bukan sahaja pelajar-pelajar Islam, malah pelajarnya juga terdiri dari orang-orang Kristian dan Yahudi dari seluruh dunia termasuk dari Eropah, Afrika dan Asia.
iii. Aktiviti Penterjemahan
Seiringan dengan kemasukan pelajar-pelajar dari seluruh dunia, aktiviti penterjemahan semakin giat dilakukan. Antara pusat penterjemahan yang masyhur ketika itu ialahToledo yang telah berjaya melahirkan cendikiawan yang pakar dalam pelbagai bidang.
Buku-buku yang sering diterjemahkan meliputi bidang matematik, astronomi, mantik, perubatan, kimia dan botani. Penterjemahan berlaku dari bahasa Arab ke Bahasa Latin dan sebaliknya. Dengan aktiviti penterjemahan ini, berlaku pemindahan ilmu secara aktif dan meluas.
iv. Pembukaan Sicily
Setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama 800 tahun, Sicily berperanan secara langsung dalam pemindahan ilmu ke Eropah. Kedudukannya yang strategik, ditengah-tengah perjalanan antara Eropah dan Afrika, mendorong ia menjadi pusat intelectual yang penting ketika itu.
Antara faktor yang mempercepatkan proses pemindahan ilmu ini ialah guru-guru yang mengajar di sekolah dan masjid dikecualikan dari berkhidmat di bidang ketenteraan. Ini membolehkan mereka memberi tumpuan kepada bidang-bidang pengajaran. Peranan pemerintah yang turut mencintai ilmu dan berusaha memperkembangnya turut menpengaruhi situasi ini.
Abad ke 10 dan 11 M, Qairawan telah muncul sebagai pusat kegiatan keilmuan di Afrika Utara. Hasilnya ramai cendikiawan dan Ulama Islam telah muncul di Sicily antaranya ialah Hamzah al-Basri, seorang ahli filologi dan sasterawan dan Muhammad bin Khurasan, seorang yang mahir dalam bidang qira’at. Tokoh-tokoh lain ialah Abdul Haq bin Muhammad dan Ibnu Zaraf yang pakar dalam bidang llmu Kalam, Asad bin al-Furut dalam bidang ilmu fekah.
2.4.3 Kegiatan-kegiatan Keilmuan dan Intelektual
Bidang intelektual telah mendapat peruntukan yang paling besar dari pemerintah Andalus. Sekolah dan universiti dibina di seluruh pelusuk negara. Situasi ini turut menjadi tumpuan masyarakat Eropah untuk menimba pelbagai disiplin ilmu yang tidak mungkin mereka perolehi di negara mereka sendiri. Istana-istana khalifah dan gabenor turut dijadikan tempat pertemuan para intelektual untuk berbincang dan mencari formula-formula baru bagi meninggikan lagi tahap pendidikan yang sedia ada.
Antara aspek yang menonjol ketika itu ialah :
i. Ekonomi
Kedatangan Islam ke Andalus mampu mengasaskan satu bentuk ekonomi baru yang dikenali sebagai ekonomi mediteranean melalui sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan. Orang-orang Islam yang memang terkenal di bidang perniagaan dan perdagangan telah menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka dalam mengembangkan lagi pengaruh Islam ke Eropah. Mereka mendirikan kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan yang beroperasi mengimpot barang-barang dari seluruh dunia. Hubungan
perdagangan dengan Eropah melalui jalan darat manakala dengan Asia dan Afrika melalui jalan laut. Bandar-bandar palabuhan di Andalus menjadi tumpuan kapal-kapal dagang asing seperti Venice dan Iskandariah.
Di sektor pertanian orang-orang Islam turut memperkenalkan metod-metod baru seperti pembinaan empangan, sistem saliran, tali air, jambatan dan jalan-jalan raya yang lebih baik di seluruh Andalus meliputi Toledo, Cordova, Marsille dan Valencia. Tanaman buah-buahan seperti delima, limau dan industri ulat sutera dijalankan secara aktif.
ii. Perubatan
Warisan yang ditinggalkan oleh Hipócrates (360M) dan Galen (210M) dianggap otoriti awal dalam bidang perubatan. Hasil dari pengamatan dan kajian oleh ilmuan Muslim, telah diterjemah dan diterima pakai oleh sarjana Islam dengan beberapa penambahan yang lebih baik.
Ilmu-ilmu ini telah diintegrasikan dengan ilmu perubatan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah diwarisi Sejas tahun pertama Hijrah. Antara tokoh yang penting dalam bidang ini ialah Ibnu Bajah, Ibn Tufail, Ibn Rusd dan al-Katib. Mereka ini terkenal dengan physician, manakala Ibn Hazm membahagikan ilmu perubatan kepada dua iaitu perubatan jiwa (spiritual), jenis-jenis organ, penyakit dan puncanya serta cara penyediaan ubat yang betul. Yang kedua ialah penggunaan ubatan dan surgery.
Tokoh-tokoh lain ialah al-Razi yang telah menulis lebih dari 200 buah buku. Antara bukunya yang terrenal ialah al-Hawi dan kitab al-Asrar mengenai penyakit cacar, buah pinggang, mata, hidung, telinga dan jantung. Ibn Sina melahirkan kitab yang masyhur, qanun fi al-Tibb yang membicarakan tentang dadah, patologi dan cara penggunaan ubat yang menjadi bahan rujukan utama dalam bidang perubatan kini. Ibn Rusyd telah menulis buku perubatan yang komprehensif iaitu Kulliyyat fi al-Tibb yang memberi ulasan secara terperinci mengenai anatomi, fisiologi, penyakit-penyakit, simpton dan rawatannya, ubat-ubatan serta pemeliharaan kesihatan.
iii. Astronomi
Ilmu astronomi juga mendapat tempat di Andalus. Di antara pakar dalam bidang ini ialah al-Farghani telah menulis tentang bintang-bintang. Selepas beliau, muncul pula Abu Ma’syar dan al-Battani yang telah membuat beberapa pembetulan pada karya-karya Ptolemy dan menentukan ketepatan gerhana matahari.
Al-Zarqali pula dari Toledo merupakan seorang ahli astronomi dan matematik. Beliau telah mencipta sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta menyusun nama-nama hari dalam setiap bulan.
Pada keseluruhannya sarja astronomi Islam telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dan besar dalam bidang astronomi dan seterusnya telah memberi laluan kepada generasi kemudian untuk terus membuat kajian dan penyelidikan.
iv. Matematik
Andalus turut melahirkan sarjana terkemuka dalam bidang Matematik. Antara yang termasyhur ialah al-Karmani dari Cordova. Beliau telah memperkenalkan matematik Ikhwan al-Safa ke Andalus. Sarjana Muslim telah mengemukakan kepada dunia mengenai ilmu algebra dalam bentuknya yang asli.
Nama lain yang masyhur ialah al-Khawarizmi. Beliau memperkenalkan persoalan darab dan bahagi mengikut cara algebra. Bukunya Hisab al-Jabar wa al-Muwabala’ telah digunakan di Eropah sehingga abad ke 16M. Sumbangan al-Khawarizmi yang lain ialah angka sifar yang digunakan dengan begitu meluas sama ada oleh sarjana Islam mahupun Barat.
v. Senibina
Di Andalus, bandar dan kawasannya telah diperindah dan diperlengkapkan dengan binaan masjid, pasar, istana, tempat-tempat mandi dan lain-lain binaan yang indah. Masjid dan istana merupakan dua binaan penting dan pusat kepada semua aktiviti, maka ia dibina dengan senibina yang istimewa dan indah.
Seni hias menjadi satu elemen yang penting bukan sahaja di bandar Andalus, malah juga di bandar-bandar Islam yang lain seperti Kufah, Basrah, Kaherah dan lain-lain. Unsur-unsur alam menjadi pilihan umat Islam dalam menghias tempat-tempat tersebut. Para pemerintah biasanya memberi galakan dengan mengupah sesiapa sahaja sama ada orang Islam atau bukan Islam yang mempunyai bakat dalam seni hiasan bagi mencapai keindahan yang paling maksima. Pada masjid dan istana dibinakan menara dan pintu gerbang serta ukiran yang sangat tinggi nilai senibinanya.