Normalnya, setiap manusia akan mensyukuri perkara baik yang diperolehinya. Inginkan anak mendapat ‘full A’ dalam peperiksaan, ia berdoa bersungguh dan Alhamdulillah doanya dikabulkan, ia bersyukur.
Tetapi dalam kehidupan, ‘full A’ tidak sering berlaku. ‘Result’ yang kerap diperolehi adalah ‘2A 4B 2C dan 1E’. Maka ketika itu ramai yang akan bersungut, menyalah dan bersikap negatif. Soalnya mengapa kita begitu mudah lupa bersyukur?
Jika diselidiki, ia berpunca dari dua perkara iaitu apa yang kita fokuskan dan keinginan untuk membanding diri.
74
The law of focus adalah satu tabiat umum di mana manusia akan
fokuskan perhatian, tenaga serta fikiran terhadap suatu perkara samada positif atau negatif. Selalunya, minda manusia yang kurang bersyukur akan menumpukan perkara negatif. Contohnya dalam keputusan peperiksaan tadi, mereka lebih suka memfokuskan huruf B, C dan E, bukannya A.
Jika kita bersembang dengan manusia sebegini, kita dapati apa sahaja yang keluar dari mulut mereka semuanya malang, nasib tidak baik, negatif dan duka sahaja. Mereka fikir, hidup ini tiada yang positif: merekalah paling tidak hensem, punya isteri paling cerewet, anak tidak menjadi, pemerintah tidak adil, jalan asyik jam hatta wang di bank pun negatif! Tiada yang baik keluar dari mereka, seolahnya hidup di dunia sudah bertukar menjadi neraka.
Kebahagiaan tampaknya sudah tidak sudi mendekati.
Berita buruknya, jika kita terus-menerus memikirkan perkara negatif, ia akan automatik bertambah. Ini merupakan aturan Ilahi:
‘...jika kamu mengingkari nikmatKu, sesunguhnya azabKu amat pedih.’
(Surah Ibrahim, 7).
Semakin kita ingkarkan nikmat, semakin banyak masalah timbul. Apa nak buat. Apa yang difokuskan, itulah yang akan datang.
Kerana itu para bijaksana menasihatkan, control your mind. Ajarinya untuk fokuskan perkara baik kerana ia banyak terpapar depan mata. Memang, kadangkala ketika menggunakan tandas awam, kita mendapati air di sinki tidak bertutup dan tandas tidak di’flush’. Tetapi bukankah anda punya banyak pilihan lain? Masuklah tandas lain yang lebih bersih. Benar air sinki lupa ditutup, tetapi apa salahnya jika kita ringankan tangan menutupnya? Dapat juga pahala
The Power of Syukur
75
Alihkan perhatian dari melihat negatif kepada positif. Tidakkah anda perasan tandas itu cukup kemas? Tisunya cukup, lantainya dilap dan sabun tangan masih ada? Atau at least, anda masih sempat ke tandas untuk melepaskan hajat. Itu perkara paling besar harus disyukuri berbanding anda tidak bertemu tandas langsung.
Kalau itu berlaku, anda memang malang berganda!
Oleh itu, belajarlah untuk bersyukur walaupun hikmahnya masih belum diketahui. Sebab ia akan membuka fikiran anda untuk kekal melihat jauh ke depan dengan penuh rasa optimis.
Perkara kedua yang selalu menggagalkan kita untuk bersyukur adalah sikap suka membandingkan diri dengan orang lain.
Jiran ada kereta besar, kita beriya hendak menukar kereta besar padahal kereta yang baru dibeli tahun lepas masih elok. Hutangnya masih belum langsai. Rakan mengubahsuai rumah, kita pun menuruti mereka hingga sanggup berhutang di luar kemampuan diri hanya untuk membandingkan rumah kita tidak kalah hebatnya. Kepada manusia sebegini, ada baiknya mereka merenung kata ini: ‘Kebahagiaan tidak akan pernah dimiliki jika kita hanya melihat
kebahagiaan milik orang lain dan selalu membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain’.
Pernah dalam satu sesi kaunseling yang saya kendalikan, seorang pelajar menangis kerana baru putus cinta. Ia bukan tertekan kerana cintanya tidak kesampaian tetapi tekanan itu datang dari perasaan malu dianggap tiada ‘couple’ sedangkan rakan lain semuanya telah berpunya. Saya cuba tenangkannya dan mencadangkan beberapa solusi tetapi setiap kali sesi berikutnya berlangsung, keadaannya masih sama. Akhirnya saya mencuba sesuatu yang baru.
‘Kakak, cuba berdiri’.
‘Mengapa ustaz?’ ia yang asyik mengesat air mata tiba-tiba
76
‘Berdiri sebelah kaki dan tolong jalan keluar dari bilik ini sekarang’.
Saya menyambung arahannya.
Ia yang dalam kehairanan menuruti sahaja cadangan itu. Memang agak kekok bila berjalan terloncat-loncat sebelah kaki. Hampir sahaja ia terjatuh melanggar pasu bunga jika ustazah yang menemani sesi kami tidak menyambar tangannya.
Saya memanggilnya semula dan berkata, ‘apa kata jika perkara
tadi benar-benar terjadi? Sebelah kaki awak benar-benar tiada. Sempatkah awak melayani perasaan malu tiada couple?’
Air mukanya berubah. Agak terperanjat dengan kesimpulan yang saya datangkan. Kemudian, dengan muka yang menunduk dia menjawab ‘tidak ustaz.’
‘Tiada guna jika awak fokuskan perkara ini hingga abaikan seribu satu nikmat lain depan mata. Awak abaikan harapan ibubapa yang mahukan awak cemerlang. Khianati nikmat yang Tuhan kurniakan kerana tidak bersyukur. Lebih baik awak banyakkan taubat dan fokuskan untuk belajar bersungguh-sungguh. Usah fikirkan soal couple terlalu awal kerana Allah pasti menjodohkan awak dengan insan lebih baik suatu hari nanti. Itu janjinya. Attoyyibuuna lit Toyyibaat....’
Alhamdulillah, pelajar ini kembali normal. Peristiwa tersebut
mengingatkan saya kepada Nick Vujicic, seorang warga Australia yang tiada tangan dan kaki tetapi hidupnya lebih gembira dari manusia biasa. Ia bermula apabila beliau memutuskan untuk menjalani hidup dengan pemikiran ‘gelas setengah penuh’ bukannya ‘setengah kosong’. Bagi Nick, kehidupan ini boleh dilalui dengan penuh kegembiraan walaupun no arms and no legs.
The Power of Syukur
77
Benar sungguh kata Tuhan: laa yukallifullahu nafsan illa wus’aha.
‘Kami tidak pernah membebani manusia melebihi kemampuannya…’
(Surah Al-Baqarah, 286)
Moga kita mempelajari sesuatu dari Nick. Moga kita diberikan hati yang pandai bersyukur. Moga kita diizinkan Tuhan untuk digolongkan dalam kumpulan yang ‘sedikit’.
Apa maksud golongan sedikit?
Anda akan memahaminya dari kisah ini: pada zaman Saidina Umar Al Khattab, ada seorang pemuda sering berdoa di sisi Baitullah dengan doa agak pelik: ’Ya Allah! Masukkanlah aku ke dalam golongan
yang sedikit.’
Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika sedang melakukan tawaf di Kaabah. Beliau hairan dengan permintaan pemuda itu lalu selesai tawaf, beliau memanggilnya dan bertanya,
’Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa? Tidak adakah permohonan lain yang engkau pinta?’
Pemuda itu menjawab, ‘Wahai Amirul Mukminin. Saya membaca
doa itu kerana saya takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10: ’’Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur.’’ Saya memohon agar Allah memasukkan saya dalam golongan yang sedikit itu, kerana terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah....’.
Anda mahu masuk ke golongan ini? Belajarlah bersyukur sekarang.