• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN LITERATUR

2.2 Teori dan Model Berkaitan

2.2.2 Teori Konektivisme

Teori Pembelajaran Konektivisme telah diperkenalkan oleh George Siemens (2004). Menurut Siemens (2004), Konektivisme merupakan teori pembelajaran yang digunakan untuk era digital masa kini dan merupakan alternatif teori pembelajaran pada abad digital. Beliau telah membangunkan teori pembelajaran Konektivisme kerana percaya bahawa teori-teori pembelajaran sebelumnya seperti Behaviorisme, Kognitivisme dan Konstruktivisme tidak dapat lagi memenuhi sifat pengajaran dan pembelajaran dalam zaman digital kini.

Teknologi telah merubah kehidupan, komunikasi dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional juga perlu berubah mengikut format digital seiring dengan perubahan teknologi, komputer dan internet (Collins & Knoetze, 2014). Penggunaan makmal komputer (topologi rangkaian) atau penggunaan iPad atau komputer tablet dan penggunaan laman sosial seperti Facebook, Skype dan lain-lain di dalam kelas kini merupakan satu keperluan dan bukannya sebagai satu kehendak. Kita boleh mempertimbang untuk menerima pakai konsep Konektivisme dalam konteks budaya baru kemasyarakatan, melalui kewujudan ciptaan baru dengan penghasilan produk-produk yang berasaskan pengetahuan dan kepintaran buatan. Pendidikan berasaskan atas talian banyak menyumbang kepada perkembangan peluang-peluang pendidikan secara formal dan tidak formal. Justeru, dalam kajian ini

42

forum atas talian telah digunakan sebagai platform untuk pelajar berbincang semasa mereka.

Siemens (2004) menyenaraikan prinsip-prinsip Konektivisme seperti berikut:- 1. Pembelajaran dan pengetahuan mempunyai kepelbagaian pendapat dan

pandangan individu.

2. Proses hubungan dalam rangkaian pada nod yang khusus: pembelajaran dijalankan secara proses menghubungkan sumber-sumber maklumat dalam nod-nod yang khusus.

3. Pembelajaran boleh berlaku di luar diri manusia.

4. Kapasiti atau kebolehan untuk lebih mengetahui adalah lebih penting berbanding apa yang telah diketahui sekarang.

5. Keperluan memelihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya pembelajaran berlaku secara berterusan.

6. Kemampuan untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan konsep merupakan perkara yang utama.

7. Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran Konektivisme.

8. Membuat keputusan merupakan proses pembelajaran.

9. Kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam menghadapi kepadatan maklumat.

10. Perubahan maklumat yang cepat akan mempengaruhi sesuatu keputusan.

Pembelajaran Konektivisme melibatkan hubungan (Anderson & Dron, 2011), rangkaian dan komunikasi secara maya (Arnold, Kumar, Thillosen, & Ebner, 2014)

43

yang menyediakan ruang untuk penglibatan pelajar. Maka, Konektivisme ialah hubungan berasaskan rangkaian (Downes, 2012) yang menghubungkan minda pelajar dengan dunia luar yang sebenar. Hal ini sangat bersesuaian dengan konteks kajian ini yang berasaskan pembelajaran secara atas talian yang menggabungkan inovasi teknologi dan proses pembelajaran. Konektivisme merupakan rangka kerja pendidikan yang menyokong transformasi pembelajaran yang menekankan kerja secara kumpulan dan komuniti (Tschofen & Mackness, 2012). Instruktor atau guru perlu bijak membina hubungan pelajar dengan komuniti untuk mendedahkan pelajar dengan maklumat lepas dan maklumat semasa (Barnett, McPherson, & Sandieson, 2013). Justeru itu, kajian ini menggunakan bentuk dorongan penyoalan bagi membina hubungan antara pelajar dan komuniti berdasarkan maklumat yang dibincangkan dalam forum atas talian.

Pembelajaran Konektivisme melihat rangkaian sebagai medium penting untuk menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran (Tschofen & Mackness, 2012). Rangkaian merupakan asas kepada keupayaan dan literasi untuk mempelajari persekitaran maklumat yang kompleks (Littlejohn, 2013). Pelajar seharusnya mempunyai tahap literasi digital dan pembelajaran yang tinggi. Pelajar yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah perlu lebih berinteraksi dengan pelajar yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Pelajar yang mempunyai kemahiran tinggi pula perlu lebih mendalami ilmu pengetahuan melalui hubungan yang lebih baik dalam rangkaian (Wang, Chen, & Anderson, 2014). Hal ini juga jelas wujud dalam konteks kajian ini di mana idea-idea yang bernas yang diutarakan dalam perbincangan atas talian akan dapat membantu rakan-rakan yang masih lemah untuk menyatakan idea

44

mereka. Pelajar juga akan memperoleh input yang baik hasil daripada perbincangan dalam rangkaian.

Konektivisme mengubah cara guru dan pelajar terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (Bell, 2011). Namun begitu, teori ini perlu dikaji dan ditambah baik (Boitshwarelo, 2011) untuk diintegrasikan dalam elemen pembelajaran. Perkembangan teknologi komunikasi seperti internet dan pembelajaran atas talian memerlukan perubahan dari segi teori dan amalan dalam pendidikan (Carter, 2009) yang mengambil kira aspek sosial, budaya, ekonomi dan politik. Kajian lanjut perlu dijalankan (Conole, Galley, & Culver, 2011) untuk melihat Konektivisme sebagai satu perspektif baru yang melibatkan rangkaian dan rangka kerja dalam persekitaran pembelajaran atas talian. Konektivisme dilihat sebagai satu teori yang lebih memberi fokus kepada aplikasi teknologi dan atas talian. Maka, pendidik dan pelajar perlu didedahkan agar pembelajaran kendiri lebih berjaya (Conradie, 2014).

Konektivisme menyediakan pelbagai bentuk latihan aktiviti untuk membenarkan pelajar mengadaptasi kemahiran kognitif untuk tujuan mencari, menyimpan dan menggunakan semula maklumat (Del Moral, Cernea, & Villalustre, 2013). Pendidikan hari ini lebih menekankan persekitaran yang interaktif (Downes, 2010) tetapi perubahan ini tidak memberi kesan seperti yang dihasratkan dan memberi beban kepada pelajar (Drexler, 2010). Maka, Konektivisme merupakan asas kepada teori semasa untuk keperluan masa depan yang menggunakan medium teknologi digital dan internet bagi memenuhi reka bentuk pembelajaran masa kini (Al-Shehri, 2011). Amalan pedagogi perlu mengintegrasikan teknologi digital dan internet serta

45

menekankan peranan rangkaian dan komuniti yang lebih baik (Downes, 2012) bagi menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan Konektivisme perlu diurus dengan aktiviti yang bersesuaian kerana komuniti yang terlibat perlu sesuai dengan konteks pembelajaran (Kim, Caytiles, & Kim, 2012). Kajian lanjut yang berbentuk empirikal perlu untuk melihat aplikasi teori ini dalam pembelajaran (Garcia, Brown, & Elbeltagi, 2013). Secara umumnya kita melihat konektivisme sebagai satu prinsip yang melibatkan dialog atau perbincangan dalam rangkaian (Ravenscroft, 2011). Kebanyakan pengkaji yang lepas menghadapi cabaran untuk mengenal pasti bagaimana sistem-sistem pendidikan yang telah wujud memenuhi pembelajaran secara rangkaian (Steinert, 2010) dan dapat mempengaruhi pelajar, guru dan pentadbir (Siemens, 2011). Justeru, kajian ini mengaplikasikan konsep Konektivisme dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan forum atas talian sebagai medium penyampaian. Kaedah dan instrumen Konektivisme menunjukkan kesan yang positif (Trnova & Trna, 2012) terutamanya yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan atas talian.