• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tongkat putih yang telah siap diinovasikan

TONGKAT SENSOR

Rajah 6 Tongkat putih yang telah siap diinovasikan

i. Hubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.

Sensorkat vevrate ini sangat signifikasi berbanding dengan tongkat putih dimana terdapat bukti yang nyata kepada peningkatan kualiti pembelajaran murid-murid bermasalah penglihatan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa orientasi dan mobiliti kerana sensorkat vevrate dapat memberi gambaran awal halangan-halangan yang ada dihadapan sebelum hujung tongkat menjangkau atau mengetuk halangan dihadapan berbanding dengan tongkat putih.

Pengubahsuaian tongkat putih yang dipasang dengan alat sensorkat vevrate menunjukkan kreativiti terhadap tongkat yang sedia ada, ini dapat memperlihatkan perbezaan dengan tongkat putih yang selama ini tidak memberikan gambaran awal kepada penggunanya. Walau bagaimanapun tongkat putih masih juga memainkan peranannya untuk memberi maklumat halangan seperti air, lubang jalan, antara

38

rumput dan jalan raya dan antara batu dan pasir apabila geseran atau ketukkan hujung tongkat menjangkau sasaran semasa aktiviti orientasi dan mobiliti.

ii. Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan baru.

Secara umumnya replicability inovasi sensorkat vevrate ini boleh digunapakai oleh murid-murid bermasalah penglihatan, guru-guru program inklusf, guru-guru biasa dan individu-individu bermasalah penglihatan. Sensorkat vevrate dapat membantu memberi gambaran awal semasa aktiviti orientasi dan mobiliti dengan adanya pengubahsuaian kepada tongkat putih dengan pemasangan sensorkat vevrate. ini dapat membantu murid-murid bermasalah penglihatan mengaplakasikan keperluan aktiviti orientasi dan mobiliti dari sudut: psikologi:

~mempertingkatkan perkembangan konsep, pengamatan deria, harga diri, keyakinan

fizikal

~ mempertingkatkan perkembangan psikomotor dapat bergerak/berjalan di persekitaran biasa atau baru dengan lebih mudah, cepat, selamat dan berkeyakinan tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.

Sosial dan ekonomi

~ memperbaiki pengurusan diri serta meningkatkan keyakinan diri dalam pergaulan dan penglibatan dengan masyarakat.

~ memberi peluang yang lebih mendapat pekerjaan / meningkatkan ekonomi keluarga

kemahiran hidup harian

~ lebih banyak aktiviti harian dapat dilaksanakan dengan mudah Prinsip Orientasi yang Penting ialah:

1. Di mana saya berada sekarang? (Where am I?) 2. Ke manakah tempat yang hendak saya tuju? (Where am I heading to?)

3. Bagaimana saya boleh sampai ke sana? (How am I going to get there?)

Perkembangan Konsep dan Latihan Deria a) Perkembangan konsep dan latihan deria:

(i) Konsep dan tahap kepekaan terhadap kefahaman bentuk badan, arah, ruang, saiz, bentuk dan Iain-lain

- latihan menggunakan ruang (dalam dan luar bilik/bangunan), bentuk dan saiz objek yang berbeza serta kedudukannya

39

- latihan merasa / meraba dengan tangan, kaki dan tongkat untuk membezakan permukaan yang berlainan.

(iii) Kebolehan menggunakan deria-deria yang masih ada seperti sentuh (taktual), rasa, dengar/bunyi (auditori), bau (olfaktori), kinestetik (makanik pergerakan otot) dan Iain-lain

- latihan mengamati/mengklasifikasi bunyi, rasa, bau, permukaan yang berbeza dan pergerakan badan (body movement)

- latihan menentukan pergerakan kenderaan di sekeliling (latihan melintas jalan)

.

Definisi dan terminologi / istilah.

a) Orientasi: Proses mempergunakan deria yang masih ada bagi seseorang itu untuk menetapkan/menentukan kedudukannya dengan objek-objek di sekeliling.

b) Mobiliri: Kesanggupan, persediaan dan kebolehan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan selamat.

c) Landmark: Tanda atau petunjuk biasa/kekal seperti objek, bunyi, bau, suhu, permukaan yang mudah dikenali untuk membantu menetapkan kedudukan/arah. Contoh: bangunan, pofcok, cahaya matahari, bunyi air sungai. (Kadangkala landmark boleh menjadi petunjuk/tanda tidak kekal)

d) Clue: Tanda atau petunjuk yang boleh berubah yang digunakan untuk menentukan kedudukan atau arah. Contoh: pengetahuan/pengalaman tentang bunyi, bau, suhu, permukaan.

e) Shoreline: Garistepi jalan, rumput, bangunan, kerb dll yang berterusan memisahkan dua permukaan untuk panduan bergerak dengan atau tanpa menggunakan tongkat.

f)Trailing:Teknik menyusur menggunakan hujung jari tangan di permukaan dinding/pagar untuk bergerak ke depan.

g) Veering: Menyimpang/keluar dari arah/hala yang dituju. h) Squaring off/up: Cara-cara menetapkan hala/menentukan arah. i) Kinesthetic sense: Kebolehan membuat pengamatan tentang kedudukan, tekanan, pergerakan bahagian-bahagian badan (Mekanik pergerakan otot)

iii. Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi dalam bidang pelajaran, teknologi maklumat atau pengurusan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.

Inovasi ini dapat menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid bermasalah penglihatan semasa melaksanakan aktiviti orientasi dan mobiliti lebih efisien menggunakan deria-deria yang lain dalam melaksanakan kegihatan harian. Penyesuaian terhadap penggunaan

40

deria-deria yang masih ada perlulah digunakan secara efektif. Setiap murid-murid bermasalah penglihatan adalah perlu diberikan latihan-latihan seperti berikut;

i. Penggunaan alat-alat Orientasi dan Mobiliti yang sesuai untuk mereka

ii. Kemampuan Orientasi dan Mobiliti

iii. Teknik-teknik Orientasi dan Mobiliti yang sesuai

Menurut Brolin dan Kokaska (1997) menegaskan bahawa penggabungan pelbagai pengalaman dalam pembentukan sesuatu program Orientasi dan Mobiliti perlu sesuai dengan matlamat masa depan pelajar.

Perkembangan Konsep dan Latihan Deria

1. Pembinaan konsep dan tahap kepekaan terhadap kefahaman bentuk badan, arah, ruang, saiz, bentuk dan lain-iain. Latihan menggunakan ruang seperti di dalam dan di luar bilik atau bangunan, bentuk dan saiz objek yang berbeza serta kedudukannya.

2. Kebolehan membezakan permukaan yang kasar, halus, keras dan licin. Latihan merasa atau meraba dengan tangan, kaki dan tongkat untuk membezakan permukaan yang berlainan. Kebolehan menggunakan deria-deria yang masih ada seperti sentuhan, rasa, pendengaran, bau dan kinestetik (mekanik pergerakan otot). Latihan mengamati bunyi, rasa, bau, permukaan yang berbeza dan pergerakan badan turut dilakukan. Disamping itu latihan menentukan pergerakan kenderaan di sekeiiling dan latihan melintas jalan disertakan. ( Norani & Arun, 2009 )

Proses Program Orientasi & Mobiliti dan Fungsi Tongkat.

Proses program Orientasi dan Mobiliti termasuklah teknik: kemahiran menggunakan tongkat dalam bangunan, pergerakan atau hayunan tongkat, lintang, sentuh dan menggunakan tongkat mengikut langkah. Teknik-Teknik Latihan.

Teknik-teknik latihan termasuklah: sentuh 2 tempat, sentuh dan heret, sentuh dan gelongsor, gelongsor, sentuh 3 tempat, mengesan halangan, menggunakan tongkat di luar bangunan seperti berjalan berpandukan garis tepi, melintasi jalan dan menggunakan pengangkutan awam, elevator, escalator dan lain-lain, berjalan di kawasan luar yang mencabar seperti di kawasan perumahan bandar dan luar bandar serta memilih arah perjalanan dan memilih objektif.

41

iv. Butir-butir lain seperti tarikh inovasi dimulakan, bilangan anggota dan jumlah kos operasi terlibat.

6.0 Tarikh permulaan inovasi dilaksanakan.

Tarikh inovasi : 3/3/2017, 9/3/2017 dan 27 Mac 2017 Bilangan anggota:

o 4 orang pelajar PISMP S2 dan 6 orang pelajar S4 Pendidikan Khas IPG Kent Tuaran(diuji menggunakan blind fold)

o 3 orang pensyarah IPG Kent Tuaran(diuji menggunakan blind fold)

o 1 orang kaktitangan sokongan IPG Kent Tuaran (diuji menggunakan blind fold)

o 1 orang guru Pendidikan Khas Masalah penglihatan SMK Badin Tuaran (Buta)

o 4 orang pelajar Pendidikan Khas Program Inklusif SMK Badin Tuaran (Buta)

o 3 orang guru Pendidikan Khas SRPK Tansau Putatan K.Kinabalu (Buta)

Jumlah sampel:22 orang. Kos operasi:

 Sensor - RM60.00

 Bateri - RM20.00

 Tongkat Putih - (tongkat sedia ada)

 Motor elektrik - (bekas mainan terpakai)

Jumlah - RM80.00

Dapatan data sebelum dan selepas kajian kes penggunaan tongkat putih dan tongkat sensorkat vevrate.

Kajian inovasi dan soalan soal selidik telah dilaksanaka pada 3/3/2017, 9/3/2017 dan 27/3/2017 dimana soalan soal selidik telah dijawap oleh simpel kajian kes setelah menggunakan kedua-dua jenis

42

tongkat putih dan tongkat sensorkat vevrate dalam aktiviti amali orientasi dan mobiliti.

Dapatan data tongkat putih

Soalan 1. Tongkat putih senang digunakan [ya][ ][ tidak][ ] (potensi pelaksanaan digunakan oleh golongan buta/guru buta/guru pendidikan khas)

Seramai 22 orang memberi jawapan ( ya). Data diambil daripada 10 orang pelajar PPISMP program pendidikan khas masalah penglihatan IPG Kent Tuaran, 3 orang pensyarah dan 1 orang kaki tangan sokongan IPG Kent Tuaran, 1 orang guru program inklusif masalah penglihatan SMK Badin Tuaran, 4 orang pelajar program inklusif masalah penglihatan SMK Badin Tuaran dan 3 orang guru sekolah rendah pendidikan khas masalah penglihatan SRPK Tansau Putatan Kota Kinabalu.

Soalan 2. Tongkat putih amat membantu dalam aktiviti simulasi

Dokumen terkait