• Tidak ada hasil yang ditemukan

APA ITU PENULISAN AKADEMIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "APA ITU PENULISAN AKADEMIK"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

APA ITU PENULISAN AKADEMIK

Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah dan saintifik. Ia merupakan satu bentuk penulisan formal yang bersifat objektif untuk mempersembahan sesuatu kajian atau konsep yang melibatkan penulis untuk merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti. Penulisan akademik bukanlah penulisan yang berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada pengalaman. Ianya melibatkan kajian secara teratur dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangkan. Ciri-ciri di dalam penulisan akademik adalah :

(a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik.

(b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.

(c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.

(d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis.

(e) Penulisan menggunakan bahasa formal, tatabahasa yang betul, ilmiah dan jelas. (f) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.

(g) Penulisan akademik tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab dan pengertian sesuatu masalah/persoalan.

(h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.

(i) Penulisan akademik tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam penulisan akademik akan membiarkan fakta berbicara sendiri.

(j) Penulisan akademik tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif,

argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang berdiri/berbicara sendiri.

(k) Penulisan akademik tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan merosakkan tujuan penulisan akademik. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri.

(2)

i. Pengumpulan data dan fakta ii. Pengamatan data dan fakta iii. Pemilihan data dan fakta iv. Penggolongan data dan fakta v. Penafsiran data dan fakta vi. Kesimpulan umum

vii. Perumusan hipotesis

iix. Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris

ix. Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis x. Perumusan teori ilmu pengetahuan

xi. Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis dan disertasi.

Esei Ilmiah

Merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif. Terdiri daripada tiga bahagian iaitu, pendahuluan, isi, dan penutup.

Kertas Kerja

Penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengkel, konvensyen dan sebagainya.

Laporan Kajian

(3)

Tesis

Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel.

Disertasi

Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você.

DISEDIAKAN OLEH: ZULIMAH BT MUKID

PENTADBIRAN PENDIDIKAN FAKULTI PENDIDIKAN

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan karangan argumentasi adalah berusaha meyakinkan pembaca akan kebenaran pendapat pengarang.Tahapan menulis karangan argumentasi, yaitu menentukan tema atau topik

Elektroplating (electroplating) atau lapis listrik atau penyepuhan merupakan salah satu proses pelapisan bahan padat dengan lapisan logam menggunakan bantuan arus.. listrik

Badan Usaha Milik Desa, yang biasa dikenal dengan BUMDes, adalah badan usaha yang seluruh atau sebagian besar modalnya dimiliki oleh Desa melalui penyertaan secara langsung yang

• KARYA ILMIAH MERUPAKAN KARYA TULIS DISUSUN BERDASARKAN KARANGAN, PERNYATAAN, ATAU GAGASAN ORANG LAIN YANG MENYAJIKAN DATA DAN FAKTA HASIL PENELITIAN ATAU PENGKAJIAN..

Prinsip intersection : Menentukan posisi suatu titik (benda) di peta dengan menggunakan dua atau lebih tanda medan yang dikenali di lapangan. Intersection digunakan

informasi yang relevan dengan topik atau masalah yang akan atau sedang diteliti. Informasi itu dapat diperoleh dari buku-buku ilmiah, laporan penelitian, karangan

Oleh karenanya, kamu perlu memastikan bahwa pelanggan sudah melalui tahapan yang kuat hingga akhirnya membeli produk atau jasamu.. Nah, itulah yang disebut dengan customer

HAKIKAT CERITA PENDEK Dalam KBBI cerita merupakan tuturan yang membentangkan bagaimana terjadinya suatu hal peristiwa, kejadian, dan sebagainya atau karangan yang menuturkan