Ayat-ayat tentang Arsy dan ayat yang menghuraikan ciri para waliyullah Ayat-ayat tentang Arsy ini penting kerana Arsy adalah sumber rezeki manusia , maka semua permohonan manusia (dalam doa) akan ditujukan ke Arsy di mana Ar Rahman bersemayam (ayat tentang “bersemayamNya Allah “ itu hanya boleh ditakwil oleh yang berkemampuan (untuk permulaan
sila rujuk buku “Takwil Hadith” oleh Ust. Umar M. Noor terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, 2011) . Bilangan 9 ayat ini penting atau signifikan sebab dalam permohonan yang dilaksanakan secara fana’ 9 wajah ruh manusia akan tampil bagi menghadap “ wajah Allah” atau “wajah ArRahman”.
Ayat-ayatnya adalah:
Surah 7:54 , surah 10:3 , surah 11:7 , surah 13:2 , surah 21:22, surah 32:4, surah 39:75 , surah 40:7 dan surah 57:4 . Ayat 11:7 menceritakan tentang Arsy di atas air dan ayat 40:7 menceritakan tentang ilmu
tentang Arsy – perlu direnungkan dan dibincang dengan guru yang mursyid untuk mendapat huraian.
Ayat ayat yang menghurai beberapa ciri para waliyullah rah. iaitu mereka “walahaufun alaihim walahum yah zanun” ( tiada kekhuatiran dan tiada kegelisahan) ada 5 , semua dalam surah al Baqarah iaitu :
2: 62, 112,262,274,277
Sekian, semoga bermanafaat.