BILA DITANYAKAN TENTANG DALIL- LEBIH BAIK KITA DIAM
Para sahabat r.a bila ditanyai oleh Rasulullah s.a.w akan menjawab “ hanya Allah dan Rasul yang mengetahui “. Ini bukan bermakna mereka tidak tahu , Cuma darjah pengetahuan mereka jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w , apa lagi Allah s.w.t. Pada zaman sekarang , pendalilan menjadi perkara utama untuk menegakkan sesuatu pemahaman atau menguatkan hujjah dan keyakinan. Zaman orang berfikir, dalil menjadi senjata utama untuk “menang” dalam sesuatu penghujahan , malah wujud fatwa dan counter-fatwa untuk memperbaiki sesuatu fatwa. Jadi, titik tolak penerimaan adalah dalil. Manusia pandai akan memperbaiki dalil dan hujjahnya untuk sampai demi menyelesaikan sesuatu kerumitan. Dalam zaman moden yang semakin memperdalami dan menyebarluaskan pemahaman tasawuf masyarakatnya , khasnya di Barat , dalil menjadi semacam logic dan dialectic untuk mencapai keyakinan dan seterusnya keimanan. Malah kadang-kadang “diri ruhani” atau “diri dalam” atau “diri yang empunya diri” tiba-tiba muncul untuk melantunkan soalan “apa dalilnya” bagi sesuatu kenyataan , baik kenyataan itu datang dari kawan, ustaz, guru atau mahaguru dan mursyidnya. Mereka yang kasyaf tidak “berani” untuk menjawab soalan itu jika diajukan pun, sebab dia tahu “ diri dalaman “ itu mengetahui segala-galanya, bagaimana hujjahnya dapat disangkal? Jadi, dalam keadaan ini , khasnya jika hanya diri yang jasad ini (berdasarkan otak sahaja) untuk menjawab , lebih baik diam , melainkan diri dalaman dapat menyamaikan hujah demi perbincangan dengan diri dalaman si-penanya.
malaikatnya. Mengapa demikian? Sebab dengan mengatakan “jangan kau cabar aku tentang dalil” sebenarnya dia mencabar Allah s.w.t , sebab SEMUA ILMU ADALAH BERDASARKAN DALIL . Dan dalil itu datang dan diilhamkan dan disampaikan oleh Allah s.w.t sebagai satu bentuk kebenaran baik dalam keadaan jelas (seperti wahyu) atau samar (seperti ilham Rabbani dan ilmu ladunni).
Mungkin dalam berwhattsapp atau ber FB tiba-tiba diri dalam muncul dan melantunan permohonan/persoalan tentang dalil agama. Tiba-tiba ada rakannya menjawab “kau jangan mencabar aku dalam persoalan dalil” , walhal dalil akan membantu seseorang atau sekumpulan orang untuk memperbaiki keadaan amalan dan pemahaman agamanya, maka orang ini terkutuk oleh Allah s.w.t dan malaikatnya, sebab yang dia cabar itu ( walhal dia claim orang itu mencabarnya tanpa dia mengetahuinya yang mencabarnya “diri dalam” kawannya itu) adalah Alah s..t sendiri . Oleh itu, lebih baik dia diam dan tidak menjawab bila diminta dalil. Kalau dia dapat “berinteraksi” dengan diri dalamnya sendiri pasti dia boleh mengeluarkan dalil dan hujjah yang selari seperti yang kehendaki daripada soalan yang ditanyai oleh diri dalaman rakannya itu.