SEJARAH & FALSAFAH SENI : AWA 5122
( How Art Made The World : Ulasan Dokumentari )
SAIFUL BAHARI BIN AHMAD (24153084)
PENSYARAH : EN. ERRY ARHAM AZMI
Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk ijazah sarjana muda dengan penghormatan
Film & Television
PENGENALAN
Seni mampu mengerakan manusia, masyarakat , ketamadunan dan seterusnya dunia itu sendiri melalui visual . Itulah yang saya boleh katakan selepas menonton dua dokumentari hasil produksi terbitan BBC atau “British Broadcasting Corporation “ dibawah tajuk “ How Art made The World 1 : More Human Than Human” dan “ How Art made The World 2 : The Days Picture Were Born “ ketika didalam kelas subjek Sejarah Dan Falsafah Seni berkod AWA5122 .
Seni sama ada secara litiratur mahupun visual , contohnya seni bina memegang bukan sahaja nilai estatik malah ianya memegang fakta seperti bukti sejarah, “
timeline “ , lokasi , budaya pemikiran, ideologi dan kepercayaan. Seni visual juga jika diamati juga merakap ulmu sains dan teknologi. Ia bukan saja melibatkan seni bina malah cabang cabang seni yang lain seperti lukisan , “ sculpture “ dan tulisan dimana secara kolektifnya tergolong dalam seni visual.
Berdasarkan dokumentari yang telah ditonton seni visual bukan sahaja memegang maklumat perkara yang lepas namun mampu membentuk sesuatu yang lebih baik di masa hadapan dimana seni visual yang lepas dijadikan rujukan untuk membina sesuatu yang baru . Selain itu seni visual yang baru juga dihasilkan sebagi rujukan untuk membuat sesuatu yang baru dimana ia dijadikan “ blue print “ atau ispirasi . Jika diperhatikan didalam dokumentari itu sendiri kita dapat lihat bagaimana ketamadunan “ Greek “ itu sendiri turut dipengaruhi oleh ketamadunan lain seperti “ Egypt “ didalam kata lain ia adalah sebagai “ Bench Mark “ untuk mecapai sesuatu yang lebih baik walaupun berada di ruang dan waktu yang berbeza. Seni Bina hasil ketamadunan “ Egypt “ bukan saja dijadikan rujukan malah di gabungkan dengan ilmu sedia ada atau kualiti sedia ada pada ketamadunan “Greek”. Gabungan ilmu ilmu dan kualiti yang berbeza atau “ Synthesis “ menghala kepada penciptaan sesuatu yang baru dan lebih baik jika digarap dan diolah dengan teliti
memberi persepsi ,“ Bench Mark “ atau indikasi terhadap tubuh badan dan kekuatan manusia itu sendiri. Ia bagaikan menberi idea bagaimana seseorang manusia harus keilhatan secara tidak sedar mencipta “ mind set “ masyarakat .
Selain itu seni visual atau imej juga adalah satu medium dimana manusia boleh menekpresikan perasaan dan beriteraksi dengan manusia lain tanpa interaksi “ verbal “. Ia juga adalah titik tolak kepada bermulanya idea kenapa manusia mula melukis. Secara keseluruhannya semua perkara diatas yang dipaparkan didalam dokumentari dibawah tajuk “ How Art made The World 1 : More Human Than Human” dan “ How Art made The World 2 : The Days Picture Were Born “ adalah amat menarik untuk diperkatakan . Bagaimanapun saya akan cerita lebih lanjut pada huraian bahagian yang seterusnya mengikut bahagian dan juga ulasan peribadi saya dibahagian konklusi.
SYTHESIS
Jika diperhatikan kauliti atau ilmu sedia ada pada ketamadunan “Greek” itu menjalani satu proses penambahbaikan dimana tamadun “ Greek “ itu sendiri dengan terbuka hati menerima dan mengabungkan ilmu atau kualiti dari kemadunan lain seperti “ Egypt “. Proses gabungan ilmu atau kualiti ini juga dikenali sebagi proses “ synthesis “ dimana sesuatu baru dicapai berdasarkan gabung dua atau lebih ilmu. Seperti yang dipaparkan didalam dokumentari yang telah di tonton, ketamadunan “ Egypt “ kelihatan sanga bersifat teknikal, teknologi, saintifik dan mementingkan fakta . Didalam penghasilan lukisan mereka sendiri, lukisan yang dihasilkan pada dasar nya adalah besifat realistik secara faktanya dan di “simplified” atau di “stylized “ secara visual namun masih difahami .
Teknik diatas ini juga boleh kita kaitkan dengan penghasilan simbol jalan raya, dimana ianya tidak kompleks tetapi tepat. Berdasarkan dokumentari yang telah
visual ketamadunan “ Egypt” banyak menyumbang terhadap bercambahnya ilmu senibina dan matametik yang bersifat “rigid” dan.
Ketamadun “Greek” pula pada asalnya banyak bersifat kemanusian , oleh yang demikian tidak hairanlah banyak ahli falsafah purba yang terkenal berasal dari “Greek” . Oleh kerana ketamadunan “ Greek “ itu bersifat falsafah dan kemanusiaan , ianya secara tidak sedar mencipta kualiti diamana mereka mampu mengukir sesuatu yang bersifat realisti . Namun begitu mereka tidak mempunyai ilmu didalam
peghasilan sesuatu yang realistic dan berskala besar . Dengan kualiti yang ada pada mereka dan ilmu skala yang bersifat “mathematical “ ketamadunan “ Egypt “ mereka mampu meghasilakn sesuatu yang benar benar realistik, beremosi dan berskala besar . Namun begitu ia tidak berhenti disitu , setelah mencapai realism sesuatu yang baru yang sedikit “ unrealistic” perlu dihasilkan untuk menarik perhatian . Ianya dihasilkan melalui proses “ Exaggeration “ yang menjadikan seni itu “ More Human Than Human”.
“EXAGGERATION”
Manusia memerlukan sesuatu yang hebat tetapi hampir kepada realiti untuk dijadikan rujukan atau gol. Ia dijadikan manusia sebagai rujukan atau objektif didalam mencapai sesuatu. Ini adalah melibatkan bagaimana otak manusia berfikir. Ia adalah tindak balas otak manusia berdasarkan apa yang mereka lihat . Untuk menarik perhatian sesuatu yang bersifat dramatik diperlukan . Professor V.S Ramachandran ( Universiti Of California , San Diego ) didalam dokumentari tersebut ada mengatakan sesuatu yang terlalu bersifat terlalu realistik atau “average” adalah membosankan. Ini menyatakan untuk menarik perhatian manusia sesuatu yang sedikit dramatic perlu dihasilakn . Otak kita cenderung terhadap sesuatu yang sedikit diluar kebiasaan namun masih selesa untuk dilihat .
mesej yang cuba disampaikan , elemen utama wanita itu di “ exaggerate “ didalam penghasilan ukiran itu sekaligu menjadikanya kelihatan “unrealistic”. Kita dapat kaitkan juga dalam karikatur, karakteristik utama pada watak seseorang diperbesarkan atau dutamakan agar ia dapat dikenal pasti, Sebagai contoh didalam menghasilakan karikatur yang bersifat ringkas hidung dan kaca mata di tonjolkan sedikit berlebihan didalam karikatur Dr. Mahathir berbanding bahagian lain . Ini adalah bagi ia mudah dikenalpasti.
Berbalik kepada ketamdunan “ Greek” , berdasarkan dokumentari dapat kita lihat ukiran yang dihasilan adalah sedikit berlebihan namun hampir kepada realiti. Ini Ini secara tidak sedar menarik perhatian manusia dan mendorong manusia untuk mencapai kesempurnaan . Pada pendapat saya dengan penamabahn yang sedikit unrealistik itu sekaligus mendorong manusia untuk mecapai apa yang terbaik yang boleh dicapai oleh manusia. Pada pendapat saya juga asal wujudnya entiti bersifat dewa dewi yang berupa hampir kepada manusia tetapi sedikit “unrealistic” adalah untuk dijadikan “role model” atau “benchmark” kepada masyarkat untuk menjadi yang terbaik. Namun menyeleweng akibat obsesi . Didalam Islam, saya pecaya kehadiran para rasul rasul itu sendiri selain menjadi pemimpin adalah sebagai satu objektif, indikasi visual atau rujukan dalam kehidupan manusia . Oleh yang demikian pemilihan rasul adalah individu yang terhebat dan terbaik pada masa dan tempat ketika itu untuk mejadi rujukan manusia ketika dan selepas zaman individu tersebut.
Namun begitu pada pendapat peribadi saya sendiri ukiran ukira “ greek” dan era classic speperti “ renaissance “ ini bukan lah bersifat “unrealistic” tetapi adalah satu persepsi terhadap sifat yang terbaik yang boleh dicapai manusia. Ianya sehingga membentuk masyarkat eropah hingga kehari ini . Jika kita perhatikan rata rata masyarakat eropah menjaga fizikal mereka dengan baik melalui permakanan dan senaman.
peghasilan ukiran ukiran yang bersifat realistik ini observasi berlaku terhadap tubuh manusia itu sendiri yang jerumuskan kepada ilmu anatomi dan kemudian membawa kepada ilmu bilogi . Seni adalah adalah titik mula terhadap perkembangan sains dan teknologi.
IMEJ & VISUAL
Seperti yang telah di perkatakan pada bahagian pendahuluan. Dokumentari ini menyatakan betapa penting imej atau visual didalam kehidupan manusia dan
bagaimana ia membentuk dunia kita sehingga ke hari ini. Dapat saya fahami manusia sebenarnya bukan saja melihat imej atau visual malah membacanya dengan mata dan seterusnya menerima apa yang dilihat sebagai input kepada otak dan menyimpannya sebagai data . Ianya seterusya membentuk pemahaman dan menjadi titik tolak reaksi manusia seterusnya berdasarkan input yang mereka terima sebelum itu.
Lukisan nayatnya bukan saja sebagai elemen dekorasi tetapi satu cabang seni yang digunakan untuk menyampaikan mesej sama secar sedar atau tidak sedar. Lukisan pada era era Renaissance sendiri yang juga inspirasi dari ketamadunan “Greek” menyampaikan mesej melalui lukisan. Kisah kisah “ biblical “ dan sejarah dipaparkan didalam bentuk visual , Kuasa visual sebenarnya amat hebat, sebagi contoh bagaimana masyarakat boleh mempercayaan rupa paras “Jesus” atau Nabi Isa melalui lukisan yang dihasilakn pelukis yang hidup 1000 tahun lebih dari zaman Nabi Isa itu sendiri . Ya, ia bukan bukan saja mampu memegang sejarah malah mampu membentuk “mindset” malah masyarakat.
Bermula dari merakam peristiwa , konsep seni ini jugalah menuju kepada penciptaan lain seperti tulisan. Malah hari ini konsep “ 3D Modelling “ juga adalah berdasarkan konsep data visual . Idea rekabentuk dirakam secara digital dan akan digunakan pada proses pembuatan . Ini jelas menyatakan seni visual juga adalah tunjang kepada penciptaan sesuatu yang baru
Selain itu logo juga adalah contoh dari evolusi seni visual itu sendiri didalam menyatakan sesuatu mesej atau pesanan . Ini membentuk kepada masyarakat manusia yang lebih teratur dan harmoni . Kita boleh lihat sebuah bandaraya yang teratur pasti mengunakan symbol symbol yang ringkas malah difahami bagi membentuk
masyarakat. Malah ianya mampu difahami oleh mereka berbeza latar belakang bangsa, bahasa dan budaya.