• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHASA DALAM FILEM: ANTARA DUA ZAMAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAHASA DALAM FILEM: ANTARA DUA ZAMAN"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

BAHASA DALAM FILEM MELAYU: ANTARA DUA ZAMAN OLEH

NUR FATIHA FADILA

FILEM selain daripada berfungsi sebagai alat hiburan, juga menjadi wadah penterjemahan suatu gagasan yang dibawa oleh pengkarya. Dalam masa yang

sama, filem menjadi cermin bagi identiti sesebuah bangsa dan negara. Robert P.

Polker dalam Film Studies (2000) menyatakan bahawa kedudukan filem di Amerika

Syarikat merujuk sesuatu dengan nilai dalaman yang tinggi. Nilai yang dimaksudkan

ialah gagasan pemikiran, tema, plot, mis-en-scene dan unsur semiotik yang

terkandung di dalamnya.

Sejak awal kemunculan filem, medium layar perak ini sentiasa dilihat mampu

memberi pengaruh yang besar terhadap khalayak masyarakat. Ketika revolusi

melanda negara Rusia, V.I Levin melihat filem sebagai medium paling penting

berbanding kewujudan seni yang lain. Hal ini disebabkan oleh keberkesanan media

filem dalam menjayakan sesuatu propaganda dan mempengaruhi budaya sesebuah

masyarakat.

Seperti lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan maka begitulah juga filem

dan bahasa. Pendita Za’ba menyatakan bahawa sebuah skrip itu mempunyai hak

yang sama seperti dalam pembinaan sebuah rumah (Mana Sikana, 1988). Jika

perkara asas dalam mendirikan sebuah rumah ialah tiang, dinding, atap dan paku

maka antara elemen utama bagi pembikinan sebuah skrip dan filem pula ialah

bahasa. Dalam konteks perfileman, bahasa yang dimaksudkan ialah dialog yang

(2)

layar amat penting dalam memperlihatkan imej-imej juga idea yang cuba

disampaikan karyawan filem.

Bahasa sebagai medium komunikasi utama dalam seni perfileman juga amat

penting bagi mempengaruhi minda dan tindakan masyarakat selain unsur visual

yang dibawa. Penggunaan bahasa yang baik mampu menjadikan bahasa yang

digunakan dalam filem dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebaliknya, penggunaan

bahasa yang tidak menepati tatacara penggunaan yang betul boleh mengundang

implikasi negatif. Filem yang gagal menggunakan bahasa dengan baik boleh

menjatuhkan reputasi bahasa terbabit di mata masyarakat, walaupun bahasa yang

digunakan itu telah diangkat sebagai bahasa rasmi negara.

Melihat susur galur perkembangan seni filem tempatan, bahasa Melayu yang

telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa kebangsaan

dikesan turut mengalami perubahan mendadak dalam dunia perfileman. Apabila

dibandingkan antara bahasa Melayu dalam fiem-filem P. Ramlee dengan bahasa

Melayu dalam filem-filem Melayu hasil karyawan kini, kelihatan amat jelas jurang

perbezaannya. Bahasa Melayu dalam filem-filem P. Ramlee jelas melontarkan

penggunaan struktur dan diksi yang menepati ciri bahasa dan bangsa Melayu itu

sendiri. Meskipun negara pernah dijajah oleh Inggeris dalam jangka masa yang agak

panjang, bahasa Melayu dalam filem-filem P. Ramlee tidak dibiarkan terjajah.

Amat sukar untuk menemui bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris

digunakan secara meluas dan melebihi keutamaan bahasa Melayu dalam filem-filem

Melayu dahulu. Lakon layar ‘Antara Dua Darjat’ yang ditulis dan diarahkan oleh P.

Ramlee boleh dianggap sebagai batu tanda kegemilangan bahasa Melayu dalam

(3)

(1960) ini jelas menampilkan penggunaan bahasa Melayu tinggi oleh setiap watak

tanpa mengira darjat.

Gambaran penggunaan bahasa Melayu tinggi dalam filem P. Ramlee ini

terpancar apabila watak-watak berdarah bangsawan seperti Ungku Aziz, Tengku

Zaleha, Tengku Mukri dan Tengku Karim tidak menggunakan bahasa Inggeris

sebagai medium komunikasi utama. Meskipun digambarkan sebagai golongan

berdarah raja, P. Ramlee berusaha untuk tidak menjadikan golongan tersebut

dipengaruhi oleh Inggeris melalui bahasanya. Perhatikan contoh dialog 1, iaitu

babak antara Ungku Aziz bersama Tengku Mukri dan dialog 2 yang diujarkan

Ghazali, mewakili golongan marhaen :

Dialog 1

TENGKU MUKRI

Tadi, saya terlupa diri. Maafkanlah saya, Ungku.

UNGKU AZIZ

Tak apalah, Tengku Mukri. Tiada manusia yang tidak berbuat salah.

Dialog 2

TENGKU ZALEHA

Kami datang ke Anggrek Villa dengan ditemani Ungku Aziz, sahabat baik suamiku. Tujuanku datang ke Anggrek Villa ialah semata-mata untuk berjumpa dengan kau, Ghazali.

GHAZALI

Rupanya penderitaanmu lebih hebat daripada aku Zaleha dan aku rasa sungguh berdosa berjumpa denganmu di tengah

malam begini sebabnya kau sudah pun menjadi milik orang.

Dialog di atas jelas tidak memperlihatkan penggunaan bahasa Inggeris.

Walaupun kedua-dua watak dalam dialog pertama mewakili golongan bangsawan

yang sangat mementingkan darjat dan mendapat pendidikan di Barat, penulis dan

(4)

sebagai medium komunikasi utama. Sementara itu, petikan dialog 2 mencerminkan

kesantunan dan tatasusila masyarakat bawahan yang ditandai oleh Ghazali dalam

menggunakan bahasa Melayu ketika berhadapan dengan Tengku Zaleha. Dialog

yang diujarkan sangat terpelihara daripada pelanggaran kesantunan bahasa dan

sangat berhati-hati penggunaannya, namun tetap berjaya menyampaikan maksud.

Dewasa kini, kewajaran penggunaan bahasa Melayu tinggi sering menjadi

polemik sama ada dalam karya sastera atau seni layar. Bahasa Melayu tinggi ialah

bahasa Melayu yang digunakan dengan menepati nahu bahasa Melayu baik dari

aspek struktur, pemilihan diksi yang tepat dan penggayaan bahasa bertujuan

menyampaikan makna dengan berkesan. Dengan melangkaui batas zaman, filem

‘Antara Dua Darjat’ dapat dikatakan sebagai filem Melayu yang menggunakan

bahasa Melayu tinggi pada era 1960-an dan cemerlang dengan kutipan pecah

panggung.

Atas faktor sejarah penjajahan yang agak panjang oleh pihak Inggeris di

Tanah Melayu, sudah tentu pengaruh bahasa Inggeris tetap menjalar dalam urat

nadi karyawan seperti P. Ramlee dan yang sezaman dengannya. Namun demikian,

jumlah penggunaan bahasa atau perbendaharaan kata bahasa asing dalam

filem-filem mereka adalah sangat sedikit dan terhad.

Penonton berupaya mengesan kehadiran bahasa asing iaitu bahasa Inggeris

oleh watak-watak golongan bangsawan dan telor bahasa Jawa melalui watak Wak

Karto. Walau bagaimanapun, kehadiran bahasa Inggeris yang digunakan boleh

dihitung dengan mudah oleh penonton. Hal ini kerana, tidak lebih daripada sepuluh

kosa kata bahasa Inggeris digunakan dalam filem berkenaan. Fungsi penggunaan

(5)

Kebanyakan kosa kata yang digunakan adalah pendek misalnya birthday party,

report, meeting, double bass (sejenis alat muzik) dan sharp shooter. Keterbatasan

penggunaan diksi dan bahasa asing dalam filem Melayu ini tidak dilihat sebagai satu

kekurangan atau kemunduran bahasa dan bangsa Melayu sebaliknya menjadi

model dalam menampilkan keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi

yang diterima lapisan masyarakat majmuk.

Dalam masa yang sama, nilai bahasa dalam pelbagai genre seni tidak

seharusnya diketepikan. P. Ramlee pernah mengatakan betapa irama dan lagu tidak

dapat dipisahkan. Memisahkan kedua-dua unsur itu hanya membuatkan sesuatu

seni itu pincang sama sekali. Maka, begitu jugalah hubungannya antara bahasa

dengan filem. Setiap filem pada hakikatnya memiliki bahasa (dialog) sebagai

penggerak utama kepada perkembangan plot dan wataknya. Sekiranya dialog yang

diujarkan watak tidak menepati struktur dan penggayaan bahasa yang betul, proses

enkod dan dekod penonton akan terganggu sekali gus menjarakkan daya faham

penonton dengan pemikiran yang ada dalam filem.

Di samping penggunaan bahasa yang baik, karyawan filem juga tidak

seharusnya melupakan nilai estetika bahasa untuk dihayati pelbagai golongan

penonton. Perihal mempertahankan estetika bahasa adalah sangat penting dalam

melestarikan penggunaan dan kesedaran mengenai keindahan bahasa terhadap

khalayak. Dalam seni penulisan lakon layar, penekanan terhadap aspek keindahan

bahasa ini merangkumi unsur dramatik bahasa seperti perbandingan, kiasan,

aforisme, epigram, stikometri dan sebagainya. Pengkarya terutamanya penulis skrip

seharusnya menyedari bahawa bahasa Melayu sangat kaya dengan nilai estetika

(6)

Melayu seperti yang disebutkan tadi mampu merangsang deria fikir khalayak untuk

menterjemahkan elemen bahasa yang berkait rapat dengan alam hidup manusia.

Secara tidak langsung, penerapan unsur estetik ini mampu menambah ilmu stilistik

khalayak penonton terutamanya bagi golongan remaja dan pelajar.

Filem-filem P. Ramlee sangat menekankan unsur estetika bahasa

terutamanya unsur aforisme selain epigram. Mana Sikana dalam bukunya

Mendekati Drama (1985) menyebut epigram sebagai kata-kata yang disusun indah

dengan menyimpan makna yang mendalam. Elemen-elemen dramatik bahasa ini

muncul melalui lirik lagu yang dinyanyikan pelakon dan dalam pengucapan harian

watak. Setiap unsur berkenaan dikaitkan dengan keindahan alam yang sangat rapat

dengan kehidupan manusia. Antara unsur aforisme yang digunakan P. Ramlee

dalam filem ‘Antara Dua Darjat’ adalah :

a. Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Kalau dipisahkan pincanglah lagu dan rosaklah seni (dialog antara Ghazali dengan Tengku Zaleha)

b. Tak mungkin hilang irama dan lagu

bagaikan kembang sentiasa bermadu andai dipisah lagu dan irama

lemah tiada berjiwa hampa.

(petikan lirik lagu ‘Getaran Jiwa’)

Keunggulan bahasa Melayu sebagai wadah utama dalam filem-filem Melayu

kini semakin diancam oleh krisis ketidakyakinan karyawan tempatan bagi

mengangkat martabat bahasa Melayu di layar perak. Realitinya, jumlah tayangan

filem Melayu di pawagan semakin rancak. Namun, untuk melihat sebuah filem

tempatan yang memelihara tatacara penggunaan bahasa yang baik seperti yang

(7)

terdapat filem Melayu tempatan yang berjaya merangkul anugerah dan pengiktirafan

di luar negara, hakikatnya filem-filem itu berjaya lantaran daripada kecenderungan

pihak juri yang lebih menjurus kepada penilaian dari aspek sinematografi, cerita dan

pemikiran yang dihasilkan.

Tidak ada kecenderungan penilai untuk melihat kejituan karya dalam

membawa wajah bangsa dan negara melalui penggunaan bahasa kebangsaan

dengan cara yang betul dan bermaruah. Karyawan dan masyarakat tempatan

kebanyakannya sudah diperkenalkan oleh kerajaan dengan slogan ‘Bahasa Jiwa

Bangsa’ sejak dekad enam puluhan lagi. Meskipun begitu, karyawan filem Melayu

kini seakan-akan memandang enteng terhadap slogan dan kenyataan akan

keunggulan bahasa Melayu yang telah terbukti sejak zaman-berzaman.

Filem ‘Cinta’ (2006) yang ditulis oleh Mira Mustafa telah memenangi banyak

anugerah dan pengiktirafan dalam festival-festival filem tempatan. Hakikat bahawa

filem tersebut cemerlang dalam keindahan seni sinematografi tidak perlu

dibincangkan di sini. Walau bagaimanapun, keindahan aspek teknikal semata-mata

tidak cukup untuk menjadikan filem ‘Cinta’ sebagai sebuah filem yang ditulis oleh

karyawan tempatan, berjaya menterjemahkan nilai bangsa dan masyarakat di

Malaysia melalui wadah bahasa rasmi negara.

Terdapat perbezaan yang amat besar antara filem ‘Cinta’ dengan filem ‘Antara

Dua Darjat’ dalam aspek penggunaan dan estetika bahasa Melayu. Sekiranya filem

‘Antara Dua Darjat’ memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu tinggi yang baik

dalam kalangan bangsawan dan marhaen, filem ‘Cinta’ memaparkan perbezaan

status pengguna bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang terpelihara hanya digunakan

oleh watak-watak bukan daripada golongan profesional seperti Rubiah (pemilik kedai

makan), Amin (pemandu teksi), Cikgu Elyas (guru) dan Sivagi (tukang gunting

rambut). Sementelahan itu, watak-watak yang menyandang kerjaya profesional

(8)

Inggeris sebagai medium komunikasi, baik dalam hal yang berkaitan kerjaya atau

kehidupan peribadi.

Jurang perbezaan penggunaan bahasa Melayu antara dua kelompok watak

ini menandakan pemikiran karyawan yang meletakkan bahasa Inggeris sebagai

lambang intelektual dan profesionalisme bangsa Melayu. Hal ini sudah tentu

merupakan satu pandangan yang salah. Hakikatnya, bahasa Melayu sudah pun

dikenali dan terbukti sebagai bahasa yang anjal dan mampu menterjemahkan

pelbagai ruang lingkup ilmu kritikal.

Lebih menyedihkan apabila ‘bahasa rojak’ dalam filem ‘Cinta’ wujud secara

berleluasa dalam kebanyakan babak. Dialog sedemikian bukan sahaja diucapkan

oleh watak yang berusia sebaliknya turut diujarkan oleh watak Allisa yang berumur

lapan tahun. Perhatikan petikan dialog antara Allisa dengan Haris seperti berikut: “Lis nak apa-apa?”

“Tak nak” “Nak Milo?” “Tak nak.”

What about juice?” “Tak nak.”

“Papa, I’m working.” “Okay. I can see it.”

Kata yang dicondongkan ialah jumlah kata bahasa Inggeris yang sama banyak

dengan jumlah kata bahasa Melayu. Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam sebuah

lakon layar tempatan. Manakala kata yang ditebalkan ialah kata yang disebut

dengan gaya bahasa Inggeris. Petikan yang sedikit ini memperlihatkan

kecenderungan pengkarya menggunakan bahasa Inggeris dalam filem sekali gus

meminggirkan hak bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama. Petikan ini juga

menunjukkan kecenderungan penggunaan unsur sinkof tanpa melibatkan fungsinya

sebagai unsur estetik bahasa.

Selain penggunaan ‘bahasa rojak’, wujud juga ‘bahasa slanga’ yang sangat

rendah tarafnya daripada bahasa Melayu tinggi, malahan terpinggir daripada nilai

(9)

(penyanyi jalanan) di sekitar kawasan Pasar Seni yang menjadi tumpuan pelancong

luar :

ketika keringatku jatuh dari hujung bulu ketiakku

dan bersatu dengan debu yang mampir lewat kakiku.

Perhatikan juga dialog antara Joe dengan Dhani dalam adegan yang sama :

JOE

Bro, dia syok dekat lubro. Iye.

DHANI Diamlah!

JOE

Bro, kenapa kau tak nak ajak dia keluar makan-makan, minum-minum. Pergi dating.

DHANI

Sebab aku tak nak. Kau blah boleh tak. Aku tengah kerja ni.

Kata yang ditebalkan dalam petikan dialog di atas ialah kata yang tidak wujud dalam

kosa kata bahasa Melayu manakala kata yang dicondongkan ialah perkataan

daripada bahasa Inggeris. Contoh petikan lagu dan dialog di atas adalah satu

pemerkosaan terhadap bahasa Melayu oleh karyawan tempatan. Diksi seperti itu

bukan sahaja tidak mencerminkan ketinggian bahasa dan bangsa Melayu malahan

tidak membantu dalam meningkatkan kemahiran berbahasa khalayak penonton

dengan baik. Apakah tanggapan penonton dari negara luar yang membaca sari kata

dialog dan lagu sebegitu? Di manakah “Melayunya” bahasa Melayu? Sebagai

medium seni yang mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat, penggunaan

bahasa dalam filem seperti yang disebutkan tadi adalah mencemarkan dan

memudaratkan bahasa kebangsaan negara.

Menyentuh mengenai estetika bahasa, unsur bahasa dramatik seperti

aforisme tetap kelihatan dalam filem Melayu kini. Namun demikian, perbandingan

kiasan dan kata-kata yang mengandungi nilai falsafah dalam filem Melayu kini

(10)

Melayu. Kebanyakan unsur perlambangan diujarkan watak secara langsung tanpa

sebarang kiasan. Sesuai dengan tajuk filemnya iaitu ‘Cinta’, aforisme dalam filem ini

kebanyakannya merujuk soal cinta secara langsung seperti yang berikut:

a. Kadang-kadang orang yang paling kita sayanglah yang paling susah untuk disayangi (dialog Rubiah kepada Dian).

b. Ya, bukan senang nak dapat teman hidup yang sanggup terima buruk baik kita. Sanggup berkorban untuk kita. Sanggup hidup bersama hingga akhir hayat. Isteri bukanlah hak milik, tapi anugerah (dialog Cikgu Elyas kepada Rubiah).

Sebagai medium yang begitu berpengaruh terhadap minda dan kehidupan

masyarakat, kepentingan penggunaan bahasa Melayu dengan baik dalam filem

sangat perlu diperhatikan secara serius. Penggiat filem tempatan harus menyedari

tanggungjawab yang digalas dalam melestarikan bahasa Melayu sebagai nadi

sebuah filem. Sebagai penggiat seni layar, karyawan bukan sahaja

bertanggungjawab membawa alam fikir masyarakat bertambah matang dengan

dasar pemikiran dan pengalaman melalui naratif semata-mata. Dengan medium dan

ruang yang ada, karyawan filem turut bertanggungjawab untuk memelihara dan

mengangkat martabat bahasa Melayu ke puncak tertinggi. Memetik kata-kata Ramli

Referensi

Dokumen terkait

Bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu yang sudah diperkaya berbagai unsur bahasa daerah dan bahasa asing sehingga menjadi suatu bahasa baru, bahasa

Kedudukan dan kewibawaan bahasa Melayu tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana bahasa ibunda sudah ada penuturnya sendiri di beberapa buah negara asing dan

Mahasiswa-mahasiswa penutur bahasa asing dalam penelitian ini berasal dari berbagai negara dan bahasa pertama mereka tidak termasuk dalam rumpun bahasa

Mahasiswa-mahasiswa penutur bahasa asing dalam penelitian ini berasal dari berbagai negara dan bahasa pertama mereka tidak termasuk dalam rumpun bahasa

Masalah yang tidak kalah besar yang dihadapi bahasa Indonesia saat ini adalah merebaknaya penggunaan bahasa asing. Penggunaan bahasa asing yang cukup dominan di negeri ini menyebabkan

33 Matlamat utama pembinaan dan perancangan bahasa Melayu adalah untuk A mengatur kemasukan pengaruh bahasa asing ke dalam bahasa Melayu B menentukan bahasa Melayu dapat

Dalam penelitian ini penggunaan unsur bahasa asing juga ditemukan pada ruang publik di media sosial. Penggunaan bahasa asing yang ditemukan meliputi penggunaan bahasa

Hal ini diperlukan agar bangsa Indonesia tidak terbawa arus oleh pengaruh dan budaya asing yang tidak sesuai dengan bahasa dan budaya bangsa Indonesia.. Pengaruh dari luar