• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 1- Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bab 1- Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Bab 1

Revolusi Keusahawanan

Bab 2

Keusahawanan: Konsep yang Terus Berubah

Bab 3

Ekonomi, Persekitaran dan Keusahawanan

Bab 4

Keusahawanan dalaman: Membangunkan Keusahawanan Korporat

B A H A G I A N

K e u s a h a w a n a n

D i A b a d K e 21

(2)
(3)

3 ekayaan dibina oleh pelaku di dalam suatu arena di mana mereka

bergelumang dengan kekotoran, debu, darah dan peluh. Mereka adalah pengeluar yang berjuang bersendirian, mereka benar-benar mengenali bidang mereka, melakukan pengorbanan yang besar serta mereka bekerja melebihi kekuatan untuk suatu tujuan yang berbaloi. Tanpa pengecualian, jumlah kegagalan mereka lebih daripada kejayaan serta mereka amat menghargai dan memahami kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan secara bersendirian. Tetapi apabila pengeluar ini gagal, sekurang-kurangnya mereka gagal dengan penuh gaya dan penghormatan, naluri mereka mengenali bahawa kegagalan itu cuma sebagai tempat istirehat untuk sementara waktu bukannya tempat untuk dihabiskan disepanjang hayat. Tempat mereka tidak pernah bersama dengan jiwa yang kosong yang tidak kenal sama ada kejayaan mahu pun kegagalan, mereka sentiasa menerima ganjaran walaupun tanpa laporan prestasi, mereka sentiasa bertugas walaupun bukan dalam bidang mereka. Pelaku ini adalah pengeluar tanpa mengira bidang bila-bila masa pun, mereka tidak pernah mengambil tempat bersama pengambil, untuk mereka ialah suatu tempat yang unik, bersendirian, di bawah matahari. Mereka adalah usahawan!

Joseph R. Mancuso, Center for Entrepreneurial Management

Revolusi Keusahawanan

(4)

4

Objektif

Usahawan: Mencabar Sesuatu Yang

Tidak Diketahui

Usahawan adalah individu yang mengenali peluang di mana orang lain melihatnya sebagai kekacauan atau kekeliruan. Usahawan adalah pencetus yang agresif untuk melakukan perubahan di dalam pasaran. Mereka adalah seumpama atlet sukan Olimpik yang menyahut cabaran untuk memecahkan halangan baru, seperti pelari jarak jauh yang bergelut dengan keazaban jarak kilometer, seperti pemandu okestra simfoni yang terpaksa mengimbangi kemahiran dan bunyi yang berbeza kepada suatu paduan, atau seperti pemandu jet laju yang berterusan berusaha mengawal kelajuan dan keberanian. Dalam keghairahan masing-masing, mereka sebenarnya sepadan dengan suatu bentuk, usahawan adalah wira di dalam pasaran masa kini. Mereka memulakan perniagaan dan menyediakan peluang pekerjaan pada tahap yang mengkagumkan. Ekonomi di seluruh dunia telah diberikan tenaga semula melalui usaha usahawan di mana kini dunia berubah kepada enterprais bebas sebagai model untuk pembangunan ekonomi. Keghairahan dan dorongan usahawan menggerakkan dunia perniagaan maju ke hadapan. Mereka mencabar sesuatu yang tidak diketahui dan secara berterusan mencipta masa hadapan. Hanya melalui simpanan, pelaburan

1. Untuk menerangkan kepentingan usahawan dalam pembangunan ekonomi

3. Untuk mengkaji revolusi keusahawanan yang berlaku hari ini

5. Untuk menjelaskan tren terkini di dalam penyelidikan keusahawanan

2. Untuk memperkenalkan konsep pinggiran keusahawanan di dalam individu

4. Untuk menjelaskan persekitaran keusahawanan

(5)
(6)

6 Pasiik serta beberapa negara pulau dalam kawasan tersebut. Kawasan ini

mengenai perspektif Asia Pasiik dalam keusahawanan sebagai kawasan

(7)

7

Penguasaan perniagaan baru di dalam ekonomi

Di dekad yang lepas telah menyaksikan kemunculan kegiatan

keusahawanan yang bertenaga di seluruh dunia. Semakin banyak irma kecil dan baru menjana peluang pekerjaan berbanding dengan irma yang besar.

Di kawasan kami telah menghasilkan kadar yang paling tinggi dan paling rendah di dalam kegiatan memulakan perniagaan di dalam dunia. Bandingkan 2.2 peratus kelembapan di dalam keusahawanan Jepun dengan kehangatan kadar 20.7 peratus di dalam kegiatan memulakan perniagaan di Thailand. Bertahun-tahun New Zealand menunjukkan kadar yang paling tinggi di dalam keusahawanan permulaan di dalam dunia maju. Cina dan Australia secara konsisten telah menonjolkan diri mereka dengan keupayaan keusahawanan. Semua negara yang menunjukkan peningkatan di dalam kadar keusahawanan cenderung kepada penurunan di dalam kadar

pengangguran. Sepanjang tempoh 15 tahun yang lepas, irma keusahawanan

yang pesat berkembang menyumbang dengan banyak kepada kadar pertumbuhan ekonomi. Satu kajian menunjukkan bahawa keusahawanan menyumbang secara positif kepada peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi. Hampir separuh daripada semua pekerjaan baru yang ditawarkan datang daripada syarikat baru yang pesat berkembang. Inisiatif baru keusahawanan, sama ada memulakan perniagaan baru atau memperbaharui perniagaan sedia ada telah meningkatkan produktiviti. Mereka telah

meningkatkan tekanan persaingan memaksa irma lain untuk bertindak

menambahbaik kecekapan atau memperkenalkan inovasi. Peningkatan

kecekapan dan inovasi dalam irma sama ada dalam organisasi, proses,

(8)

8

Berjuta-juta manusia telah berkecimpung di dalam bidang keusahawanan di seluruh dunia. Satu projek “The Global Entrepreneurship Monitor”, iaitu projek penandaan aras keusahawanan dalam tahun 2005 menjangkakan di seluruh dunia, lebih kurang satu daripada 11 orang dewasa sama ada memulakan perniagaan baru atau menguruskan perniagaan baru yang mereka adalah pemiliknya. Golongan remaja atau muda lebih cenderung untuk terlibat di dalam kegiatan keusahawanan di setiap negara tanpa mengira tahap Pendapatan Kasar Dalam Negara per kapita. Negara yang berpendapatan rendah selalunya mempamerkan kegiatan keusahawanan yang paling tinggi. Di semua negara, kaum lelaki adalah dua kali ganda lebih cenderung

Jadual 1.1 Ukuran Keusahawanan

Sumber: Kadar memulakan perniagaan. Peratus orang dewasa yang berumur 18-64 tahun semasa terlibat di dalam keusahawanan peringkat awal. Maria Minniti dengan William D. Bygrave dan Erkko Autio Global Entrepreneurship Monitor: 2005 Executive Report (Babson College and London Business School, 2006).

New Zealand 17.5 3.9 2.1

Singapura 7.2 4.0 3.1 Amerika Syarikat 12.4 5.5 4.7

Jepun 2.2 4.7 4.0 Thailand 20.7 1.9 7.3

Australia 10.5 5.5 0.7 China 13.7 4.4 0.9

Hong Kong 3.0 6.8 4.6 NEGARA KADAR

MEMULAKAN PERNIAGAAN

2005 (%)

PENGANGGURAN 2004 (%)

KADAR PERTUMBUHAN

(9)

9

memulakan perniagaan baru berbanding kaum wanita. Namun demikian, kebanyakan kegiatan keusahawanan adalah rendah cita-citanya. Hanya 3 peratus daripada semua perniagaan baru menepati ciri-ciri perniagaan berpotensi tinggi (perniagaan yang mempunyai pesaing yang sedikit berhasrat untuk membawa inovasinya ke pasaran dan menggunakan teknologi sedia ada). Kebanyakan usahawan lebih gemar memanipulasi peluang yang sudah stabil dengan mengoptimakan penawaran dan permintaan dalam pasaran yang tersedia berbanding dengan memanipulasikan peluang perniagaan secara inovatif dengan mencipta pasaran baru di tempat asal dan juga di luar negara.

Pertumbuhan tinggi berbanding gaya hidup

Beberapa tahun yang lepas, bilangan perniagaan yang dimulakan di

kawasan Asia Pasiik adalah tinggi secara konsisten. Keadaan ini adalah

terbukti menunjukkan perniagaan yang baru dimulakan telah menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan, kekayaan dan juga peluang pekerjaan. Secara amnya di seluruh dunia 8-9 peratus orang dewasa terlibat dengan penubuhan perniagaan baru. Tetapi kebelakangan ini 1-2 peratus dari kalangan orang dewasa (10-20 peratus daripada semua usahawan) di dalam negara yang pelbagai seperti Australia dan China terlibat dalam perniagaan baru yang tinggi pertumbuhannya. Keadaan ini mengunjurkan penyediaan peluang pekerjaan lebih daripada 19 jawatan selepas lima tahun perniagaan mereka ditubuhkan.

(10)

10

Sumbangan usahawan kepada ekonomi

Firma berkeusahawanan melakukan dua sumbangan penting ke dalam ekonomi. Pertama, mereka adalah se bahagian daripada proses pembaharuan yang mempengaruhi dan menentukan ekonomi pasaran. Firma berkeusahawanan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan inovasi yang mendorong perubahan teknologi dan pertumbuhan produktiviti. Ringkasnya, keadaan ini adalah berkaitan dengan perubahan dan persaingan kerana mereka mengubah struktur pasaran. Ekonomi di dalam kawasan kami adalah dinamik kerana ia sentiasa beroperasi dalam proses pembentukan. Keadaan ini adalah berdasarkan prospek masa depan dan bukannya berkaitan dengan pewarisan masa lalu.

Jadual 1.2 Usahawan Yang Tinggi Pertumbuhannya Di Asia Pasifik 2005

Sumber: Global Entrepreneurship Monitor (2006).

China 12.00

Thailand 9.20 Hong Kong 11.30

Jepun 7.60 Singapura 20.50

Australia 9.30 Amerika Syarikat 11.40

New Zealand 8.10

(11)

11

• sebahagian daripada populasi orang dewasa diklasiikasikan sebagai

(12)
(13)

13

• individualisme – tahap yang ditekankan terhadap pencapaian individu berbanding dengan pencapaian secara kolektif atau kumpulan

• pencapaian – tahap bagaimana kuasa dan status dicapai, sama ada menerusi persaingan dan kerja keras atau diperolehi melalui pewarisan, berbanding dengan proses berikir orang lain untuk mengenalpasti dan menilai peluang. Penyelidikan di dalam kaedah berikir meneliti

(14)

14 input yang diperlukan.

(15)

15

• Semangat keusahawanan ialah universal di kalangan negara yang men-gamalkan ekonomi bebas. Keadaan ini terbukti dengan pertumbuhan yang memberansangkan terhadap minat dalam bidang keusahawanan di seluruh dunia beberapa tahun yang lalu.

• Sumbangan usahawan, syarikat baru dan perniagaan keluarga terhadap ekonomi dan sosial telah menunjukkan sumbangan yang paling besar dan tidak seimbang terhadap penawaran kerja, inovasi dan pembaha-ruan ekonomi berbanding dengan sumbangan oleh syarikat yang lebih besar.

Tren Dalam Pendidikan Keusahawanan

Pendidikan keusahawanan merupakan suatu disiplin yang paling pesat berkembang di dunia hari ini. Pertumbuhan dan pembangunan dalam kurikulum dan program menjurus kepada peningkatan tahap penubuhan perusahaan dan perniagaan baru dengan berkesan. Satu kajian di Amerika menunjukkan bahawa pelajar sama ada dalam bidang seni atau seni bina, sukan atau kesihatan yang telah mengambil hanya satu kursus dalam bidang keusahawanan atau perusahaan persendirian lebih cenderung untuk memulakan perniagaan dengan jayanya atau melancarkan perusahaan sosial. Kajian juga mencadangkan bahawa banyak idea terbaik dalam pertandingan rancangan perniagaan datangnya dari pelajar yang mengkhusus dalam bidang bukan perniagaan. Sumbangan terbesar dalam keusahawanan adalah dari kalangan pelajar yang mengkhusus dalam bidang bukan perniagaan, begitu juga dengan inisiatif keusahawanan tidak melibatkan sekolah perniagaan.

Tren ke arah pemilikan tunggal dan bekerja sendiri adalah sangat menarik. Kita masih belum mempunyai data lengkap dalam aspek ini di

kawasan Asia Pasiik tetapi data Amerika Syarikat boleh digunakan sebagai

perbandingan. Jadual 1.3 menunjukkan peratusan bekerja sendiri dalam pelbagai bidang kerjaya.

(16)

16

Bidang pendidikan keusahawanan telah meningkat dalam tempoh dua dekad yang lepas. Fenomena ini telah melanda banyak negara di dunia. Seperti di Jerman yang secara khusus sangat aktif membentuk pendidikan keusahawanan baru dengan mewujudkan lebih daripada 30 kerusi dalam

Jadual 1.3 Kerjaya, Peratus Bekerja Sendiri

Jurufoto 50 Pengurus harta, hartanah, persatuan masyarakat 46

Atlet, jurulatih sukan, pengadil 27 Pereka 33

Operator dan penyunting TV, video dan ilem 20 Arkitek 20 Penganalisis Pengurusan 30

Ahli ekonomi 11 Agen pelancongan 10 Artis 50

Doktor haiwan 28 Ahli muzik dan penyanyi 33 Penulis dan pengarang 33

Penari dan koreografer 20 Pengurus Pembinaan 50

Pelakon, penerbit, dan pengarah ilem 25 Tukang kayu 30

Juruteknik servis automotif 16 Akauntan 10 Juruelektrik 10

(17)
(18)

18 Gerakan pertumbuhan ini adalah sangat pesat di mana bidang ini telah

berkembang sehingga keluar dari bidang sekolah perniagaan. Beratus-ratus kampus melancarkan berbagai jenis dan bentuk program keusahawanan: keusahawanan kejuruteraan, keusahawanan kejururawatan, keusahawanan muzik, keusahawanan permakanan, malah keusahawanan statistik.

Rajah 1.1 Pusingan Kehidupan: Arah Mana Untuk Anda?

Latihan pengurusan

Pemodal teroka

Usahawan sosial Pengalaman amali

Tidak sekali-kali bersara awal

Perniagaan baru mula Baru mula yang lain Baru mula yang lain Firma bertumbuh tinggi

Pelabur ‘angel’ Universiti

Korporat

(19)
(20)

20

SOALAN ULANG KAJI DAN PERBINCANGAN

1. Jelaskan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan istilah keusahawanan.

2. Jelaskan kepentingan perniagaan baru di dalam ekonomi.

3. Kenal pastikan beberapa produk inovatif dan peluang pelaburan yang sesuai untuk milenium baru.

4. Apakah perbezaan di antara keusahawanan dengan enterprais?

5. Bagaimanakah anda mendeinisikan Asia Pasiik?

6. Negara manakah yang paling tinggi dan yang manakah yang paling

rendah di dalam kadar memulakan perniagaan di kawasan Asia Pasiik?

7. Apakah hubungan di antara keusahawanan (merujuk kepada kadar memulakan perniagaan) dengan pengangguran?

8. Apakah sumbangan yang penting yang dilakukan oleh usahawan terhadap ekonomi?

9. Apakah enam dimensi budaya yang kita gunakan untuk menerangkan budaya kebangsaan dan keusahawanan?

10. Apakah beberapa corak terkini di dalam penyelidikan keusahawanan?

11. Apakah beberapa corak terkini di dalam pendidikan keusahawanan?

Referensi

Dokumen terkait

responden akan menjadi faktor penting dalam instrumen juga untuk mencapai

Selain daripada itu, kajian ini telah mencirikan dengan jelas aturan morfologi dan aturan fonologi yang berlaku mengikut hierarki dalam pembentukan kata terbitan

kompetensi dasar antara mata pelajaran dalam tema yang sama, pemahaman terhadap materi yang mendalam dan berkesan, kompetensi dasar dapat dikembangkan lebih baik dengan

Dalam cangkrukan juga bisa diselingi kajian-kajian dengan tema tertentu, selain mengarah ke arah hiburan, cangkrukan juga bisa kita manfaatkan untuk menambah pengetahuan

Tipografi memegang peranan penting dalam segala hal yang berkenaan dengan penyampaian bahasa non verbal (menggunakan tulisan) dalam segala bentuk publikasi ,seperti kita

Produktivitas penting dalam meningkatkan dan mempertahankan perusahaan dalam hal menghasilkan barang atau jasa yang pada dasarnya tidak lepas dari peningkatan dan

basis data, adalah penting bahwa kita pertama mengidentifikasi batasan-batasan sistem yang ada dan bagaimana sistem tersebut dapat menghubungkan dengan bagian lain yang

1) Setiap orang yang tercatat namanya tercantum dalam daftar gaji harus memiliki surat keputusan pengangkatan sebagai karyawan yang ditandatangani oleh direktur