Bidang Kajian Ekonomi
PENGENALANdefinisi ilmu ekonomi:
"Ilmu ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat atau tinkah laku manusia (individu dan masyarakat) dalam mengurus sumber ekonomi yang terhad (tanah, buruh, modal dan usahawan) bagi
memenuhi kehendak yang tidak terhad".
Perkara utama yang dibincangkan dalam ilmu ekonomi ialah berkaitan:
1. masalah kekurangan sumber, berbanding
2. kehendak manusia yang tidak terhad.
Manusia sentiasa merasakan pulangan daripada sumber yang dimilikinya tidak cukup untuk memenuhi kehendak atau keinginan semasanya.
Buruh: memiliki sumber dalam bentuk Tenaga fizikal atau mental yang
disumbangkan dalam aktiviti ekonomi dan akan mendapat ganjaran dalam bentuk upah. Contoh buruh ialah doktor, guru, pembantu rumah, buruh binaan dan lain-lain. Ganjaran yang diperolehi hanya cukup untuk memenuhi keperluan hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Usahawan : memiliki kepakaran untuk menggabungkan faktor pengeluaran iaitu buruh, tanah dan modal untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Pengusaha akan menerima ganjaran dalam bentuk keuntungan dan menanggung risiko
kerugian.
Contohnya, pengusaha kilang, peniaga, peruncit dan pemborong.
Tanah : Anugerah Alam semula jadi yang dimiliki oleh individu dan merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran. pemilik sumber alam akan menerima Ganjaran dalam bentuk sewa. Contohnya, bahan galian, hasil laut dan khazanah hutan.
Modal : Merupakan Wang atau lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Ia boleh dikelaskan kepada dua kategori:
1. modal fizikal : iaitu peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan barang lain. contohnya seperti jentera dan peralatan
2. modal kerja : iaitu sumber dalam bentuk wang tunai (untuk membeli input), stok dan bahan mentah yang diproses untuk menghasilkan barang-barang dan perkhidatan.
Ganjaran kepada pemilikan modal adalah faedah.
BIDANG KAJIAN EKONOMI
Mikroekonomi
Juga dikenali sebagai teori harga (harga input dan harga output).Mengkaji unit atau bahagian kecil dalam pengajian ekonomi iaitu gelagat pengguna, pengeluar dan industri. Kajian tertumpu kepada interaksi pembeli dan pengeluar untuk menentukan tingkat harga dan kuantiti barang dalam pelbagai pasaran. Pengguna akan cuba mencapai tingkat kepuasan yang maksima, pengeluar akan cuba mencapai keuntungan yang maksima.
Makroekonomi
Kajian terhadap ekonomi secara menyeluruh dan agregat. Mengkaji aspek penentu kegiatan ekonomi sesebuah negara iaitu berkaitan pendapatan negara,
pertumbuhan ekonomi, inflasi, guna tenaga dan pengangguran, imbangan
pembayaran. Petunjuk-petunjuk ekonomi ini penting bagi menentukan dasar dan perancangan ekonomi sesebuah negara untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan penduduk.
Perbandingan kajian Mikroekonomi dan Makroekonomi
aspek Mikroekonomi Makroekonomi
Skop Kecil Besar
Matlamat
Mengkaji interaksi pengguna, pengeluar dan industri dalam pelbagai pasaran untuk mencapai matlamat masing-masing. Menyelesaikan masalah asas ekonomi iaitu apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa dikeluarkan.
Mengkaji kegiatan dan masalah ekonomi yang lebih luas dan menyeluruh. Menilai dan
pelaksanaan dasar aktiviti ekonomi sesebuah negara untuk mencapai peningkatan dalam pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi, guna tenaga, imbangan
pembayaran dan mengatasi
masalah inflasi dan pengangguran.
Pengeluaran
Output firma / industri
Kuantiti baju yang dihasilkan oleh firma A
Kuantiti pakaian yang dikeluarkan oleh industri tektil.
Nilai Keluaran Negara
Nilai keluaran sektor kedua
Pertumbuhan keluaran negara
Harga Harga satu barang dan perkhidmatan.
Harga baju
Tingkat harga umum
Harga makanan Kadar inflasi
Nilai wang
Pendapatan
Agihan pendapatan
Upah,
sewa,
bunga dan
untung
Pendapatan Negara
Pendapatan Perkapita
Pendapatan benar
Imbangan pembayaran
Guna Tenaga
Penggunaan faktor pengeluaran dalam sebuah firma/industri
bilangan input berubah (buruh)
kecekapan input pada setiap tingkat keluaran
Guna tenaga dan pengangguran
Jumlah Guna tenaga