• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAY (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAY (1)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

http://cikgunoorsinah.blogspot.com/2013/05/pengaruh-bahasa-asing-dalam-bahasa.html

Sunday, 12 May 2013

PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU 1. Latar belakang peminjaman

- Bahasa Melayu mula menerima pengaruh asing sejak zaman bahasa Melayu kuno dengan menerima pengaruh bahasa Sanskrit, diikuti bahasa Melayu klasik

menerima bahasa Arab dan bahasa Melayu moden menerima bahasa Eropah. - Bahasa Melayu mudah menerima bahasa asing disebabkan bahasa Melayu itu sendiri yang bersifat dinamik. Peminjaman ini secara tidak langsung telah memperkaya kosa kata bahasa melayu.

- Peminjaman kosa kata aing ini melalui:

a. Peminjaman terus dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan. Contoh: psychology – psikologi

b. Peminjaman penterjemahan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu. Contoh : honeymoon – bulan madu.

- Ada beberapa sebab bahasa Melayu perlu meminjam kosa kata asing: a. Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep baru kerana tiada perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu:

Contoh: syurga, camca, mee, taubat.

b. Perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing Contoh: doctor (tabib), polis (mata-mata), radio (tetuang udara)

c. Sikap mengagungkan bahasa asing sehingga perkataan bahasa Melayu dianggap lapuk dan ketinggalan zaman

d. Kekerapan penggunaan bahasa asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu kerana mempunyai maksud yang berbeza.

d. Untuk mengatasi masalah makna. Contoh perkataan riak tidak boleh digantikan dengan perkataan sombong dalam bahasa Melayu.

- Peminjaman bahasa asing berlaku disebabkan pertembungan budaya seperti perniagaan, peperangan dan penjajahan, penghijrahan, pendidikan dan penyebaran agama.

(2)

2. Bahasa Sanskrit

- Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga ke 13. Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami serta

pendeta agama Hindu dan Buddha.

- Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam kosa kata bahasa Melayu:

Bahasa, bicara, guru,cinta duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata, emas, keranda,ayah,isteri ,janda, suami, menteri, dosa pahala,asmara, bahaya, rahsia, bumi, cahaya, suria, tanah, melor, seroja, hari, masa.

- Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam imbuhan bahasa Melayu: Eka, dwi, maha, pra, swa, tata, tuna, wan, man, wait, nita. - Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bunyi bahasa Melayu:

Bunyi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit sperti /dw/, /sw/, /sy/ 3. Bahasa Arab

- Pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan Islam ke alam Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab.

- Proses pengislaman orang Melayu berjalan lancer kerana apabila pihak istana memeluk islam maka rakyat jelata akan mengikutinya.

- Proses pengislaman bukan sahaja mengubah kepercayaan agama, tetapi juga memberi kesan kepada budaya, sastera dan bahasa orang Melayu.

- Pengaruh bahasa Arab lebih dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab banyak mempengaruhi bab-bab berkaitan hokum. a. Pengaruh bahasa Arab terhadap tulisan bahasa Melayu:

Pengaruh bahasa Arab yang terpenting ialah terciptanya tulisan jawi. Tulisan jawi yang diambil daripada aksara Arab dan ditambah dengan 6 huruf digunakan dalam tulisan untuk bahasa Melayu. Dengan adanya tulisan jawi, maka karya sastera islam, kitab agama dapat dihasilkan dalam bentuk tulisan.

b. Pengaruh bahasa Arab terhadap kosa kata bahasa Melayu

Kosa kata bahasa Arab banyak terdapat dalam bahasa Melayu terutama bagi membicarakan hal-hal agama dan bidang lain:

Doa, hadis haji, koblat, murtad, rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal, tarikh, akal, faham, fakir, halal, haram, zalim, akad, ftnah hormat, kaum, kerabat, maaf, salam

(3)

c. Pengaruh bahasa Arab terhadap struktur ayat bahasa Melayu

Pengaruh bahasa Arab dalam struktur ayat bahasa Melayu terlihat menerusi penggunaan ayat songsang dan ayat pasif. Dalam bahasa Arab struktur ayat

dimulakan dengan kata kerja (filiah) dan apabila diterapkan ke bahasa Melayu akan menjadi ayat songsang:

Duduklah dia di atas bangku itu sambil menyiapkan kerjanya. d. Pengaruh bahasa Arab terhadap bunyi bahasa Melayu

Bahasa Arab turut mempengaruhi bunyi dalam bahasa Melayu: /dh/ : dhaif, dharab, hadhirat, haidh

/dz/ : dzahir, dzuhur, dzalim, adzab /f/ : fajar, fakir, daftar, kafr, arif /gh/ : ghaib, ghairah, loghat, maghrib /kh/ : khasiat, khidmat, akhbar, tarikh /q/ : qadak, qadar, qunut, baqa, wuquf

/sy/ : syarat, syiar, asyik, masyarakat, nusyuz /th/ : thabit, thalatha, ithnin, bahath, hadath /z/ : zikir, zuriat, bazir, khazanah,

e. Pengaruh bahasa Arab terhadap imbuhan bahasa Melayu

Terdapat 6 imbuhan dan akhiran bahasa Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:

-ah : muslimah, hajah, qariah, ustazah -at : hadirat, mukminat, muslimat -I : abadi, amali, azali, insani, mithali

(4)

- Seperti bahasa Arab, pengaruh bahasa Parsi dalam bahasa Melayu dikaitkan dengan kedatangan Islam ke alam Melayu.

- Kebanyakan pengaruh bahasa Parsi lebih tertumpu dalam lapangan kesusasteraan dan gelaran raja-raja dan adapt pertabalan sepertiSyah, nobat dan sebagainya. - Antara kosa kata bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah:

Agar, andai andam,bahari, baju andam, banjir, beriani, cokmar, dewan, gandum garam, istana, juadah, kamar, kahwin, kelasi, kebab, laksa, nakhoda, nisan, pinggan seluar, takhta, seruling, pelana, pahlawan, lawak, pesona, piala.

- Imbuhan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah imbuhan bi yang bermaksud tidak seperti biadab (tidak beradab), bitara (tiada tara)

5. Bahasa Jawa

- Penyebaran bahasa Jawa ke alam Melayu berlaku ketika pemerintahan kerajaan Majapahit melalui kesusasteraan jawa iaitu cerita panji, selain penghijrahan orang-orang Jawa kea lam Melayu.

- Antara kosa kata Jawa yang terdapat dalam bahasa Melayu:

Adegan, awet ayu, bagus, beres, calon, duda, enak, garing, gembleng, kaget, keringat, keruan, ketara, kiai, lakon, lapor, lontong, lumayan, lumrah, lurah, matang, pamer, perabot, prihatin, rawat, saring, sering, tulen.

6. Bahasa Cina

- Oleh sebab kebanyakan orang Cina yang dating ke Tanah Melayu berasal dari daerah selatan (Hokkien dan Canton), maka kebanyakan kosa kata yang dipinjam berasal dari dialek bahasa daerah tersebut.

- Antara kosa kata bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah:

Camca, pongkes, cawan, teko, beca, abah, amoi, apek, encik, tauke, bohsia, beng, suun, kuaci, lobak, tauhu, tocang, gincu, amah, pisau, tong, loceng kicap, laici, cincau, dacing, kuih mihun, pau, cat, inci, sampan, tauge.

7. Bahasa Tamil

- Jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit.Sebahagiannya pula merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam daripada bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu.

(5)

Ceti, kapal, kedai, mempelam, bagai, kawal, modal, kolam, ayah, kakak, apam, canai, ceut, coli, gudang, gerudi, guni, ketumbar, kuli, nelayan, nilam, sami, ragam, tali, tembikai, emak, jodoh, kari, pondan, pinggan.

8. Bahasa Inggeris

- Pengaruh bahasa Inggeris mula bertapak ke dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-18, iaitu bermulanya penjajahan Inggeris.

- Pengaruh bahasa Inggeris begitu dominant dan menguasai bahasa Melayu terutama dalam bidang ekonomi, pentadbiran, dan masyarakat disebabkan oleh beberapa factor:

a. dasar penjajah yang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

b. bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi oleh penjajah Inggeris

c. Pendidikan Inggeris mempengaruhi penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu. d. peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa

e. sikap orang Melayu sendiri yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

i. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap kosa kata bahasa Melayu

- Bahasa melayu banyak meminjam kosa kata bahasa Inggeris bagi meningkatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi.

ii. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap peribahasa bahasa Melayu work load - beban kerja

honey moon - bulan madu flm star - bintang flem black and white hitam putih

iii Pengaruh bahasa Inggeris terhadap imbuhan bahasa Melayu

anti kemajuan, anti penjajah, anti-Inggeris, automatic, autimobil, makroekonomi, mikroekonomi,monopoli, multimedia, poligami, prokerajaan, subtajuk,

supranasional, ultrabunyi, klinikal, defendan, geograf, kaunter, detektif, automatic, artis, Zionisme, kronologi, koleksi, mentality, editor.

(6)

- Apabila bahasa Inggeris menguasai bahasa Melayu, maka tulisan rumi telah diterima dan menggantikan tulisan jawi dan akibatnya, tulisan jawi semakin terpinggir.

Referensi

Dokumen terkait

Bahwa terjadi pengurangan suara bagi Pemohon (Calon Anggota DPRD Provinsi Sumatera) di Kabupaten Humbang Hasundutan sebesar 2.135 suara adalah tidak benar, merupakan fakta

Begitulah, akhirnya mb Dian tidak hanya belajar cara mencari gambar dan posting, tapi mulai diajarkan cara riset keywords , karena ini adalah tahapan yang sangat

Satu hal yang perlu dipahami adalah bahwa perubahan itu pasti terjadi dan akan selalu terjadi, namun pertumbuhan adalah suatu proses yang tidak terjadi dengan

Adapun untuk kredit UMKM pada bank umum, hingga triwulan II-2011, kredit yang disalurkan tercatat sebesar Rp1.72 triliun atau mengambil pangsa sebesar 41,56% dari total

Ishak (2012) menjelaskan bahwa jika persepsi yang tercipta baik, maka lembaga keuangan mikro agribisnis akan dapat lebih berperan dalam kemajuan usahatani yang

Kata kunci: metode inkuiri, metode inkuiri terbimbing, prestasi belajar, kemampuan berpikir kritis, kemampuan berpikir kritis kategori kognitif, mata pelajaran

Pada penelitian ini dilakukan penilaian beban kinerja dosen berdasarkan empat faktor utama yang digunakan sebagai acuan dalam pengambilan keputusan yaitu

Peneliti ingin mengambil sampel siapa saja yang menurut pertimbangan sesuai denganh maksud dan tujuan peneliti. Informan yang dipilih merupakan masyarakat yang