• Tidak ada hasil yang ditemukan

bahan kerja kursus learning and cognition

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "bahan kerja kursus learning and cognition"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

ASSIGNMENT

SEPTEMBER 2014 SEMESTER

SUBJECT CODE : ELC 612

SUBJECT TITLE : LEARNING AND COGNITION

LEVEL : MASTER

STUDENT’S NAME : SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK

MATRIC NO. : E60101140117

(2)

ACADEMIC FACILITATOR

: DR NORDIN BIN HJ. BULLA

LEARNING CENTRE : KUNAK

BAHAGIAN A : ( 15 % )

Read the article Understanding Memory Difficulties by the Department of Education, United Kingdom and answer the following questions:

1. How does memory difficulties affect learning?

PENGENALAN

Otak dan minda merupakan anugerah Tuhan yang paling besar dan menakjubkan kepada manusia. Tiada sesiapa pun boleh menafikan peranan otak dan minda apatah lagi sekiranya minda dapat diperteguhkan dengan ingatan yang kuat dan segala maklumat yang tersimpan dapat dimanfaatkan ketika diperlukan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran mengekalkan daya ingatan dipelajari supaya dapat diamalkan di peringkat mana sekalipun.

2.0 Ingatan

(3)

menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

Masalah ingatan menjejaskan pembelajaran

Artikel tersebut dengan jelas menyatakan bahawa masalah ingatan sememangnya menjejaskan pembelajaran seseorang individu. Jika seseorang kanak- kanak yang lemah ingatannya, ia memerlukan masa yang lebih panjang untuk mengingati sesuatu konsep berbanding dengan pelajar lain. Masa yang panjang akan menyebabkan pelajar tersebut ketinggalan oleh rakan- rakannya yang lain dalam pembelajaran. Pelajar lain sudah menguasai dua atau tiga topik yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tersebut ketinggalan dalam pelajaran dan perlu ditangani oleh guru dengan sebaik mungkin.

Kanak- kanak yang mempunyai masalah ingatan tidak boleh diganggu semasa belajar atau ketika otaknya bekerja untuk mengingat. Jika kanak-kanak tersebut terganggu, dia tidak boleh menyambung semula proses mengingatnya dari dia terganggu. Sebaliknya Kanak-kanak tersebut mesti memulakan tugasnya dari awal. Sebagai contoh, seorang murid tahun 1 sedang menghafal huruf ‘a’ hingga ‘z’ dan telah berjaya menghafal huruf sehingga ke huruf ‘p’. Kemudian murid tersebut terganggu oleh rakannya, ingatannya terhadap huruf tersebut akan terpadam semua dan murid tersebut terpaksa menghafal semula bermula dari huruf ‘a’. Keadaan ini tentunya akan membazir masa dan murid tersebut akan tercicir dalam pelajaran. Murid lain sudah membunyikan suku kata, dia baru menghafal huruf.

Kelas Tahun 1 yang memunyai 30 orang murid mempunyai daya ingatan yang berbeza- beza. Separuh murid kelas tersebut mempunyai ingatan murid 7 tahun, 10 orang pula mempunyai ingatan murid 6 tahun dan 3 orang mempunyai ingatan seperti kanak- kanak 5 tahun. Keadaan murid yang mempunyai daya ingatan yang pelbagai di dalam kelas memerlukan strategi, kaedah dan teknik yang pelbagai dari guru. Keadaan ini tentunya membebankan guru dan murid lain yang lebih baik daya ingatannya kerana terpaksa memberikan perhatian yang lebih kepada 3 orang murid yang mempunyai ingatan yang lemah.

Murid yang mempunyai daya ingatan yang kuat biasanya mempunyai keputusan

(4)

yang lemah ingatannya. Situasi ini boleh menyebabkan murid yang lemah ingatan diejek dan rasa rendah diri yang akhirnya membawa kepada masalah disiplin dan pencapaian akademik yang kian merosot.

Kesimpulannya, masalah ingatan yang lemah amat memberikan kesan kepada

penguasaan dan pencapaian akademik. Hal ini, perlu ditangani dengan sebaik mungkin oleh ibu bapa dan guru bagi mengelakkan masalah bertambah buruk yang akhirnya memusnahkan masa depan pelajar.

2. Discuss the intervention strategies that may be adopted by teachers to help learners with memory difficulties.

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. Artikel tersebut memberikan cadangan mengenai langkah- langkah membantu individu yang lemah ingatannya.

Prinsip kerja memori bercampur

(5)

murid berkenaan dengan memecahkan ayat atau konsep yang kompleks kepada bahagian- bahagian kecil agar senang difahami oleh murid. Guru atau sesiapa sahaja yang berdepan murid sedemikian perlu bersedia mengulang isi pelajaran yang disampaikan. Murid tersebut susah menangkap dan memahami sesuatu konsep, oleh itu guru bersedia mengulang semula langkah pengajaran dan mencari kaedah terbaik agar murid memahami konsep yang diajar. Guru perlu memberikan motivasi kepada murid yang agak lemah ingatannya, bimbingan rakan sebaya dengan murid yang lebih pintar juga amat membantu pelajar lemah tersebut. Penggunaan alatan bantu belajar untuk menggalakkan pengggunaan memori atau keupayaan berfikir. Alatan tersebut seperti kad imbasan, kad perkataan, lembaran kerja, poster, untuk mata pelajaran

matematik pula ( penggunaan jari, garis nombor dan grid pendaraban), audio, tayangan video dan perisian komputer. Penggunaan alatan tersebut akan menarik minat murid untuk belajar dan seterusnya menggalakkan ingatan murid. Prinsip yang terakhir, guru perlu menggunakan strategi yang menyokong pembangunan memori murid. Contohnya murid yang lemah boleh meminta bimbingan rakan yang lebih pandai, perbincangan dalam kumpulan kecil juga digalakkan Murid yang lemah juga dibekalkan dengan borang senarai semak mengenai tugasan mereka, bagi mengelakkan mereka lupa. Dalam masa yang sama guru boleh menyelitkan aktiviti yang

menggalakkan penggunaan memori jangka panjang sedikit demi sedikit. Penggunaan peta minda dan sebagainya juga diperkenalkan kepada murid untuk membantu menggalakkan ingatan mereka.

Langkah untuk membantu murid lemah ingatan

1. Organisasi- Bagi membantu murid tersebut, guru perlu menyediakan semuanya dari awal hingga akhir. Guru perlu menyelaras semua aktiviti murid berkenaan. Antara bahan yang

(6)

dan jelas, memberikan masa berfikir dan membuat kerja yang lebih berbanding dengan murid yang lain. Murid yang lemah diletakkan di kerusi hadapan agar senang berkomunikasi dengan guru dan semasa memberikan panduan melakukan kerja, guru hendaklah selalu mengulang kata kuncinya.

3. Penulisan- Semasa aktiviti menulis, guru cuba mengelakkan murid lemah tersebut menyalin terutamanya dari papan tulis. Penggunaan peta minda dan sebagainya digunakan dengan meluas bagi menggalakkan ingatan lebih kukuh.

4. Ejaan- Penggunaan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran amat dititiberatkan. Imlak merupakan aktiviti yang sesuai dijadikan amalan dan dijadikan ujian mengeja. Murid menulis setiap perkataan yang disebutkan, seterusnya murid akan membaca ayat yang telah mereka tulis. Pembetulan akan dilakukan, jika murid tersalah eja dan sebagainya. Penggunaan fonem juga digalakkan bagi memudahkan murid mengenal huruf.

(7)

PART B: Read the article “ The Origin Of Cognitive Thought” by B.F. Skinner and answer the following Four questions:

(8)

BF Skinner merupakan ahli psikologi terkenal di Amerika dalam abad ke 20. Pemikian beliau dipengaruhi oleh penyelidikan- penyelidikan yang telah dijalankan oleh Pavlov, Watson, Thorndike dan beberapa ahli psikologi lain. Beliau telah meluaskan kajian pelaziman dan memperkenalkan istilah ‘operan’ dalam bidang psikologi yang membawa maksud ‘bertindak ke atas’. Beliau telah menjalankan beberapa eksperimen dengan binatang seperti tikus dan burung merpati dan telah membuat satu generalisasi mengenai tingkah laku manusia yang menjadi asas kepada teori pelaziman operan beliau.

Skinner berpendapat bahawa perubahan pada perlakuan atau sikap individu adalah hasil daripada tindak balas kepada rangsangan- rangsangan daripada tindakbalas daripada

persekitarannya. Teori ini juga merujuk kepada sesuatu organisma yang beroperasi dalam persekitarannya dengan pilihan untuk bertindak balas kepada rangsangan ini kerana organism akan melakukan tindakan tersebut dan jika gerak balasnya membawa kesakitan, organisma tidak akan melakukannya. Skinner juga memerhatikan bahawa sesuatu tingkah laku itu muncul daripada apa yang berlaku selepas bertindak balas kepada sesuatu rangsangan iaitu sama ada ganjaran atau denda yang didapati untuk tindak balas tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu gerak balas boleh diperkukuhkan akan atau dihapuskan dengan peneguhan positif atau negatife. Peneguhan positif merupakan rangsangan yang diberikan oleh guru yang menyebabkan murid untuk mengulangi atau mengurangi sesuatu tingkah laku. Sebagai contoh, apabila guru memuji seseorang murid itu maka murid tersebut akan mengulanginya. Di samping itu, beliau juga mengutamakan prinsip- prinsip Premack iaitu denda dan penghapusan. Prinsip ini merujuk kepada pemberian aktiviti yang kurang diminati oleh murid- murid untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini atau positif.

(9)

laku yang tidak diingini. Denda boleh dilaksanakan dengan dua cara iatu dengan memberikan rangsangan yang menyakitkan seperti merotan atau menarik balik sesuatu yang digemari oleh murid. Sesuatu tingkah laku yang tidak diberi peneguhan positif lama- kelamaan hapus dengan sendirinya. Tingkah laku yang diperkukuhkan oleh guru secara positif akan diulang dan

pengukuhan secara bersela lebih berkesan daripada yang diberi secara tetap. Ganjaran pula harus diberikan sedikit demi sedikit oleh guru agar gerak balas dan tingkah laku yang dikehendaki boleh diperkukuhakan dan proses ini dinamakan sebagai ‘shaping’ iaitu pembentukan tingkah laku secara beransur- ansur terhadap tingkah laku yang diingini. Seterusnya kaedah kontrak yang juga merupakan salah satu cara berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Perjanjian kontrak ini dapat dibuat sama ada secara lisan atau menandatangani kontrak. Menandatangani kontrak secara formal, misalnya Pengetua, akan menyebabkan seseorang murid memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan jika untuk mengulangi sesuatu tingkah laku negatif seperti ponteng sekolah atau masalah disiplin lain lagi.

Kesimpulannya, sesuatu peneguhan atau pengukuhan yang secara terus menerus akan menghasilkan keputusan yang baik. Penerusan itu bermaksud sesuatu tingkah laku yang dikehendaki diberikan pengukuhan pada setiap masa akan menghasilkan tingkah laku yang dikehendaki. Pada masa kini, teori Skinner memainkan peranan penting dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran kerana masih relevan dengan situasi dan matlamat pendidikan khususnya Falsafah Pendidikan Negara kita.

b . What did Skinner mean withg the statement ‘learning is not doing,it is changing what we do’ [ 1.5 muka surat = 5 markah ]

(10)

pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Terdapat lima kategori ataupun jenis-jenis teori pembelajaran utama iaitu teori behavioris, sosial, humanistik dan juga konstruktivis.

Artikel " Asal-usul Kognitif Pemikiran " merupakan cetusan idea BF Skinner berkaitan teorinya teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut pernyataan beliau pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku yang mempunyai hubungan dengan rangsangan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki. Secara umumnya, menurut beliau bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Ia juga menjelaskan bahawa tingkah laku boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkan, sehingga sukar membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dan tumbesaran, kerana kedua- duanya saling berkaitan. Pernyataan tersebut juga menjelaskan bahawa pemikiran tidak boleh dilihat namun perubahan boleh dilihat melalui perubahan perlakuan individu. Dari perubahan tingkah laku dapat disimpulkan tentang apa yang sedang difikirkan oleh seseorang individu walaupun kadang- kadang tiada penjelasan yang kukuh.

Perkataan operan yang dicipta oleh Skinner membawa maksud bertindak ke atas.

Pelaziman operan ialah apabila organism menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisma itu bertindak balas terhadap rangsanagan. Skinner telah membuktikannya melalui beberapa

(11)

Kesimpulannya, dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika diberi peneguhan selepas gerak balas ditunjukkan. Teori ini amat sesuai dan banyak digunakan di seluruh dunia, walaupun kadang- kadang tiada penjelasan yang kukuh berkaitan sesuatu perubahan tingkah laku. Skinner hanya melihat perubahan tingkah laku hasil daripada rangsangan dan peneguhan yang diberikan.

C. How does Skinner explain ‘thinking’?

Melalui artikel tersebut BF Skinner telah menjelaskan mengenai pemikiran. Proses berfikir digunakan untuk belajar dan proses berfikir tersebut tidak dapat dilihat dan diukur. Ia merupakan proses kognitif yang kompleks. Kita biasanya menyatakan sesuatu itu wujud jika kita dapat melihatnya. Namun bagi pemikiran kita tidak dapat melihatnya, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang difikrkan oleh seseorang itu. Berfikir juga digunakan ketika mencari

penyelesaian sesuatu masalah, baik masalah yang kecil hingga masalah yang besar.

Berfikir juga biasanya dikaitkan dengan tingkah laku yang lemah. Seseorang yang yang tidak yakin dengan kebolehannya dan pengetahuannya akan sentiasa menggunakan perkataaan atau ayat yang menunjukkan tiada keyakinan diri walaupun kadang- kadang dia tahu perkara sebenar atau jawapan yang betul. Menurut Skinner lagi, pemikiran diperlukan untuk

membolehkan orang lain menerima pendapat atau melihat sesuatu berdasarkan sudut pandangan kita. Selain itu, pemikiran juga diperlukan untuk memikirkan sesuatu yang kita tidak boleh lakukan sekarang. Oleh itu, pemikiran atau berfikir amat memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap insan yang seterusnya akan mencorakkan tingkah lakunya.

Kemahiran dan proses berfikir amat kompleks dan banyak jenis serta peringkat.

(12)

dengan mengubah keadaan hingga menimbulkan tindak balas yang sesuai bagi mengatasi sesuatu masalah. Contohnya seorang yang mahu menelefon rakannya, sedangkan dia tidak ingat nombor telefon rakannya. Penyelesaiannya ialah melihat nombor telefonnya di telefon bimbit atau menelefon kawan lain untuk meminta nombor telefonnya. Corak berfikir juga akan menentukan tindak tanduk seseorang terhadap sesuatu masalah atau rangsangan.

Skinner juga menekankan pemikiran seseorang berbeza antara satu dengan yang lain akan menghasilkan tingkah laku yang berbeza. Minda memerlukan rangsangan untuk

menggalakan proses berfikir seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku. Rangsangan tersebut kadang- kadang amat sukar dikesan hingga mendedahkan perkara lain. Kemahiran berfikir juga merupakan alat untuk meneroka perkara- perkara baru. Pemikiran yang berbeza- beza juga berupaya menghasilkan tindak balas kuat jika bersama- sama menumpukan perhatian. Pemikiran juga berupaya mengasingkan rangsangan bagi menghasilkan tindak balas.

Pengasingan ini penting bagi individu untuk membolehkan menghadapi sebarang situasai. Rangsangan yang pelbagai perlu dikenal pasti bagi membolehkan minda menyimpan maklumatnya dan seterusnya memudahkan individu menghadapi rangsangan tersebut.

Kesimpulannya, kenyataan BF Skinner berkaitan pemikiran amat berkaitan dengan teorinya iaitu Teori Pelaziman Operan Skinner. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku yang operan berlaku. Pemikiran

merupakan satu aktiviti kognitif yang kompleks, tidak dapat dilihat dan diukur. Namun

(13)

PART C: Part C of the assignment provides an opportunity or you to demonstrate the application of constructivism in the classroom. Your essay should consist of the following sections:

A) Briefly describe the principles of constructivism and the scholars who proposed constructivism.

PENGENALAN

Definisi pembelajaran konstruktivisme merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu ( dan sosial) membina makna contoh seperti dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme juga berasaskan pandangann bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia

berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata yang lain, apa yang dilalui dalammkehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini.

Murid- murid akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya melalui refleksi. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami dunia sekeliling seperti dalam rumah, sekolah dan komuniti hidup seharian. Dengan itu, pembelajaranmereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru- guru dan kualiti pengalaman yang ada pada murid- murid.

(14)

Terdapat beberapa prinsip asas dalam Teori Konstruktivisme. Berikut adalah penerangan secara ringkas tentang setiap prinsip tersebut. Setiap prinsip yang terlibat akan dibincangkan tentang aplikasinya dalam proses pendidikan dengan selanjutnya dalam bahagian kesan-kesannya terhadap pembelajaran para pelajar nanti.

1.Pengetahuan dibina oleh pelajar

Pelajar bukan merupakan ‘tin kosong’ untuk diisi, tetapi merupakan individu aktif yang perlu berusaha mencari pengertian kepada perkara-perkara yang ditemuinya. Para pelajar mestilah ‘construct’ iaitu membina pengetahuan. Dengan ini, para pelajar perlu menggunakan daya pemikiran mereka sendiri, dan bukannya bergantung semata-mata pada maklumat yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, guru-guru tidak sekadar memberi maklumat dan ilmu yang terkandung dalam sukatan pelajaran begitu sahaja, tetapi menggalakkan pelbagai jenis aktiviti dilakukan oleh pelajar di mana setiap aktiviti merupakan suatu proses ke arah membina pengetahuan tertentu

2.Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas

Setiap pelajar membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuannya yang sedia ada serta menggunakan idea mereka sendiri. Setiap pelajar mempunyai pandangan dan satu set idea sendiri tentang subjek yang dipelajari. Idea-idea ini tidak harus ditolak begitu sahaja, malah perlu digalakkan oleh guru dengan adanya bimbingan guru. Pengetahuan asas yang sudah ada perlu diaplikasikan oleh para pelajar untuk mewujudkan hubungkait antara subjek-subjek tertentu, seterusnya membentuk suatu pengetahuan dan kefahaman yang baru terhadap subjek tersebut.

3. Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial

(15)

4. Guru sebagai fasilitator

Gurubertanggungjawab untuk memberi para pelajar penunjuk dan garis panduan yang sesuai. Guru tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan; malah, guru hanya berperanan untuk bertanyakan soalan-soalan yang dapat memberangsang pemikiran para pelajar.

PENDOKONG –PENDOKONG TEORI KONSTRUKTIVISME

Idea asal konstruktivisme adalah berasal daripada teori Perkembangan Kognitif Piaget dan teori Zon Perkembangan Prokimal yang diperkenalkan oleh Vygotsky (1896-1934). Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Individu mencipta ilmu pengetahuan secara peribadi dan di aplikasikan kepada situasi yang baru.

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan

mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud (Briner, M. 1999).

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang difahami oleh mereka sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang telah dibentuk oleh mereka atau mereka akan menyesuaikan peraturan itu agar mereka dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik (Brooks dan Brooks, 1993).

(16)

konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah tersebut. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan oleh guru sebagai fasilitator.

Pembelajaran secara konstruktivisme lahir daripada pandangan mengenai cara manusia belajar.Teori konstruktivisme mengatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka membentuk peraturan me1alui refleksi mengenai interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bernakna kepada mereka: mereka akan sama ada:

1) Menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid atau

2) Akan menyesuaikan dengan peraturan mereka sendiri untuk menerangkan maklumat baru tersebut dengan lebih baik

Menurut Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yangberfikir. Individu ini tidak pula menyerap secara pasif sebarang ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Seorang murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru yang diperolehinya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk

pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Pembinaan ilmu pengetahuan seseorang individu adalah hasil daripada proses modifikasi penyesuaian, penyusunan dan pengorganisasian struktur

pengalamannya yang lalu. Sehubungan dengan itu, pembelajaran secara konstruktivisme akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan-murid sementara guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid membina ilmu pengetahuan ataupun

(17)

Ausubel (1963) berpendapat faktor yang paling penting dalam proses penerimaan maklumat barn adalah pengetahuan yang sedia wujud pada seseorang individu. Pengetahuan sedia wujud ini menjadi asas pemprosesan maklumat dalam pemikiran murid; dan

idea baru yang dipelajari akan disimpan secara berhubungan (berkaitan) dengan konsep yang sedia wujud. Oleh itu, idea menghubung kait antara ilmu pengetahuan lama dan

bahan sewaktu proses pengkonsepan perlu diketengahkan.

Melalui konstruktivisme, guru akan mengenal pasti tahap pengetahuan murid dan dapat merancang kaedah pengajarannya berdasarkan tahap/sifat ciri pengetahuan tersebut. Ilmu pengetahuan yang dimilki murid adalah hasilan daripada aktiviti yang

dilakukan oleh mood tersebut dan bukannya pengajaran yang diterima secara pasif.

Menurut Piaget (1970) semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat ini sesuai dengan skema yang ada; dan murid pula akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini, lni bermakna, proses asimilasi berla.ku terhadap maklumat barn yang diterima. Sekiranya maklumat barn tersebut tidak dapat diserasikan

dengan struktur mental sedia wujud maka proses akomodasi pula berlaku - satu kerangka skema baru akan dibina oleh murid.

Teori pemprosesan maklumat telah dikembangkan oleh pakar-pakar pendidikan seperti Gagne (1965) dengan learning of concept; Taba (1966) dengan inductive thinking;

Bruner, Goodnow, dan Austin (1967) dengan concept attainment. Mereka menyarankan maklumat yang diterima akan mula masuk melalui perekod-sensori untuk seketika; dan kemudian berpindah ke ingatan jangka pendek. Maklumat baru dalam ingatan ini mungkin mengganggu atau menutup ingatan lama. Maka inilah yang dikatakan wujud hubungan antara pengetahuan lama dan baru.

(18)

kepada situasi barn yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Oleh yang demikian, pembelajaran secara-kontruktivisme berupaya membantu mood membina ilmu pengetahuan mereka sendiri. lni bermakna, sesuatu ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang individu adalah hasilan daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut; dan bukannya sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar kerana ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari pemikiran

(19)

pengalaman sedia ada murid. Ini bermakna setiap individu akan membentuk satu bentuk pengetahuan baru hasil hasil input baru dengan pengalaman murid.

Tokoh lain iaitu John Dewey menegaskan bahawa pendidikan progesif adalah

pembelajaran melalui pengalaman. Dalam teori beliau, pembelajaran terhasil daripada refleksi mengenai pengalaman seseorang, semasa berusaha membuat sesuatu. Seseorang boleh terus menghidu bau, rasa, dan sebagainya, dan mempunyai reaksi mendalam (contohnya bahaya) tetapi kita juga berhadapan dengan situasi yang mencabar, hairan, atau keliru. Melalui pertemuan individu dengan dunia dan refleksi kepada pengalaman ini, pemahaman terkini individu di dunia ini berubah supaya perkara baru itu menjadi lebih jelas. Pemahaman kita menjadi lebih luas dan lebih tersusun, membantu kita untuk mendapatkan makna yang lebih kukuh. Dewey percaya bahawa manusia mempunyai aliran intelektual yang berkembang apabila dicabar oleh masalah atau dilemma. Peranan pendidikan bukanlah untuk memenuhi sepenuhnya kecenderungan pelajar dan tidak cuba untuk memaksa kanak- kanak mengikuti kurikulum tersedia yang tidak

mengambil kira mengenai pelajar. Dewey melihat minda kanak- kanak sebagai fleksibel, luas dan tidak terbentuk. Persekitaran pembelajaran mewah yang dicadangkan oleh Dewey harus menyediakan masa, perbualan dan alat yang mencukupi. Pelajar dicabar melalui pertanyaan, perbincangan, cadangan dan galakan daripada ibu bapa, guru dan rakan- rakan. Alat seperti mikroskop dan teknik penyelidikan yang digunakan oleh saintis, atau instrumen muzik dan notasi yang digunakan komposer dan pemuzik boleh menggalakkan pertanyaan dan penyiasatan pelajar.

(20)

salah satu faktor pembelajaran telahpun disoroti. Teori konstruktivis amat menekankan

pembelajaran aktif dan dinamik. Murid- murid sendiri akan berusaha untuk belajar berdasarkan refleksi pengetahuan sedia ada dengan persekitaran baharu pembelajaran. Guru perlu menyedia, merancang dan melaksanakan pengajaran yang boleh membina pengetahuan murid- murid dengan pelbagai alat bantu mengajar untuk merangsang murid- murid.

Manakala, kesediaan belajar pula meliputi banyak aspek dari segi latar belakang murid- murid itu sendiri dan kelebihan faktor luaran mereka. Pendidikan yang berjaya mengatasi kesediaan belajar haruslah mempunyai cirri- cirri komprehensif dan fleksibel supaya dapat membina keyakinan murid- murid dalam proses pembelajaran.

B. Give specific examples illustrating how these principles are used in the classroom ( You have to determine how many examples).

PENGENALAN

Amalan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Kaedah–kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal- pengamal kurikulum. Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran amat dipengaruhi oleh kepercayaannya yang benar tentang sesuatu pelajaran itu. Oleh itu amat penting bagi seseirang guru mengubahsuai kaedah dan cara pengajaran untuk menarik minat dan memberikan ruang untuk murid bersedia untuk menikmati apa yang dikatakan dengan pembelajaran.

Prinsip yang pertama, pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana pelajar

menggunakan input deria dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih tradisional idea ini melibatkan istilah pelajar yang aktif (istilah Dewey) menekankan bahawa pelajar perlu melakukan sesuatu; di mana pembelajaran bukanlah penerimaan pasif pengetahuan, ilmu

(21)

dengan keadaan dan situasi masa kini. Guru-guru perlu menukarkan paradigma mereka kepada pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Murid-murid disediakan dengan aktivti-aktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka disamping

menggalakkan ber-fikir secara kritis dan kreatif. Guru-guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar supaya suasana pembelajaran yang menarik, bermakna dan seronok dapat dihasilkan.

Kedua, manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar, dimana pembelajaran terdiri membina makna dan membina sistem makna. Sebagai contoh, jika kita belajar mengenalpasti sela masa dalam jadual waktu dalam mata pelajaran matematik, kita akan belajar makna jadual dalam masa yang sama. Setiap makna kita membina membuatkan kita lebih berupaya untuk memberi makna bagi sensasi lain yang boleh dimuatkan dalam corak yang sama. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains, pembelajaran bermakna dan menarik melibatkan

pemahaman idea-idea saintifik seperti menggambarkan, meramal dan menerangkan, digunakan untuk menyampaikan hajat dan tujuan murid-murid dalam pembelajaran. Oleh itu, guru-guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti bilik darjah yang dapat menggalakkan murid-murid

menggunakan skema konseptual saintifik.Ahli pendidikan masa kini mempunyai keyakinan dan mempercayai bahawa murid-murid yang datang ke suasana pembelajaran membawa bersama segala pengalaman mereka terdahulu yang disusun ke dalam skemata atau teori-teori kecil (Claxton, 1990). Pengalaman terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka dengan alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran, perasaan dan kemahiran; selalunya mungkin menjadi penghalang kepada pengalaman pembelajaran yang bakal mereka lalui.

Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang.

(22)

Kepesatan perkembangan dunia teknologi bukan sahaja merubah budaya dan cara penghidupan manusia malah ia juga turut memberi impak yang besar kepada dunia pendidikan. Perkembangan dunia teknologi telah merubah sistem, kurikulum dan juga cara gaya pengajaran guru dan pembelajaran murid. Di Malaysia tahun 80-an merupakan dekad reformasi pendidikan yang menghasilkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang merupakan lanjutan kepada KBSR.

Dalam Pendidikan Sains contohnya, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran-kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara “hands-on” dan “minds-on”. Pengalaman sedia ada murid di gunakan untuk murid-murid mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru. Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong yang perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman dan konsepnya sendiri mengenai alam dan fenomena-fenomenanya.

Pembelajaran konstruktivisme dalam sains mendapat perhatian ramai pendidik sains untuk membuat penyelidikan mengenai keberkesanannya kepada pembelajaran khususnya dalam sains. Pembelajaran konstruktivisme dapat memenuhi kehendak dan hasrat Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah serta juga peranan yang harus dimainkan oleh seseorang guru sains.

Selain itu, peranan tindakan yang sangat penting dalam membina makna adalah mental: ia berlaku dalam minda. Tindakan fizikal, pengalaman secarahands-on sangat diperlukan untuk pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Bagi mengukuhkan lagi pembelajaran, kita juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan minda serta fizikal (Dewey menyebut aktiviti ini sebagai reflektif).

(23)

dalam merujuk kepada keperluan untuk menghormati bahasa ibunda. Bahasa ibunda haruslah sebagai bahasa pengantar utama bagi memudahkan proses pembelajaran. Kelemahan sistem dalam pembelajaran kanak-kanak apabila murid menghadapi masalah dalam penggunaan bahasa. Contohnya suatu masa dahulu kita ditawarkan dengan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang bukan kata pengantar dalam kehidupan seharian. Akibatnya murid

menghadapi kesukaran untuk memahami konsep dan praktik dalam subjek matematik dan sains. Jadi seharusnya berdasarkan kepada prinsip Konstruktivisme bahasa ibunda murid syang seharusnya menjadi bahasa di dalam bilik darjah untuk memudahkan bagi murid untuk memahami konsep dan praktik pembelajaran.

Prinsip yang kelima pula menyatakan pembelajaran adalah aktiviti sosial, dimana pembelajaran kita berkaitrapat hubungan kita dengan manusia yang lain, guru-guru, rakan-rakan, keluarga serta kenalan kasual. Kita lebih cenderung untuk berjaya dalam usaha kami untuk mendidik jika kita mengiktiraf prinsip ini dan bukannya cuba untuk mengelakkan

ia. Kebanyakan pendidikan tradisional, seperti yang ditegaskan Dewey, lebih terarah kepada mengasingkan pelajar semua daripada interaksi sosial, dan ke arah melihat pendidikan sebagai satu-satu hubungan antara pelajar dan bahan objektif yang perlu dipelajari. Sebaliknya,

pendidikan progresif (untuk terus menggunakan formulasi Dewey) mengiktiraf aspek sosial pembelajaran dan menggunakan perbualan, interaksi dengan orang lain, dan aplikasi

pengetahuan sebagai aspek penting pembelajaran. . Objektif akan mudah dicapai jika murid belajar dalam keadaan yang seronok, bermain, berinteraksi dengan individu lain. Murid akan cepat faham dan persaingan di kalangan murid- murid akan menggalakkan pembelajaran. Prinsip ini boleh dilihat dalam aktiviti berkumpulan. Subjek Bahasa Malaysia amat memerlukan aktiviti sosial untuk mencanai minda murid bagi mendapatkan idea dalam penulisan kreatif.

(24)

murid dengan ibu bapa banyak mempengaruhi proses pembelajaran. Maka dengan itu hubungan yang erat antara semua elemen dalam kehidupan murid saling berkait rapat.

Selain itu, pengetahuan juga diperlukan untuk seseorang itu belajar. Adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk sesorang itu mengasimilasikan pengetahuan baru tanpa mempunyai

beberapa struktur yang dikembangkan dari pengetahuan sebelumnya untuk dibina. Lebih banyak kita tahu, lebih banyak kita boleh belajar. Oleh itu, sebarang usaha untuk mengajar mesti

dihubungkan dengan keadaan pelajar, mesti diwujudkan laluan ke arah subjek bagi pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Prinsip yang kelapan pula adalah mempelajari sesuatu perkara memerlukan masa, pembelajaran bukanlah terbina secara serta-merta. Untuk pembelajaran yang signifikan, kita perlu melewati semula idea, cuba untuk bermain dengan idea-idea bagi menyesuaikan dengan pengajaran dan menggunakan idea-idea. Ini tidak boleh berlaku dalam 5-10 minit . Jika anda memikirkan tentang apa yang anda telah belajar, anda akan menyedari bahawa ia adalah hasil dari sesuatu pengulangan pendedahan dan pemikiran. Prinsip pembelajaran adalah bersifat fleksibel dan memerlukan waktu. Ini bermaksud menurut prinsip yang di cadangkan oleh tokoh- tokoh Konstruktivisme suatu proses pembelajaran memerlukan waktu yang tidak sama bagi setiap murid atau individu dan hasilnya juga berlainan bagi setiap murid.

Prinsip yang terakhir pula menegaskan bahawa motivasi adalah satu komponen penting dalam pembelajaran. Bukan sahaja membantu pembelajaran, motivasi juga adalah penting untuk pembelajaran. Idea motivasi ini diilhamkan untuk merangkumi pemahaman cara di mana

pengetahuan yang boleh digunakan. Melainkan kita tahu "sebab mengapa", kita tidak boleh sangat terlibat dalam menggunakan pengetahuan yang boleh diterapkan dalam diri kita. Walaupun dengan pengajaran paling teruk dan langsung.

(25)

yang susah. Dimana murid perlu mencari menurut asas kepada konteks sesuatu perkara dengan menumpukan kepada fokus utama yang dipelajari. Manakala kita sebagai guru pula berperanan untuk menyediakan perkara dan situasi yang dapat merangsangkan pemikiran murid agar lebih bersedia untuk menerima proses pembelajaran. Bahan- bahan rangsangan yang bermakna, suasana pembelajaran yang bermakna dan sikap kita sebagai guru yang membina pemikiran murid untuk belajar. Manakala bagi murid itu sendiri, murid perlu bersedia untuk menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran agar dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna dan memahami konteks pembelajaran dengan lebih mudah terutamanya bagi subjek seperti Sains, Matematik dan Bahasa.

c. Write one lesson plan teaching a topic or subtopic which illustrate the application of the principles of constructivism in the classroom. [ you may use the following guidelines ]

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH MUTIARA TAJUK: BERGEMBIRA DENGAN HURUF

Cadangan Masa : 30 minit

Tunjang Utama : Komunikasi - Bahasa Malaysia

(26)

BM 4.2.4 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul Standard pembelajaran yang disepadukan : KTI 1.2.10 Menghasilkan karya yang

menggabungjalinkan pelbagai teknik menggambar

Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat : 1. menyebut dan mengenal bentuk huruf 'c'

Fasa Isi Kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaranGuru Murid Nota

(27)

terletak di bahagian kepala selain mata dan mulut?

(28)
(29)
(30)
(31)

Kolaj Huruf.

Arahan: Lekatkan tisu pada bentuk huruf dbawah

(32)

PAK MAMAT ADA KEBUN

Pak Mamat ada kebun

C C C C C

Di kebunnya ada huruf

C C C C C

C kecil, C besar

C di sini, C di sana

(33)

Gambar

Gambar telinga.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil simulasi yang diperoleh adalah : Pola aliran yang dihasilkan dari side entering impeller dengan jenis impeller marine propeller adalah loop sirculation ,

Melalui aplikasi google meet dengan kegiatan presentasi, peserta didik dapat mempresentasikan hasil analisis mengenai empat nama dan arti lambang rambu lalu lintas

Berdasarkan rumusan masalah di atas, tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui apakah hasil belajar peserta didik pada Kelas X MIPA dengan menerapkan

lihatkan gejala-gejala, seperti guru-guru saling ber- lomba mencari dan mengumpulkan angka kredit seolah pelaksanaan tugasnya adalah untuk mencari dan mengum pulkan angka kredit,

- Penelitian terdahulu menggunakan sampel KAP pada beberapa penelitian, sekarang perusahaan Manufaktur yang terdaftar di BEI.. - Metode pengumpulan data menggunakan

A. masyarakat dapat mengambil alih seluruh persenjataan Jepang di Indonesia. saatnya membangun kehidupan baru yang merdeka, bersatu, dan berdaulat. Jepang telah memenuhi

Integrated Marketing Communications terdiri dari beberapa kriteria dan sub kriteria di dalamnya, dengan menggunakan metode Analytical Network Process penelitian ini ditujukan

Menguasai materi, struktur, konsep, dan pola pikir Mengelola kegiatan Pembukaan Wilayah Hutan dan Menunjukkan penampang memanjang jalan keilmuan yang mendukung mata pelajaran