i
KOLEKSI INOVASI PEDAGOGI KENT 2017
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Peti Surat 2, 89207 Tuaran
Sabah Tel.:088-797500 Fax.:088-788007 ©Hak Cipta IPG Kampus Kent
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Kent terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan
ISBN 978-967-0981-11-6 Cetakan Pertama 2017
Dicetak oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Peti Surat 2, 89207 Tuaran
ii Prakata
Romli Bin Darus
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Sidang Editor
Koleksi Inovasi Pedagogi Kent 2017
Kaedah STIM dalam proses mematikan warna pada kain Batik: Inovasi Baru dalam Kraf Batik
Dr. Mohd SawariBin Rahim
PDF Converter
Dr. Chiam Sun May, Dr Khoo Chwee Hoon, Benny Kong Tze Loong
TONGKAT SENSOR
Arun Bin Daud, Madlaim Bin Ejib, Eddy Piut
OUTSIDE IN
Low Kee Sun, Teh Ah Huat
HT-T3V
Benny Kong Tze Loong
CELIK SIFIR: METOD PALANG BERSILANG DAN PETAK BERWARNA
Dr. Rosnah@Nining Bte Sidek
iii iv 1 18 31 64 76 86
iii
Prakata
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Tahniah dan syabas kepada Sidang Editor Koleksi Inovasi Pedagogi Kent 2017 kerana berjaya menerbitkan buku Koleksi Inovasi Pedagogi Kent 2017 seperti yang telah dirancang. Sememangnya inovasi adalah peneraju utama sesebuah institusi pendidikan bagi memastikan pembangunan modal insan berjalan seiring dengan perancangan latihan pembangunan. Syukur Alhamdulillah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent tidak terkecuali dalam perancangan akademik untuk mengetengahkan penyelidikan dan inovasi sebagai agenda dalam mendukung aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Justeru, penerbitan Koleksi Inovasi Pedagogi Kent 2017 merupakan bukti kepada iltizam institut ini dalam membudayakan kecemerlangan pendidikan melalui penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pensyarah. Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara,IPG Kampus Kent sentiasa menggalakkan para pensyarah dan guru pelatih untuk melibatkan diri secara aktif dalam penyelidikan dan inovasi sepanjang masa. Koleksi Inovasi Pedagogi Kent 2017 adalah hasil kejayaan dan penglibatan pensyarah dalam Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Pensyarah IPG Kampus Kent 2017. Sehubungan dengan itu, IPG Kampus Kent sentiasa mencari peluang agar pengiktirafan berupaya Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Pensyarah serta Pertandingan Inovasi Pedagogi Guru Pelatih dapat dianjurkan setiap tahun. Komitmen menyeluruh ini dapat diabadikan dalam bentuk penerbitan yang berupaya dijadikan sumber rujukan kelestarian amalan dan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga institut ini .
Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Editor Koleksi Inovasi Pedagogi Kent 2017 ini kerana kesepaduan kerja dalam menerbitkan koleksi inovasi yang bermakna ini. Semoga segala usaha dan kegigihan para penyelidik akan menjadi elemen dan instrumen yang berkesan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam dunia pendidikan demi menghadapi gelombang cabaran dunia globalisasi.
Sekian dan terima kasih.
(ROMLI BIN DARUS) Pengarah
iv
Sidang Editor
Koleksi Inovasi Pedagogi Kent 2017
PENAUNG Tn. Romli Bin Darus
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
PENASIHAT En. Doti Bin Asing Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
PENGERUSI Pn. Tan Seok Kiang
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
KETUA EDITOR Dr. Rosnah@nining Binti Sidek
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
PANEL EDITOR Tan Seok Kiang Dr. Lisa Yip Shukye Dr. Adeline Leong Suk Yee
Ng Lee Fong Maspi Bin Peran
REKA BENTUK MUKA DEPAN Dr. Sawari Bin Mohd Rahim
1
KAEDAH STIM DALAM PROSES MEMATIKAN WARNA PADA KAIN BATIK: INOVASI BARU DALAM KRAF BATIK
MOHD SAWARI BIN RAHIM (PhD) [email protected] Jabatan Pengajian Sains Sosial
ABSTRAK
Tujuan kertas kerja ini adalah bagi melihat keberkesanan inovasi dalam proses mengekalkan warna batik (fixer) menggunakan kaedah stim. Alat ini berupaya mengekalkan warna kain batik pada kain dalam tempoh 1 jam berbanding kaedah lama sebelum ini yang menggunakan bahan kimia ‘sodium silikat’ mengambil tempoh masa selama 8-12 jam. Kraf batik dilihat kurang menarik minat pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pendidikan ekoran masalah utama pelajar dalam proses membuat batik yang rumit, cerewet dan penggunaan masa yang panjang selain harga bahannya yang mahal serta sukar diperolehi. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar PISMP Major PSV Ambilan 2013 di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian seperti nota lapangan, senarai semak dan temubual, kemudian dianalisis menggunakan 3 instrumen kajian iaitu borang nota lapangan, catatan borang skala pengkadaran senarai semak dan refleksi pelajar. Berasaskan objektif inovasi, dapatan kajian menunjukkan pendekatan stim berkesan menyelesaikan masalah pelajar dalam bilik darjah dengan memurnikan inovasi dengan lebih cepat, menjimatkan masa, tiada penggunaan bahan kimia dan mesra pengguna. Hasil karya batik juga kelihatan lebih terang kerana setelah melalui proses merebus, warna yang tersingkir agak sedikit berbanding kaedah lama. Penggunaan kos pembuatan alat yang rendah dan menjimatkan. Bahan dan alat yang digunakan mudah didapati manakala proses pembuatan alat tersebut mudah dibentuk dan dipasang. Pendekatan ini juga membuka dimensi inventif kepada pelajar melalui eksplorasi dan eksperimentasi yang menyeronokkan, menggunakan bahan-bahan dan alat yang mampu milik. Dalam masa yang sama pendekatan ini dapat menangani masalah pelajar yang kurang menggemari media batik kerana cerewet dan banyak proses.
2
1.0 PENGENALAN
Seringkali kepelbagaian teknik pewarnaan telah dilakukan sehingga kini dalam kraf batik seperti pewarnaan alam semulajadi dan sebagainya tanpa melihat proses pembuatannya yang lain. Proses lain seperti mematikan warna, merebus dan membilas sehinggalah kekemasan dilihat sebagai proses yang cerewet selain faktor penggunaan alat dan bahan ditambah dengan penggunaan masa yang panjang. Proses mematikan warna batik apabila telah siap memakan masa agak panjang iaitu sekitar 8 hingga 12 jam selain bahan ‘sodium silikat’ yang digunakan adalah mahal. Lantaran mahal, sesetengah pelajar dan pihak sekolah tidak berkemampuan untuk mendapatkan bahan tersebut bagi menyiapkan seni kraf batik dengan lebih sempurna. Sesebuah hasil karya seni yang berkualiti dan mempunyai penghayatan dari segi nilai estetika sangat bergantung kepada mutu kerja dan proses pembuatan yang efisyen, jimat masa dan sistematik. Seni kraftangan batik telah lama dimasukkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual (PSV) sejak ia diperkenalkan. Ia bertujuan memupuk kesedaran kraf terunggul di negara ini dan mengekalkan warisan budaya sejak turun temurun. P&P PSV sentiasa berpusat kepada pelajar dengan mengadakan aktiviti seni yang sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan pelajar, mengembangkan daya kreatif dan inovasi dalam setiap penciptaan (Mat Desa Mat Rodzi, 2000). Perkembangan diri individu secara menyeluruh dan bersepadu termasuk nilai-nilai murni dan budaya masyarakat hendaklah diberi keutamaan terutama fokus terhadap P&P seni kraftangan batik. Walter Gropius (1883-1969) dalam Md. Nasir Ibrahim, 2003) menyatakan bahawa seni visual seharusnya berfungsi dalam memberi faedah kepada kehidupan seharian, bukan untuk menyatakan hasrat diri sahaja.
1.1 LATAR BELAKANG
Fokus utama kerja studio 2-Dimensi dalam proses P&P PSV Major bagi PISMP di Institut Pendidikan Guru ialah pelajar dapat menghasilkan karya seni yang bermutu dan menampilkan daya estetika yang tinggi melalui proses kreativiti dan proses artistik yang mengkhusus pada mengaplikasi pengetahuan tentang alat, bahan, media dan teknik untuk menghasilkan karya seni batik melalui proses kreatif dan artistik serta daya inovasi dalam penciptaan. Menurut Pestalozzi (1746-1827) dalam Mohd Johari Ab. Hamid (2010) percaya bahawa kerja tangan atau kraftangan mestilah diajar dengan menekankan konsep pendidikan sepanjang hayat (life-long) terhadap aktiviti-aktiviti bercorak praktikal.
Stim batik merupakan satu pendekatan inovasi kerja studio yang digunakan dalam P&P bidang Kraf Tradisional aktiviti membuat batik berdasarkan Sukatan Pelajaran PISMP PSV Semester 6. Inovasi
3
ini melibatkan seramai 20 orang pelajar Ambilan Jun 2013 dalam usaha bagi mendedahkan kepada pelajar tentang pengalaman mencari, melihat, mensintesis, mengolah, menvisualisasikan imej batik dan menjalani proses penghasilan batik dengan cekap, efisyen, menjimatkan masa P&P dan menjamin kesihatan serta keselamatan di studio. Proses yang dimaksudkan adalah melakar, mencanting, mewarna, mematikan warna menggunakan kaedah stim dan merebus kain (dicampur bahan “Soda Ash”) bagi tujuan membuang lilin.
Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kaedah tersebut berkesan memurnikan inovasi dengan lebih cepat iaitu hanya 1 jam berbanding kaedah lama menggunakan ’Sodium Silikat’ selama 8-12 jam. Pelajar tidak perlu lagi menunggu lama atau guru mengambil alih untuk memastikan cukup tempoh masanya. Hasil karya batik juga kelihatan lebih terang kerana setelah melalui proses merebus, warna yang tersingkir agak sedikit berbanding kaedah lama. Penggunaan bahan kimia ’Sodium Silikat’ sebagai ‘fixer’ memberi kesan sampingan kepada tangan dan kesihatan badan selain harga di pasaran yang mahal dan sukar diperolehi.
Penggunaan kos pembuatan alat yang rendah dan menjimatkan. Bahan dan alat yang digunakan mudah didapati dan proses pembuatan alat stim mudah dibentuk dan dipasang. Pendekatan ini juga membuka dimensi inventif kepada pelajar melalui eksplorasi dan eksperimentasi yang menyeronokkan, menggunakan bahan-bahan dan alat yang mampu milik. Dalam masa yang sama pendekatan ini dapat menangani masalah pelajar yang kurang menggemari media batik kerana cerewet dan banyak proses. Pelajar terpegun melihat hasil karyanya yang jelas dari segi warna dan motif sekaligus membangkit semangat untuk melakukan lakaran dan canting tahapan kedua pada kain yang sama (Overlapping line and colour).
1.2 ISU DAN MASALAH SEBELUM INOVASI
Tidak seperti kraf lain, batik melalui proses pembuatan yang rumit, cerewet kerana banyak proses, manakala kualiti sesebuah karya batik ditentukan oleh ‘tangan pakar’ atau petua-petua tertentu. Bagi sesebuah syarikat yang mengusahakan kilang batik, pandai kraf (pakar dalam bidangnya) memainkan peranan penting mengaplikasi kemahiran dan pengalaman dalam penghasilan batik. Ini merupakan salah satu faktor kualiti batik menentukan harganya yang agak tinggi di pasaran.
Di bilik darjah, pelajar menggemari subjek PSV kerana salah satunya terdapat aktiviti membuat batik walaupun pada mulanya tidak mengetahui langkah dan proses menghasilkan batik yang agak rumit dan cerewet. Pengalaman sendiri pelajar sedia ada didapati di sekeliling mereka seperti pendedahan di TV, internet, majalah, buku pelajaran dan
4
sebagainya. Lagipun terdapat juga pelajar-pelajar sudah terdedah sejak awal kanak-kanak kerana keluarga atau kawasan kampungnya adalah sebahagian daripada pengusaha batik. Dari segi pengetahuan pelajar mungkin mendapat pendedahan awal, namun apabila melalui proses sebenar pelajar akan merasai sendiri beberapa masalah yang menjadi penghalang untuk terus meminati seni batik.
Proses melakar tidak menjadi masalah utama kerana pelajar sudah biasa dalam kerja-kerja melakar di kertas kemudian dipindah ke atas kain, diikuti proses mencanting ke atas kain. Proses mencanting memerlukan latih tubi yang kerap kerana di situlah corak dan motif akan terhasil kemudian proses mewarna dilakukan. Seterusnya proses mengekalkan warna menggunakan fixer ‘sodium silikat’ memang menjadi masalah utama kerana banyak proses dan peraturan yang perlu diikuti. Menyapu bahan tersebut memerlukan sarung tangan yang khas untuk mengendalikan kain. Bahan kimia sukar dikawal kerana sifatnya melekit akan mengotorkan pakaian dan lantai studio. Proses merendam di dalam bekas selama 8 hingga 12 jam juga menjadi faktor masalah pada pelajar kerana terpaksa menunggu tempoh tersebut atau membiarkan guru mengambil alih tugas mereka. Jadi, P&P ditangguh ke minggu hadapan bagi menyambung semula proses seterusnya. Ketika proses membasuh, banyak warna batik yang tertanggal kerana mungkin tidak cukup masa rendaman atau juga jika terlebih masa akan mengakibatkan kain menjadi mereput. Proses seterusnya membilas kain sehingga bersih sebelum direbus menggunakan kuali yang dicampur dengan ‘soda ash’ untuk menanggalkan kesan lilin.
1.3 TUJUAN DAN OBJEKTIF INOVASI
Kajian ini bertujuan untuk membina satu pendekatan kreatif dan inovatif dalam menyuburkan proses kerja yang efisyen, menjimatkan masa dan kos serta menjaga kualiti hasil karya menerusi kaedah stim. Pendekatan inovasi dengan cara pemerhatian, menyelesaikan masalah, eksplorasi dan mensintesis sebagai usaha yang difikirkan sangat berkesan dan mampu mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar sebelum ini. Objektif inovasi pendekatan kaedah ini adalah untuk: 1.3.1 Mengenal pasti bagaimana pengalaman pelajar dalam proses
penghasilan batik dapat memberi faedah yang sangat berguna. 1.3.2 Mengenal pasti kesan pendekatan kaedah stim batik
mempengaruhi amalan berfikir secara kritis dan inovatif. 1.4 JULAT PELAKSANAAN INOVASI
Inovasi bermula Mei 2015 apabila kelemahan pelajar dikenal pasti. Perancangan dibuat bagi membolehkan pelajar menguasai kerja studio
5
kraf batik dan seterusnya mengaplikasi stim batik bagi memudahkan salahsatu dari proses penghasilan batik iaitu proses mengekalkan warna.
Jadual 1.1: Tempoh Masa Pelaksanaan Penciptaan Inovasi Tahu n Bahan Perlaksanaan Mei 2015 Penciptaan Inovasi 1 Alat menggunakan satu corong (silinder) sahaja daripada bahan PVC.
Penggunaan inovasi ini masih diperingkat eksperimentasi bagi penghasilan karya sendiri dan penggunaan dalam P&P. Proses mengekalkan warna tidak sekata kerana kesan wap yang
dilepaskan secara terus melalui satu corong menyebabkan bahagian tertentu pada permukaan kain batik basah. Mac
2016
Julai 2016
Penciptaan Inovasi 2 Alat menggunakan bahan PVC ketebalan 2 gauge berwarna kelabu yang mempunyai 2 corong (silinder).
Kedah ini mula dikongsi dan diperkenalkan kepada pelajar dan rakan pelukis.
Penggunaan 2 corong
membolehkan wap dilepaskan secara perlahan dan sekata pada permukaan kain tanpa
membasahkannya. Hasil warna lebih kekal sekata.
Mac 2017
Penciptaan Inovasi 3 Alat menggunakan bahan PVC jenis tebal
(ketebalan 4 gauge) berwarna putih mempunyai 2 corong (silinder)
Alat dikekalkan dua corong tetapi ditingkatkan lagi bagi mengelakkan kesan “liut” setelah beberapa kali penggunaan diulang. Hasil inovasi digunakan dalam P&P pelajar bagi melihat
keberkesanannya melalui penyelidikan.
1.5 TINJAUAN LITERATUR
Tinjauan literatur ini menyorot tentang kepentingan P&P PSV dalam kehidupan masyarakat yang dapat mengenali, mempelajari dan mengekal dan memperkembangkan seni warisan berzaman dan budaya masyarakat Melayu menelusuri zaman teknologi yang serba mencabar dengan berfokus kepada 2 perkara iaitu pertama, penyelidikan inovasi dalam proses membatik dan kedua kualiti produk batik yang boleh
6
dijadikan nilai ekonomi. Kraftangan di Malaysia perlu ditangani demi menghidupkan kembali zaman kegemilangan kraf seperti batik. Baharuddin Mohd Arus (2000) menyatakan demi untuk menyuburkan budaya kraftangan ini kita perlu memikirkan kesesuaiannya dengan kehidupan moden kini. Fokus kepada bentuk dan kegunaan asalnya tetapi pembaharuan dalam pelbagai aspek seperti penyelidikan inovasi dan kreativiti tanpa menghilangkan jati diri kraf batik itu sendiri. Pembelajaran kraf batik di peringkat sekolah juga tidak ketinggalan dalam menerapkan elemen-elemen inovasi dan kreativiti.
Bermula di sekolah rendah, pelajar diberi pengenalan dalam proses pembuatan batik asli seperti batik canting yang popular dan menjadi sebahagian identiti batik Malaysia. Peringkat sekolah menengah pula difokuskan kepada pelbagai teknik dalam penghasilan batik. Pada peringkat institusi pengajian tinggi, pelajar didedahkan dengan pelbagai penyelidikan, penemuan dan eksperimentasi bahan dan alat serta bantuan teknologi dalam memajukan industri batik. Justeru, pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam PSV, atau dalam kata lain pendidikan formal perlu diberi perhatian oleh guru-guru seni dan pengajar kraf seperti yang telah dilakukan awal dahulu oleh institusi latihan seni Bauhaus, Jerman pada 1930-an yang menekankan kepada teknologi pembuatan, sains, sejarah serta falsafah (Baharuddin Mohd Arus, 2000).
Menurut John Dewey dalam Md. Nasir Ibrahim (2003), seni bertitik tolak dari pengalaman yang boleh dijadikan komoditi kerana bersifat memerlukan masa dan wang bagi mengeluarkannya. Seni mempunyai nilai buruh dan bahan yang dikira sebagai kos, namun nilai tersebut tidak semestinya mempengaruhi nilai estetika atau lebih dikenali sebagai kualiti produk. Apabila kualiti menjadi sandaran, kemahiran dalam proses pembuatan batik misalnya akan menjadi ‘nilai tambah’ yang akan memberi impak kepada ekonomi pengeluaran dan harga. Di sini, PSV memain peranan dalam membangkitkan kesedaran artistik, teknologi dan estetika kepada pelajar-pelajar. Kesedaran ini akan menentukan sikap seseorang pelajar untuk maju ke hadapan seiring dengan perkembangan penyelidikan, inovasi rekabentuk, perancangan industri, strategi pemasaran dan akhirnya membuahkan kejayaan dalam perdagangan sesuai dengan kehendak elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pendidikan abad ke-21.
2.0 METODOLOGI
2.1 Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasi kaedah pengumpulan data pemerhatian seperti nota lapangan, senarai semak dan temubual.
7
2.2 Data dan instrumen kajian yang terlibat adalah karya akhir batik, borang nota lapangan, catatan refleksi pelajar dan borang skala pengkadaran senarai semak.
2.3 Sampel kajian ialah 20 orang pelajar PISMP Major PSV Semester 7 di IPG Kampus Kent Tuaran, Sabah.
3.0 DAPATAN KAJIAN
3.1 Hasil inovasi memberi kesan terhadap beberapa aspek: 3.1.1 Kesan terhadap P & P Pendidikan Seni Visual.
Kurikulum dalam Performa PSV yang telah digubal adalah untuk dimanfaatkan kepada perkembangan kemahiran pelajar terutama dalam bidang kraf. Bimbingan di dalam bilik darjah secara langsung telah membantu pelajar memahami proses dan menguasai kemahiran dalam penghasilan batik dengan mengaplikasi proses kerja yang lebih cepat, menjimatkan masa dan efisyen. Pemindahan pembelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran PSV adalah lebih mudah dan cepat dengan melibatkan pelajar dan pensyarah dengan pendekatan ini. 3.1.2 Kesan terhadap pembelajaran pelajar dan iklim bilik darjah yang kondusif
Hasil kajian ini telah membuka minda pelajar berkaitan dengan inovasi dan penyelidikan sains serta rekabentuk alatan bagi memudahkan proses kerja dalam penghasilan kraf batik. Impaknya, pelajar memberikan pendapat positif dalam pengajaran dan pembelajaran batik dari aspek penjimatan masa, memudahkan proses kerja, menjaga alam sekitar dan meningkatkan keseronokan serta minat pelajar, berkeyakinan dan akan dijadikan asas pengetahuan dan pengalaman untuk di bawa ke sekolah kelak. Kesan terhadap pembelajaran pelajar terhadap faktor-faktor tersebut dapat dilihat dalam Jadual 2.1 pelbagai masalah dan penyelesaian pelajar dengan menggunakan nota lapangan. Jadual 2.2 senarai semak yang menunjukkan peningkatan serta keratan refleksi seperti di bawah:
Jadual 2.1: Pelbagai Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Menggunakan Nota Lapangan
Kategori Peserta Kajian Bukti Nota
Penggunaan Masa, Kos Alat dan Bahan A A27-28 B A34-36 C A42-43 D A38-39 E A42-43 F A38-39 G A26-27
8
H A34-36 I A38-39 J A44-45
Iklim Bilik Darjah (Bilik Seni)
A A38-40 B A38-41 C A45-47 D A43-46 E A46-48 F A40-39 G A28-30 H A32-36 I A43-45 J A47-49
Hasil Karya Batik
A A45-50 B A49-53 C A50-54 D A51-56 E A53-57 F A51-55 G A45-49 H A39-48 I A49-57 J A50-54 Berdasarkan nota lapangan dalam Jadual 2.1, terdapat catatan yang mendapati beberapa masalah pelajar dikenalpasti sebelum pelaksaaan inovasi dilakukan. Rata-rata pelajar menjelaskan penggunaan bahan ‘sodium silikat’ iaitu kaedah lama dalam penghasilan batik menggunakan masa yang lama di samping bahan kimia yang banyak memberi kesan sampingan kepada kesihatan dan anggota tangan.
Jadual : 2.2 : Senarai Semak Setelah Penggunaan Alat Inovasi
No Perkara Sa ng a t T ing g i T ing g i Sed erh a n a R end a h 1 2 3 4
(A) Penjimatan Masa, Kos Alat dan Bahan
1. Proses kerja mengekalkan warna batik yang lebih cepat
95.0 5.0 0 0
2. Menjimatkan masa P&P pelajar 100.0 0 0 0 3. Kos penghasilan inovasi yang murah 100.0 0 0 0 4. Alat dan bahan inovasi mudah didapati 95.0 5.0 0 0
(B) Iklim Bilik Darjah Yang Kondusif
5. Bebas dari bahan kimia 100.0 0 0 0
9
Sampel Kajian : Guru Pelatih PISMP Major PSV (n= 20 orang)
CATATAN REFLEKSI PELAJAR
Aktiviti ini telah menarik minat saya untuk mempelajari batik lebih mendalam kerana semasa eksperimentasi batik amat menyeronokkan. Kesimpulannya, ia lebih selamat jika dibanding dengan ‘sodium silikat’ yang perlu menjaga masa dan akan menjejas kualiti kain batik jika masa penghasilan terlalu singkat atau lama(Teh Lee Chia) Inovasi “Roket Batik” merupakan satu idea yang sangat bermakna, unik dan menarik dari segi rekabentuk. dan mudah penggunaannya. P&P yang ceria serta mencetus semangat belajar kraf terunggul di Malaysia selain dari alat yang fleksibel, produktif dan sungguh efektif (Nirwana Maliki)
Gerak kerja yang ada nilai inovasi, lebih efisyen, jurang menjimatkan masa adalah tinggi dan mesra pengguna. (Rina Binti Adnan)
Paling penting alat ini menjimatkan masa, lebih selamat dan hasil yang menakjubkan kerana selepas 1 jam, apabila dibasuh kain tidak mengeluarkan warna asal yang banyak serta tidak merosakkan kain. Good idea cikgu. (Margaret Wong Yee Von)
mengotorkan
7. Udara lebih segar dan nyaman 90.0 10.0 0 0
8. Menyelamatkan alam sekitar 95.0 5.0 0 0
(C) Hasil Karya Akhir
9. Warna yang lebih terang (brightness) 100.0 0 0 0 10. Tahap pengekalan warna lebih baik
berbanding kaedah lama
90.0 10.0 0 0
11. Tidak merosakkan kain 90.0 10.0 0 0
12. Karya lebih berkualiti 100.0 0 0 0
(D) Proses Kerja Yang Efisyen
13. Lebih cepat dan cekap 100.0 0 0 0
14. Mesra pengguna-mudah dikendalikan 90.0 10.0 0 0 15. Meminimumkan penggunaan alat dan
bahan
100.0 10.0 0 0
(E) Menarik Minat Pelajar
16. Inovasi rekabentuk seperti bentuk roket 100.0 0 0 0 17. Penggunaan sains dalam penciptaan
inovasi
90.0 10.0 0 0
10
3.2 PERBANDINGAN SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI
SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI
Terdapat Banyak Proses Dalam Mengekalkan Warna Batik:
Setelah selesai pewarnaan, kain batik melalui proses mengekalkan warna yang rumit. ’Sodium Silikat’ digunakan untuk meratakan keseluruhan kain yang sudah diwarnakan menggunakan berus. Proses merendam perlu di dalam sebuah bekas tidak mudah terhakis seperti logam atau plastik tebal. Penggunaan ’glove’ yang berkualiti tinggi juga diperlukan bagi menjamin kecederaan tangan akibat bahan kimia tersebut. Proses terakhir adalah membasuh dan membilas kain batik sehingga bersih dari bahan ’sodium silikat’.
Proses Yang Mudah Dikendalikan : Kain batik dilapis dengan ’newsprint’ dan digulung dengan sebatang paip PVC (Gambar 1), kemudian dimasukkan ke dalam corong stim (Gambar 2). Dapur ’portable’ hanya memakan masa 7 minit untuk memanaskan air dan bersedia untuk mengeluarkan wap stim ke corong alat stim.
Gambar 1
Gambar 2 Kawal Selia Penggunaan
Jangka Masa; 8-12 Jam:
Kain batik yang disapu atau direndam untuk mengekalkan warna mengambil masa 8 hingga 12 jam bergantung kepada kekuatan bahan ’sodium silikat’ untuk bertindak. Jikalau kurang 8 jam (tidak cukup jangka masa yang diperuntukkan) akan menyebabkan warna kurang
Masa diperuntukkan hanya 1 jam: Inovasi alat hanya memerlukan masa 1 jam dengan menggunakan dapur ’portable’. Purata penggunaan gas stove (Gambar 3) adalah 2 tin untuk tempoh 1jam menggunakan tahap kepanasan yang maksimum. Jadi, kawal selia masa tidak diperlukan kerana penggunaan dapur ’portable’ yang efisyen (Gambar 4).
11 ’melekat’ pada kain, akibatkan banyak warna yang tersingkir. Manakala lebih 12 jam akan menyebabkan kain boleh mereput dan koyak kerana ’sodium silikat’ bertindak menghakis kerana terlebih masa yang diperuntukan. Penjagaan masa perlu dikawal dari masa ke semasa agar dapat dipantau.
Gambar 3
Gambar 4 Kos Penggunaan ’Sodium
Silikat’: 5 Liter – RM 175.80 3 Liter – RM 105.80 1 Liter – RM35.80 (Gambar 5) 0.5 Liter – RM 19.80 0.2 Liter – RM 8.80
(Berdasarkan harga Syarikat Tay Everart & Graphic Sdn. Bhd Sabah pada 2016)
Purata penggunaan kain saiz 20 X 24 Inci adalah 5 helai untuk sebotol ’sodium silikat’ 1 liter (Gambar 6)
Gambar 5
Penggunaan Kos Rendah: Kos pembuatan alat melibatkan bahan seperti berikut;
1. Paip PVC saiz 2 Inci ½ , panjang 22 Inci- RM 12.60 (Gambar 7) 2. Paip PVC saiz 1 Inchi ½, panjang 20 Inci- RM 8.60
3. Paip PVC saiz ½ inci, panjang 20 Inci- RM 3.60
4. Gum PVC – RM 4.50 5. Skru dan Nat – RM 3.00 6. Kertas ’newsprint’ saiz A2 (5 keping RM 2.00) (Gambar 8) Purata penggunaan kain saiz 20 X 24 Inci (saiz corong alat) adalah 2 helai kain.
12
Gambar 6
Gambar 8 Pengendalian Proses Yang
Rumit dan Cerewet:
Proses kerja dilakukan di dalam studio seni, memerlukan peralatan khusus seperti sarung tangan dan penyepit kain panjang untuk mengendalikan kain batik yang berat kerana sudah disapu ‘sodium silikat’. Sifat bahan tersebut juga melekit dan jika tertumpah boleh menyebabkan kekotoran yang perlu dibasuh dengan air yang banyak. Kekotoran juga boleh menyebabkan pakaian guru atau pelajar boleh turut terkena walaupun mengenakan ‘apron’ di badan. Setelah selesai merendam 8-12 jam, kain diangkat ke tempat cucian dan membasuh menggunakan sabun dan membilas dengan air yang banyak sehingga betul-betul bersih.
Pengendalian Yang Mudah dan Tidak Banyak Langkah Kerja: Inovasi alat hanya menggunakan pemanasan air di dalam periuk dan membiarkan wap stim (Gambar 9) menjalankan tugasnya sehingga selesai 1 jam.
Gambar 9 3.3 KESAN IMPLEMENTASI
Hasil implimentasi inovasi memberi kesan terhadap beberapa aspek seperti yang dibincangkan di bawah.
a. Kesan terhadap Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. P&P lebih mudah dan berjalan lancar. Tiada proses mengekalkan warna menggunakan sodium silikat yang rumit, leceh dan melekit untuk dilaksanakan. Lantai dan perabot studio tidak kotor.
13
Melalui perancangan aktiviti seni visual mengikut kurikulum dalam sukatan pelajaran PSV yang digubal adalah untuk dimanfaatkan kepada perkembangan kreativiti dan inovasi pelajar. Bimbingan melakukan sesuatu kerja seni visual itu mengikut prinsip dan peraturannya secara langsung telah membantu pelajar memahami dan menguasai kemahiran-kemahiran seperti cetusan idea dan pengolahannya, penggunaan bahan dan media, penerokaan teknik-teknik yang sesuai dan penyelesaian masalah yang cepat dan tepat. Pemindahan pembelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran PSV adalah lebih mudah dan cepat dengan melibatkan pelajar dengan pendekatan ini.
b. Kesan perkembangan potensi daya usaha dan minat dalam kalangan pelajar dibuktikan daripada :
Pemerhatian- Nota Lapangan. Pelajar bergerak secara kumpulan yang aktif dan berkolaboratif melalui kerja-kerja perancangan, pelaksanaan dan pengendalian alat.
Hasil kerja batik yang berkualiti dari segi motif batik dan warnanya yang terang (brightness)
Pemerhatian- Pembentangan hasil kerja batik melalui proses penggunaan pengendalian alat.
Pemerhatian- Pelajar kelihatan gembira dan berminat untuk meneruskan P&P akan datang.
c. Menjimatkan Kos Bahan
Merancang dan menyediakan pengajaran dan pembelajaran, pensyarah tidak menggunakan kos yang banyak. Bagi pelajar, mereka hanya perlu membeli kertas ‘newsprint’ dan ‘gas stove’ dengan harga seperti sudah dinyatakan.
d. Penjimatan Masa
Pemindahan pembelajaran melalui P&P PSV adalah lebih mudah dan cepat. Masa interaksi yang ada, tidak mencukupi untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang kraf batik.
3.4 KEBERKESANAN INOVASI
a. Kepelbagaian Strategi Pengajaran dan Pembelajaran PSV
Inovasi ini boleh menyumbang kepada kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual melalui penciptaan peralatan baru dalam mengekalkan warna batik. Hal ini boleh menjana pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar apabila mereka didedahkan dengan alat inovasi oleh guru dalam P&P mereka. Ini menggalakkan murid turut berusaha untuk berfikir kreatif dari contoh yang ditunjukkan guru.
b. Memaksimumkan Penggunaan Sumber
Ciptaan inovasi ini hanya menggunakan bahan PVC yang melibatkan kos modal yang kecil yang rendah tetapi boleh digunakan berulang kali
14
berbanding penggunaan bahan ’sodium silikat’ yang habis setiapkali digunakan serta perlu dibeli berulang kali. ’Gas stove’ yang digunakan juga masih lebih murah dibandingkan dengan harga bahan ’sodium silikat’ yang mahal dan sukar didapati.
c. Pembelajaran secara ‘hands on’
Pengalaman menjalankan proses mengekalkan warna batik memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti secara hands on dan ini boleh memberi kesan terhadap kemahiran dan pemahaman jangka panjang. Inovasi ini memberi peluang kepada pelajar meneroka pendekatan kreatif dan mengetahui tentang alat, bahan, media dan teknik untuk menghasilkan karya seni melalui proses kreatif dan artistik.
d. Mudah dilaksanakan
Aktiviti ini boleh dikendalikan oleh pelajar dengan mudah. Peralatan ini senang dikendalikan oleh pelajar tanpa kerumitan.
e. ‘User Friendly’
Peralatan inovasi ini mudah difahami dan digunakan secara mudah oleh pelajar. Konsep yang digunakan tidak kompleks malah menyeronokkan pelajar untuk mempraktikkannya tanpa perlu menunggu proses pengekalan warna yang memakan masa yang sangat panjang iaitu 8-12 jam sebelum inovasi.
3.5 SIGNIFIKAN INOVASI
i. Kualiti warna batik jelas dan terang (brightness). Boleh
melakukan tindihan canting dan warna buat kali kedua. ii. Boleh digunapakai oleh guru-guru dan pelajar PSV sekolah
menengah, khasnya untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) bagi menghasilkan karya yang berkualiti khususnya aspek pengekalan warna batik dan menjimatkan masa pelajar.
iii. Membantu menyediakan bahan bantu mengajar alternatif dengan kos yang sangat murah dan boleh menarik perhatian pelajar untuk menanam minat pelajar lain.
iv. Meningkatkan daya kreativiti dalam menghasilkan inovasi dalam kalangan guru-guru melalui pemaksimuman bahan. v. Memperkayakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
bagi membolehkan pengaksesan maklumat dibina bagi membantu pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran terhadap alat, bahan, media, teknik dan proses pembuatan.
3.6 PENYEBARLUASAN INOVASI
Inovasi ini telah didedahkan dan diaplikasikan dalam P&P PSV pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Tuaran
15
Sabah. Reaksi positif telah dititipkan semasa apresiasi dijalankan. Guru PSV sekolah tersebut juga menyambut baik idea dan pelaksanaan alat ini agar disebarluas di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia.
3.7 KEBOLEHUBAHSUAIAN INOVASI
a. Kelarai daun mengkuang yang sudah diwarnakan, boleh melalui fasa mematikan warna menggunakan wap stim bagi memberi ketahanan bahan dan warna.
b. Kaedah steaming bagi membantu rawatan selsema dan batuk berkahak dengan meletakkan bawang putih atau minyak kayu putih di dalam air yang sedang menggelegak, bawa pesakit ke tempat terdapat wap stim (Gambar 13).
3.8 KOS BAHAN INOVASI
Inovasi ini sangat menjimatkan kos kepada pelajar dengan kualiti bahan yang tahan panas dan dapat digunakan berulang kali. Manakala bahan gas dan kertas digunapakai sehingga habis, namun kosnya masih murah.
Jadual 3.1 : Kos Bahan Inovasi
No Bahan Kos Seunit
(RM)
Kos Keseluruhan
16
Catatan : RM 116.00 adalah jumlah kos sebenar di pasaran. Setiap pelajar di studio seni hanya perlu membelanjakan RM5.50 sen seorang (kertas ’newsprint’ RM2.00 dan gas RM9.00-
Kos untuk 2 orang pelajar)
4.0 KESIMPULAN
Inovasi merupakan proses yang terhasil daripada gabungan kreativiti, misalnya modifikasi, adaptasi, pembaikan struktur dan meningkatkan prestasi suatu proses serta produk sedia (Mohd. Azhar Abd. Hamid, 2006). Kesan inovasi ini menunjukkan pencapaian pelajar melalui proses inovatif ini jelas ada perbezaan. Hal ini agak ketara dari segi pencapaian kemahiran dan hasil karya batik. Terdapat kekuatan pada penggunaan alat ini yang dilihat berkesan mengaplikasikan inovasi dengan jurang perbezaan masa yang diperolehi iaitu hanya 1 jam berbanding kaedah lama menggunakan ’Sodium Silikat’ selama 8-12 jam. Ia menjimatkan masa pelajar dan guru di samping dapat mengelakkan kebosanan di studio seni. Kualiti hasil karya batik juga
1 Paip PVC saiz 2 Inci ½ (3 kaki) 5.20 15.60 Panjang yang digunakan adalah 22 inci 2 Paip PVC saiz 1 Inchi ½ (3 kaki)
3.40/kaki 10.20 Panjang yang digunakan adalah 20 inci 3 Paip PVC saiz ½
inci (3 kaki)
1.60/kaki 7.80 Panjang yang digunakan adalah 20 inci 4 ‘Cap’ (penutup) PVC 1.80 1.80 5 Gum PVC 2.50 2.50
6 Skru dan Nat (3 Paket) 1.00/ paket 3.00 7 Kertas ’newsprint’ saiz A2 (5 Kpg) 2.00/5kpg 2.00 Untuk 2 orang 8 Bracket Logam X 3 1.90 5.70
9 Gergaji Besi 2.90 2.90 Disediakan
dari stor seni
10. Periuk Berpenutup 17.00 17.00 Disediakan
dari stor seni
11. Gas 4.50 9.00 Untuk 2 orang
12 Dapur ‘Portable’ 39.00 39.00 Disediakan
dari stor seni
17
kelihatan lebih baik dan berupaya mengelakkan risiko keselamatan diri dan orang lain. Alat ini juga tampak berkesan dari segi kos berbanding penggunaan ’sodium silikat’ yang mahal dan sukar diperolehi. Malah kos pembuatan alat yang murah dan menjimatkan selain mudah dibentuk, dipasang dan dikendalikan. Justeru itu, implikasi mengajar PSV memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memenuhi domain pelajar dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Berbeza dengan subjek lain, PSV mengkehendaki pelajarnya mempunyai daya cipta yang berkesan. Guru perlu memastikan pelajar dalam situasi yang memuaskan, sentiasa berusaha untuk melebarkan pengetahuan dan kemahiran, menyedarkan pelajar kepada nilai-nilai kepekaan terhadap persekitaran, berdaya cipta dan melaksanakan sesuatu dengan penuh minat dan berlangsung dalam suasana yang gembira menjadikannya dalam persekitaran yang kondusif dan bebas dari bahan yang memudaratkan.
4.1 RUJUKAN
Azizi Yahaya et.al. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Penyelidikan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Baharuddin Mohd. Arus. 2000. Transformasi Dalam Kraf Tradisi; Konvensyen Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur. Balai Seni Visual Negara.
Isu-isu Seni Kontemporari. 2009. Sekolah Pengajian Seni UMS. Penerbit UMS Kota Kinabalu.
Kathleen Chee. 2006. Fokus SPM U Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2014. Kurikulum Standard Sekolah Rendah PSV. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka. Mat Desa Mat Rodzi. 2002. Pengajaran PSV Sekolah Menengah
Kecenderungan dan Kerelevanan Untuk Memenuhi Hasrat FPN. Wacana Seni Jurnal of Art Discover Jil 1. USM Pulau Pinang.
Md. Nasir Ibrahim dan Iberahim Hassan. 2003. Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti. Penerbit PTS Publication.
Mohd. Azhar Abd. Hamid. 2006. Rekacipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Penerbit UTM Skudai Johor.
Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Pendidikan Seni dan Muzik. Tg. Malim. UPSI.
Sarah Arney. 1987. Malaysian Batik: Creating New Traditions. Kuala Lumpur; Kraftangan Malaysia.
Rousliluddin Ambia. 2006. HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Open University Malaysia. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
18
PDF CONVERTER
Dr. Khoo Chwee Hoon Dr. Chiam Sun May Benny Kong Tze Loong Jabatan Sains & Matematik
ABSTRAK
PDF Converter bermaksud P mewakili Percentage, D mewakili Decimal, dan F mewakili Fraction. PDF Converter merupakan suatu produk inovasi pengajaran dan pembelajaran matematik yang direkacipta khas bagi murid sekolah rendah untuk memperkenalkan konsep peratus, perpuluhan, pecahan dan perhubungan antara ketiga-tiga topik ini, dan seterusnya menyelesaikan soalan melibatkan penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan. Tujuan produk inovasi ini adalah untuk mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid sekolah rendah semasa menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan. Ia meningkatkan kemahiran-kemahiran menyelesaikan soalan-soalan melibatkan penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan yang dilakukan oleh murid sekolah rendah. Akhirnya, PDF Converter dapat meningkatkan tahap pencapaian murid sekolah rendah dalam penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan.
1.0 PENDAHULUAN
Kedudukan Sebelum Inovasi Dilaksanakan
Sebelum inovasi dilaksanakan, hasil analisis data Ujian Pra, didapati 46.2% murid berada pada tahap Belum Mencapai Tahap Minimum, 28.2% murid berada pada tahap Mencapai Tahap Minimum. Selain itu, 25.6% murid mencapai Tahap Memuaskan. Tiada murid berada pada tahap Baik atau Cemerlang. Rajah 1 menunjukkan carta palang bagi peratus mengikut tahap penguasaan murid dalam Penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan. Gred, kategori tahap penguasaan dan julat markah yang digunakan dalam kajian projek ini diperolehi darpada pihak sekolah yang dikaji. Memandangkan kemahiran penukaran antara dalam Peratus, Perpuluhan dan Pecahan ini penting dalam membantu murid menyelesaikan soalan-soalan berkaitan dengan topik Peratus, Perpuluhan dan Pecahan. Justeru itu, satu projek inovasi amat perlu dilaksanakan untuk membantu murid pemulihan matematik ini supaya mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
19
Rajah 1: Carta Palang bagi Tahap Penguasaan Murid (Ujian Pra)
2.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Murid Pemulihan Matematik yang mengikuti kajian inovasi ini menghadapi pelbagai masalah dalam menyelesaikan soalan matematik berkaitan dengan penukaran antara dalam Peratus, Perpuluhan dan Pecahan. Berdasarkan analisis dokumen dalam Ujian Pra didapati murid pemulihan matematik ini kurang menguasai tujuh kemahiran yang berkaitan dengan penukaran antara dalam Peratus, Perpuluhan dan Pecahan. Jadual 1 memaparkan peratus murid jawab betul dalam soalan Ujian Pra mengikut kemahiran yang berlainan.
Jadual 1: Peratus Murid Jawab Betul dalam Ujian Pra Mengikut Kemahiran
Kemahiran % betul
Konsep Peratus (PC) 61.54%
Konsep Perpuluhan (DC) 56.41%
Konsep Pecahan (FC) 78.63%
Penukaran Peratus kepada Perpuluhan (PTD) 27.56% Penukaran Peratus kepada Pecahan (PTF) 5.13% Penukaran Perpuluhan kepada Peratus (DTP) 20.51% Penukaran Perpuluhan kepada Pecahan (DTF) 11.97% Penukaran Pecahan kepada Peratus (FTP) 27.57% Penukaran Pecahan kepada Perpuluhan (FTD) 0% Penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan
(PDF) 0% 46.2 28.2 25.6 0 0 0 10 20 30 40 50
PERATUS MENGIKUT TAHAP PENGUASAAN
Belum Mencapai tahap minimum mencapai Tahap minimum Memuaskan Baik Cemerlang
20
Masalah-masalah utama yang dihadapi oleh murid pemulihan matematik ialah meraka tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran berikut. Peratus dalam kurungan menunjukkan peratus murid dapat menjawab betul solan berkaitan kemahiran tersebut.
(i) Penukaran Peratus kepada Perpuluhan (27.56%) (ii) Penukaran Peratus kepada Pecahan (5.13%) (iii) Penukaran Perpuluhan kepada Peratus (20.51%) (iv) Penukaran Perpuluhan kepada Pecahan (11.97%) (v) Penukaran Pecahan kepada Peratus (27.57%) (vi) Penukaran Pecahan kepada Perpuluhan (0.0%)
(vii) Penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan (0.0%) Rajah 2 memaparkan peratus penguasaan murid dalam kemahiran penukaran antara pecahan, perpuluhan dan peratus sebelum pelaksanaan inovasi. Didapati kesemua penguasaan dalam tujuh kemahiran tersebut kurang daripada 30%. Terutama sekali ialah kemahiran dalam penukaran pecahan kepada perpuluhan dan penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan adalah sifar peratus (0.0%).
Rajah 2: Carta Peratus Penguasaan Murid dalam Kemahiran Penukaran antara Pecahan, Perpuluhan dan Peratus Sebelum Pelaksanaan Inovasi
3.0 OBJEKTIF
PDF Converter ini dihasilkan untuk mencapai objektif-objektif berikut: i. meningkatkan tahap penguasaan murid pemulihan matematik sekolah rendah dalam penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan. Pecahan Perpuluhan Peratus 0.0% 27.57 % 27.56% 5.13% 11.97 20.51% 78.63% Penukar an P-D-F 61.54% 56.41%
21
ii. meningkatkan kemahiran-kemahiran menyelesaikan soalan-soalan melibatkan penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan yang dilakukan oleh murid pemulihan matematik sekolah rendah.
iii. mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi semasa menyelesaikan soalan-soalan melibatkan penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan yang dilakukan oleh murid pemulihan matematik sekolah rendah.
4.0 INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Percentage, Decimal, and Fraction Converter (PDF Converter) merupakan suatu produk inovasi pengajaran dan pembelajaran matematik yang direkacipta oleh pereka kepada murid pemulihan matematik untuk menyelesaikan soalan melibatkan penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan. Produk inovasi ini dapat membantu murid pemulihan matematik untuk menguasai konsep penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan secara konkrit. Jadual 2 memaparkan kandungan dalam PDF Converter. Gambar 1 menggambarkan kesemua kandungan dalam PDF Converter secara fizikal.
PRODUK INOVASI PDF CONVERTER Jadual 2: Kandungan PDF Converter
22
Gambar 1 : Kandungan dalam PDF Converter PROSEDUR PENGGUNAAN PDF CONVERTER Prosedur penggunaan PDF Converter adalah seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3: Penggunaan PDF Converter dan Penerangan Penggunaan PDF Converter Penerangan Penukaran peratus kepada
perpuluhan, PTD (contoh: 10% = 0.10)
Guru melekat 1 cip jalur 1 x10 pada tapak PDF. Murid diminta berbuat demikian. Guru
menjelaskan: “Dalam 100 petak
ada 10 petak yang berwarna.” “Oleh itu, cip berwarna
mengambil 10% daripada 100 petak pada tapak PDF.” “Oleh itu, 10 petak daripada 100 petak adalah 0.10.” “Oleh itu, 10% = 0.10”
Penukaran peratus kepada pecahan, PTF (contoh: 25% = 𝟏
𝟒 )
Guru melekat 5 cip jalur 1 x 5 pada tapak PDF. Guru bahagi 100 petak kepada 4 bahagian dengan pemisah. Murid diminta berbuat demikian. Guru
menjelaskan: “Dalam 100 petak
ada 25 petak yang berwarna.” Oleh itu, cip berwarna mengambil 25% daripada 100 petak pada tapak PDF.” “Dalam 4 bahagian ada 1 bahagian yang berwarna.” “Oleh itu, 14 daripada 100 petak adalah berwarna.”
23
Penukaran perpuluhan kepada peratus, DTP (contoh: 0.25 = 25%)
Guru melekat 5 cip jalur 1 x 5 pada tapak PDF.
Guru bahagi 100 petak kepada 4 bahagian dengan pemisah. Murid diminta berbuat demikian. Guru menjelaskan:
“25 petak daripada 100 petak telah dilekat dengan cip berwarna. Ini adalah sama dengan 0.25.”
“Oleh itu, cip berwarna mengambil 25% daripada 100 petak pada tapak PDF.” “Oleh itu, 0.25 = 25%”
Penukaran perpuluhan kepada pecahan, DTF (Contoh: 0.50 = 2
4 )
Guru melekat 10 cip jalur 1 x 5 pada tapak PDF.
Guru bahagi 100 petak kepada 4 bahagian dengan pemisah. Murid diminta berbuat demikian. Guru menjelaskan:
“50 petak daripada 100 petak telah dilekat dengan cip berwarna. Ini adalah sama dengan 0.50.”
“Dalam 4 bahagian ada 2 bahagian yang berwarna.” “Oleh itu, 0.50 = 24 ” Penukaran pecahan kepada peratus,
FTP (Contoh: 𝟐𝟒 = 50%)
Guru melekat 10 cip jalur 1 x 5 pada tapak PDF.
Guru bahagi 100 petak kepada 4 bahagian dengan pemisah. Murid diminta berbuat demikian. Guru menjelaskan:
“Dalam 4 bahagian ada 2 bahagian yang berwarna.” “50 petak daripada 100 petak telah dilekat dengan cip berwarna. Ini adalah sama dengan 50%.” “Oleh itu, 50% = 2
4 = 50%” Penukaran pecahan kepada
perpuluhan, FTD (Contoh: 𝟐
𝟒 = 0.50)
Guru melekat 10 cip jalur 1 x 5 pada tapak PDF.
24
Guru bahagi 100 petak kepada 4 bahagian dengan pemisah. Murid diminta berbuat demikian. Guru menjelaskan:
“Dalam 4 bahagian ada 2 bahagian yang berwarna.” “50 petak daripada 100 petak
telah dilekat dengan cip berwarna. Ini adalah sama dengan 0.50.” “Oleh itu, 2
4 = 0.50” Penukaran daripada peratus kepada
perpuluhan, pecahan per seratus dan pecahan per sepuluh. (Contoh 30%, 0.30, 𝟑𝟎
𝟏𝟎𝟎 , 𝟑 𝟏𝟎)
Guru melekat 3 cip jalur 1 x 10 pada tapak PDF.
Guru bahagi 100 petak kepada 10 bahagian dengan pemisah. Murid diminta berbuat demikian. Guru menjelaskan:
“30 petak daripada 100 petak telah dilekat dengan cip berwarna. Ini adalah sama dengan 30%.”
“30 daripada 100 petak adalah sama dengan 0.30.”
“30 daripada 100 petak adalah sama dengan 30
100.”
“Dalam 10 bahagian ada 3 bahagian yang berwarna adalah sama dengan 3
10 . ” Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif
5.0 PROSES PELAKSANAAN INOVASI
Pelaksanaan inovasi PDF Converter ini mengambil masa selama lima bulan. Persediaan bermula pada bulan Oktober 2016. Proses pelaksanaan termasuk membuat tinjauan awal, merancang projek inovasi, menyediakan bahan inovasi, pelaksanaan inovasi kumpulan sasaran, dan penulisan laporan projek inovasi. Jadual 4 merumuskan proses pelaksanaan PDF Converter.
25
Jadual 4: Proses Pelaksanaan PDF Converter
Tarikh Proses Pelaksanaan
Oktober - November 2016
MEMBUAT TINJAUAN AWAL
- Menyemak sukatan pelajaran matematik tentang masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh murid-murid Tahun 3 bagi Topik Pecahan, Perpuluhan dan Peratus.
Januari 2017
MEREKACIPTA PRODUK INOVASI - Menyediakan PDF Converter; dan
- Menyediakan Prosedur Penggunaan PDF Converter
Februari 2017
MERANCANG PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DI SEKOLAH
- Memohon kebenaran Guru Besar SK untuk melaksanakan projek inovasi untuk kajian rintis .
- Berbincang dengan PK Kurikulum untuk menyediakan masa untuk melaksanakan projek inovasi di sekolah.
- Menyediakan bahan inovasi yang cukup untuk semua murid yang terlibat dalam projek inovasi.
8/3/17 9/3/17 10 – 12/3/17 14/3/17 15/3/17 15/3/17 15/3/17 PELAKSANAAN INOVASI DI SK
Pelaksanaan projek inovasi dengan menggunakan PDF
Converter untuk mengajar murid sekolah rendah Tahun 4 di SK.
(i) Mentadbir Ujian Pra (ii) Menyemak Ujian Pra
(iii) Menganalisis data-data dalam Ujian Pra
(iv) Mengajar murid lemah dalam matematik menyelesaikan soalan melibatkan penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan dengan menggunakan PDF Converter. (v) Mengajar murid menyelesaikan soalan menyelesaikan
soalan melibatkan penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan dengan menggunakan PDF Converter yang ditambahbaikkan.
(vi) Mengajar murid menyelesaikan soalan menyelesaikan soalan melibatkan penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan tanpa menggunakan PDF Converter yang ditambahbaikkan.
(vii) Mentadbir Ujian Pasca.
16 – 17/3/17
ANALISIS DATA
- Menyemak Ujian Pasca
- Menganalisis data-data dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. - Menganalisis dokumen berdasarkan setiap item dalam
Ujian Pra dan Ujian Pasca 18 – 26/
3/17
PENULISAN LAPORAN PROJEK INOVASI Penulisan laporan projek inovasi
26
6.0 PERBELANJAAN
Jadual 5 menunjukkan anggaran perbelanjaan yang digunakan untuk pembinaan produk inovasi ini. Walaupun kos yang digunakan adalah sebanyak RM406.05. Namun, PDF Converter ini boleh diguna pakai oleh sebanyak 30 orang murid pada masa yang sama. Maka anggaran kos perbelanjaan setiap orang murid hanya RM13.50 sahaja.
Jadual 5: Anggaran Perbelanjaan
Bil. Bahan Inovasi Harga
perunit (RM) kuan-titi Harga (RM) 1 Kit 16.85 1 16.85
2 Tapak PDF Converter Set Kelas bermagnet + Cip jalur bermagnet
23.00 1 23.00
3 Tapak PDF Converter Set Kumpulan + Cip jalur bermagnet
17.00 6 102.00
4 Tapak PDF Converter Set Individu + Cip Jalur bermagnet
8.00 30 240.00
5 Soalan Aktiviti Kumpulan dan Individu 0.50 12 6.00 6 Pen Marker 0.50 8 4.00 7 Pemadam 0.90 8 7.20 8 Kotak Simpanan 0.50 6 3.00 9 Manual Pengguna 2.00 1 2.00
10 Muka depan dan senarai kandungan
1.00 2 2.00
Jumlah Keseluruhan RM406.05
7.0 KEDUDUKAN SELEPAS INOVASI DILAKSANAKAN
Selepas inovasi dilaksanakan, beberapa kejayaan telah dicapai seperti berikut:
i. Tahap penguasaan murid pemulihan matematik dalam penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan telah Meningkat
Selepas inovasi dilaksanakan, hasil analisis keputusan Ujian Pasca menunjukkan bahawa tinggal seorang murid (2.6%) berada pada tahap penguasaan Belum Mencapai Tahap Minimum dan dua orang murid (5.1%) berada pada tahap Mencapai Tahap Minimum. Selain itu, empat orang murid (10.3%) berada pada tahap Baik.
27
Projek Inovasi ini adalah sangat berjaya kerana 82.1% murid telah mencapai tahap Cemerlang berbanding dengan Ujian Pra tiada murid (0%) yang memperolehi tahap ini. Ini menunjukkan bahawa penguasaan murid telah meningkat selepas inovasi dilaksanakan.
Secara keseluruhan, min skor telah meningkat iaitu dari 35.5 markah kepada 85.4 markah iaitu peningkatan sebanyak 140.56% daripada skor asal. Oleh itu, objektif pertama dalam projek inovasi ini telah tercapai. Rajah 3 berikut menunjukkan Carta palang bagi perbandingan antara tahap penguasaan murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Rajah 3: Carta Palang bagi Perbandingan Tahap Penguasaan Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
ii. Kemahiran-kemahiran menyelesaikan soalan-soalan melibatkan penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan yang dilakukan oleh murid pemulihan matematik telah meningkat
Berdasarkan analisis dokumen terhadap kemahiran-kemahiran menyelesaikan soalan-soalan melibatkan penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan yang dilakukan oleh murid pemulihan matematik dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca, didapati bahawa kesemua tujuh kemahiran yang diuji telah meningkat antara 46.15% hingga 76.93% (Sila rujuk Jadual 6). Selain itu, didapati bahawa dua
46.2 28.2 25.6 0 0 2.6 5.1 0 10.3 82.1 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90
PERBANDINGAN ANTARA TAHAP PENGUASAAN
MURID DALAM UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA
Ujian Pra Ujian Pasca
Per
28
kemahiran iaitu Penukaran Pecahan kepada Perpuluhan (0.0%) dan Penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan (0.0%) yang belum dikuasai oleh murid pemulihan matematik sebelum pelaksanaan inovasi juga telah meningkat sebanyak 46.15% dan 74.36% masing-masing. Oleh itu, Objektif kedua dalam projek inovasi ini telah tercapai.
Jadual 6: Perbandingan Peratus Murid Jawab Betul dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca Mengikut Kemahiran
KEMAHIRAN Ujian Pra Ujian Pasca Pening-katan ( % Murid Jawab Betul) % betul % betul Konsep Peratus (PC) 61.54% 87.18% 25.64% Konsep Perpuluhan (DC) 56.41% 87.18% 30.77% Konsep Pecahan (FC) 78.63% 89.74% 11.11% Penukaran Peratus kepada Perpuluhan
(PTD) 27.56% 90.39% 62.83%
Penukaran Peratus kepada Pecahan
(PTF) 5.13% 69.23% 64.10%
Penukaran Perpuluhan kepada Peratus
(DTP) 20.51% 97.44% 76.93%
Penukaran Perpuluhan kepada Pecahan
(DTF) 11.97% 88.46% 76.49%
Penukaran Pecahan kepada Peratus
(FTP) 27.57% 83.33% 55.76%
Penukaran Pecahan kepada Perpuluhan
(FTD) 0% 46.15% 46.15%
Penukaran antara Peratus, Perpuluhan
dan Pecahan (PDF) 0% 74.36% 74.36%
KEJAYAAN
iii. Pengurangan masalah-masalah yang dihadapi semasa menyelesaikan soalan-soalan melibatkan penukaran antara peratus, perpuluhan dan pecahan yang dilakukan oleh murid pemulihan matematik sekolah rendah
PDF Converter telah berjaya meningkatkan peratus penguasaan murid dalam penukaran antara tiga topik ini berbanding dengan keputusan dapatan sebelum pelaksanaan inovasi (sila rujuk Rajah 2 dan banding dengan Rajah 4).
29
Rajah 4: Carta Peratus Penguasaan Murid dalam Kemahiran Penukaran antara Pecahan, Perpuluhan dan Peratus Selepas Pelaksanaan Inovasi
KEJAYAAN
(i) Pengurangan kos operasi murid kerana 6 kumpulan atau 30 murid secara individu dapat menggunakan PDF Converter pada masa serentak.
(ii) Penjimatan masa murid kerana murid dapat menyelesaikan soalan melibatkan penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan dengan mudah, cepat dan jawapan tepat. Murid dapat belajar ketiga-tiga topik ini serentak.
(iii) Peningkatan hasil kerja murid kerana murid dapat menggunakan PDF Converter untuk memperolehi jawapan dengan tepat. Miskonsepsi-miskonsepsi yang dilakukan oleh murid dapat dikurangkan.
(iv) Bahan inovasi yang sangat sesuai digunakan oleh murid kerana ia direkabentuk khas berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah. Sesuai untuk semua tahap murid pemulihan matematik.
(v) Potensi tinggi untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran matematik kerana PDF Converter mengandungi pelbagai warna yang dapat mengekal minat murid terhadap menggunakannya.
(vi) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran aktif kerana penglibatan murid secara aktif sepanjang sesi pembelajaran samada secara kumpulan atau individu.
Pecahan Perpuluhan Peratus 46.15% 83.33% 90.39% 69.23% 88.46% 97.44% 87.18% 87.18% 89.74% Penuk aran P-D-F 74.36%
30
(vii) Kewujudan komunikasi berkesan antara guru dan murid berlaku sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, PDF Converter ini berjaya menghasilkan intervensi yang memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran bagi topik-topik yang dipelajari. Tidak dapat dinafikan penggunaan PDF Converter dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid dan kemahiran-kemahiran murid berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional (Chalk and talk). Produk inovasi ini juga berjaya menerapkan tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif di samping membentuk sahsiah dan keperibadian unggul selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif, dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Oleh yang demikian, pereka telah mencadangkan penggunaan PDF Converter untuk mengajar kemahiran-kemahiran penukaran antara Peratus, Perpuluhan dan Pecahan di peringkat sekolah rendah.
9.0 RUJUKAN
Chapman, K. 2006. National Centre of Excellence in the Teaching of Mathematics. https://www.ncetm.org.uk. Dimuat turun 20 Feb 2016.
NA. 2016. Jerome Bruner's Theory of Development: Discovery Learning & Representation. http://study.com/academy. Dimuat turun 25 March 2016.
Norfarhana Bt Mohamad Norizan. 2010. Diagnosis Kesalahan Lazim dalam Tajuk Pecahan di kalangan pelajar Tingkatan dua. UTM.
Piaget, J. 1983. Piaget's theory. In P. Mussen (ed). Handbook of Child Psychology. 4th edition. Vol. 1. New York: Wiley.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2014. Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 6. Kementerian Pendidikan Malaysia 2014. Qualifications and Curriculum Authority. 1999. The National Numeracy
31
TONGKAT SENSOR
Arun Bin Daud Madlaim Bin Ejib Mohd Eddy Bin Hj Piut Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
ABSTRAK
Inovasi ini merupakan satu alat bahan yang telah diubahsuai bertuujuan untuk membantu individu yang mempunyai masalah penglihatan iaitu buta dalam melaksanakan aktiviti Orientasi dan Mobiliti menggunakan tongkat panjang atau tongkat putih yang telah dipasang dengan alat sensor dan vevrate. Orientasi dan mobiliti ini melibatkan Pembelajaran Kooperatif, Pembelajaran Konstruktivisme serta Teori Kecergasan Pelbagai bagi memastikan pelajar bekerperluan khas masalah penglihatan dapat melaksanakan aktiviti orientasi dan mobiliti yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial. Hasil dapatan kajian kes menunjukkan peningkatan prestasi pelajar dalam komponen orientasi dan mobiliti dengan penggunaan tongkat sensorkat vevrate lebih berkesan berbanding daripada tongkat putih kerana sensorkat vevrate dapat memberi peringatan awal tentang halangan yang berada dihadapan. Ini memudah gambaran awal untuk individu masalah penglihatan memberi tempuan tentang halangan yang mungkin mereka hadapi.
1.0 PENDAHULUAN
“Guru hendaklah sentiasa mengemaskinikan pengetahuan dan menguasai kemahiran terkini, selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudahcara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar. Mereka perlu kreatif dan inovatif supaya sistem penyampaian P&P menarik dan menyeronokkan”
[Datin Asariah Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2009]
32
Berdasarkan pernyataan di atas, tongkat putih telah diinovasikan dengan pemasangan alat sensor dan alat vevrate untuk dijadikan satu kajian dalam aktiviti Orientasi dan Mobiliti untuk membuat perbezaan keberkesanan kefungsian penggunaan Tongkat Putih dan Tongkat sensorkat vevrate yang telah diinovasikan bagi melaksanakan latihan amali orientasi dan mobiliti kepada murid-murid masalah penglihatan khasnya buta.
Secara khususnya, projek ini telah dapat meningkatkan kemahiran murid-murid masalah penglihatan dalam menguasai aktiviti orientasi dan mobiliti menggunakan sensorkat vevrate. Menerusi kaji soalselidik persepsi pelajar IPG Kent, pensayarah IPG Kent, kaki tangan sokongan IPG Kent, cikgu program inklusif SMK Badin Tuaran, dan Cikgu pendidikan khas SRPK Putatan Tansau K.Kinabalu terhadap aktiviti orientasi dan mobiliti menunjukan Sensorkat vevrate dapat memberi maklumat lebih awal tentang halangan dihadapan, berbanding dengan Tongkat Putih semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran orientasi dan mobiliti.
Tiga kegunaan tongkat kepada individu masalah penglihatan khususnya yang buta ialah:
i. Memberikan perlindungan daripada sebarang halangan yang terletak dibahagian paras pinggang.
ii. Mengesan langkah/anak tangga/bendul/batas dan benda lain yang tidak sekata seperti batu, longkang dan lain-lain.
iii. Memberi maklum balas mengenai keadaan sesuatu permukaan. Penggunaan teknik tongkat yang betul, membantu individu buta berdikari dan bergerak bebas di dalam persekitaran mereka. Selain itu, penggunaan tongkat juga dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan akibat salah langkah.
Perkembangan Konsep dan Latihan Deria a) Perkembangan konsep dan latihan deria:
(i) Konsep dan tahap kepekaan terhadap kefahaman bentuk badan, arah, ruang, saiz, bentuk dan Iain-lain
- latihan menggunakan ruang (dalam dan luar bilik/bangunan), bentuk dan saiz objek yang berbeza serta kedudukannya
(ii) Kebolehan membezakan permukaan - kasar, halus, keras, licin. - latihan merasa / meraba dengan tangan, kaki dan tongkat untuk membezakan permukaan yang berlainan.
(iii) Kebolehan menggunakan deria-deria yang masih ada seperti sentuh (taktual), rasa, dengar/bunyi (auditori), bau (olfaktori), kinestetik (makanik pergerakan otot) dan Iain-lain
33
- latihan mengamati/mengklasifikasi bunyi, rasa, bau, permukaan yang berbeza dan pergerakan badan (body movement)
- latihan menentukan pergerakan kenderaan di sekeliling (latihan melintas jalan)
2.0 Definisi dan terminologi / istilah.
a) Orientasi: Proses mempergunakan deria yang masih ada bagi seseorang itu untuk menetapkan/menentukan kedudukannya dengan objek-objek di sekeliling.
b) Mobiliri: Kesanggupan, persediaan dan kebolehan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan selamat.
c) Landmark: Tanda atau petunjuk biasa/kekal seperti objek, bunyi, bau, suhu, permukaan yang mudah dikenali untuk membantu menetapkan kedudukan/arah. Contoh: bangunan, pofcok, cahaya matahari, bunyi air sungai. (Kadangkala landmark boleh menjadi petunjuk/tanda tidak kekal)
d) Clue: Tanda atau petunjuk yang boleh berubah yang digunakan untuk menentukan kedudukan atau arah. Contoh: pengetahuan/pengalaman tentang bunyi, bau, suhu, permukaan.
e) Shoreline: Garistepi jalan, rumput, bangunan, kerb dll yang berterusan memisahkan dua permukaan untuk panduan bergerak dengan atau tanpa menggunakan tongkat.
f)Trailing:Teknik menyusur menggunakan hujung jari tangan di permukaan dinding/pagar untuk bergerak ke depan.
g) Veering: Menyimpang/keluar dari arah/hala yang dituju. h) Squaring off/up: Cara-cara menetapkan hala/menentukan arah. i) Kinesthetic sense: Kebolehan membuat pengamatan tentang kedudukan, tekanan, pergerakan bahagian-bahagian badan (Mekanik pergerakan otot)
3.0 Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan
Tongkat Putih adalah salah satu alat keperluan yang penting bagi pelajar pendidikan khas masalah penglihatan yang digunakan setiap hari dalam aktiviti orientasi dan mobiliti. Tongkat panjang atau tongkat putih yang ada masa ini merupakan tongkat konvensional yang umumnya diguna pakai oleh murid-murid yang mempunya masalah penglihatan iaitu buta dimana tongkat tersebut memberikan maklumbalas ketika bagian hujung tongkat mengenai suatu objek atau halangan yang berada di hadapannya dimana objek dan halangan tersebut masih berada dalam jangkauan hujung tongkat. Tongkat tersebut tidak dapat memberikan suatu maklum balas pada pengguna jika objek dan halangan tersebut diluar dari jangkauan hujung tongkat. Sehingga individu yang mempunyai masalah penglihatan tidak dapat membuat andaian dan