Ibu bapa Komunit
20 XEE3318 SMK DT PG.
ABDULLAH 3A Ada Ya Ada
Tiada
OC belum dikeluarkan
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
54
Isu-Isu kritikal di Daerah Semporna yang perlu ditangani secepat mungkin adalah seperti berikut:1. Kurang opsyen guru Bahasa Inggeris
2. Pencapaian dalam LINUS
Hasrat semua pelajar prasekolah melepasi LINUS, namun untuk Tahun 1 2013, seramai 1,120 pelajar tidak lepas, dan Tahun 2 2013, seramai 1,240 pelajar tidak lepas
Statistik ini amat tidak membanggakan, tetapi PPD Semporna mempunyai bilangan kedua terbanyak murid-murid LINUS selepas Kota Kinabalu.
3. Pencapaian rendah dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM
Dalam tahun 2013, untuk peperiksaan UPSR dan PMR, PPD Semporna mendapat kedudukan 23 daripada 24, manakala untuk SPM 24 daripada 24.
Pada tahun 2012, seramai lima pelajar mendapat 5A dalam UPSR. Pada tahun 2013, bilangan pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR meningkat, iaitu seramai 15 pelajar.
PPD Semporna sudah memulakan program apresiasi kecemerlangan. Hadiah diberi kepada pelajar yang berjaya dalam UPSR (5A – RM500) dan PMR, SPM (8A dan ke atas – RM1000), STPM (4P – RM1,500).
Dari segi penglibatan ibu bapa: ibu bapa diminta menandatangani “AKU JANJI” agar anak-anak terus berjaya. Anak-anak guru juga diberi motivasi.
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
55
4. Kewangan
5. Infrakstruktur sekolah dan kemudahan: daripada 41
buah sekolah rendah, hanya 7 buah dibina daripada konkrit dan yang lain, papan.
6. Sekolah-sekolah di pulau: bahan-bahan bacaan di
perpustakaan sangat kurang – mungkin menyumbang kepada ketidakmenjadian anak-anak di pulau-pulau.
7. Bilik pengurusan GB/pengetua: macam stor.
8. 50% ponteng dari sekolah, mungkin kerana jauh dari
kampung dan mahal bayar tambang untuk kereta sapu. PPD Semporna sudah memohon peruntukan untuk membina dua buah sekolah menengah – SMK Palembang di Pulau Bum-Bum dan SMK Bandar Semporna (tanah sudah dibayar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia).
9. Tiada pengangkutan awam di Semporna: kos anak-
anak ke sekolah sangat tinggi. Terdapat hanya ada satu bas sekolah kuning di Semporna.
Perbincangan Terbuka: Sesi Soal Jawab
Soalan 1
a) Dalam data yang dibentangkan oleh Cik Badariah
tentang jenis mata pelajaran yang membantu para pelajar faham atau tidak faham berkaitan agama, tiada ada maklumat tentang agama pelajar sendiri. Maklumat ini akan membantu memberitahu apakah
56
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabahlatar belakang pelajar sendiri yang memilih subjek A, B atau C.
b) Subjek-subjek yang membantu para pelajar faham
tentang kaum dan negeri adalah Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Kajian Tempatan (KT). Di
peringkat sekolah menengah, rating tinggi diberi
kepada Sejarah. Ini menunjukkan pelajar mula meminati Sejarah. Kementerian Pendidikan Malaysia harus melatih guru-guru Sejarah agar minat pelajar bertambah. Begitu dengan mata pelajaran KT.
c) Pelajar-pelajar faham tentang kaum dan negeri
melalui guru dan ibu bapa menunjukkan pelajar-
pelajar colour blind, boleh berkawan dengan semua
orang, tidak ada syak wasangka atau tidak ada perasaan tidak selesa duduk/makan bersama.
d) Cita-cita pelajar hendak jadi guru kerana itulah
profesyen yang dia nampak buat pertama kali (idola) – penting untuk guru menyedar ini. Bagi kanak-kanak
stateless, mereka hendak ikut bapa jadi nelayan, oleh
itu perlu beri kemahiran kepada mereka untuk menjadi nelayan yang baik – jadi suatu profesyen dan
kemahiran untuk terus hidup (survival skills).
e) Saya mengucapkan syabas kepada Jabatan
Pendidikan Sabah (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna atas anjakan prestasi. Saya mengesyorkan Rukun Tetangga dalam program kemasyarakatannya, selain daripada gotong royong, boleh memberi pendidikan bukan formal untuk anak- anak yang menduduki peperiksaan penting, seperti tuisyen oleh abang/kakak asal Semporna yang telah
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
57
masuk IPT. Mereka boleh menjadi teladan kepada anak-anak yang masih di bangku sekolah.Jawapan Cik Badariah kepada Soalan 1
Saya akan masukkan data agama pelajar.
Soalan 2
a) Sikap guru juga menyumbang kepada prestasi
akademik pelajar
b) Pada hari Selasa, 25 Februari yang lalu, ada
mesyuarat LINUS. LINUS adalah pendidikan asas
literacy dan numeracy. Kelemahan literacy dan
numeracy lebih berasal daripada pendidikan
prasekolah. Terdapat terlalu banyak jenis prasekolah –
SK ada prasekolah; SJKC ada tadika. Ada taska, taski,
tabika, KEMAS. Sepatutnya harus selaraskan nama- nama prasekolah dan patut dipantau oleh JPNS, dan diberi standard kurikulum kepada semua prasekolah
c) Lebih daripada 1,000 pelajar terkandas LINUS (able to
read and able to count). Umur 7 tahun, iaitu Tahun 1
tidak menguasai ABC dan 123, disebabkan realiti
pendidikan prasekolah yang tidak ada standard kurikulum. Setiap prasekolah mengajar kurikulum masing-masing.
d) Prasekolah bermasalah sebab pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah tidak beri asas kukuh dan mencukupi untuk Tahun 1.
e) LINUS yang ditetapkan oleh KPM adalah salah satu
daripada NKRA. Tapi hanya dua bulan - Januari dan Februari - tidak cukup masa untuk murid-murid
58
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabahmeningkat prestasi. Tiada kerjasama antara
prasekolah dan SK/SJKC. Diharap ada kesinambungan
Prasekolah ke Tahun 1 di mana murid-murid sudah ada asas literasi bila melangkah ke Tahun 1.
Soalan 3
Di Malaysia, ada RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan) dan sekolah wawasan untuk memupuk perpaduan antara murid berbilang kaum. Apakah sistem pendidikan terbaik?
Jawapan Prof. Dr. Ong kepada Soalan 3
Di dalam dewan ini, ada kepelbagaian dari segi organisasi atau institusi yang diwakilkan – UKM, UNIMAS, UMS, MMU, JPN Sabah, PPD Semporna, Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, NGO ‘School of Hope’,
NGO HUMANA, NGO PKPKM, JPNIN, IKLIN dan Ketua Kampung. Masing-masing mempunyai aspirasi pendidikan untuk kumpulan penduduk Malaysia tertentu, dan masing- masing berusaha merealisasikan aspirasi ini.
Pendidikan di Malaysia sentiasa tertakluk kepada
perhatian orang ramai, khususnya pihak berkuasa, dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia terkini (2013- 2025) menunjukkan pendidikan begitu penting sebagai sumber perpaduan, dan belum diketemui lagi satu pemikiran dan dasar yang dapat menyelesaikan masalah pendidikan di Malaysia. Sebab itulah kita masih mengadakan RTD sebegini.
Oleh kerana Malaysia mempunyai demografi yang kompleks, selalu ditanyakan apakah sistem pendidikan Malaysia perlu pendidikan satu aliran (satu bahasa
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
59
pengantar) atau pelbagai aliran yang merangkumi bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar?Di sekolah-sekolah SJKC di Kelantan dan Sabah, ada lebih
ramai pelajar bukan Cina daripada pelajar Cina. Di SJKT,
hampir semua pelajar berbangsa Tamil. Tidak kira apa jua jenis sekolah, yang penting adalah apakah pelajar dapat belajar tentang realiti keadaan kependudukan Malaysia? Adakah pelajar mempunyai peluang berinteraksi melalui anjuran aktiviti di luar sekolah? Adakah sekolah dan pendidikan membolehkan pelajar belajar empat prinsip hidup: belajar untuk tambah ilmu, belajar untuk menjadi orang baik, belajar untuk bertindak mengikut nilai kemanusiaan, belajar untuk hidup bersama dengan orang lain?
Jawapan Dr. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Ketua
Sektor Akademik, JPN Sabah kepada Soalan 3
Akan diumumkan nanti Sejarah akan merupakan subjek mesti lulus di peringkat SPM. Sejarah penting dalam konteks perpaduan negara – semangat cinta negara. Sekolah bukan sahaja lonjak potensi pelajar dalam bidang ilmu, kerana tidak bermakna kalau negara tidak aman dan damai. Ilmu sepatutnya memakmurkan negara. Kalau ilmu membina konflik negara, seperti menjadikan
pelajar racist, tidak guna ada ilmu. Kerana ada isu
perkauman, semua akan roboh. Dasar pendidikan dari zaman British lagi dan kesemua Laporan/Penyata mencatat perpaduan sebagai salah satu aspirasi proses pendidikan.
60
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah Terdapat lima aspirasi sistem pendidikan: akses (access) pada pendidikan (tidak kira di
gunung, di pulau, di pendalaman) - demokrasi pendidikan
kualiti (quality)– anak-anak boleh bersaing di
landasan sedunia – knowledge power, science
power
ekuiti (equity)– beri peluang semua, rapatkan
jurang – untuk jaga keharmonian. KPM tidak berupaya menyediakan prasekolah untuk semua
perpaduan (unity)– kurikulum dan ko-kurikulum.
Perbezaan dilihat sebagai satu keunikan – jangan
dihighlight untuk berpecah. Orang Malaysia – satu
gagasan besar – satu keunikan
Keberkesanan (efficiency) – hasil pembelajaran
pelajar dimaksimumkan dalam lingkungan bajet
Jawapan Hj. Raduan Hj. Abd. Rahman, Pengarah, PPD
Semporna kepada Soalan 4
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2015, ada 6 aspirasi pelajar, iaitu
Berilmu (Knowledge)
Kemahiran Berfikir (Thinking Skills)
Kemahiran Kepimpinan (Leadership Skills)
Etik dan Kerohanian (Ethics and Spirituality)
Kompetensi dwibahasa (Bilingual Proficiency)
Identiti nasional (National Identity)
Peranan NGO membantu meningkatkan/membaiki kualiti pendidikan, contohnya Majlis Permuafakatan PIBG Daerah Semporna berusaha untuk membangunkan semangat ibu bapa supaya mereka akan memastikan anak-anak mereka belajar selama 2-3 jam sehari (pelajar UPSR) dan 3-5 jam sehari untuk pelajar PMR dan SPM.
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
61
Soalan 4
Di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul, terdapat 250 orang murid yang merupakan anak-anak orang Malaysia yang berbangsa Bugis dan Bajau. Di Pulau Mabul, ada seramai 270 orang murid yang tidak ada surat lahir dan ada yang tiada ibu dan ayah. Anak-anak ini merupakan generasi kelima yang menetap di Pulau Mabul sejak 1970. Apakah peluang anak-anak ini untuk mendapat pendidikan?
Soalan 5
Kepimpinan komuniti amat risau tentang keadaan yang sedang berlaku. Kita biasa dihidang dengan berita serangan dan bom di sana sini. Kuncinya ialah perpaduan. Komen daripada seorang peserta tadi condong kepada keselamatan negeri dan negara. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) harus memberi sudut/ruang (bukan satu keistimewaan) kepada kanak-kanak yang tidak ada dokumen sahih. Kita sudah lihat sindrom anak-anak jalanan, hari ini boleh dikira bilangan, nanti di masa depan? Anak-anak jalanan membesar tanpa pendidikan, tanpa sivik, apakah akan jadi? Kita beria-ia untuk condong kepada keagamaan, tetapi sebelah tangan yang
lain, ia condong ke keganasan. NGO memberi
perkhidmatan terhad. Di Pulau Mabul ada, di pulau lain tiada.
Komen Encik Salasa Mohd Sabar, Guru Besar Cemerlang, SK Berpusat Pulau Bum-Bum
Sistem pendidikan Malaysia ialah satu sistem terbaik kerana ia disusun dengan rapi untuk perkembangan anak- anak secara JERI (jasmani, emosi, rohani, intelek). Hanya implementasinya adalah tidak konsisten dan berubah-
62
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabahprasekolah dari segi tambah bilangan, naik taraf guru dan penyetaraan kurikulum, pelaksanaannya tidak 100%.
Jawapan Dr. Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim, Ketua
Sektor Akademik, JPN Sabah
Peluang pendidikan diberikan kepada semua warganegara dan tidak kepada yang bukan warganegara. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan NGO tertentu untuk memberi pendidikan. Anak-anak jalanan tidak ada dokumen. Kalau hantar balik, mereka tidak akan diterima oleh Filipina dan Indonesia. Sekolah-sekolah yang ada sekarang tidak muat anak-anak Malaysia sendiripun. Oleh itu, kena jaga dasar KPM dan sistem supaya tidak sebarangan orang boleh masuk.
Jawapan Hj. Raduan Hj. Abd. Rahman, Pengarah, PPD
Semporna
Isu pendidikan untuk kanak-kanak tiada dokumen lengkap di Pulau Mabul dan Semporna adalah berkait dengan dasar KPM. JPN Sabah memberi ruang kepada NGO untuk membina sekolah swasta untuk anak-anak tersebut. Diharap pihak NGO dapat mengumpul, memproses dan menghantar data tentang anak-anak ini kepada JPN untuk diproses. Bagi anak-anak yang memenuhi syarat yang diperlukan, JPN akan memberi kelulusan pada kes-kes tertentu untuk masuk sekolah kerajaan.
Salah satu sebab prestasi Sabah yang rendah dalam LINUS ialah anak-anak yang berumur 8 tahun dan tidak pernah masuk sekolah akan dimasukkan terus ke dalam kelas Tahun 2. Kes-kes ini menyumbang kepada prestasi dan statistik LINUS kerana murid-murid ini tiada asas literasi.
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
63
Atas semangat kemanusiaan, Yayasan Guru Malaysia membayar gaji guru-guru untuk mengajar anak-anak ini. Anak-anak ini sekiranya membesar tanpa nilai-nilai murni, akan menyumbang kepada masalah perpaduan dan keselamatan.PEMBENTANGAN SESI PETANG: Pengalaman Pendidikan NGO
En. Stanley Sie – Pengasas dan Pengurus of School
of Hope, Mabul Kids Education Society
Latar belakang Mabul Kids Education Society, Pulau Mabul
Pulau Mabul, 45 minit dari Semporna, ialah suatu destinasi bercuti dan menyelam yang sangat cantik. Kebanyakan para pelancong adalah penyelam dari luar Malaysia. Pulau Sipadan, 25 KM dari Pulau Mabul, adalah destinasi menyelam yang ketiga paling baik di dunia. Populasi Pulau Mabul: Kira-kira 3,000 orang pada tahun 2012. Hampir 750 adalah kanak-kanak.
Kadar kelahiran: 40-50 setahun. Kadar kematian: 20-30 setahun.
Suku kaum: Suluk (nelayan), Bajau Laut (sea gypsy,
nelayan yang bersifat nomad dan ikut angin) Asal usul: Filipina Selatan
Agama: Islam
Sejarah
Penduduk di Pulau Mabul datang ke Pulau Mabul sekitar 1970-an kerana peperangan di kampung asal dan ingin
64
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabahmencari kehidupan. Mereka memilih untuk terus
menginap di Pulau Mabul selepas perang. Mereka hidup dengan aman dan damai dan boleh menyara keluarga dengan pendapatan sebanyak RM300-500 sebulan.
Kira-kira 85% penduduk tiada asal negara (stateless),
iaitu tiada sijil kelahiran, akses kepada pendidikan, rawatan perubatan atau kesihatan, dan sokongan dari apa-apa institusi.
Sekolah Harapan Mabul (School of Hope), kini dikenali
sebagai Mabul Kids Education Society
Sekolah ini bermula dengan harapan ringkas untuk:
memberi balik (menyumbang kembali) kepada
masyarakat yang kami tinggal bersama
membekalkan pendidikan asas kepada kanak-
kanak
memberi harapan kepada kanak-kanak untuk
masa hadapan mereka
Kanak-kanak stateless di Pulau Mabul setiap hari bermain
dengan pasir dan sampah, naik perahu kecil dan tiada peluang untuk pergi ke sekolah kerana tiada dokumen yang diperlukan.
Sekolah Harapan Mabul telah mula operasi 4 tahun dahulu (2010).
Dalam tahun 2010, ada 3 orang kanak-kanak dan dalam kelas ada satu lampu dan tiada meja dan kerusi. Guru menggunakan kapur untuk tulis di papan hijau.
Pada tahun 2011, kelas diadakan di bawah masjid dan sebuah generator dipasang.
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
65
Pada tahun 2013, ada 80 orang kanak-kanak. Dengan dana daripada para penaja, sekolah diperbaiki, ubahsuai dan tambah baik dengan lebih lampu, ada meja dan kerusi, ruang perpustakaan dengan buku-buku yang diderma dan komputer-komputer.Ada seorang guru yang digajikan oleh Sekolah Harapan dan seorang guru sukarelawan dari sebuah resort yang berhampiran. Sekolah dibuka setiap hari (kecuali hari Jumaat) untuk satu jam, dari pukul 8.00-9.00 malam. Hanya empat mata pelajaran diajar – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Seni Lukis & Kraf Tangan. Selain itu, kanak-kanak diberi rawatan perubatan yang asas seperti pergigian, mata dan kesihatan am oleh doktor-doktor dari NGO antarabangsa. Seorang jururawat terlatih (Kak Neng, Filipina) yang menginap di Pulau Mabul mengajar kanak-kanak bagaimana untuk menjaga gigi dan kesihatan, serta memberi ubat cacing. Seorang doktor gigi yang sudah bersara, Dr Paul, sering memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada kanak-kanak. Di Pulau Mabul, tidak ada klinik; hanya ada seorang bidan.
Tajaan
Tajaan kewangan untuk Sekolah Harapan Mabul adalah
daripada individu-individu dan organisasi-organisasi
swasta. Bantuan dan sokongan juga diperolehi daripada
pengendali-pengendali resort atau perniagaan hospitality
di Semporna dan Sabah. Para sukarelawan adalah daripada orang-orang tempatan dan luar negara.
66
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk SabahFalsafah
Malcolm X: Education is the passport to the future.
Sekolah Harapan Mabul (A case for HOPE) memberi peluang kepada kanak-kanak di Pulau Mabul untuk hidup seperti anak-anak lain dan pergi ke sekolah. Mereka mempunyai harapan untuk pergi ke sekolah swasta dan melanjutkan pelajaran di universiti. Kanak-kanak ini boleh membesar menjadi orang berguna dan menyara hidup masing-masing dan untuk keluarga mereka. Sekolah ini memberi harapan untuk masa hadapan yang lebih baik.
Rancangan masa hadapan
Atas keinginan untuk memberi masyarakat tempatan suatu harapan untuk masa hadapan yang lebih baik, ada rancangan berikut:
Satu klinik untuk rawatan perubatan dan bersalin
asas
Panel solar untuk tenaga elektrik bagi
mengurangkan pencemaran dari generator yang menggunakan petrol
Air yang dirawat dari tanah besar kerana penduduk
kini menggunakan air yang tidak dirawat dari perigi. Kini ada projek yang ditaja oleh Yayasan Islam untuk mengepam dan menapis air perigi melalui tenaga solar.
Program kesedaran dan pendidikan dalam
kebersihan peribadi dan sanitasi (tiada tandas)
The least we coud do is to give hope to the children of Mabul and we can do this through education and love – Stanley Sie.
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
67
En. Daud Bayan, Pengerusi Persatuan Kebajikan
Pendidikan Kanak-kanak Miskin (PKPKM) [Society for
the Education of Underprivileged Children in Sabah] Misi
Misi PKPKM adalah sama dengan School of Hope yang
ditubuhkan oleh En. Stanley, iaitu membekalkan
pendidikan kepada kanak-kanak miskin dan stateless
yang tiada akses kepada sekolah kerajaan di Pantai Timur Sabah berhampiran dengan Semporna dan Lahad Datu. Dalam memberi pendidikan asas, kanak-kanak ini termasuk kanak-kanak dari masyarakat Bajau Laut, diberi harapan untuk masa hadapan yang lebih baik. Masyarakat Bajau Laut adalah orang yang paling maritim di dunia dan mereka biasa hidup di atas laut. Oleh kerana mereka bersifat nomadik di lautan di antara Malaysia, Filipina dan Indonesia, kebanyakan mereka tiada asal usul negara
(remain stateless) dan tanpa bukti kenegaraan, anak-
anak mereka tidak mempunyai akses ke sekolah dan rawatan perubatan. Tradisi hidup mereka terancam daripada sistem perikanan moden, kerosakan terumbu karang dan sekatan kepada pergerakan mereka di laut.
Kurikulum
Sekolah PKPKM adalah satu-satunya akses anak-anak ini kepada pendidikan. Mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains diajar selain daripada sukan, seni dan perlindungan alam sekitar semula jadi. Kanak-kanak belajar memelihara kehidupan marin yang paling kaya di terumbu karang di sekitar Semporna dan Pantai Timur Sabah dengan kolaborasi WWF Malaysia.
68
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk SabahPeluang belajar ini menjauhi kanak-kanak dari menjadi anak jalanan, jenayah dan aktiviti-aktiviti lain yang merosakkan.
Bilangan kanak-kanak
Pusat pembelajaran yang baru ditubuhkan di Semporna mempunyai lebih daripada 250 orang kanak-kanak yang tidak mempunyai akses kepada sekolah kerajaan. Di Lahad Datu, terdapat 100 anak Bajau Laut dan anak-anak
stateless yang lain.
Tajaan
Kedutaan Finland memberi geran untuk memulakan Unit-
Unit Pengajaran Bergerak untuk anak-anak stateless di
kampung-kampung sekitar Semporna, seperti di Kampung Halo. Unit-Unit Bergerak ini sedang membekalkan asas pendidikan dan literasi kepada 300 kanak-kanak lain, selari dengan Dasar Pendidikan Malaysia untuk memberi akses pendidikan kepada semua dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. Tajaan kewangan dan bahan juga diterima daripada orang-orang individu dan agensi-agensi yang lain.
En. Azmal bin Amil, Guru, HUMANA Child Aid Society
Pusat Bimbingan Kanak-Kanak HUMANA di daerah Semporna
Terdapat dua buah pusat bimbingan kanak-kanak HUMANA di daerah Semporna, iaitu di Ladang Nam Hing, Semporna dan sebuah lagi di Pulau Bum-Bum.
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk Sabah
69
Pusat Bimbingan Kanak-Kanak HUMANA, Tanjung Baru, Pulau Bum-Bum juga dikenali sebagai ‘Lill Babs LearningCentre’. Pusat ini dibuka pada Mei 2009 dengan hanya
enam orang murid. Antara sebab kenapa tidak ramai murid yang daftar: ada kanak-kanak takut datang ke sekolah, ada ibu bapa tidak mampu, ada yang ikut ibu bapa ke laut, dan ada yang ibu bapa fikir anak mereka sudah pandai cari duit dan tidak payah belajar.
Kebanyakan ibu bapa menggunakan dokumen LEPA (dokumen untuk Bajau Laut) tetapi kira-kira 10% tiada dokumen apa-apa.
Terdapat lapan orang guru, kesemuanya orang tempatan. Populasi pelajar seramai 400 kanak-kanak berumur antara 5 – 17 tahun, namun semuanya sekolah rendah. Tahap pendidikan tidak mengikut umur, sebagai contoh, di tadika, ada murid berumur 16 tahun, kerana masih tidak mengenal huruf.
Ada dua sidang: sidang pagi, pukul 11.30, dan sidang petang, pukul 12.00 hingga 4.00.
Di Pulau Bum-Bum, terdapat empat orang guru di sidang pagi dan empat orang guru di sidang petang. Terdapat lima buah kelas, di mana setiap kelas mempunyai sekurang-kurang tiga aras. Ini bermakna seorang guru mengajar tiga aras pada sesuatu masa.
Di Pusat Bimbingan Kanak-Kanak HUMANA, Ladang Nam Hing, terdapat dua orang guru Filipina dan dua orang guru tempatan.
70
Pendidikan untuk Kesepaduan Sosial: Isu-isu Berbangkit untuk SabahKurikulum
Kurikulum mengikut sukatan pelajaran sekolah kerajaan.
Perbincangan Terbuka: Sesi Soal-jawab